APA ITU GST?
Goods & Services Tax (GST) adalah sejenis Value Added Tax (VAT) iaitu cukai keatas nilai yang ditambah. Ia akan menggantikan Sales & Services Tax (SST) yang diamalkan sebelum ini.
Apa bezanya?
Cukai sebelum ini hanya dikenakan pada barang/perkhidmatan akhir yang dijual. Manakala GST dikenakan di setiap peringkat seperti perkilangan dan pengedaran. Dari sudut pulangan kepada negara, hasil dari cukai akan bertambah sebab firma tidak lagi dapat 'menyorok' dari dicukai.
Umpamanya KFC. Sebelum ia akan kenakan 6% cukai perkhidmatan kepada pembeli. Maka secara kasarnya, pembeli KFC akan untung sebab tiada lagi tambahan 6% apabila GST dilaksanakan.
Tetapi setiap ayam yang disembelih nanti akan dicukai. Tepung yang digunakan juga akan dicukai. Sos, rempah, kentang goreng, keju dan sebagainya. Sudah tentu secara kasarnya kos firma KFC akan meningkat dengan mendadak kerana cukai tidak lagi dikenakan kepada ayam yang terjual sebaliknya pada semua barang yang terlibat dalam proses pengeluaran.
Untuk menampung kos ini, sudah tentu KFC akan menaikkan harga ayam-ayamnya. Tiada lagi tambahan 6% kerana harga baru nanti akan menyerap cukai yang telah dikenakan di semua peringkat.
Sebelum ini kerajaan janji untuk kenakan 4% sahaja GST tetapi petang tadi Menteri Kewangan umumkan 6%. Borbohong.
Kerajaan kata ia bagus kerana GST tidak dikenakan pada barangan keperluan asas. Justeru kelompok berpendapatan rendah tidak akan terjejas. Tetapi kerajaan semacam tidak faham bahawa kenaikan dalam barangan lain yang bukan asas juga akan mengheret ekonomi kepada inflasi (teori domino).
Apabila berlaku inflasi, kelompok paling teruk terjejas adalah golongan berpendapatan rendah.
Golongan ini akan marah sekejap tetapi 5 tahun lagi tetap akan undi BN.
-copy paste-
No comments:
Post a Comment