Friday, May 22, 2015

isu beras palsu

Selepas telur tiruan kini beras tiruan pula

Oleh Polis Pencen
Rabu, 20 April 2011



Sebelum ini negara di kejutkan dengan penemuan telur tiruan pada 6 April lalu di pasar Pulau Tikus di Georgetown, Pulau Pinang.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

Pada 11 April, Jabatan Veterina berkata tiruan itu bukan telur tiruan. Saya masih berpendapat kenyataan ini adalah kenyataan untuk meredakan masyarakat daripada panik dan kemungkinan telur akan mengalami kemerosotan penjualan. Atas kepentingan ini saya rasa kerajaan mengambil sikap mengumumkan tiada telur palsu disamping membuat pemantau serius secara tersembunyi.


Kita juga sedar Presiden CAP, SM Mohamed Idris adalah diantara orang yang cermat dalam membuat sebarang tuduhan kerana implikasi kepada pengeluar telur yang boleh membawa kepada saman. 

Hari ini diluar negara heboh tentang beras tiruan, seorang pembaca yang berpusat di bandar Tuoi Tre telah  menyerahkan contoh beras yang dianggap palsu dan dipercayai diperbuat dari plastik.

"Pada tarikh 17 Februari lalu saya membeli satu kg beras untuk VND10, 500 dari seorang penjual. Saya dapati nasi yang panjang dan warna kekuningan. Tidak ada butiran rosak pada beras berkenaan" kata beliau.

Setelah memasak setengah kilogram beras hari yang sama, ia menemukan butiran nasi hanya sedikit lebih besar dari yang mentah dan dipisahkan satu sama lain.

"Butiran nasi ini tidak boleh hancur ... dan setelah saya menekan di tangan saya, saya dapatinya elastis seakan terbuat dari getah." Tambah beliau.

Nasi tidak berbau manis dan jika ditingalkan pada keadaan suhu normal, masih tidak basi atau bertukar warna.

Plastik beras? 

Setelah menyemak beras, Mr Dao Quang Hung, seorang pegawai daripada Jabatan Hortikultura di bawah Jabatan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, berkata, "Beras ini terlihat sangat aneh dan saya belum pernah melihat sebelumnya". 

"Namun, kita perlu melakukan beberapa analisis fizikal dan kimia pada beras sebelum membuat kesimpulan apakah itu palsu beras atau tidak."  tambah beliau.

"Panjang butiran beras aneh adalah sekitar 10 mm, 3-4 mm lebih panjang daripada beras biasa, sedangkan dalam hal lebar, beras aneh jauh lebih tipis. Beras terbaik di Vietnam sekarang adalah 5 peratus beras patah, sedangkan beras yang aneh tidak memiliki butir-butir patah," katanya.

Selain itu, tidak seperti beras biasa, beras yang aneh ini benar-benar telus dan mempunyai 'benih' tidak kabur di dalamnya, ia menambah.

Menunggu kesimpulan dari institusi berkenaan tentang hal beras aneh ini, Mr Hung memberi amaran supaya pelanggan tidak membeli atau memakannya.

Video ini membantu pembaca untuk memahami situasi beras palsu.

Anda juga boleh layari link ini untuk maklumat lanjut.
http://en.www.info.vn/society/facts/19865-plastic-rice-found-in-ho-chi-minh-city.html

kehidupan harian kita makin mencabar dengan palbagai barangan tiruan. Oleh itu ambil sikap berhati-hati itu adalah lebih baik.

KUALA LUMPUR: Berita penjualan beras tiruan atau dikenali sebagai beras plastik di negara jiran Malaysia kini membimbangkan rakyat Malaysia


Memetik laporan mStar, besar plastik yang biasanya dijual di pasaran China terutamanya di Taiyuan di Wilayah Shaanxi  kini percayai tersebar di negara-negara lain seperti India, Indonesia, dan Vietnam.

Malah, ada beberapa sumber yang menyatakan bahawa beras ini juga diseludup masuk ke pasaran Singapura dan Malaysia. 

Beras plastik yang dihasilkan dengan penggunaan kentang, keledek manis dan resin sintetik bagi menyerupai bentuk beras yang sebenar ini akan memudaratkan kesihatan pembeli. 

Difahamkan, pengguna boleh mengenal pasti ketiruan beras itu apabila beras itu dimasak, kerana ia akan tetap berkelihatan keras walaupun ditanak.

Menurut menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek, siasatan telah diarahkan oleh mereka dan pihak berkuasa di Malaysia akan memandang ringan terhadap isu ini. 

"Saya ada mendengar mengenai berita beras palsu atau beras plastik yang dijual murah. Berita itu boleh menjadi benar atau palsu. Kita tidak tahu mengenainya tetapi kami akan menjalankan siasatan di seluruh negara," katanya dipetik dari laporan mStar.

Hassan juga menyatakan bahawa siasatan mereka akan ditumpukan pada kedai-kedai kecil di bandar dan luar bandar kerana beras ini tidak mungkin dijual di pasar raya.

Beliau juga menjelaskan bahawa perbuatan seludup beras bukan perkara yang mudah kerana pemborong Malaysia harus melalui peraturan yang ketat sebelum dihantar ke pasaran melainkan jika beras itu diseludup melalui negeri-negeri. 

Tuesday, May 19, 2015

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS
1. bangun malam ( sekitar jam 3 pg)
-mandi dan ambil wuduk
2. solat sunat wuduk.
3. solat sunat taubat.
4. solat sunat tahajjud (8rkaat).
5. solat sunat hajat ( mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).
6. solat sunat witir 3 rakaat.
7. istighfr 100x
8. tahlil 300x
9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x
10. tasbih 40x
11. solat sunat fajar.
12. solat subuh.
13. baca yaassin lepas subuh.
14. solat sunat dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.
-solat sunat sebelum
-solat sunat selepas
16.Solat Asar
-solat sunat sebelum
17. Solat maghrib
-solt sunat selepas
18. Solat Isya'
-solat sunat sebelum
-solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :
- al-quran
- surah Al-mulk
- surah sajjadah
- surah al-waqiah
20.setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.
“Didunia bukat tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."
[ustaz Ismail Kamus]

Sunday, May 17, 2015

tazkirah hari ini 170:[LIVE][170515]Musibah Yang Menimpa Umat Islam - Ustaz Fawwaz Mohd Jan

Isu pendatang haram (PATI) di malaysia petikan dari kosmo 5/17/2015

ISU mengenai kedatangan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Malaysia bukanlah perkara baharu dan terkini, negara dikejutkan dengan penahanan 1,158 warga asing. Mereka dipercayai berasal dari Bangladesh dan Myanmar termasuk wanita serta kanak-kanak yang mendarat di perairan Pulau Langkawi secara haram.
Kumpulan PATI yang dipercayai terdiri daripada dua kumpulan itu belayar selama dua bulan di lautan sebelum mendarat di perairan negara ini.
Gadai nyawa
Akhbar Kosmo! pada 12 Mei lalu melaporkan, kumpulan pertama PATI ditemui di Pantai Kuala Muda dekat Padang Matsirat selepas bot yang mereka naiki dikatakan tersangkut di benteng pemecah ombak kira-kira pukul 10.30 malam, 11 Mei.
Pada pukul 2.30 pagi keesokan harinya, kumpulan kedua PATI pula ditemui di kawasan kuala sungai Kuala Temoyong, Kedawang kira-kira 10 kilometer dari lokasi kumpulan pertama ditemui.
Pegawai Perpaduan Langkawi, Mashor Ahmad memberitahu, pi­hak­nya dimaklumkan tentang penemuan PATI di pantai Kuala Muda oleh anggota Skim Rondaan Sukarela kira-kira pukul 1.30 pagi.
Menurut beliau, kebanyakan PATI yang ditemui hanya memakai seluar pendek atau kain pelekat dengan baju-T, malah ada yang ditemui tanpa baju.
“Mereka kelihatan letih dan kelaparan kerana mendakwa terputus bekalan makanan sepanjang belayar, malah ada yang mati dan dicampakkan ke dalam laut,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Superin­tendan Harith Kam Abdullah berkata, kesemua PATI itu dipercayai belayar keluar dari negara masing-masing menggunakan khidmat sindiket tempatan di sa­na.
Sebelum memasuki perairan Malaysia, kumpulan berkenaan dikatakan berada di Thailand buat sementara waktu sebelum dibawa ma­suk ke negara ini dan seterusnya ke Langkawi.
“Tiada tekong yang ditahan dan setakat ini hanya sebuah bot yang membawa PATI itu ditemui,” katanya yang turut memberitahu, kesemua warga asing itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi untuk siasatan lanjut sebelum dipindahkan ke depoh tahanan Jabatan Imigre­sen di pulau legenda itu.
Perjalanan lebih 1,000 PATI itu untuk sampai ke Malaysia ditempuhi dengan pelbagai kesukaran apabila mereka didakwa terpaksa berhutang dan menggadaikan tanah bagi membayar upah kepada tekong darat sehingga mencecah RM7,000.
Laporan itu turut memaklumkan, negara ini menjadi destinasi utama bagi penyeludupan imig­ran dan pendatang asing menerusi Thailand sebagai negara transit bagi kegiatan tersebut.
Sehubungan itu, pihak ber­kuasa kini sedang giat memburu seorang lelaki warga Thailand yang dikenali sebagai Ko Tong kerana dikatakan menjadi perancang utama sindiket pemerdagangan manusia itu.
Terdahulu Malaysia pernah berhadapan dengan beberapa isu melibatkan pelarian terutama dari negara bergolak.
Misalnya seperti isu di Pulau Bidong, Terengganu antara tahun 1979 hingga 1980 apabila kira-kira 250,000 pelarian dari Viet­nam mendarat di pulau kecil itu untuk mencari perlin­dungan.
Zaman pelarian itu bermula dengan kejatuhan kerajaan demokratik Vietnam Selatan yang disokong Amerika Syarikat ke tangan kerajaan Komunis Viet­nam Utara pada April 1975.
Selain itu, Malaysia pernah merekodkan jumlah kedatangan pelarian paling tinggi dalam satu pelayaran iaitu sebanyak 2,400 orang yang mendarat di Pelabuhan Klang pada November 1978.
Peluang pekerjaan
Dalam pada itu, Malaysia yang merupakan sebuah negara de­ngan kedudukan strategik menjadi pilihan lambakan pendatang asing kerana beberapa faktor.
Antara faktor utama adalah negara ini memerlukan tenaga buruh dalam kalangan warga asing.
Sektor pekerjaan yang diisi oleh pekerja asing termasuk perladangan, pembinaan, perkilang­an dan pembantu rumah.
Pekerjaan yang terdapat di Malaysia mampu memberi pendapatan agak stabil dan wang tersebut boleh dikirim ke negara asal untuk menyara keluarga.
“Kebanjiran PATI tidak seharusnya dipandang ringan ke­rana mereka mampu menguasai ekonomi negara sekiranya terus diberi peluang.” kata Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak, Prof. Shazali Abu Mansor.
Faktor lain yang mendorong kebanjiran warga asing ke Malaysia adalah kerana masalah kestabilan politik di negara asal seperti isu pergolakan kaum etnik Rohingya di Myanmar yang tidak diiktiraf negara itu.
Tambahan pula keamanan dan kemakmuran Malaysia mendorong kebanjiran pekerja asing ke negara ini berbanding keadaan negara asal mereka yang dilanda huru-hara kerana faktor peperangan, bencana alam dan rusuhan kaum.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0517&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz3aLypUkjt 
Hakcipta terpelihara