Sunday, October 27, 2013

Resipi Laddu..dari mamak haji

RESEPI LADDU:
Laddu atau laddu boondi ini amat masyor dlm masakan ringan manisan istimewa dari benua India..laddu adalah simbolik utk kemakmuran dan juga kemanisan hidup. Maka dlm segala upacara atau maljlis yg gembira..laddu adalah hidangan utama diberikan sebagai tanda hormati tetamu. Mamak haji dulu kahwin pun, bunga telur digantikan dgn hadiah laddu kepada tetamu. Tetapi pemberian laddu dlm majlis kahwin Mamak di Pulau Pinang semakin berkurangan kerana ramai mamak-mamak generasi muda telah menjadi lebih Melayu dlm intergrasi nasional. Ok juga..anak-anak mamak haji pun semuanya kahwin dgn pasangan orang Melayu. Cuma mamak haji saja masih ttinggal sedikit kemamakan dlm rumah dan di luar.

Dalam penyediaan laddu ini ada tiga peringkat. Peringkat pertama..penyediaan penyediaan boondi, peringkat kedua penyediaan sira gula dan peringkat ketiga penyediaan laddu. Untuk memudahkan mamak haji pecahkan tiga bahagian ini yea. Mungkin panjang penjelasan nanti tapi ia berbaloi.

A. PENYEDIAAN BOONDI atau kerepek laddu.
Bahan-Bahan yg diperlukan:
- 1 1/2 cawan tepung kacang kuda (gram dahl).
- 1 1/2 cawan air.
- 1/2 sudu soda bicarbonat/ soda masakan.
- secubit garam.
- sedikit pewarna kuning telur atau merah oren.

B.PENYEDIAAN SIRA GULA.
Bahan-bahan yg diperlukan:
- 1 3/4 cawan gula.
- 3/4 cawan dan 2 susu besar air.

CARA PENYEDIAAN SIRA GULA:
Masak air gula kacau sebatikan gula dan air. Bila dah masak menjadi sira gula, ketepikan.

C. BAHAN-BAHAN SAMPINGAN.
- 1/2 sudu kecil serbuk buah pelaga hijau (tumbuk halus).
- 2 sudu besar biji janggus di goreng dan di belah dua.

CARA PENYEDIAAN BOONDI:
1. Masukkan tepung kedalam bekas. Masukan soda dan garam, gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan jadikan adunan pekat seperti tepung roti sorai. Masukkan pewarna.
3. Dalam jadikan tepung ini jadi boondi kita perlukan acuan berlubang sama seperti penceduk ikan yg berlubang kecil.
4. Panaskan minyak secukup, pegang acuan itu 2-3 inci di atas paras minyak. Tuang adunan tepung ke atas acuan. Tepung akan meleleh dgn sendiri kedalam lubang acuan dan jadikan ia seperti titisan. Titisan tepung ini akan kembang bulat kecil-kecil. Bila warna bertukar keemasan dan agak ranggup, kelaurkan boondi ini dan tapiskan minyak berlebihan dgn kertas tisu dapur. Masukkan dalam sira gula yg telah sediakan yang masih panas suam.
5. Sambung semula gorengan boondi sehingga habis keseluruhan adunan tepung dam masukan kedalam sira gula yg telah sediakan.
6. Masukkan serbuak buah pelaga dan juga biji janggus. Kacau adunan ini dan biarkan selama 1-2 jam.
7. Dengan garpu pecahkan sebahagian boondi ini dan sapukan sedikit minyak dipermukaan tapak tangan dan mula jadikan bebola laddu saiz yang kehendaki. Anda boleh dapat 15 biji laddu yg cantik.
Nota: Dlm segala keadaan sira gula perlu berada dalam panas suam dan semasa goreng boondi, tentukan minyak perlu panas.. itu saja.
 

No comments: