Saturday, October 19, 2013

Bahaya Paraben- Berhati-hati dalam membeli!

BAHAYA PARABEN! 

Paraben adalah pengawet yang digunakan dalam kosmetik bagi memelihara kosmetik tersebut dari mudah rosak dan tercemar. 

Paraben digunakan dalam kosmetik seperti shampoo, ubat gigi, makeup, moiturizers/pelembab muka, deodorants, shaving cream, produk bibir/lipstick dan juga dalam makanan serta produk pharmaceuticals. 

Paraben boleh ditemui sebagai methylparaben, ethylparaben, propylparaben, butylparaben, isopropylparaben dan isobutylparaben yang terdapat dalam banyak alat solek/kosmetik.

Pada tahun 2004, satu kajian yang diterbitkan dalam 'Journal of Applied Toxicology' mendapati penemuannya di mana 18 dari 20 sample tisu tumor payudara manusia yang mengidap kanser payudara mengandungi paraben.

Ini adalah kerana paraben mengandungi estrogen-like properties dan seperti yang diketahui estrogen memainkan peranan penting dalam pembentukan kanser payudara.

Mengikut The American Cancer Society, kajian ini tidak menunjukkan paraben penyebab atau menyebabkan perkembangan kanser. Ia hanya menunjukkan bahawa paraben ada di situ.

Paraben bertindak dengan menyerupai hormone estrogen yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sel kanser payudara.

Walau apa pun penemuan kajian, dengan maklumat yang ada kita perlu berhati-hati di dalam menggunakan apa jua produk. Bacalah dulu kandungan produk tersebut supaya kita selamat menggunakannya.

Apa yang boleh anda lakukan?

Tidak mudah untuk mencari produk kosmetik yang benar-benar selamat daripada bahan kimia berbahaya. Sikap pengeluar produk kosmetik yang lebih mementingkan keuntungan membuatkan pengguna akan selamanya terdedah kepada bahan yang berisiko kepada kesihatan mereka.

Oleh itu, anda selaku pengguna harus mengambil beberapa langkah bijak untuk melindungi diri anda.

Tanda-tanda hati kotor


RESEPI DALCA TULANG DAGING 'ALA NASI KANDAR-mamak haji

RESEPI DALCA TULANG DAGING 'ALA NASI KANDAR:
Bahan-Bahan:
- 1/2 kg Tulang daging lembu bhg. rusuk atau tulang biasa. di potong ikut selera.
- 300 gm Kacang dhal / Paruppu biasa (Australia) atau kacang parrupu India atau jenis mysore yg berwarna oren. Direbus sehingga empuk (45min hingga 1 jam). Kalau ingin masak cepat masak gunakan pressure cooker akan menjimatkan separuh dari masa yg digunakan untuk merebus kacang paruppu cara biasa.
- 1 btg karot sederhana. di kupas kulit dan dipotong 45 darjah. tebal 5-8 mm jangan terlalu nipis.
- 2 biji terung bulat dipotong empat dan dipotong sekali lagi setiap 4 x 2 bahagian. selepas potong tentukan potongan terung ini direndam dalam besin atau mangkuk yg berisi air untuk mengelakan terung menjadi lebam dan kehitaman setelah masak.
- 1/2 Kg ubi kentang sederhana besar. Kupas kulit dan potong . Rendam ubi dalam mangkok berisi air supaya tidak lebam.

*Pisang Muda kari atau Mangga Muda boleh juga masukkan. Tentukan ia tidak lebam..rahsianya rendam dalam air sehingga digunakan.

1 tsp Jintan Putih.

1 tsp Jintan Manis.

1 tsp Kas-Kas ( dikecualikan).

1 tsp serbuk kunyit.

3 pokok pudina.

3 sudu besar rempah daging.

Bahan untuk dikisar:

1 ulas bawang putih.

3 inci Halia.

1 biji bawang Besar.

Bahan Untuk Menumis:

2 biji bawang besar dihiris .

2 btg kayu manis, cengkih 5, bungan lawang 3, buah pelaga 3. (rempah ratus).

* Bahan kisaran/ blender Bawang putih, halia dan bawang.

Minyak untuk menumis.

Cara-cara membuat:

1. Selepas parrupu telah rebus dan masak secukup (kacang paruppu akan hancur dan kalau sejuk jadi seperti paste) masukan rebusan air daging atau air biasa bagi daging dan tulang yang masukan Karot, terung dan kentang ke dalam rebusan tadi. Kepekatan Dalca adalah keadaan air yang anda rebus parrupu. Kacang parrupu perlu hancur dan akan memberi kepekatan kuah. Rahsia kepekatan Dalca ialah kacang parrupu masak dan hingga hancur berbentuk paste. Semasa memasak kacang paruppu mestilah pentingkan keadaan kuatiti air yang cukup...dan jangan terlalu banyak air digunakan untuk memasak. Dan jangan pulak biarkan kacang parrupu hangus...kalau hangus...Dalca anda juga Hangus dan tidak boleh digunakkan.

2. Rebusan paruppu kalau perlu tambahkan air dan masukan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kari daging, serbuk kunyit dan kacau serata. Apabila ubi kentang mulai empuk ( cooked). Maka kuah anda sudah telah sedia. Anda boleh masukkan sedikit santan atau susu cair kalau ingin perlemakan kuah anda. Kecilkan api dapur.

3. Tumis semua bahan -bahan seperti di atas dan masukkan dalam rebusan kuah parrupu bersama dengan tulang, ubi , karot dan Terung dan rempah. Jangan hangitkan. Tumis perlu lakukan bermula dengan panaskan minyak, masukkan rempah ratus (kayu manis, bunga lawang...etc) , bila wangi masukkan bahan kisaran...bila wangi masukkan hirisan bawang....bila bawang mula keluarkan bau harum...tutup api dapur dan daun kari. Jangan hangitkan. Masukan garam secukup rasa.

4. Masukan daun pudina dan tutup tudung periok anda. Dalca anda sedia dihidangkan. Kalau anda buka tudung pasti wangian masakan Dalca anda boleh menusuk hidung untuk bangkitkan selera

[051013] Syok ooO Kawen ! [Pahala Mudah Untuk Suami Isteri] - Ustaz Yusra ---MESTI DENGAR!