Saturday, November 16, 2013

Protecting yourself from sins (Eng Sub) *NEW*

RESEPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH:

RESEPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH:
1 ekor ayam - potong kecil -16 bhg/ goreng 3/4 masak dgn serbuk kunyit dan sedikit garam.
5 labu bawang merah.
1 sb serbuk cili
1 st serbuk jintan manis
1 st serbuk jintan putih
1 sb serbuk kari daging
1 st kas kas
1-2 sb sos tiram
2 sb sos cili
1 sb sos tomato
2 biji bawang merah - kisar halus (boleh tambah)
1 sb pes bawang putih-halia (blend sekali - style masak mamak)
sedikit garam masala.
garam secukup rasa
1 biji cili merah - potong serong- hiasan
daun kari - hiasan

CARA-CARA:
1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu rangup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan disimpan untuk menumis rempah kelak. Nota: Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan digaul dgn tepung beras dan digoreng.
2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak se hingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng asingkan.
3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empat serangkai (sekiranya tidak gunakan garam masala). Masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan ke semua rempah-rempah di atas. Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukkan air bawang dan besar sedikit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomato.
3. Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan hidangkan.
4. Taburkan cili merah yang dihiris dan juga daun kari di atas hidangan anda

RESEPI MEE GORENG MAMAK:

RESEPI MEE GORENG MAMAK:
Penyediaan perencah/ pes pedas Mee goreng Mamak:

Bahan-Bahan Untuk digoreng dgn minyak dan dikisar halus:
1/2 kg kacang tanah.
150 gm cili kering - goreng jgn sampai hangus - agak garing.
100 gm udang kering geragau direndam 5-10 minit, bersihkan dan ditos.
1 genggam kacang dhal (paruppu).
4 ulas bawang putih.
100 gm sotong kering direndam dan dikisar halus. (tidak goreng).
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Goreng bahan-bahan di atas dengan aturan bawang putih, kacang tanah, paruppu, cili kering, akhir sekali udang kering geragau/udang kepal. dengan minyak masak. Sejukkan dan mengisar halus bersama sotong kering dan air kesemua bahan-bahan tadi.
2. Tumiskan kisaran di atas dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak (minyak akan timbul di atas permukaan) dengan masukkan sekali bahan-bahan ini:
- 3 sudu besar (tbsp) gula.
- 2 Sudu besar sos cili.
- 2 Sudu besar sos tomato.
- sedikit air asam jawa, dan garam.
Rasa kepedasan pes anda, sekiranya pes anda rasa pedas sangat boleh tambahkan gula lagi. Cuba dapatkan rasa pes yang anda sukai. Garam perlu teliti kerana bila kita gunakan kita tak mahu mee goreng masin. Kadang-kala mee memang bubuh garam. Garam sebenarnya untuk ketahanan pes itu dari rosak sama seperti air asam jawa. Pes atas boleh digunakan untuk 1 kg mee kuning. Pes ini perlu testing untuk sepingan mee untuk dapatkan nisbah yg tepat. Mee goreng mamak ini tak jadi sekiranya tidak gunakan sekali dgn PES MANIS SEPERTI KUAH PASSEMBOR atau Kuah rojak mamak. Jadi cuma mamak haji berikan pes kuah manis yg telah ubah suai.

RESEPI PES MANIS UTK GORENG MEE:
1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus (kalau ubi putih gunakan pewarna oren merah, pewarna oren merah serbuk ini satu kemestian yang perlu ada, kalau ingin masak lauk-pauk mamak . Ubi masih dalam panas-panas lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi. BAHAN UNTUK PENYEDIAAN PES: 3 ulas bawang putih , 5 biji bawang merah (kecil). Goreng bawang putih dan bawang hingga layu. Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan dengan ubi tadi. masukan semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar (peh!.). Kuah ini memang manis sedikit dari kuah yang lain. Masukkan garam secukup rasa.

Bila perencah anda telah siap mai kita goreng pulak mee dengan pes kita sediakan. Mamak tunjukan cuma satu hidangan saja. Ia lebih sedap kalau buat satu per satu hidangan dari mee goreng longgok.
1 cekak mee kuning.
Sedikit taugeh.
1 batang sayur sawi..ketuk batang sawi dan dipoting 1".
1 biji telur.
1/4 bhg bawang sederhana besar dihiris memanjang.
2 ulas bawang putih diketuk dan dihiris.
1 sudu kecil kicap cair. Selalunya untuk tambah keasinan mee.
dihiris (kalau berniaga tak payah) dan hirisan cili merah (3 saja cukup) dan limau nipis (kalu niaga pakai limau kasturi) dan bawang goreng (kalau niaga tak payah).
CARA-CARA PENYEDIAAN:
Bila kuali panas masukkan 2 sudu besar minyak masak. Masukan hirisan bawang putih dan dikuti dengan hirasan bawang. Bila mengeluarkan harum masukan dua sudu besar pes/rencah yang anda telah sediakan (di sini anda kena adjust pes anda mcm gula air sirap...tak masin sangat, tak pedas sangat dan tak pula manis...hahaha).
Masukkan cucur udang, tauhu goreng, Ubi kentang rebus dan sayur sawi. Bila sawi layu masukkan mee dengan segera. Titiskan kicap cair. (untuk yang berniaga, tak perlu beli kicap cair gunakan kicap kramel boleh buat macam-macam jenis kicap). Air garam jika perlu. Goncang kuali dengan api sedikit keras. Kalau anda mahu basah tambahkan sedikit air atau pes/perencah. Kalau kering biarkan dia. Pada masa ini anda perlu tentukan api dapur jika basah kurangkan api kalu kering keraskan api dapur. Bila mee sudah mulai masak. Kecilkan api dan tepikan mee anda dan kosong ruang tengah kuali. Titiskan sedikit minyak dan pecah masukkan sebiji telur. Tutup telur anda dengan mee dan membiarkan dalam 30 saat. Keraskan kembali api dapur dan kacau serata mee dengan telur dengan cepat. Gorengan cuma 30 saat saja. Keseluruhan gorengan ini cuma 3-4 minit.
Hidangkanlah mee goreng anda dengan lapiskan daun pisang dan daun bawang+sup/ cili dan akhir sekali taburkan sedikit kacang tanah goreng yang telah di atas mee anda.

BEREMPAH MAMAK PENANG oleh mamak haji

BEREMPAH MAMAK PENANG.
Bahan-Bahan:
Seekor Ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10 (potongan Nasi Kandar).
4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.
2 Sudu besar Tepung beras.
1 Sudu besar Tepung jagung.
1 Sudu kecil serbuk lada putih.
1 Sudu kecil Serbuk kunyit.
2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2″ (inci).
3 Tangkai daun kari dipotong halus.
1 Kg. Minyak untuk goreng.
Garam Secukup untuk dirasa.
Cara penyediaan:
1. Besrsihkan Ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuain untuk keringkan air basuhan ayam. Masukan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam didalam bekas. Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang baik untuk membunuh bakteria yang terdapat didaging ayam .Masukkan serbuk kari, kisaran bawang+bawang putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut “plastic wraper” dan Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk kedalam isi ayam.
2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan T.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari ketulan ayam..terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.
4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak dan sedikit. Ap dapur perlulah sentia diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus. pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapong.
5. Goreng ayam perlu tidak lama dan tidak masak. Kalu terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam. Maka awaslah!. Pengalaman akan menentukan kelazatan masakan. Jangan cepat putus asa apabila mencuba resepi baru…Cuba dan mencuba….pasti anda akan berjaya dan mahir dalam masakan.

RESEPI DARI ISTANA DI RAJA MUGHAL : "KORMA AYAM" oleh mamak haji

RESEPI DARI ISTANA DI RAJA MUGHAL : "KORMA AYAM".
Assalamualaikum sahabat semua...Dalam siri masakan Nasi kandar ini Mamak haji membawa anda kepada masakan skill yang lebih tinggi sedikit dari kebiasaan memasak. Mungkin resepi-resepi tidak begitu sesuai untuk yang baru nak belajar memasak. Dalam siri masakan nasi kandar ini juga Mamak haji akan memberi penerangan khusus cara masakan. Sekali lagi mamak haji ingin beritahu mamak haji bukanlah "chef" yang berkalibar dan berkaki lebar. Mamak haji semasa belajar memasak, cuma rajin belajar dan juga suka bertanya kepada chef-chef yang terbaik dlm masakan mughal ini, kenapa buat begitu? dan begini?, semasa bekerja dibawah mereka.

Teknik masak korma atau kurmak atau pun qorma, ini perlu dilakukan dengan cara teknik "braising" dengan cara "Simmering". Apa yang dimaksudkan dengan, "braising" dalam teknik masak?. Sekiranya mengikut bahasa kita braising itu bermakna "merebus". Maksud masak cara rebusan ini terbahagi kepada tiga bahagian. 1. Poaching 2. Simmering 3. Boiling. Sebelum kita ke resepi korma Di Raja Mughal kita perlu faham teknik masaknya dulu. Mamak Haji terangkan sedikit tentang cara masakan "rebusan" ini:
1. Poaching: (Perhangat).
Mamak Haji minta maaf kerana kurang pasti istilah Masakkan dalam Bahasa Melayu. Sudah pasti ia bukan bermakna "Pemburuan Haram" ..hahaha!. Minta tolong pembaca betulkan. "poaching" bermaksud memanaskan cecair (air) pada suhu 60 - 80 darjah celsius atau 140 - 180 darjah Fahrenheit untuk masakan. Cara ini amat sesuai untuk masakan bahan masak yang lembut seperti ikan atau telur. Secara mudah ialah dengan perhatikan gelembung-gelembung (pendidihan) udara yang terbentuk dalam bekas rebusan. Dalam proses ini gelembung tidak terhasil di permukaan atau di dalam keseluruhan bekas rebusan itu. Cuma gelembung yang halus terbentuk di bawah bekas rebus.

2. Simmering (Mereneh)
Di mana suhu cecair atau air untuk rebusan berada di antara suhu 80 - 120 celsius. Anda boleh lihat gelombung udara halus, cuma permukaan di atas saja dihasilkan gelombung didihan dan bukannya di keseluruhan cecair/air yang sedang dimasak. Cara ini amat sesuai untuk menyediakan sup, stok atau pasta. Cara rebusan ini juga amat terbaik untuk mengekalkan khasiat vitamin dan zat-zat lain dalam bahan makanan yang sedang direbus. Resepi korma juga dimasak cara begini.
3. Boiling (mendidihkan).
Cara rebusan dengan suhu yang terpanas sekali dari dua cara yang di atas. Suhunya mencapai sehingga lebih 100 celsius. Banyak sangat gelembung udara akan terbentuk dalam keseluruhan bekas. Biasanya gelembung udara ini merosakkan bentuk fizikal bahan masakkan seperti cepat hancur dan juga kualiti zat akan hilang dalam bahan masakkan makanan tersebut. Perlu juga ingat bila suhu naik, suhu wap yang terbentuk juga akan naik. Dengan ini satu suhu luar biasa terbentuk. "pressure Cooker" diperkenalkan untuk masak cara ini untuk cepat masak.

Dalam cara masakkan "braising" / merebus ini, bahan makanan yang perlu direbus perlu ditumis/sauted dengan minyak atau butter untuk jadikan permukaan bahan masakan itu keras sedikit. Cara masak ialah dengan isikan air untuk rebusan itu berada di separuh paras dari bahan masakkan itu di tenggalami air dan di reneh/simmer dengan suhu yang rendah (seperti diterangkan). Rebus bahan masakan ini dengan cara mereneh ini juga teknik yang terbaik untuk masak kepingan/ketulan daging yang liat seperti daging ais atau pun daging dari lembu yang agak tua. Kerana hasil daging dari lembu yang agak umur lanjut ini mempuyai "tisu penyambungan"/urat yang banyak. Tisu-tisu ini yang menyebabkan dagingnya keras dan liat selepas masak. Apabila daging ini masak dalam keadaan simmering/reneh dengan jangka masa panjang, haba yg lembab akan dihasilkan didalam daging dan haba ini akan berupaya mencairkan tisu-tisu ini dan boleh melembutkan daging yang dimasak. Dalam proses pemecahan tisu ini, gelatin akan terbentuk. Gelatin akan memekatkan lagi kuah yang dibentuk hasil masakan. Ia sama juga menyediakan sup mamak kambing yg pekat, inilah rahsianya. Sup yang pekat bukan mengguunakan bahan pemekat seperti tepung jagung.
Cara masak ini juga jadikan permukaan luar bahan masakan seperti daging ayam jadi lebih berkilauan. Bahagian dalaman bahan daging yang mempunyai fiber akan menyerap cecair/kuah yang ada sekelilingnya untuk enak dimakan. Mamak haji rasa sedikit sebanyak penerangan di atas akan memberi manfaat kepada pembaca semasa memasak. Ramai sahabat-sahabat Fb dan blog Mamak haji sudah memahami cara tulisan resepi mamak haji..hahaha!. Panjang berjela-jela. Mamak haji cuba pendekan tapi tak boleh rasanya. Tak rasa seronok pulak tulis resepi tanpa tip-tip masakan. Ok kita ke , "Resepi Di Raja Korma" atau "Korma Shahi".


RESEPI DI RAJA MUGHAL : "KORMA AYAM".
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam dibuang kulit dipotong 8.
1 cawan yogurt yang pejal/boleh gunakan Nestle Natural Yogurt.
3 bawang labu merah dihiris (bersaiz besar besar sedikit).
2 inci halia tua dihiris.
5 ulas bawang putih dihiris.
2 kpg kayu manis
5 biji buah pelaga.
7 kuntum cengkih.
1 sudu teh (tsp) serbuk kunyit.
1 sudu teh (tsp) serbuk biji ketumbar (corriander).
1/4 sudu kecil (tsp) serbuk lada hitam kasar.
1 sudu besar (tbsp) serbuk cili (membuat warna kurma sedikit kemerahan dan kepedasan terpulang).
1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan putih.
1 sudu teh (tsp) "garam masala" (rujuk posting mamak haji).
1/4 cawan biji badam (almond) direbus dan dibuang kulitd dan telah dicincang.
10 biji janggus telah digoreng dan dicincang.
Jus lemon (ikut selera anda kemasaman).
2 sudu besar (tbsp) minyak sapi / minyak masak.
Garam secukup rasa.
NOTA: Mamak haji ubahkan kurma asli ini kepada lebih pedas dan warnanya di olah menjadi merah Pewarna merah oren dan serbuk cili) dari warna asal yang kuning untuk yang tidak minat warna pudar korma asli.
CARA-CARA MASAK:

1. Buang kulit ayam dan potong lapan bahagian. Bersihkan. Pukul yogurt dan sebatikan bersama serbuk kunyit dalam garam. Peramkan sekurang dua jam atau semalaman dipeti sejuk anda. Kisarkan badam, hali dan bawang putih sehingga halus dan jadikan pes.

2. Panaskan minyak/minyak sapi di dalam kuali dan tumis rempah kayu manis, buah pelaga dan cenkih dan dikuti hirisan bawang. Goreng bawang sehinnga baunya naik dan sedikit warna keperangan. Masukkan biji jagus, serbuk cili, serbuk biji rempah dan ketulan ayam beberapa minit , supaya luaran ayam tergoreng dgn minyak.

3. Masukkan pes badam dan ketulan ayam. sekiranya ingin kuah lebih masukkan air panas yang cukup dan adunkan sebati. Tutupkan kuali dengan tudung dan biarkan ia masak dalam keadaan braising/ reneh (rujuk penerangan di atas). Anda boleh tentukan ayam itu masak melalui urat peha ayam sebelah lutut kaki mula berlubang, tandanya sudah masak (biasanya peha ayam bahagian yang terakhir masak).

4. Masukkan "Garam Masala" (sila baca posting cara menyediakan garam masala) dan garam secukup rasa.

5. Masukkan biji jagus yang telah goreng dan boleh dihiaskan atau taburkan daun saderi/beriani di atasnya.

6. Korma Di Raja telah siap. Rasa rempah kurma ialah berasaskan campuran rempah biji ketumbar dan jintan putih. Kurma perlu disediakan dengan kuah yang pekat dan kuahnya adalah pes bamdam dengan jus ayam yang kita reneh. Kadang-kala sukar menentukan air ayam atau Stok ayam yang dihasikan semasa perenehan daging ayam, sekiranya pekat sangat tambah air panas sedikit. Ada juga buat kari korma dengan masukkan santan, ia adalah versi korma Selatan India..ia bukan vesri masakan mughal yang tidak gunakan santan dalam masakan. Cuba resepi ini, cuma bahan mahal ialah yogurt (kalau satu liter nestle natural yogurt itu cuma lebih kurang harganya RM8.00). Bakinya boleh simpan dalam peti sejuk. Garam masala kalau malas nak buat, boleh beli di kedai mamak rempah.


Orang yang bernasib baik.

Tiga mereka yang bernasib baik…

1. Mereka yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkan mereka.
2. Mereka yang berbuat baik kepada kedua ibubapa sebelum mereka (ibubapa) meninggalkan mereka.
3. Mereka yang memuaskan penciptanya sebelum bertemu dengan Nya
YA Tuhan, jadilah kami seperti mereka!

Projek pertanian akhirat


Penyebab dimurahkan rezeki

Sesiapa yang yakin rezekinya ditentukan Allah, maka janganlah bimbang dan bersedih.

Antara penyebab dimurahkan rezeki:
- Sentiasa beristighfar
- Sentiasa berselawat
- Solat dhuha
- Menyambung hubungan silaturrahim
- Bersedekah
- Bersyukur dengan apa yang ada
- Bersangka baik dengan Allah atas segala ketentuanNya..

kepercayaankarutmarut uak



Doa untuk elak kecurian:

Surah yasin ayat 1-9.

Tuesday, November 12, 2013

resipi kerepek

RESEPI KEREPEK :
Mee Jawa ini tanpa kerepek seperti tidak ada yang kena, dengan itu Mamak Haji tambah resepi ini untuk kita cuba sama-sama.
Bahan-Bahan:
250gm tepung beras.
1 sudu besar (tbsp) tepung ubi kayu (topiaca flour).
Minyak untuk goreng.

Bahan-Bahan Perencah untuk dikisar:
5 ulas bawang putih.
5 biji buah keras.
1 sudu kecil (tsp) serbuk ketumbar, biji ketumbar digoreng kering dan ditumbuk/ kisar kasar.
1 biji telur.
50 ml santan cair.
Garam secukup rasa.
CARA MENYEDIAKAN:
1. Sebatikan tepung beras dan tepung ubi dengan bahan kisaran.
Cairkan tepung tadi dengan tambahan 250ml santan cair, supaya terbentuk tepung yang cair dan sesuai untuk dituang ditepi kuali.
Panaskan minyak, bila minyak panas cukup, ambil sesenduk tepung cair dan tuangkan dikeliling gerigi minyak ditepi kuali. Bila warnanya tukar keemasan kuning , kupil tepung itu dengan perlahan dan biarkan ia terapung ke tengah kuali. Bila cukup garing, keluarkan dan diletakan ke atas kertas tuala dapur (kitchen towel paper) untuk menyerap minyak.
Patahkan saiz yg dikehendaki dan taburkan ke atas hidangan mee jawa anda. Ia memberi kelazatan yang istimewa pada hidangan mee jawa anda.

Resipi mee jawa mamak haji

RESEPI MEE JAWA:
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
1 Kg. Mee Kuning.
1 kg udang sederhana besar.
1 kg ubi keledek dikupas kulit, dipotong, rebus dan lenyek.
50 gm. gula melaka/ gula merah.
1 cawan santan - tidak dimestikan.
1/2 cawan minyak untuk menumis.
2 sudu besar tepung jagung dicairkan dgn 4 sudu air utk dipekatkan kuah.
3 liter (Stok air udang yang telah sediakan dan juga tambahan air).
1 sudu besar rempah kari daging - tidak dimestikan.
Garam secukup rasa.

Bahan-Bahan Perencah kisaran Untuk Kuah:
3 batang serai dihiris.
10 biji bawang merah (kecil).
5 biji ulas bawang putih.
4 inci lengkuas.
2 inci halia.
15 tangkai cili kering direbus dan dikisar halus.
Sedikit air asam jawa.

Bahan-Bahan untuk Hiasan:
5 keping tauhu di goreng dan dipotong dadu.
6 biji cili hijau dhiris.
5 biji cili merah dihiris.
10 biji limau kasturi dibelah dua.
6 biji telur direbus, dikopek kulit dan dibelah dua.
2 cawan bawang goreng.
1 cawan daun bawang dan daun sup dihiris.
1 pokok daun salad bunga dihiris.
100 gm taugeh di celur air panas ..di sejukan dgn air dan ditoskan.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:

1. Kisar halus semua perencah kuah dan jadikan pes.
Panaskan minyak dan goreng pes perencah sehingga baunya naik dan pecah minyak. Masukan gula merah dan masukkan air rebusan udang tadi.
2. Masukkan keledek lenyek dan kacau sehingga sebati dgn kuah.
Masukkan serbuk rempah kari dan santan. Kacau kuahnya. Biar kuah mendidih.
3. Sekiranya kuah and acir, cairkan tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuah. kacau sebati. Jika anda ingin kepekatan kuah, boleh tambah cairan tepung jagung.
4. Tambah jus asam jawa dan garam secukup rasa. Kuah anda telah siap.

5. PENYEDIAAN MEE: Celurkan mee anda dalam air panas dengan sedikit minyak selama 3-5 minit. Keluarkan mee dan masukkan ke dalam bekas air sejuk untuk hilangkan haba. Toskan mee dan tambah sedikit minyak masak supaya mee and seperti segar dan tak melekat. Hidangkan mee serta dgn bahan hiasan di atas mee jawa anda.

RESEPI DAN CARA BUAT STOK UDANG YANG SEDAP:mamak haji

RESEPI DAN CARA BUAT STOK UDANG YANG SEDAP:
BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu besar minyak masak.
- 1/2 kg udang sederhana besar, dibersihkan buang sesungut saja atau kepala udang.
- 1 biji bawang labu dipotong empat.
- 1 biji karot di hiris tebal sedikit.
- 1 batang celery dihiris.
- 2 sudu besar sup tomato kimball.
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam kasar atau ditumbuk.
- 6 -8 cawan air.
CARA BUATNYA:
1. Pansakan kuali, masukkan minyak, bila minyak panas goreng udang sehingga kulit udang bertukar warna kemerahan. Dlm 10-12 minit.
2. Masukan semua bahan-bahan kecuali air..goreng selama 1-2 minit dan masukkan air.
3. Didihkan air. Bila air telah mendidih kecilkan api dan renehkan selama 20-30 minit. Sekali-sekala tekan udang supaya jus udang keluar. Anda boleh masukan sedikit garan utk tujuan kelaurkan saki baki jus yg terperangkan dalam kulit udang.
4. Tutup api dapur dan tapis dengan menekan udang supaya semua jusnya terkeluar.
5. Udang yg telah tapis itu goreng kembali dengan sedikit minyak dan simpan untuk dijadikan sebagai hiasan resepi mee jawa anda.

Doa lembut hati


Doa sebelum mulakan kerja/perniagaan


Petua Untuk Menghilangkan Bisa-Bisa Tulang

Petua Untuk Menghilangkan Bisa-Bisa Tulang

Pilihan 1: Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Amalkan 3 kali seminggu.

Pilihan 2: Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama 2 minggu.

Pilihan 3: Ambil 1 sudu cuka makan dan tuangkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama ½ jam. Kemudian, bersihkan dan mandi seperti biasa.

Nasi Khomok




Nasi Khomok
Oleh:Lili Suriani Md Salleh

3 pot basmathi
*4 biji bawang merah
*2 ulas bwg putih
*Sedikit halia
3 sudu rempah khomok
2 sudu mentega
Daging @ ayam

Cara-cara :
1. Panaskan minyak bersama mentega.
2. Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau
3. Masukkan rempah komok yang dah digaul bersama air masak sehingga garing.
4. Masukkan ayam @ daging d an gaul hingga sebati, tutup periuk sehingga ayam@ daging masak.
5. Masukkan air, lebihkan 1 sukatan berbanding beras.
6. Apabila mendidih perasakan dengan garam & gula secukup rasa.
7. Masukkan beras dan biarkan masak.

Air Lada

10 biji cili padi
2 ulas bwg putih
sedikit halia
garam
gula
cuka

1. Kisar semua bhn di atas bersama sedikit air.

beef steak

Menu: beef stek(makan Ngan roti Nasi pun boleh) Oleh:Ayu Marni Kamaruzaman Like:www.facebook.com/bukuresepi Bahan-bahan Bahan A( daging) Daging kisar 400g Bawang merah 3 biji * Sebiji telur Suruh lada Puteh atau lada hitam Tepung jagung utk pekat jadikan ketulan& tepung biasa Garam Cara untuk bahan A untuk jadikan mcm bebola Bahan yang bertanda * harus di tumbuk. Untuk bahan A kita kena mix bersama untuk ketulan dan goreng kan nyer terlebih dahulu Bahan utk kuah Ubi kentang 3 biji di potong ( digoreng terlebih dahulu ) Bawang besar* Bawang putih* Tomato buah di potong 4(2biji) 4sudu besar sos tomato 1 tin kecik kacang pea Garam 1 sudu Tebung jagung Cara untuk kuah Bahan yang* harus di dadu kecil Panaskan minyak, tumis kan garam 1 sudu kecil bersama ngan tepung jagung tadi.. Masuk bawang merah n bawang Puteh tumis sehingga garing Masukkan air, sos tomato tgggu hingga didih masukkan kacang pea, ubi kentang dan ketulan daging sedikit lada sulah. Garam, gula dan last sekali tomato buah.

Apricot Health Benefits

- Apricot Health Benefits -:


• Apricots are rich in fiber so helps in digestion.If you have a habit of taking purgatives daily you may give it up right now and take apricots instead to get the best result.Actually you have to keep in mind that laxatives are habit forming and once you miss the dose you have no other way than to support. Hence if you choose such kinds of fruits like apricot packed with fibers you are sure to be benefited. Those who frequently suffer from constipation may try apricot daily.

• Apricot may help to reduce pain. Hence if your baby or you yourself have such aural problems that lead to severe pain you are suggested to take apricots daily. You may visit the ENT specialist but before visiting him why not have a try of apricots that are easily available in the market.
• Apricot juice has the power to cure all types of fever. In the past people used to take such types of medicines to combat ailments. With the advancement of medical technology we have been
habituated to take medicines once we suffer from any ailment.

• The fruit has the power to detoxify the body. We buy antioxidant capsules from the market to get the best result but we never brood over apricot health benefits.

• Apricots are packed with nutrients so can protect the eyes and the heart. Beta carotene in large quantity can help LDL cholesterol.So we can notice that regular intake of fruits can offer us health benefits of apricot without doing any harm to our body.

• Vitamin A in apricot can boost the vision.So take them on a regular basis so that you can avoid the specs. Spectacles never add grace to your look. Do they?

• Intake of apricot can prevent formation of cataract.

• Apricot oil or regular intake of apricot can make your skin shiny. No need of skin care products. That’s a great boon to you. If you take apricots daily you are sure to get health benefits of apricots and at the same time you can save your bucks that are sued to buy different kinds of skin care products the use of which may bring damage to your skin.

• Iron and copper in apricot raise hemoglobin in blood. In this way anemia is treated well. Why will you take pills and potions to boost your hemoglobin. Add apricots to your diet chart.

• Cancer can be thwarted if the seeds of apricot are taken.

• Apricot also aids the patients suffering from asthma.So you may bid good bye to inhalers and tablets to ward off wheezing.
• In all respect we can not keep aside the apricot health benefits.Actually it is our bad habits not to take fruits on a regular basis. We are well aware of the fact that the fruits offer us grace, vigor and vitality yet we are oblivious of the health benefits of different fruits, nuts and vegetables. If we use power of reasoning and add fruits to outr daily diet we are sure to be benefited by all means.

Monday, November 11, 2013

Beet


Detox

Cara & Langkah-langkah DETOX Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut : 1. PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox 2. DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke, cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya 3. DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries. 4. DETOX melalui kulit - minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu. 5. MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin dan menggunakan sistem penapis air yang baik.

Doa Mengelak Kecurian-Ustaz Harun Din

http://www.youtube.com/v/SwjWXSKXc_0?autohide=1&version=3&feature=share&showinfo=1&autohide=1&attribution_tag=AIT_sRMUZhZeZ6JGJ148ig&autoplay=1

Amalan untuk elak perkelahian


Resepi Roti Garlic mamak haji

Resepi Roti Garlic :
1 kpg roti perancis.
1/2 cwn butter.
2 sudu besar daun parsley segar dicincang halus.
6 ulas bawang putih dicincang halus atau dikisar dgn butter dan lain-lain bahan.
sedikit garam.
secubit serbuk lada hitam.
secubit serbuk cili.
CARA MEMBUATNYA:
1. Banyak cara boleh potong roti perancis ini, boleh ptg serong 45 darjah dlm 1 1/4 inci tebal atau cara mamak haji ptg cara mudah ini.
2. Kisar semua bahan tadi dan sapukan di permukaan roti dan bakar dlm suhu 150 darjah C selama 20 minit. Dah siap!..senang. Roti ini memang keras sedikit tetapi kalau dicicah dgn sup cendawan krim yg panas ia sgt lazat.

RESEPI SUP CENDAWAN BERKRIM mamak haji

RESEPI SUP CENDAWAN BERKRIM.

BAHAN-BAHAN:

- 3 cawan cendawan butang dalam tin atau Gunakan cendawan kering. Sekiranya gunakan cendawan kering, masukan air mendidih dalam sebuah bekas. masukan cendawan kering. Biarkan dia kembang dan basuh dan buang akarnya atau bahagian keras di batangnya. Asingkan.
- 1 cawan bawang besar jenis kuning - Bawang Holland dihiris kiub.
- 3 ulas bawang putih. Belah dua ulas bawang putih dan buang pucuk yang terdapat dalam bawang putih.
- 8 cawan atau 2 liter air stok ayam kalau malas gunakan stok ayam knorr segera.
- 500ml susu berkrim penuh (susu kotak).
- 1/2 cawan daun parsley english dicincang.
- sedikit 'thyme' segar.
- 2 sudu besar butter (mentega).
- 2 sudu besar tepung gandum.
- 1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar.
CARA-CARA:

1. Panaskan butter- jangan sampai terlalu panas, mentega akan terbakar dan hangus untuk elakan ini masukan 1 sudu besar minyak masak. Tumis bawang putih, bawang dan thyme. Cuma layukan saja jangan pulak sampai garing (biasanya 1 minit). Masukkan tepun gandum dan goreng ke warna kekuningan. Jgn jadikan perang warnanya.
2. Masukan cendawan dihiris dan tumis bersama dalam 2 minit lagi. Masukan lada hitam dan air stok ayam. Biarkan sup mendidih selama 15 minit. Tutup api dapur dan sejukkan sup. Keseluruhan sup itu masukkan dalam pengisar dan kisar cendawan kasar sedikit. Masukkan sup yang telah kisar kembali dalam stok pot dan mendidihkan.
3. Bila sup mula mendidih masukkan tepung gandum yang telah dicairkan. Kacau sup sentiasa. Di bekas yang lain, masak susu sehingga pekat sedikit dengan sentiasa kacau susu yang mendidih. Masukkan susu dalam sup. (anda juga boleh gunakan sour cream yang tersedia).

5. Kecilkan api dapur dan bawa sup anda ke peringkat "reneh" /simmering (sup cuma keluarkan gelembung udara di permukaan sup). Renehkan sup anda 25-30 minit untuk kepekatan. Sentiasa kacau sup. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api dapur. Taburkan daun parsley di atas sup anda. Sup anda telah sedia. Sekiranya gunakan tepung jagung sebagai pemekat sup cairkan dulu denga sedikit air sebeleum masukkan dkm sup di peringkat akhir.

Sunday, November 10, 2013

Bad breath

Remedy for BAD BREATH

Boil 2 teaspoon of Cinnamon Powder in 100 ml of water for 10 -15 minutes. After cooling, use it as a mouthwash.