Himpunan artikel bermanfaat untuk dijadikan panduan dan tatapan semua.Artikel dari pelbagai sumber seperti FB dan lain2.Kepada sesiapa yang berminat untuk kongsi silakan.Sebenarnya untuk rujukan sendiri.Manusia itu mudah lupa.Yang baik untuk diamalkan yang buruk untuk dielakkan.Sesungguhnya hanya ALLAH maha mengetahui diatas segala sesuatu. If there is any comment feel free to email me at azyaz@yahoo.com Thank You.
Wednesday, October 23, 2013
11 fakta perubahan kehamilan
11 FAKTA PERUBAHAN KEHAMILAN | Para ibu yang hamil pasti akan sedar akan perubahan fizikal yang berlaku pada tubuh. Kebanyakkan para ibu tertanya-tanya adakah ini normal atau sebaliknya?!, terutama kepada para ibu yang pertama kali hamil. Fakta di bawah sedikit sebanyak dapat membantu meneroka perubahan-perubahan fizikal yang bakal di alami sepanjang tempoh kehamilan. 1. RAMBUT TUMBUH LEBIH PANTAS DAN TEBAL. Sepanjang tempoh kehamilan, rambut akan tumbuh lebih pantas dan tebal sehingga menjadikan rambut kelitatan berminyak. Untuk mengatasinya, cuci rambut sekerap yang mungkin atau sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. 2. JUMLAH DARAH DAN PARAS HORMON YANG MENINGKAT. Ini akan menjadikan suhu badan akan meningkat dan membuatkan para ibu akan mudah berpeluh dan sering berasa panas. U ntuk mengatasinya, mandilah dengan lebih kerap pada waktu siang, tidak digalakkan mandi pada waktu malam (10 malam keatas) boleh mengakibatkan bayi menghidap astma apabila lahir, dan pakai pakaian daripada fabrik kapas. 3. POSTURAL HYPERTENSION. Urat darah menjadi lebih tebal, ia menyukarkan darah untuk disalurkan dengan lancar kebahagian otak. Hal ini akan menyebabkan para ibu akan sentiasa berasa pening. Untuk mengatasinya, baring dan pejamkan mata atau kepada para ibu yang berkerja duduk dan tundukkan kepala perlahan-lahan hingga ke peha(buat ikut kemampuan) sambil pejamkan mata untuk merasa tenang. 4. PERUBAHAN WARNA PADA PAYUDARA Warna di sekitar putting (aerola) akan bertambah gelap kerana hormon kehamilan dan tubuh akan menghasilkan lebih banayak pigmen. Tak usah bimbang, kerana Warna gelap itu akan hilang setelah melahirkan. 5. SAKIT DI BAHAGIAN ARI-ARI Biasa berlaku pada akhir usia kehamilan, ia biasa di kaitkan dengan kencing kotor(symphisis pubis diasthesis). Untuk mengurangkan kesakitan yang di alami banyakkan berehat, berjalan perlahan-lahan dan banyakkan minum air putih. 6. KEPUTIHAN YANG BANYAK Ia mungkin berlaku ketika sebelum hamil lagi, jika keputihan yang di alami terlalu banyak dapatkan rawatan rapi dari Doktor, banyakkan minum air masak, elakkan pengambilan makanan yang berminyak, elakkan pengambilan minuman berais dan berkarbonat, tukar seluar dalam dengan sekerapnya. Jika dibiarkan dikhuatiri terdapat jangkitan virus candida albicans yg menyebabkan vagina gatal dan berbau! Dan akan mengakibatkan kemudaratan pada bayi yang bakal di lahirkan. 7. SINDROM PRAHAID (PMS) Sindrom ini ada banyak persamaan dengan kehamilan. Jika sebelum hamil para ibu kerap mengalami PMS, perubahan mood yang ketara mungkin lebih kerap berlaku ketika hamil. Jika para ibu mengalami perubahan mood lebih daripada 2 minggu dapatkan nasihat doctor dan banyakkan bertenang. 8. JUMLAH DARAH YANG MENINGKAT. Keadaan ini berlaku sebagai persediaan bagi memastikan bekalan darah adalah mencukupi untuk ibu dan bayi yang dikandung.Lebih banyak jumlah darah yang dialirkan ke saluran darah, lebih banyak kelenjar minyak terhasil. Disebabkan itulah, ada setengah para ibu yang hamil kelihatan berseri-seri dan ada juga sebaliknya. Untuk kelihatan berseri-seri para ibu perlu konsisten dalam pemakanan tambahan atau vitamin. 9. TOPENG KEHAMILAN (CHLOASMA) Sesetengah para ibu yang hamil akan menghadapi masaalah tompok hitam di wajah, di leher. Di bawah ketiak dan di celah-celah pelipat. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana hormon. Untuk mengurangkan masaalah ini dari manjadi lebih teruk penggunaan losyen pelindung sinaran dapat membantu. 10. JERAWAT YANG TERUK Ini di sebabkan kelenjar sebaceous kulit meningkatkan penghasilan minyak. Untuk mengatasi masaalah ini pengambilan vitamin E sangat penting. 11. PAYUDARA MEMBESAR Perubahan ini akan memberi tekanan kepada tulang rusuk. Ini kerana, ketika hamil kapasiti paru-paru meningkat dan menyebabkan saiz dada membesar. Jangan bimbang perubahan ini sebenarnya sangat bagus, kerana ia membolehkan ibu dan bayi mendapatkan bekalan oksigen dengan lancar. Setiap perubahan yang ibu yang hamil pasti ada kebaikkannya, Cuma kadang-kadang kita tidak tahu mengapa dan sebab ia terjadi. Semoga fakta-fakta diatas bisa menjadi panduan yang bermanfaat untuk diamalkan. “TEROKA ALAM KEHAMILAN DENGAN KEINDAHAN” -Rozalina Md Taib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment