Saturday, August 29, 2015

Amalan pelaris niaga : FB ustaz tuan asmawi


[AMALAN_PELARIS_NIAGA] Kalau ada siapa2 yang tanya apa amalan pelaris perniagaan secara putih maka amalkan ayat2 ini pada setiap waktu terutama waktu berada dalam premis perniagaan kita. Tapi kalau udah kaya jangan lupa zakat dan sedekah..solat kena rajin tau....

Surah Al Jumu'a 62:11.

Serba sedikit tentang PETAI

JOM MAKAN PETAI...!!!!!
Di antara kebaikan atau rawatan hasil memakan petai ialah:
Kemurungan 
Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai. Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil.
PMS (sindrom pra-haid)
Vitamin B6 petai membantu mengawal atau meneutralkan paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan sindrom premenstrual.
Anemia
Zat besi yang tinggi di dalam biji petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia atau pesakit kekurangan darah.
Tekanan darah tinggi
Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendah garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok.US Food and Drug Administration telah hanya menyenarikan petai sebagai buah yang mampu mengurangkan risiko tekanan darah dan strok.
Kuasa minda
Khasiat petai lain ialah kemampuannya di dalam meningkatkan kekuatan tenaga minda. Ini berdasarkan laporan di USA yang dijalankan di mana petai diberikan kepada pelajar semasa sarapan sebelum peperiksaan.
Kajian terhadap 200 pelajar sebuah sekolah di Twickenham telah membuktikan pelajar yang terlibat memakan petai dapat meningkatkan kuasa otak mereka dan membantu mereka lebih segar, bertenaga dan memberi tumpuan dalam pembelajaran.
Sembelit
Petai juga dapat mengatasi masalah sembelit. Petai mengandungi tinggi serat dan boleh membantu penghadaman dan menggalakkan pembuangan air besar tanpa menggunakan julat. Petai boleh membantu memulihkan tindakan usus yang normal.
Keletihan
Cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat jus petai dicampur dengan dengan madu.
Pedih ulu hati
Petai mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan petai untuk mengurangkan kesan kesakitan.
Gigitan nyamuk
Satu amalan yang biasanya dilakukan orang kampung ialah menggunakan kulit petai untuk mengurangkan kesan gatal gigitan serangga dan nyamuk. Kulit petai digosok pada bahagian yang kena gigit. Insyaalah, rasa gatal, sakit, bengkak, kerengsaan atau lebam akan beransur kurang.
Saraf
Petai yang tinggi vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf.
Berat badan yang berlebihan
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi punca pengambilan makanan berlebihan. Dengan memakan petai, kita dapat mengawal badan daripada ketagih mengambil makanan berkarbohidrat tinggi. Dengan cara itu dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan.
Ulser
Petai mampu meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan oleh salutan lapisan perut. Jadi, ia dapat membantu mengatasi penyakit ulser.
Kawalan suhu
Petai dianggap "penyejuk" dan boleh menurunkan suhu fizikal dan emosi, termasuk kepada ibu-ibu mengandung. Di Belanda, sebagai contoh, wanita hamil makan petai untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk.
Merokok
Petai juga boleh membantu orang yang cuba untuk berhenti merokok. Petai yang kaya dengan kandungan vitamin B6, B12, serta kalium dan magnesium dapat membantu badan pulih daripada kesan-kesan nikotin terhadap tubuh.Kalium (potasium) dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keinginan untuk merokok. Merokok adalah membahayakan kesihatan. Biar mulut berbau petai daripada berbau rokok.
Tekanan perasaan (stres)
Potassium atau kalium merupakan bahan mineral untuk kesihatan vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam badan anda. Apabila kita tertekan, kadar metabolisme kita meningkat, sekali gus mengurangkan kadar potassium. Ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek petai yang tinggi potassium.
Mengatasi masalah cacing dalam badanPetai juga dapat membunuh cacing di dalam perut dan usus di mana ia akan keluar bersama najis.
Merawat deman kuning.Bahagian daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai di mana kemudian airnya diminum dan ulang beberapa kali.
Strok
Menurut kajian dalam "The New England Journal of Medicine" makan petai sebagai sebahagian daripada diet yang teratur dapat mengurangkan risiko kematian oleh strok sebanyak 40% ".
Ketuat
Mereka yang ada ketuat pada badan, boleh mencuba untuk menghilangkannya dengan meletakkan biji petai pada bahagian yang berkenaan
Gunakan plaster atau kain untuk melekatkan biji petai di bahagian ketuat itu.
Mengurang kemabukanTerdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ke tahap seimbang.
Petua hilangkan bau petai di mulut- Makan beras mentah dalam 10 biji.- Kunyah terung mentah.- Kunyah timun.- Berus gigi selepas menggunakan dental floss.- Kunyah chewing gum- Campur masakan petai dengan terung.
Petua hilangkan bau petai di tandasUntuk mengelak tandas berbau busuk petai, potong terung dan diletakkan di dalam tandas. Terung akan serap bau petai.

Friday, August 28, 2015

sembang niaga(16) oleh puan ainon

Motivasi awal petang Jumaat....
Apabila memulakan bisnes pertama, inilah perkara ideal yang menjadi pilihan:
+ Jual servis kita kepada orang kaya.
+ Servis itu diberikan kepada syarikat milik orang kaya itu, supaya si kaya itu bertambah kaya.
+ Servis itu adalah servis menjaga keselamatan harta-harta bisnes si orang kaya.
+ Servis itu kita sendiri yang jalankan.
Lakukan bisnes ini selama 4 tahun sahaja. Simpan duit. Gunakan duit itu nanti sebagai modal membuka bisnes kedua.

Melayan Karenah Tauke Kedai oleh roslan mamat

Melayan Karenah Tauke Kedai.
" Duit tak cukup la dik. Top up aje lah stok. Minggu depan collect sekali duitnya."
Tuan biasa harungi masalah seperti ini?
Hati dah berbunga bunga melihat stok yang diletak minggu lepas sudah habis.
Takkan tak tambah stok dikedai itu.
Nanti pelanggan mesti berkata macam inilah usahawan Melayu. Letak sekali, lepas tu tak letak lagi dah. Bukan tak sedap!
Dengan perasaan berbelah bahagi, letak jugalah stok baru. Takut nanti pelanggan lari.
Tapi. Bil minggu lepas sudah Rm500.
Ditambah lagi bil baru Rm500 jumlahnya sudah Rm1000.
Terbayar ke nanti?
Jika tuan hadapi masalah begini. Sudah tentu bil Rm1000 yang tuan akan kutip minggu depan ,
A. Jumlah dicampur dan bawa lagilah kedepan.
B. Bayar tak penuh.
" Saya bayar rm500 dululah.. rm500 lagi minggu depan"
C. " Mana aku ada duit beribu nak bayar bil kau nih! Tak payah letak lah! Habis duit aku nak bayar kat ko aje"
Mau hijau mata hitam.
Tips nya:
Alang alang sudah bawa stok, letak stok yang agak agak boleh laku untuk 1 hari
Buat bil jumlah tertunggak (rm500)+ bil baru (rm100)
Beritahu esok tuan datang balik kutip rm600.
Keesokkannya, jika dia bayar, letak stok untuk hari hari atau 2 hari sekali.
Sebab, rm500 sekali keluar mungkin tauke kedai terasa nilai nyatinggi.
Tapi rm100 sekali keluar taklah terasa sangat.
Jika gagal juga kutip duit.....
Jangan letak stok baru.
Hari hari pergi kutip bil lama.
Bayar sikit pun ambil.
Lama lama hutang langsai.
Ucapkan terima kasih bagi peluang letak produk kita dikedai dia.
Tak usah tangisi kehilangan satu channel.
Carilah channel lain sebagai penganti.
Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum
jika berniaga, jangan tanam bunga dalam hati.
Ingat , bukan produk tuan tak bagus tak laku.
Tapi karenah tauke itu tak bagus tak bayar

Sembang niaga (15) Oleh Puan ainon

Tolak duit customer....
Dalam menjalankan bisnes, jangan fikir asal ada orang mahu menjadi customer kita maka kita kena ambil dia sebagai customer. Ini tidak betul.
Kita mesti pilih dengan siapa kita mahu menjalankan bisnes.
Memang ada masanya kita perlu tolak duit orang. Ini normal. Ini betul. Ini kena dibuat.
.
Sesetengah customer boleh menyebabkan kita untung sedikit pada mulanya, tetapi kemudian kita rugi banyak!
Bagaimana kita mahu kenal customer yang macam itu?
+ Kita buat bisnes dalam bidang apa? Contohnya kita mengedarkan telur.
+ Berkawanlah dengan peniaga yang sudah lama berniaga dalam bidang pengedaran telur. Dia sudah pernah terkena. Dia tahu ciri-ciri customer yang perlu ditolak duitnya.

BISNES GAYA TOWKAY oleh puan reni rahmat

BISNES GAYA TOWKAY
Sebelum kami membuka ‪#‎breadkitchen‬,
Saya terlebih dahulu telah mula membaca nota-nota --
Bagaimana yang di katakan berbisnes gaya towkay.
Apakah itu towkay?
+ Towkay itu sinonim dengan tahu semua perkara.
+ Jika dia membuka perniagaan bakeri, semua perkara dia akan buat.
+ Dari membeli bahan mentah, menguli roti, menjual roti, menghantar roti dan hampir kesemua kerja dia lakukan.
+ Towkay cenderung untuk tidak mempercayai pekerjanya apabila tugas sudah di delegate kan.
+ Towkay akan memantau semua perjalanan duit masuk.
+ Pendek kata, jika itu bisnes nya, dia sendiri akan handle bisnes tersebut dari A hingga Z.
Sewaktu saya membuka #breadkitchen, saya cuba apply cara bukan towkay iaitu cara korporat.
+ Menjalankan perniagaan secara partnership.
+ Partner pertama - Beliau mahir membuat roti.
+ Partner kedua - Pemodal
+ Partner ketiga - Marketing (saya sendiri)
Namun, apabila kita bermula secara start up, sinergi partner tersebut bukan boleh dibina dalam masa semalaman.
Apabila kita belum mahir mengaplikasikan berniaga ala korporat, kita akan :
+ Banyak dikuasai emosi ketika membuat keputusan.
+ Suka ambil tahu job scope orang lain.
+ pembahagian kuasa yang belum clear. Maka, akan terjadi, ketiga-tiga partner berfikiran mereka berkuasa.
Benar! Semuanya berkuasa. Tetapi, within job scope masing-masing.
+ SOP yang masih try and adjust juga menjadi penyebab.
Dan banyak perkara berbangkit lain lagi.
Sesungguhnya, berpartner memerlukan skill bekerjasama.
Jika salah seorang kurang bekerjasama, maka, sinergi akan susah di bina.
Namun begitu, lesson learnt.
Ini antara ilmu dapatan yang sangat MAHAL yang saya pelajari seawal penubuhan #breadkitchen
Banyak penyebab kenapa sinergi susah di bina, antaranya :
+ Keegooan
+ Rasa betul
+ Rasa berkuasa
Ini antara sifat manusia yang normal. Sebab itu, logiknya, saranan Puan Guru, untuk berpartner dengan rekemendasi orang tengah iaitu (Abu Talib).
Namun begitu, pengajarannya cukup luas.
Hikmahnya sangat manis.
Daripada tidak tahu perihal pengurusan bakeri, saya jadi tahu.
Daripada tidak tahu buat roti, saya jadi tahu.
Untuk memperbetulkan SOP, towkay sendiri harus menjalankan operasi di setiap bahagian.
Supaya apabila mempunyai staff, kita sendiri tahu bahagian mana yang SOP tidak diikuti.
Sesungguhnya membina perniagaan itu memerlukan proses yang panjang.
Pesan puan guru,
"Jangan berlama-lama di dalam fasa towkay".
#breadkitchen

Sembang bisnes (14) Bersama puan ainon

Apa itu brand?
Dalam bahasa mudah-faham, brand adalah 'nama baik'.
+ Nama syarikat kita perlu ada nama baik.
+ Nama kedai kita perlu ada nama baik.
+ Nama produk kita perlu ada nama baik.
+ Rupa bentuk logo kita perlu ada nama baik.
Tetapi, dalam dunia bisnes, nama kita tidak perlu dikenali oleh semua orang. Nama baik kita hanya perlu dikenali dalam industri yang kita bermain di dalamnya.
Hanya orang-orang yang duitnya penting kepada kita sahaja yang perlu kenal nama baik kita.
.

Sembang niaga(13) dari FB puan ainon

Apa itu marketing?
Dalam bahasa orang biasa, marketing itu adalah...
+ Macam mana kita hendak beri tahu orang ramai bahawa kita ada bisnes, kita ada kedai, kita ada kedai online, kita ada tadika, kita ada mee udang harimau, kita ada warung bawah pokok, kita ada barang baek yang mahu dijual.
+ Apabila orang sudah tahu kita ada warung bawah pokok, di bawah pokok mana warung kita itu, apa yang kita jual di warung kita itu, barulah mereka tahu di mana mereka boleh jumpa barang baek kita.
+ Selagi orang tidak tahu di mana warung bawah pokok kita, selagi itu mereka takkan datang cari kita.
Makan sendirilah mee udang harimau kita itu....
.






Belajar Buat Produk LAWAN Belajar Buat Marketing
Dalam bisnes cara lama, kita disuruh belajar membuat produk yang paling bagus, paling sedap, paling cantik, paling tahan lama, paling macam-macam.
Lalu kita pun pergi kursus membuat macam-macam produk. Setiap kali balik dari kursus, kita pun memohon pinjaman TEKUN, MARA, bank-bank bagi mengeluarkan produk itu.
.
Kita tidak belajar marketing. Satu kursus marketing pun kita tidak pergi. Satu buku marketing pun kita tidak beli dan tidak baca.
Mati-mati kita sangka marketing itu adalah apabila kita keluar pergi membuat sale!
Jadi, kita pun pergi kursus yang mengajar macam mana kita hendak menjual, menjual, menjual.
NOTA: Jika bisnes itu umpama seekor gajah, sale adalah hujung ekor si gajah!

TIP-TIP SIMPAN DAUN PISANG UNTUK TAHAN LAMA oleh mamak haji

TIP-TIP SIMPAN DAUN PISANG UNTUK TAHAN LAMA:
Daun pisang mamak haji ini telah rosaaaak..Suruh simpan kat peti sejuk bukan bahagian dingin ..tapi kat freezer lah.. adoi...cobaan betul...Pagi Jumaat yang mulia ini menguji kesabaran...
Ramai kita balik kampung kutip daun pisang bawa balik rumah kita kat bandar..daun pisang kat bandar bukan mudah nak cari..mahal pulak..bila bawak balik kena pandai simpan supaya tak rosak walau pun sebulan tak pakai...Jom kita belajar tip simpan daun pisang pulak...
1. Apa pun basuh dulu dgn air mengalir paip dan hilangkan kotoran-kotoran yang terhinggap di dua permukaan daun. Lepas itu lap dgn kain bagi kering.
2. Balut daun setelah kering..mamak haji suka gulung sekali dua helai daun saja..jangan pulak nak kerja senang gulung semua sekali..kalau terkena "cold burnt" peti sejuk..daun semuanya rosak. Rosak satu dua tak apa.
3. Salut dengan wrapper ketat-ketat..tak ada wrapper tak apa..guna beg plastik yg beli dua kupang dari supermarket itu...ikat getah dan simpan dalam peti sejuk tempat jadi ais yea.
4. Bila nak pakai..keluarkan dari peti sejuk dan biarkan selama 30 minit..biar dia lembut sendiri..jgn pii bubuh air panas pulak ..melecur daun itu..buat kueh koci tak apa lah..ini nak bungkus nasi lemak.
5. Gambar No.3 itu mamak haji buat design dengan merebus daun dlm 20 saat dan simpan dlm peti sejuk..nak try bungkus nasi lemak berjalur-jalur..hehehe.
TIP UNTUK SIMPAN DAUN LIMAU PURUT, DAUN PANDAN, DAUN PUDINA, DAUN KARI ATAU APA-APA DAUN LAH....
1. Ceraikan daun..basuh bersih...cari botol plastik..bubuh pii "kertas tisu kitchen towel" bukan tuala yea...kat bawah botol (utk serap air berlebihan)..masukkan daun dlm botol dan tutup rapat-rapat... simpan dalam peti sejuk bahagian ais yea..
2. Masa susah sekarang jangan bazir..nak pakai tiga empat daun..pii beli mai segundi..lepas itu terbiar kering dan buang..duit itu. Kalau di bawah jatuh sekupang kutip dak?..ingat org yg suka bazir berkawan dgn syaitan..

Thursday, August 27, 2015

Jus terbaik untuk wanita dari FB suzy honey

 Hari ini sy kongsikan lagi satu rahsia utk penjagaan dalaman wanita. Harus mau wangi2 ya. Wangi peluh dan juga dalaman "keintiman "wanita. Sesekali..sila lah amalkan resepi ini :
1. Sebatang serai
2. Sedikit halia muda
3. 3cm kunyit tidak perlu byk2.
4. Daun pandan wangi sehelai.
5. Gula batu.
Ambik 3 gelas air rebus sampai jd segelas rebusan. Setelah sejuk minumlah. Amalkan selepas datang haid.
Ini adalah utk mewangikan segalanya. Segarkan badan dan sihat juga suburkan rahim seorg wanita. Resepi ini Kena buat sebagai amalan . Dan bagus untuk hilangkan lemak2 .
* paling disyorkan selepas haid.


Tips bisnes dari Ikram albanjari

MAHU BERMAIN DI PADANG MANA ?
Saya ditanya oleh seorang pemilik butik yang turut serta ikut saya ke Vietnam. Soalan yang ringkas, tetapi padu!
" Tuan, bagaimana mahu kekalkan bisnes supaya dapat bertahan ".
Saya faham benar soalannya, memulakan bisnes itu sangat mudah. Namun, mempertahankan perniagaan bukan sesuatu yang senang. Berikut adalah cadangan saya kepada beliau.
Pertama, pilih padang bisnes yang betul sebelum masuk bermain. Kita mahu main di padang pengeluaran, bekalan atau peruncitan ? Jangan tersalah pilih padang, bimbang kita penat berlari, sepak bola sekalipun tidak merasa. Contohnya begini.
Pengeluaran ( manufacturing ) - model bisnesnya lain, caranya lain, fokusnya lain. Contoh begini, kilang jahit itu kalau mesin tidak berjalan ( banyak offline ) maksudnya rugi! Bila siang malam mesin berjalan, maksudnya bagus!
Peruncitan ( retailing ) - model bisnesnya lain, tekniknya lain dan fokusnya lain. Pemain dalam padang ini harus fokus kepada Penjenamaan ( Branding ). Semakin dikenali semakin untung. Perlu fokus kepada aktiviti pemasaran.
Keduanya, sesudah kita memilih padsng yang betul. Kita perlu mempersiapkan diri untuk bermain. Persiapan sangat penting, jangan masuk padang tanpa warm up ! Belajar dahulu, berguru dahulu, bermain dulu di padang kampung sebelum masuk ke liga besar. Tonjolkan diri kita di atas padang, bina karisma dan bijak selalu untuk bertahan.
Untuk sahabat belia saya, jangan ghairah tanpa ilmu. Bisnes bukan sekadar kita punya modal dan pandai matematik. Bisnes itu adalah sebuah proses menjual dan ia adalah perjalanan nan indah. Bina bisnes bertahap-tahap, bersiaplah untuk bersusah payah.
Salam Petang.
Ikram Al-Banjari,
Saudagar Jalanan di Saigon.

tazkirah hari ini 179:Ustaz Muhammad Fawwaz | Tazkirah Dhuha

Tip mengharungi dugaan ekonomi merudum dari status FB puan ainon

Tip mengharungi dugaan ekonomi merudum....
Apabila ekonomi merudum, syarikat mempunyai 3 alternatif:
Alternatif 1. Buang staff. Contohnya, hari ini Kumpulan NAZA memberhentikan 300 orang pekerja.
Alternatif 2. Simpan staff. Berjimat cermat. Semua orang ikat perut kuat-kuat. Jangan naikkan gaji, elaun, dan lain-lain imbuhan. Kalau perlu, turunkan gaji. Biar kurus, jangan mati.
Alternatif 3. Naikkan jualan. Pindahkan staff dari jabatan cost-centre ke jabatan profit-centre. Tukar strategi jualan. Tukar produk. Semua orang belajar menjual. Gunakan strategi guerilla marketing dengan gila-gila.
.

tazkirah hari ini 178:Ustaz Murtadza Yusof | Bini Selalu Hilang Bila Pi Shopping...

Petua tubuh langsing status Fb Noor Mila

Bahan-bahannya.
Asam jawa,halia,kunyit,gula melaka dan manjakani

Masukkan halia, kunyit dan manjakani ke dalam periuk.
Rebus halia, kunyit dan manjakani sehingga masak dengan 2 cawan air.

Setelah selesai merebus, blend kesemua bahan yang direbus bersama2 dengan air rebusan.
     


Saringkan dan ketepikan hampasnya.


Jus yang telah disaringkan tadi dimasukkan semula ke dalam periuk, di rebus di atas api perlahan bersama2 dengan gula melaka dan air asam jawa.
Setelah masak, bolehlah di minum perlahan-lahan.

Panduan:
Memiliki tubuh langsing merupakan idaman setiap kaum wanita. Salah satu caranya ialah dengan meminum jamu tradisional. Meminum jamu kunyit asam dipercayai berkesan menurunkan berat badan selain daripada membuang angin dalam badan, melancarkan proses metabolisme tubuh, peredaran darah, membakar lemak terbuang, maka oksigen segar mudah mengalir dalam darah, sehingga mampu mengatur keseimbangan berat badan.
Walau bagaimanapun, jus kunyit asam ini tidak sesuai diambil setiap hari. Maka di syorkan minum jus ini 2 minggu sekali.
Selamat mencuba.


Minyak zaitun bantu cegah penyakit kronik




Pemakanan sihat adalah kunci kesihatan yang baik. Pemahaman mengenai makanan sihat sangat penting untuk menjaga kesihatan. Pengetahuan mengenai lemak atau minyak sihat sangat penting untuk kesihatan kerana bukan semua lemak atau minyak tidak sihat.
Sejak 50 tahun lalu, kajian sains menunjukkan antara minyak yang sihat untuk kesihatan adalah minyak zaitun. Minyak zaitun berasal daripada buah zaitun (olea europaea) yang banyak digunakan dalam pemakanan dan juga kegunaan luar untuk disapu pada kulit.
Antara makanan sunah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Sejak 1,400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW menganjurkan penggunaan minyak zaitun kerana khasiatnya yang besar dikeluarkan dari pohon zaitun.
Allah SWT bersumpah dengan buah zaitun dan buah tin dalam surah at-Tin ayat satu menunjukkan buah zaitun adalah hebat dan mempunyai khasiat kesihatan yang sangat tinggi.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 11: “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.”
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra, Rasulullah SAW bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.” (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).
Kajian saintifik membuktikan khasiat minyak zaitun dan ia adalah bahan utama dalam makanan Mediterranean yang terbukti secara saintifik sangat menyihatkan.
Minyak zaitun mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan, di samping lemak tepu dan juga lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk Omega 3 dan 6.
Minyak zaitun juga mengandungi bahan antioksidan iaitu hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin. Ia juga mengandungi vitamin E tokoferol dan juga vitamin K.
Kajian sains menunjukkan penduduk di Mediterranean yang banyak mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka mempunyai kadar sakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding penduduk di Amerika Utara dan utara Eropah.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Pharmacological Research 2007 berdasarkan kajian mendalam yang dijalankan oleh Prof Maria Covas di Sepanyol menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun secara kerap akan mempunyai risiko lebih rendah mendapat penyakit kardiovaskular iaitu penyakit jantung, darah tinggi, strok dan kolesterol tinggi.
Kajian ini juga menunjukkan pengambilan minyak zaitun secara kerap akan mengurangkan masalah keradangan dan disfungsi endothelium saluran darah koronari serta penyumbatan saluran darah (thrombosis).
Kajian lain yang dijalankan di National Institute of Health and Medical Research (INSERM) di Bordeaux, Perancis menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari mampu mencegah angin ahmar atau strok.
Kajian ini dilaporkan dalam jurnal perubatan Neurology pada 2011 yang menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun setiap hari mempunyai 41 peratus risiko lebih rendah mendapat strok berbanding seseorang yang tidak mengambil minyak zaitun.
Satu lagi kajian menarik menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari juga boleh mencegah kanser payudara. Sepasukan ahli sains dari Universitat Autonoma de Barcelona di Sepanyol melaporkannya pada 2010.
Pengkaji ini mendapati minyak zaitun mengurangkan aktiviti onkogen p21Ras, mencegah kerosakan DNA sel dan menggalakkan kematian sel kanser payudara secara spontan.
Kajian ini menunjukkan minyak jagung yang kaya dengan Omega 6 mempunyai kesan yang bertentangan dengan minyak zaitun. Oleh itu pengambilan minyak zaitun boleh kita amalkan sebagai suplemen harian untuk mencegah penyakit berbahaya.
Kajian oleh ahli sains Jepun yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Medical Science Monitor pada 2004 menunjukkan pengambilan minyak zaitun oleh 28 pesakit yang mempunyai masalah kolesterol tinggi selama enam minggu membantu menurunkan paras kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL.
Saintis berpendapat kesan ini kandungan asid oleic (MUFA), phenol dan vitamin E dalam minyak zaitun. Kajian diterbitkan dalam British Medical Journal pada 2012 menunjukkan menggoreng menggunakan minyak zaitun dan minyak bunga matahari tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.
Kajian ini membabitkan 40,000 peserta yang dijalankan oleh University Madrid di Sepanyol. Walaupun menggoreng menggunakan minyak zaitun akan mengurangkan khasiatnya, ia tetap memberi manfaat dengan tidak meningkatkan risiko penyakit jantung.
Kajian khusus mengenai penyakit Alzheimer juga mendapati minyak zaitun boleh mencegah penyakit ini kerana kandungan bahan ‘oleocanthal’ didalamnya.
Bahan oleocanthal ini membantu mengeluarkan protein beta-amyloid yang tidak normal daripada otak seseorang. Kajian ini menunjukkan penyakit Alzheimer mempunyai kadar rendah dalam kalangan penduduk di kawasan Mediterranean berbanding wilayah lain di seluruh dunia. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan Chemical Neuroscience pada 2013.
Pelbagai lagi kajian saintifik yang dijalankan di seluruh dunia menunjukkan penggunaan mi­nyak zaitun mengurangkan masalah kemurungan, menguatkan memori, bengkak pankreas akut (acute pancreatitis), penyakit hati akibat stres oksidatif dan penyakit bengkak usus (ulcerative colitis).
Kita boleh mengamalkan minyak zaitun dalam pemakanan seharian sebagai makanan kesihatan atau diambil sebagai suplemen harian untuk membantu mencegah pelbagai penyakit kronik. Niatkan pengambilan minyak zaitun ini sebagai mengikut sunah Rasulullah SAW mudah-mudahan kita mendapat keberkatan, insya-Allah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69166#sthash.N1MbnV7o.dpuf

Khasiat daun turi atau daun geti

DAUN TURI sejenis sayur tradisional yang sering dilupakan. Apa khasiatnya?
Isteri saya dulu bila mengalami kurang air susu untuk bayi kita beliau masak sayur turi dengan keledek merah secara lemak santan atau air bening. Memang berkesan meningkatkan air susu.
Campuran daun turi dengan keledek merah ada menghasilkan hormon dan bahan2 penggalak susu
Saya ingin cadangkan ibu2 yg menyusukan makan sayur tersebut 2 -3 kali seminggu.
Juga mereka yang ada cyst fibroid endometriosis dan adenomyosis sila amalkan makan sayuran tersebut.







Sumber dari Fb dr hamid arshat

Wednesday, August 26, 2015

Tips sebelum membeli hartanah dari FB puan ainon

LELONG, SUBSALE ATAU UNDERCON?
Ini 3 cara biasa yang digunakan oleh pelabur untuk memiliki hartanah.
Manakah cara yang terbaik?
Ketiga-tiga cara ini bagus jika memenuhi syarat pembelian.
+ Beli pada harga diskaun atau kurang dari harga pasaran
+ Jika untuk disewakan, letak target pulangan sekurang-kurangnya 8%
+ Jika untuk di jual, pastikan semasa membeli sudah membuat untung. Dalam kata lain, hari ini beli jika mahu jual esok pun sudah dapat untung
Apabila kriteria ini dapat dipenuhi, boleh pilih mana saja cara yang dirasakan sesuai dengan citarasa kita

Tuesday, August 25, 2015

Tips bisnes online

Ramai peniaga lain MAIN HARGA? Apa kita nak buat sehingga pelanggan sanggup BAYAR LEBIH untuk beli dari kita?
SHARE-kan post ini agar anda boleh rujuk kembali nanti smile emoticon
.
Jika peniaga online lain jatuhkan harga, anda jangan panik!
Ikut tips dari kami di Hajah Ramlah HQ ni:
1. Jangan ikut mereka, jangan turunkan harga menggila. Relaks.
.
.
2. Pembeli bukan bodoh, tak semua hanya pandang harga semata-mata. Ada perkara lain yang mendorong prospek beli dengan kita.
.
.
3. Jangan letak harga di post iklan. Contoh, kita beriklan di profile kita, jangan terus letak harga di situ. Minta mereka Whatsapp kita untuk dapatkan harga terbaik. Kenapa?
Kalau letak harga terus, jika prospek nampak harga orang lain lagi murah, mereka terus takkan contact kita. Jadi tak sempat kita nak tonjolkan kelebihan kita yang lain, mereka dah lari.
Minta mereka Whatsapp kita. Dalam Whatsapp, ada beberapa perkara yang boleh buatkan mereka sanggup beli dengan kita walaupun harga kita mahal lagi.
.
.
4. REPLY Whatsapp sepantas kilat! Jika anda nak jual harga standard, taknak main harga, anda WAJIB reply pantas.
Reply pantas ni sangat main peranan penting. Pembeli biasanya nak respon yang pantas. Mereka sanggup bayar lebih kalau kita boleh layan mereka cepat. Ingat ni.
.
.
5. Layan dengan bahasa sebaik mungkin. Jangan layan nak taknak saja. Ada peniaga yang main harga, kebanyakan dari mereka hanya pandang untung semata-mata. Mereka tak pandang bab layanan first class ni.
Kita perlu ambil peluang ni dengan layan prospek dengan bahasa yang first class. Layan seikhlas hati!
.
.
6. Tanya, tanya dan tanya. Selalu bertanya pada prospek ada apa-apa keraguan, kekeliruan, pertanyaan yang sedang bermain dalam fikiran mereka.
Kita bantu mereka hilangkan semua tu dengan menjawab penuh ikhlas.
.
.
7. Bagi khidmat nasihat yang lebih yang peniaga lain tak boleh bagi! Jika kita jual produk kecantikan kulit, jangan hanya cerita kelebihan produk saja.
SHARE dengan prospek tips-tips tambahan untuk membantu mereka. Ini adalah nilai tambahan pada mereka.
Nilai yang lebih ni buat mereka rasa lagi senang nak bayar lebih pada kita walaupun ada peniaga lain yang main harga.
.
.
8. FOLLOW UP! Jangan lepas mereka beli, kita terus senyap. Selang beberapa hari, whatsapp mereka kembali, tanya barang dah sampai ke.
Macam mana tindakbalas bila dah guna. Tanya mereka, tunjukkan kita ambil berat dengan para pelanggan.
Nanti jika anda jual produk lain pula, pelanggan sedia ada anda ini dengan RELA HATI akan sanggup bayar lebih pada anda!
.
.
Tapi ingat, anda perlu tonjolkan semua ini ketika prospek Whatsapp kita. Bagitahu terus terang, contoh seperti ini:
"Sis, saya jual harga standard yg ditetapkan oleh HQ ya. Memang ada ramai orang lain yang jual harga lagi murah, cuma apa yg boleh saya kata, saya jujur berniaga.
Saya akan cuba berikan lebih dari yg sis bayar. Respon saya pantas, supaya sis tak perlu tunggu2 saya reply. Saya akan share lebih tips hasil dari pengalaman saya sendiri supaya dapat bantu sis lebih lagi dari sekadar produk.
Dan saya jamin produk sis dapat ni memang original dari HQ."
.
.
Jika harga anda mahal dari mereka yang main harga, dengan semua layanan di atas, insyaAllah kami yakin, mereka dengan gembiranya sanggup bayar lebih untuk anda!
Itu bezanya peniaga yang bijak dengan peniaga yang hanya tahu turunkan harga untuk dapatkan jualan.
.
SHARE-kan supaya anda boleh rujuk kembali nanti sambil bantu rakan peniaga anda yang lain! smile emoticon

Tips masakan dari pengalaman mamak haji.

Sedikit Tip-Tip dan Teknik Masakan dari pengalaman mamak haji:
1. Mengekalkan warna asli Terung:
Kerap kali kita punyai masalah terung jadi lebam dalam masakan. Untuk mengelak lebam ini, terung yang telah dipotong perlu segera direndam dalam bekas air sehingga ia digunakan dalam masakan. Ini termasuk untuk keladi atau Pisang lauk.
2. Mengelak Sayur bendi berlendir dalam masakan.
Bendi perlu basuh sebelum dipotong. Jangan basuh selepas dipotong. Timun yang digugunakan dalam kerabu timun pun sama juga kaedahnya. Basuh dulu baru dipotong untuk mengelak kerabu timun anda terlampau berair. Dan pastikan lepas basuh timun simpan dipeti sejuk. Ia kan kurangkan timun berair bila dihidangkan.
3. kuah kari anda terlalu masin:
Basuh sebiji kentang. Potong dua bahagian, cara melintang. Masukkan dalam kari anda. Kentang yang belum masak itu akan serap kemasinan kari anda.
4. Cara Mengupas halia:
Gunakan sudu meja (table spoon) untuk mengupas kulit Halia. Cara ini amat cepat dari menggunakan pisau dan jimat.
5. Memutihkan lagi Nasi Putih anda:
Titiskan dua atau tiga titis air limau yang segar. Ia akan memutihkan lagi nasi anda, dan untuk nasi nak peroi dan tak melekik..tambah satu sudu kecil minyak semasa masak nasi.
6. Kekalkan keranggupan karot dalam gorengan:
Basuh dan kupas kulit karot. Potong kehendak anda. Rendamkan potongan karot bekas air sejuk (air batu) untuk mengeluarkan warna karot supaya masakan anda tidak berubah warna asal. Tekstur karot anda jadi keras diluar dan kekal rangup walau pun cukup masak.
7. Megekalkan kerangupan dan mengekalkan kehijaun semula jadi sayur sawi atau sayur dedaun, kacang buncis , kacang panjang dan lain-lain.
Masak air di dalam kuali atau periok dan masukkan sedkit garam dan sedikit minyak masak (untuk salutan anti-oksidasi) dan bila air mula mendidih masukan 1/2 kecil baking powder (kita tambahkan co2 untuk sayur untuk hasilkan klorofil - tambah hijau). Selepas itu masukkan sayur anda ke dalam air panas 10-15 saat. Keluarkan serta-merta sayur anda dengan penapis dan masukkan terus ke dalam air ais yang tersedia. Biarkan sayur dalam air campur ketul ais 5-10 minit. Tapis kembali air dan agak kering. Anda boleh goreng sayur dengan api keras cuma 2-3 minit saja. Hasilnya Sayur anda kelihatan hijau dan garing dan amat lazat. Proses ini digelar "vegetable bleaching".

Sembang Niaga (12) :Risiko apabila ALP cuma 2 orang.

Risiko apabila ALP cuma 2 orang.
Sangat banyak risikonya apabila ALP cuma 2 orang. Sangat banyak! Kalau kita hendak meletakkan jawatan sebagai ALP pun boleh menjadi hampir mustahil!
Ambil contoh kes begini:
Hj. Bakhil dengan seorang warga Arab membuka sdn bhd. Syarikat itu berhutang RM2j dari bank. Kemudian, bisnes lingkup. Hutang bank tidak dapat dibayar. Arab itu sudah lari balik negerinya.
Hj. Bakhil mahu letak jawatan sebagai ALP syarikat itu. Tapi tidak boleh kerana faktor-faktor di bawah ini:
1. Dalam Akta Syarikat, semua ALP kena setuju Hj. Bakhil meletakkan jawatan. Semua ALP kena tandatangani resolusi ALP. Tok Arab itu sudah balik negeri. Macam mana nak dapatkan tandatangan Tok Arab itu?
2. Kerana ALP hanya 2 orang, sebelum Hj. Bakhil boleh meletakkan jawatan, dia kena cari ALP baru untuk menggantikan dirinya. Ia kena dibuat sebab Akta Syarikat mewajibkan jumlah minimum ALP adalah 2 orang. Siapa pulak yang mahu menjadi ALP sdn bhd yang menanggung hutang bank RM2j?
3. Hendak dibubarkan sdn bhd itu pun tidak boleh. Syarikat yang masih ada berhutang tidak boleh dibubarkan. Akta Syarikat tidak membolehkan pembubaran itu.
4. Tanpa adanya Tok Arab itu, syarikat tidak dapat mengadakan mesyuarat agung tahunan. Akibatnya, syarikat tidak dapat menghantar laporan-laporan tahunan ke SSM dan laporan kewangan beraudit ke LHDN. Ini melanggar Akta Syarikat dan Akta LHDN. Pelbagai penalti menunggu Hj. Bakhil.
5. Semua hutang RM2j itu menjadi tanggungan Hj. Bakhil seorang diri. Bank takkan cari Tok Arab itu.
5. Banyak lagi masalah lain.... Panjang ceritanya!
.
Jangan buka syarikat hanya dengan 2 orang ALP. Minimum mesti 3 orang ALP. Kalau 1 orang cabut lari, 2 orang ALP masih majoriti.
Nota: Tuan yang memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan, mohon hubungi Puan Armiati Mohd Ismail. Beliau adalah company secretary yang berpengalaman.
.

Sembang Niaga (11):Orang meniaga wajib tahu benda ni oleh iza razali



Orang meniaga wajib tahu benda ni
Ada beberapa jenis pembayaran dibuat semasa berurus niaga
**Cash
+Bayaran tunai apabila peruncit menerima barang dari kita
**Bill to Bill
+Kita menjual kepada peruncit dengan satu tempoh bayaran yang akan dibuat apabila invois baru diserahkan,invois lama akan dibayar
**Consigment
+Peruncit hanya membantu kita menjual produk kita di pasaran,
+Peruncit hanya membayar mengikut bilangan produk yang dah terjual sahaja.
**Outright
+Kita menjual terus produk kepada retailer dengan satu tempoh bayaran tertentu yang dipersetujui
+Contoh outright 45 hari bermaksud bayaran akan dibuat 45 hari dari tarikh invois
+Bayaran dibuat tanpa mengira sama ada barang habis dijual atau tidak

Cara potong ikan bawal oleh mamak haji




Cara potong ikan bawal untuk masak kari ikan ala mamak haji








Manfaat Kulit Telur Ayam

Manfaat Kulit Telur Ayam
Telur merupakan makanan yang pasti sangat dekat dengan kita semua. Jika kamu gemar mengonsumsi telur, pasti kita semua cenderung untuk membuang cangkang atau kulitnya.
Sepertinya kulit telur tersebut tidak berguna dan tidak mempunyai fungsi apa-apa sehingga dianggap sebagai sampah.
Nah, mulai sekarang tunggu dulu nih, ternyata kulit telur mempunyai banyak sekali manfaat yang luar biasa dalam kehidupan kita.
Kulit Telur Untuk Membasmi Hama Tikus, Kecoa dan Semut.
Bagaimana Caranya ?
Keringkan dan Giling Kulit Telur
Pertama biarkan kulit telur kering. Setelah itu, baru Anda giling untuk menghancurkannya menjadi bubuk atau serbuk.
Lalu, taburkan bubuk kulit telur itu langsung pada hama yang Anda temui di taman rumah.
Jenis Hama Yang Bisa Diusir
Bubuk kulit telur dapat mengusir dan membunuh beberapa jenis hama, seperti siput, keong, mollusca, kutu, kumbang, Tikus , Kecoa dan Semut.
Jika terkena bubuk kulit telur, hama tersebut akan langsung menggeliat. Mereka akan bergerak untuk beberapa waktu, berputar dan berbalik dan akhirnya mereka akan mati.
Taburkan Juga pada Daun
Taburkan bubuk kulit telur daun tanaman favorit Anda yang telah rusak diserang hama.
Ini juga merupakan salah satu cara menggunakan kulit telur untuk pengendalian hama. Karena hama akan menjauh dari daun tersebut dan membunuh hama lainnya yang menempel di atas daun.
Selain itu, taburkan juga bubuk kulit telur di sekitar permukaan tanah tanaman Anda. Jika terjadi hujan, maka taburi lagi bubuk tersebut untuk mengusir hama menjauh dari tanaman Anda.
Mengendalikan Hama Tanaman
Cangkang telur mengandung kalsium yang bisa menjadi musuh utama tanaman seperti siput, hama putih dan beberapa jenis hama lain. Anda bisa menggunakan cangkang telur sebagai media untuk menumbuhkan tanaman, caranya :
• Lubangi beberapa bagian cangkang telur kemudian masukkan dalam tanah
• Setelah itu is cangkang telur dengan tanah dan masukkan benih bunga, buah atau sayuran
• Tanaman akan tumbuh subur tanpa diganggu oleh hama tanaman.
• Hal ini karena hama biasanya tidak menyukai efek dan bau cangkang telur.
Hal ini terjadi karena kulit telur mempunyai lapisan kutikula merupakan lapisan terluar yang memiliki ketembalan 10 µm dan saluran pori. Serta berfungsi melindungi telur dari kelembaban dan mikroorganisme.
Dan membantu pertukaran gas yang masuk kedalam telur.
Komposisi Senyawa Kimia dalam Cangkang Telur Ayam
Cangkang telur merupakan lapisan berkapur yang menyusun 9-12% dari berat telur total. Cangkang telur tersusun kira-kira 94% kalsium karbonat, 1% magnesium karbonat, 1% kalsium fosfat, dan 4% bahan organik terutama protein.
Mengatasi masalah saluran air yang tersumbat
Terkadang kita sering mengalami masalah saluran air, yaitu tersumbat sehingga mengganggu aktivitas kita. Dan seperti yang kita ketahui penanganannya juga dengan cara menusuk-menusuksaluran agar kotoran-kotoran yang menyumbat dapat mengalir dengan lancar.
Nah, disisi lain ada cara unik untuk melancarkan saluran air yang tersumbat yaitu dengan menggunakan kulit telur pastinya. Haluskan kulit telur sampai menjadi bubuk, lalu tuangkan dalam saluran yang tersumbat, kemudian biarkan selama semalaman, keesokan harinya, pastinya saluran air yang tersumbat sudah lancar kembali. Kamu juga bisa menambahkan sedikit cuka untuk hasil yang maksimal.
Pupuk
Tenyata kulit telur kaya akan kalsium. Jadi, kulit telur tersebut dapat hancur dengan sendirinya dan menyebar di tanah sehingga menjadi pupuk yang mengandung kalsium tinggi yang dibutuhkan oleh tanaman. Caranya yaitu hancurkan cangkang sampai menjadi beberapa potongan kecil, lalu taburkan di area yang akan di tanami.
Cangkang Telur Sebagai Pupuk Alami
Cangkang telur mengandung berbagai macam jenis mineral. Anda bisa menggunakan cangkang telur untuk menyuburkan tanah, caranya adalah :
• Hancurkan cangkang telur hingga menjadi lebih lembut
• Masukkan cangkang telur ke dalam pot-pot kemudian tutupi dengan tanah
• Tanaman seperti buah, sayuran atau bunga bisa menjadi sangat subur.
Pestisida organik
Dalam memasak, tentunya kita ingin menghasilkan makanan yang higienis dan aman untuk kesehatan. Dan tak banyak pula orang yang berulang-ulang kali mencuci sayuran dan buah-buahan dengan menggunakan air.
Nah, ternyata kulit telur punya khasiat nih untuk membersihkan sayur dan buahan-buahan, selain itu sayur dan buah-buahan tersebut tidak akan rusak, karena kulit telur mampu mengusir hama, seperti siput, lalat atau ulat.
Like & Share jika bermanfaat smile emoticon

KUASA MADU, LAHIRKAN ANAK GENIUS?

KUASA MADU, LAHIRKAN ANAK GENIUS?
Masih keliru dengan pengambilan madu sewaktu ibu-ibu hamil? Ada yg kata boleh ambil, dan ada yg berpendapat madu boleh beri kesan negatif kepada pembentukan bayi. Jadi mana satu yg betul?
Ok kita rujuk lebih jelas melalui artikel ni. Sebenarnya, pembentukan otak bayi bermula dari dalam kandungan ibunya lagi. Bakal ibu yang nak bayi genius haruslah mengamalkan pemakanan yang terbaik untuk otak sejak awal kehamilannya.
Madu ni memang sangat bagus untuk ibu dan anak dalam kandungan. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman pada janin.
Zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin. Kaya dengan vitamin C yang membantu menghasilkan kulit yang bersih dan sihat. Di samping membantu pertumbuhan fizikal dan mental janin.
PANDUAN TERBAIK BERI MADU ANAK BAWAH USIA 6 TAHUN
Ini cara tepat yang anda boleh amalkan untuk anak-anak kecil:
- Kaedah terbaik adalah mengambil 1 sudu teh madu yang dilarutkan terlebih dahulu di dalam secawan air.
- 1 kali diambil pada waktu pagi. (sebelum sarapan)
- 1 kali diambil pada waktu malam. (sebelum tidur)
Kalau susah nak tidur pun, anda boleh amal ambil madu setiap kali sebelum tidur. Confirm, tidur lena sampai ke esok!
‪#‎majalahkeluarga‬
‪#‎magisdetikbahagia‬
Sumber :majalah keluarga

Sunday, August 23, 2015

Resipi Kek Kukus Istana oleh Norsiah Hj Mahmud

Pada yang sudi silakanlah share @ tag yer.
Kek Kukus Istana.
1 cawan gula pasir dihanguskan hingga kuning kemudian tuangkan 
1 cawan air. Sejukan.
1 1/2 buku butter ( 340 gram )
2 cawan gula caster
8 biji telor gred A
580 gram tepung gandum diayak dengan
1 sudu kecil Bicarbonate of soda dan
1 1/2 sudu kecil Cream of tartar
1 sudu kecil vanilla
500 gram blackcurrent ( digaul dengan tepung gandum yang telah diayak tadi )
Cara2 :
Pukul butter dengan gula hingga kembang dan putih
Masukan telor sebiji2 hingga habis
Masukan vanilla dan tepung gandum berselang seli dengan air gula hangus tadi
Kaut dan balikan hingga rata
Sapu loyang 8 X 8 @ 9 X 9 ( jika sukakan kek yang nipis sikit )
Tuang adunan dan tutup dengan aluminum foil @ tuala supaya tak masuk air wap
Kukus hingga masak selama 3 - 4 jam ( akak kukus 3 jam aje )
( kek ni kalau disimpan 2 hari baru makan lagi sedap )
" Selamat mencuba "

Timun buat wanita lebih cantik

Tahukah anda timun sebenarnya mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan wanita? Boleh guna dari hujung rambut ke hujung kaki, tapi kena tahu caranya. Ok, jom kita tinjau apakah khasiat timun:
 
 

1. Diet Harian

  • Timun bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungan kalorinya rendah tetapi tinggi kandungan air.
  • Amalan memakan timun membantu mengatasi sembelit.
  • Kajian mendapati sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun timun membantu mengurangkan paras kolestrol.
 

2. Rambut

  • Timun membantu menggalakkkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia mengandungi silikon dan sulfur.
 

3. Gusi dan Gigi

  • Jus timun juga bermanfaat bagi anda yanag mengalami masalah gigi dan gusi keran timun merupakan sumber serat yang baik.
 

3. Mata

  • Jika anda mengalami mata letih dan bengkak, tekapkan saja timun yang yang dipotong membulat pada mata. Timun mempunyai sifat anti-inflamasi dan membantu mengurangkan bengkak tersebut.
 

4. Sistem Penghadaman

  • Jus timun segar membantu mengurangkan masalah ulser keasidan, pedih ulu hati dan gastrik.
  • Kandungan air yang tinggi dan serat makanan dalam timun membantu mengurangkan toksin dari sistem penghadaman. 
 

5. Kulit

  • Kandungan air yang tinggi, vitamin A, B, C dan mineral tertentu seperti magnesium, kalium, serta silika menjadikan timun bagus untuk kulit.
  • Masker yang dihasilkan daripada timun boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketegangan kulit.
  • Kulit timun membanti memberi kelegaan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari.
  • Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata.

Sumber: Mingguan wanita