Himpunan artikel bermanfaat untuk dijadikan panduan dan tatapan semua.Artikel dari pelbagai sumber seperti FB dan lain2.Kepada sesiapa yang berminat untuk kongsi silakan.Sebenarnya untuk rujukan sendiri.Manusia itu mudah lupa.Yang baik untuk diamalkan yang buruk untuk dielakkan.Sesungguhnya hanya ALLAH maha mengetahui diatas segala sesuatu. If there is any comment feel free to email me at azyaz@yahoo.com Thank You.
Saturday, September 13, 2014
Khasiat Biji Selasih
Khasiat Biji Selasih
Dapat mengurangkan panas badan.
Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.
Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).
Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.
Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.
Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.
Selamat mencuba
Friday, September 12, 2014
HEALTH BENEFITS OF GUAVAS
HEALTH BENEFITS OF GUAVAS
Are beneficial in regulating blood pressure. ( Rich in Potassium )
Are beneficial for Diabetics ( Rich in Fibre )
Protect us from Free Radical Damage ( Rich in Antioxidant Vitamin C )
Promote Thyroid Function ( Rich in Copper )
Promote Thyroid Function ( Rich in Copper )
Are Enzyme Activators ( Rich in Manganese )
Optimize Brain Function ( Rich in B vitamins )
Keep Eye Problems away ( Rich in Vitamin A )
Good for Skin ( Rich in Vitamin C,A,E , Lycopene)
Share if you care
RAWATAN ALTERNATIF BATU KARANG HEMPEDU
RAWATAN ALTERNATIF BATU KARANG HEMPEDU
Pada April lalu, saya telah mencapai tahap kritikal kerana serangan batu karang hempedu. Sehingga ke satu tahap, saya tidak berani mengambil sebarang makanan. Kesakitan batu karang hempedu sangatlah menyiksakan. Ianya seperti gastrik tetapi bukan gastrik.
Apabila pulang ke Malaysia bercuti, dan membuat diagnosis di specialist, saya disahkan mempunyai batu karang, dan doktor menyarankan saya dibedah untuk membuang pundi hempedu tersebut.
Saya menangguhkan pembedahan tersebut dan mencari rawatan alternatif sehinggalah bertemu dengan satu artikel mengenai rawatan batu karang hempedu menggunakan epal, lemon, minyak zaitun dan garam epsom.
Saya melakukan seperti apa yang dicadangkan oleh profesor tersebut didalam artikelnya dan Alhamdulillah pada hari ketujuh, begitu banyak ketulan berwarna hijau keluar bersama najis. Sejak dari hari tersebut sehinngalah sekarang, saya tidak terkena serangan batu karang hempedu lagi.
Namun dalam artikel profesor tersebut menyatakan dengan kaedah ini, batu karang boleh terbentuk kembali. Beliau mencadangkan supaya prosedur makan epal hijau selama enam hari ini diulang setiap enam bulan. Saya lebih suka prosedur epal hijau ini kerana menurutnya bukan sahaja membantu merawat batu karang hempedu tetapi juga mencuci buah pinggang, perut dan usus.
Saya harap prosedur ini dapat dimanfaatkan oleh sesiapa yang berminat. Ia berkesan kerana saya melakukannya sendiri dan merasai kesannya. Di harap mereka yang mencuba juga memperoleh kesan positif yang sama,
BAHAN
1- Epal hijau
2- Lemon
3- Minyak Zaitun
4- Garam Epsom
Untuk garam epsom, anda boleh dapatkan dari Guardian Pharmacy. Harganya sekotak dalam lingkungan RM5.
Pastikan buah epal anda dicuci bersih dari wax. Saya merendam epal didalam air garam terlebih dahulu untuk mencuci wax dan kimia pada kulit buah. Ini adalah kerana, saya makan buah tersebut dengan kulitnya.
Selamat mencuba.

Madu dan Kayu Manis
Madu dan Kayu Manis - siapa pernah terfikir?
Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.
Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.
Ini di antara kajian dari saintis barat :
Penyakit Jantng : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.
Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.
Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.
Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.
Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).
Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.
Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).
Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.
Influenza : Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.
Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah, umur kita akan panjang)
Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.
Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.
Jangkitan Kulit :Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.
Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.
Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.
Lemah : kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.
Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.
Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.
Rujukan : Dr Zulkifli Sharif
Allah sebaik-baik penyembuh , Dia menurunkan penyakit dan Dari Dia disembuhkan segala Penyakit.Assyafi , Arrahman ArRahim.Kepada Allah kita mohon pertolongan...wa iza marid tu fahuyashfin!!
Thursday, September 11, 2014
RESIPI: MASALA (REMPAH) KARI IKAN oleh Mamak haji
RESPI: MASALA (REMPAH) KARI IKAN:
Bahan-Bahan Rempah yang digunakan:
- 1/2 cawan biji ketumbar.
- 2 sudu besar Jintan Putih.
- 3 sudu besar Jintan manis.
- 1 sudu kecil biji lada putih.
- 5-7 tangkai cili kering.
- 1/2 sudu kecil biji sawi.
- 1/4 sudu biji halba.
- 10 kuntum bunga cengkih.
- 2 keping kayu manis berukuran panjang satu - 2 inci.
- 15 - 20 helai daun kari.

- 1 sudu kecil halia kering/salai. - tak perlu sagai.
- 2 sudu kecil serbuk kunyit. - tak perlu sagai.
- 2 sudu kecil serbuk kunyit. - tak perlu sagai.
Cara- Cara:
1. Goreng kering / sagai biji ketumbar, jintan putih, jintan manis, lada putih, cili kering, biji sawi, biji halba, bunga cengkih, kayu manis dan daun kari. Goreng atau sagai asing-asing dengan selang-selang sehinnga aromanya boleh dihidu selama 3-4 minit dengan api dapur sederhana.
2. Biji ketumbar, biji halba dan biji sawi bila meletup tandanya dah siap goreng. Jangan goreng serbuk kunyit dan halia kering.
3. Biarkan rempah-rempah ini sejuk seketika dan blender semua sekali sehingga halus. Simpan dalam bekas yang kedap udara.
ANDAI HIDUP SEPERTI KOMPUTER
ANDAI HIDUP SEPERTI KOMPUTER
Hidup ini sebenarnya seperti program di komputer. Bila hidup kita ingin lancar dan bebas virus maka:
• DELETE semua file KEMAKSIATAN.
• INSTALL anti-VIRUS NAFSU dan SYAITAN.
• RESTART kehidupanmu dengan KEBERKATAN dan KASIH-Nya
• REFRESH peribadi kita dengan AKHLAQ MULIA.
• DOWNLOAD sifat-sifat TAAT dan TAQWA.
• UPLOAD tingkahlaku yang BENAR, JUJUR dan IKHLAS.
• UNDO pengalaman BURUK dan SEDIH.
• LOADING semua dengan DOA dan USAHA.
• COPY dan PASTE semua HIKMAH dan ILMU yang bermanafaat.
• ENTER sifat TAWAKKAL dan IHSAN.
Semoga PROGRAM KOMPUTER KEHIDUPAN DUNIA kita akan berjalan LANCAR.
Sehingga berhasil memasuki PROGRAM KEHIDUPAN AKHIRAT yang serba mencabar dan CANGGIH.
semoga bermanfaat insyaAllah.
Wednesday, September 10, 2014
Najib Perkenal Skim Sewa-Beli Rumah - Orang Miskin Boleh Membeli Rumah.
Najib Perkenal Skim Sewa-Beli Rumah - Orang Miskin Boleh Membeli Rumah.
Secara kasarnya. Nampak macam bagus. Apa yang bagusnya? Bagusnya kerana golongan sasaran Najib kali ini ialah menyediakan kemudahan pembiayaian kepada dua kelompok yang seringkali gagal mendapatkan pinjaman bank untuk membeli rumah iaitu ;
- Golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap
- Golongan yang tidak mempunyai rekod pembayaran hutang yang baik dengan pihak bank
Ini sebenarnya golongan sasaran yang betul. Yang tidak mempunyai pendapatan tetap selalunya adalah peniaga. Yang bekerja sendiri. Kadang2 mereka tidak mempunyai pendapatan tetap, tak boleh nak kumpul deposit tapi boleh pula menyewa rumah. So, daripada duduk rumah sewa sampai mati, bagus juga jika dapat menyewa rumah dari kerajaan untuk satu had tempoh tertentu dan sampai masa, rumah itu akan menjadi milik kita.
Skim ini adalah skim yang bagus jika ianya tidak disalahguna. Yang kita bimbang jika skim ini dimohon oleh orang2 kaya yang tidak berkelayakkan dan dia pula bertindak sewakan kepada pihak ketiga. Ini bullshit juga. Harap2 Najib dapat memikirkan kemungkinan2 tersebut. Almaklumla, orang tamak haloba, tak amanah, bersepah dalam agensi kerajaan. Aku tahu memang kakitangan kerajaan akan rasa meluat baca statement tue tapi terima la hakikat. Korang pun tahu betapa ramainya yang tamak haloba, kaki rasuah dan sebagainya dalam agensi kerajaan. Tak payah nak sembang tipu2 la.
Sedikit penambahan bagi idea yang bakal dilaksanakan di Malaysia.
Menurut Najib ;
- Tempoh masa menyewa 20 hingga 30 tahun.
- Perjanjian dengan pihak bank rent to own
- Untuk yang tidak mempunyai pendapatan tetap/rekod pembayaran pinjaman tidak elok.
Ini antara syarat2 yang melayakkan mereka untuk mendapatkan skim di atas. Najib juga perlu pastikan tiada had usia dikenakan. Bukan apa, ramai kot yang dah berusia tapi tak mampu memiliki rumah sendiri. Kasihani la mereka.
Sedikit penambahan cadangan dari aku ialah ;
- Kerajaan kena wujudkan satu polisi 1 keluarga 1 rumah yang meliputi pasangan yang belum membeli rumah, samada mempunyai anak ataupun tidak, baru berkahwin ataupun sudah lama berkahwin. Macam neh baru la rumah2 tidak dijadikan aset untuk membina kekayaan bagi pihak2 tertentu. Memang hakikat ye. Orang2 kaya neh dok borong beli rumah banyak2 then dia resale ataupun rent dengan harga yang sangat mahal. Bagi dia, dia is doing a bussiness. What's wrong with that. Tapi hakikatnya, kelonggaran polisi berkaitan pemilikkan rumah di negara ini menjadikan manusia2 seperti mereka mengambil kesempatan sehinggakan orang2 miskin ramai yang tak mampu nak beli rumah sendiri.
- How to? Syaratnya ialah, setiap rumah2 yang baru dibina tidak boleh dijual kepada mana2 individu yang sudah memiliki rumah. Ataupun pasangan yang sudah memiliki rumah. Utamakan kepada mereka2 yang langsung tidak mempunyai rumah. Sampai bila nak menumpang rumah sedara mara, ahli keluarga ataupun duduk rumah atas nama orang. Hak ala.
- Bila ada unit2 yang tidak terjual, selepas satu tempoh, 3-4 tahun, baru la mereka2 yang sudah memiliki rumah boleh membeli rumah tersebut.
Kerajaan kena memainkan peranan. Polisi2 yang menjaga kebajikan rakyat dalam hal2 berkaitan perumahan perlu dipertingkatkan. Bukan hanya perlu ;
- Kurangkan harga rumah
- Hentikan spekulasi dan manipulasi harga rumah
- Kecualikan segala jenis cukai dan riba ke atas pembelian rumah terutamanya untuk golongan sasaran, rakyat miskin, serdahana dan miskin bandar
Bahkan perlu ;
- Membina lebih banyak perumahan rakyat
- Memudahkan urusan jual beli dengan memahsuhkan deposit bagi pembeli kali pertama
- Mengutamakan penjualan rumah kepada mereka2 yang tidak mempunyai rumah sendiri
Apa2 pun, jika benar kerajaan nak laksanakan skim rent to own, bacaan pertama aku skim ini bagus. Aku harap Najib boleh laksanakan ia cepat2. Lagi cepat lagi bagus. Dan kalau la tak berlanggaran dengan undang2 negeri dan polisi perumahan bagi negeri2, ada baiknya juga negeri2 di bawah PAKATAN RAKYAT melaksanakan skim ini. Dan, aku rasa skim ini akan membuatkan geng2 yang suka bina kekayaan melalui perumahan akan rasa paneh ahti. Almaklum le. Bila kita sewa rumah dekat dia, kita sewa sampai mati. Tapi bila kita sewa dekat kerajaan, kita sewa dengan harapan untuk jadi pemilik. Mana tak menyirap geng2 neh. Aku harap Najib tak berbolak balik dengan pelaksanaan skim ini. Mao aku maki kaw2 karang.
Kbai.
Updated.
Lupa nak masukkan point neh tadi. Skim rent to own hanya mensasarkan pembeli2 rumah PRIMA. Which is pada aku patut diperluaskan pada rumah2 lelong. Terdapat banyak rumah2 lelong di seluruh Malaysia. Rumah PRIMA neh adalah masalah sikit sebab ;
- Pembinaan meliputi di kawasan tertentu
- Kena tunggu dibina
- Kalau takde rumah PRIMA di kawasannya maka dia tak la dapat memiliki rumah melalui skim rent to own.
Maka ;
- Ada bagusnya kerajaan perluaskan skim ini kepada rumah2 selain PRIMA, contohnya macam rumah lelong
- Ada banyak rumah lelong seluruh negara membuktikan ramai rakyat tak mampu bayar rumah mahal2 selepas berhabis pulas keluarkan deposit apa bagai
- Jadikan rumah2 lelong antara yang boleh dimiliki melalui skim rent to own
Percayalah. Dengan campur rumah lelong + rumah baru = masalah perumahan rakyat selesai. Walaupun agak menyampah tapi ramai juga rakyat rasa seronok jika BN mampu menyediakan solusi terbaik untuk mereka miliki rumah. Tak mustahil sokongan akan kembali kepada BN.
Haha.
Tuesday, September 9, 2014
status FB faizal hamid
Etika Fesyen Wanita Muslimah
Islam adalah cara hidup yang sesuai sepanjang zaman dan Islam tidak pernah menghalang tamadun termasuk dalam fesyen berpakaian yang berkembang serta melalui perubahan.
Perkembangan fesyen memang mempengaruhi cara wanita berpakaian dalam apa jua lapangan. Cuma yang membezakan ialah bagaimana kita menyesuaikan perubahan fesyen dalam lunas hukum syarak. Bagi pereka busana Muslimah paling penting bagi anda untuk memahami batas aurat dalam Islam sebelum kita melahirkan karya rekaan pakaian untuk wanita Islam.
Keistimewaan Islam sebagai cara hidup menyediakan panduan umatnya termasuk menggariskan etika berpakaian yang penuh ketrampilan. Islam menyediakan adab yang sesuai merangkumi kehidupan harian seperti adab makan, cara berpakaian, bekerja, berniaga dan semua berkaitan dengan keperluan manusia.

Oleh itu dalam memperkatakan mengenai fesyen sesuai untuk wanita muslimah, kita tidak sepatutnya mengongkong fikiran dengan menggambarkan pilihan yang terhad kerana sudah jelas Islam tidak menentukan fesyen atau bentuk pakaian. Aspek yang penting perlu diberi keutamaan dalam berpakaian ialah memilih fesyen pakaian yang kita suka dan memastikan ia tidak berlawanan dengan batas hukum syarak.
Dalam membicarakan soal pakaian wanita kontemporari, Islam tidak menetapkan fesyen pakaian atau warna tertentu yang boleh dipakai wanita Muslim. Hanya yang ditetapkan ialah aurat wanita adalah keseluruhan tubuh badannya, kecuali bahagian muka dan telapak tangan. Pakaian wanita Islam perlu mengikut garis panduan syarak antaranya:
• Pakaian itu hendaklah menutup aurat
• Pakaian hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan
• Pakaian itu diperbuat daripada kain yang tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan. Selain itu pakaian hendaklah dibuat daripada kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain itu boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya
• Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang yang melihatnya serta mendatangkan fitnah
• Pakaian itu tidak menyerupai lelaki
• Memakai pakaian menutup aurat, menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita yang penuh ketrampilan
Dalam konteks di Malaysia, kemunculan dan perkembangan fesyen yang cukup pesat dalam mengutarakan jenama-jenama busana Muslimah memang boleh dibanggakan.
Perkembangan busana Muslimah yang ada pada hari ini adalah satu tren fesyen yang menjadi alternatif terbaik wanita Islam yang ingin menutup aurat mereka dengan gaya yang penuh berketrampilan. Fesyen busana Muslimah merupakan alternatif fesyen yang dipakai untuk pelbagai tujuan, masa dan tempat. Dengan adanya pilihan seperti ini, tidaklah lagi pakaian yang bercirikan islam itu dipandang konsevatif, kusam dan sebagainya.
Pereka busana Muslimah juga perlu memperluaskan world view mereka dengan bukan hanya mereka pakaian yang bercirikan Islamik tetapi universal (sejagat) agar dapat diterima semua. Bentuk rekaan seharusnya kontemporari tetapi labuh, longgar dan tidak jarang. Mungkin juga pereka perlu ketengahkan idea yang fashion forward atau menongkah arus tetapi masih menutup badan tetapi menghasilkan sesuatu yang kreatif, praktikal, kormesial dan sesuai dipakai oleh semua bangsa.
Perlu diingat walau seindah manapun rekaan busana muslimah yang dipakai, ia tidak akan memberi makna yang tepat jika sipemakai gagal menggayakan busana tersebut. Daripada pakaian tergambar juga kehebatan diri seseorang, paling penting kewibawaan dan pembawaan diri menjadi kunci utama dalam mendefinasikan imej dan personaliti positif yang dimiliki oleh seseorang itu, selain daripada pakaian itu sendiri. Prinsip sopan wanita Muslimah juga menunjukkan bahawa tumpuan komunikasi mereka ialah dengan intelektualnya bukan tubuh badan.

Isu fesyen pakaian wanita Islam dijuruskan kepada perkara lebih besar dan memberi manfaat seperti mengambil peluang itu untuk membuka perniagaan berasaskan fesyen busana untuk Muslimah bagi memartabatkan wanita yang menutup aurat. Secara ringkas, boleh dijelaskan bahawa pembabitan pereka fesyen busana Muslimah dalam menyediakan pakaian adalah termasuk dalam fardu kifayah (hukum yang memberikan penekanan terhadap kelengkapan dan keperluan hidup). Pada dasarnya, kerja pereka fesyen termasuk dalam kerja kebaikan dan kebajikan yang diharuskan oleh hukum syarak. Oleh yang demikian, adalah lebih baik sekiranya pereka busana Muslimah berusaha mengelakkan diri daripada menyediakan pakaian dan fesyen yang mendedahkan aurat.
Bagi saya, perlu ada usaha menjelaskan dengan tepat konsep aurat dan pakaian mengikut landasan Islam bagi mengelakkan berlaku salah faham atau pertikaian mengenainya. Sebagai langkah permulaan mungkin anak-anak didedahkan dengan konsep berpakaian yang betul menepati hukum syarak dan budaya umat Islam. Pendapat anda bagaimana?

Monday, September 8, 2014
Khasiat Buah Mengkudu
Khasiat Buah Mengkudu
A. Buah mengkudu memang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Namun begitu, hasil penyelidikan yang dilakukan oleh pihak MARDI mendapati buah mengkudu lebih baik untuk dijadikan sebagai bahan perubatan herba. Terutamanya bagi kaum lelaki. Ia dikatakan baik untuk kesuburan sperma, merawat kencing manis, darah tinggi serta buang angin dan cacing dalam perut.
• Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol
• Kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang, pundi kencing, pundi hempedu dan tiroid
• Mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor
• Resdung, asthma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan bayi yang demam selsema
• Gangguan penghadaman – perut kembung, ulcer, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam, buasir, keracunan makanan
• Radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi
• Terseliuh dan gout
• Bisul, luka, kurap, radang, ulser kulit
• Senggugut, gangguan haid
• Gatal celah kelangkang, pelipatan, ulat air dan penyakit kulit
• Awet muda
• Menghilangkan ketagihan dadah dan rokok
• Membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita
• Meningkatkan tenaga tubuh badan
• Mengurangkan stress (tekanan)
• Anti-oxidant

B. Langkah yang perlu anda lakukan bagi memanfaatkan khasiat buah mengkudu:
1. Ambil beberapa buah mengkudu yang sudah masak ranum.
2. Kemudian, bersihkan dahulu kesemua buah mengkudu tersebut.
3. Kisar buah mengkudu itu dengan sedikit air masak.
4. Tapiskan mengkudu yang telah dikisar. Sebab anda cuma perlukan jus atau airnya sahaja.
5. Campurkan jus mengkudu dengan bahan perasa lain seperti madu. Sebab, rasanya agak masam dan pedas kalau diminum begitu sahaja.
6. Minumlah jus tersebut secara perlahan-lahan. Anda boleh meminumnya sekali dalam sehari. Amalkan petua ini berterusan.

Petua Untuk Menangani Bayi Kembung Perut
Petua Untuk Menangani Bayi Kembung Perut
1. Apabila anak kecil menangis kerana kembung perut, pertama sekali yang perlu dilakukan ialah hentikan tangisannya. Ini kerana, tangisannya akan menambahkan lagi angin dalam perutnya.Di samping itu, ambil 2 - 3 biji lada hitam dan tumbuk dan masuk ke dalam pusat bayi.Biarkan dan tepuk belakang badan bayi.
2. Sebaik-baiknya elakkan masalah kembung terjadi pada bayi anda. Sendawa adalah penting untuk bayi selepas bayi makan atau menyusu. Ia juga sebagai tanda yang bayi sudah kenyang.
3. Apabila tali pusat bayi sudah jatuh, memasukan 2-3 biji lada hitam yang sudah ditumbuk ke dalam pusatnya.
Masalah tumit kasar & merekah?
Adakah anda menghadapi masalah tumit kaki kasar & merekah? apakata anda cuba tips ini....Selamat Mencuba
Status FB Sheikh Saleh Al Maghamsi
*status yang menarik untuk dikongsi.Setiap dari kita yang ALLAH ciptakan ada keistimewaan masing2.
Everyone is unique on his own way , and I believe everyone have been blessed by Allah but there are others have been more blessed than others , ( on terms of knowledge, wealth, mentality etc)
Reminder:
Allah will question everyone according to how He create and gave us.
Use Allah blessing to contribute to the society for common good.

Coretan ustaz ebit liew (19)
Seorang lelaki jumpa saya dan kata sifat semulajadinya kasar dan suka marah sehingga isterinya lari bersama anak-anaknya. Tuntut cerai tapi dia tak sanggup nak lepaskan... Dia minta nasihat. Katanya hatinya sayang dan baik tapi cuma dia tak tahu nak ubah sifat kasarnya...
Jawab saya Allah sayang abang. Saya nampak abang lembut sebenarnya. Kerana abang bercakap dengan saya ni dengan wajah yang sayu dan air mata yang bergenang..
Sebenarnya inilah yang isteri dan anak abang nantikan. Tak lebih cuma kejujuran dan lemah lembut. Kalau abang luahkan seperti abang luah pada saya insyaAllah mereka akan maafkan abang..
Siapa gembirakan saudaranya, Allah akan gembirakan hatinya. Abang orang baik. Indahnya jika dengan sepatah perkataan abang boleh membuat keletihan isteri sepanjang hari boleh hilang dan anak-anak yang menjadi anak yang terbentuk dengan sifat seperti Nabi saw dan sahabah. Cukup bila sampai rumah kata, YaAllah syukur rindunya nak balik tengok isteri abang yang berkorban jaga anak-anak dan uruskan rumah. Bila isteri minta tolong, jawab baik sayang. Abang tolong sayang. Sebaiknya belum habis cakap kita dah terus berlari membantunya..puji anak-anak. Syukur Allah beri ayah, anak yang cantik dan baik.Terima kasih Allah..Bila mereka buat baik beri penghargaan. Jika perkara salah peluk mereka atau jika anak besar ajak mereka minum dan beri nasihat seperti cakap dengan kekasih. Pasti mereka akan menjadi orang yang hebat...
Ada orang dengan satu patah perkataan boleh buat orang darah tinggi, sakit jantung, dan musnah hidup orang lain.sedihkan...kita tak suka disakiti Tiada siapa suka. Tapi tulah faktor iman dan tidak kenal Nabi saw....dalam hadis menyakiti hati muslim yang lain dosanya seperti meruntuhkan kaabah. inikan pula anak isteri kita sendiri. Mak ayah sendiri. Suami dan sambil lalu jer ucap sepatah perkataan orang sakit hati. Saya pernah jumpa ramai orang jadi trauma dan gila hanya kerana pasangannya bergurau dengan menyakitkan hatinya.. Saya juga pernah jumpa seorang jadi gila kerana gurauan kawan-kawan. Nabi saw pernah menegur jangan membuat gurauan yang menyakitkan hati seorang Islam lain. Walaupun memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak baik kecuali dia suka. Walaupun dia hitam. Kita panggil si hitam. Bila nak dapat anak? soalan itu ada menyebabkan seseorang tidak tenteram dan bergaduh dengan pasangan...sayangilah semua orang
Seorang pernah tanya Nabi jalan untuk masuk syurga. Jawab Nabi saw jaga lidah dan jaga kemaluan.
Saya lihat ramai orang yang bila dekat dengan Allah bicaranya menjadi lembut..
Dalam Islam antara perkara utama yang perlu diajar pada anak-anak semenjak lahir ialah lemah lembut. Pelajarannya utama melalui contoh. Dengan kelembutan manusia akan tertarik pada agama. Itulah manusia termulia selamanya Nabi saw.
Tanda seorang semakin dekat dengan Allah semakin dia tawaduk dalam solat dan doa. Dan semakin dia lemah lembut pada manusia..
Lemah lambut akan lahir bila kita rasa sayang pada umat manusia seperti Nabi saw.
Umar ra lemah lembut dan tegas.Menangis lihat seorang yahudi mati tanpa Islam. Menangis lihat orang syria masih tidak mengenal Allah. Sanggup buat apa sahaja untuk memujuk seorang yang murtad yang melampau permintaannya. Menangis setiap malam sehingga solat dan saat mendengar perkataan Nabi saw.. Bersedia mendengar isterinya membebel/ meluahkan perasaan tanpa membalas. Minta maaf jika salah. Sanggup tengah malam tolong orang susah. Dan orang itu menyebut perkataan yang merendahkan khalifah sedang dia adalah khalifah. Dia tetap sabar dan melayani wanita itu dengan baik dan bercakap baik dengannya.
Anak-anak umur 0-7 tahun perkara utama yang diajar ialah mencintai Allah dan Nabi saw. Diajar akhlak yang mulia. Lemah lembut, suka senyum, beri salam, pakaian yang sopan, kebersihan.
Allah sayang abang.
Sifat ini perlu dipelajari. Berkawan dengan orang baik. Doa pada Allah. Berfikir sebelum bercakap.
Terima kasih ustaz....insyaAllah saya pun selalu dengar ceramah ustaz..benar-benar masuk dalam hati saya...doakan saya yer ustaz.Betapa saya sayang mereka ustaz.tiada siapa lagi dalam dunia ini melainkan isteri dan anak-anak saya..
Lidah ialah cermin hati. Ada orang lidah baik tapi hati jahat. Tapi sebenarnya tiada orang hati baik tapi lidah jahat. Kerana ia bertentangan dengan kata-kata Nabi saw. Ya Allah ampunkanlah kami semua. Jadikanlah akhlak dan lidah zahir kami seperti Nabi saw. Mudahkanlah abang tadi untuk berubah dan anak isterinya menerima dirinya-ebit lewwww.keluargasunnah.com 14 september 2014 di UPM 7 hari lagi keluargasunnah. Ya Allah jadikanlah asbab hidayah dan kau suka pada kami.
Coretan ustaz ebit liew (18)
>Untuk renungan buat yang sudah berkahwin dan bakal berkahwin..Kehidupan berumahtangga ada pasang surutnya..banyakkan bersabar.sebab masing2 ada kekurangan..Kena saling memahami kekurangan masing2 dan perbaiki..Apapun kembalilah kepada ALLAH.Inshaa allah semuanya akan selamat.
Saya bertanya kepada guru saya seorang alim mengenai 13 orang bercerai dalam seminggu ini. Mereka minta nasihat saya..saya minta nasihat alim ini kenapa jadi begini...saya sangat sedih....
Saya bertanya kepada guru saya seorang alim mengenai 13 orang bercerai dalam seminggu ini. Mereka minta nasihat saya..saya minta nasihat alim ini kenapa jadi begini...saya sangat sedih....
Jawabnya ramai orang baik..tapi tidak pandai menzahirkan kebaikannya..ramai orang saling mencintai tapi tidak pandai menzahirkan cintanya...
Sehingga keduanya bersedih dan menangis dan meraung kerana terpisah. Saling mencintai teramat cinta bertukar menjadi benci dan begitu benci sehingga tidak nampak walaupun satu kebaikan lagi...Ini juga berpunca dari tidak mencintai Nabi saw dengan sebenarnya...Orang yang teramat cinta Nabi saw kehidupuannya sentiasa mencontohi Nabi saw...
Nabi saw orang paling baik kepada keluarganya..Nabi saw buat segala kerja rumah saat beliau berada di rumah. Nabi orang paling rajin saat berada di rumah. Sehingga baju dan kasut yang koyak beliau jahit sendiri.
Nabi saw sentiasa makan berjemaah. Minum dari tempat isterinya minum. Makan sebekas dan sehingga licin. Sangat menghargai makanan. Gembiranya orang yang masak. Tidak pernah complain atau keji makanan. Pernah rambut jatuh dalam makanan tetap berbual kebaikan disebaliknya..Isteri jatuhkan makanan dengan sengaja di depan sahabah Nabi saw kutip makanan dan langsung tidak marah kerana Baginda saw besarkan Allah dan utamakan akhirat..
Nabi saw saat isterinya membuatnya marah tetap baginda saw boleh sebut kebaikan isterinya, diam, mendoakan, dan memanggil isterinya dengan panggilan yang mulia dan disukai isterinya...
Nabi saw boleh menerima kekurangan pada isterinya walaupun baginda saw manusia paling sempurna dan tiada manusia sepertinya..sentiasa memaafkan..
Nabi saw menggunakan kelebihan yang ada pada isterinya untuk kerja dakwah dan kerja agama. dalam mendakwahkan wanita-wanita...
Nabi saw tetap baring atas riba, tidur satu selimut ketika haid dan membersihkan darah haid isteri yang menitik.Ini benar-benar membuatkan isteri rasa benar-benar dihargai..
Nabi saw membiarkan isterinya yang tertidur dan baring atas bahunya. Meminta maaf kepada isterinya walaupun tak salah dan menerangkan sebab tindakannya walaupun sebenarnya tidak perlu kerana itu beliau seorang Rasul.
Nabi saw selalu memberikan hadiah dan penghargaan kepada kebaikan isterinya...pernah Nabi saw kata, Wahai Juwaiyah kamu duduk beribadah dari sebelum subuh dan tidak bangun sehingga waktu dhuha ini.....pujian yang sangat hebat..kemudian Nabi saw hadiahkan zikir padanya..
Nabi saw memuji Abu Bakr didepan Aisyah ra. Menghargai ayah mertuanya....
Nabi saw sangat baik dan merupakan sahabat pada mertuanya...disayangi dan dicintai bukan sahaja oleh isteri malah oleh mertuanya.
Nabi saw dukung isterinya dan kenakan pipinya saat dukung isterinya dengan kasih sayang..
Nabi saw selalu pegang tangan dan gosok-gosok tangan atau peha isterinya walaupun bukan saat bersama...itu membuat wanita rasa dihargai....
Nabi saw sentiasa mendoakan isterinya dan kadang-kadang didengari dan diketahui isterinya.
Nabi saw pernah mandi bersama-sama dan bergurau ketika mandi bersama.
Nabi saw Tahajud dan menangis di waktu malam. Isteri baginda saw selalu ikut solat dibelakang Nabi saw...saat pengabdian Nabi saw di waktu malam..
Nabi saw pernah kata ini salah saya kepada isterinya walaupun Baginda saw tidak salah...
Nabi saw pernah pesan jangan bersama isteri seperti binatang..Juga pernah pesan jangan menolak suami walaupun atas unta(kenderaan tertutup dalam perjalanan)Maksudnya Nabi saw ajar supaya bergurau senda, menggoda isteri, dan benar-benar bersama yakni saling menggembirakan saat membuat hubungan intim. Keduanya mencapai apa yang dinginkan...memahami kehendak pasangan masing-masing.
Nabi saw tidak pernah kata kenapa macam ni..ish..kenapa tak macam ni..tapi saat berlaku Nabi saw kata apa yang berlaku telah ditakdir oleh Allah. Nabi saw tunjuk satu-satu seperti menunjuk orang buta..pegang tangan pimpin sampai destinasi..bukan arah tapi sama-sama buat..
Baginda saw sangat menyayangi anak-anak. Selalu dukung cucunya..Bermain dan mendidik dengan perkataan yang baik..Jagalah Allah..Allah jaga kamu...
Baginda saw sentiasa senyum..Abdullah ibnu haris kata aku tidak pernah lihat seseoang yang lebih banyak senyum dari Nabi saw..
Nabi saw penuh dengan akhlak yang mulia..hormat orang tua..sayang kanak-kanak..suka melayan tetamu yang datang...suka memberi makan dan suka beri salam.
Nabi saw saat bersalam atau pegang tangan tidak akan tarik tangan sehingga orang tu lepaskan...tidak akan alihkan telinga sehingga orang tu habis bercakap yakni mendnegar dengan teramat baik. dan tidak biarkan orang tu berlalu tanpa membantu menyesaikannya...
Begitu juga isteri Nabi saw dan anak wanita Nabi saw mempunyai sifat seperti Nabi saw. Suami isteri saling berlumba menunaikan hak..dan memaafkan hak yang tak tertunai...berlumba buat baik sehingga sama-sama masuk syurga,,dan paling utama mendapat Redha Allah.
YA ALLAH berilah setiap lelaki dan wanita sifat Nabi saw ini-ebit lewwww.keluargasunnah.com 14 september 2014 Ahad UPM. 7 Hari lagi.Semoga menjadi asbab hidayah dan kebaikan buat semua
Petua Wanita Untuk Membina Sikap Bersyukur
Petua Wanita Untuk Membina Sikap Bersyukur
1. Setiap kali anda bangun di awal pagi, ucapkan syukur.
Ucap syukur kerana anda dapat tidur malam tadi Anda dapat rehatkan badan. Ucapkan syukur kerana anda masih hidup hari ini. Sesiapa sahaja berisiko boleh meninggal dunia ketika sedang tidur.Selepas bangum, ucapkan syukur. Tanamkan azam di dalam hati bahawa anda mahu capai tahap terbaik dalam apa jua perkara yang anda lakukan hari ini dan seterusnya.

2. Ketika anda menyediakan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anak, ucapkan syukur. Ketika anda sibuk menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak, niatkan untuk menggembirakan hati mereka. Mereka gembira merasai hidangan anda, kesannya anda akan gembira sama. Apabila terlihat senyuman mereka, ucapkan syukur di dalam hati kerana anda berjaya menggirangkan hati mereka dengan air tangan anda. Jangan pertikaian rasa penat, mengantuk, lemah badan, malas ataupun rasa terpaksa. Hadirkan syukur pada Tuhan kerana anda mempunyai seorang suami yang menyayangi anda, serta anak-anak sebagai penyeri hidup.
3. Lihat sekeliling anda, cari keindahan di sebaliknya.
Hidup anda indah sebenarnya, cuma anda mungkin tidak nampak selama ini. Lihat sekeliling anda, sekeliling rumah anda, bunga-bunga anda, dengar kicauan burung, rasai desiran angin, nikmati kehijauan dedaunan. Rasai ketenangan ketika anda menatap semua itu. Kemudian, ucapkan syukur kerana anda diberi peluang menikmati keindahan alam.

4. Jadikan tugasan sebagai peluang untuk anda berbakti.
Seorang suri rumah, pasti sangat sibuk. Memasak, mengemas, membersih, menghias. Anda pasti banyak tugas yang perlu dilakukan. Jika dilihat dari perspektif lain, tugas-tugasan seorang suri rumah sebenarnya adalah peluang untuk dia beroleh pahala. Niatkan dalam hati, anda melakukan semua pekerjaan anda dengan bakti kepada suami, kepada anak-anak, bakti kepada keluarga anda keseluruhannya. Banyakkan memberi tenaga, banyakkan main peranan. Lakukan kesemuanya dengan kasih sayang. Apa yang anda curahkan, anda akan dapat semula. Percayalah, apabila suami anda puas hati dengan apa yang anda buat, anak-anak memuji usaha anda, hati anda pasti girang dibuatnya. Syukurilah semua itu.

Status Adam Lawrence!
RUQYAH UTK DIRI SENDIRI....xperlu jumpa Bomoh pelik pelik baca KEMUDIAN SHARE untuk manfaat SEMUA org...jgn kedekut Ilmu..
dari Utsman bin Al-Ash radhiyallahu ‘anhu diriwayatkan bahwa,dia pernah mengeluhkan penyakitnya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang penyakit ditubuhnya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ضع يدك على الذي تألم من جسدك Ùˆ قل باسم الله ثلاثا Ùˆ قل سبع مرات أعوذ بالله Ùˆ قدراته من شر ما أجد Ùˆ Ø£Øاذر
“Letakkan tanganmu dibahagian tubuh yang sakit, lalu ucapkanlah:
“bismillah” tiga kali,
lalu ucapkan sebanyak tujuh kali:
“A’udzu billahi wa qudraatihi min syar ri maa ajidu wa uhaadzir”,
(“Aku memohon perlindungan kepada Allah dengan kemuliaan dan kekuasaannya dari segala keburukan yang kudapatkan dan kukhawatirkan.”)
HR.Imam Muslim no.2202 [juga disebut dlm banyak kitab berkaitan thibbun Nabawi ..mudah mudahan bermanfaat...
-Anak Iban-
@Saya sendiri pernah amal doa diatas alhamdulillah sihat sehingga hari ini ..Bermohonlah kepada yang Maha Kuasa.
Sunday, September 7, 2014
Lemon Pepper Seasoning Mix
Lemon Pepper Seasoning Mix
1 cup ground black pepper
1/3 cup dried lemon peel
3 Tablespoons coriander seeds
1/4 cup dried minced onion
1/4 cup dried thyme
1/3 cup dried lemon peel
3 Tablespoons coriander seeds
1/4 cup dried minced onion
1/4 cup dried thyme
Mix all in a blender until smooth.
Use 2 Tablespoons lemon pepper seasoning mix with 1/4 cup fresh lemon juice and 1/4 cup olive oil on 6 chicken cutlets or fish filets. Marinate in the refrigerator for 1 hour.
Grill or Bake at 350 degrees F. for about 20 minutes; turn and bake for an additional 20 minutes or until cooked through.
Find out more by clicking on the link below.
http://www.howtoinstructions.us/category/food
http://www.howtoinstructions.us/category/food
CARA BETUL MENYIMPAN REMPAH-REMPAH:oleh mamak haji
CARA BETUL MENYIMPAN REMPAH-REMPAH:
Bila mamak haji tulis rempah saja..jangan fikirkan ia cuma kayu manis, buah pelaga, atau pun bunga lawang. Bidang rempah atau spice ini sangat luas untuk terokai. Selain dari rempah asal seperti kayu manis dan lain, terdapat juga rempah campuran yang di gelar "masala" dalam bentuk serbuk atau pun pes dalam bekas. Ia seperti rempah kari ikan dan daging, rempah kurmak, keema curry masala, Goda masala, kofta curry masala, Garam masala, Rempah Tandoori, Tikka masala, BBQ tikka, masala Dalca, masala masak merah..dan banyak lagi.
Kebanyakan respi mamak haji berpandukan, "masala" ini. Kalau anda ingin terokai dunia "masala" masakan India ini..memang masalah besar terutamanya mengenal masala-masala ini untuk dapatkan masakan dan cita rasa yang tepat. Inilah maksud mamak haji "kesempurnaan sesuatu masakan adalah setiap kali membaiki masakan kita dan gunakan rempah yang tepat dan campuran masala yang tepat. Kalau hanya mengenal dan gunakan "rempah masala kari ikan "baba's" atau "Alagappa" saja anda belum lagi menjadi terbaik dalam masakan India. Syarikat perniagaan masala tak mengajar kita cara buat masala tapi mengajar kita bagaimana gunakan rempah mereka untuk lariskan produk mereka Sama juga speghetti Bologneese..mereka minta anda gunakan produk tanpa fikir bagaimana buat pes bologneese itu..mereka kata, "jangan jadi rajin, jadi lah malas" untuk jadi malas beli produk kita. Kalau mamak haji pun tulis resepi tanpa memberitahu bagaimana buat rempah itu ..sama dengan syarikat pengeluar produk rempah itu..apa lah gunanya respi mamak haji, cuma jadi pengiklan untuk syarikat mereka..
Status Carl Samsuddin
Tulisan saya pada tarikh 22 Julai 2013 (Last Year)
Salam.
Hari ini genap 1 tahun Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan ke 1200 pasang hari ini. Selama 1 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa saya bermula? Ini saya, cara saya dan tulisan saya. Baca dan fikirkan.
Saya bermula dengan mengkaji sendiri 'asas-asas pembentukan wang di dunia' semasa saya bekerja as a chemist di makmal aerogel di Nilai. Sebagai seorang Chemist - Google, buku, blog dan youtube adalah kawan baik saya. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney saya telaah. Kimia mengajar saya untuk buat kajian sebelum lontarkan konklusi. Dalam 1 tahun saya mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia, dan saya sedar, kita semua banyak ditipu. Dan saya sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Saya takut. Saya berhenti as a chemist kerana saya rasa makin lama saya kerja makan gaji, saya akan jatuh miskin. Sebab saya jumpa INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Gila.
Saya berhenti.
Saya berhenti.
Saya join banking sebab saya nak tau apa bank buat. Dalam kajian saya - 'Banking System' adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita miskin. Saya join bank as 'Gold Trader'. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan EMAS & PERAK sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas bodoh yang makin jatuh nilai. Duit tidak jatuh nilai. Saya gali isi bank sampai Saya jumpa sistem mereka - 'Fractional Reserve System'. Sistem dimana mereka cipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit dicipta, makin jatuh nilai duit dan makin miskinlah kita. Saya kerja sampai saya sampai matlamat saya - no.1 Gold Trader di bank tersebut. Alhamdulillah saya dapat dan terus berhenti. Saya fikir saya harus ubah diri saya sebelum saya ubah pemikiran orang lain.
July 2012 saya bertunang. Dan 5 bulan selepas itu adalah majlis perkahwinan saya. Duit kawin? ZERO. Kerana saya percaya Allah itu maha berkuasa. Saya nak bina masjid, Allah akan tunaikan. Saya gamble. Dan saya pegang pada kata Rasulullah dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Saya lihat Melayu kita? Rupanya kaum asing lebih percaya pada kata Rasulullah berbanding Melayu kita. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah saya cuba! Cuba berniaga. Saya bermula dengan pinjam duit mak saya. RM1,000 untuk buat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang saya Belle. Kenapa saya tak buat loan bank? Sumpah demi Allah saya tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan 'interest/riba' dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Saya nak berniaga kenapa saya nak murkakan Allah? Saya tolak riba. Saya pinjam duit mak.
Saya percaya kuat pada kuasa Allah SWT. Saya cuba jaga solat saya, sedekah saya, kerana sedekah itu penambah rezeki. Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak saya + Jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, saya boleh kawin menggunakan duit saya sendiri (cash), Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang alhamdulillah selesa bersama 2 ekor kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu family members mendapat duit lebih, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri di Setapak dan dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan saya.
Mungkin ini baru 1 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup saya. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 1200 pasang hari ini. Apa yang saya nak cakap. Dunia makin teruk. Saya yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan jatuh miskin kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Hari ini hampir cecah 17% world inflation/year. Keluarlah dari kehidupan 'hanya makan gaji' & carilah duit lebih. Usaha dan ingat! Allah akan bantu. yaAllah dia pemberi rezeki. Saya harap suatu hari nanti dengan rezeki yang saya dapat, saya dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Saya tak kedekut ilmu. Aku boleh bagi 110% ilmu yang aku saya. Jumpa saya. Saya share dan ajar.
Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau bonus tak dapat, cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah dan jujurkah kita semasa bekerja?
HAPPY BIRTHDAY BELLA AMMARA
........................
........................
Hari ini 6 September 2014
Alhamdulilah.
1. Production 10 kali ganda sebulan dari tahun lepas.
2. Berjaya buat brands lain - Pudore dan Osra
3. Berjaya mempunyai studio photography sendiri.
4. Berjaya buka Bella Ammara Shah Alam.
5. Masih berjaya tidak lakukan loan bank dan tidak mempunyai kad kredit.

Masih kuat percaya kuasa ALLAH SWT.
FB petua orang kampung
Tahukah anda..?
Banyak rahsia yang tersimpan dalam kulit kayu manis. Selain dijadikan bahan masakan, kayu manis juga kerap dijadikan ubat. Kulit kayu manis berfungsi memanaskan dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi mengubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Jika kayu manis direbus bersama halia, air rebusan ini dapat menghasilkan satu jenis minuman yang berpotensi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya di bahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang..
Jom amalkan.. Sila share

Coretan ustaz ebit lew (17)
Pengajaran memilukan buat diriku dan kita untuk nilai diri ..
Seorang lelaki terjumpa saya di masjid. Allah ingin memberi satu pengajaran besar buat diri saya dan saya teringin kongsi dengan tuan puan di luar sana.
Dia peluk saya dari belakang. Ustaz ebit lew, saya sayang ustaz kerana Allah. Saya pusing dan kata padanya, pasti Allah lebih menyayangi abang lebih dari abang sayang saya. Kerana abang sayang kerana Allah...Kerana dia.
Dia menangis teramat sangat. Saya ingin minta nasihat ustaz..saya dah buntu. Dah seminggu saya tak balik rumah. Saya tidur masjid dan berdoa...Saya tak boleh tengok rumah saya. Saya datang rindu isteri saya teramat sangat..
Saya pandang mukanya kerana ingin tahu. Wajahnya dengan air mata yang bergenang dan akhirnya menangis.
saya sedih. dia menangis..Saya banyak salah isteri saya.....
Dulu saya susah.. Kami hidup susah bersama-sama. Benar-benar tiada harta. Satu hari Allah beri saya kesenangan dan kekayaan melimpah ruah. Tidak berhenti rezeki saya. Saya belajar agama tapi saya dah lupa semua dan mula hidup dengan dosa dan kejahilan. Saya cari pelacur setiap malam. Saya sanggup pergi jauh cari pelacur kerana kononnya tiada kepuasan di rumah..setiap hari balik lewat.
Isteri saya sayang dan percaya saya. Dia banyak korban buat saya. Dia bersabar mendoakan saya. Pernah dia kata, abang baik kuat bekerja untuk saya. Terima kasih abang..Dia kuat solat dan berdoa. Kami tiada anak ustaz walaupun sudah lama kahwin.
Satu malam saya balik lewat. Isteri saya sedang berdoa malam tu ustaz. Malam Ramadhan baru ni. Saya pergi ke tempat jahat. Balik dia picit kepala saya. Dia peluk saya. Tapi saya tolak dia. Saya kata pergilah tidur. Sebenanrya badan saya kotor kerana buat dosa dan maksiat. Saya cuba tidur.
Isteri saya solat dan mengaji. Saya tengah fikir nak marah suruh dia mengaji perlahan. Saya baran dan pemarah. Saya pun tidur tak sedar-sedar. Saya sedar pukul 1 tengah hari kerana hari ahad. Saya tak solat dah lama. Saya kejut isteri saya. Dia baring sebelah saya...saya tiba-tiba terasa nak peluk dan teramat rindu padanya kerana sudah lama kami tidak bersama.
Macam biasa saya kejut. Saya panik....rupan-rupanya isteri saya sudah tiada ustaz. Isteri saya dah tinggalkan saya ustaz...dia terus menangis...dan menangis...saya pun tak boleh tahan dan turut menangis..macam tak percaya sebab dia sihat sahaja..

Dia menangis dan menangis sepanjang cakap. Isterinya sudah tiada. Isterinya yang baik dan setia berbuat baik padanya...dia kata saya teramat sedih. Saya bertaubat ustaz. Saya cuma nak tanya ustaz boleh tak saya doakannnya. Sampai tak padanya..
Jawab saya, Allah sayang abang. Seluruh kebaikan yang abang buat dalam hidup ini akan buat Allah sayang abang dan arwah isteri abang. Kerana dengan doa dan nasihatnya dan kesabarannya,akhirnya Allah beri hidayat pada abang. Dia benar-benar isteri sejati. InsyaAllah dia dalam syurga atas kerana berkat kesabarannya...
Bagaimana kita boleh lupa orang yang pernah lapar bersama..Menangis bersama. Susah bersama. Saat kita berduit kita khianat pada mereka..Lupakan nikmat yang Allah kurniakan pada kita.....
Hargailah isteri yang kita sayang kerana Allah... Setiap anak adam buat silap tapi yang terbaik yang minta ampun pada Allah-ebit lew
Dijemput semua keluarga sunnah 2.0. di Dewan Besar UPM. Lagi 8 hari. Ahad 14 september 2014. Ramai juga orang yang tidak berkemampuan ingin mendaftar...agak ramai juga.Kepada sesiapa ingin menaja ibu tunggal yang kurang kemampuan dan mereka yang tidak mampu juga boleh hubungi 03 8926 7020 atau 017 3666 848 atau www.keluargasunnah.com.
Subscribe to:
Posts (Atom)