Wednesday, October 23, 2013

RESEPI AYAM GORENG PANDAN: mamak haji

RESEPI AYAM GORENG PANDAN:
BAHAN-BAHAN:
- 8 - 10 ketul ayam yang telah dibersihkan.
- 10 - 15 helai daun pandan (liar daun nya lebar sesuai digunakan).
Perencah untuk peram ayam:
- 3 ulas bawang putih ditumbuk halus.
- 1 inci halia ditumbuk halus.
- 1 inci lengkuas ditumbuk halus.
- 1 sudu besar serbuk ketumbar.
- 5 biji cili padi/api ditumbuk halus.
- 2 sudu besar santan pekat.
- 1 sudu besar (tbsp) gula merah/ melaka dihiris.
- 1 sudu besar sos perasa tiram.
- 2 sudu besar kicap pekat.
- 2 sudu besar kicap sos ikan.
- Garam dan minyak masak.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:
1. Gaulkan ketulan ayam, serai dan lada hitam bersama garam.
2. Kisar semua bahan-bahan dan gaulkan dengan ketulan ayam tadi. Peram sekurang-kurangnya 1 jam atau simpan di peti sejeuk semalaman dalam bungkusan plastik.
3. Keluarkan dan balut dengan daun pandan ke ketulan ayam. Untuk mengekalkan daun pandan terlucut semasa gorengan (ketulan ayam akan mengecut dan melonggarkan daun pandan) cucuk daun pandan kepada isi ayam dengan lidi.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga ketulan ayam masak.
5. Ayam pandan goreng sangat wangi pandan dan berasa rempah thai. Makan bersama dengan nasi lemak panas-panas. Selamat mencuba.
 

No comments: