RESEPI YOGURT:
Yogurt atau nama tempatan di panggil "tairu", kalau buat sendiri lebih segar, kurang masam dan tidak ada geletin yang perlu was-was dari terdapat di pasar raya. Yogurt yang kita nak buat sendiri ini amat tergantung kepada kandungan lemak susu yang digunakan, jenis pendahulu/strater Yogurt (culture yogurt) yang digunakan. Kepepejalan yogurt yang dibuat dirumah juga bergantung kepada kandungan air dalam susu itu. Untuk mengelakan kandungan air dlm susu kita perlu mendidihkan susu itu.
Menyediakan 500ml yogurt kita perlukan susu 500ml dan dua sudu cultured yogurt sebagai pendahulu/starter.
cara-cara:
1. Didihkan susu dalam periok sehingga mendidih. Tentukan susu yang didih sentiasa dikacau untuk memecahkan lemak yang mula terbina dipermukaan. (10 - 12 minit).
2. Biarkan susu itu sejuk kepada 40 C - 48 C atau 100F - 115 F. Suhu didapur yg cuaca panas memadai.
3. Masukkan "culture yogurt" dua sudu besar. (culture yogurt perlu dihancurkan) . Tutup penutup bekas yogurt ini dengan kain bersih/kitchen towel (tisu) dengan membungkus untuk menyerapkan wap air. Kestabilan suhu 40C - 48 C sentiasa perlu dikekalkan sepanjang pemerosesan ini. Pembentukan yogurt amat berantung kepada keadaan suhu ini. Maka adalah dinasihatkan dengan ini yogurt perlu dibuat pada tengah hari dengan cuaca panas di negara kita.
4. selepas 8 jam yogurt akan beku. Selepas beku segera masukkan dalam peti sejuk untuk mengelakan tindak balas bakteria yang lampau yang mana boleh masamkan yogurt anda. Dinginkan sekurang-kurangnya 12 sebelum digunakan.
Nota: Resepi ini khas untuk Saudari yang berminat resepi nasi kandar tinggal di Sarawak yang sukar perolehi Yogurt asli. Saudari ini mengidam dengan resepi kurmak ayam dan ayam bakar tandoori nasi kandar ..semoga Mamk haji tak menghampakan keinginan beliau. * Cultured Yogurt boleh didapati dari penjual-penjual susu segar tempatan. Kalu beli di pasaraya jaga kandungan mungkin ada geletin haiwan
No comments:
Post a Comment