Saturday, June 28, 2014

Tip to bring down a high fever

Petua Untuk Menghindari Meja Daripada Dipanjat Semut

Petua Untuk Menghindari Meja Daripada Dipanjat Semut
Untuk menghindari meja atau perabut lain daripada dipanjat semut, ambil tali yang mudah menyerap bahan cecair dan celupkannya ke dalam minyak masak. Kemudian, lilitkan tali pada semua kaki meja atau perabut.

Pucuk Untuk Awet Muda dan Melambatkan Proses Penuaan

Pucuk Untuk Awet Muda dan Melambatkan Proses Penuaan
Anda boleh melambatkan proses penuaan wajah dengan memanfaatkan khasiat pucuk daun gajus.
1. Makan Begitu Sahaja - Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya. Jadikan pucuk gajus sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.
2. Minum Air Rebusan - Ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan. Rebus pucuk gajus sehingga mendidih. Apabila sudah mendidih, biarkan ia suam dan minum air rebusan tersebut. Anda boleh mengamalkan minum air rebusan ni setiap hari jika terdaya. Ia juga baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.

Petua Untuk Menghilangkan Bau Hanyir Peti Sejuk

Petua Untuk Menghilangkan Bau Hanyir Peti Sejuk
Pilihan 1: Letak kapas dalam piring dan tuangkan air mawar. Pastikan air mawar ditukar setiap 3 hari.
Pilihan 2: Simpulkan daun pandan dan simpan di dalam peti sejuk.

Petua Untuk Memantapkan Kulit Muka

Petua Untuk Memantapkan Kulit Muka
Pilihan 1: Ambil sebiji timun dan sagat atau hancurkan terlebih dahulu. Kemudian, campurkan dengan tepung ubi kayu serta sedikit air dan gaul sehingga sebati. Bancuhan akan kelihatan seperti masker. Sapukan pada wajah anda dan biar seketika sehingga kering. Selepas itu, bilas muka anda dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
Pilihan 2: Campurkan kulit kayu manis dengan seketul kunyit hidup serta sedikit beras pulut. Kemudian, bahan-bahan tersebut ditumbuk sehingga lumat. Sapukan atau gosokkan pada leher serta muka dan biarkan seketika sebelum dicuci. Amalkan seminggu 2 kali.

Petua Awet Muda

Petua Awet Muda
Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, amalkan zikir seperti berikut:
a. Baca ” Ya Badiyah ” 1 kali
b. Baca ” Ya Nur ” 1 kali
c. Baca ” Ya Hadi ” 1 kali
d. Baca ” Ya Allah ” 3 kali
e. Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka anda setiap hari.

Beet Root Juice!

Siri Taman Syurga(53): LIVE [26Jun2014] - Selamat Datang Umat Akhir Zaman

Location of chest pain during angina or heart attack

Petua Untuk Merawat Kencing Batu



Petua Untuk Merawat Kencing Batu
Cari teras dari 6 tongkol jagung, kemudian rebus dan masak dengan menggunakan 5 gelas air. Seterusnya anda bolehlah meminumnya 3 kali sehari. Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.

Friday, June 27, 2014

Petua tercekik tulang

Petua petua bagi sesiapa yang tercekik tulang ikan
@ Minum air dalam tudung periuk
@ minum air zam zam. selawat tiga kali. InsyaAllah
@ kalau rasa tercekik tu, time tercekik tu ah, cepat cepat pusingkan pinggan 3 kali sambil berselawat. InsyaAllah tulang ikan tu akan terlepas
@ kepal nasi pastu telan
@ makan pisang
@ tarik telinga kiri dan kanan. tapi jangan tarik sekuat hati lak. mahu tercabut telinga kang dah satu hal..

Quick relief from Indigestion

Goji Berry benefits

Petua Untuk Kembalikan Selera Makan Ketika Mabuk

Petua Untuk Kembalikan Selera Makan Ketika Mabuk
Bagi sesetengah ibu hamil di awal bulan (1 - 3 bulan) kadangkala amat menyeksakan seperti tiada selera makan. Untuk mengembalikan selera makan yang hilang itu, ambil 3 hingga 4 ketul lempoyang, buang kulitnya dan tumbuk bersama sedikit ikan bilis (seperti sambal belacan). Kemudian makan bersama nasi panas.

Segarkan Udara Dapur

Ruang di bahagian dapur lazimnya terdedah dengan bau yang kurang menyenangkan. Ini berikutan kerana dapur adalah ruang memasak dan menyebabkan bermacam-macam jenis bau yang terbit.

Lebih menyengit sekiranya anda penggemar masakan yang menggunakan belacan. Tentu bau dapur terus melekat dengan bahan itu!  Kepada mereka yang mempunyai vakum udara, dapatlah membantu untuk menyedut segala bau masakan.

Bagi mereka yang tidak memiliki, bagaimana pula cara untuk nyahbau dapur ini? Berikut ada petua berkesan yang anda boleh lakukan.

Masukkan satu botol cuka putih ke dalam seperiuk air dan rebuslah selama beberapa minit hingga benar-benar mendidih.

Hasilnya, wap air cuka itu secara tidak langsung dapat menghilangkan bau hamis pada dapur dan memberikan udara yang lebih segar. 

How to whiten teeth naturally

Petua Untuk Membina Darah Dalam Tubuh Badan

Petua Untuk Membina Darah Dalam Tubuh Badan
Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi dapat disalurkan ke bahagian otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
Cara Makan
1. Menghadap Kiblat.
2. Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali).
3. Baca doa penerang hati.
4. Makan secara keman seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
5. Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

Petua Untuk Korek Tahi Telinga Keras

Petua Untuk Korek Tahi Telinga Keras
1. Gunakan ‘Baby Oil’ dan titiskan dalam beberapa titisan ke dalam telinga Sengetkan kepala semasa menitiskan ‘Baby Oil’ supaya minyak itu masuk mengenai sasaran dalam telinga.
2. Ulangi langkah titis minyak ‘Baby Oil’ dalam masa 2 atau 3 hari. Tujuannya untuk melembutkan tahi telinga yang keras.
3. Pada hari ketiga, ambil air suam dan titiskan ke dalam telinga anda.
4. Sambil anda titiskan air suam, pastikan kepala anda disengetkan dan tarik telinga anda sedikit untuk memudahkan air suam tersebut masuk terus ke dalam telinga.
5. Kemudian, terus pergi ke sinki dan sengetkan kepala anda. Tahi telinga anda akan keluar dengan lancar.

Petua Mengatasi Badan Rasa Lemah

Petua Mengatasi Badan Rasa Lemah
Ambil daun pegaga dan campurkan dengan air suam. Setelah direndam beberapa ketika, perahkan daun pegaga itu. Air perahannya itu hendaklah dicampur dengan kuning telur ayam kampung dan sedikit madu lebah. Kemudian minum dan anda akan merasai kesegarannya semula.

Thursday, June 26, 2014

Khasiat Daun Salad

Khasiat Daun Salad
a. Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan juga enak dimakan begitu sahaja. Peranan daun salad bukan sahaja berhenti begitu sahaja kerana daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi perubatan.
b. Daun salad merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur.
c. Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala keresahan yang melanda.
d. Daun ini juga mengandungi karotin, seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan.

Tercekik Tulang

Malang memang tidak berbau. Siapa tahu sedang enak menjamu selera, boleh pula tercekik tulang! Sekiranya keadaan seperti itu berlaku kepada anda, berikut ada dua petua berkesan yang anda boleh ikuti.

Pertama sekali adalah dengan mencelupkan jari ke dalam madu lebah. Selawat tiga kali dan hisaplah jari yang bersalut madu itu, inshaallah, tulang ikan akan keluar.

Petua yang kedua adalah anda bolehlah kepal-kepalkan nasi, kemudian terus telan. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan seterusnya di hospital.

Petua Rasulullah Untuk Mendidik Anak

Petua Rasulullah Untuk Mendidik Anak
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan 4 tahap mendidik anak iaitu:
1. Tahap Pertama: Anak yang baharu lahir sehingga mumayyiz (enam tahun) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
2. Tahap Kedua: Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan diberi tanggungjawab.
3. Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
4. Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal

[LIVE][260614] Forum Perdana - "Selamat Datang Umat Akhir Zaman"

Hikmah Sujud



Hikmah Sujud
A.
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia (burut).
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
8. Meringankan bahagian pelvis.
9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
13. Mengurangkan kegemukan.
14. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
15. Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
16. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
B. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita berasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
C. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
D. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

9 TIPS KEPADA ISTERI AGAR RUMAHTANGGA ANDA BOLEH TERUS BAHAGIA MELALUI "AIR TANGAN" ANDA!

9 TIPS KEPADA ISTERI AGAR RUMAHTANGGA ANDA BOLEH TERUS BAHAGIA MELALUI "AIR TANGAN" ANDA!
Di zaman ini kebanyakkan isteri mempunyai kerjaya yang memaksa mereka untuk memikul tanggungjawan dan tugasan di pejabat lebih berat. Akan tetapi anda harus ingat, jangan sampai anda abaikan 100% aspek memasak untuk suami anda ini. Kelak buruk padahnya.
9 tips agar anda boleh terus mengikat tali perkahwinan anda dengan penuh bahagia melalui masakan ‘air tangan’ anda.
1. Jangan jadikan alasan anda tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan.
2. Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus anda cuba resipi yang anda dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur.
3. Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran.
4. Pada hujung minggu, anda boleh ajak suami anda untuk pergi membeli barang-barang dapur dan simpan stok untuk seminggu.
5. Jika anda penat, pujuk suami anda untuk turut membantu anda di dapur. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua.
6. Anda boleh bertanya sekali-sekala kepada suami anda apakah masakan yang dia teringin sangat untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia. Pasti dia akan bertambah-tambah sayang anda.
7. Jangan biarkan dapur anda langsung tidak berasap untuk jangka masa yang lama. Paling kurang pun anda boleh beli makanan sejuk beku seperti sosej, nugget, kentang-goreng, karipap frozen. Masak dan sediakan untuk suami anda.
8. Untuk menjimatkan masa, anda boleh sediakan sekali dulu bahan-bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama. Anda boleh pujuk minta bantuan dari suami anda untuk sama-sama membantu.
9. Dalam sehari, sesibuk mana anda pun, anda wajib meluangkan masa menyediakan masakan untuk suami anda.
Semoga tips-tips ini dapat membantu anda untuk terus ‘tambat’ perut suami anda dengan air tangan anda.
Tiada yang lebih bermakna dan indah selain anda menerima kata-kata ucapan ‘terima kasih ayang’ daripada suami anda kelak ketika dia merasa masakan anda. Ketika itulah anda akan merasai satu kepuasan sebenar anda hidup sebagai seorang isteri.

Merawat Darah Tinggi

Petua Melayu Lama Untuk
Merawat Darah Tinggi
Air Beras - Sesudah membasuh beras untuk ditanak, ambil sebanyak 4 gelas basuhan beras (sesudah dibuang satu gelas yang pertama) dan minum 1 cawan air beras tersebut. Amalkannya 3 kali sehari, 3 hari berturut-turut.

Petua Berpantang Untuk Mengatasi Penyakit Batu Karang

Petua Berpantang Untuk Mengatasi Penyakit Batu Karang
Aada banyak faedah jika anda sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu. Bagi anda yang mengalami masalah batu karang, petua seperti berikut dapat membantu meningkatkan kesihatan dan mengurangkan batu karang.
1.. Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
2. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
3. Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang akan dapat mengatasi masalah kekurangan ini.
4. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
5. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
6. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
7. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
8. Kurangkan minum kopi atau teh.

Tuesday, June 24, 2014

Petua Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut



Petua Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut
1. Tarik Nafas - Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dahulu? Ingat lagi bagaimana anda memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.
2. Ambil Wudhuk - Mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.
3. Tulis - Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.
4. Berkongsi Masalah - Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.
5. Cukup Rehat dan Tidur - Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.
6. Lepaskan - Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan.

Cold and cough remedy

Healthy Waters

Healthy Waters! 
BEST WATERS EVER !!! And you feel amazing after drinking
1.Orange + lemon
2.cucumber+lime + mint
3.orange+lemon+lime
4.strawberry+orange +mint

Monday, June 23, 2014

Hilangkan Bau Hanyir Telur

Adakah anda menghadapi masalah untuk menghilangkan bau hanyir yang muncul di dalam kek? Berikut ada cara yang boleh anda lakukan.

Buangkan bahagian putih telur yang pekat dan berlendir (pusatnya). Gunakan telur yang segar dan cuba cari jenis organik.

Esen vanilla hendaklah dimasukkan pada langkah akhir sebelum memasukkan adunan kek ke dalam tin kerana dengan cara ini, kewangiannya akan kekal lama.

Sesetengah orang ada juga  memasukkan serbuk vanillin bagi menggantikan vanila. 

Detox your body

Very good info!

Beautiful Quran Recitation By A Revert Muslim

Apple cider vinegar bath

Best home remedies for obesity

10-easy-ibadaat-for-women-in-ramadan-on-their-menses-periods

What is Ibadah?!The term “Ibadah” (worship) in Islam is not only confined to the pillars of Islam as it comprises many other goodly aspects. Allah [Exalted be His mention] says [what means]:
“And I did not create the jinn and mankind except to worship Me.”
[Surat Adh-Dhariyat 51: Verse: 56]
Many people mistakenly understand the term “worship” to mean living an ascetic way of life. This is not true at all. In Islam, worship is not [only] restricted to prayer, going to the masjid, giving in charity, or going for Hajj, as one can even turn permissible acts such as sleeping, eating, drinking, going to work, etc. into an act of worship. How is that?! By having a good intention! So, if one sleeps with the intention to rest his body so he can have more energy to worship Allah then this is a good intention. If one goes to work so he can provide for his family and those under his care, then this is a good intention which he will be rewarded for.
Mu’aadh (may Allah be pleased with him) said: I sleep and I get up (to pray at night), and I seek reward for my sleep as I seek reward for my getting up. (Narrated by al-Bukhari). The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said: “You will never spend anything that you spend for the sake of Allah, but you will be rewarded for it, even the morsel of food that you put in your wife’s mouth.” 
(Narrated by al-Bukhari)
Sheikh ul-Islam Ibn Tayimah (May Allah have Mercy on him) gave a very comprehensive definition of the word “Ibaadah” as he said: “Al-Ibadah is a collective term for all of the deeds and words which Allah loves and is pleased with [whether] inward or outward.”
WHAT CAN I DO DURING MY PERIOD?Many sisters feel that they cannot do much of Ibaadaat while on their monthly period, this is not true. Allah (Exalted be His mention) gave us the blessing of time, we should take advantage of it in doing things that are pleasing to Him. So, here is a list of ten easy Ibaadaat that can be done during the period:
1. Make lots of du’a (supplication) to AllahBeing in that state of ritual impurity should not prevent you from making du’a. It is reported from An-Nu’man bin Bashir (May Allah be pleased with him) reported the prophet (Peace & blessing of Allah be upon him) said: “Du’a is worship.” [Abu Dawud]
2. Visit a close family memberWhen you are visiting one of your close family members make sure to have the intention of keeping good ties of kinship between both of you. The prophet (Peace & blessings of Allah be upon him) said:  “And he who believes in Allah and the Last Day should unite his ties of kinship.” 
[Reported by Al-Bukhari]
3. Make lots of Istighfaar (seeking forgiveness from Allah) and dhikr (remembrance of Allah)This can be done when you are cooking, cleaning, going to work, going to the shop, etc. Allah [Exalted be His mention] says [what means]: “O you who have believed, remember Allah with much remembrance.” 
[Surat Al-Ahzab: 33: Verse: 41]
4. Give Da’wah to Muslims and non-MuslimsThis can be by sharing an Islamic post on face book, sharing Islamic knowledge in general through media, and most importantly being a good example through your manners, speech and actions. Allah says what means: “And who is better in speech than one who invites to Allah and does righteousness and says, “Indeed, I am of the Muslims.” [Surat Fussilat: 41: Verse: 33]
And the prophet (Peace & blessings of Allah be upon him) said: “Convey from me even if it is (only) one ayah (verse).” 
[Narrated by al-Bukhari]
5. Read beneficial booksChoose books that will help you understand more about Islam, purpose of this life and duties towards our creator. Anas ibn Malik said, the Messenger of Allah (peace be upon him) said: “Seeking knowledge is obligatory upon every Muslim.”
[Sunan Ibn Majah]
6. Visit the sickIt is one of the rights upon another Muslim to visit them when they are sick, and not only that, there are great virtues for visiting the sick as mentioned by our beloved Prophet (Peace & blessings of Allah be upon him): “When the Muslim visits his (sick) Muslim brother, he is harvesting the fruit of paradise until he returns.” [Narrated by Muslim]. This would also enable us to be more thankful to Allah for the good health that we have and content with the condition we are in.
7. Listen to the Qur’an frequentlyListening to the Qur’an would enable you to prefect your recitation of the Qur’an, help you revise what you memorized, and constantly remembering Allah in your heart and mind.
8. Help othersIf you see your sister in Islam going through hard circumstances, do what you can to help her. One day if you are in that same position, Allah will bring to you someone who will help you too.
9. Smile in your sister’s faceBy doing so, we are following the prophet’s sunnah and will be rewarded for it Insha’Allah.
10. Spread the greeting of “Salam”This should be done with those [sisters] we know or never met before. The prophet (Peace be upon him) said: “You will not enter paradise until you believe, and you will not believe until you love one another. Shall I tell you about something which, if you do it, will make you love one another? Greet each other with Salam.” [Muslim]
In conclusion, let’s renew our intentions and make sure we are doing all these good deeds sincerely for Allah’s sake and following the footsteps of our beloved prophet Muhammad and his companions (May Allah be pleased with them all)

Tips Jaga Hafalan agar Tidak Mudah HIlang

Tips Jaga Hafalan agar Tidak Mudah HIlang
Oleh Ustadz Taufik Hamim Efendi, MA
Berikut adalah beberapa Tips untuk menjaga hafalan Al-Qur’an. semoga bermanfaat buat anda khususnya dan buat kita semua yang memiliki tekad yang kuat dalam menghafalkan Al-Qur'an :
Pengaturan waktu
Pandai mengatur waktu akan dapat membantu seorang penghafal Al-Qur’an dalam memelihara hafalannya. Mengatur waktu untuk mengulang-ulang hafalan yang senantiasa terus berkelanjutan, harus terus dilakukan oleh seorang penghafal Al-Qur’an. Biasakan jangan melewatkan waktu tanpa melakukan hal-hal yang bermanfaat.
Rasulullah SAW telah memperingatkan, bahwa hafalan Al-Qur’an akan lebih cepat hilang dan lepas bila dibandingkan dengan seekor onta yang terikat kuat apa bila dia tidak selalu mengulang-ulang hafalannya tersebut.
“ Jagalah Al-Qur’an, demi Yang jiwaku berada di tangan-Nya, Al-Qur’an itu lebih cepat lepas dari pada seekor onta dari ikatannya” (H.R. Bukhari)
Menyediakan waktu khusus
Dalam proses muraja’ah (mengulang) hafalan, seorang penghafal Al-Qur’an harus menyediakan waktu khusus, misalnya sebelum atau sesudah subuh, sebelum tidur, sebelum dan sesudah shalar fardhu. Siapapun dia, bila mana sedang menekuni suatu pekerjaan dan memberikan porsi waktu yang khusus, maka dia akan mendapatkan hasil yang tidak akan mengecewakannya. Tengoklah bagaimana kehidupan para Ulama terdahulu dalam pengaturan waktu, sehingga mereka dapat mewariskan karya-karya besar mereka yang sampai hari ini masih menjadi rujukkan. Sabagian mereka wafat diusainya yang belum begitu lanjut, akan tetapi mereka dapat menulis dan menyusun banyak kitab.
Wirid Al-Qur'an
Selain menyediakan waktu khusus, seorang penghafal Al-Qur'an harus memperbanyak tilawah, dia harus memiliki wirid Al-Qur'an yang rutin dia lakukan setiap hari. Usahakan dapat membaca Al-Qur’an minimal satu juz setiap hari, sehingga dalam waktu tiga puluh hari / satu bulan anda akan mengkhatamkan tilawah Al-Qur’an. Sering membaca Al-Qur’an akan dapat memudahkan seseorang dalam menghafal Al-Qur’an.
Menjadi Imam Shalat
Hafalan anda akan selalu melekat dalam ingatan anda apabila selalu anda baca dalam shalat, khususnya saat shalat malam atau qiyamullail. Terlebih saat menjadi imam shalat tarawih di suatu masjid yang antara pengurus jamaah meresa tidak keberatan bila mana sang iman membaca satu juz untuk setiap malamnya.
Mengajarkan orang lain
Salah satu cara yang paling efektif dalam menjaga hafalan adalah mengajarkan orang lain, karena pada saat mendengarkan hafalan muridnya, maka secara tidak langsung dia sedang mengulang-ulang hafalan.
Mendengarkan bacaan orang lain
Banyak mendengar akan memudahkan kita menghafal, cepat hafal, selain sering membaca juga karena sering mendengar bacaan orang lain. Buatlah kesepakan atau janji bersama teman anda yang sedang menghafal Al-Qur’an untuk saling menyimak, sehingga bila mana anda atau teman anda keliru dalam membaca maka saat itulah anda berdua akan saling mengoreksi.
Mendengarkan kaset atau CD Al-Qur’an
Pilihlah salah satu bacaan syaikh terkenal, yang tilawahnya tersebar di seluruh dunia dan cenderung diminati lagunya dalam membaca Al-Qur’an, seperti Syaikh Mahmud Khalil Al-Hushari, Syaikh Muhammad Siddiq Al-Minsyawi, Syaikh Abdullah bin Ali Bashfar, Syaikh Abdurrahman Al-Hudzaifi, Syaikh Suud Syuraim, Syaikh Abdurrahman Al-Sudais dll.
Membaca sejarah para penghafal Al-Qur’an
Untuk memberikan motivasi dan semangat baru maka anda juga harus membaca perjalanan para ulama dan orang-orang yang menghafal Al-Qur'an, anda akan dapat mengambil pelajaran dari pengalaman mereka serta dapat memperbaharui semangat anda.
Membiasakan membaca tanpa melihat Mushaf
Biasakan mengulang hafalan tanpa melihat mushaf, karena bila mana membaca hafalan selalu melihat mushaf maka akan ada ketergantung selalu ingin melihatnya. Kecuali apa bila anda sudah tidak dapat melanjutkan bacaan, maka boleh anda melihat mushaf.
Menjauhi kemaksiatan
Jiwa yang selalu berlumuran kemaksiatan dan dosa, sulit untuk menerima cahaya Al-Qur'an, hati yang tertutup disebabkan dosa-dosa yang senantiasa dilakukannya, tidak mudah menerima kebaikan, mentadaburi ayat-ayat Al-Qur'an
“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur’an ataukah hati mereka terkunci?” (Q.S. Muhammad : 24)
Dalam sejarah tercatat bahwa Imam Syafi'i rahimuhullah tergolong ulama yang memiliki kecepatan dalam menghafal, bagaimana dia mengadu kepada gurunya, Waki', suatu hari dia mengalami kelambatan dalam menghafal. Maka gurunya lalu memberikan obat mujarrab, yaitu agar dia meninggalkan perbuatan maksiat dan mengosongkan hati dari setiap penghalang antara dia dan Tuhannya.
Imam Syafi'i rahimahullah berkata :
Aku mengadu kepada (guruku) Waki' atas buruknya hafalanku
Maka diapun memberiku nasihat agar aku meninggalkan kemaksiatan
Dia memberitahuku bahwa ilmu itu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang bermaksiat.
Wallahu 'alam bishshawab.
Sumber : muntadaquran.net

Sunday, June 22, 2014

Juice to ease arthritis pain

Flat Tummy water

El Nino... panas selama 18 bulan? baru panas dunia..akhirat belum tahu lagi...jom bertaubat pohon keampunan dari ALLAH!

MUNGKIN ramai yang masih tidak banyak mengetahui mengenai ancaman El Nino. Ada yang sangat bimbang berhadapan dengan krisis cuaca itu, tetapi ada juga yang tidak langsung mengambil tahu perkara tersebut. Untuk mengetahui secara mendalam berkenaan fenomena tersebut, ikuti temu bual wartawan Sinar Harian Norutul Ilham Mad Jari, juru video Sinar Harian Online, Nizam MK dan juru foto, Sharifuddin Abdul Rahim bersama Pengarah Bahagian Korporat dan Komersial Jabatan Meteorologi, MAZNORIZAN MOHAMAD.
Boleh puan terangkan apa itu El Nino?
El Nino adalah fenomena cuaca jangka panjang yang berskala global yang berlaku akibat daripada interaksi antara lautan dan atmosfera yang berulang.

Ia berlaku apabila anomali suhu permukaan air laut di kawasan khatulistiwa tengah dan timur Lautan Pasifik yang melebihi 0.5 darjah celcius sekurang-kurangnya lima bulan berturut-turut.

Bagaimanapun, El Nino dikategorikan sebagai lemah apabila anomali suhu air permukaan laut adalah julat 0.5 -0.9 darjah celcius, kategori sederhana (1.0-1.4 darjah celcius).

Semasa tempoh El Nino datang, air laut akan lebih panas di pasifik tengah dan timur membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya.

Pergerakan udara lembap akan menaik dengan kuat dan membentuk kawasan berawan konvektif dan ribut petir yang luas serta hujan lebat di kawasan berkenaan.

Pada masa yang sama, di bahagian Khatulistiwa Pasifik Barat termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina (kawasan Asia Tenggara) akan mengalami tekanan atmosfera yang secara relatifnya meningkat sedikit dan ini akan menyebabkan cuaca menjadi lebih kering berbanding dengan keadaan biasa.

Apa persediaan kerajaan untuk menghadapi ancaman El Nino?

Antara langkah-langkah kerajaan sebagai persediaan awal untuk mengurangkan impak fenomena El Nino adalah dengan mengaktifkan satu Jawatankuasa Kabinet yang sentiasa memantau dan meneliti perkembangan El Nino.

Jawatankuasa Kebangsaan ini akan menangani kesan fenomena El Nino terhadap bekalan air, kesihatan, pertanian dan sektor-sektor lain yang berkaitan di seluruh negara.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, urus setianya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha), ahli-ahlinya pula terdiri daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Industri Asas Tani, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (Miti).

Selain itu, kita akan meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan operasi pembenihan awan dan Jabatan Meteorologi Malaysia dalam masa yang sama memulakan kajian khusus untuk mengkaji serta memastikan pembenihan awam dapat dioptimumkan operasinya.

Kenapa Malaysia antara negara yang diancam El Nino?

El Nino ialah fenomena berskala global yang memberi impak dan kesan yang luas serta serius terhadap keadaan cuaca dan iklim global termasuk di kawasan Asia Tenggara termasuk Afrika, India, Benua Amerika, Australia dan juga negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Negara-negara di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan juga utara Australia biasanya akan mengalami cuaca yang lebih kering. Sementara beberapa kawasan di pantai barat benua Amerika (termasuk Amerika Utara) akan mengalami cuaca yang lebih lembap dan berkemungkinan juga banjir buruk boleh berlaku. Bagaimanapun, keadaan ini bergantung kepada kekuatan episod El Nino itu sendiri.

Adakah El Nino berlaku setiap tahun?

Fenomena El Nino bukannya fenomena bermusim, tetapi cuaca jangka panjang yang berskala global berlaku pada puratanya antara tiga hingga tujuh tahun sekali daripada pemanasan permukaan air laut di kawasan tropika tengah dan timur Lautan Pasifik. Tempoh hayat El Nino biasanya antara enam hingga 18 bulan. 

Apakah ancaman ini akan mendatangkan kesan kesihatan kepada orang awam?

Di Malaysia, secara umumnya El Nino boleh menyebabkan jumlah hujan yang diterima akan berkurangan terutamanya di negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Sementara di Semenanjung pula, kesannya tidak berapa ketara. Bagaimanapun, boleh jadi ekstrem jika El Nino adalah dalam kategori kuat.

Ciri-ciri episod El Nino boleh menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering seterusnya memudahkan berlakunya kebakaran hutan dan tanah gambut yang serius. Keadaan ini menyebabkan kejadian jerebu teruk dan tebal sehingga merentas sempadan seperti yang berlaku pada 1997 dan 1998 yang akan memberikan kesan yang signifikan terutamanya kepada kesihatan, sektor pertanian, sektor penerbangan, sektor pelancongan dan aktiviti luar yang lain.

Bila tanah gambut terbakar, ia akan lepaskan asap yang akhirnya berlaku jerebu, bila jerebu secara automatik akan berikan kesan kepada orang berpenyakit dan sensitif antara individu yang berisiko seperti penghidap asma, golongan tua dan kanak-kanak, itu sahaja ada kesannya kepada kesihatan.

Apakah langkah-langkah boleh diambil untuk menghadapi El Nino?

Beberapa langkah yang disyorkan bagi membuat persediaan awal untuk mengurangkan impak fenomena El Nino antaranya menggunakan air secara berhemah, memastikan negara mempunyai simpanan air yang mencukupi atau sediakan takungan tambahan untuk kegunaan negeri masing-masing, merancang dan menyelaras aktiviti luar dan aktiviti dalaman terutamanya pihak sekolah dan belia.

Selain itu, orang ramai digalakkan merancang aktiviti seharian dan dinasihatkan untuk menyediakan topeng muka dan tidak dibenarkan melakukan pembakaran terbuka kerana akan menambahkan aspek jerebu.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dari masa ke semasa keadaan cuaca di Malaysia di laman MetMalaysia iaitu www.met.gov.my yang sentiasa dikemaskini atau menghubungi terus MetMalaysia di talian 03-79678116 atau hotline 1-300-22-1MET pada bila-bila masa.

Selain Jabatan Meteorologi, pihak mana lagi yang akan bertanggungjawab bagi mengkaji ancaman El Nino?

Selain Jabatan Meteorologi Malaysia, terdapat juga pihak universiti sama ada swasta atau awam, agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Jabatan Pengairan & Saliran (JPS), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha) yang turut membuat kajian berkenaan fenomena El Nino.

Berapa lama tempoh ancaman El Nino yang bakal melanda Malaysia?

Fenomena El Nino kebiasaannya mula terbentuk pada pertengahan tahun iaitu sekitar Jun sehingga September dan akan mencapai kemuncak pada penghujung tahun iaitu sekitar November sehingga Disember atau awal tahun berikutnya Januari sehingga Mac dan seterusnya akan menjadi lemah secara perlahan-lahan.

Episod El Nino ini boleh berterusan selama enam hingga 18 bulan. Corak cuaca hasil daripada impak fenomena El Nino hanya boleh dikesan pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan.

Adakah pihak Meteorologi akan melakukan pembenihan awan bagi mengurangkan ancaman El Nino?

Sebenarnya kita sudah banyak kali buat pembenihan awan sejak Mac lalu, semasa akhir angin monsun timur laut, sebab cuaca ketika itu kering. Sehingga kini kita sudah buat 49 kali penerbangan untuk pembenihan awan.

Health Benefits Of Green Pepper

Health Benefits Of Green Pepper 
Green peppers are regarded as powerful antioxidants due to the presence of vitamins A, B6, B9, and C, as they help in neutralizing free radicals in the body that are likely to cause serious damage to the cells during their movements.
Include green peppers in your diet if you are suffering from rheumatoid arthritis or osteoarthritis. They help in providing relief from pain and inflammation.
Green peppers are a boon for asthma patients since the phytonutrients present help in relaxing the airways and reducing wheezing.
Did you know that green peppers contain twice the amount of vitamin C than oranges? An excellent source of this vitamin, green peppers are highly useful for reducing the formation of blood clots, which in turn lower the risks of stroke and heart attack.
The amount of homocysteine, a toxic by-product of biochemical processes in the body, can be decreased by consuming vitamins B6 and B9. As such, green pepper is a rich source of these essential nutrients.
To keep your colon healthy, consuming fiber through a healthy diet is highly significant. Luckily, green peppers are loaded with fiber that reduces the degree of exposure of colon cells to bacteria and toxins.
Researches indicate that vitamins A, C, and B9 reduce the risk of colon cancer. Thus, eat lots of green peppers to prevent yourself from this deadly disease.
They are a good source of vitamin B6 that assists in several bodily functions, right from metabolism to the healthy functioning of the immune and nervous system.
Green peppers aid in strengthening teeth and bones, carrying oxygen throughout the body and proper nerve functioning. Apart from these, green peppers also help in maintaining the pH level in the body.
These are some health and nutrition benefits of consuming green peppers. Dig into them and enjoy a bite of these beautifully shaped and glossy appearing green peppers anytime you wish to.

Petua Untuk Mengurangkan Sakit Belakang

Petua Untuk Mengurangkan Sakit Belakang
a. Berehat - Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal dibawah lutut. Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot. Cuba lakukan kaedah ini 3 hari berturut-turut. Terlalu lama baring pun tidak elok kerana ia boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan ini mendedahkan ketegangan.
b. Mandi air suam - Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang.Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari. Bagaimanapun, wanita mengandung tidak digalak menggunakan kaedah ini kerana boleh menyebabkan keguguran.
c. Menggunakan tilam yang sesuai - Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang. Dapatkan tilam yang lebih elok untuk menjamin keselesaan dan kesihatan.
d. Ambil aspirin - Aspirin boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dahulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.
e. Relaks - Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.
f. Gunakan kusyen - Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk. Justeru, untuk memastikan kesakitan tidak berterusan, letakkan kusyen kecil di belakang anda.
g. Berenang - Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.
h. Mengangkat barang dengan cara yang betul - Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.
i. Kawal berat badan - Pastikan berat badan seimbang. Badan yang terlalu berat juga boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.

Honey and Lemon Cough Syrup with Coconut Oil



Honey and Lemon Cough Syrup with Coconut Oil  

Ingredients

3 tablespoons fresh squeezed lemon juice 1/4 cup local raw honey 2 tablespoons coconut oil

Mix all the ingredients together in a small saucepan and heat over low until coconut oil is melted. Take warm syrup by the spoonful as desired. You can also mix the syrup into hot water or tea. Once the syrup is cooled the coconut oil will harden. Gently warm the syrup up before using. Store in refrigerator for up to a month.
 

Petua Lelaki Untuk Menghindari Daripada Isteri Anda Berleter Sepanjang Hari

Petua Lelaki Untuk Menghindari Daripada
Isteri Anda Berleter Sepanjang Hari
1. Jangan mudah menyalahkannya sahaja.
2. Jangan merendahkan-rendahkan dirinya.
3. Jangan mudah melentin apabila ditegur kesalahan anda.
4. Jangan suka mengkritik.
5. Elakkan membuat isteri anda berasa bodoh.
6. Bersedia untuk menerima tanggungjawab anda dalam membantu untuk mewujudkan persekitaran rumahtangga yang harmoni.
7. Secara jujur anda harus menilai sikap anda tentang kerja-kerja, tabiat menjengkelkan, dan lain-laian yang bercorak negatif.
8. Jangan mengabaikan permintaan isteri anda atau enggan juga mengakui bahawa anda telah membuat kesilapan. Ketepikan ego anda jika inginkan rumahtangga bahagia.

Rahsia Membaca Al Quran

Rahsia Membaca Al Quran
a. Sesetengah orang alim berpendapat bahawa membaca Al-Quran merupakan cara yang paling mujarab untuk memperkuatkan ingatan dan memudahkan hafalan. Bahkan inilah kaedah yang paling utama. Kata-kata hikmah Arab menegaskan "Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca Al-Quran dengan melihat (mashaf Al-Quran)."
b. Beberapa cendiakawan Islam pernah berkata, "Orang yang mengamalkan membaca Al-Quran akan sentiasa sihat akalnya walaupun dia berumur 200 tahun." Jarang berlaku orang yang konsisten (selalu) membaca Al-Quran pada setiap hari, berpenyakit nyanyuk apabila telah tua, malah mereka tidak perlu memakai cermin mata."
c. Kesan membaca Al-Quran dari segi kesihatan sungguh besar. Dengan membaca Al-Quran secara automatiknya kita melakukan senaman muka, leher, kerongkong dan fikiran. Sebaik-baik latihan jasmani untuk kesihatan dan penyembuhan ialah menyanyi. Al-Quran pun merupakan sejenis 'nyanyian' kerana Rasullullah s.a.w. menyuruh umatnya membaca dengan berlagu, atau dengan kata lain ialah dengan menyanyi. Apabila seseorang itu bernyanyi atau berlagu dengan fikiran khusyuk dan penuh perasaan, maka ia akan menjadi perhubungan dan rangsangan dari tempat sebutannya kepada organ-organ dalaman. Ia merupakan sejenis rangsangan yang bagus kepada organ-organ dan membentuk ketenangan kepada berjuta-juta saraf di dalam tubuh.
d. Apabila kita membaca Al-Quran, otot-otot di muka dan leher akan bergerak-gerak dan terurut. Pergerakan otot-otot di seluruh muka dan leher akan menyegarkan wajah dan menghindarkan penyakit-penyakit yang menyerang muka seperti 'Bell's Palsy' iaitu sejenis penyakit lumpuh pada bahagian muka.
e. Membaca Al-Quran juga akan menegangkan kulit dan sekaligus sebagai awet muda. Yang penting sekali, ia melatih otak kita kepada konsentrasi fikiran (concentration of the mind) di mana kekuatan konsentrasi ini amat diperlukan untuk belajar dan mengingat.

Home remedy for face




Applying onion juice mix with turmeric on face will help you remove dark pigments and patches.

Detox water

Tafsir Mimpi Menurut Islam

Tafsir Mimpi Menurut Islam
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertaqwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.
Berikut adalah tafsir mimpi dalam Islam yang berkaitan Peristiwa atau Kejadian:
1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
3. Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
6. Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
11. Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
12. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
13. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
14. Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
15. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
16. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
17. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat
18. Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
19. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
20. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
21. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan
22. Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
23. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.
24. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
25. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
26. Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
27. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
28. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
29. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
30. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
31. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
32. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita
33. Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
34. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
35. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
36. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
37. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
38. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar
39. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
40. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
41. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
42. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat.
43. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati.
44. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
45. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
46. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
47. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
48. Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
49. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
50. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
51. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
52. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah SWT
53. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
54. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
55. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.