Sunday, October 27, 2013

~ 4 JENIS REZEKI

~ 4 JENIS REZEKI 

Imam al-Ghazali menjelaskan sesungguhnya rezeki terdiri dari 4 jenis:

1- Rezeki yang DIJAMIN iaitu umur kita, kesihatan kita, air yang kita minum, udara yang kita hirup, semua orang akan memperolehinya.

2- Rezeki yang DITERIMA ialah rezeki yang kita peroleh daripada apa yang kita usahakan. Rezeki tidak akan datang dengan sendirinya tanpa usaha.

3- Rezeki yang DIBERI iaitu dalam rezeki yang kita peroleh ada rezeki orang lain, yang mesti kita beri baik melalui zakat mahupun sedekah.

4- Rezeki yang DIJANJIKAN hanya akan diperoleh apabila dipenuhi syarat-syaratnya.

Apa syarat-syaratnya? Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman:

Dalam surah al-A'raf, 7:96

Ertinya : "Jikalau sekiranya penduduk sesebuah negeri beriman dan bertakwa pastilah Kami limpahkan mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami itu, maka Kami akan seksa mereka disebabkan perbuatannya."

Dalam surah al-Talaq, 65:2-3

Ertinya ; "Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka; dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya"

Jadi sesungguhnya rezeki sebagaimana yang telah ditetapkan pada waktu roh kita dihembuskan, barangkali belum 100% kita terima. Barangkali masih ada tabungan rezeki kita yang hanya akan Allah SWt kurniakan kalau kita mahu taat kepadaNya. Itulah rezeki yang tidak disangka-sangka.

No comments: