Himpunan artikel bermanfaat untuk dijadikan panduan dan tatapan semua.Artikel dari pelbagai sumber seperti FB dan lain2.Kepada sesiapa yang berminat untuk kongsi silakan.Sebenarnya untuk rujukan sendiri.Manusia itu mudah lupa.Yang baik untuk diamalkan yang buruk untuk dielakkan.Sesungguhnya hanya ALLAH maha mengetahui diatas segala sesuatu. If there is any comment feel free to email me at azyaz@yahoo.com Thank You.
Thursday, October 2, 2014
Serai..
Serai...
Tumbuhan hebat lama diwarisi
Masakan enak hati tertambat
Mewangi harum menambah seri
Khasiat banyak badan sihat.
Masakan enak hati tertambat
Mewangi harum menambah seri
Khasiat banyak badan sihat.
Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita?
Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian.
Mari lihat 10 manfaat serai untuk kesihatan. Tips di bawah juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih.
Memutihkan gigi
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.

Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

Serai sebagai 'Pain Killer'
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.

Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang.

Agen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

Menurunkan tekanan darah
Serai juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.

Mencantikkan kulit
Penggunaan daun serai juga sudah tidak asing dalam bidang kosmetik. Efek dari penggunaan kosmetik yang mengandung daun serai adalah dapat menghilangkan jerawat dan berfungsi juga sebagai penyegar wajah.

Mengubati infeksi kulit
Serai memiliki kandungan zat anti-mikroba dan anti-bakteria. Kandungan tersebut berguna khususnya dalam mengubati infeksi(jangkitan) pada perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga banyak dipercayai dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit seperti infeksi kulit, tipus, keracunan makanan, dapat juga menghilangkan bau badan.

Sebagai diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.
SILA SHARE...

Petua Untuk Menghindari Rambut Gugur
Petua Untuk Menghindari Rambut Gugur
Piliahn 1: Masukkan 3 sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 3 jam. Seelok-eloknya amalkan 2 minggu sekali.
Pilihan 2: Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama 2 jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Amalkan seminggu sekali.
Pilihan 3: Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut.
Wednesday, October 1, 2014
Petua Untuk Mengurangkan Batuk
Petua Untuk Mengurangkan Batuk
Pilihan 1: Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
Pilihan 2: Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
Pilihan 3: Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum 2 kali seminggu.
Pilihan 4: Campurkan 2 sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut 3 kali sehari.
Pilihan 5: Ambil 2 sudu nasi panas yang baharu masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
Pilihan 6: Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh.
Pilihan 7: Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu lebah. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.
Petua Untuk Mengatasi Sakit Pinggang
Petua Untuk Mengatasi Sakit Pinggang
Penyebab Sakit Pinggang:
1. Adanya gangguan mekanikal pada struktur fungsi tulang belakang
2. Gerak atau sikap badan yang salah ketika membongkok dan mengangkat beban atau barang
3. Pemakaian sepatu dengan tumit tinggi, kerana dalam keadaan normal tulang belakang di bahagian pinggang
mempunyai lengkungan ke depan. Apabila lengkungan ke depan tersebut berlebihan, akan menimbulkan gejala sakit pinggang

4. Tidur dengan alas/dasar yang terlalu lentur sehingga membuat tulang belakang mengikuti lenturan alas yang ditiduri
5. Kurang berolahraga sehingga menyebabkan kelenturan sendi-sendi dan jaringan ikut menurun, sehingga otot mudah cedera kerana gerakan yang saderhana, seperti: mengangkat, mendorong, atau membongkok.
Pilihan 1:
a. Anda perlu meminum air halia bercampur sedikit gula yang telah direbus. Mula-mula, ambil sepotong halia sebesar ibu jari.
b. Tumbuk halus halia, campurkan dengan 2 gelas air dan sedikit gula. Kemudiannya, rebuslah campuran tersebut sampai mendidih.
c. Setelah mendidih, biarkan ia sejuk dulu. Lepas itu barulah anda meminumnya 2 kali sehari. Amalkan selama 2 hari berturut-turut mudah-mudahan ianya berhasil.
Pilihan 2: Sediakan kuning telur. Telan mentah-mentah. Amalkan selama 3 hari berturut-turut. Jika tiada aral, anda akan merasai kelegaannya. Sakit pinggang akan berkurangan dan sembuh.
Sakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan pengaruh sesuatu penyakit, seperti gangguan ginjal, penyakit jantung, kanser, penyakit tulang, atau gangguan metabolik. Untuk mengurangkan rasa nyeri dan untuk mencegah akibat yang lebih parah dari sakit pinggang, anda disarankan melakukan gerak tubuh. Perhatikan sikap tubuh agar terhindar dari keadaan tubuh yang bongkok atau lakukan aktiviti berbaring datar.
Jangan berputus asa, kerana kita masih ada Tuhan
~Jangan berputus asa, kerana kita masih ada Tuhan~
Manusia yang mentauhidkan Allah akan menyedari keluasan rahmat Allah. Dia manusia berdosa, tetapi dia akan bersungguh-sungguh bertaubat kerana dia tahu keampunan Allah sedang menantinya. Tiada erti putus asa dalam kamus hidup seorang pentauhid.
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (53)
Katakanlah wahai hambaku yang telah melampau batas ke atas diri mereka sendiri. Janganlah kalian berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni kesemua dosa. (Az-Zumar : 53).

حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي ، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي ، يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً " . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ .
Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah berkata: Wahai anak Adam. Selagi mana engkau berdoa dan mengharapan kepada Ku, nescaya Aku ampuni apa sahaja yang engkau lakukan, Aku tidak kisah. Wahai anak Adam. Jika dosa mu melangit tinggi, kemudia engkau memohon keampunan Ku, Aku akan ampuni diri mu, Aku tidak kisah. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada ku dengan dosa seluas bumi, dan engkau bertemu dengan Aku dalam keadaan engkau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan datang kepada mu dengan seluas keampunan.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat, hadis no: 3491, hasan gharib]

Monday, September 29, 2014
Sunday, September 28, 2014
Selitan promo: Parma Islamic Fashion!
Assalamualaikum Semua ,Sila lihat slideshow dan LIKE page ini :
https://www.facebook.com/pages/Parma-Islamic-Fashion/1535376823366412?ref=hl
http://slideshow.fotor.com/creations/520926a29fd348a59364f8893f4293ad/index.html
http://slideshow.fotor.com/creations/0d91b3d19fc34acc8420808eade39508/index.html
Terimakasih!
Resipi: BERTIH JAGUNG KRAMEL / CARAMEL POP CORN: oleh mamak haji
Resipi: BERTIH JAGUNG KRAMEL / CARAMEL POP CORN:
Bahan-Bahan :
- 1/ 2 cawan biji jagung kering.
- 1/4 cawan atau 4 sudu besar minyak masak.
Bahan-Bahan Untuk Kramel:
- 125 gm butter mamak haji pakai Majerin felda je..dlm 85gm.
- 1 cawan gula pasir.
Cara penyediaan:
1. Siapkan satu tray dilapik dengan kertas aluminium atau kertas minyak baking.
2. Dapatkan satu periok agak dalam (mamak haji guna periok pressur cooker) yang ada penutup yang baik.
3. Masukkan minyak masak dan pansakan dalam api sederhana. Minyak perlu betul-betul panas sebelum masukkan jagung. Bagi menentukkan minyak betul-betul panas, masukkan dua biji jagung., kalau biji jagung itu berputar dan menjadi bertih, menunjukan minyak dah panas. Jaga yea..bertih boleh letup dan naik ke atas. orang latah duduk jauh sikit.
4. Masukkan 1/2 cawan jagung. Bila dengar jagung meletop-letop, goncang perlahan periok untuk biji jagung yang atas turun kebawah.
5. Bila bunyi meletop-letop dah berhenti buka tudung dan masukkan semua bertih jagung itu ke dalam sebuah bekas untuk adunkan kramel. Kutip buang biji jagung ygang menjadi bertih.
PENYEDIAAN KRAMEL:
1. Adunkan butter/majerin dengan gula didalam kuali. Hidupkan api dapur sederhana. Masak dalam 5-7 minit. Kacau sekali sekala sehingga butter/majerin cair dengan gula.
2. Bawa adunan gula dan butter ini keadaan mendidih. Bila mendidih jangan pulak kacau adunan ini. Biar mendidih sampai warna keemasan, jangan lama nanti kramel anda akan rasa pahit. Agak dalam 10 minit dah cukup.
3. keluarkan dari api dapur, tuang dalam bertih yang berada dalam bekas tadi. Adunkan sebati kramel dengan bertih sehingga salut betul.
4. keluarkan pop corn yang elah salut dan ratakan di tray yang kita sediakan dgn kertas baking atau aluminium. Biarkan kramel sejuk dan keras. Lepas itu anda ramas-ramaskan bertih itu. Sudah siap POP CORN anda yang lazat.

Resipi Sarapan HASHBROWN: oleh mamak haji
Resipi Sarapan HASHBROWN:
Resipi ini paling mudah dan murah sekali..Respi kita buat sendiri ini, dengan kentang segar sedap..kalau nak beli bukan saja mahal tapi tentu tidak segar dan apa benda dia org masukkan pun kita tak tahu..

Bahan-Bahan Yang diperlukan:
- 4 biji kentang, dikopek kulit dan potong kecil dalam 1 cm dan rebus 3/4 masak..jangan terlalu masak pulak nanti jadi "mash potatoes" pulak dah. Kita nak dia berketul-ketul kecil. Bila dah masak toskan air biar dia kering sikit untuk garing.
- 3/4 cawan tepung gandum.
- 1 biji telur ayam dipukul.
- 1 sudu kecil butter atau majerin cap pelangi pun boleh.
- 1 ketul stok ayam. Maggi ok kerana dia kering dan senang untuk jadikan serbuk dan masin. Kalau ada serbuk gunakan dlm satu sudu besar.
- 1 sudu kecil gula pasir.
- 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam.
- Minyak untuk goreng.
- 1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Adunkan semua bahan itu dalam sebuah bekas. Adunkan. Lenyekan ubi kentang dengan sudu saja tak perlu gunakkan pelenyek kentang. Kita nak kasar sedikit kentang itu.
2. Adunan yang dah siap, masukkan dalam Freezer dalam 15 minit. Bila agak padat sikit, ambil dua helai plastik, sapukan sedikit minyak. Ratakan adunan kentang itu di antara dua helai plastik dengan roller canai. Tebal dia agak-agak dalam 3/4 inci.
3. Selepas diratakan alas atas pingan ke apa ke..biarkan dia didalam freezer sekurang-kurang dlm 2-3 jam. Biar dia beku keras supaya mudah kita potong.
4. Panaskan minyak dan goreng. Kena minyak panas kalau sejuk..hashbrown anda akan resap minyak. Tak perlu lembutkan yea. GORENG PERLU DUA KALI seperti kita goreng french fries..tahu kan?. Gorengan pertama dalam 2-3 minit dah cukup. Dua kali goreng baru hashbrown anda akan jadi garing. Goreng kali kedua tunggu hingga hashbrown anda terapung yea. Sudah pasti kena api dapur yang sederhana.
5. Biasanya sos guna campuran sos mustard dan mayonis..mamak haji tak ada mustard. Tapi guna cili sos dan mayomnis buat sos thousand island..hehehe. Selamat mencuba..ia mudah murah dan anak-anak akan suka sgt. Hidangkan dengan Isi ayamg goreng atau grill...grill atas kuali pun ok juga dgn sedikit minyak. Telur mata...aduhh memang sempoi kalau kena dengan hirisan tomato dan timun..selamat mencuba.

Sayur Bakar
Bagi yang kurang menggemari makanan berminyak, pastinya menu bakar menjadi pilihan. Lari dari kebiasaan, Sayur Bakar disuntik dengan rasa yang lebih sedap dengan pencicah sos istimewanya. Bukan sahaja rasanya yang lazat malah, resipi masakan ini sama sekali tidak menggunakan serbuk perasa. Nikmatilah resipi bakar istimewa ini.
Bahan-bahan bakar:
1 biji terung
5 biji bendi
100 gm kangkung
100 gm cendawan
Bahan-bahan sos bubu:
200 gm cili boh
100 gm bawang besar }
30 gm bawang putih }
100 gm lengkuas } Dikisar
50 gm kunyit }
50 gm halia }
50 gm serai }
250 gm asam jawa
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Cara Membuat:
- Bakar kesemua sayur-sayuran tadi sehingga masak. Asingkan.
- Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
- Selepas itu, masukkan cili boh dan masakkan bersama bahan-bahan tadi.
- Setelah agak masak, masukkan perahan asam jawa.
- Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa dan juga gula.
- Hidangkan sayur-sayuran yang telah dibakar bersama sos bubu. Sedia untuk dinikmati.
Subscribe to:
Posts (Atom)