Wednesday, October 23, 2013

macaroni dan keju

RESEPI: MACRONI AND CHEESE/KEJU DAN MAKRONI:

BAHAN-BAHAN:
- 500gm Makroni sesiku/Elbow Macroni ( 1 pkt).
- 4 sudu besar butter.
- 3 sudu besar tepung gandum.
- 1/4 sudu kecil thyme kering / gunakan jemuju.
- 1/4 sudu kecil sos cili.
- 1/8 sudu kecil serbuk lada putih.
- 3 cawan susu segar dutch lady full Cream.
- secubit serbuk buah pala. beli buah pala pecahkan rong dan tumbuk isi nya.
- 1 tsp garam.
- 2 cawan keju cheese cedar yg diparut.
- 1 tsp mustard cream.

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Isikan air dlm stok pot, masukkan garam sederhana, masak air sampai didih. Masukkan macroni dan kacau rata. Biarkan air mendidih. Pasta biasanya akan masak secukup dlm 8-10 minit. Keluarkan pasta dan toskan.
2. Cairkan 1/4 cwn butter dlm kuali dgn api dapur sederhana. Bila butter mula didih dan kelaurkan bueh, masukkan tepung gandum dan kacau dlm 3 minit. Masukan thyme, lada putih dan masak lagi dlm 1 minit., selepas masukkan susu 1 cawan susu dan kacau/pukul rata. Anda mula akan dapat sos yg mula pekat. Biarkan sos ini dlm keadaan reneh dlm 5-8 minit..
3. Masukkan serbuk buah pala dan garam pada sos. Matikan api dapur dan masukan ke dlm sos, 1 cawan cheese cedar yg telah parut. Masukkan mustard.
4. Masukkan cheese sos yg telah sediakan ini kedalam bekas yg diisi macroni yang boleh dibakar dlm oven. Kacau rata sehinga bergabung dengan pasta.
5. Taburkan cheese yang telah parut (baki) ke atas pasta ini. Panaskan oven 200 darjah C. Bila cukup panas masukkan bekas pasta dlm oven dan dibakar selama 10 minit. Hidangkan panas-panas. Sebenarnya hidangan ini sgt cepat cuma penerangan mamak haji dijelaskan itu panjang lebar. Anda juga boleh taburkan bread crumb/ habuk roti diadun dgn butter yg telah cairkan ke atas hidangan ini utk tambah lazat.

No comments: