RESEPI KARI BAWAL NASI KANDAR:
Mamak ingin majukan resepi Kari Ikan Bawal yang begitu popular di Restoren Nasi Kandar di Pulau Pinang. Ikan bawal yang dimaksudkan adalah Ikan Bawal Hitam yang saiznya lebih dari 1 kg seekor yang berisi padat. Anda kena ingat bila sebut saja kari..ia ada dua jenis, kari kering dan kari berkuah atau pun gulai. Jgn keliru dengan kari ini. Kari adalah adunan kumpulan rempah yg diadunkan dlm satu masakan. Dalam kari ini terdapat beberapa kumpulan rempah seperti Halba campur, Rempah Masala, Garam masala dan juga pes halia bawang putih. Sebagai tukang masak kita perlu mengetahui bagaimana sediakan kumpulan rempah ini sebelum kita ingin buat kari yg lazat mengikut selera kita. Takat ambil masala kari yg dijual di kedai, bubuh dlm air dan didihkan. masukkan ikan sebenarnya bukan itu yg mamak haji ingin kongsikan. Kalau takat nak tulis resepi kari seperti ini mamak haji cuma membuang masa anda semua kerana beribu resepi sedia ada di internet dan dalam buku-buku masakan. Apa yg mamak haji ingin nak kongsikan resepi kari yg meliputi bagaimana sediakan kumpulan rempah-rempah ini dan bagaimana ia digunakan dlm menghasilkan kari yg lazat sebenar. Pendek kata dari A ke Z..Bolehkah anda beri peluang ini kepada mamak haji?.
RESEPI KARI BAWAL NASI KANDAR:KUMPULAN REMPAH DALAM MASAKAN KARI:
1. RESEPI HALBA CAMPUR/ PAANCH PHORAN:
Kumpulan rempah yg pertama digunakan untuk tumis selepas minyak untuk tumisan jadi panas. Terdapat lima jenis rempah-rempah yang terdapat dlm kumpulan halba campur ini?. Kita suka beli saja dari kedai mamak dan bubuh. Tapi pernahkah kita cuba selaraskan kandungan rempah-rempah ini?. Kita ikut apa saja apa yg mamak itu yg adunkan rempah ini untuk kita. Dengan ini pada awal masakan kari anda telah gagal. Jom kita belajar cara Adunan rempah-rempah ini:
Bahan-Bahan:
- 1 sudu besar biji jintan putih.
- 1 sudu besar biji jintan putih.
- 1 sudu besar jintan hitam / kalonji.
- 1 sudu besar biji Halba.
- 1 sudu besar biji sawi.
Cara nya: Campurkan kelima-lima rempah ini dan simpan dlm bekas kedap udara. Mamak haji tak suka rasa pahit kari..maka selalunya kurangkan jumlah rempah halba itu. Jgn keliru halba campur yg anda beli di kedai mamak punyai kacang tosai-urad dal diganti dgn jintan hitam. Org India selatan tak pandai gunakan jintan hitam maka diganti dgn urad dal.
IKAN KARI BAWAL (UNTUK HIDANGAN 8 ORANG).
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
- 1 kg. Ikan Bawal Hitam (kalau beli dipasar itu siap potong saja kerana nanti berkecai pulak isi ikan itu kalau kita memotongnya).
- 100 gm. Santan pekat (kalau tak pakai pun tak apa).
- 125 gm. Rempah Ikan (Mamak suka pakai rempah kari ikan baba's 250gm dengan guna 1/2 pkt saja).
- 1 sudu kecil rempah tumis/ halba campur.
- 2 biji Tomato (dipotong empat)
- 6 biji Kacang Bendi.
- 2 biji bawang besar dipotong hiris memanjang.
- 1 1/2 sudu pes halia bawang putih.
- 4 biji bawang putih diketuk.
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
- 1 sudu kecil jintan manis.
- 1 sudu kecil serbuk cili.
- 1 sudu kecil serbuk kas-kas (sekiranya diperlukan).
- 1 sudu kecil garam masala.
- 3 ranting daun kari.
- 2 ranting daun pudina.
- 1 senduk besar minyak masak.
- 1/2 cawan air asam.
- 1 liter air.
- Garam secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN.
1. Basuh ketulan ikan bawal terutamanya ambil kira basuh bekas darah ikan yang terdapat ditulang tengah. Kepala ikan bawal perlu dibasuh dengan membuang segala sisa-sisa darah dan insang. Sisa-sisa darah ikan ini menyebabkan kehanyiran dan juga memberi kesan kepada warna kari ikan menjadi kehitaman. Ketulan ikan yang telah dibersihkan perlu diperamkan dengan dua sudu garam dan 1 sudu besar jus limau/asam jawa untuk menghilangkan bahan kimia atau pun lendir ikan yang akan menghanyirkan ikan tersebut untuk 30-45 minit. Basuh kembali ketulan tersebut dengan air bersih. Ketulan ikan ini sedia untuk masak.
2. Sediakan periok atau kuali dan panaskan. Masukkan minyak masak untuk menumis 1 senduk besar minyak masak.
3. Masukkan halba campur. Awas! jangan sampai halba campur ini hangit yang akan menyebabkan bau hangit dan ia akan timbul di atas dalam kuah kari nanti. Apabila saja bau harum dikeluarkan dengan cepat masukan bawang yang telah dihiris. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum dan bertukar warna keemasan masukkan pes bawang putih+ halia. Tumis hingga keluarkan bau yang harum. Kecilkan api dapur. Bancuh (Masala) serbuk kari dengan sedikit ait jadikan pes. Masukkan pes serbuk kari, bersama dengan serbuk jintan manis, jintan putih, serbuk cili dan serbuk kas-kas. Bila tumisan ini akan mula mengeluarkan bau yang harum. Masukkan air 1 liter dan masukkan daun kari dan biarkan sebatian ini mendidih. Kuat api dapur dan didihkan sebatian kari ini dlm 10 - 15 minit.
4. Apabila sebatian kari ini telah mendidih selama 10 - 15 minit, perlahankan api dapur kembali dan masukan ketulan ikan yang telah dibersihkan. Biarkan ikan ini masak selama 15-20 minit dgn cara renehan/simmering. Jangan membiarkan kari ikan mendidih terlalu kuat, ini akan menyebabkan ketulan isi ikan akan pecah dan hancur. Masukkan tomato. dan kacang bendi dan biarkan kari ini selama 3-5 minit lagi.
5. Masukkan air asama jawa, santan dan garam secukup rasa. Kacau sama rata dengan perlahan dan berhati-hati supaya ketulan isi ikan tak hancur.
5. Apabila ikan telah masak (jangan terlalu kerap kacau masakan ini supaya isinya tak pecah). kari ikan bawal anda sedia untuk hidang. Tutup bekas hidangan dengan penutup supaya bau haruman rempah kari tidak terbebas ke udara. Buka tudung bekas hidang kari ini hanya semasa makan. kari yang sedap boleh ditentukan dengan bau harum kari yang akan menusuk hidung kita apabila dibuka tudung penutup bekas kari ikan itu.Selamat mencuba!.
No comments:
Post a Comment