Saturday, November 2, 2013

Resipi Char Koay Teow lagi...Mamak haji

RESEPI CHAR KUOY TEOW PENANG - PENYEDIAAN PES DAN GORENG.

PENYEDIAAN PES ATAU KUAH:

Bahan-Bahan:

1 Jug ( 2 liter) air panas (setelah mendidih).
1 cawan gula pasir.
3 sudu besar perasa makanan (Aji Naik Moto).
1 cawan Kicap cair (Chineese HALAL light soy sauce).
1/2 cawan Kicap sos Ikan (cap ikan bawal).
1 cawan Kicap sos ikan(cap sotong).

Gaulkan semua bahan-bahan tersebut dalam sebuah bekas sehingga gula larut. Pes anda telah sedia. Kemasinan pes anda bergantung kepada jenama kicap yang digunakan, maka anda perlu tentukan setiap kuantiti adunan dengan cita rasa anda sendiri. Anggaran kuantiti diberikan adalah sebagai panduan saja.
nota: Mamak Haji tidak gunakan sos tiram kerana sos ikan dan Perasa makanan digunakan. Sekiranya anda ingin gunakan, tentukan pes anda jangan terlalu masin dan pekat.

CHAR KUEY TEOW PULAU PINANG:

BAHAN-BAHAN:

- 500gm. kuey teow.
- 5 biji telur.
- 100gm taugeh.
- Secekak daun kucai
- 1/2 kilo udang besar segar bersaiz " A".
- 250 gm Cili Boh (diketuk 3 ulas bawang putih dan masak hingga pecah minyak. Ditepikan).
1 cawan minyak masak.

CARA-CARA MEMASAK:

1. Bersihkan udang. Jangan buang kepala dan kulit. Cuma gunting sesungut dikepalanya.

2. Daun kucai dibersihkan dan potong sepanjang 1 inci. Taugeh dibasuh bersih.

3. Panaskan kuali dengan agak api yang kuat, apabila kuali panas masukkan minyak masak. Masukkan udang sebanyak tiga ekor dan goreng cuma 15- 20 saat. Bila kulit udang bertukar warna kemerahan segera keluarkan kuali dari dapur dan masukan udang dalam alam sebuah bekas asing. Kuali yang bertangkai kayu amat sesuai untuk menyediakan resepi ini.

4. Panaskan kembali kuali, gunakan minyak gorengan udang dan masukkan 1 sudu kecil cili boh kepedasan terpulang pada rasa anda perlukan.

5. Masukkan secekak koat teow masukan kedalam kuali , diikuti dengan taugeh dan sedikit daun kucai. Jangan biarkan taugeh dan kucai anda melecur dalam proses ini. Masakan perlu pantas dengan api dapur yang keras 3-5 saat sudah memadai. Masukkan 2 senduk pes yang telah sedia ke dalam kuali . Pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Apabila telur putih mula menujukkan tanda masak, segera keluarkan kuali dan tuang kedalam pingan hidang tersedia. Masukkan udang yang tersedia goreng ke atas kuey teow anda. Boleh guna cili jeruk untuk menambahkan kelazatan.

6. Proses masak koay teow 1 hidangan ini gunakan api yang keras dan seluruh masa masak cuma 2-3 minit. Bayangkan kepantasan yang anda perlu ada pada anda. Masakan ini perlu masak satu demi satu hidangan. Tidak boleh masak selonggok seperti kuey teow goreng. Masak sepingan demi sepingan. Suri rumah tidak perlu berebut seperti tukang masak mahir. Boleh gunakan api max didapur dan masak perlahan sedikit tak mengapa. Uji hidangan pertama untuk rasa garam dan kuahnya secukup. Hidangan seterusnya anda akan mengetahui sendiri apa yang kurang dan lebih. Kicap ini ada berjenis-jenis dan kemasinan dan warnanya tidak seimbang sebab itu hidangan pertama adalah Test Food anda untuk menetukkan pes anda dan juga kuatiti bahan yang telah diadunkan.

7. Simpan pes/kuah yang berlebihan ini ke dalam peti sejuk. Boleh digunakan untuk goreng mee atau beehoon dan maggie yang lazat atau pun resepi kuey teow kerang. kuey teow yang tidak habis digunakan jangan sekali simpan dalam peti sejuk. Bila masak kuew teow anda akan hancur.

Resepi Cili Jeruk:

Bahan-Bahan:

1. Cili hijau dibasuh dan dipotong (cross cut) mengikut size ketebalan yang dikehendaki. Di rendam dalam air kapur ( sedikit kapur masakan dilarutkan dalam air)..selama 1-2 jam untuk mendapatkan keranggupan dan kekentalan cili. Bersihkan dengan dgn air sekurang-kurangnya 3 X kali sebelum digunakan.
2. Cuka dengan gula dimasak dalam bekas stainless steel di atas api yang kecil.. Masukan sedikt garam . Jangan sampai mendidih..suhu yang diperlukan cuma 60-70 darjah centigrade. Tutup api dan masukkan potongan cili anda kedalam air cuka tersebut. Dalam 30-45 minit cili jeruk anda boleh digunakan. Yang berlebihan kita perlu simpan dalam peti sejuk kerana kita tak gunakan sodium Benzoate sebagai pengawet makanan. Sekiranya nak jual dalam botol gunakan Sodium Benzoate dlm kadar yang diluluskan oleh WHO.
 —

No comments: