Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan 2014.
Dengan pengumuman terbaru JPJ, mulai 1 April 2014 ini, semua pemilik kenderaan (penjual) dan pemilik baru (pembeli) wajib hadir sendiri ke JPJ untuk membuat pengesahan biometrik. Tidak boleh hantar wakil lagi. Ini adalah kerana:
1.Untuk mengurangkan kes-kes penipuan dalam urusan penukaran hakmilik yang telah meningkat
2. JPJ sudah menambahbaik sistem dengan aplikasi biometrik
untuk mengurangkan urusan tidak perlu seperti mendapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah
Oleh itu penggunaan borang pengesahan kad pengenalan TM-AB dan juga surat akuan berkanun untuk pesuruhjaya sumpah tidak diperlukan lagi.
Langkah Tukar Hakmilik Kenderaan.
Sila baca dan ikuti panduan kami jika anda tidak mahu buang masa, wang dan tenaga ulang alik ke JPJ dan PUSPAKOM serta syarikat insuran.
WAJIB tahu cara tukar hakmilik kenderaan kerana sudah tidak boleh guna ejen atau wakil lagi.
1. Pastikan kenderaan adalah mengikuti 'standard' asal seperti dalam geran kenderaan.
2. Kesemua 'UBAH SUAI' sudah dibuang atau telahpun mendapat kelulusan JPJ.
3. Warna kenderaan juga mesti ikut seperti yang dinyatakan dalam geran kenderaan.
4. Pastikan tiada gangguan pada nombor casis dan enjin kenderaan.
5. Pastikan anda tidak menggunakan bahagian 'KERETA POTONG' atau potong sambung bahagian kenderaan.
6. Pastikan cermin kenderaan mengikuti garis panduan cermin gelap JPJ.
7. Bawa salinan mykad untuk urusan dengan JPJ untuk penjual dan pembeli.
8. Bawa geran kereta atau nama lain sijil ini adalah perakuan pendaftaran kenderaan (JPJK2)
9. Pergi ke PUSPAKOM dan buat pemeriksaan untuk tukar hakmilik kenderaan, caj RM30.
Anda akan dapat satu laporan pengesahan tukar hakmilik kenderaan (B5) yang sah.
10. Pergi ke syarikat insuran untuk membeli insuran kereta baru atas nama pembeli berkuatkuasa pada hari tersebut. Anda tidak boleh tukar hakmilik kenderaan jika pembeli tiada insuran kenderaan.
Malas hendak pergi ke syarikat insuran? Anda boleh mendapatkan insurans atas talian yang menawarkan perkhidmatan.
11. Pergi ke JPJ untuk urusan tukar hakmilik kenderaan secara sukarela. Kedua-dua penjual dan pembeli kena hadir.
**Dapatkan surat e-Hakmilik pembatalan tuntutan hakmilik bank, jika belum berbuat demikian. Geran asal kenderaan akan dicop batal hakmilik berdaftar pada ruangan depan geran kenderaan.
12. Ambil 2 salinan borang senarai semak (TM-1) dan 2 salinan borang (JPJK3).
Isi borang dengan lengkap dan harus ditandatangan oleh penjual dan pembeli.
**Proses tampalan salinan mykad di atas borang TM-AB tidak diperlukan lagi kerana JPJ menggunakan sistem biometrik. "Proses lama ini sudah lapuk dan menyusahkan sahaja"
13. Ambil nombor giliran dan tunggu.
Sampai giliran anda, bayaran caj RM100 dikenakan.
-Nama pemilik berdaftar terakhir iaitu penjual akan dicop batal. Akan ada cetakkan maklumat pemilik baru atau pembeli di bahagian belakang geran kenderaan (JPJK2).
-Pembeli harus semak maklumat nama, alamat dan nombor mykad diruangan pertukaran milikan dan alamat sebelum tandatangan geran kereta (JPJK2) sebagai pemilik baru.
14.Selesai.
Ini adalah panduan pelanggan untuk tukar hakmilik kenderaan (secara sukarela) yang berkuatkuasa pada 1 april 2014 ini.
**kiriman ahli SM1JPJ yang berkongsi untuk semua.