Nasi daging mamak penang
Semalam dah bermalas2an. Hari ni takble ler gitukan....pagi2 lagi dah prepare bahan untuk masak supaya encik hubby balik semua dah siap.
Lambat nanti tak sempat pulak dia makan sebelum solat jumaat...Daging korbanada, kalau simpan lama dah tak sedap.
Jadinya kebetulan mamak haji posted resepi ni kat fb.
Menurut mamak haji, resipi ini adalah versi Mamak Penang. Maka jangan keliru dengan resipi-resipi yang lain.
Resepi masakan ini adalah masakan orang Penang yang paling ringkas dan amat lazat sekiranya dimakan bersama "air asam" dan dalca.
Resepi ni menurut kata mamak haji merupakan resepi keluarga mertua dia....
Bahan-Bahan:-
1 kg daging - dipotong agak besar (12 - 14 ketul) direbus sehingga lembut dan jangan lupa simpan air rebusan untuk memasak nasi kemudian.
1 kg berasmathi (kalau untuk niaga boleh gunakkan beras 5% hancur). Dibersihkan dan jangan lupa ditoskan supaya beras ini perlu berada dalam keadaan kering supaya tidak hancur semasa memasak nanti.Sukatan air rebusan daging yang diperlukan sama dengan sukatan beras 1:1. ( Sekiranya dua pot beras dua pot air rebusan daging).-
3 sudu besar kimball tomato sup.-
3 sudu Yogurt asli (tairu) atau susu cair 1/2 tin.-
Gula batu sedikit dan Garam secukup rasa.-
Bawang Goreng untuk ditaburkan.
Bahan-Bahan Untuk Menumis:-
1 senduk besar minyak masak (lebih kurang 4-5 sudu besar).-
2 sudu besar minyak sapi.-
2 sudu besar rempah daging.-
1/2 sudu kecil Jintan Manis.-
1/2 sudu kecil Jintan Putih.-
1 sudu besar rempah beriani.-
100gm buah badam yang direndam, dibuang kulit dan di mesin halus.- (saya guna yang dah siap kisar)
sedikit buah kismis dan gajus.-
1 sudu besar bawang putih + halia telah dimesin.-
2 biji bawang besar telah dimesin halus.-
1 biji bawang besar dihiris.-
1 helai daun pandan di potong 3 inci panjang.-
1 sudu kecil
Garam masala -
Kayu manis 1,
bunga lawang 3,
cengkih 4
buah pelaga 4.
Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan periok, masukkan minyak kemudian minyak sapi.
2. Bila minyak panas, masukkan Garam masala, bawang hiris, bawang putih dan halia dikisar, daun pandan, biji jangus dan kismis dan bawang dikisar.
3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan daging yang telah rebus, masukkan rempah kari dan beriani, tairu dan kisaran buah badam.
Jangan sampai hangit dgn segera masukkan air rebusan daging yang telah tapis. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periok.
4. Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Apabila air mula mendidih, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dgn benda yg berat seperti batu lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.
5. Tunggu sampau wap mula cuba keluar dari tudung periok isyarat nasi mulai sejat. Buka tudung periok. Masukkan sedikit warna kuning pada dua atau tiga lubang yang terbentuk hasil dari nasi yang sedang mendidih. Tutup kembali tudung dan kecilkan lagi api dapur supaya nasi tidak akan hangit.Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit - 35 minit.
Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur boleh dikawal.
6. Apabila nasi telah masak mencungkil menggunankan sudip dan terbalikan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai.
7. Jangan kerap buka tudung periok nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banayak dan Nasi anda menjadi mentah. Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama.
Hahaha...kalau mentah juga...kukus saja nasi itu...hehehe!. Jadi Nasi Daging Kukus hahaha!.Selamat mencuba. Kalau masih keliru dan was-was atau ingin tahu mengenai rempah bolehlah email kat Mamak: mohd.roslan99@gmail.com.
AIR ASAM:
Cili Api,
Belacan Bakar
lada merah
- masukkan dalam blender kisar (jumlahnya perlu anda yang kena tentukan kalau nak pedas bubuhlah lebih sikit kalau tak mahu pedas kurangkan).
Masukkan perahan air limau nipis, gula, garam dalam bahan kisaran tadi.Hiris bawang besar dan tomato sedang masak dan gaulkan sama rata.
Boleh juga masukkan hirisan cili hijau. Kalau nak sedap lagi tambah kerisek. Jadilah ia Air Asam.

No comments:
Post a Comment