Rare Yogurt Cheese Cake
Bahan-bahannya ( ros guna acuan spring foam 16cm) [ aku guna yang 6'' ]
Untuk base ( dasar pada kek)
-150 gm biskut mentega@ boleh diganti dengan biskut oreo [ aku letak 200gm biskut digestive ]
-2 sudu besar marjerin yang telah di cairkan
Bahan untuk rare yogurt cheese cake
-125 gram Plain Yogurt ( yogurt di buang airnya baru ditimbang)
-150ml whipping cream
-125gm cream cheese philidelphia [ aku guna jenama tatura ]
-90gm gula
-1 sudu besar jus lemon
-cara menapis air yang terdapat pada plain yogurt, ambil penapis, alaskan dengan kicthen towel, curahkan plain yogurt dan letakkan di atas bowl, pastikan tapis dan bowl tengah-tengah nye ade ruang, macam kita perah santan tu lah, biarkan selama 1 hingga 2 jam. selepas itu anda akan dapati ade air pada dasar bowl, ambil plain yogurt yang siap dibuang air nye baru ditimbang.
Bahan larutan gelatin
-10gram gelatin halal ( ros guna jenama halalgel) [ aku guna cap kijang ]
-50ml air
- campurkan air dgn gelatin didalam periuk dan masak sehingga gelatin larut, guna api
perlahan dan kecil. sejukkan sebentar.
Topping
-Sos Blueberry secukupnya
-1 sudu besar madu
Cara-cara
- Blender biskut mentega hingga hancur, boleh guna blender kering tu.
- Cairkan marjerin. Tuangkan marjerin ke dalam biskut yang telah hancur dan gaul sebati, pastikan biskut lembab dan boleh dikepal.
- Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam. ros guna loyang bulat 16cm.
- Pukul whipping cream sehingga creamy, jangan telalu kental dan ketepikan.
- Selepas itu, pukul cream cheese bersama gula dan jus lemon sehingga sebati. Kemudian masukkan adunan gelatin, plain yogurt, whipping cream yang dipukul tadi dan kacau sebati.
- Keluarkan loyang yang ade base biskut dari peti ais, dan curahkan dengan adunan yogurt cheese cake , dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman. Sapukan permukaan rare yogurt cheese cake dengan madu dan toppingkan dengan sos bluebberry. Sedia dihidangkan. selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment