Saturday, November 8, 2014

kacang botol atau kacang kelisa

Khasiat Kacang Botol
Sesuai dimakan oleh mereka yang kekurangan darah, ianya baik untuk menambahkan darah dalam sistem tubuh.
Pada sayuran kacang botol muda terdapat banyak kalsium, vitamin A dan zat besi di dalamnya.
Nilai kandungan protein pada sayuran kacang botol adalah lebih tinggi dibandingkan dengan sayuran jenis kekacang tropika yang lain.
Kandungan asid amino dalam kacang botol juga sama khasiatnya seperti yang terdapat pada kacang soya. Jadi apabila kita minum air kacang soya, ingatlah kacang botol!
Sekiranya demam campak bolehlah merebus kacang botol dan sapulah air rebusan tersebut pada badan. Ulanginya sehingga menampakkan hasil.
Daunnya juga boleh ditumbuk serta boleh disapukan kepada mereka yang mengalami kegatalan pada kulit, bengkak dan bisul juga boleh

.

Wednesday, November 5, 2014

Tazkirah hari ini 122:[LIVE][051114] Ustaz Ahmad Jailani - "Islam - Antara Radikal & Liberal"

Petua Mentari Minda : untuk menghilang toksin

Petua Mentari Minda :
Terfikir begaimana untuk menghilang toksin dalam badan? Atau pernah mengikuti pelbagai cara tetapi tidak berkesan? Usah risau! Berikut adalah minuman yang paling mudah dibuat yang boleh membantu badan anda membersihkan semua toksin yang terkumpul!
Minuman berkhasiat ini akan menyerang toksin, memusnahkan mereka, dan membersih keluar dari badan. Ini akan menyebabkan anda berasa lebih segar dan ceria! Malah, ia juga akan membantu sistem pencernaan dan memberi tenaga sepanjang hari!
Bahan-bahan
1 biji lemon (dikupas )
4 biji buah epal (sebaik-baiknya epal hijau)
1 halia segar
1 cawan air (tidak wajib)
Penyediaan
Sila pastikan anda mengguna bahan-bahan organik jika anda tidak mengupas. Kisar limau, epal, dan halia dalam blender secara rata, dan mencampurkan air adalah pilihan.
Sediakan pada awal pagi dan minumlah dengan perut kosong sebelum sarapan pagi. Ia akan berkesan serta merta!

info mengenai keropok lekor oleh mamak haji

SAINS / SCIENCE PENYEDIAAN KEROPOK LEKOR:
Hasilkan keropok lekor ikan ini atau pun keropok batang ini sebenarnya bermula dari menghasilkan "surimi". Apa itu surimi?. Surimi ialah bahan asas atau dalam bahasa Jepun digelar daging kisar yang telah melalui pemerosesan kekentalan.
Perkara yang penting untuk membuat proses untuk kenyalkan isi ikan ialah digelar "curing". Apa itu curing?..Curing adalah tindakan kimia polymer dan proses engineering di mana mengeraskan produk dengan cara panaskan (perebusan dgn air dlm suhu 100 darjah C) atau guna aditif. Sekiranya nak buat keropok lekor yang lembut dan garing bila digoreng bahan aditif yang penting ialah putih telur dan tepung kanji seperti ubi kayu, tepung sagu atau jagung. Kebanyakan pengeluar keropok lekor suka gunakan tepung sagu kerana ia lebih murah berbanding dgn 2 jenis tepung tadi.
Maka dalam respi keropok lekor ini yg penting ialah proses ,"Polymerasikan Myosin" bila direbus dgn air panas. Pemanasan ini lah yang mengentalkan keropok lekor ini. Apa itu myosin?. Setiap sel daging ikan itu dipadatkan dengan filamen yang dibuat daripada dua protein yang digelar, "myosin" dan "Actin". tulang ikan dicantumkan dengan tendon (daging) ini yang mencantumkan muscle dan tulang..dimana boleh gerakan tulang..tendon ini ialah "collegen". Maka semasa kisar daging ikan akan memberikan kekenyalan pada keropok lekor anda.. Ingat yea tepung cuma membantu keraskan produk dgn polymarasikan daging ikan..sekiranya tepung lebih maka keraslah produk anda.Mengikut syarat akta Makanan malaysia..setiap bahan makanan hanya perlu ada tidak kurang dari 15% protein..hahaha...maka 75% tepung tak salah..ikan dah mahal..pembuat keropok lekor tak ada pilihan..jangan marahkan mereka. Keropok lekor berperisa ikan pun ada juga dijual..protein dari mana mereka dpt?. maka label jgn bubuh..siapa punya tak tahu..

***KEGUNAAN ENZIM TRANSGLUTAMINE:
Ada juga kilang-kilang ini sekarang yang lebih moden dan bijak dalam produk mereka menggunakan enzime " Transglutamine" untuk lebih kentalkan bebola ikan, bebola daging, koay teow, mee atau dlm bakery. Enzim Transglutamine ini atau EC 2.3.2.13 adalah "gam" daging atau protein. Enzim ini dihasilkan melalui proses "streptoverticilium Mobaraense" melalui fermetasi dari darah haiwan. Ada juga Syarikat Aji No Moto mengeluarkan produk ini dengan jenama commercial "ACTIVA" dikatakan enzime ini diperbuat daripada tumbuhan tapi mamak haji tak ada maklumat sejauh mana kebenarannya. Banyak juga bakery-bakery atau kilang pembuatan mee kini gunakan bahan enzim TRANSGLUTAMINE ini untuk kenyalkan roti. Banyak bahan muncul dlm era modennisasi masakan..awas-awas lah memilih makanan yang dijual terutamanya diimport ini...

resipi:
kisar isi ikan tak perlu peningkan pun...kalau bebeola ikan kita perlukan disejukkan dan lain-lain..ini kisar adunkan dgn tepung ubi atau tepung sagu..dengan nisbah 1:1..tambah garam, aji no moto kalau nak gebu tambah baking powder..buat doh dgn tambah air sikit..gentel bulat dan rebus dlm air mendidih dlm 7-10 minit jgn lama lah..nanti hancur..keluarkan toskan air keringkan..kalau tak mahu melekit ..sapu minyak zaiton..hahaha. Boleh simpan 1 bulan dlm peti sejuk..
Ikan yg sesuai isi keras..ikan parang..mana ada ikan parang sekarang..guna ika selayang atau ikan sardin..murah sikit...bersihkan betul-betul ..buang kulit dia sekali dengan tulang..bubuh air sikit blender jelah..lepas itu campur tepung.dll.
 Kalau nak rasa ikan guna nisbah 1 cawan isi ikan dengan 1/2 cawan tepung..atau 2kg ikan selayang..dengan 2kg tepung sagu..tambah sikit dlm 3 cawan tepung gandum dan 1 cawan tepung jagung untuk lembutkan keropok lekor anda

tazkirah hari ini 121:LIVE [041114] Kuliah Maghrib -Hadis 40 Imam Nawawi- Ustaz Jafri Abu Bakar

Monday, November 3, 2014

Tazkirah hari ini 119:[LIVE][031114] "Keluarga Bahagia Dunia Akhirat" - Ust Mohd Shaffi Yusof ...

Tazkirah hari ini 118:[LIVE][031114]Travelog Hidayah - Ustaz Muhammad Rasyidi "Lobo" Abdullah

Maklumat tentang penanaman pisang berangan.

PANDUAN TANAM PISANG BERANGAN
Maklumat ini diperolehi daripada pengurus ladang pisang yang mengusahakan ladang seluas 65 ekar di Johor.
Pastikan setiap pokok pisang yang ditanam mengandungi 8 pelepah daun sahaja.
Kekalkan bilangan pelepah daun pisang kepada 6 pelepah apabila jantung pisang telah keluar.
Untuk pisang berangan hanya 10 hingga 12 sikat buah sahaja dikekalkan. Selebihnya dibuang bersama jantung.
Ini penting bagi menghasilkan buah yang besar dengan berat yang maksimum.
Setelah jantung pisang dibuang bilangan daun pelepah pisang yang dikekalkan hanyalah 4 pelepah.
Pada waktu ini pembajaan pokok hendaklah dihentikan bagi mengelakkan buah pisang menjadi mangkal dan seterusnya menjejaskan kualiti buah.
Anak pisang pertama hanya dibela setelah jantung pisang keluar bagi memastikan pokok induk yang benar-benar subur.
Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang.

TEKNIK 'REVERSE PSYCHOLOGY' DALAM BERDOA:

TEKNIK 'REVERSE PSYCHOLOGY' DALAM BERDOA:
Bila kita berdoa tapi masih Tuhan 'buat tak tau', masih adakah cara lain untuk buatkan Dia lebih mudah makbulkan doa kita?
Alhamdulillah. Ia ada.
Minta orang lain mendoakan kita. Mohon agar orang lain doakan permintaan anda. Kunci kesejahteraan kita ada pada doa-doa ikhlas yang orang lain panjatkan dalam doa mereka.
Jika masalah anda masih belum selesai, mohon orang lain untuk mendoakannya.
Ini yang disebut the power of barokah doa.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadits yang diriwayatkan oleh Muslim dari Sufyan bin Abdullah, beliau berkata, “Saat aku datang ke Syam, maka aku mendatangi Abu Darda’ di rumahnya, namun aku tidak menemuinya, aku hanya menemui isterinya, lalu isterinya berkata, “Adakah kamu ingin menunaikan haji tahun ini?”, aku menjawab, “Ya, benar”, kemudian isterinya berkata lagi, “Doakanlah kebaikan bagi kami, karena sesungguhnya Nabi bersabda,
“Doanya seorang mukmin tanpa diketahui oleh orang yang didoakan adalah pasti terkabulkan, di samping di kepalanya ada seorang malaikat yang diberi tugas untuk mengawasinya, jika dia berdoa kebaikan bagi saudaranya, maka malaikat akan mengaminkannya dan berkata, “Semoga Allah memberikan perkara sama kepadamu”.

Vitamin Boosters

Sunday, November 2, 2014

Tazkirah hari ini 117:[LIVE 2.11.2014] CERAMAH PERDANA USTAZ JAFRI ABU BAKAR

Petua Untuk Mengatasi Bibir Pecah

Petua Untuk Mengatasi Bibir Pecah
Pilihan 1: Jika anda dapati bibir anda merah dan pecah kerana alah dengan gincu bibir yang anda pakai, anda boleh mengubatinya dengan minum air kelapa muda, bercampur kuning telur dan campur sedikit madu lebah. Lakukan sekali sehari sehingga sembuh.
Pilihan 2: Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa. Kemudian minum beberapa kali.

Kit kesan unsur babi diperkenal

Amazing benefits of grape seed

Amazing benefits of grape seed 
1 of the benefits of grape seed anti-cancer
2 Treatment of High Blood Pressure
3 One of the main benefits of grape seed to treat high cholesterol in the blood: a blend of grape seeds and vines help reduce total cholesterol
4-Alzheimer's disease: medical research team discovered that the Australian grape seeds contain important components in the fight against Alzheimer's disease, and they prevent the accumulation of harmful proteins to the brain.
5 Diabetes: Grape seed helps to improve the control of blood sugar.
6. improve night vision
7-Anti-aging
8 treatment of hemorrhoids
9 protect against toxins
10 Benefits of Grape Seed treatment of ascites
Share if you care 

cucumber

Do you know the benefits of cucumber?
1. Rehydrates body and replenishes daily vitamins - Cucumbers are 95 percent water, keeping the body hydrated while helping the body eliminate toxins. Cucumbers have most of the vitamins the body needs in a single day. Don't forget to leave the skin on because the skin contains a good amount of vitamin C, about 10 percent of the daily-recommended allowance.
2. Skin and hair care - If you don't like to eat the skin, it can be used for skin irritations and sunburns as aloe would be used. Place a slice over puffy eyes and its anti-inflammatory properties help reduce puffiness. The silicon and sulfur in cucumbers help to stimulate hair growth.
3. Fight cancers - Cucumber are known to contain lariciresinol, pinoresinol, and secoisolariciresinol. These three lignans have a strong history of research in connection with reduced risk of several cancer types, including breast cancer, ovarian cancer, uterine cancer and prostate cancer.
4. Relieves bad breath - Take a slice of cucumber and press it to the roof of your mouth with your tongue for 30 seconds, the phytochemcials will kill the bacteria in your mouth responsible for causing bad breath.
5. Aids in weight loss and digestion - Due to its low calorie and high water content, cucumber is an ideal diet for people who are looking for weight loss. The high water content and dietary fiber in cucumbers are very effective in ridding the body of toxins from the digestive system, aiding digestion. Daily consumption of cucumbers can be regarded as a remedy for chronic constipation. —

Tazkirah hari ini 116:'Live HD' 25May2014 | Ustaz Iwan Dangdut & Ustaz Bob Lokman

Kelebihan surah Taha

BOLEHKAH BUKAN MUSLIM SELAMAT DARI NERAKA? oleh Dr.MAZA

BOLEHKAH BUKAN MUSLIM SELAMAT DARI NERAKA?
Soalan: Ada ramai bukan muslim dalam dunia ini yang mati dalam keadaan tidak mengetahui tentang Islam. Mereka dianggap mati kafir. Mungkin juga mereka tahu tapi tidak faham tentang Islam. Apakah mereka tetap masuk nereka?
Jawapan Dr MAZA:
Ini satu soalan yang penting. Ramai muslim menganggap sesiapa yang bukan muslim dalam dunia ini pasti akan masuk neraka. Ada beberapa perlara yang perlu kita ketahui dalam hal ini.
1. Hujjatul Islam Al-Imam al-Ghazali (w. 505H) dalam Faisal al-Tafriqah bain al-Islam wa al-Zandaqah menyebut tentang mereka yang diselamatkan dengan rahmat Allah dari hukuman azab nereka, antaranya beliau menyebut: “Aku katakan bahawa kebanyakan Kristian Rom dan Turki pada zaman ini termasuk dalam rahmat ini –dengan izin Allah- iaitu mereka yang berada di penghujung Rome dan Turki yang tidak sampai dakwah. Mereka itu tiga golongan; (golongan pertama) mereka yang tidak sampai kepada mereka nama Muhammad sama sekali. Mereka itu dimaafkan. (golongan kedua) mereka yang sampai kepada mereka nama Muhammad, sifat-sifatnya dan segala mukjizat (bukti) yang telah nyata. Mereka ini berjiran dengan Negara Islam dan bergaul dengan kaum muslimin. Mereka ini kuffar yang nyata. (golongan ketiga) mereka ini antara dua keadaan. Sampai kepada mereka nama Muhammad s.a.w tetapi tidak sampai ciri dan sifatnya. Mereka sejak awal mendengar bahawa seorang pendusta yang mengelirukan bernama Muhammad telah mendakwa menjadi nabi…mereka ini pada pendapatku sama seperti golongan yang pertama. Mereka ini sekalipun mendengar nama Muhammad tetapi mereka juga mendengar apa yang bercanggahan dengan sifat-sifatnya. Ini tidak menggerakkan mereka untuk mencari kebenaran..”
Kenyataan al-Imam Ghazali ini sekalipun beliau bercakap pada zaman beliau tetapi juga memberi gambaran bahawa sesiapa sahaja yang tidak sampai hujah yang nyata tentang Islam sekali mengetahui nama Islam, tidak termasuk dalam golongan kafir yang layak dihukum neraka. Apatah lagi di zaman kita ini, di mana wajah Islam yang sebenar sering dikelirukan dan orang muslim juga sering bertindak mengelirukan orang lain tentang Islam yang sebenar. Tuhan Maha rahmat kepada sekelian hamba-hambaNYA.
2. Banyak hadangan yang telah dan sedang mendindingi cahaya yang hakiki Islam untuk sampai. Ini termasuk kemunduran negara umat Islam yang sentiasa porak-peranda, kelam-kabut, merusuh dan bergolak. Sikap buruk sesetengah orang muslim yang mendominasi keadaan lalu gagal menjadi contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat dunia. Ditambah media massa Barat yang memberikan wajah buruk tentang Islam; disokong pula oleh tindakan umat Islam sendiri. Lihat Iran yang menzalimi rakyatnya, Pakistan yang porak peranda dan menindas wanita dan Dunia Arab yang sentiasa korupsi dan menumpah darah antara satu sama lain. Kelompok-kelompok kononnya jihad yang mengebom di sana-sini. Mereka semua itu telah menggunakan lencana ‘Islam’, jenama ‘Islam’, lambang ‘Islam’ sehingga Islam yang hakiki menjadi begitu suram dan kabur. Kesemua itu adalah gunung dan bukit yang menghalang cahaya keindahan Islam yang hakiki dari menembusi jiwa kebanyakan manusia hari ini. Maka, bukanlah satu keadilan jika Allah menghukum mereka di akhirat dalam keadaan demikian. Allah berfirman:
وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ
“Tidaklah tuhanmu itu zalim terhadap hambaNya” (Fussilat: 46).
3. Namun tidak dinafikan ada yang telah sampai penerangan yang jelas melalui jalan yang Allah kehendaki. Cuma, bukan semua berpeluang. Mungkin kita kata: mereka boleh cari Islam yang sebenar dalam internet. Malangnya, maklumat dalam internet juga bercampur baur antara yang benar dan yang palsu, antara yang indah dan buruk. Entah berapa banyak puak dan aliran dalam masyarakat muslim. Jika orang yang lahir dalam masyarakat Islam pun keliru, apatahlagi yang baru hendak mencari. Kemudian, bukan semua orang mempunyai kemampuan analisa. Tidak pula semua mempunyai cukup masa. Ada ramai yang tua dan tidak berpendidikan yang cukup. Juga bukan semua yang sedar bahawa mereka tidak berada atas hidayah. Jika pada zaman dahulu, Salman al-Farisi mengembara dari Parsi untuk mencari Nabi dengan penuh dugaan dan derita, tapi berapa orangkah penduduk Parsi yang sanggup sepertinya?!!. Parsi hanya menerima Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w dengan sampainya tentera Umar bin al-Khattab ke sana. Jika Allah mewajibkan semua orang lakukan seperti Salman, pasti suatu bebanan yang tidak tertanggung oleh manusia.
4. Para sarjana bersepakat dengan prinsip yang ditegaskan oleh al-Quran bahawa Allah iaitu Allah tidak akan mengazabkan seseorang melainkan setelah diutuskan rasul. Sesiapa yang tidak sampai kepadanya ajaran yang benar dari seorang rasul, tidak ditegakkan hujah yang teguh sehingga tiada alasan untuk ragu dan syak, maka dia tidak akan diazabkan oleh Allah. Ini seperti yang Allah tegaskan:
وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا
(maksudnya) “Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” (Surah al-Israk: 15).
Inilah yang menyelamatkan bukan muslim yang tidak sampai hujah hidayah kepada mereka. Bahkan inilah juga yang menyelamatkan muslim yang jahil yang tidak disampaikan hujah dalam amalan atau kepercayaan tentang Islam mengenai sesuatu perkara. Al-Sa’di dalam tafsirnya menyebut: “Allah itu Maha Adil, Dia tidak akan mengazab seseorang melainkan ditegakkan hujah dengan pengutusan rasul tapi dia menolaknya. Adapun sesiapa yang tidak sampai kepadanya hujah Allah, maka sesungguhnya dia tidak diazab”.
5. Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah:
رُسُلًا مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا
(maksudnya) “Rasul-rasul pembawa khabar gembira dan amaran supaya tiada bagi manusia suatu hujah (alasan untuk berdalih pada hari kiamat) terhadap Allah sesudah mengutuskan rasul-rasul itu. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (al-Nisa: 165).
6. Juga dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari yang menceritakan Allah mengampuni kekufuran disebabkan kejahilan:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: " كَانَ رَجُلٌ يُسْرِفُ عَلَى نَفْسِهِ فَلَمَّا حَضَرَهُ المَوْتُ قَالَ لِبَنِيهِ: إِذَا أَنَا مُتُّ فَأَحْرِقُونِي، ثُمَّ اطْحَنُونِي، ثُمَّ ذَرُّونِي فِي الرِّيحِ، فَوَاللَّهِ لَئِنْ قَدَرَ عَلَيَّ رَبِّي لَيُعَذِّبَنِّي عَذَابًا مَا عَذَّبَهُ أَحَدًا، فَلَمَّا مَاتَ فُعِلَ بِهِ ذَلِكَ، فَأَمَرَ اللَّهُ الأَرْضَ فَقَالَ: اجْمَعِي مَا فِيكِ مِنْهُ، فَفَعَلَتْ، فَإِذَا هُوَ قَائِمٌ، فَقَالَ: مَا حَمَلَكَ عَلَى مَا صَنَعْتَ؟ قَالَ: يَا رَبِّ خَشْيَتُكَ، فَغَفَرَ لَهُ
Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w, sabda baginda: “Dahulu ada seorang lelaki yang kecewa terhadap dirinya. Ketika dia hampir mati, dia berkata kepada anak-anaknya: “Jika aku mati kamu semua bakarlah aku, hancur debukan aku kemudian jadikan aku ditiup angin. Demi Allah! Jika tuhanku dapat menangkapku nescaya DIA akan mengazabku dengan azab yang DIA tidak pernah azab sesiapa pun”. Apabila dia mati, hasratnya dilakukan kepadanya. Maka Allah memerintahkan bumi: “Himpunkan dia”. Maka bumi lakukannya lalu dia pun berdiri (dibangkitkan). Allah berkata: “Apakah yang menyebabkan engkau lakukan tindakanmu itu?”. Dia menjawab: “Wahai Tuhanku, kerana takutkan Engkau”. Maka Allah pun mengampunkannya.
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) ketika mensyarahkan hadis ini dalam Fath al-Bari memetik ulasan al-Khattabi yang menyebut: “Mungkin hadis ini menimbulkan kemusykilan bagaimana dia diampunkan sedangkan dia mengingkari Hari Kebangkitan dan kudrat Allah menghidupkan orang yang mati. Jawapannya, dia sebenarnya tidak engkar tetapi jahil lalu menyangka bahawa jika dilakukan ke atasnya seperti itu dia tidak dibangkitkan dan diazab. Sesungguhnya telah zahir imannya dengan dia mengiktiraf bahawa dia lakukan hal itu kerana takutkan Allah”.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) pula dalam karyanya al-Istiqamah mengulas hadis ini dengan menyebut: “Lelaki ini percaya bahawa Allah tidak mempu menghimpunkannya jika dia berbuat demikian ataupun dia syak bahawa Allah tidak membangkitkannya. Kedua-dua iktikad ini kufur yang dihukum kafir sesiapa yang telah tertegak hujah untuknya (sampai kepadanya penerangan yang mencukupi). Namun lelaki ini jahil mengenai hal itu dan tidak sampai kepadanya ilmu yang mengeluarkannya dari kejahilannya. Pun begitu dia ada iman kepada Allah, suruhan dan laranganNYA, janji nikmat dan azabNYA maka dia takutkan balasannya maka dia pun diampunkan disebabkan ketakutannya itu”.
Ibn Taimiyyah menambah lebih dalam lagi: “Maka sesiapa dalam kalangan ahli iman kepada Allah, rasulNYA, Hari Akhirat serta beramal soleh yang tersilap dalam sebahagian masalah akidah sudah pasti tidak lebih buruk dari lelaki tadi. Allah akan mengampuni kesilapannya (ahli iman tersebut), DIA akan mengazabkannya jika ada kecuaian dalam menuruti kebenaran dengan kadar pegangan agamanya. Adapun mengkafirkan individu yang diketahui imannya hanya semata kerana kesilapan tersebut maka itu satu kesalahan yang besar”. (Ibn Taimiyyah, al-Istiqamah, 1l168, Madinah Munawwarah: Univ al-Imam Sa’ud)
7. Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam karyanya Tariq al-Hijratain menyebut: “Sesungguhnya azab itu layak diterima kerana dua sebab; pertama, tidak mahu mendengar hujah serta enggan menerima dan beramal dengan tuntutannya. Kedua, berkeras setelah ditegakkan hujah dan meninggalkan tanggungjawab berkaitan. Maka jenis yang pertama; kufur berpaling (enggan mendengar) dan yang kedua; kufur keras kepala. Adapun kufur kerana jahil tanpa ditegakkan hujah dan tanpa kemampuan untuk mengenali hujah, jenis inilah yang Allah tidak akan azab sehingga tertegaknya hujah rasul”. Seterus Ibn Qayyim menyebut lagi: “Sesungguhnya penegakan hujah itu berbeza dengan berbezanya zaman, tempat dan individu. Mungkin dikira tertegaknya hujah ke atas orang-orang kafir pada suatu zaman, tidak pula pada zaman yang lain. Juga dikira tertegak pada satu tempat atau kawasan, tidak pada tempat atau kawasan yang lain. Demikian untuk seseorang, namun tidak pada individu lain” (m/s 438. Kaherah: Maktabah al-Mutanabi)

Tazkirah hari ini 115:Tuan Guru Dato Ismail Kamus Surau Annur 2 Nov 2014