Saturday, October 18, 2014

Resipi Kerabu taugeh

Kadang-kadang buntu fikiran memikirkan menu yang sesuai untuk seisi keluarga. Mungkin sajian pantas ini dapat membantu meringankan tugas memasak si ibu di dapur. Bukan sahaja enak dinikmati, Kerabu Taugeh, caranya yang mudah secara tidak langsung dapat menjimatkan masa.

Bahan–bahan :
300 gm tauge - celur & tos
3 labu bawang merah - dihiris
7 tangkai cili padi
2 sm belacan - dibakar
Sedikit udang kering - direndam & tos
1 camca teh lada hitam  
2 camca air perahan lemon
1 camca kerisik
Garam & gula secukup rasa

Cara Membuat:
  • Ambil mangkuk dan satukan kesemua bahan yang telah dihiris
  • Tumbuk lumat udang kering, belacan dan lada hitam.
  • Gaul rata bahan yang di tumbuk bersama bahan yang dihiris dan tauge.
  • Masukkan kerisik, gaul rata. Akhir sekali masukkan air perahan lemon, garam dan gula.


  • Kerabu Taugeh

Tips membuat bawang goreng terbaik dari mamak haji..



Petang ini buat bawang goreng..bawang goreng yang dibeli dikedai semakin hari semakin tak aroma bawang pun..agaknya guna bawang labu. Bawang goreng yang sedap dan beraroma perlu gunakan bawang kecil seperti bawang ros atau pun bawang Thai..Buatnya paling mudah..kupas bawang sampai menitis air mata ..hiris halus, sepas itu adunkan sedikit tepung beras, sedikit garam dan serbuk perasa..goreng sampai bawang bertukar warna kuning keemasan..angkat keluar dengan penapis ..dan masukkan dalam bekas yg di alas kitchen towel..bila agak sejuk masukkan dalam balang kedap udara dan simpan. Minyak goreng bawang boleh gunakan untuk gorengan yg beraroma wangi..nasi goreng, sayur goreng atau mee goreng boleh gunakan minyak ini utk tambah sedap


*
tepung beras digunakan untuk menyerap air yg terdapat dalam bawang..tepong beras adalah penyerap kelembabpan yg terbaik..ingat bedak sejuk lagi tak?..kalau wajah berpeluh malam..gunakan bedak sejuk..paling terbaik..

SAMBAL JAWA ORI

SAMBAL JAWA ORI
Bahan-bahannya:
Segenggam ikan bilis
10-15 tangkai cili padi kampung -potong (dihiris-hiris supaya semasa mengoreng tidak meletup)
3 biji cili merah-di hiris-hiris  sebelum digoreng
1 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci belacan
Minyak utk menggoreng
Garam & sedikit gula
Limau kasturi -ikut suka
Caranya:
1. Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat &toskan.
2. Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat.
3. Kemudian goreng cili padi tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.
4. Tumbuk kesemuanya. Tapi kalau mahu ikan bilis yang terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali.
5. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda

Friday, October 17, 2014

RESIPI: MURUKKU ASLI oleh mamak haji

RESPI: MURUKKU ASLI
BAHAN-BAHAN:
Sebelum ke bahan-bahan kita belajar dulu, cara menghasilkan tepung kacang Thosai/ Ulundu/ Urad Dhal. Tak perlulah beli tepung ini walau pun ada sedia jual dlm bungkusan. Ambil 300 gm kacang tosai (putih kekuningan). Goreng kering (sagai) di dalam kuali se hingga warnanya berubah keperangan. Jangan terlalu lama. Biarkan sejuk sedikit. Kisar halus KERING sehingga jadi tepung dengan menggunkan pengisar(blender) sekiranya terdapat kasar sedikit dibahagian atas tidak mengapa. Anda boleh hasilkan 1 cawan tepung kacang thosai ini.
1 cawan (cup) tepung kacang thosai.
4 cawan tepung beras.
2 sudu buter atau majerin lembut.
1 sudu kecil biji rempah jemuju. (boleh dapati dari kedai rempah beli 0.50 sen).
1 sudu kecil garam. (dilarutkan didalam air suam).
2 cawan air suam.
Serbuk Cili ikut kepedasan yang diperlukan* (pilihan)
Daun Kari 8-10 helai dicincang* (pilihan)
CARA-CARA:
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam bekas. Sebatikan butter/majerin dengan tepung.
2. Masukkan air suam (agak panas sikit yea) ke dalam bekas. Jadikan tepung doh yang lembut. Sekiranya doh anda terlalu keras, tambahkan sedikit air. Doh yang keras sukar dan mudah putus semasa memutar dalam acuan murukku.
3. Pilih acuan mrukku yang anda kehendaki. Masukkan acuan pilihan anda ke dalam alat membentuk murukku. Masukkan sedikit doh ke dalam alat acuan murukku. Tutup penutupnya.
4. Ambil Alluminium foil atau sehelai plastik (beg plastik) saiz lebar murukku yang anda kehendaki sapukan minyak supaya murukku anda tidak melekat dan senang dijatuhkan kedalam minyak panas. Saiz ini akan menjadi panduan semasa memutar acuan murukku.
5. Acuan muruku datang dengan berbagai bentuk (putu mayom dibuat dengan alat murukku ini tapi cuma acuannya yang berlainan). Mamak pilih acuan bintang tunggal sebagai pilihan. Anda boleh pilih apa yang anda suka.
6. Bab nak putar murukku ini memang kekok pada mulanya, tetapi lama-kelaman ia amat mudah dan "Fun". Mula pusing/tekan perlahan alat murukku anda dengan mulakan dengan membuat bulatan pertama yang kecil di atas foil alluminium anda diikuti dengan pusingan bulatan kedua, ketiga dan ikut sais anda perlukan. Penghujung perlu ditekan pada murukku supaya ia tidak terbuka semasa goreng.
7. Panaskan minyak dalam kuali sehingga panas dan masukkan murukku satu persatu dengan angkat murukku dari atas aluminium foil dengan cermat dan masukkan perlahan-lahan dalam minyak panas. Tentukan murukku yg baru masukkan dan telah masak tidak melekat di antara satu sama lain.
8. Murukku yang telah masak senang untuk kenal pasti. Apabila murukku yang sedang masak telah berhenti mengeluarkan gelombong udara(air bubbles) maka murukku tersebut telah masak. Gelombong udara tersebut adalah wap air yang dibebaskan oleh murukku tersebut.
9. Sejukkan dalam beberapa minit dan simpan murukku anda dalam bekas kedap udara. Anda boleh dapatkan 50 kpg murukku bersaiz 3 inci. Selamat mencuba!.

Thursday, October 16, 2014

MINDSET!

"MINDSET"
Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia memberi pesan kepada kedua anaknya :
“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”
“Pertama : Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun”
“Kedua : Jangan sesekali tubuhmu terkena terik matahari secara langsung”
5 TAHUN BERLALU:
Sang ibu menjenguk anak sulungnya
dengan kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan.
Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.
Si sulung menjawab : “Saya mengikuti pesan ayah bu…
Saya dilarang menagih hutang drpd siapapun sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama² habislah modal saya..
Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang kerja saya selalu naik teksi”.
Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bungsu yang keadaannya berbeda jauh.
Si bungsu sukses menjalankan bperniagaannya.
Sang ibu pun bertanya “Wahai anak bungsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apa rahasianya…?”
Si bungsu menjawab : “Ini karena saya mengikuti pesan ayah bu..
Pesan yang pertama saya dilarang
menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun sehingga modal saya tetap kukuh”.
“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan
pulang setelah matahari terbenam, sehingga para pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup
lebih lewat”.
Perhatikan..
Si Sulung dan Si Bungsu menerima pesan yang SAMA, namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang
atau MINDSET berbeda.
Mereka MELAKUKAN cara yang
berbeda sehingga mendapatkan HASIL yang berbeda pula.
Hati² lah dengan Mindset kita..
Mindset positif memberi hasil menakjubkan, sebaliknya mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.
The choice is yours..!

Wednesday, October 15, 2014

khasiat ulam-ulaman..rahsia awet muda!

Status Dr Abu Anas Madani


Tali Selipar.
Selipar biasanya mempunyai tali. Berapa jauhkah tali selipar dengan kaki yang memakai selipar itu?
Ketika Abu Bakar radhiyallahu 'anhu berhijrah dari Makkah ke Madinah, beliau menderita demam malaria (humma).
Beliau berkata:
كل امرئ مصبح في أهله #
والموت أقرب من شراك نعله
Setiap orang bersama keluarganya pada pagi hari;
Sedangkan kematian lebih dekat daripada TALI SELIPARnya.
Ingatlah mati dengan terus melakukan ketaatan dan meninggalkan maksiat kerana ianya TERLAMPAU DEKAT.
Lebih dekat daripada tali selipar seperti yang digambarkan oleh Sayyidina Abu Bakar. ‪#‎Arar‬.
(Makkah, 22 Zulhijjah 1434H, aam).

Monday, October 13, 2014

Hilangkan Sakit Gigi

Sakit gigi membuatkan anda serba tidak kena dan mudah marah. Bagi menghilangkan kesakitan ini, cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus. 
 
 
Boleh juga ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu dikunyah-kunyah atau tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur. 
 
 
Petua lain dengan menggunakan sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. In shaa Allah sakit gigi anda cepat hilang. 

Sunday, October 12, 2014

Anda boleh amalkan doa ini untuk mengubah perangai suami atau isteri ke arah KEBAIKAN!Sila share!

--> Anda boleh amalkan doa ini untuk
mengubah perangai suami atau isteri
ke arah KEBAIKAN. <--
CARA-CARANYA :
==============
1 - Baca surah Yusuf ayat 4 sebanyak 3
kali ketika pasangan sedang tidur.
Lebih-lebih lagi jika dia baru mula tidur.
Tiupkan pada mukanya supaya apabila
dia menatik nafas, hembusan anda akan
disedut olehnya.
2 - Baca juga doa ini ketika menyediakan
air minuman untuknya. Tiup ke air sebelum
berikan kepadanya untuk minum.
3 - Amalkan selalu sehingga menampakkan
kesan. Insya'Allah.
- SHARE diizinkan
==============

Petua Memasak Sambal Tumis Untuk Nasi Lemak



Petua Memasak Sambal Tumis Untuk Nasi Lemak
Bahan:
a. Segenggam ikan bilis (digoreng) 
b. 2 biji bawang merah (ditumbuk)
c. 1 biji bawang putih (ditumbuk)
d. Cili kering (dikisar)
e. Air asam jawa
f. Minyak 1 labu
g. Bawang besar (dikisar halus)
h. Belacan
i. Gula
j. Garam
k. Ajinomoto
Cara Penyediaan:
1. Minyak dipanaskan dan masukkan bawang putih dan bawang merah. Sesudah naik bau dan kekuningan, masukkan cili serta bawang besar yang dikisar halus + gula + garam + ajinomoto + belacan dan air asam.
2. Masak hingga cili masak sampai timbul minyak, baharulah masukkan ikan bilis yang digoreng.
NOTA: Petua kesedapan sambal tumis terletak pada bawang besar yang dikisar.

Petua Untuk Mengelak Kanser

Petua Untuk Mengelak Kanser
1. Minum air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
2. Makan buah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
3. Makan kacang soya, kerana kacang soya boleh menbantu melindungi daripada kanser payudara dan prostat.
4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis. Sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain buah sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Ia mengandungi Vitamin C yang banyak.
7. Juga makan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
9. Dapatkan Omega 3, asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boleh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.

Petua Untuk Memilih dan Membeli Sayur

Petua Untuk Memilih dan Membeli Sayur
1.Kobis: Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.
2.Sawi: Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.
3.Timun: Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.
4.Tomato: Pilih tomato yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.
5.Ubi Keledek: Pilih buah yang lurus dan bersih kulitnya.
6.Bendi: Pastikan hujungnya lembut.