Himpunan artikel bermanfaat untuk dijadikan panduan dan tatapan semua.Artikel dari pelbagai sumber seperti FB dan lain2.Kepada sesiapa yang berminat untuk kongsi silakan.Sebenarnya untuk rujukan sendiri.Manusia itu mudah lupa.Yang baik untuk diamalkan yang buruk untuk dielakkan.Sesungguhnya hanya ALLAH maha mengetahui diatas segala sesuatu. If there is any comment feel free to email me at azyaz@yahoo.com Thank You.
Saturday, November 15, 2014
khasiat petola
Khasiat Petola
1. Pembersih darah
Memakan petola dengan kerap adalah cara yang berkesan untuk
membersihkan darah anda dari bahan tercemar. Di samping itu ia
bertindak untuk meningkatkan kesihatan organ hati.
Memakan petola dengan kerap adalah cara yang berkesan untuk
membersihkan darah anda dari bahan tercemar. Di samping itu ia
bertindak untuk meningkatkan kesihatan organ hati.
2. Menyembuhkan jaundis (sakit kuning) kerana keupayaannya dalam membersihkan organ hati.
3. Bermanfaat untuk penyakit kencing manis.
Kualiti tertentu terdapat pada petola membolehkan ia membantu
pesakit kencing manis. Ini kerana kewujudan insulin seperti peptida
dalam sayuran ini yang dapat mengurangkan paras gula dalam
darah. Selain itu juga ia mengawal paras tahap insulin darah ke
kuantiti yang diperlukan.

4. Membantu penurunan berat badan
Ia adalah sangat rendah dalam kandungan lemak tepu; kedua, ia
mempunyai penggunaan yang lebih rendah kolesterol ke arah
badan; ketiga, ia menawarkan jumlah yang sangat ideal lemak dan
kalori; keempatnya ia mengandungi banyak air di dalamnya. Nilai
pemakanan yang terdapat pada petola seperti serat pemakanan,
vitamin dan mineral adalah sumber penting untuk mengurangkan berat badan.

5. Mengawal keasidan serta ulser pada perut.
Friday, November 14, 2014
RESIPI: TERUNG GORENG BEREMPAH oleh mamak haji
RESIPI: TERUNG GORENG BEREMPAH:
Bahan-bahan Di Perlukan:
- 2 terung panjang atau terung bulat pilih yg muda sikit.
- 1/2 cawan tepung beras.
- 4 sudu besar tepung gandum.
- 2 sudu besar tepung jagung.
- 1 sudu kecil baking powder.
- sedikit serbuk lada hitam kasar.
- 1 sudu kecil serbuk cili.
- secubit garam masala kalau ada.
- Garam dan serbuk perasa secukup rasa.
- Minyak utk goreng.
- 1/2 cawan tepung beras.
- 4 sudu besar tepung gandum.
- 2 sudu besar tepung jagung.
- 1 sudu kecil baking powder.
- sedikit serbuk lada hitam kasar.
- 1 sudu kecil serbuk cili.
- secubit garam masala kalau ada.
- Garam dan serbuk perasa secukup rasa.
- Minyak utk goreng.
Cara-Cara Menyediakan:
1. Basuh terung dan hiris lebih kurang 5mm ketebalan (jgn terlalu tebal atau terlalu nipis). Bila dah hiris terung, hirisan perlu direndam dalam air supaya terung tak jadi lebam. Untuk masakan lain pun sama sama juga.

2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api dapur yang sederhana.
3. Adunkan semua bahan tepung gorengan. Ambil sekeping terung yg telah dihiris..tekapkan dalam tepung di dua permukaan hirisan tepung. hirisan itu terus masukkan dalam minyak panas dan goreng hingga tepungnya menjadi garing.
4. Sekiranya anda ingin lebih garing gorengan hirisan terung, bila buat goreng pertama 2-3 minit, keluarkan dan sejukan. Goreng kembali selama 1-2 minit (double frying). Hindarkan minyak berlebihan dgn letakan hirisan terung yg telah goreng di atas "kitchen towel (tisu). Selamat mencuba.
Nota: Kalau kurang rajin nak buat tepung goreng yg mamak haji berikan.. beli saja tepung goreng ayam ready made dengan tambah serbuk cili.

RESIPI: AYAM MASAK TERUNG NEPAL. oleh mamak haji
RESIPI: AYAM MASAK TERUNG NEPAL.
Bahan-bahan diperlukan:
- 6 ketul ayam dibasuh dan dibersihkan (1/2 ekor ayam).
- 1 cawan bawang dihiris.
- 1 cawan air stok ayam atau stok ayam knorr.
- 1 cawan tomato di kiubkan.
- 1 sudu kecil bawang putih dicincang. Kalau ada pes halia bawang putih -1 sdb.
- 1 sudu kecil halia dicincang.
- 1 sudu kecil halba.
- 2-3 tangkai cili kering dipotong dua.
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
- 1 sudu besar serbuk cili. Boleh kurangkan kepedasan 1/2 besar.
- 1/2 sudu kecil garam.
- 2 sudu besar minyak sapi atau minyak masak saja untuk menumis.
- minyak untuk goreng hirisan terung.

Cara Menyediakan:
1. Potong hiris terung dan adunkan dengan garam, serbuk lada dan tepung dan goreng. Asingkan.
2. Panaskan kuali dgn minyak utk tumis (2 sudu besar), bila minyak panas masukkan biji halba dan masukkan cili kering tumis sehingga menjadi kehitaman sedikit.
3. Masukkan pes halia bawang putih, bila naik aroma, masukkan hirisan bawang dan tumis sehingga warna bawang menjadi kuning keemasan.
4. Kecilkan api dapur masukkan serbuk kunyit, serbuk jintan putih dan serbuk cili. Bila naik aromanya (jgn hangus) masukkan ketulan ayam dan adun bersama semua rempah. Tinggikan api dapur. Biarkan isi ayam tergoreng sedikit untuk menjadi keras sedikit.
5. masukkan tomato dan air stok ayam dan kecilkan api dapur untuk renehan. Tutup kuali dan biarkan ketulan ayam masak sempurna.
6. Bila ketulan ayam masak dan kuah mula pekat. Masukkan gorengan hirisan terung. kalau cuma 1 atau 2 kali dan keluarkan dan dihidangkan dengan daun ketumbar diatas hidangan. Selamat mencuba.

Macadamia Truffles oleh noor abdul rahim
Macadamia Truffles
OLEH:Noor Abdul Rahim
OLEH:Noor Abdul Rahim
bahan-bahan :
* 22 keping biskut Oreo - dikisar halus tanpa buang krim
* 1/2 cawan gula icing
* 1/2 cawan kelapa kering
125g cream cheese - suhu bilik
1/2 sudu kecil esen vanila
kacang macadamia secukupnya - dipanggang / disangar

200g semi sweet chocolate - dicincang (kalau guna chocolate chips, tak perlu cincang)
cara-cara :
1. Pukul cream cheese & esen vanila hingga berkrim.
2. Masuk kan kesemua bahan bertanda * & gaul hingga sebati.
2. Bulat-bulatkan adunan menjadi sebesar guli. Leperkan sedikit & bubuh kacang macadamia ditengah, kemudian bulatkan & tutup rapi.
3. Letak kan diatas dulang. Masuk kan kedalam peti sejuk selama 1/2 jam.
4. Cairkan chocolate - cara double boiling.
5. Celupkan bebola yg telah sejuk & letak kan keatas dulang atau mangkuk kertas.
6. Masuk kan kedalam peti sejuk supaya chocolate mengeras sebelum dimasuk kan kedalam bekas & disimpan di dalam peti sejuk.

** Adunan menghasilkan 30 biji truffles
Bukan sebarang pokok..ada khasiatnya!
FAKTA MENARIK: Tumbuhan ini sering dianggap sebagai rumpai yang menumpang di celah-celah tanaman anda, bukan? Mungkin sebab itu nama yang diberi ialah Ketumpangan Air. Juga dikenali sebagai Sirih Cina atau nama saintifiknya Peperomia Pellucida, bukan sebarang rumpai!
Ia boleh dijadikan sayur, salad dan teh! Terdapat beberapa manfaat seperti meredakan batuk, merawat jangkitan pundi, gout, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
Wednesday, November 12, 2014
Petua Untuk “Memagar” Diri Sendiri
Petua Untuk “Memagar” Diri Sendiri
Diperturunkan ilmu memagar diri dari ancaman sihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya.
Waktunya: Selepas solat maghrib, seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.
Waktunya: Selepas solat maghrib, seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.
Caranya:
1. Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.
2. Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.
3. Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan anda ada satu tembuk yang amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi, hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.
4. Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali ke 2 bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga anda berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.
5. Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi yang lebuh afdal jika diamalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan anda semua. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah sahaja pada Allah s.w.t.
Tuesday, November 11, 2014
petua merawat buasir dan dubur terkeluar
Petua kali ini petua merawat buasir dan dubur terkeluar. Petua ini bukan hanya cakap-cakap orang tua.Tetapi ada kebenaran disebalik khasiat majakani yang digunakan untuk merawat penyakit seperti buasir dan dubur terkeluar.
Dubur terkeluar biasanya berlaku apabila seseorang itu mengalami penyakit buasir tahap hampir kronik , dan pernah juga dialami oleh wanita yang melahirkan anak.Kisah bernar ini pernah berlaku pada seorang anak jiran aku namanya bedah (bukan nama sebenar) yang baru-baru ini telah melahirkan anak keduanya.Tak pasti dimana silapnya dia meneran sehingga dubur terkeluar (terasa seperti buang air besar). Doktor pulak pesan "takpe nanti datang kehospital balik selepas jahitan kering" nak buat ape pun tak boleh sebab dia baru melahirkan anak , luka pun tak kering lagi. Bayangkan bedah terpaksa menanggung kesakitan dan rasa kurang selesa beberapa hari atau mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan.
Ibu aku dengan segeranya mngarahkan seorang dari ahli keluarganya membeli majakani , lebih kurang macamni ayat beliau..
"suruh sape-sape beli majakani sekarang jugak , beli sekilo..(mood memaksa) basuh , keringkan . Dah kering blend (kisar kering) buat macam bedak sejuk dan tepek kat dubur.. "
"Ade lagi..!!..sebahagian lagi (majakani yang tak di blend) masukkan majakani kedalam nasi yg hampir tanak (kira macam kukus majakani) dan makan , sehari satu biji..!!"
Memangla pahit mak tuan, tak taula nak cakap macammana pahitnya sebab aku sendiri pun tak berani nak makan. Tapi yang pahit itu kan ubat.Sebab nak sembuh bedah melalui jua cabaran memakan majakani.
Akhirnya setelah beberapa hari menepek dan memakan majakani Alhamdulillah bedah semakin sihat , dubur yang terkeluar mengecut tak perlu dah buat rawatan kehospital.
Kalau ada sesiapa dikalangan anda mengalami musibah seperti diatas bolehla cuba jangan berlengah lagi. Lagipun bahan semula jadi lebih selamat dari ubat - ubatan yang mengandungi bahan kimia. Cara merawat buasir juga sama seperti merawat dubur terkeluar.Apepun kita hanya berikhtiar dan hanya Allah yang mampu menyembuhkan,untuk itu selingilah dengan doa agar usaha dan ikhtiar kita mendapat keberkatannya.

RESIPI: KERABU TOMATO BURMA oleh mamak haji
Bahan-Bahan Di Perlukan:
- 4 biji tomato kalau dpt yang muda hijau lagi terbaik.
- 1 sudu besar minyak bawang putih (nanti diterangkan bagaimana menyediakan).
- 1 biji bawang labu kecil dihiris halus dan direndam dan dibilas dgn air ais.
- 2 sudu besar kacang tanah goreng, kalau nak beli - beli yg tanpa garam.
- 1 atau 2 sudu besar cuka serai atau 1 btg serai dihiris halus bhg putih dan di rendam bersama 2 sudu besar cuka.
- 1 sudu kecil minyak bijan - sesame oil.
- 1/2 sudu kecil biji bijan hitam - boleh juga guna biji bijan biasa.
- Berapa titis sos ikan keasinan kerabu anda.

Masukkan semua bahan-bahan ini ke dalam sebuah bekas (salad dressing). Gaulkan rata dan masukkan hirisan tomato. Adun rata. Lepas tuangkan ke atas pinggan hidangan. Hias dengan daun ketumbar, 1 tangkai cili hijau dan cili merah dibuang biji dihiris memanjang. Selamat mencuba.

Cara Menyediakan: Minyak Bawang Putih / Garlic Oil:
Bahan-Bahan Diperlukan:
- 3 ulas bawang putih telah dibuang kulit.
- 1/2 cawan minyak masak (kalau minyak olive oil terbaik).
Cara-Cara:
1. Panaskan kuali api sederhana. Masukkan minyak dan panaskan dengan lembut.
2. Masukkan 3 ulas bawang putih.Biarkan bawang putih itu dalam minyak selama 10-15 minit.
3. Keluarkan bawang putih, bila sejuk sedikit hiris bawang putih dan masukan dalam botol disediakan. Tuang minyak hasil gorengan dlm botol.
4. Minyak ini boleh simpan selama 2-3 minggu diluar. Sangat berguna untuk "salad dressing" , minyak pencicah/dipping sos dgn tambah flakes cili, serbuk lada hitam dan sedikit cuka atau boleh digunakan dalam bubur nasi utk membuka selera. Nilai perubatan bawang putih banyak manfaat pada tubuh badan.

RESEPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH oleh mamak haji
*** kalau nak makan boleh pi cari kat kedai mamak di Penang..Kat negeri lain tak pasti...
RESEPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH.
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam dibersihkan dipotong 12 bahagian.
- 5 Bawang Merah labu dihiris dan digoreng.
- 2 sudu besar serbuk Cili (ikut kepedasan mula dgn 1 sudu besar).
- 1 sudu besar Serbuk Jintan Manis.
- 1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih.
- 2 sudu besar Rempah Kari (daging).
- 1 sudu kecil serbuk kas-kas - tidak kemestian.
- 2 sudu besar Sos Tiram.
- 2 sudu besar Sos Cili.
- 1 sudu besar sos Tomato.
- 2 sudu besar pes bawang putih-halia.
- 1 sudu kecil serbuk garam masala.
- 2 btg kayu manis, 7 kuntum cengkih, 5 biji buah pelaga, 3 bunga lawang.
- 1 helai daun pandan dipotong 4 inci panjang.
- 1 sudu besar gula.
- 2-3 tangkai daun kari.
- Garam secukup rasa.
- Cili merah dan pudina / daun ketumbar (hiasan).

CARA-CARA:
1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan di simpan untuk menumis rempah.
2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran kah rempah. Selepas goreng asingkan.
3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empat serangkai. Masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas (tidak termasuk sos tiram, sos cili dan tomato) dan juga daun kari. Tentukan rempah tidak hangus. Goreng selama 1-2 minit sudah memadai. Bila rempah mula mengeluarkan aromanya, masukan sedikit air/stok ayam (ikut kuah yang anda perlukan). Bila air bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato.
4. Masih api dapur keadaan kecil, masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi ke dalam adunan rempah. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang yang telah goreng dan sebatikan pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Masakan ini dlm keadaan reneh (simmering).
5. Keluarkan dan hidangkan dengan taburkan cili merah yang dihiris dan juga bawang goreng di atas hidangan anda.
status ustaz ebit liew
Bahagia bermula di hati. Kita kahwin bahagia. Tak Kahwin kerana takdir juga bahagia. Memiliki anak atau tidak ada anak tetap bahagia. Kaya atau miskin. Disanjung atau di pandang rendah..tetap bahagia...
Kita berlari, kita berjalan, kita melalui pelbagai perubahan dalam hidup ini..kita fikir apa yang nak kita fikir..akhirnya kita cuma nak bahagia dalam hidup ini...cuma bahagia...benar-benar bahagia..
Kita lihat ramai orang yang memiliki segalanya dan segala yang mereka inginkan. Dan kita nak dapat apa yang mereka dapat. Untungnya, bestnya jadi macam mereka..Tapi mereka yang mempunyai segalanya selalu bertanya apa lagi yang kurang dalam hidup ini? Kenapa belum bahagia..
Mereka habiskan puluhan tahun untuk dapatkan semua itu. Bukan salah untuk memiliki segalanya. Tetapi rugi melalui hidup ini tanpa merasai bahagia setiap hari yakni dengan mengenal tuhan..Mengenal Allah.
Hakikat sebenarnya bahagia dari Allah..
Kita tak adil dalam tafsir bahagia. Tafsirlah apapun..hakikatnya Bahagia milik sesiapa pun yang mengenal Tuhan.Mengenal Allah..walaupun dia tak memiliki dan tidak dapat apa yang dia nak...walaupun dunia ini memandang rendah kepadanya. Kerana dulu, kini, selamanya tiada yang boleh beri bahagia melainkan Allah...-ebit lew
Petua Untuk Menegangkan Kulit Muka
Petua Untuk Menegangkan Kulit Muka
Pilihan 1: Sebiji timun disagat atau dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian dicampurkan dengan tepung ubi kayu serta sedikit air dan digaul sehingga sebati. Bancuhan akan kelihatan seperti masker. Sapukan pada wajah dan biar seketika sehingga kering. Setelah itu wajah dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
Pilihan 2: Campurkan kulit kayu manis dengan seketul kunyit hidup serta sedikit beras pulut. Kemudian bahan-bahan ini ditumbuk sehingga lumat. Selepas itu, sapukan atau gosokkan pada leher serta muka dan dibiarkan seketika sebelum dicuci. Ini akan menghilangkan sel-sel mati dan daki pada leher. Amalkan seminggu 2 kali.
Subscribe to:
Posts (Atom)