Monday, November 2, 2015

Herbal Pembersih Paru-paru oleh fatimahtuz zahra

Herbal Pembersih Paru-paru
Musibah kebakaran di tanah air membuat banyak dampak negatif, termasuk dampak kesehatan pada paru-paru kita. Asapnya tak hanya memerihkan mata, tapi juga menyesakkan nafas.
Partikel berbahaya dalam asap akan merusak pertahanan alami disaluran pernapasan. Perlu di ketahui, dalam saluran napas ada sistem kompleks yang tugasnya menyapu kotoran, debu, atau kuman. Nah, asap ini akan merusak silia dalam saluran napas sehingga sistem pertahanan tubuh disaluran napas turun. Jika dalam jangka waktu pendeknya saja bisa memerihkan mata dan membuat kita sesak nafas, maka dalam jangka panjang, rusaknya pusat pertahanan alami saluran napas ini akan mempermudah masuknya kuman. Akibatnya daya tahan tubuh lebih lemah, kalau ada kuman yang berbahaya seperti kuman TBC yang tadinya bisa dilemahkan menjadi mudah masuk.
Tak terbayangkan jika paparan kabut asap berlangsung selama berminggu-minggu, maka itu bisa menurunkan fungsi paru. Efeknya adalah bisa menyebabkan batuk kronis, penyempitan saluran napas, bahkan bisa memicu asma pada orang yang sebelumnya tidak punya riwayat. Rasanya sedih juga mendengar musibah bencana Asap di daerah-daerah yang mengalami kebakaran hutan, tua muda jadi korban.
Kali ini, saya hendak membagi tips herbal pencuci paru-paru, yang bisa juga menjaga daya tahan kesehatan paru-paru yang terkena masuknya asap, yaitu ramuan jus nenas dan rumput patikan kebo. Nenas mengandung asam aspartic. Asam ini berfungsi untuk mengeluarkan asam amonia yang merupakan racun dalam tubuh, di samping itu nenas kandungan vitamin C nya tinggi berguna menambah imunitas tubuh. Namun efek sampingnya adalah tidak baik bagi penderita diabetes, maka untuk penderita diabetes, maka sebaiknya gunakan bagian tengahnya saja. Sedangkan rumput patikan kebo mempunyai sifat antiinflamasi (anti radang), diuretic (peluruh kencing) dan anti pruritic (menghilangkan gatal). Beberapa penyakit paru-paru seperti brokhitis dan pnemonia jaman dahulu di obati dengan patikan kebo ini dengan cara meremas-remas daunnya dan di campur air, di ambil sarinya. Getahnya pun bisa mengobati mata merah yang disebabkan iritasi akibat asap dan kemasukan serbuk sari yang menyebabkan gatal pada mata.
Nah.. inilah Resep Herbal Pembersih Paru-paru
50 gr daun patikan kebo ( dalam keadaan segar)
50 gr nenas ( penderita diabetes cukup ambil bagian tengahnya saja)
Gula merah sedikit.
Semua bahan di blender dengan setengah gelas air matang, dan diminum langsung segera, jangan biarkan melebihi 1 jam karena nenas akan mudah membusuk. Untuk yang terkena kontak Asap dalam waktu lama, usahakan rutin minum jus ini sehari sekali, dan untuk menjaga kesehatan paru-paru, boleh di sesuaikan dengan keadaan anda, bisa seminggu sekali bergantung kebutuhan. Jus ini bagus juga buat perokok aktif, dan baik di minum bagi perokok pasif untuk menjaga kesehatan paru-paru.
Semoga bermamfaat saya halalkan, bagi yang ingin share.

* Dari segi bahasa saya agak kurang faham..Mungkin boleh diterjemahkan kepada bahasa melayu.Artikel berbahasa indonesia.tapi saya amat baik untuk dikongsi.

Penyakit sopak garam



SOPAK GARAM..sejenis penyakit yang sering menyerang kita..dalam waktu yang singkat.timbul tompok kemerahan di atas kulit dan rasa gatal menyucuk nyucuk..semakin di garu semakin besar tompokan kemerah merahan..sebenarnya sopak garam adalah penyakit dari gangguan jin..orang orang lama menyebutnya.kena ludahan jin..walaupun orang lama berkata seakan melucukan..tetapi ada kebenarannya..saya pernah melihat jin sopak garam ini.bentuknya seperti asap yang bergerak..tiada berwarna..ia seakan kristal lembut..atau gell kristal yang bergerak terbang perlahan lahan dan apabila ia merapati kulit kita.terasa amat gatal menyucuk..seperti kita bergesel dengan obor obor di lautan..cara merawatnya mudah sahaja.sediakan air setimba yang bercampur sintok dan limau nipis sekadar 7 biji limau..dan setimba air garam sekadar segenggam garam..mulakan dengan membaca ayat ruqyah seperti surah Al Fatihah..ayatul Kursi..dan 3 Qul..hakikatkan air doa itu sebagai pelebur kejahatan penyakit bawaan jin..mulakan dengan mandian air garam di jirus dari kaki hingga ke bahagian kepala..biarkan kering seketika..selepas itu di bilas dengan air biasa hingga bersih dan yang terakhir..mandian dengan air campuran sintok dan limau.dijirus dari atas kepala ke bawah hingga kaki..biarkan juga sehingga kering di badan tanpa di lap..kemudian bahagian yang kena sopak ini di sapu dengan bedak sejuk bercampur sedikit garam..Insya Allah mudahan dengan ikhtiar ini..kita mendapat kesembuhan..dan dapat melakukan amal ibadah dengan sempurna..amiin..
Dari FB rawatan syaafi a'alami

RESEPI SARDIN CHEF USTAZAH

SARDIN MALAM NI
Malam ni Ustazah buat HOMEMADE SARDINE. Bagus jugak Abam Maslan suruh makan sardin. Tapi Ustazah tak mahu beli Sardin Tin. Ada GST. Ni buat sendiri Sardin Cap Ayam Kampung. Hihihi. A sampai Z kita buat sendiri. Sebijik rasa macam SARDIN TIN tu, TAPI Ustazah punya lagi SEDAP. Sebab tak de pengawet. Guna ikan Fresh..From Periuk to Perut. Kikiki.
Bulan 12 tahun lepas Ustazah dah kongsi resepi itu. Bulan 8 yang lalu kita share sekali lagi resepi. Dah lebih 50 ribu yang view dan ramai sangat yang share resepi tu. Alhamdulillah. Tapi tak syok la SHARE saje. Bila nak masak tu? Buat sendiri la. Jimat dan bersih. Yang PENTING. Memang bahan-bahan HALAL 100%. Tak de Pengawet. Lagi Awet Muda macam Ustazah (hahaha..perasan)
Saya percaya ramai Peminat Sardin di sini kan? Jom angkat tangan..hihihi.
Makan sardin ni macam-macam cara. Ada yang buka tin terus makan begitu sahaja. Ada yang masak dengan menumis. Ada yang buat masak berkuah. Ada yang goreng dulu sardin ni. Ada yang tambah sos cili, tomato dan cili serta bawang.
Resepi baru ni ada kita edit tau dari SIRI 1 dan SIRI 2 ulangtayang. Kerana dah mencapai BOXOPIS..meletup..letup. Ustazah datangkan sekali lagi dengan VERSI BARU dan NAMA BARU. Tak de lagi nama RESEPI SARDIN CAP AYAM KG tu lagi.
Jom kita semak RESEPI SARDIN CHEF USTAZAH.
Pakat SHARE pada kawan-kawan. Dapat pahala Insya Allah.
Bahan-bahannya :
STEP 1
1 kg ikan sardin/ ikan selayang pun orang panggil. Buang kepala dan ekor. Perut pun kena buang..hihihi. Bersihkan.
Setengah labu bawang putih ditumbuk halus.
2 biji bawang bombay dipotong dadu.
2 biji tomato buah dipotong 4.
1 tin tomato puri
1/4 cawan sos tomato
1 cawan sos cili.
5-6 cili padi. (Tapi tak tumbuk) masuk terus begitu.
2 keping asam keping.
1 1/2 sudu besar garam
1 sudu besar gula. Nak kurangkan pun boleh.
Setengah cawan minyak untuk menumis.
STEP 2 :
Saya guna periuk Noxxa. Gunakan kaedah STIR FRY.
Masukkan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang besar sehingga kekuningan.
Masukkan tomato dadu dan tomato puree. Masukkan semua bahan lain.
Tambah 6 tin air. Sukat guna tin tomato puree.
STEP 3 :
Tukarkan mode HP ( High Pressure). Tekan masa 60 minit. Tutup periuk dan laraskan tombol ke tulisan High Pressure.
Sambil-sambil tu bolehlah layan FB. Hihihi. Balas komen dan jawab pm.
Ok..ready 1 2 3. Wow! Amazing. Yang paling syok saya boleh gigit tulangnya. Lembut macam Sardin Cap Ayam Togel tu. Yiha..yiha.. Alhamdulillah.
Jimat duit laki kau Kak Senah dan kak Joyah oii bikin Sardin sendiri. Abang Rosam dan Abang Eron pasti tambah sayang.
Boleh makan dengan nasi atau buat sandwich roti sardin untuk bekal anak-anak ke sekolah.
Salam Sayang
Chef Ustazah.
Ratu Rempah Malaya.
NOTA : Nak beli periuk Magic. Whatsapp la ya 013-9802465.
Tak de periuk Noxxa. Guna lq periuk biasa dulu. Menabung sikit demi sedikit beli la Periuk Noxxa macam Ustazah. Berbaloi-baloi Ustazah guna sejak 2 tahun setengah dah.

Sunday, November 1, 2015

Sup daun kelo atau murunggei oleh mamak haji

Sayur daun kelo atau sini kita gelar "murunggei" atau nama dlm bahasa omputih " Moringga". Orang Pulau Madura dan Surabaya , Jawa Timur, Indonesia gelar, "Daun Maronggi". Kalau kaum Tamil di Malaysia mereka cuma masak daun kelo dlm bentuk masak goreng dengan kelapa parut, halba campur dan cili kering ditumis...ada juga masak lemak kuning atau putih dgn menggunakan santan.
Daun kelo punyai nilai perubatan tinggi untuk tubuh badan. Ia menyembuhkan penyakit skurvi (gusi berdarah), anemia (kekurangan sel darah merah), mengimbangkan dan memulihkan sistem fungsi badan. .pendek kata ia sangat baik untuk pesakit diabetes atau kencing manis. Penyakit kencing manis memang payah nak sembuhkan keseluruhan tetapi mamapu hidup lebih lama kalau amalkan pemakanan yang baik seperti daun kelo ini. Tetapi kalau guna santan atau kelapa parut dan masak cara tumis memang tak sesuai pesakit kencing manis. Dengan sebab ini lah masak kena cara betul. Bila mamak haji terjumpa resipi nasi Jagung Madura ini memang teruja.
Resipi dari Pulau Madura ini memang hebat dengan nilai perubatan malahan sangat sedap dan juga tidak ada bau daun kelo ini sama sekali dan juga tidak ada kepahitan lazim terdapat dlm masakan India..Kuah Maranggi atau masak air daun kelo ini menggunakan sejenis herba yang digelar, "kunci" yg pokok ini seakan sama dengan pokok kunyit. Di adunkan dengan serai dan juga daun salam..memang hebat khasiat tambahan ini bukan saja hindarkan pahit dan baunya tetapi tambah lagi nilai perubatan..Nanti mamak haji berikan resipinya..ia amat mudah masak.
Temu Kunci
Daun Remunggai
Bahan2 yang diperlukan


Resipi dia sgt mudah..dua ikat daun kelo (secekak)..lurutkan daun ..basuh bersih. Untuk masak air - 5 biji bawang merah hiris+ 1 batang serai diketuk + 2 ruas herba "kunci" dihiris + 2 helai daun salam + 1 biji tomato dihiris empat dan garam secukup rasa. Cara masak > didihkan 1 liter air (4cwn)> bila air mendidih masukkan semua bahanbahan yg terangkan kecuali tomato. bila sayur kelo empuk, atau masak betul..masukkan tomato dan garam dan matikan api dapur. > kacau rata
 sup nie sesuai untuk dimakan oleh sesiapa yang mengidap penyakit kencing manis atau diabetes. Selamat mencuba.





Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi

Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi.
Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu
Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.
Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati
Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?
Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi
Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
Lain-Lain Keistimewaan Lemon:
Menghilangkan acne
Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar
Caranya:
Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa
Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)
Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.
Menghilangkan rasa takut dan cemas
Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.
Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?
Caranya:
Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.
Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE)
Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni
Caranya:
Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa
Bye-bye demam
Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.
Caranya:
Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.
Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!
Selesema dan Sakit Tekak
Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak
Caranya:
Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.
Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan
Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)
Caranya:
Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas.
Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan.
Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema
Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit
Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi
Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari
Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.
Merawat Keletihan
Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.
Caranya:
Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam
Hypertension
Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.
Caranya:
Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah
Melegakan sengatan serangga berbisa
Caranya:
Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu
Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi
Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil
Menidurkan Insomnia
Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.
Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan
Menyelamatkan perut
Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!
Caranya:
Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart
Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.
Menghilangkan kesakitan
Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari
Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil
Menghilangkan nafas berbau!
Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.
Caranya:
Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.
Petikan dari FB Sheila Rusly