Thursday, September 5, 2013

Ayam Goreng rangup 1

TIP UNTUK MENYEDIAKAN RESEPI AYAM GORENG seakan KENTUCKY FRIED CHICKEN YANG LEBIH RANGUP :

1. Kita boleh ciplak resepi-resepi dari restoren masakan tekenal kepada resepi yang lebih lazat dan garing di dapur rumah anda. Anak-anak kita pasti bangga dan suka resepi ibu mereka sama dengan ayam goreng KFC. Sebenarnya bila anda lakukan ciplak resepi orang lain, apa yang anda harus hasilkan ialah satu resepi yang lebih baik daripada resepi ciplak itu sendiri. Maka ujian demi ujian perlu dilakukan untuk dapatkan keputusan yang terbaik untuk jadikan hak milik anda.

1. Ketulan ayam yang bersaiz yang dikehendaki boleh dibeli di pasaraya-pasaraya. Tetapi daging ayam dipasaraya adalah kebanyakannya ialah ayam yang telah sejuk dan dibekukan. Kadangkala entah berapa kali ia di bekukan dan dicairkan ais nya Allahualam tapi yang pasti keadaan ini akan menyebabkan texture dagingnya rosak dan kadang-kala beracun. Suhu penyimpanan di ruang pamiran daging ayam tidak begitu diendahkan dan yang Mamak tak faham bagaimana daging ayam ini tidak berbau berjam-jam tanpa suhu sejuk yang diperlukan untuk mengekalkan kesegaran ayam itu. Mungkin betul juga sesetengah pihak mengatakan daging ayam sekarang direndamkan dalam bahan kimia pengawet untuk mayat. Allahuwallam. Kita makan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita dan keluarga, maka semolek-moleknya belilah ayam segar di pasar-pasar pagi untuk mendapatkan kesegaran daging ayam dan juga untuk menjaga kesihatan keluarga atau pun pelanggan. Walau pun ia mahal sedikit dari daging ayam yang dijual pasaraya-pasaraya terbesar tetapi kita mendapat faedah yang banyak. Ketulan ayam yang telah beli itu perlu dibersihkan dari lemak yang berlebihan.

Sediakan bahan kering (tepung) untuk salutan.

Bahan salutan untuk ayam KFC resepi original ini ialah 1 1/2 cawan tepung gandum dicelur tepung biasanya (kering) dengan 1 1/2 cawan tepung jagung untuk ranggup. Sekiranya anda ingin keras sedikit ranggupan untuk tahan lama tanpa kawalan suhu tambahkan satu sudu besar tepung beras atau tepung ubi. Jangan lupa masukkan 1/2 sudu serbuk penaik (baking powder). Baking powder punyai cara tersendiri untuk mengaringkan ketulan ayam anda.

Anda juga boleh mencuba rahsia resepi KFC original yang lama seperti berikut : 2 cawan tepung gandum biasa, 1/2 sudu baking powder, 2 cawan tepung jagung, perencahnya: 1/2 tsp thyme, 1/2 tsp oregano, 1 tbsp serbuk cili, 1 tbsp serbuk halba (mustard), 1 tbsp serbuk lada hitam, 2 tsp garam bawang putih dan 1 tbsp garam celery ( 8 ketul ayam), 6-8 cup minyak masak, 2 butir telur yang dipukul untuk salutan awal sebelum diadunkan dgn tepung. Rahsia sedap ayam goreng kfc ialah Aji no moto 1 sudu kecil. Suhu gorengan 315 F. Masa 10-15 minit.

4. Sekiranya anda ingin keranggupan dan ketebalan lebih, buat dua kali salutan dengan mengulangi celur dalam telur yang telah dipukul kemudian tepung kering.

Sekiranya anda ingin resepi gorengan Mamak Nasi kandar, ketulan ayam perlu di peram dengan pes bawang putih, halia, bawang dikisar dan juga serbuk kunyit dan daun kari yang dihiris. Masukan telur yang telah dipukul dalam adunan peraman. Tentang kelikatan adunan tepung terpulang pada anda. Ketebalan salutan terletak pada adunan tepung. Biasanya mamak haji gunakan perwarna merah oren untuk mendapat warna kemerahan hasil gorengan. Gunakan 1 sudu kecil baking powder. Mamak suka buat adunan tepung beras dan tepung gandum kerana ia lebih tahan lama dalam keadaan sejuk.

No comments: