Saturday, August 9, 2014

How to Dry Onions and Make Onion Powder

How to Dry Onions and Make Onion Powder
Using a dehydrator or oven
Peel sweet onions or shallots. Slice 1/8 thick and chop into fine pieces. Spread thinly over trays. Dry at 120° F for 24 to 30 hours or until brittle. Stir onions every 8 hours and rotate trays. It will take 2 to 3 days to sun dry….bring the trays in at night.
How to make onion powder
After you dry the onions you can easily crumble the chopped pieces in your hand. Allow the onions to cool. Then grind with a coffee grinder, spice mill, food processor or mortar and pestle until you reach your desired consistency. Store your finished onion powder in an air-tight container in a cool, dry place or freezer.

Coretan ustaz ebit lew (2)

Selalu wanita tanya soalan ini bagaimana untuk dikasihi suami. Tapi jarang lelaki tanya bagaimana untuk dikasihi isteri..
Orang yang paling baik ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. Nabi saw ialah orang paling baik terhadap isterinya..
Orang yang paling baik ialah orang yang paling terhadap keluarganya. Nabi saw orang paling baik terhadap keluarganya..
Orang yang paling dekat syurga dengan Nabi saw di syurga ialah orang yang paling baik akhlaknya.
Lelaki yang diharapkan wanita bukanlah kita kena terlalu sempurna atau terlalu jiwang..tapi cukuplah buat mereka gembira jika suami mereka seorang yang
1) Mata yang memandang wajah ketika mereka bercakap. Mimik muka yang memahami suka duka dan pandangan terasa diri mereka disayangi. Nabi saw akan pusing semua badan bila bercakap dengan seseorang. Mengadap mereka sepenuhnya.
2) Sediakan telinga untuk mendengar dengan penuh perhatian tanpa potong cerita mereka sampai habis. Tiada orang lain tempat mereka mengadu dan bercerita lagi selain suami mereka. Wanita mudah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang suka mendengar. Nabi saw tidak akan alihkan telinga dari mendengar sehingga orang tu habis bercakap
3) Selalu membelai mereka. Pegang tangan ketika berjalan. Peluk ketika berjumpa.Picit-picit tangan dan kaki mereka kerana ucapan terima kasih menjaga anak-anak dan menguruskan rumah..
4) Rajin bantu mereka. Orang yang kita tak kenal masa di mana-mana, jika mereka bawa anak-anak atau banyak barang. Kita akan tekan lif dan jika barang jatuh kita tolong angkat barang mereka. Isteri kita buat macam-macam dan ada yang boleh tengok sahaja. Anak menangis, susukan anak, buat susu, rumah bersepah, kemas rumah, basuh tandas, siram bunga, pasang langsir, tempah langsir, basuh baju, jemur, angkat dan lipat baju. Masak, hidang makanan, mengemas dapur, meja makan, basuh pinggan, suapkan anak, buat air, anak bergaduh, anak nak main permainan, dengar anak bercerita..kita mudahkanlah mereka nanti Allah sayang kita. Nabi saw uruskan hal rumahtangga sendiri..
5) Beri hadiah dan kejutan sentiasa buat mereka sebagai ubat pengorbanan mereka. Hargai mereka. Nak cari seorang pekerja yang rajin dan boleh buat semua kerja sangat susah..isteri kita bukan pekerja kita. Mereka isteri, kekasih, kawan, teman, pembantu agama, hamba Allah, pelayan, orang gaji, pengurus rumahtangga, pengasuh....apalah salahnya kerana Allah kita gembirakan mereka. Kadang-kadang kita beri hadiah, kata-kata manis, senyuman sayang, air mata ikhlas,dan bawa mereka berjalan-jalan.
Nabi saw selalu berikan hadiah ..
6) Sediakan bahu bila mereka menangis.. biarkan mereka menangis. Biar mereka luahkan perasaan mereka. Jangan ceramah atau nasihat mereka dulu
Biar mereka menangis..
7) Suami yang memimpin tangannya dan anak-anak ke syurga. Mulakan dengan setiap malam hidupkan bacaan Al Quran dan bacaan hadis Nabi saw dalam rumah walaupun sekejap..
8) Menghargai ibubapa dan keluarganya. Buat baik pada mak ayahnya mak ayah kita. Kerana asbab doa dan korban mereka kita kenal isteri kita..
9) Sekali sekala ucapkan kata cinta dan sayang padanya. Nabi saw ajar supaya kita ucap jika kita sayang seseorang..
10) Saling doa mendoakan, solat malam bersama-sama, baca Al Quran sama-sama, belajar bersama-sama, keluar jalan Allah bersama-sama
Ya Allah berilah kekuatan pada diriku dan semua suami diluar sana dapat amalkan-ebit lew www.keluargasunnah.com 14 September / UPM semua dijemput bersama-sama

Coretan ustaz ebit liew!

Soalan yang kerap ditanya selepas ceramah dan email ialah kesedihan dan kepiluan kerana masih belum dikurniakan anak.
Saya sedih ustaz..kadang-kadang keluarga dan kawan-kawan tak faham lagi malang bila pasangan pula tidak memahami. Kami juga sedih dan ingin beri mereka anak...kadang-kadang rasa tidak adil buat kami...ada apa-apa yang kami boleh amalkan...mereka mesti menangis atau bergenang air mata...Saya pun rasa nak menangis bila orang luah soalan ini.
Allah sayang puan dan suami. Dia beri kerana dia sayang pada kita. Dia tahan sesuatu kerana sayang pada kita demi kebaikan.
Guru yang mula-mula ajak saya kepada kebaikan dia tiada anak melainkan anak angkat yang kini jadi hafiz dan alim. Dia dan isteri sangat baik dengan mak ayah saya. Mereka banyak berjuang sehingga saya rasakan dia ada anak mungkin beribu kerana dia mendidik setiap anak-anak yang pernah belajar dengannya dengan sunnah Nabi saw dan kerja dakwah.
Dia pernah tanya saya masa sekolah? Sampai bila ebit kena pimpin orang yang kita dakwah? Saya jawab sehingga dia telah istiqamah atas agama ini
Jawab cikgu saya, bukan, tapi sehingga kita mati. Sentiasa maafkan dia walaupun ketika kita rasa dia tidak patut buat macam tu lagi, doakan dia sentiasa, dan bantu dia..sehingga hari ini cikgu tadi masih datang ziarah ibubapa saya..dia masih berdua sehingga hari ini. Dia terlalu sayang isterinya dan tidak sanggup kahwin lain walaupun isterinya mendesak.
Di antara petua untuk dimudahkan dapat anak dengan kehendak Allah juga. Allah suka orang berusaha san berdoa.
1) Syukur Allah beri nikmat pasangan hidup. Ada tempat kita bersama..bila kita syukur Allah tambah nikmat..ingat ini semua kerana dia sayang..kerana Allah sayang. Ibubapa kadang-kadang beri dan tahan sesuatu dari anaknya adalah kerana kebaikannya..Allah tuhan kita sangat sayang kita...
2) Ambil anak angkat atau bantu mana-mana anak dari kecil sehingga dia dewasa dalam kehidupannya..benar-benar sayang mereka kerana Allah..insyaAllah Allah mudahkan semuanya..
3) Baca doa Nabi Zakariya untuk dapat anak dalam surah al anbiya ayat 89. Masa beliau umur 80 tahun dan isterinya tua dia masih belum ada anak. Satu hari dia yang jaga Maryam as ibu Nabi Isa, lihat Maryam as makan buah yang bukan musimnya. Bila ditanya mana kamu dapat ini. Jawab Maryam ini semua dari kurniaan tuhanku Allah. Nabi zakariya as fikir jika anak boleh yakin kepada Allah. Kenapa dia tidak yakin. Masa umurnya yang tua, Allah kurniakannya anak. Yakin Allah yang beri anak. Bukan soal umur, tua dan lain-lain. Itu cuma sebab zahir. Allah semuanya.
4) Boleh selalu zikir nama Allah. Ya kholiqul ya Bariul Ya Mushowwir..yang maha menjadikan, yang maha mencipta, yang maha membentuk..
-*Saya selalu baca dulu masa mula-mula kahwin dan lambat sikit dapat anak..saya datangkan yakin yang beri anak ialah Allah..
5) Selalu sedekah dan selepas sedekah doa. Ya Allah berilah kami anak yang soleh dan solehah.
6)Baca yassin setiap pagi dan baca al waqiah setiap malam. Siapa baca yassin diawal hari Allah mudahkan segala urusannya..siapa baca waqiah setiap malam dijauhkan dari kepapaan dan kemiskinan..Anak harta yang sangat bernilai.
7) Bertaubat pada Allah. Taubat mungkin ada kata-kata kita yang salah dan rasa yang salah. Contohnya ada orang kata ish malas nak dapat anak dulu lah.. nak enjoy dulu..atau sakitlah tak nak anak-anak ni...atau serabutlah budak-budak ni..atau mana ada duit nak besarkan anak-anak.atau takde hal lah kacang gila nak dapat anak.sedangkan yang bagi anak ini Allah. Yang lain cuma sebab-sebab jer...Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
8) Bangun malam tahajud kerana Allah janji akan beri kurniaan yang luar biasa hebatnya..
9) Benar-benar menghargai pasangan kerana dengan itu menyebabkan Allah sayang kita. Bersama pasangan dengan penuh kasih sayang.
10) Minta doa ibubapa dan gembirakan ibubapa. Jika sudah tiada banyak doa buat ibubapa..
11) Rajin berusaha berjumpa doktor dan dapatkan nasihat pakar..Allah suka orang yang berusaha..yakin pada Allah..
12) Sibuk dengan dakwah, menuntut ilmu, dan amalan masjid. Sediakan umat ini kepada kerja dakwah. Sehingga diakhirat ribuan orang belakang kita. Saham akhirat kita kerana ilmu manfaat yang telah kita sebarkan..Hanya air mata gembira melihat saat itu insyaAllah.
Akhirnya isteri dan anak-anak semuanya akan menjadi saham akhirat atau musuh pada hari akhirat..
Ya Allah ya rahman kawan-kawan kami yang baik ini inginkan anak yang soleh dan solehah. Ya Allah permudahkanlah buat mereka. Ya Allah kami sayang saudara kami ini keranaMu..berilah mereka anak dengan kasih sayangMu. Jadikanlah setiap dari kami semakin hampir padaMu. Kami berterima kasih kerana Kau sentiasa menyayangi kami-ebit lewwww.keluargasunnah.com 14 September 2014 / Upm
Terbuka kepada semua..semua dijemput hadir. Semoga jadi asbab hidayah dan kebaikan.

incredible detox drink

This incredible detox drink helps you burn fat, boost metabolism, lose weight, fight diabetes and lower blood pressure. 
Ingredients
1 glass of water (12-16 oz.)
2 Tbsp. Apple Cider Vinegar
2 Tbsp. lemon juice
1 tsp. cinnamon
1 Tbsp. Raw Honey
Directions
Blend all ingredients together
Secret Recipe Detox Drink will help your body burn fat, lose weight, fight diabetes.
Apple Cider Vinegar is full of enzymes and good bacteria. It contains acetic acid which has been shown to lower blood pressure up to 6%. It can also help eat up the starches if you do eat grains in your diet. (I use Bragg – Apple Cider Vinegar)
Lemon juice helps balance blood sugar and has an alkaline effect on your body helping to regulate ph. It contains, Vitamin C. (I use Lakewood Organic PURE Lemon Juice)
Cinnamon is one of the best anti-oxidants on the planet. It is the number one herb/spice for balancing blood sugar.
Honey is very rich in various beneficial substances and can be used even for weight loss. For centuries it treated wounds, and also lung, gynecological, skin and heart diseases. One teaspoon of honey reduces pain in the throat, and even can calm nerves and can be very helpful to lose weight. It contains enzymes that stimulate the digestive process and boost your metabolism, which contributes to weight reduction. —

Your life is a test.



Your life is a test.

Do people think that they will be left alone because they say: "We believe," and will not be tested.
And We indeed tested those who were before them. And Allah will certainly make (it) known (the truth of) those who are true, and will certainly make (it) known (the falsehood of) those who are liars, (although God knows all that before putting them to test).
[Quran Surah Al Ankabut 29:2-3]
 

Friday, August 8, 2014

Doa dan Dosa oleh Dr Abu Anas Madani

DOSA!
Antara penghijab doa ialah dosa. Maka doa yang paling afdhal bagi pendosa seperti kita ialah:
Ya Allah ampuni dosa-dosa ku.
Kemudian, doa pula agar Allah ampuni dosa-dosa ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan. Kenapa?
Bila kita doa supaya Allah ampuni orang lain, malaikat akan doakan keampunan untuk kita. Maksudnya dalam satu doa kita dah mohon banyak keampunan.
Mungkin jika banyak doa kita tidak mustajab, kita kena periksa, kenapa Allah tak terima, atau Allah tukar doa kita dengan gantikan penghapus dosa-dosa kita.
Allah tak zalim, kita doa dia pasti bagi, tetapi apa Dia bagi kita tak tahu. Kita minta dapat kereta besar, isteri cantik, gaji besar, Allah tak bagi, boleh jadi Allah ganti dengan Dia ampuni dosa kita.
Kita semua pendosa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalil-dalil berkaitan:
أُمُّ الدَّرْدَاءِ ، قَالَتْ : حَدَّثَنِي سَيِّدِي أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ مَنْ دَعَا لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ قَالَ : الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ :
Ummu Darda' radiallahu 'anha berkata: Suami ku memberitahu ku bahawa dia mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam bersabda:
Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya tanpa diketahui saudaranya, malaikat yang bertugas untuk hal itu akan mengaminkan doa tersebut dan berkata "Untuk kamu jua (seperti yang kamu doakan kepada saudara kamu).
[Sahih Muslim, Kitab ad-Dzikir, hadis no : 4920]
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ ، وَلاَ قَطِيعَةُ رَحِمٍ ، إِلاَّ أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ : إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الآخِرَةِ ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا قَالُوا : إِذًا نُكْثِرُ ، قَالَ : اللَّهُ أَكْثَرُ.
Abu Sa'id al-Khudri radiallahu 'anhu meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Tidaklah seseorang muslim memanjatkan doa pada Allah selagi mana itu tidak mengandungi dosa dan memutuskan silaturahmi melainkan Allah akan memberi kepadanya salah satu daripada tiga perkara ini:
[1] Allah akan segera mengabulkan doanya,
[2] Allah akan menyimpan doa itu untuknya di akhirat kelak,
[3] Allah akan menjauhkankan daripadanya keburukan yang semisal.
Para sahabat berkata: Kalau begitu kami akan memperbanyakkan berdoa.
Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Allah nanti yang memperbanyak (mengabulkan doa-doa kalian).” [Musnad Ahmad, Musnad Abu Sa'id al-Khudri, hadis no: 11150, Shaikh Syu'aib al-Arnouth berkata: Sanadnya bagus]
أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ ( يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّى بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ) وَقَالَ (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ) ». ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ ».
Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu thoyib (baik). Dia tidak akan menerima sesuatu melainkan yang baik pula. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya: Wahai para Rasul! Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal solih. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.’
Allah juga berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu.
Kemudian Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menceritakan tentang seroang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya jarak yang ditempuhi. Sehingga rambutnya kusut, masai dan berdebu. Orang itu mengangkat tangannya ke langit seraya berdoa: Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku. Padahal, makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan makanan yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya? [Sahih Muslim, Kitab az-Zakat, hadis no: 2393]
L

Sambal Belacan Lebih Enak

Alangkah nikmatnya makan nasi bersama sambal belacan dan ulam-ulam.

Bagi menghasilkan sambal belacan yang enak, cili merah, cili hijau, cili padi dan tomato hendaklah digoreng terlebih dahulu.

Kemudian barulah dikisar atau tumbuk bersama belacan yang sudah digoreng. Perahkan asam limau, pasti rasanya lebih enak dan menyelerakan.

Sambal Belacan Lebih Enak

About egg!

About battery!

Granny’s Red Velvet Cake

Granny’s Red Velvet Cake
1/2 cup shortening
1 1/2 cups sugar
2 eggs
1 tsp vanilla
1 tsp baking soda
1 Tbsp vinegar
2 1/2 cups flour
2 Tbsp cocoa
1 tsp salt
1 cup buttermilk
2 oz. red food coloring, see all natural recipe below
Preheat oven to 350 degrees F. Grease and flour two 9 inch round cake pans or a 9×13 baking dish.
In a large mixing bowl cream together shortening and sugar. Beat in eggs and vanilla.
In a small bowl add vinegar and sprinkle baking soda on top; set aside.
Sift together flour, cocoa and salt; add alternately with buttermilk, beat after each addition. Stir in baking soda and vinegar mixture. Mix in food coloring. Pour into prepared baking pans.
Bake 30 minutes, or until knife inserted into center comes out clean. Remove from oven, set aside to cool.
Frosting:
1 cup milk
¼ cup flour
1 ½ cups granulated sugar
3/4 cup butter, 1 1/2 sticks room temperature
1 tsp vanilla
Over medium low heat cook milk and flour until thick, stirring constantly. Remove from heat, set aside; let cool.
Cream together sugar and butter until light and fluffy. Add vanilla and blend in well. Add cooled
Milk sauce; beat until stiff. Frost cooled cake….enjoy!
Red Beet Juice is an all natural red food coloring….here is how you make it…
Use a few large red beets, remove greens and roots; slice them up. Cover with water in sauce pan; bring to a boil; reduce heat and simmer until tender only a small amount of water remains, about a ¼ cup. Eat the beets and bottle up the red beet juice, you now have all natural red beet juice.
Find out more by clicking on the link below.
http://www.howtoinstructions.us/category/food

Siri Taman Syurga 63:Bahaya mati jahil [151112] - Ustaz Mutalib Maarof

Petua Untuk Memastikan Telur Anda Tahan Lama



Petua Untuk Memastikan Telur Anda Tahan Lama
Pilihan 1: Bersihkan kesemua telur. Lapkan sehingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Telur akan tahan lama.
Pilihan 2: Susunkan telur secara menonggeng (yang runcing di bawah) agar lebih tahan lama.

Petua Masakan Untuk Melembutkan Perut Lembu

Petua Masakan Untuk Melembutkan Perut Lembu
Untuk memasak perut lembu mengambil masa yang agak lama. Cara yang paling berkesan ialah masukkan sudu kaca ke dalamnya sewaktu merebus. Perut lembu akan mudah menjadi lembut.

Petua Untuk Melambatkan Kulit Berkedut

Petua Untuk Melambatkan Kulit Berkedut
Kunyit boleh mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Minum selalu.

