Friday, September 11, 2015

Sembang Niaga (28) bersama puan ainon

Tip bisnes...
Apabila kita menjalankan bisnes trading, kita wajib mempunyai sales excecutive sepenuh masa. Tidak boleh tidak.
+ Kerjanya adalah menjalankan sales.
...
+ KPI-nya adalah jumlah sales.
Bagaimana dia menjalankan sales-nya, itu tertakluk kepada strategi marketing yang digunakan oleh syarikat kita

Tuesday, September 8, 2015

Sembang Niaga (27) bersama Puan Ainon

Strategi mengembangkan bisnes....
Apabila kita menjalankan bisnes, kita kena ada 'growth strategy', yakni strategi bagaimana bisnes kita mahu dikembangkan.
Growth strategy wajib dibuat oleh CEO. Kalau kita yang menguruskan syarikat, kitalah CEO itu.
...
.
Katakanlah, kita sekarang membuat dan menjual jubah. Apa growth strategy bisnes kita untuk 5 tahun akan datang?
+ Keluarkan lebih banyak jubah? Besarkan kilang pengeluaran jubah kita? Beli lebih banyak mesin? Ambil lebih banyak pekerja?
+ Keluarkan produk-produk lain, bukan jubah sahaja? Keluarkan tudung? Keluarkan telekung? Keluarkan baju kurung?
+ Keluar dari bisnes jubah? Jual bisnes sekarang? Buka bisnes baru? Terokai sektor baru? Import tekstil? Jual tekstil?
Atau apa?
.

Sembang Niaga (26) Bersama Puan Ainon

Jangan pinjam duit disebabkan duit tak cukup! Ini silap besar. Ini pasir jerlus dalam bisnes.
Ini serupa kita menuangkan air ke dalam cawan bocor sambil mengharapkan cawan akan penuh.
.
...
Kita hanya boleh memohon kemudahan bank apabila mahu membiayai pelan perkembangan bisnes. Duit sekarang cukup. Syarikat kita buat untung.
Namun kita mahu mengembangkan bisnes, maka diperlukan suntikan modal baru. Baru kita pergi bank!

Sembang Niaga(25) bersama puan ainon

Masuk black list sangat mudah.... Semudah mengeluarkan 3 keping cek tendang!
Apabila nama kita sudah masuk dalam senarai black list:
+ Kita tidak boleh membuka syarikat lagi.
...
+ Kita tidak boleh duduk sebagai ahli lembaga pengarah syarikat lagi.
+ Kita tidak boleh membuka akaun bank lagi.
+ Kita tidak boleh membuat pinjaman lagi.
+ Kita tidak boleh lagi mengambil financing bagi membeli kereta dan rumah.
.
Siapakah yang memasukkan nama kita ke dalam senarai black list?
Mana-mana pihak yang kita berhutang kepadanya, dan hutangnya tidak kita bayar!
Malah, jikalau kita adalah penjamin sahaja, nama kita akan dimasukkan ke senarai hitam. Ini termasuklah penjamin pinjaman pelajaran MARA

Sembang Niaga (24) bersama puan ainon

Perihal tersalah ambil tip bisnes....
Apabila kita peniaga kecil, ambillah tip-tip bisnes dari peniaga kecil lain.
Contohnya, jika kita mahu buat bisnes dropship, ambil tip dari peniaga dropship lain.
...
Jika kita mahu buat bisnes roti budak sekolah, ambil tip dari Puan Reni Bt Rahmat.
Jangan kita ambil tip bisnes dari 'orang besar'. Tip bisnes dari orang besar sesuai untuk bisnes orang besar.

Sunday, September 6, 2015

Doa rawatan barah-ketumbuhan-cyst oleh bokkhari hj mohamad



Atas permintaan seorang hamba Allah yang memerlukan rawatan ketumbuhan untuk mak saudaranya. Semuga diberi Allah SWT kesihatan yang baik dan kesembuhan yang cep...at..amin.
Jom sama-sama kita berdoa supaya mak saudaranya cepat sembuh.
Sila share doa ini kepada kengkawan yang menghadapi masalah ini
Dari Mu’adz bin Anas Radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Barang siapa mengajarkan ilmu, maka baginya pahala seperti orang yang mengamalkan ilmunya dan tidak akan mengurangi pahala orang yang melakukan amal tsb.”

Khasiat pokok kalumpang atau sireh tanah oleh che murad abdullah

“Paksu kena amalkan minum jus daun ni..sangat mujarab untuk merawat gout. Sejak amalkannya paksu dah boleh bergerak macam biasa, doktor pun terkejut tengok peru...bahan paksu” terang paksu bersungguh-sungguh..
dikedai sengsei daun-daun ini dikeringkan dan dijual antara RM10 – RM30 sekilo sebagai herba untuk merawat GOUT!
pokok ketumpang atau sirih tanah ni yang biasanya tumbuh ditempat yang lembab seperti ditepi pasu atau longkang adalah bagus untuk merawat
1.darah tinggi,
2. kencing manis,
3. gout,
4. batuk ,
5. selesema.
6. Penawar sakit sendi dan perut
7. Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
8. Mengubati dan meredakan cirit-birit
9. Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)

Tumbuhan ini dikatakan mampu mengurangkan paras asid urik di dalam badan lantas sesuai dijadikan ubat gout dan mengatasi masalah buah pinggang. Ia juga dikatakan mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, anti bengkak dan penahan sakit
Selain daripada menjadi bahan utama di dalam masakan, ia juga sesuai dibuat ulam.
Daunnya yang dihancurkan dan disapukan pada kepala juga dikatakan mampu menghilangkan demam dan sakit kepala.
juga amat berkesan untuk penyakit HFMD (TANGAN, KUKU DAN MULUT) yang amat ditakuti dan mengerikan.