Friday, January 30, 2015

Jom kita kongsi tip-tip mengenai ayam sikit bersama Mamak haji

Jom kita kongsi tip-tip mengenai ayam sikit...
1. kalau anda membeli ayam frozen tentukan bungkusan masih solid dan dibungkus rapi. Jika ayam frozen telah dicairkan pembekuannya..jgn sekali bekukan kembali di peti sejuk kerana ia akan beri ruang untuk pembiakan bakteria yang bahaya.
2. Ayam yg telah cairkan dari pembekuan perlu masak sebelum 12 jam. Jangan refrozen balik ayam telah cairkan aisnya.
3. Kalau nak bekukan ayam segar dari pasar, balut ayam dengan wrapper plastik (longgar sikit) dan tentukan lelehan air dari ayam tidak tersentuh dgn bahan makanan lain di dlm peti sejuk. Semasa bekukan ayam tentukan buang semua udara dlm plastik itu seberapa yang boleh. Ayam segar yg anda frozen perlu digunakan dalam 2 hari saja tetapi ayam frozen yg dibeli dari supermarket boleh guna utk masak selama 8-12 bulan atau tempuh yg tertera dibungkusan.
4. Ayam penuh perlu dilembutkan (nyah ais) dibahagian suhu dingin peti sejuk tetapi ketulan ayam boleh dilembutkan guna micro oven dgn susunan bahagian tebal isi diluar piring supaya cairkan ais dilakukan sekata. Jangan sekali lembutkan ayam dalam suhu dapur (suhu sekeliling) atau dalam air paip. Ini kerana bakteria seperti samonella menjadi lebih aktif bila ayam frozen terdedah dgn suhu yg suam diluar.
5. Tentukan Ayam frozen dihilangkan ais sepenuhnya nya sebelum guna untuk masak.

Resipi Taco Tortilla oleh mamak haji

 Resipi 'Taco Tortilla' - taco ialah masakan inti tradisional untuk tortilla yang dilipat dua, digulung atau berbentuk kon. Intinya berbagai-bagai termasuk ayam dan dan daging cincang, sayuran, cheese ditambah dgn salsa, avocado, daun ketumbar, tamato, bawang atau lettuce (salad bulat). Untuk buat respi sos taco ini yang penting "Perencah Rempah Taco atau Taco Seasoning". Tanpa ini taco anda tak jadi. Ingat lagi respi buat sendiri "Garlic Powder" dlm respi ini perlu digunakan.
BAHAN-BAHAN UNTUK PERENCAH TACO:
- 1.4 cawan serbuk cili.
- 1/4 cawan serbuk jintan putih.
- 1 sudu besar serbuk bawang putih / Garlic powder.
- 1 sudu kecil daun kering kisar oregano.
- 1 sudu kecil paprika.
- 1/4 cawan garam.
- 1 sudu kecil serbuk kasar lada hitam.
Caranya:
Masukkan dalam botol tutup tudung dan goncang sehingga adunan ini sebati. Ia simpan selama 6 bulan yea.



tazkirah hari ini 151:Ustaz Muhammad Fawwaz | Cara Nak Potong Bisikan Syatian

Sunday, January 25, 2015

Resipi homemade kicap sos ikan oleh mamak haji

RESEPI: KICAP SOS IKAN BUAT SENDIRI.
Bahan-bahan:
- 1 kati isi ikan tenggiri (1 kati itu 600gm).
- 5 ulas bawang putih diketuk dan cincang kasar.
- 1 biji limau nipis sederhana, perah dan ambil jusnya.
- 5 helai daun salam..daun salam indonesia pun boleh.
- 2 sudu kecil biji lada hitam.
- 1 - 2 cawan air tanpa klorin..hehehe..air sungai kot?. Tapi jangan bubuh pulak obat anti-klorin untuk aqurium bela ikan pulak..air paip itu kalau biarkan semalaman klorin akan mendak kebawah..ambil air diatas saja..ok.
- 1 tsp garam.
cara buat:
1. Lumurkan garam, jus limau dan bawang putih.
2. Basuh potongan ikan tenggiri lebih kurang dalam 1/2 inci kiub.
3. Ambil sebuah bekas kedap udara..botol besar pun boleh..mamak haji pakai botol Horlicks besar. Masukan air yang dibancuh garam ia itu 2 cawan air tanpa klorin dengan 1 sudu atau 2 sudu kecil garam. Air boleh tambah tapi berikan sekurang-kurangnya paras ruang 1 inci pada botol anda kerana air akan bertambah dalam proses fermentasi ikan.
4. Masukkan semua bahan di sebutkan di atas.
5. Tutup rapat-rapat penutup dan simpan selama 2-3 minggu.
6. Selepas tempuh tersebut, tapis airnya dan simpan didalam peti sejuk bahagian bawah...anda boleh gunakan sos ini utk 4-6 bulan..hehehe. terbaik buat sendiri, aroma ikan tenggiri amat sedap kerana ia ikan yang mahal..kalau beli ikan buat budu..budu ditambah air garam dan ditapis boleh juga jadi sos ikan...tak caya try..

Tazkirah hari ini 147:Us Ahmad Rizam Ghazali 14 Jan 14 Penyuci Bagi Hati

tazkirah hari ini 146:Zikrullah Senjata Orang Islam 12 Ogos 2014 Us Ahmad Rizam Ghazali