Monday, October 21, 2013

resipi muruku mamak haji

MURUKKU RANGUP MAMAK PENANG.

Salam ..petang ini kita masak muruku utk raya haji yg rangup lembut dan wangi. Murukku ini dibuat berbagai cara, tetapi Mamak Haji cuma ingin memaparkan resepi yang paling mudah dan murah untuk menghasilkan sebanyak 50 murukku dengan mengambil masa yang paling singkat (45 - 60minit).
BAHAN-BAHAN:
Cara menghasilkan tepung kacang Thosai/ Ulundu/ Urad Dhal.
- 300 gm kacang tosai(putih kekuningan). Goreng kering di dalam kuali se hingga warnanya berubah keperangan muda. Jangan terlalu lama. Biarkan sejuk sedikit. Kisar halus KERING sehingga jadi tepung dengan menggunakan pengisar (blender) sekiranya terdapat kasar sedikit dibahagian atas tidak mengapa. Anda boleh hasilkan 1 cawan tepung kacang thosai.
1 cawan (cup) tepung kacang thosai gunakan tepung di atas.
4 cawan tepung beras.
2 sudu buter atau majerin.
1 sudu kecil biji rempah jemuju/ oregano. (boleh dapati dari kedai rempah beli 0.50 sen).
1 sudu bijan- masalah bijan masa tekan acu akan selalu putus..tak ada pun tak apa.
1 sudu kecil garam. (dilarutkan didalam air suam).
2 cawan air suam.
Serbuk Cili ikut kepedasan yang diperlukan* (pilihan)
Daun Kari 8-10 helai dicincang* (pilihan)
CARA-CARA:
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam bekas. Sebatikan butter/majerin dengan tepung.
2. Masukkan air suam ke dalam bekas. Jadikan tepung doh yang lembut. Sekiranya doh anda terlalu keras, tambahkan sedikit air. Doh yang keras sukar dan mudah putus semasa memutar dalam acuan murukku.
3. Pilih acuan murukku yang anda kehendaki. Masukkan acu pilihan anda ke dalam alat membentuk murukku. Masukkan sedikit doh ke dalam alat acuan murukku. Tutup penutupnya.
4. Ambil Alluminium foil atau sehelai plastik (beg plastik) sederhana lebar (ikut saiz muru yg anda inginkan) dan sapukan minyak supaya murukku anda tidak melekat dan senang dijatuhkan kedalam minyak panas.
5. Acuan muruku datang dengan berbagai bentuk (putu mayom dibuat dengan alat murukku ini tapi cuma acuannya yang berlainan). Mamak pilih acuan bintang tunggal sebagai pilihan. Anda boleh pilih apa yang anda suka.
6. Bab nak putar murukku ini memang kekok pada mulanya, tetapi lama-kelaman ia amat mudah dan "Fun". Mula pusing/tekan perlahan alat murukku anda dengan mulakan dengan membuat bulatan pertama yang kecil di atas foil alluminium anda diikuti dengan pusingan bulatan kedua, ketiga dan ikut sais anda perlukan. Penghujung perlu ditekan pada murukku supaya ia tidak terbuka semasa goreng.
7. Panaskan minyak dalam kuali sehingga panas dan masukkan murukku satu persatu dengan angkat murukku dari atas aluminium foil dengan cermat dan masukkan perlahan-lahan dalam minyak panas. Tentukan murukku baru masukkan dan telah masak tidak melekat diantara satu sama lain.
8. Murukku yang telah masak senang untuk kenal pasti. Apabila murukku yang sedang masak telah berhenti mengeluarkan gelombong udara(air bubbles) maka murukku tersebut telah masak. Gelombong udara tersebut adalah wap air yang dibeskan oleh murukku tersebut.
Sejukkan dalam beberapa minit dan simpan murukku anda dalam bekas kedap udara. Anda boleh dapatkan 50 pcs murukku bersaiz 3 inci

No comments: