Saturday, December 13, 2014

PETUA HILANGKAN KARAT PADA KUALI DAN PERIUK

PETUA HILANGKAN KARAT PADA KUALI DAN PERIUK
Boleh cuba mana-mana cara berikut
1. Cuka dan Garam
Hilangkan karat di periuk, kuali dan belangga anda dengan membersihkannya dengan campuran cuka dan garam, kemudian dijemur sehingga kering.
2. Sos Tomato
Sapukan di tempat yang karat dan biarkan selama 2 jam. Kemudian bilas hingga bersih. InsyaAllah berhsil.
3. Kulit Kentang
Letakkan kulit kentang di dalam periuk yang berkerak dan isikan air separuh daripada periuk itu. Kemudian, letakkan di atas api. Tunggu sehingga didih dan toskan. Anda akan lihat kerak di periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.
4. Asam Jawa
Caranya ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk berkarat yang ingin dicuci itu.
Gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi dan lakukan sehinggan kesan karat hilang dan bilas hingga bersih.
5. Pencuci Pinggan
Caranya, sebelum memasak sapukan dahulu bahagian luar periuk dengan pencuci pinggan. Setelah siap memasak, cuci periuk dengan penggosok.
6. Baking Soda dan Air
Kadang-kadang apabila memasak kita cuai, jadi ada tanda hangus pada periuk. Cara hendak hilangkannya masukkan sedikit baking soda campur sedikit air dan biarkan beberapa jam. Kemudian, bersihkan periuk seperti biasa.
Selamat mencuba dan semoga berhasil.

Thursday, December 11, 2014

Iklan kejap (3): KINETIC SAND


KINETIC SAND!!

NOW WITH COLOR!

RM50
Postage RM8.50 (SM) / RM20.00(SS)

Available in color :
Yellow
Red
Orange
Purple
Pink
Blue
Grey / Black


Price 1 KG : RM66 (Peninsular Malaysia  including postage)

                   RM77 (Sabah and Sarawak including postage)


• Made out of 98% pure sand and 2% non-toxic polymer
• Non-toxic and gluten-free
• Never dries out
• No fluid within, so no place for bacteria to grow
• Sticks to itself for easy cleanup
• Comes in a box with1 KG of sand.

Rumpai miang mexico

Elak tersentuh rumpai miang Mexico


INILAH gambar rumpai miang Mexico yang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia dan haiwan.


KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar mengelakkan diri daripada terdedah atau tersentuh ‘rumpai miang Mexico’ atau istilah saintifiknya parthenium hysterophorus kerana ia boleh menyebabkan alahan terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (gambar) berkata, rumpai miang Mexico mempunyai bahan kimia pada debunga, bahagian akar, daun dan batangnya yang dikenal pasti boleh memberi kesan terhadap kesihatan manusia.
“Namun tidak semua mereka yang terdedah kepada rumpai itu me­ngalami alahan. Sesetengah orang mengalami gejala (alahan) apabila pendedahan berterusan dan berulang kali.
“Gejala tindak balas alahan adalah seperti ruam kulit, kulit menggelupas, gatal pada kulit, mata bengkak, alahan rinitis serta gangguan kepada sistem pernafasan seperti selesema dan asma,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3LXbreYIL 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, December 10, 2014

Smartphone, racun rumah tangga

SEMBANG Whatsapp penulis dengan Ketua Wanita Isma, Ustazah Norsaleha Mohd Salleh tidak pernah lekang dari kata-kata semangat dan nasihat berguna.

Ustazah seorang yang amat mengambil berat mengenai rakan-rakan tidak kira sama ada beliau baharu kenal atau sudah lama.

Ustazah pandai bergurau, tapi pada hemat penulis, kata-kata dan gurauan ustazah kena dan tepat dengan apa yang berlaku pada hari ini.

Kegilaan berselfie, kisah rumah tangga muda-mudi yang semakin berantakan, ditambah dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat membuahkan pelbagai masalah sosial.

Ya, buah fi kiran ustazah membawa kepada perbincangan WOW pada minggu ini. Lihat sahaja institusi kekeluargaan yang runtuh dek kealpaan individu itu sendiri. Salah satunya berpunca daripada tabiat masyarakat pada zaman ini yang serba canggih dengan penggunaan telefon pintar atau smartphone.

Smartphone ibarat suatu racun dalam rumah tangga. Kecurangan meruntuhkan kepercayaan sebelum akhirnya menarik kebahagian pasangan untuk sama-sama runtuh secara perlahan-lahan.

Istana bahagia dicita-citakan tidak berakhir hingga akhir hayat, malah bercambah menjadi kudis dan dosa yang berulang.

Sesungguhnya curang dan cinta terlarang mengundang pelbagai cerita duka. Bagaimana ia berlaku? Salah satunya kerana kecanggihan teknologi smartphone pada masa kini. Dengan gaya hidup serba ranggi dan elegan, memudahkan seseorang berkomunikasi secara terus.

Inilah bahananya telefon canggih; apabila keadaan ini mendorong manusia menikmati keseronokan hidup yang tidak
dinikmati semasa muda.

Justeru para pembaca, berhati-hati dan berhemahlah ketika menggunakan aplikasi telefon pintar anda. WOW minggu ini membawakan isu smartphone, racun rumah tangga.

Ia sekadar teladan dan pedoman untuk pengajaran semua. Usah biar kemudahan canggih ini menjadi racun dalam
kehidupan sebenar anda.

Pengakuan 1

Grup chatt, buat suami leka

SAYA membelikan suami smartphone sebagai hadiah hari jadi setahun lalu. Dia sukakan permainan video, jadi dengan adanya smartphone, bolehlah dia muat turun semua game yang dia suka dan itu lebih memudahkannya.

Berbanding permainan PSP yang mahal dan susah untuk dibawa ke mana-mana.

Bagaimanapun, saya silap kerana ia sebenarnya amat memburukkan keadaan. Suami bukan sahaja melekat di hadapan telefon bimbit 24 jam untuk bermain game, malah sudah semakin leka dengan grup chat (sembang berkumpulan) dalam
kalangan rakan-rakan pejabatnya dan kenalankenalan lama di sekolahnya.

Kadang-kadang saya naik rimas. Di rumah main smartphone, di kedai makan pun dia leka sampai pembantu restoran
berdiri lama untuk mengambil pesanan makanan. Apabila saya menegur, kami boleh jadi gaduh.

Bukan soal cemburu, soalnya sekarang dia seperti ketagihan dan leka dengan tanggungjawab utamanya. Ketika makan, dia perlu tumpukan kepadamakan.

Ketika bersama saya dan anak-anak, saya dan anak-anaklah yang harus menjadi fokus utamanya. Ini tidak,hanya bersama smartphone. Kadangkala  dia senyum dan ketawa sendiri sambil mengutuk rakan-rakan di grup chattnya itu. Suatu hari, saya terdetik hati untuk membuka telefon bimbitnya.

Ternyata, apa yang dia kongsikan bersama rakan-rakan chattingnya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dia sampaikan. Sampai cerita kami bergaduh di dalam kereta pun menjadi isu dan bahan ketawanya bersama rakan.

Saya jadi malu dan tertekan dengan sikap suami danakhirnya memberi kata dua kepadanya. Sama  ada hentikan tabiat buruk itu atau kehilangan saya dan anak-anak. - Nor Hayati Salam, 32,Shah Alam.

Pengakuan 2

Bahana smartphone rumah tangga musnah

SAYA gilakan internet dan saya juga bertanyatanya apakah suami juga melalui masalah sama? Rupa-rupanya apa yang saya duga itu betul.

Sejak menggunakan telefon pintar, suami saya sudah mula melekat dengan telefon bimbit.

Dia ada kedudukan dan jawatan. Pada saya, penggunaan telefon pintar untuknya adalah satu keperluan kerana dalam masa sama, ia mempamerkan imej korporat yang dia bawa.

Tetapi sikap suami semakin lama semakin pelik dan merunsingkan. Pada malam hari, dia gemar duduk dalam kereta sambil menghubungi seseorang.

Anak sulung saya yang perasan perubahannya pada suatu malam. Keesokannya, dia buat lagi. Selesai berhubungan menerusi panggilan telefon, dia kelihatan sibuk pula menaip sesuatu.

Kejadian berlarutan selama seminggu. Akhirnya saya ambil keputusan untuk memeriksa telefon bimbit suami. Saya mencuba banyak kata kunci dan akhirnya atas izinNya, saya dapat melihat apa yang tersimpan dalam telefon bimbit suami.

Ada banyak aplikasi game yang menggunakan ikon lucah, termasuk beberapa keping gambar gadis-gadis yang berposing dalam keadaan mengghairahkan.

Saya juga temui nombor telefon atas nama seorang lelaki yang paling kerap dihubunginya, lebih-lebih lagi pada lewat malam. Saya minta suami berterus-terang.

Rupanya nombor itu bukan milik lelaki tetapi seorang perempuan yang telah dinikahinya di Thailand. Saya berasa amat tertipu dan akhirnya perpisahan jalan yang saya pilih. - Hasyati Yahya, 35, Bukit Mertajam, Perak

Pengakuan 3

Tempat berkongsi rasa

SAYA seorang yang obses dengan aplikasi telefon bimbit. Semua jenis aplikasi saya muat turun sampai jem telefon saya.

Pada mulanya ia sekadar suka-suka untuk isi masa lapang. Saya bekerja sebagai promoter. Pada sebelah siang, saya sibuk di tempat kerja dan selalunya tidak sempat untuk kemas kini aktiviti di telefon bimbit.

Tapi bila balik ke rumah, saya akan terus melekat dengan telefon bimbit. Setiap aktiviti saya nak kongsi bersama rakan-rakan yang ada sebahagiannya saya tak pernah kenal pun. Hanya menerusi maya.

Saya tak tahu kenapa ia seperti jadi satu kemestian untuk saya update semua aktiviti. Bukan tujuan saya untuk mendapatkan perhatian tapi saya seronok dan gembira bila gambar-gambar atau status yang saya kemas kini mendapat like kawan-kawan.

Selepas itu kami akan saling berbalas mesej dan ada kalanya berlarutan sehingga ke pagi. Telefon bimbit pun saya bawa naik ke tempat tidur. Gurauan kawankawan selalu mencuit hati. Gambar-gambar yang dikongsikan pun ada kalanya kelakar.

Saya sedar kadangkala suami saya marah dan kecil hati tapi saya berubah pun paling lama dua hari. Saya tak senang duduk kalau bateri telefon bimbit saya habis.

Saya ada juga muat turun aplikasi lain tapi biasanya tidak lama sebab kenalan dan rakan-rakan terdekat tidak muat turun aplikasi tersebut.

Bergembira di ruangan chating menerusi smartphone bukan bererti saya berniat tidak baik seperti mahu mencari kekasih, tapi ia sekadar suka-suka. - Nurul Syuhada Alwi, 29, Kuala Lumpur.

Tuesday, December 9, 2014

Iklan kejap(2): BABY BEAN BAG

BABY BEAN BAG


➢ Selesa seperti dipeluk oleh Ibu
➢ Mengelakkan kepala baby daripada sydrom FLAT HEAD
➢ Mengurangkan risiko tersedak susu
➢ Sesuai juga untuk kerusi kanak-kanak

Included :
- 2 layer top (1 with harness / 1 without harness)
- Layer top can be wash with washing machine
- Inside fill with poly-foam (Ringan dan tidak panas)


Price: RM155 including postage
Berminat?? sila whatsapp: 010-5317543











Kulit Cantik Dengan Ais Batu

Kulit Cantik Dengan Ais Batu
Berikut beberapa manfaat petua kulit cantik guna ais batu:
1. Menyegarkan Kulit Wajah Yang Penat
Apabila anda menekap ais di wajah, secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut, sehingga meningkatkan peredaran darah. Perkara ini akan menimbulkan efek yang menyegarkan pada kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam.
Caranya mudah sahaja, ambil beberapa ketulan ais dan letakkan dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda. Tetapi, ingat ya… jangan tekap ais tersebut secara langsung ke wajah anda kerana ia boleh merosakkan pembuluh darah kapiler.
2. Mengecilkan Ruang Pori-Pori
Ais juga boleh digunakan sebagai ubat paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengurangi ukuran pori-pori sebelum anda memakai mekap.
3. Mengubati Mata Sembab
Kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. Anda boleh menggunakan petua kulit cantik guna ais ini jika anda sedang mengalami kesedihan berlebihan, menangis tak berhenti. Tidak mustahil, mata anda akan menjadi bengkak.
Untuk menguranginya, anda boleh memanfaatkan ais batu. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tula dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.
4. Meringankan Masalah Jerawat
Ketika jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga sebagai penyeimbangan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat anda.
5. Mengurangkan Bulu-Bulu Halus
Jika anda memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah dan stress dengan pertumbuhannya, anda boleh cuba mengurangkannya dengan menggunakan ais batu. Penggunaan ais batu sangat membangtu untuk menghilangkan semua akar-akar kecil pada kawasan wajah anda.
6. Wajah Lebih Anjal & Lembut
Jika anda ingin memiliki wajah yang lebih anjal dan lembut, petua kulit cantik guna ais adalah jawapannya! Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukannya tiga kali dalam seminggu.
7. Meningkatkan Peredaran Darah
Petua mendapatkan kulit cantik guna ais yang seterusnya, gosoklah ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.
8. Mekap Menjadi Tahan Lebih Lama
Anda disarankan untuk menekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum mengaplikasikan solekan di wajah. Setelah menekapnya dengan ais batu, biarkan selama lima hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum anda apilkasikan serum ataupun mekap. Ketulan ais batu akan membantu menjaga mekap menjadi tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.

Doa resdung ..



Jika anda sedang mendapatkan rawatan resdung, boleh baca kombinasi doa-doa ini:
1. Baca surah al-Fatihah
2. Baca Selawat syifa'
3. Baca Surah al-Isra' ayat 82 7 kali sambil tangan kanan memegang hidung.
4. Baca doa di bawah ini 7 kali sambil tangan kanan memegang hidung.

PETUA HALAU LALAT

PETUA HALAU LALAT
Boleh cuba mana2 cara berikut...
1. Cili besar :
Ambik beberapa biji cili besar dibelah dua dan letakkan di atas meja.
2. Kulit kayu manis :
Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.
3. Daun belimbing :
Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.
4. Kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih :
Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.
5. Lilin :
Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.
6. Bunga cengkih
Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.
7. Daun jari :
Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.

7 Cara Menghalau Lalat

7 Cara Menghalau Lalat
Petua Nenek
Adakah anda tidak suka dengan kehadiran lalat di rumah anda? Jom ketahui teknik menghalau lalat di sini..
Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu terbang dan boleh menyebarkan penyakit, diisebabkan cara permakanan dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya.
Lalat juga adalah salah sejenis serangga perosak yang paling mudah dijumpai. Namun begitu, jenis lalat buah dan bunga tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit.
Kehadiran lalat pasti lalat merimaskan sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi ini. Selain bunyi yang dikeluarkan ketika terbang, ia suka menghinggap pada badan kita dan keadaan tersebut sangat menganggu.
Berikut adalah senarai petua bagaimana hendak menghalau lalat.
1) Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.
2) Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.
3) Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.
4) Ambik beberapa biji cili besar dibelah dua dan letakkan di atas meja.
5) Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.
6) Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.
7) Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.
Keberkesanan petua-petua di atas untuk menghalau lalat adalah sementara, sekiranya anda mengamalkan kebersihan luar dan dalam rumah, sudah pasti lalat tidak akan hadir di rumah anda. ‘Kebersihan yang bersih bermula daripada anda sendiri’. Jagalah kebersihan di kawasan anda agar anda tidak di timpa penyakit di kemudian hari.

Monday, December 8, 2014

PETUA MENGUBATI RESDUNG--- Boleh Cuba

PETUA MEGUBATI RESDUNG
Bahan
1. Limau nipis 8 biji.
2. Daun pandan 10 helai
CARA-CARA
Hiris daun pandan halus mcm bunga rampai.. Perah limau nipis tadi.. Gaulkan smpai sebati..Satu sebatian akan terbentuk..
Sapu pada muka.. Kalau bersesuaian.. tak sampai 5 minit ulat resdung akan keluar ikut kulit muka.. Paling bnyk akan keluar ikut kening. In shaa Allah ramai yg elok lepas tu..
Buat 3 kali seminggu.. Elok dilakukan antara jam 10am -3 ptg kerana waktu ini virus sedang aktif.. Campuran lebih boleh disimpan dlm peti ais..tapi yg masih baru lebih efektif.

Iklan Kejap(1) :SOZZY PLAYMAT


SOZZY PLAYMART

Item details :
Baby measurement height design
Tummy time pillow
Safe mirror
Soft and washable padded mat
Measures: 87CM x 56CM
Material: all new material,made of high-grade soft plush.

PRICE:RM60 (Peninsular Malaysia)
RM65 (Sabah and Sarawak)

Interested to buy: whatsapp me 010-5317543






Its Play Time for your little one!!







Infused water BERACUN? Sila Ambil Perhatian!

Infused water BERACUN?
*************************
Perasan tak kebelakangan ini ramai rakan facebook anda kongsikan mengenai infused water atau detox water yang dipercayai boleh menurunkan berat badan dan lain-lain khasiat?
"Infusion" sebenarnya adalah proses mengekstrak sebatian kimia atau perisa dari bahan tumbuhan dalam pelarut seperti air, minyak atau alkohol, dengan membenarkan bahan untuk kekal terapung di dalam pelarut. Dan menurut kajian, tubuh badan manusia lebih mudah absorb apa-apa yang berbentuk cecair. Oleh sebab itu ramai pakar kesihatan mengesyorkan infused water untuk tujuan detox.
Tahukah anda buah-buahan, sayuran atau herba yang terdapat di pasaraya mengandungi racun serangga yang amat tinggi contoh seperti pesticide dll.. untuk mengekalkan ke'cantik'kan barang-barang tersebut bagi menarik pelanggan untuk membeli.
Ini amat BERBAHAYA jika anda gunakan untuk infused water kerana anda akan menyedut/mengekstrak racun-racun yang terdapat didalamnya, lalu minum. Untuk mengelakkan ini berlaku, admin sarankan gunakan sumber-sumber organik atau jika sukar utuk mendapatkan sumber organik, anda masih boleh gunakan buah-buahan biasa. Sebelum dijadikan infused water, basuh buah-buahan, sayuran atau herba anda menggunakan soda bikarbonat (sebaik-baiknya aluminium free). Anda juga boleh menggunakan cuka.
Kesimpulannya, berhati-hati dalam pemilihan bahan-bahan membuat infused water. Terutamanya strawberry (untuk mendapatkan buah yang cantik mungkin racun yang digunakan juga tinggi). Jangan terlepas pandang perkara yang sangat penting ini.
Share jika bermanfaat 
Selamat beramal!

Sunday, December 7, 2014

8 great benefits from green apple

8 great benefits from green apple 
1 Keep skin radiant
Green Apples are a good source of vitamins A, B and C help destroy free radicals in your body and keep your skin firm, smooth light. They also contain essential minerals such as iron, zinc, copper, potassium and several other minerals.
These minerals not only ensure that you have a mental clarity but also improves the durability of cells transport oxygen in the body and improve metabolism.
2 promote cell regeneration
Green Apples contain antioxidants, in addition to eliminating harmful free radicals, it also supports the construction and rehabilitation of cells, help repair and rebuild body tissues. These antioxidants are also beneficial for liver toxins and keep your liver healthy.
3 Avoid Constipation
Large quantities of green apple fiber helps cleanse the digestive tract and support the activities of the digestive system. It makes bowel movements a convenient way to avoid constipation and colon cleansing from toxins.
4 Help to lose weight
If you are looking to lose weight, the green apple is very appropriate time.
Eat at least one apple every day in your diet will prevent the accumulation of fat absorbed by them from the blood vessels and maintain normal blood flow to the heart. This improves the body's metabolism, so that will keep your weight at a moderate level.
5 Enhance bone health
Green Apples ensure normal functioning of thyroid function, thereby preventing bone-related diseases such as rheumatoid arthritis, helps bone health.
6 Increase skin health
The antioxidants and fiber found in green apples help improve skin texture and keep skin bright, toned, youthful and resilient. They prevent premature aging, wrinkles, dark circles and freckles on the skin.
The vitamin helps the skin more radiant and better nourished them. Furthermore, it also prevents acne and protect you from skin diseases.
7 Healthy Hair Help
Green Apples are also good for the hair, it promotes hair growth and prevent hair loss is the current dry autumn.
Green apples keep the hair becomes shiny, healthy and still very good dandruff treatment.
8 Preventing cancer and other diseases
Green Apples contain vitamin C helps prevent damage to skin cells by free radicals, it prevents skin cancer is quite effective. It helps to prevent aging very well for other diseases such as Alzheimer's disease by age, diabetes, asthma and allergies.

tazkirah hari ini 133:[LIVE] Forum Manusia Akhir Zaman SPAA 7 Disember 2014

7 Harm Of Using Smartphone

7 Harm Of Using Smartphone 
Overuse of smartphones negative impact on your physical and mental well-being, for example:
- Hearing. When you listen to your favorite music on the device at high volume, you run the risk of damaging your inner ear, which is res
ponsible for converting sounds into signals to the brain.
- Claw hand. Have you felt pain or cramping in your wrist or fingers? Then you run the risk of so-called "claw hand" caused by too much typing on the smartphone or spend much time playing with it. If you control can not develop tendinitis.
- Small levels of radiation. Overuse cell exposes you to a small radiation cancer cells can develop in people.
- Phantom vibration syndrome. It is an imaginary feeling that is vibrating cell. It is generated by excessive cell phone use.
- High exposure to germs and bacteria. It is an excellent vehicle for this type of parasites that cause gastrointestinal illness.
- Neck pain. Excessive writing can result in muscle pain in neck, shoulders and head.
- Withdrawal. If you decide to use less cell or -golpe do, you can cause emotional damage and trigger this syndrome, so you can experience anxiety and isolation.
In addition, another smartphone from damage to health is a poor quality of sleep, because the light from this appliance suppresses the production of melatonin, a hormone that promotes a good rest. And you, do you identify with any of these damages smartphone?

Pilihan Petua Untuk Mengubati Kencing Manis

Pilihan Petua Untuk Mengubati Kencing Manis
1. Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering di pokoknya. Keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian bubuh ke dalam air panas dan buat minuman seperti minum kopi.
2. Ambil 20 gram pokok kemunting Cina bersama akar serta daun dan bunganya. Rebus bersama 2 liter air sehingga tinggal anggaran separuh. Minum 2 kali sehari dan amalkannya sehingga sembuh.
3. Minum air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari. Dalam masa 2 bulan akan pulih.
4. Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.
5. Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum 3 hari berturut-turut.

PETUA HILANGKAN KESAN GIGITAN NYAMUK

PETUA HILANGKAN KESAN GIGITAN NYAMUK
 Petua Nenek 
Boleh cuba mana-mana cara berikut:
1. Campurkan 1 sudu makan garam dengan 2 sudu makan air, jangan biarkan garam terlarut. Sentalkan garam yang basah dibahagian yang terkena gigitan. Rasa gatal akan hilang bersama kesan gigitan.
2. Untuk bayi bagus sapukan madu
3. Gosok dengan kulit pisang (bahagian sebelah dalam).
4. Sapu dengan cuka epal.
5. Gosok dengan hirisan lemon.
6. Sapu dengan pes baking soda (pes dibuat dengan mencampurkan serbuk baking soda dengan air).
7. Sapu dengan minyak lavender dan minyak tea tree.
8. Gosok dengan hirisan bawang besar untuk menghilangkan sakit gigitan serangga.