RESEPI KARI IKAN MASIN TALANG (UTARA).
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg. Tulang Ikan Masin Talang atau 8 keping yang telah dipotong mengikut saiz yang anda kehendaki. Tulang Ikan Kering ini perlu direndamkan di dalam air selama 1 hingga 2 jam unuk keluarkan garam yang berlebihan yang terdapat dalam tulang ikan masin ini.
- 1 btg karot , kupas kulitnya dan dipotong serong 45 darjah dengan ketebalan 10 mm.
- 2 biji terung bulat , dipotong 4 (direndam dalam air sebelum mula masak untuk tidak lebam).
- 2-3 kpg hirisan nenas yang telah dikupas dipotong serong.
- 5 btg. Kacang Panjang dipotong lintang dalam ukuran 2 inci panjang.
- 3 biji Ubi kentang sederhana besar dikupas dan potong 4.
- 50gm Rempah kari Ikan (2 paket kecil).
- 2 cawan santan.
- garam secukup rasa.
BAHAN-BAHAN UNTUK TUMIS DARAT:
- sudu kecil Halba campur.
- 2 biji Bawang labu sederhana besar dihiris halus.
- 3 Bawang putih 3 ulas dihiris halus.
- 1 inci Halia dihiris halus.
- 2 tangkai Daun kari.
- 4 sudu besar minyak untuk menumis.
CARA MEMASAK:
1. Bancuh serbuk kari dengan air 1.5 liter air dalam periok. Hidupkan api dapur dan masukkan tulang talang yang telah dibasuh, kentang, karot dan terung. Mendidihkan sehingga ubi kentang anda masak.
2. Masukan kacang panjang, hirisan nenas dan santan. Apabila kari anda mendidih kali pertama, matikan api dapur anda. Rasa kuah anda. Boleh juga masukkan sedikit air asam sekiranya anda tidak gunakan nenas, perasa makanan dan garam sekiranya kuah anda masih rasa tawar tapi awas. Nota: Pisang sayur atau mangga muda juga boleh digunakan didalam kari ini.
3. Panaskan kuali dgn api sederhana. Masukan minyak. Apabila minyak panas, masukkan halba campur (awas halba campur boleh hangus dengan cepat). Apabila halba campur keluarkan bau yang harum masukkan hirisan bawang, hirisan bawang putih dan hirisan halia. Apabila bawang mula tukar warna keemasan matikan api dapur. Segera masukkan daun kari. Tentukan proses tumis diberi tumpuan tidak hangus. Tuang semua isi tumisan (dengan minyak sekali) ini ke dalam kuah kari anda. Segera tutup penutup periok supaya wanginya tidak hilang. Kari tulang ikan talang kari anda telah siap.
No comments:
Post a Comment