Petua Untuk Melegakan Angin Dalam Badan

Petua Untuk Melegakan Angin Dalam Badan
Pilihan 1: Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan dengan halba rebus setengah cawan. Kemudian, campurkan sedikit madu asli dan kacau sehingga sebati dan minum. Amalkan setiap hari.
Pilihan 2: Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.
Pilihan 3: Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar.
Pilihan 3: Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.
Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:
• Kacang
• Sayuran seperti brokoli
• Kobis
• Taugeh
• Bawang
• Asparagus
• Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
• Bijirin seperti roti gandum
• Minuman ringan dan jus buah
• Susu dan produk daripada susu dan keju
• Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
a. Banyakkan minum air kosong.
b. Kurangkan udara yang anda sedut.
c. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
d. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.

Thursday, August 7, 2014

Petua Untuk Meredakan Sakit Lutut



Petua Untuk Meredakan Sakit Lutut
1. Rehatkan sendi lutut. Bila mengalami kesakitan sebaiknya rehatkan lutut sebanyak mungkin. Contohnya 12 jam hingga 24 jam. Jangan memaksa menggunakannya kerana ini akan merosakkan lagi dalaman sendi lutut.
2. Senaman. Bila sakit sudah tiada atau berkurangan, lakukanlah senaman setelah mendapat kebenaran dari doktor. Lakukanlah senaman yang lembut dan sederhana seperti berjalan-jalan, mengayuh basikal atau berenang. Senaman juga sangat penting untuk menguatkan otot di sekeliling sendi agar sendi akan lebih stabil. Jika sendi masih sakit dan bengkak elakkan senaman dahulu.
3. Kurangkan berat badan. Berkeadaan obes dan berbadan berat akan membebankan sendi pinggul dan sendi lutut. Walaupun hanya sedikit kurang dalam berat badan, ia tetap dapat mengurangkan bebanan pada sendi tersebut.
4. Memanaskan sendi. Memanaskan sendi dengan dengan menggunakan air suam dalam botol atau pad atau mandi air suam selama 20 minit sekali untuk beberapa kali sehari boleh membantu meredakan kesakitan.
5. Ubat-ubatan. Ubat penahan sakit atau ubat anti radang sangat membantu mereda dan menghilangkan kesakitan. Ia boleh didapati dari klinik atau farmasi. Sekiranya ada gejala gastritis harus berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. Krim panas juga boleh meredakan kesakitan.
6. Gunakan alat bantu. Alat bantu boleh membuat lebih mudah untuk menjalani harian anda tanpa menekankan sendi yang menyakitkan anda. Tongkat mungkin mengambil berat badan dari lutut anda atau pinggul sewaktu berjalan.

Khasiat Daun Kari

Khasiat Kari
1. Penawar cirit birit dan buasir
- Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.
2. Loya dan pening
- Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.
3. Diabetes
- Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
4. Agar rambut panjang dan sihat
-Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa
- Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.
6. Lebam dan bengkak
- Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.
7. Kecantikan dan kesihatan diri
- Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.
P/S : Selamat Mencuba 

Petua Awet Muda

Petua Awet Muda
1. Ukirkan Senyuman - Senyuman boleh membantu mempertahankan bentuk wajah anda.
2. Ambil Minyak Ikan - Perbaiki kulit anda dengan mengambil tablet minyak ikan (Cod Liver Oil) sehari sekali. Ia merupakan sumber vitamin A, D dan asid lemak untuk kulit.
3. Amalkan Teh Hijau - Pengambilan teh hijau memang telah membuktikan begitu berkesan dalam melambatkan penuaan.
4. Krim Pelembab - Pastikan kulit sentiasa disapu dengan krim pelembap bila berada di dalam bilik yang berhawa dingin bagi mengelakkan kulit menjadi kering.

Petua Penjagaan Kaki Untuk Pesakit Diabetes

Petua Penjagaan Kaki Untuk Pesakit Diabetes
• Basuh kaki setiap hari.
• Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki.
• Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
• Potong kuku jari kaki secara lurus.
• Tukar stokin anda setiap hari.
• Jangan berjalan tanpa kasut. Kalau dalam rumah gunakan selipar nipis dan lembut untuk mengelakkan kecederaan pada kaki anda.
• Selalu memeriksa bahagian dalam kasut sebelum memakai kasut untuk memastikan tiada objek di dalam kasut.
• Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai diguna luar rumah.
• Pastikan anda merawat luka dan calar dengan segera.
• Pastikan anda berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 atau 3 hari.

7 petua untuk mengurangkan gout

7 petua untuk mengurangkan Gout
Posted on Wednesday, August 06 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Kesihatan

Pengumpulan asid urik, gemuk, tekanan dan kerosakan buah pinggang antara penyebab gout yang lazimnya lebih ramai dihidapi lelaki berbanding wanita.

Golongan berisiko tinggi menghidap penyakit itu ialah mereka yang berusia lebih 40 tahun.

Gout iaitu sejenis penyakit sendi, sering dianggap penyakit biasa yang tidak serius dan mengancam nyawa.

Bagi mengurangkan kesan serangan gout dan menikmati kehidupan lebih baik, berikut disertakan tujuh panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah gout.

1) Kekalkan hidrasi 


Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air dan air yang diperlukan bertanggungjawab mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh.

Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi.

2) Elak minuman keras

Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi dalam badan. Apabila protein daripada yis di dalam bir dipecahkan ia akan tercipta asid urik. Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dehidrasi. Banyak alkohol diperbuat daripada yis.

3) Elak beli ubat gout di kaunter

Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan.

Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan boleh menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan. Cuma air yang sama bagaimanapun diperlukan untuk melupuskan asid urik yang berlebihan.

Jika doktor menasihatkan supaya pesakit mengambil aspirin dalam dos rendah setiap hari atau diuretik untuk masalah jantung, orang itu perlu terus mengambil ubat berkenaan kecuali mereka dinasihatkan untuk berhenti. Pesakit gout dinasihatkan menghapuskan penyebab gout untuk mengurangkan serangan.

4) Makan secara sihat 

Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit gout yang boleh mengurangkan beberapa jenis makanan yang mengandungi purine kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekali gus menyebabkan tahap asid urik meningkat.

Cara terbaik mengurangkan pengambilan daging merah, mengelakkan alkohol dan memakan banyak tenusu rendah lemak, buah-buahan dan sayu-sayuran. Apabila seseorang itu diserang gout, doktor akan memberikan diet gout lengkap untuk membantu mengelakkan ia semakin meningkat.

5) Mengekalkan berat badan

Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan. Jika gagal menyebabkan jumlah asid urik dalam badan juga meningkat.

Mengekalkan berat badan yang sihat tidaklah sukar seperti yang difikirkan. Jika seseorang itu mengikuti semua panduan dan nasihat dalam senarai pemakanan sihat dengan betul, maka berat badan akan datang secara semula jadi. Cukup sekadar mengamalkan senaman sederhana, iaitu sesuatu yang juga baik untuk semua orang.

6) Rehat

Tidur cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi penyakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu.

Pengamal kesihatan juga bersetuju walaupun kita tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagi merehatkan dan meredakan tekanan lebih cepat.

7) Halia

Halia digunakan beribu-ribu tahun yang lalu untuk masalah sendi dan gangguan gastrousus.
Penyelidikan menunjukkan ia berkesan mengurangkan kesakitan dan keradangan apabila digunakan dari masa ke masa kerana ada banyak ubat-ubatan disediakan di kaunter perubatan.

Ubat-ubatan berasaskan halia boleh didapati dalam bentuk akar asli, serbuk mahupun dalam bentuk kapsul. 



Resipi fishcake!

Assalamualaikum..sebelum ni saya ada berkongsi resepi fishball ..sekarang saya kongsikan resepi fishcake pula..mmg ia sangat kenyal dan seperti dijual dikedai2yang diusahakan oleh bukan bangsa melayu...insyaallah semua yang saya kongsikan bersih, suci halal dan sangat menjimatkan kita..
Resepinya
500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecik (menggunung) tpg jagung
1 sudu kecil garam (nanti masa dah siap blend nanti ce rasa jgn masin sangat ye sbb nanti time sejuk lagi masin)
sedikit ajinomoto (terpulang nak isi atau tidak)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cup air sejuk (dr air batu)
** anda boleh menggantikan dgn fish fillet tapi abaikan/jgn taruk air ye sbb dlm fillet tu dah ada kandungan air dah... so abaikan sukatan air tu
caranya
isi ikan tenggiri diambil ..kulit takmau ye dan diblend halus saya guna food prosessor
kemudian masukkan sedikit air ais ..kisar lagi masukkan garam serta serbuk lada putih (siapa yang nak taruk ajinomoto taruk sikit)
kisar lagi dan masukkan 3 sudu tpg jagung dan kisar lagi..
sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi ..loyang tu biarla boleh masuk dlm periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware tahan panas..
masukkan adunan ikan tadi dlm bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak kluarkannya..(mcm buat serimuka)ratakan ia serta padatkannya.. menggunakan minyak yang disapu dijari anda utk licinkan permukaan ikan tadi dan kukus hingga masak..dlm 15 minit atau sehingga masak
terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi potong sepertimana bentuk fishcake..
panaskan minyak terendam.. dan goreng sekejap hingga ia kekuningan.. angkat dan toskan minyak siap..alhamdulillah..

Wednesday, August 6, 2014

virus Ebola

Dapatkan rawatan segera jika ada tanda virus Ebola

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihat mendapatkan rawatan segera jika mempunyai tanda-tanda Penyakit Virus Ebola (EVD), sejenis penyakit demam berdarah yang boleh membawa maut dan sedang menular di beberapa negara.

Presiden Malaysian Integrated Medical Professionals Association (MIMPA) dan Pakar Virologi, Dr Dhesi Baha Raja berkata antara simptom ialah demam, sakit kepala, sakit tekak, sakit sendi dan kurang selera makan.

"Pesakit juga akan mengalami muntah, cirit-birit dan pendarahan dalaman serta luaran pada tahap kedua. Walaupun tiada kes (berlaku) di negara ini tetapi langkah pencegahan sangat penting.

"EVD ini merupakan penyakit jangkitan virus yang parah dan kira-kira 50 hingga 60 peratus orang yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami kematian", katanya kepada Bernama hari ini.

Pengasas "The Malaysian Medical Gazette" itu menegaskan setakat ini dunia belum menghasilkan sebarang ubat khusus untuk rawatan EVD.

Katanya, kaedah rawatan setakat ini simptomatik iaitu memberi rawatan mengikut keadaan pesakit.

Sebagai contoh, jika pesakit itu kekurangan air, air dimasukkan ke dalam badan pesakit.

Dr Dhesi berkata, orang ramai juga perlu mengambil langkah-langkah kebersihan asas seperti basuh tangan, langkah penjagaan universal dan mengendali makanan secara bersih.

Bagi petugas hospital pula mereka dinasihatkan memakai peralatan dan pakaian yang selamat seperti topeng dan sarung tangan.

"Virus ini berjangkit melalui sentuhan bendalir badan termasuk kencing, darah dan juga sperma dan virus yang dijangkiti melalui sperma pula mampu bertahan aktif selama tujuh minggu," katanya.

Beliau berkata, Ebola mula dikesan pada awal tahun 1976 di Yambuku, Zaire berdekatan sungai Ebola.

Beliau juga berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil langkah awal yang betul dengan memperkukuhkan aktiviti kesiapsiagaan dan respons terutama di pintu masuk antarabangsa, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Namun, setakat ini tiada sebarang jangkitan EVD dikesan di negara ini.