Saturday, July 12, 2014

Penawar Sakit Kepala


*kepada yang kerap sakit kepala bolehlah cuba cara ini.

Pertama, anda harus meramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk berisi air. Basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.

Cara yang kedua, tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumur serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.

Kaedah ketiga, perahkan sebiji limau nipis kemudian gosokkan pada kepala yang telah dibasahi air.

Biarkan selama lima minit. Selepas itu ramaskan dua biji limau nipis lagi dalam sebaldi air dan jadikan sebagai air mandian.

Keringkan badan tanpa membilasnya dengan air lain. Lakukan dua kali sehari hingga rasa pening anda hilang

Tazkirah hari ini 48:Bicara Santai bersama Ustaz Fawwaz Mohamad Jan & Ustaz Hafizal Al Jaraqi

Petua Memasak Untuk Berdiet

Bagi anda yang mementingkan kesihatan tubuh badan pastinya akan menjaga penampilan diri tidak kira dalaman mahupun luaran. Untuk itu, amalan berdiet lazimnya menjadi pilihan golongan ini. Tetapi sekiranya anda yang baru mahu mencuba teknik berdiet, dinasihatkan untuk menambah pengetahuan dalam cara penyediaan atau teknik memasak yang betul supaya diet anda itu tidak sia-sia. Berikut ada tips yang boleh anda ikuti:

  • Tos minyak yang berlebihan selepas anda mencelur, membakar atau memasak makanan yang berlemak.

  • Jangan menyapu makanan dengan lemak atau minyak yang menitis. Gunalah air buah-buahan, air perapan atau lain-lain bahan yang tidak berlemak atau berminyak.

  • Lebih baik mencelur, membakar, merebus dan mengukus makanan daripada menggoreng.

  • Buang semua lemak yang kelihatan pada daging yang akan anda masak dan buang semua kulit dari ayam.

  • Hidangkan sebahagian yang kecil sahaja hidangan yang mengandungi lemak. Selebihnya hiding makanan seperti mi, nasi, kekacang dan sayuran.

  • Gunakan putih telur dan elakkan bahagian kuning apabila perlu menggunakan telur untuk sesuatu resepi.

  • Guna keju rendah lemak, mozzarella yang diperbuat daripada susu separuh krim dan lain-lain keju tanpa lemak, selain keju biasa.

  • Gunakan buku masakan yang mengandungi resepi rendah lemak. 

Petua Untuk Memilih Tudung Awet Muda

Petua Untuk Memilih Tudung Awet Muda
a. Sebelum anda memilih tudung, fikir di mana ia mahu digayakan, ke pejabat atau ke majlis rasmi atau majlis makan malam? Jika ke pejabat, tudung yang dipakai jangan terlalu besar dan lebar. Ini bagi mengelakkan anda membuang masa membuka dan mengikat tudung selepas waktu solat. Itu belum ditambah lagi dengan tudung pin yang dipinkan di tudung.
b. Untuk memastikan fesyen ikatan itu sesuai dengan wajah, cuba dahulu di depan cermin dan gayakan sendiri. Jika ia nampak selekeh atau tidak kemas, lupakan sahaja. Lebih baik bertudung ringkas yang kemas daripada mengikut aliran terkini kerana tidak mahu ketinggalan tetapi akhirnya ia kelihatan sangat hodoh.
c. Pastikan anak tudung tidak dipamerkan sama dengan tudung. Penampilan akan lebih awet muda jika anak tudung tersorok. Dalam bertudung, ada kalanya anak tudung tidak perlu dipakai mengikut kesesuaian kain. Tetapi jika memilih untuk memakai anak tudung, cari anak tudung yang diperbuat daripada kain yang mudah serap peluh seperti cita, casa, viscose atau sutera. Jangan pilih kain rayon atau nylon yang panas.

3 Petua merawat resdung

Golongan yang mengalami masalah resdung tentunya menderita rasa yang sungguh tidak selesa. Ini berekoran dari simptom-simptom seperti muka ditumbuhi jerawat, mulut yang berbau, gatal mata dan hidung dan terasa di permukaan wajah seolah-olah ada pergerakan halus. Bagi membantu anda menghadapi masalah ini, berikut ada tiga petua yang boleh anda ikhtiar.

  • Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

  • Petua yang kedua, ambil beberapa helai daun tembikai yang sudah kering. Kemudian gulung seperti rokok. Bakar di hujungnya dan hisaplah seperti menghisap rokok. Hembuskan asap melalui hidung beberapa kali. Amalkan petua ini sekali seminggu.

  • Petua yang ketiga lebih ringkas dan mudah, caranya adalah tumbuk tiga sudu jintan. Kemudian, bungkus dalam kain putih dan hidu setiap kali sebelum tidur. 

Tazkirah Hari ini 47:09-07-2014 Dr.Asri Zainul Abidin: Faktor Kemustajaban Doa

Flat Tummy water

Tazkirah Hari ini 46:[LIVE]Tazkirah Zohor Khas - Ustaz Fawwaz Md Jan

Petua Melayu Lama Untuk Melegakan Sakit Kepala

Petua Melayu Lama Untuk Melegakan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis (yakni hujung kening/eyebrow). Bawang tersebut akan menyedut bisa pada kepala. Biarkan semalaman. Hirisan bawang tersebut akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Sekadar berkongsi info:Mungkin memberi manfaat!Yakinlah bahawa islam akan Menang!



Maklumat yang sangat bermanfaat untuk dibaca. Boleh la tambahkan sedikit pengetahuan tentang apa yang berlaku di Palestine dan israel. Dah baca tue jangan la sindir2 orang macam semua info pasal Palestine ko dah hadam sangat. Relax la. 
Baca ;
Kronologi konflik peperangan antara israel dan Palestine.
Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit Subur, sebuah kawasan yang pada hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan, Jordan, Israel, Gaza, dan Tebing Barat. Disebabkan kawasan tanahnya yang subur, luas, dan kedudukan geografinya yang penting sebagai penghubung komunikasi antara Afrika, Asia, dan Eropah, Palestin sering ditakluk sehinga lebih kurang 30 kali dalam sejarahnya yang telah menjangkau 5000 tahun.
Bangsa Kanaan merupakan kaum nomad yang sampai ke Palestin dari padang pasir beribu-ribu tahun sebelum kedatangan Nabi Isa a.s. dan mereka merupakan bangsa pertama yang menghuni kawasan tersebut sebagaimana yang banyak dinyatakan dalam kajian-kajian ahli sejarah. Mereka menamakan negara mereka sebagai Kanaan (Canaan). Perkataan Palestin dicipta oleh orang Yunani yang membawa maksud tanah air orang Philistina atau Filastin dalam bahasa Arab. Pada abad ke 19 dan 20, sebahagian besar tanah Palestin telah diceroboh oleh pendatang Yahudi dari Eropah dan pada tahun 1948 mereka mengisytiharkan penubuhan negara Israel di sebahagian besar tanah Palestin setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk memecahkan Palestin yang diperintah dengan mandat antara bangsa Arab Palestin dengan Yahudi.

Kronologi Sejarah Konflik Palestin Dan Israel

Berikut merupakan rentetan beberapa peristiwa penting dalam perkembangan konflik Palestin-Israel sejak penguasaan Khilafah Utmaniyyah sehingga tahun 2005:
1516
Pemerintah Uthmaniyyah dari Turki menakluki keseluruhan Timur Tengah termasuk Palestin. Mereka telah menguasai kawasan ini selama 400 tahun.
Abad ke-19
Orang-orang Yahudi ditindas di Eropah. Kumpulan-kumpulan kecil Yahudi Eropah mula berhijrah ke Palestin. Mereka bersepadu dengan penduduk Arab dan mendapat tempat perlindungan untuk mengamalkan agama mereka. Apabila kolonialisme Eropah menakluki hampir seluruh dunia, lahirlah gerakan Zionisme, iaitu sebuah gerakan politik yang mendakwa bahawa menurut Old Testament dan New Testament, semua orang Yahudi mempunyai hak ekslusif ke atas Palestin. Pada masa yang sama, pemerintahan Uthmaniyyah ke atas Palestin dan Timur Tengah menjadi kian lemah.
1869
Sebuah konsortium Perancis-British telah membina Terusan Suez, menerusi Mesir. Terusan yang dibuka pada 1869 ini menjadi jalan pintas ke jajahan Perancis dan jajahan British Ia menjadi cukup penting sehingga British menggabungkan Mesir ke dalam empayarnya pada tahun 1882. Terusan Suez dan kedudukan Timur Tengah yang strategik membuatkan kawasan ini amat diperlukan oleh penjajah.
1896-1897
Theodor Herzl, salah seorang pengasas Zionisme telah menulis sebuah buku berjudul The Jewish State. Dalam buku ini, Herzl menyokong pembentukan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun berikutnya, gerakan Zionis mengadakan kongresnya yang pertama di Basel, Switzerland. Penyokong Zionisme mula menguruskan penghijrahan orang Yahudi secara- besar-besaran ke Palestin.
1908
Minyak ditemui buat kali pertama di Timur Tengah oleh orang British di Iran.
1914-1916
Perang Dunia Pertama meletus. Orang Turki bimbang dengan pengaruh Britain dan Perancis yang semakin kuat di Timur Tengah, lantas mereka bersekutu dengan Jerman. Zionis bekerjasama dengan Britain dan mendesak Britain menyokong penghijrahan orang Yahudi ke Palestin. Sebagai balasan, mereka menjanjikan negara Yahudi yang terbentuk nanti akan melindungi kepentingan British di Terusan Suez. Pada masa yang sama, Britain berjanji kepada orang Arab bahawa mereka akan diberikan kemerdekaan jika mereka bangun menentang orang Turki. Justeru orang Arab memulakan pemberontakan. Sementara itu, Britain dan Perancis telah bertemu secara sulit. Dengan menjangkakan bahawa orang Turki akan ditewaskan, kedua-dua kuasa ini merancangkan pembahagian Timur Tengah melalui Perjanjian Sykes-Picot.
1917
Perisytiharan Balfour pada 2 November menyaksikan Setiausaha Luar Negara Britain, Lord Balfour mengumumkan sokongan bersepadu kerajaan Britain kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin. Orang Arab membantah. Britain menenangkan mereka dengan berjanji bahawa penempatan Yahudi di Palestin hanya dibenarkan sejauh mana penempatan mereka sejajar dengan kebebasan politik dan ekonomi penduduk Arab. Bagi rakyat Palestin, 2 November menjadi hari berkabung buat seluruh negara.
1918
Orang Arab membebaskan Damsyik daripada pemerintahan Uthmaniyyah. Walaupun mereka telah dijanjikan kemerdekaan, namun sebulan kemudian Britain menguasai Damsyik. Britain, Perancis dan Amerika Syarikat memenangi Perang Dunia Pertama.
1920-1939
Liga Bangsa dibentuk, dan jelas sekali sebahagian besar negara ahlinya merupakan negara Eropah. Liga memberi Perancis mandat ke atas Syria, manakala Britain diberi mandat ke atas Iraq, Jordan dan Palestin. Di sini mandat ringkasnya membawa makna Britain dan Perancis mentadbir kawasan-kawasan ini sebagai jajahan de facto. Pada 1 September 1920, Perancis membentuk Lubnan Besar, merangkumi Gunung Lubnan dan beberapa bahagian Syria.
Dengan persetujuan British, Zionis memulakan penghijrahan orang Yahudi Eropah secara besar-besaran ke Palestin. Antara tahun 1919 dan 1936, penduduk Yahudi di Palestin bertambah dari 58 000 kepada 348 000 orang. dalam tempoh yang sama, penduduk Arab di Palestin bertambah dari 642 000 kepada 978 000 orang. Zionis menubuhkan Dana Kebangsaan Yahudi untuk membeli tanah di Palestin tetapi mereka dapat memperluaskan bahagian tanah mereka sebanyak 5.6 peratus sahaja.
Rakyat Palestin membantah penhijrahan Zionis yang semakin pesat, tetapi Britain tidak bertindak balas. Pada tahun 1936, Palestin mengisytiharkan mogok peringkat kebangsaan sebagai membantah penghijrahan Zionis. Tidak lama kemudian mogok rakyat Palestin bertukar menjadi pemberontakan bersenjata terhadap British. Namun pada tahun 1939, British bersama Zionis telah berjaya menghancurkan pemberontakan tersebut.
1943
Kemerdekaan Lubnan, dan kuasa diagih-agihkan mengikut agama dengan kekuatan sesuatu komuniti agama didasarkan kepada bilangan yang diandaikan. Kuasa orang Kristian tidak dapat ditandingi, dipastikan oleh nisbah enam ahli Kristian kepada setiap lima ahli Islam di Parlimen. Presiden mesti seorang Kristian Maronite. Perdana Menteri seorang Muslim Sunni, Speaker Parlimen seorang Muslim Syiah dan seterusnya daripada struktur yang berasaskan kepercayaan agama atau gabungan yang terbentuk daripada komuniti bangsa. Pegawai kanan Angkatan Tentera Lubnan kebanyakannya orang Kristian.
1939-1945
Perang Dunia Kedua meletus. Dasar British berkaitan Palestin berubah dan secara tiba-tiba sahaja mereka cuba menghadkan penghijrahan Zionis untuk menghalang orang Arab daripada menyokong Jerman. Zionis mengaturkan penghijrahan secara haram dan terus terang menentang British. Di Eropah, Adolf Hitler memulakan penghapusan etnik Yahudi. Sebelum Jerman tewas, berjuta-juta orang Yahudi telah dibunuh. Lebih daripada 200 000 orang Yahudi dapat berhijrah ke Palestin di bawah program Zionis. United Nation (UN) atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan. Syria, Lubnan, dan Jordan mencapai kemerdekaan tetapi tidak Palestin.
1946
Pertempuran ganas antara orang Yahudi Zionis dengan rakyat Palestin. Britain tidak lagi dapat mengawal keadaan dan membiarkan PBB memikul tanggungjawab ke atas isu Palestin.
1947
Resolusi Pemecahan yang ditetapkan oleh PBB membahagikan Palestin di bawah mandat Zionis Yahudi dengan orang Arab Palestin. Rakyat Paletsin menolak pembahagian tanah air mereka. Zionis bersiap sedia untuk menghadapi pemecahan dan memulakan kempen keganasan terhadap rakyat Palestin untuk memaksa mereka lari meninggalkan kampung halaman.
1948
Tentera-tentera British meninggalkan Palestin. Zionis mengisytiharkan negara Israel untuk kaum Yahudi. Negara-negara Arab menghantar angkatan tentera untuk menentang negara baru ini. Sejumlah 800 000 rakyat Palestin lari sebelum kemaraan askar Israel. Ankatan tentera Arab terpaksa berundur dan hanya mampu mengekalkan Tebing Barat Palestin dan Gaza. Jordan menguasai Tebing Barat dan Mesir mengambil alih pentadbiran Gaza.
1949
Israel diterima sebagai negara anggota PBB. Pada masa yang sama PBB mengarahkan Israel untuk membenarkan rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka, tetapi Israel tidak mematuhi arahan ini. Akhirnya rakyat Palestin terpaksa tinggal di kem-kem pelarian di bawah kelolaan UNRWA (Agensi Bantuan dan Kerja Amal PBB) di Jordan, Lubnan, Syria, Tebing Barat, dan Gaza. Rakyat Palestin tidak menubuhkan sebarang gerakan penentang tetapi sebaliknya mereka bersikap tidak peduli dan menanti sahaja kedatangan tentera Arab untuk membebaskan Palestin.
1956
Mesir memiliknegarakan Terusan Suez. Israel, Britain, dan Perancis menentang Mesir. Kesatuan Soviet mengancam akan mengebom Paris dan London. Amerika Syarikat memaksa penyerang berundur. Sekumpulan penuntut Palestin-salah seorang daripada mereka ialah Yasser Arafat- memutuskan untuk bertindak sendiri dan mereka menubuhkan Gerakan Pembebasan Palestin atau al-Fatah.
1958
8 Mei: Perang Saudara Lubnan yang pertama bermula. Perang berakhir pada 14 Oktober.
1964
Negara-negara Liga Arab menubuhkan Palestine Liberation Organization (Pertubuhan Pembebasan Palestin) atau PLO. Pergerakan Fatah tidak menganggotai PLO kerana mereka menganggap PLO terlalu dipengaruhi oleh negara-negara Arab.
1965
1 Januari; Fatah menjalankan operasi gerilanya yang pertama di Israel.
1967
Perang Jun: Angkatan tentera Arab ditumpaskan. Dalam tempoh enam hari sahaja Israel telah menambah wilayahnya sebanyak tidak kali ganda dengan menduduki Semenanjung Sinai di Mesir, Bukit Golan di Syria, Tebing Barat, dan Gaza. Kini seluruh Palestin diduduki. Sejumlah 416 000 pelarian baru dari Tebing Barat dan Gaza tiba di Jordan, Mesir, Syria, dan Lubnan. Kuasa besar Amerika Syarikat dan Russia memulakan serangan diplomatik untuk memujuk negara-negara Arab supaya mengiktiraf Israel, dan sebagai balasan Israel akan beredar dari kawasan-kawasan yang didudukinya. Namun tiada sepatah perkataan pun disebut tentang hak kebangsaan rakayat Palestin.
1968-1969
Perjanjian Kaherah mengesahkan kehadiran rakyat Palestin bersenjata di Lubnan dan menggunakan sebahagian kawasan selatan sebagai tempat melancarkan serangan ke atas Israel. Ketiadaan angkatan bersenjata selepas tentera Arab dalam Perang Jun kemudiannya diganti dengan kehadiran Fatah. Beberapa lagi kumpulan komando ditubuhkan seperti Barisan Hadapan bagi Pembebasan Palestin dan Barisan Demokratik. 21 Mac 1968: Pertempuran Karameh- kumpulan gerila Palestin di Jordan berjaya menumpaskan angkatan tentera Israel. PLO mengambil alih kuasa ke atas kem pelarian di Lubnan dan di Jordan. Disember 1968: Israel menyerang lapangan terbang Beirut; maka bermulalah konflik di Lubnan berkaitan isu Palestin. Pada tahun 1969, kumpulan-kumpulan komando mengambil alih PLO dan pemimpin Fatah, Yasser Arafat dilantik sebagai pengerusi PLO. Pangkalan gerila turut ditubuhkan di Jordan.
1970-1971
Peristiwa Black September. Banyak sekali operasi gerila PLO yang dilancarkan dari Jordan, tindak balas dendam oleh Israel terhadap pengkalan gerila dan kampong-kampung di Jordan, perampasan empat buah kapal terbang ke Jordan, dan bertambahnya kekuatan tentera PLO mencetuskan konfrontasi antara gerakan pembebasan dengan Raja Hussein dari Jordan. Selepas pertempuran dan pembunuhan beribu-ribu rakyat Palestin, angkatan tentera Raja Hussein berjaya mengusir keluar gerakan pembebasan dari Jordan pada Septrember 1971. PLO memindahkan ibu pejabatnya dari Jordan ke Lubnan. Serangan gerila yang berterusan terhadap Israel menyebabkan Israel melancarkan serangan udara terhadap selatan Lubnan. Presiden Jamal Abdul Nasser dari Mesir meninggal dunia dan Anwar Sadat menggantikannya.
1973
Perang Oktober: Usaha Damai kuasa-kuasa besar ke atas Timur Tengah beransur-ansur menjadi buntu kerana Israel enggan bertolak ansur. Untuk memecahkan kebuntuan, Mesir dan Syria memulakan serangan terhadap angkatan tentera Israel di Semenanjung Sinai dan Golan. Negara-negara Arab memulakan sekatan minyak. Rundingan damai yang baru bermula.
1974
Pengerusi PLO, Yasser Arafat menyampaikan ucapan pertamanya di Perhimpunan Agung PBB. Sebahagian besar negara di dunia -105 buah negara- mengiktiraf PLO sebagai satu-satunya wakil sah rakyat Palestin. Pada masa yang sama, PBB mengiktiraf hak rakyat Palestin terhadap tanah air kampung halaman mereka sendiri.
1975
Operasi gerila yang begitu banyak dari selatan Lubnan menyebabkan Israel memulakan operasi pengeboman yang dahsyat terhadap kem pelarian Palestin di kawasan berkenaan. Mereka turut menyerang perkampungan-perkampungan di Lubnan untuk memaksa penduduk lari meninggalkan rumah mereka. Zionis menegaskan bahawa selatan Lubnan juga adalah milik negara Yahudi yang juga diistilahkan mereka sebagai Tebing Utara Israel. Rabbai IDF mengeluarkan risalah yang mewar-warkan bahawa bandar dan kampung di Lubnan dinamai dengan nama Ibrani kuno. Beirut ditandai Be’erot (telaga-telaga), manakala Lubnan diperihalkan sebagai tanah puak Asher.
13 April: Sayap kanan Phalange Kristian menyerang bas yang sarat dengan rakyat Palestin dan beberapa orang rakyat Lubnan. Mereka dibunuh beramai-ramai. Perang saudara Lubnan bermula. Sayap kanan Angkatan Tentera Lubnan bertindak untuk membersihkan semua kawasan Beirut Timur dan kawasan utara daripada PLO dan Gerakan Kebangsaan Lubnan (Lebanese National Movement atau LNM).
PBB mengutuk Zionisme sebagai bersifat perkauman. Mesir di bawah pemerintahan Anwar Sadat dan Israel menandatangani Perjanjian Interim yang kedua; lapangan minyak Abu Rudeis diletakkan semula di bawah Mesir.
1976
Seluruh anggota sayap kanan Barisan Lubnan menyerang kawasan orang Islam, Palestin dan Kristian yang berdegil di Beirut Timur: kem-kem Palestin ditawan, Dbayyeh (ditawan pada 14 Januari); Jisr al-Basha (lebih kurang 2000 orang Kristian) dan Tal al-Za’atar (30 000 rakyat Palestin dan rakyat Lubnan ditawan pada 12 Ogos); daerah sesak Syiah, Maslakh dan Karantina (ditawan pada 18 Januari), pinggir bandar Syiah, Nabab (ditawan pada 6 Ogos), dan Badawi, kawasan kecil Kristian Armenia. Gabungan LNM dan angkatan bersenjata Palestin yang dikenali sebagai Angkatan Bersenjata Bersama telah membalas dengan menawan bandar pantai Damour; penduduk Kristian Maronite diusir.
Pertengahan Januari: Angkatan Tentera Lubnan berpecah. Unit-unit tentera yang menentang persubahatan Kuasa Pemerintahan Tentera dengan sayap kanan angkatan bersenajat Kristian menarik diri daripada angkatan tentera dan membentuk Angkatan Tentera Arab Lubnan di bawah kuasa pemerintahan Leftenan Ahmad Khatib. Jun: Angkatan Bersenjata Bersama hampir-hampir menewaskan sayap kanan Barisan Lubnan apabila angkatan tentera Syria memasuki Lubnan atas undangan Presiden Lubnan, Sulaiman Franjieh. Kejayaan gerakan umum dan progressif tiba-tiba terencat. Syria bermula dengan menyerang angkatan tentera campuran LNM dan PLO dan dua tahun kemudian berlawan dengan sayap kanan campuran Maronite.
1977
16 Mac: Kamal Jumblatt, pemimpin LNM dibunuh. 19 November: Presiden Mesir, Anwar Sadat datang ke Jerusalem untuk memulakan rundingan damai. Lawatannya dikutuk oleh Liga Arab, terutamanya PLO.
1978
Mac: Israel menyerang selatan Lubnan, 2000 orang awam terkorban dan 200 000 lagi menjadi pelarian; enam buah kampung dimusnahkan dan 82 buah lagi dirosakkan. Israel dipaksa berundur tetapi mereka menubuhkan zon penampan atau Lubnan Bebas seluas 10 kilometer di wilayah Lubnan.
1979
Perjanjian damai yang akhir ditandatangani antara Mesir dan Israel. Israel dikehendaki mengembalikan Semenanjung Sinai kepada Mesir; pemindahan selesai pada tahun 1982. Sementara Mesir dan Israel sedang berunding, tentera Israel mengebom kem pelarian rakyat Palestin di Lubnan. Mesir kemudiannya dipecat daripada Liga Arab. Sayap kanan Angkatan Tentera Lubnan yang disokong Israel mengisytiharkan negara mereka sendiri di beberapa bahagian selatan Lubnan.
1980
Iraq menyerang Iran. Bermulalah Perang Teluk.
1981
Pesawat pengebom Israel menyerang dan menghancurkan sebuah reaktor nuklear di Baghdad, Iraq. 300 orang terbunuh dan 800 orang tercedera dalam seranga udara Israel ke atas kawasan orang awam di Beirut. Angkatan tentera Israel dengan cara yang teratur telah memusnahkan jambatan-jambatan yang menyeberangi Sungai Litani. Para diplomat Amerika merundingkan gencatan senjata di sempadan Lubnan-Israel. Disember: Israel secara tidak sah merampas Bukit Golan dari Syria.
1982
Jun: Cubaan membunuh duta Israel ke London oleh kumpulan Palestin yang radikal dan anti-PLO dijadikan alasan bagi Israel untuk menyerang Lubnan (perang Arab-Israel yang keenam); pengepungan Beirut selama tiga bulan; pengusiran angkatan bersenjata PLO dan angkatan tentera Syria dari Beirut.
14 September: Pembunuhan bakal Presiden Lubnan, Bashir Gemayel selepas beliau enggan mengikat perjanjian damai dengan Israel. 15-17 September: Pembunuhan beramai-ramai Shabra dan Shatila dijalankan oleh militia Kata’ib yang diketuai Elias Hobeika dan di bawah perlindungan dan sokongan tentera Israel. Menteri Pertahanan Israel pada ketika itu ialah Ariel Sharon.
1983
Angkatan tentera di bawah kuasa Phalange menguasai kawasan Beirut Barat. Penentangan di bawah sokongan Syria meletus dalam Fatah dan PLO; pertempuran di Lembah Biqa’a dan Tripoli, utara Lubnan berakhir dengan pemecatan askar yang setia kepada Pengerusi PLO, Arafat.
1984
Februari: Pemberontakan popular di Beirut Barat mengakhiri kuasa Phalange.
1985
Tentangan orang awam yang bersenjata terhadap askar Israel memaksa mereka berundur dari kebanyakn kawasan Lubnan yang kemudiannya diambil alih oleh pergerakan Amal, Hizbullah, dan Parti Komunis; enklaf PLO di Saida dan kem pelarian Rashidiyyah berhampiran Tyre. Mei: Militia Amal menyerang Shabra, Shatila, Bourj al-Barajneh. Bermulalah Perang Kem.
1986
Januari: Pertempuran Empat Hari di Shatila. April: Pertempuran Dua Puluh Hari di Shatila. Julai: Pertempuran Tiga Puluh Hari di Shatila. September: Pertempuran Enam Bulan bermula di Rashidiyyah, kemudiannya di Bourj al-Barjneh pada bulan Oktober, dan akhirnya di Shatila pada bulan November.
1987
Februari: Sekatan makanan ditarik balik di Bourj al-Barajneh dan Shatila; namun tembakan curi berterusan. Penyatuan semula PLO semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers. Disember: Meletusnya intifada (kebangkitan rakyat Palestin), pemberontakan popular di Tebing Barat dan Gaza di bawah pendudukan Israel.
1988
Januari: Amal menarik balik pengepungan Shatila dan Bourj al-Barajneh. Mei: Pertempuran di kem-kem di Beirut, di bawah sokongan Syria; Shatila dan Bourj al-Barajneh ditawan; mereka yang setia kepada Yasser Arafat diusir. Disember: Mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers mengistiharkan perlembagaan negara Palestin.
1993
Pihak berkuasa Palestin dan Israel and telah menandatangani Deklarasi Oslo pada 13 September 1993 yang menjanjikan pemerintahan bebas dan berdaulat untuk rakyat Palestin.
1994
Kawasan aman Israel-Jordan dibentuk pada 26 Oktober.
2002
Pada 24 Jun, Presiden Amerika Syarikat, George Bush memetakan penyelesaian konflik Israel-Palestin. Namun perkembangan yang berlaku tidak menunjukkan kemajuan. Malah pertempuran sering berlaku saban hari.
2004-2005
Kematian Yasser Arafat. Mahmood Abbas mengambil alih jawatan sebagai pemimpin Palestin sehingga sekarang.
SUMBER: Mohd Solihin

Petua Pemakanan Untuk Kesihatan Badan dan Kepintaran Akal

Petua Pemakanan Untuk Kesihatan Badan
dan Kepintaran Akal
1. KARBOHIDRAT - Ia membekalkan tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti, sayur - sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek, pisang dan lain-lain.
2. PROTEIN - Ia amat perlu untuk kesihatan otak keseluruhannya. Protein berperanan menumbuh, membentuk, membesar dan mengantikan sel-sel yang rosak. Sumbernya ialah susu, daging, ikan, telur, kekacang, tauhu, keju, kacang peas dan lain-lain.
3. LEMAK - Lemak membekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah mentega, minyak makan, marjerin, lemak binatang dan tumbuhan.
4. AIR - Air merupakan bahan utama semua benda hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalir darah serta zat makan ke seluruh badan. Seterusnya mengekalkan kesihatan otak. Kita mudah dihinggapi penyakit, gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air. Seelok-eloknya, minumlah air mati (jarang/masak/putih) sebanyak 8 gelas sehari. Sebelum tidur, cukupkanlah bilangan air yang perlu diminum.
5. MINERAL - Mineral diperlukan untuk aktiviti saraf di mana otak merupakan teraju utamanya. Sumbernya ialah telur, susu, sayur-sayuran, limpa, hati, ulam-ulam dan makanan laut seperti udang.
6. VITAMIN - Semua vitamin A,B,C,D,E dan K diperlukan.
a. Vitamin A - Menguatkan deria penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf serta melicinkan pernafasan. Sumbernya ialah susu, kuning telur, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan.
b. Vitamin B - Membantu pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesihatan badan. Sumbernya ialah sayur-sayuran, bijirin, telur, hati, yis, buah-buahan segar, beras dan kacang.
c. Vitamin C - Penguat sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan mata dan kulit, meninggikan daya tumpuan seterusnya engurangkan khayalan semasa proses pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
7. SERAT - Serat melicinkan sistem pencernaan dan pembuangan najis. Gangguan pada sistem pencernaan menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan fikiran dan gangguan perasaan. Kesemuanya ini menjejaskan potensi otak dan ingatan. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

2 J's .Which one you like to choose!



  Allah is Forgiving, Merciful!

Friday, July 11, 2014

Pasangan si parasit

Kadangkala kita hairan mengapa kita yang selalu memberi, tapi tidak pernah menerima. HAZRIL MDNOR percaya itulah tanda awal pasangan bertindak sebagai ‘parasit’ dalam hubungan. Jika anda mempunyai pasangan sebegini, bertindak segera dan jangan terus jadi naif.
Tahukah apa maksudnya parasit? Ia sebuah kehidupan yang tinggal di atas pokok lain dan mengeksploitasi khasiat yang terdapat di pokok itu. Sama juga dengan hubungan parasit di mana pasangan anda mengambil kesempatan di atas kesenangan yang ada. 
Hubungan ini sebenarnya agak sukar dikenal pasti kerana si pelaku bijak mengendalikan rancangannya. Perlu ketahui, pasangan yang mengambil kesempatan dalam kesempitan menjurus kepada hubungan yang tidak sihat. Dengan erti kata lain, mereka berada dalam kancah kesusahan dan mengharapkan bantuan pasangan untuk menumpang kesenangan. 

Percaya atau tidak, kesenangan itu datang dalam pelbagai bentuk seperti kebahagiaan, emosi, wang dan sebagainya. Apa yang ingin difokuskan di sini ialah bagaimana caranya untuk mengenal pasti perangai pasangan anda secara keseluruhan bagi mengelakkan diri anda dieksploitasi ke tahap yang lebih memudaratkan.

Masalah dalam hubungan ini bukan saja berlaku dalam kalangan lelaki saja tapi juga wanita. Memang sedih dan duka apabila mengetahui pasangan mempunyai niat yang buruk terhadap kita lebih-lebih apabila si dia adalah cinta pertama. Justeru Gen Y ingin membongkarkan rahsia di sebalik hubungan parasit ini dan bagaimana apa tindakan yang perlu dibuat untuk mengatasi kepincangan ini.


Tanda-tanda 

Bukan mudah untuk mendapat tahu aksi sebenar si parasit. Mungkin perkara utama yang anda perlu perhatikan ialah kelakuannya sendiri. Penulis percaya pasangan yang mengambil kesempatan ini biasanya seorang yang ‘busybody’. Si dia akan selalu menyibuk dan mencari alasan untuk berada dengan anda sepanjang masa. 

Tapi ingat, mungkin si dia hanya berperangai begitu untuk mendapat perhatian kamu. Justeru, untuk memastikan si dia adalah seorang yang betul-betul parasit, kelakuannya berubah menjadi terlalu sibuk ‘nak jaga tepi kain orang’. Apa saja aktiviti yang anda ingin lakukan, pasti si dia akan menawarkan dirinya untuk ikut bersama. 

Pendek kata, si dia inginkan kasih sayang anda tatkala sedang berada dalam dilema dengan lelaki lain. Kadangkala si dia akan menyuruh anda menemannya untuk ke mana-mana. Pasti ia pernah berlaku pada anda bukan? Ini sebenarnya jelas menunjukkan si dia seorang parasit kerana terlalu mengharapkan bantuan anda dan tidak boleh berdiri atas kaki sendiri atau lebih tepat lagi dengan gelaran tidak berdikari. 

Justeru, anda hanya dipergunakan kerana boleh menolongnya melakukan sesuatu perkara dengan mudah. 

Perkara kedua yang perlu diberi peringatan adalah hubungan rakan yang terjalin antara anda berdua. Jika sebelum ini pasangan anda sering keluar dengan rakan-rakannya yang anda tidak kenal, kali ini tiba-tiba saja dia berkawan dengan sahabat anda. 

Ini adalah petanda tidak baik kerana si dia mungkin seorang parasit. Perkara ketiga membabitkan isu daripada segi kewangan. Kalau anda perasan, si dia sering meminta untuk membelanjakannya hadiah ataupun membayar liabiliti lain seperti bil dan termasuk makan dan minum. 

Sudah jelas di situ si dia mengambil kesempatan di atas kemewahan yang dimiliki anda. Ini bukan bermakna si dia tidak mempunyai wang, tapi memandangkan anda terlalu memanjakannya, dia akan terus menggunakan kelemahan anda untuk kepentingan peribadinya. 

Percaya atau tidak, tatkala anda sedang menjadi ‘mesin wang’ kepadanya, si dia mungkin sudah ada ‘skandal’ lain di sisi. Pendek kata, anda hanya dipergunakan untuk wang, tapi bukannya emosi. Maksudnya di sini, si dia tidak ikhlas berada dengan anda dan hanya mengharapkan kesenangan saja.

Perlu tahu bahawa hubungan yang sihat terjalin kerana prinsip yang diamalkan seperti ‘memberi dan menerima’. Oleh itu, jika anda selalu membawanya keluar, belanja makan malam ataupun dengan bahasa mudah melakukan semua tanggungjawab, tapi si dia tidak pernah meminta maaf kerana tidak memberi sumbangan bersama, jaga-jaga kerana si dia mungkin adalah parasit. 

Antara tanda lain yang boleh dikenal pasti ialah si dia selalu menjadikan anda tempat meluahkan masalah. Isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah anda selalu mendengar masalahnya, tapi si dia pula tidak pernah ingin melakukan perkara yang sama. 

Apabila ingin meluahkan perasaan, si dia akan berpura-pura dengan memberikan pelbagai alasan untuk mengelak. Seterusnya, ia banyak berlaku dalam kalangan remaja yang baru bercinta. Perkara seperti selalu tidak dihiraukan, SMS tidak terbalas dan panggilan tidak terangkat adalah sesuatu yang kerap terjadi. 

Masalah ini menunjukkan anda sedang dipermainkan kerana si dia mungkin mempunyai skandal lain. Ini jelas kerana si dia tidak serius dengan anda dan hanya menganggap anda sebagai tempat berdamping ‘sementara’. 


Apa nak buat?
Sesudah mengetahui tanda di atas memang ada pada pasangan, inilah masanya untuk anda ambil tindakan. Penulis sarankan tidak perlu membuat keputusan terburu-buru seperti marah dan terus minta putus, sebaliknya berbincanglah dengan cara yang lebih elok untuk keselesaan bersama. 

Pertama, anda perlu berterus terang padanya bahawa perangainya perlu diubah kerana anda serius dengan hubungan itu dan ingin meneruskan buat jangka masa panjang. Dengan erti kata lain, beritahu bahawa anda komited dalam situasi ini. 

Namun, jika anda dapati si dia masih kekal dengan perwatakan yang sama dalam masa beberapa bulan, ini bermakna anda perlu lakukan langkah kedua. Langkah kedua, tanyakan padanya mengapa dia berbuat demikian sepanjang perhubungan itu. 

Dapatkan nombor perhubungan rakan-rakannya untuk bertanyakan jika si dia mempunyai skandal lain di belakang anda. Pastikan anda memang sudah kenal betul dengan rakannya. Dengan cara ini anda boleh letakkan kepercayaan pada rakannya untuk tidak memberitahu pasangan anda akan hal ini. 

Langkah ketiga, cuba berhenti lakukan apa yang anda buat selama ini. Jika selama ini si dia sering mengharapkan bantuan daripada kewangan anda, apa kata cuba katakan anda tidak berduit dan ingin si dia pula beri sumbangan. Cara inilah paling mudah untuk mendapat tahu si dia itu parasit ataupun memang tidak berduit. 

Akhir sekali, jika anda sudah puas bertanya namun tindak balas yang diberi tetap tidak memuaskan, cuba fikir kembali bahawa dia memang berniat untuk mengambil kesempatan dan tidak serius dalam hubungan. Justeru, langkah terbaik adalah tidak lagi bergantung harap pada individu yang tidak menyayangi kita.

Sumber:harian metro

Thursday, July 10, 2014

Tazkirah hari ini 45:[LIVE][100714]50 Hadis Dunia Akhir Zaman Siri 2 - Ustaz Tarmizi Shamsul ...

Antropologi Makanan - Nasi Ulam

Antropologi Makanan - Nasi Ulam
a. Nasi Ulam adalah hidangan nasi kukus dicampur dengan pelbagai herba, terutama daun pegaga atau sering digantikan dengan Kemangi, sayur-sayuran, rempah dan disertakan dengan pelbagai hidangan sampingan. Hidangan ini adalah ciri masakan Melayu dengan banyak variasi dan lazim dijumpai dalam Malaysia, Indonesia dan Thailand selatan. Nasi ulam di Malaysia terdiri daripada beras dimasak sejuk yang dicampur dengan herba cincang seperti daun kaduk, pucuk gajus, bawang dan lain-lain. Gerisik dan rempah lain juga ditambah. Kadang-kadang ikan goreng cincang dicampur masuk.
b. Di Indonesia, ulam nasi boleh didapati di kalangan suku Betawi (orang asli Jakarta) masakan serta orang Melayu Sumatera dan Bali. Di Jakarta terdapat dua jenis nasi ulam, yang basah (pekat) nasi ulam utara dan tengah Jakarta, dan satu kering di selatan Jakarta. Di Indonesia, ulam nasi biasanya rempah ratus dengan herba kemangi, cili dan ditaburi dengan kacang butir, kerisik atau serundeng. Pelbagai hidangan tambahan lain sering ditambah di atas ulam nasi, seperti dendeng, telur dadar, perkedel, tauhu goreng atau tempe, dan krupuk.
c. Nasi ulam di Malaysia terdiri daripada nasi sejuk rebus yang dicampur dengan herba cincang seperti daun kaduk, pucuk gajus, bawang dan lain-lain. Gerisik dan rempah lain juga ditambah. Kadang-kadang ikan goreng cincang dicampur masuk.

Petua Wanita Untuk Menghilangkan Rasa Gatal di Kemaluan



Petua Wanita Untuk Menghilangkan Rasa Gatal di Kemaluan
Rebuskan beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Biarkan sehingga air rebusan menjadi suam dan kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda membuang air kecil atau rasa kurang selesa.

Wednesday, July 9, 2014

Tazkirah hari ini 44:[LIVE]Kuliah Dhuha - Syeikh Zaini Hj Ahmad

Tazkirah Hari ini 43:090714 - USTAZ HANAFIAH ABD MALIK [LIVE]@MASJID JELUTONG

Petua Untuk Mengatasi Demam Berdarah

Petua Untuk Mengatasi Demam Berdarah
Pilihan 1: Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera
Pilihan 2: Beri minum segera air perahan daun kangkung sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut.
a. Beri pesakit demam berdarah minum banyak air.
b. Sejukkan kepalanya dengan bilasan air.
c. Urutt permukaan badannya dan selimutkan badannya dengan kain yang tebal.

Excellent Tips by Warrent Buffet

Tuesday, July 8, 2014

Tips Memilih Ikan Segar

Tentu ramai juga yang masih tidak tahu bagaimana caranya mengenal pasti ikan yang masih segar.

Biarpun ramai yang berkata kalau membeli ikan, lebik baik di pasar kerana ikan-ikan akan terjamin kesegarannya namun selagi anda tidak mempunyai ilmu untuk mengetahui dan mencari ikan segar, pasti boleh tertipu!

Untuk itu, Mingguan Wanita kongsikan dengan anda tips memilih ikan yang masih elok.

Pilih ikan yang mempunyai insang merah. Tekan sedikit dagingnya dengan jari. Ikan segar tidak akan meninggalkan bekas di tempat yang ditekan.

Pilihlah juga mata ikan yang jernih kerana itu menandakan ikan itu masih segar.  Selamat mencuba! 

13 steps to improve your memory

Plain water!

Tazkirah hari ini 42:[LIVE][080714]Remeh Temeh Puasa (Siri Akhir) - Ustaz Wadi Annuar

Petua Untuk Memutihkan Ketiak Hitam

Petua Untuk Memutihkan Ketiak Hitam
Parut sedikit timun hingga halus dan letakkan dalam piring. Kemudian, perahkan sedikit jus lemon ke atas timun. Gaulkannya hingga sebati. Sapukan pada kedua-dua belah ketiak anda. Biarkan lebih kurang 20 minit, dan cuci.

Petua Menyedapkan Sambal Belacan

Biasanya orang membuat sambal belacan menggunakan garam, gula, belacan, lada dan asam limau.

Tetapi untuk bertukar selera, anda bolehlah menggunakan air asam jawa dan sedikit udang kering. Lebih pekat dan enak rasanya.

Apa yang boleh anda lakukan, tumbuk cili bersama-sama dan belacan sehingga lumat kemudian masukkan anggur hitam.

Akhir sekali baru perahkan limau kasturi. Selamat mencuba! 

remedy for removing dark eyes circles

Petua Penjagaan Mata

Petua Penjagaan Mata
1. Timun - Letakkan hirisan timun di mata dengan keadaan mata tertutup. Lakukan selama 10 minit setiap hari. Waktu paling berkesan bermula pada sebelah pagi atau ketika mata berada dalam keadaan tekanan.
2. Uncang Teh - Sejukkan dahulu uncang teh yang telah digunakan, kemudian letakkan pada mata selama lebih kurang 10 minit.
3. Lobak Merah - Amalkan makan lobak merah atau lebih elok 'baby carrot' untuk menghasilkan mata yang sihat dan terang.
4. Ais Ketul - Tuamkan ais di bahagian bawah mata yang bengkak. Ia baik untuk mengurangkan bengkak di bawah mata selain menyegarkan mata yang penat .
5. Kapas & Penyegar Kulit - Basahkan kapas dengan penyegar kulit wajah dan lekapkan di mata. Lakukan setiap malam agar mata sentiasa segar selepas bangun dari tidur.

Petua Melayu Lama Untuk Mengubati Penyakit Gout

Petua Melayu Lama Untuk Mengubati Penyakit Gout
1. Jika anda tinggal berhampiran pantai, anda boleh amalkan menanam badan dalam pasir laut.
2. Bagi anda yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

Petua Pagar Rumah

Petua Pagar Rumah
1. Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas).
2. Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.
3. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah, mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

Monday, July 7, 2014

4 petua didik anak pintar

Siri Taman Syurga 60:[LIVE][070714] Kuliah Dhuha Istimewa Ramadhan - Ust Mohd Lukmanul Hakim

PENYEDIAAN HALWA BAWANG SEBAGAI PENCICAH MURTABAK

PENYEDIAAN HALWA BAWANG SEBAGAI PENCICAH MURTABAK:
BAHAN-BAHAN PERLUKAN:
2 cawan bawang labu sederhana besar yang telah dihiris membujur (dari atas kebawah).
1 cawan cuka.
1/2 cawan gula.
1 sudu kecil garam.
sedikit pewarna merah.
CARA-CARA PENYEDIAAN.
1. Panaskan cuka bersama satu cawan air. jangan sampai mendidih (takat 60C -70
2. masukkan gula dan garam.
3. masukkan bawang dan segera matikan api dapur.
4. Masukkan sedikit pewarna merah. Sebenarnya halwa bawang ini biasanya dibuat dengan bawang bombay yang merah. Bawang ini bila kena cuka memang menjadikan merah. Masalahnya bawang bombay jarang ketemu jadi kita gunakan sedikit pewarna merah. Bila sejuk masukkan dalam peti sejuk. Ia lebih rangup bila keadaan sejuk.

Resipi roti canai dan murtabak mamak haji!ada tips..

1. RESEPI CARA MENYEDIAKAN TEPUNG/DOH ROTI CANAI:
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg. tepung gandum (tepung gandum atau multi-pupose flour).
- 2 cawan air biasa. Sekiranya tidak gunakan telur 1 biji, kurang sedikit airnya.
- 1 sudu kecil (tsp) garam atau secukup rasa.
- 1/2 cawan majerin.
- Minyak masak untuk bakar roti canai di kuali leper atau pan.
Nota Kaki: Ramai yang kini gunakan telur, susu pekat manis, horlicks untuk membuat roti canai untuk mendapatkan rasa yang lazat roti canai. Mamak haji rasa ini tak salah cuma kalau gunakan susu pekat manis cuma perlu awas kerana gula cepat jadi hangus semasa gorengan roti canai, maka awaslah penggunaannya. Sebenarnya boleh gunakan telur sebiji untuk doh yang lembut dan garing, sekiranya gunakan telur, kurangkan sedikit air semasa uli. Roti canai ini sebenarnya masa dulu digelar, "PRATA". Prata ini sebenarnya berasal dari benua India. Seperti anda tahu, masakan India ini tak lari dari gunakan "minyak sapi" atau "ghee". Maka kalau anda ingat roti prata yang zaman dulu yang bulat dan tebal, itulah dinamakan "prata ori". Tapi bila keadaan berubah dan masa amat penting untuk perniagaan versi roti prata berubah menjadi roti canai yang berbentuk empat segi yang nipis. Kegunaan minyak sapi dihindarkan dengan majerin murah dan juga minyak masak kelapa sawit. Untuk suri rumah yang ingin cuba prata ori boleh gunakan 300gm tepung gandum, 1/2 cawan minyak sapi,1/2 cawan air dan garam secukup.Mamak haji tak gunakan telur. Bila gunakan telur air perlu dikurangkan.
CARA MEMBUAT ROTI CANAI:
1. Roti yang sedap ialah sentiasa rapuh dan garing walau pun sejuk atau panas. Kesedapan roti canai terletak pada cara ulian tepung roti canai tersebut. Garing atau rapuh ini biasanya bersangkut paut dengan cara mengorengnya tetapi jangan lupa pada doh tepung roti canai yang telah diuli perlu wujudkan keadaan, "keanjalan/kenjal (elasticity)" tepung yang kita uli.
Bagaimana kita boleh bentuk keanjalan ini terjadi di dalam tepung?. Tepung gandum mempunyai kandungan protein utama yang digelar, "glutenin dan gliadin". Apabila tepung ini diadunkan dengan air, kedua-dua protein ini akan disambungkan (dilink) dengan molikul Air dan apabila kita mula uli tepung dengan air, penyambungan ini akan dikuatkan. Semakin lama kita uli tepung itu semakin kuatlah penyambungan ini sehingga terbentuklah "gluten" . Gluten inilah yang membentukan keanjalan (elasticity) doh kita. Cara memeriksa doh yang sempurna ialah dengan lakukan cubit pada bahagian doh itu dan tarek. Bila menarik, tepung yang ditarek itu mengwujudkan keping lapisan yang nipis tanpa putus-putus.
Doh yang terbaik ialah memberi keanjalan. Sekiranya doh kita tidak memberikan keanjalan, hasilnya tidak memuaskan apabila masak. Anda perlu ingat ini bila sediakan apa saja doh untuk resepi seperti pau, roti, karipap dan lain-lain perlu uji cara ini sebelum diisi dan jadikan kueh. Semasa ulian ini sekiranya tepung melekit ditangan anda gunakan sedikit tepung ditangan anda sapukan dikedua belah tangan sehingga tepung yang melekit tertanggal. Biasanya guna minyak untuk sapu di kedua tangan anda tetapi mamak haji syorkan kurangkan minyak setakat yang boleh dalam roti canai ini.
2. Ulian doh roti melalui tangan adalah cara terbaik. Uli dalam 10 minit dan rehat 5 limit untuk pembentukan gluten dan diikuti lagi dengan ulian terakhir selama 10-15minit. Ulian terakhir perlu bersertakan dengan satu sudu majerin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan tidak mengerutu.
3. Membentukan doh ini menjadi bebola adalah satu lagi cabaran bagi yang baru. Cara bentukan bebola roti canai yang mudah ialah dengan mengambil sedikit doh ditangan anda dan bentukan bebola, tekan semua jejari anda bebola itu supaya tepung itu naik ke atas dibahagian atas tangan (sambil membuuka sedikit ruangan jari-jari ibu dan penunjuk untuk dapatkan saiznya). Ada juga suka jolok keatas tepung yang digengam. Bila tepung itu terbentuk bulat, putarkan dengan tangan lain sehingga terputus. Bulatkan doh kembali dikedua tapak tangan, Sapu majerin diluar permukaan doh dan simpan sekurang-kurang 4 jam sebelum tebar. Pastikan tepung bebola ini ditutup dengan helain plastik atau pun kain yang lembab supaya permulkaannya tidak kering.
4. Tebar roti canai ini perlukan kemahiran. Untuk murtabak ini tak perlu tebar kalau pandai tebar ia mempercepatkan penyediaan. Ambil bebola roti canai yang telah disediakan, leperkan diatas kedua tangan dan letakan diatas papan penguli dan uli sehinggga senipis yang boleh. Selepas itu tarik sedikit demi sedikit sehingga anda mendapat senipis yang boleh tetapi jangan sampai koyak, kerana kita perlu isi intinya. Sekiranya kita ingin membakar sebagai roti canai tak perlu risau bahagian yang koyak.
5. Untuk penyediaan murtabak mini anda, perlu potong dua bahagian tepung ini untuk jadikan dua keping murtabak mini.
RESEPI: PENYEDIAAN INTI MURTABAK: (6-8 keping murtabak).
BAHAN-BAHAN:
300gm Daging kambing atau daging ayam yang telah dicincang.
3 biji bawang labu sederhana besar dihiris.
1 cawan sayur kobis yang telah dihiris halus atau dicincang. Kalau kobis tak suka boleh gunakan "celery" dihiris.
4 biji cili hijau dihiris.
1 sudu besar serbuk rempah beriyani.
1 sudu kecil serbuk cili.
1/2 sudu kecil serbuk garam masala (rempah kari daging pun boleh kalau tiada rempah garam masala.
1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
1 sudu besar pes halia bawang putih.
1/2 cawann air, ikut keperluan.
1 sudu besar minyak sapi (ghee).
1 sudu besar minyak masak.
6-8 biji telur ayam.
CARA PENYEDIAAN:
1. Dalam masakan mamak minyak sapi sinonim dengan cita rasa mamak, sekiranya anda rasa bau minyak sapi tidak dimenyenangkan cita-rasa anda, gunakan minyak masak saja.
2. Panaskan kuali, masukan 1 sudu besar (tbsp) minyak sapi dan dikuti dengan 1 sudu besar minyak masak. Tujuannya ialah supaya minyak sapi tidak terbakar dan mengeluarkan bau tengit bila terbakar. Bila mana anda kalau gunakan butter untuk gorengan juga, lakukan perkara yang sama, kerana butter mudah terbakar.Sebelum anda mula menumis rempah, jadikan kesemua serbuk rempah itu diadunkan dengan sedikit air untuk dijadikan pes rempah.
3. Masukkan pes halia bawang putih. Bila warna gorengan anda mula kuning keemasan, masukkan isi ayam dan sedkit garam. Masak dengan api kecil. (sekiranya anda tidak menggunakan kuali tidak melekat, kemungkinan hirisan ayam anda akan melekat di permukaan kuali. Ini akan hancurkan hirisan ayam itu, untuk elakan melekat sebelum anda masukan hirisan ayam, lumurkan sedikit minyak masak kepada hirisan ayam anda supaya ia tidak melekat pada permukaan kuali biasa.
4. Bila hirisan daging dan ayam mula bertukar warna kepada keperangan masukkan masukkan sedikit air, tutup kuali. Biarkan isi hirisan ayam masak sepenuh dengan api dapur yang kecil. Ia akan menjadi kari pekat.
5. Bila ayam telah masak, buka tudung kuali dan masukkan hirisan kobis/ celery dan hirisan bawang dan hirisan cili hijau.
6. Biarkan masakn ini didapur sehingga ia menjadi agak-agak kering. Rasa inti anda. Sekiranya perlu, tambahkan garam yang secukup dan 1/2 sudu kecil gula. Keluarkan dan simpan. Bahagikan inti ini kepada 6-8 bahagian untuk dijadikan inti murtabak.
7. Ambil sebiji telur dan pecahkan dalam sebuah bekas. Tambahkan dengan secubit garam dan secubit serbuk lada putih. Masukkan kedalam bekas telur satu bahagian dari inti murtabak yang telah diasingkan. Pukul telur bersama inti murtabak sehingga kembang dengan garpu.
8. Panaskan kuali leper atau pun pan, renjiskan sedikit minyak masak. Bila kuali cukup panas, tuangkan bancuhhan telur bersama inti murtabak tadi. Jadikan ia bulat seperti telur bawang. saiz ketebalan terpulang kepada anda. Balikan dan tentukan ia masak 3/4 sebelum dikeluarkan dari kuali leper. Buat seperti diatas 8 keping inti murtabak.

CARA BAKAR MURTABAK:
1. Bila tepung roti canai telah sediakan, renjiskan sedikit minyak ke atas permukaan tepung roti canai, letakan sekeping inti murtabak dan membukuskan inti dengan tepung murtabak. Disini anda perlu tentukan saiz inti murtabak dan kelebaran tepung roti canai yang anda telah sediakan perlu mencukupi untuk menutup keseluruhan saiz inti murtabak.
2. Panaskan kuali leper bakr roti canai, bila kuali mula panas renjiskan sedikit minyak ke permukaan kuali. Angkat penyediaan murtabak yang telah disediakan dan dengan cermat dan mula bakar murtabak anda. sekiranya anda tidak mahir untuk pindahkan murtabak yang perlu goreng, sediakan dalam pingan dan anda perlu cuma telungkupkan saja. Mudah bukan. Sebenarnya penerangan mamak haji buat susah tapi bila anda sekali buat, anda akan kata , "ceh...mudah rupanya buat murtabak ini"..mamak haji buat leceh bawak naik beca keliling padang kota rupenye!" hahahaha!.
3. Sentiasa terbalikan-balikan murtabak yang sedang masak untuk mendapatkan goringan yang sama dan tepung diluarnya masak. Jangan pedulikan intinya kerana ia telah pun masak. Cuma anda perlu tumpukan kepada tepung yang telah dibalut saja. kesabaran dalam goreng ini akan memberi ranggupan yang terbaik. Jangan ikut kedai kerana mereka kejar masa.
4. Sebelum mulakan goreng kedua dan seterusnya, tentukan minyak yang berlebihan gorengan perlu dilap bersih. Minyak yang terbakar akan mengeluarkan bau yang tidak enak dan kemungkinan murtabak anda akan pahit. Garing murtabak kini terpulang pada suhu kepanasan. sekiranya suhu kuali leper terlalu panas untuk goreng seterusnya, anda tidak perlu mengawal api, cuma anda perlu renjiskan sedikit air untuk mengurangkan kepanasan kuali. Selamat mencuba