Saturday, July 5, 2014

Signs and Symptoms of kidney stone

Petua Untuk Mencegah Sakit Kepala Semasa Berpuasa

Petua Untuk Mencegah Sakit Kepala Semasa Berpuasa
1. Hindari makan makanan yang berpotensi untuk menyebabkan sakit kepala seperti daging yang diawetkan, coklat, MSG/bahan penyedap rasa makanan, dan ais krim. Jika teringin sangat makan, makanlah sedikit sahaja atau elakkan.
2. Lebihkan memakan ikan. Asid lemak Omega 3 yang terdapat dalam minyak ikan dapat mengurangkan migrain. Ikan juga merupakan sumber protein yang lebih mudah dicerna berbanding ayam atau daging.
3. Elakkan mengambil teh, kopi, minuman yang mengandungi coklat. Kafein yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan sakit kepala.
4. Minum jus buah seperti epal, pir, peach, oren, susu rendah lemak, yogurt, teh herba, roti gandum telur dadar.
5. Tidur yang cukup boleh mengurangkan sakit kepala.
6. Elakkan cuka kecuali cuka putih, cuka epal, mustard dan mayonis.
7. Jangan makan makanan yang terlalu masin seperti telur masin, Ambil sedikit sahaja jika teringin.

HOW TO CLEANSE YOUR LIVER...... PLEASE SHARE

HOW TO CLEANSE YOUR LIVER...... PLEASE SHARE 
Your liver is like the maid of your body, cleaning up all the toxins you put into it, and therefore keeping all internal systems running smoothly. The modern diet, environmental pollutants, and our increasing dependence on toxic personal care products have put our livers on serious overtime.
For this reason, it’s important to know how to clean your liver thoroughly and effectively – oh, and naturally.
1. Warm Lemon Water - Warm lemon water is a great way to detox your liver every single morning. This isn’t lemonade, so don’t add sugar or anything else. Just purified water and a healthy dose of fresh lemon juice. Some experts, like author A.F. Beddoe who wrote the book Biological Ionization as Applied to Human Nutrition, also believe that the liver produces more enzymes in response to water with lemon than to any other food. Vitamin C helps to produce glutathione, which is necessary to cleanse toxins from the liver. Vitamin C is also an antioxidant, which reduces free radical toxicity within the body. It’s found in fresh fruits and vegetables and is great at boosting the immune system and staving off colds and the flu.
2. Garlic - Add some garlic to your cooking or thinly slice a clove into your next salad. Garlic contains sulfur compounds that can help activate enzymes in the liver. It contains allicin and selenium, which are both good for liver protection.
3. Green Tea Cleanse and protect the liver. Green tea, and hot water with lemon can help to stimulate liver cleansing. Herbs such as dandelion root, burdock, and milk thistle are also safe and effective against protecting the liver. Drink 1-2 cups of tea a day and a lot of water after that. Liver Cleanse Tea flushes and clears the liver of congestion and toxins, restoring the organ to full function.
4. Avocados - As if you need another reason to add avocados to your diet, a Japanese study found that avocados contain compounds that can protect the liver from damage. When compared with 21 other fruits, avocados had the most promise in protecting the liver from galactosamine, a “powerful” toxin that has been shown to produce a liver damage much like human viral hepatitis.
5. Cilantro - This versatile herb can be added to just about any dish, including salads or smoothies. This herb can help remove heavy metals from the body, something your liver could be struggling with right now.
6. Turmeric - Another powerful spice with a long list of benefits, turmeric is said to not only protect the liver from damage, but also encourage regeneration of liver cells. In addition, it increases natural bile production and aids in keeping the body toxin-free.
7. Drink at least 2 quarts of water daily. Our body is 70% water and needs to stay hydrated frequently. Water naturally flushes the body of chemicals, toxins, and impurities through urination, expiration, and sweating. Dehydration compromises the body’s ability to filter toxins.
8.Breathe deep; fill your lungs with air. Deep breathing is an excellent way to relax or relief stress. Breathing deeply circulates oxygen throughout the body, which encourages detoxification through the skin, expiration, lymph, blood, kidneys, liver, etc.
9.Transform stress by emphasizing positive emotions. Stress causes the body to release hormones that increase the toxin levels in the body and leaving the body depleted of essential nutrients, and unable to protect against diseases and infections. Therefore by eliminating stress or transforming stress into positive emotions or a positive outcome you can naturally flush out your system of toxic hormones and chemicals.
10.Hot-Cold Shower.Begin this detoxifying process with a hot shower for about 3 minutes. Switch to cold water for 30 seconds. Switch between hot and cold water several times. This encourages detoxification by stimulating blood circulation throughout the body.

Petua Untuk Sakit Kepala

Petua Untuk Sakit Kepala
Pilihan 1: Sakit kepala boleh disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut. Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar dan giling atau tumbuk menjadi halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit garam. Gosok-gosokkan pada dahi dan pelipis. Gunakan cara ini 1 atau 2 kali.
Pilihan 2: Ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah. Setelah menjadi lumat terus ditelan. Selepas itu, cepat-cepat minum air suam segelas. Anda boleh lakukan 2 kali dalam sehari.

Tazkirah hari ini 39:04-07-2014 Ustaz Hisyam Mohd Radzi: Menyeru manusia kepada Allah

Friday, July 4, 2014

Types of headache

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul!

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.... Ramai yang Selalu Tersilap!
Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox
anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.
Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.
JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT
Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila
berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse
akan nyala sekejap.
Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah
hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak
dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau
cepat rosak.
Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki
Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak
PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR
1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D
2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D
KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.
Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat
di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear
terus ke R.
Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke
gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,
kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran
mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.
p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang
kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang
lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat
Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:
P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.
R - reverse, untuk mengundur kereta anda
N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic
jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan,
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.
D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4.
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj
3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3
2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu
L - Low gear, gear pertama

Kuah Laksa Tidak Mudah Basi

Tentu ramai yang mengambil kesempatan untuk memasak Laksa sebagai juadah istimewa waktu berbuka bukan?

Namun, perasan atau tidak bahawa Kuah Laksa cepat menjadi basi.

Bagi mengelakkan kuah laksa lemak daripada cepat menjadi basi, masukkan sebatang cili merah ke dalam kuah laksa selepas selesai memasaknya.

Kuah laksa akan bertahan lama hingga keesokan hari, selain itu kuah juga akan jadi lebih enak. Selamat mencuba! 

How to repent to Allah ( in details)

Beras Bersihkan Botol

Petua yang menarik untuk anda ketahui. Selain menggunakan beras sebagai salah satu elemen mencantikkan wajah atau badan, beras juga berpotensi untuk menjadi pembersih yang baik dan berkesan.

Untuk pengetahuan anda, beras boleh membersihkan botol yang bermuncung tirus atau botol susu.

Caranya dengan memasukkan beras dan sedikit air ke dalam botol. Goncangkan sehingga kotoran dalam botol hilang.

Cara ini bukan sahaja menyenangkan. Selain itu teknik pembersihan botol susu ini juga lebih selamat kepada bayi anda. Selamat mencuba! 

Petua Untuk Elak Gastrik Semasa Berpuasa

Petua Untuk Elak Gastrik Semasa Berpuasa
1. Berbuka secara ringan - Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak "terkejut" Sebaiknya berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib, kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat.
2. Tidak berbuka terlalu berat - Apabila waktu berbuka, ramai yang memulakan suapan dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk gula (tenaga). Jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.
3. Makan makanan yang mengandungi sulfur - Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada Ramadan kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah. Anggapan ini kurang tepat kerana apabila berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi. Seeloknya banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli, kubis dan bawang putih.
4. Elak minum minuman berkafein ketika berbuka - Elakkan dari minum minuman berkafein ketika berbuka contohnya seperti kopi, teh atau nescafe. Ini kerana ia mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Bagaimanapun ia boleh diambil selepas solat terawih bukannya ketika berbuka.
5. Elak makanan tinggi lemak - Elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. Seeloknya ambilah lauk atau juadah berbuka puasa yang rendah lemak
6. Makan secara sederhana - Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah. Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.

Siri Taman Syurga 59:[LIVE][030714]Remeh Temeh Puasa (Siri4) - Ustaz Wadi Annuar

Cadangan Amalan Buat Muslimah Yang haid/nifas pada bulan ramadhan

Thursday, July 3, 2014

benefits of cinnamon

What are the benefits cinnamon our body  
It is a very important source of calcium , iron, fiber and magnesium
It is a remedy for : headaches, bad breath, cholesterol , diarrhea , colds , arthritis , etc. .
Provides better blood circulation and oxygen mugs largest body cells , which strengthens metabolic
Stimulates brain activity and memory help
Cinnamon oil is antibacterial and antifungal , having a high content of antioxidants
It is a remedy in treating menstrual cramps and pain
On the other hand, this miraculous spice has aphrodisiac effect
Increase health and reduce the risk of developing colon cancer
Cinnamon has carminative properties , helping to remove gas stomach and intestines
It is a good help in stopping bleeding and promote healing
This spice has anti-inflammatory properties , helping to relax muscles and relieve pain
It is very useful for those who suffer from hypertension
Cinnamon strengthens hair and stimulates growth
Destroy pimples and help treat acne
Mixed with honey and water , drinking on an empty stomach can help you get rid of those few extra pounds and decrease your appetite for sweets
Cinnamon is a natural energizer
Cinnamon lowers blood sugar and is recmandata especially type II diabetes .

Health Benifits Of Apple & Banana

Wednesday, July 2, 2014

Petua Untuk Menghilangkan Bau Kaki Busuk

Petua Untuk Menghilangkan Bau Kaki Busuk
Untuk mengatasi bau kaki akibat sering memakai sarung kaki dan kasut bertutup, gunakan limau nipis. Ambil limau nipis, hiris dan gosokkan pada kaki. Selepas itu, ciumlah kaki anda. Ia pasti wangi.

Siri Taman Syurga 58:Ustaz Muhammad Fawwaz ( Abdul Rahman Bin Auf r.a)

Siri Taman Syurga 57:Ustaz Muhammad Fawwaz ( Life Begin At 40 )

benefits of lime water

Healing Dry Feet


Simple Home Remedies For Cracked Heels 

Cracked feet can be easily taken care of with some simply and easy home remedies. ... Follow this remedy daily until the cracked feet are healed completely 

Cold and Cough Remedy

Top 10 hydrating foods

Home remedy for high blood pressure

Petua Untuk Membuang Lemak Badan

Petua Untuk Membuang Lemak Badan
Pilihan 1: Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama 1 bulan. Jika anda disiplinkan diri untuk menjaga pemakanan dan selalu bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai.
Pilihan 2: Air asam jawa elok dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak 1 gelas. Masukkan ke dalam peti sejuk. Jadikan ia minuman anda selepas makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Petua Untuk Mengempiskan Perut

Petua Untuk Mengempiskan Perut
Pilihan A:
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .
2. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) 
3. Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.
Pilihan B:
1. Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.
2. Embunkan semalaman.
3. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.
Pilihan C:
1. Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air.
2. Minum air setelah selesai makan
3. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya.

Bakteria Yogurt Jadi Penawar Mulut Berbau Semasa Berpuasa

Bau mulut adalah masalah klasik semasa berpuasa. Mengapa ianya terjadi? Semasa berpuasa, mulut jarang mengunyah sehingga air liur yang dihasilkan sedikit. Padahal, air liur berfungsi untuk menjaga pH atau darjah keasidan sehingga menghambat bakteria yang bersarang di mulut.

Bakteria itulah yang menyebabkan mulut berbau kurang enak. Sebagai penyelesaiannya, minumlah yogurt, baik semasa bersahur mahupun berbuka.

Profesor Hardinsyah dari Institut Pertanian Bogor menjelaskan yogurt sebagai minuman hasil fermentasi mengandung bakteria-bakteria baik seperti Lactobacillus bulgaricus dan Stereptococus thermopilus.

"Bakteria tersebut bersifat asid yang dapat menjaga keseimbangan pH sehingga membunuh bakteria jahat didalam mulut," ujarnya.-tribunnews

sumber

10 Kebaikan Yoghurt Kepada Kesihatan

Yoghur sangat popular di kalangan masyarakat kini, samada pada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Berikut 10 manfaat kesihatan yang diperolehi dari pengambilan yogurt, seperti yang dilaporkan oleh Times of India, Selasa (4/6/2013):

1. Menjaga tulang tetap sihat

Semangkuk yoghurt boleh memberi anda banyak kalsium dan vitamin D. Kedua komponen ini sangat penting untuk menjaga kesihatan tulang. Kalsium yang ada di dalam yogurt juga membantu menjaga kepadatan dan menguatkan tulang sepanjang hidup anda. Dengan demikian, penggunaan yogurt membantu untuk mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.

2. Mudah dicerna
Sesiapa yang mengalami intoleransi laktosa kerana beberapa alergi, dapat menikmati dan mendapat manfaat daripada yogurt dengan baik. Sebab, yoghurt lebih mudah dicerna berbanding susu. Kultur aktif yang hidup di dalam yogurt mencipta laktase, yang akan membantu meningkatkan penyerapan laktosa kepada mereka yang bermasalah.

3. Mengandung bakteria baik
Yogurt mempunyai kultur aktif dan hidup. Ini bermakna ia mempunyai probiotik, yang hidup di saluran pencernaan anda. Probiotik ini menghilangkan semua mikroorganisma berbahaya yang boleh menyebabkan kerosakan pada usus atau organ sistem pencernaan lain. Probiotik juga membantu fungsi kerja sistem pencernaan dan mengukuhkan sistem kekebalan tubuh.

4. Membantu menurunkan tekanan darah tinggi
Tak hanya kalsium, yogurt juga mengandungi banyak kalium. Kandungan kalium dalam yoghurt membantu menurunkan tekanan darah.

5. Baik untuk kesihatan kulit
Yoghurt membantu anda untuk mempunyai kulit bersih dan mulus. Asid laktik dalam yogurt bertindak sebagai exfoliator, yang membantu menyingkirkan sel-sel mati. Selain dimakan, anda juga boleh menggunakan yogurt sebagai masker agar kulit wajah lebih sihat.

6. Mengandung pelbagai jenis vitamin
Satu hidangan yogurt boleh memberikan pelbagai nutrisi seperti kalium, fosforus, vitamin B5, seng, iodin dan riboflavin. Yoghurt juga kaya akan vitamin B12, yang diperlukan untuk menjaga sel-sel darah merah dan menjaga fungsi kerja sistem saraf.

7. Meningkatkan daya imunisasi tubuh
Mengambil yogurt setiap hari dapat membantu menghasilkan kekebalan tubuh lebih tinggi. Probiotik yang ada juga membantu merangsang sel darah putih melawan jangkitan dalam aliran darah.

8. Mengurangkan risiko jangkitan fungus
Kajian telah menunjukkan bahawa makan yoghurt dapat mengurangkan dan kejadian jangkitan akibat fungus dalam faraj.

9. Meningkatkan kesihatan usus
Kultur aktif yogurt membantu meringankan keadaan pencernaan tertentu seperti intoleransi laktosa, sembelit, cirit-birit, kanser usus besar dan penyakit usus.

10. Membantu menurunkan berat badan
Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh International Journal of Obesity pada tahun 2005, pengambilan kalsium melalui yoghurt membantu tubuh menggunakan lemak yang tersimpan. Dengan ini, ianya membantu anda mempunyai badan yang lebih ramping.-detikhelth

Tazkirah hari ini (39):AAM RS 30; Bab Kelebihan Membaca Al Quran Bhg 1

healthy and excellent juice!

Tuesday, July 1, 2014

Sprouted green

Great Tip  
Eat sprouted green gram everyday in the morning and within 4 weeks you will see that your hair fall has reduced.
it works wonders.
share if you like 


Melazatkan Lauk Bilis

Ikan bilis goreng atau sambal ikan bilis memang menyelerakan dan enak dimakan!

Berikut ada petua yang boleh anda cuba untuk menyedap dan melazatkan lagi apa jua masakan lauk bilis anda.

Caranya adalah, masukkan buah mempelam yang dipotong ke dalam masakan ikan bilis.

Hasilnya masakan ikan bilis akan bertambah lazat. Selamat Mencuba!

Jangan Buang Zip Rosak!

Zip rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg,kasut atau seluar anda tidak boleh dipakai lagi.

Ada cara yang boleh anda lakukan  untuk memastikan zip anda kembali berfungsi! Tetapi bagaimana mahu membaiki zip anda itu? 

Caranya taburkan bedak di atasnya lalu gerak-gerakkan beberapa kali sehingga zip itu lancar semula. Selamat mancuba! 

RESEPI BEBOLA IKAN/ FISH BALL oleh mamak haji

RESEPI BEBOLA IKAN/ FISH BALL:
bahan-bahan:
- 500gm isi ikan tenggiri /spanish makerels.
- 1 sudu kecil garam.
- 1/2 kecil serbuk lada putih.
- 1 sudu kecil baking powder.
- 1 sudu besar tepung jagung di cairkan dengan 1 sudu air.
cara-cara:
1. Dapatkan ikan tenggiri dalam seekor, ikan isi putih seperti ikan merah juga boleh digunakan.Porong bahagian kepala dan ekor. Simpan dan gunakan untuk masak kari. Isi ikan dipotong asingkan dari tulang tenagh (dua keping). Ambil sudu dan keruk semua daging dari kulitnya. Tulang tengah ikan jangan buang. Simpam untuk buat sup ikan yang lazat. Cincang isi ikan sehingga tidak ada ketulan lagi.

2. Jadikan seperti doh bulat..hempas dan hempas (slam) doh ikan sekurang-kurangnya dalam 30-40 kali. Ini dilakukan untuk mengentalkan bebola ikan dengan mampatkan isi ikan dan juga hindarkan udara yang terperangkap.

3. Dalam pada itu cairkan tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam doh isi ikan..masukan baking powder, serbuk lada dan garam. Sebatikan semua bahan itu dengan doh ikan. Anda akan dapat satu doh yang kilat permukaan.
4. Didihkan air dalam bekas, sediakan juga air ais untuk rendam bebola ikan apabila dikeluarkan dari rebusan.

5. Buat bebola ikut saiz kesukaan anda dan masukkan dalam air mendidih. Bila bebola ikan anda timbul dan terapung di permukaan air menunjukkan ia telah masak. Jangan terlalu lama mendidihkan- bebola ikan jadi kental dan liat. Keluarkan masukkan dalam bekas ais yang telah sediakan.

RESEPI: KEBAB TIKKA AYAM. oleh mamak haji

RESEPI: KEBAB TIKKA AYAM.
Tikka ini kalau dibakar dengan pembakar satay memang sedap..tapi kali ini kita bakar dalam oven saja..untuk testing..kalau sedap boleh buat untuk jamuan Hari Raya nanti bersama dengan satay..

Bahan-bahan:
500gm isi daging ayam dipotong kiub 1cm.
1 biji lada benggala merah / Red Bell Pepper besar dipotong empat segi 2cm.
1 biji lada benggala hijau / Green Bell Pepper besar dipotong empat segi 2cm.
2 biji bawang labu besar dipotong empat dan kupas kelopaknya.
2 biji karot sederhana besar dipotong bulat.
1/2 kg bunga kobis dipotong dalam ukuran 2cm.k cucuk daging. Tentukan kayu lidi - 15 batang kayu lidi satay untuk dicucuk dan dibakar - rendam selama 2 jam sekurang-kurangnya.

Bahan-bahan untuk Pes Tikka:

- 2 sudu besar pes halia bawang putih.
- 2-3 tangkai daun ketumbar di cincang halus.
- 1 cawan Yogurt asli tanpa perisa. Nestle Yogurt Asli sesuai digunakan.
- 2 sudu besar serbuk cili..kalau tak nak pedas kurangkan kepada 1 sudu besar.
- 1 sudu kecil serbuk garam masala.
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar / corriander.
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam kasar.
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
- 1 dan 1/2 sudu kecil garam..ikut rasa anda..mula dengan 1 sudu kecil.
- 1/2 sudu kecil perisa makanan Aji.
- 2 sudu besar Minyak masak.

Jadikan pes pekat..1/2 daripadanya lumurkan dengan isi ayam dan peram sekurang-kurang dalam 2 jam, hasil yang terbaik ialah peram semalaman. 1/2 lagi pes curahkan keatas isi ayam selepas telah dicucuk dengan lidi dan sedia untuk bakar.

CARA PENYEDIAAN:
1. Selepas isi ayam yang telah diperam dengan pes tikka, cucuk dengan kayu lidi yang telah rendam bermula dengan karot (terbawah sekali), diikuti dengan kelopak bawang, isi ayam, hirisan lada benggala (merah), diikuti dengan hirisan lada benggala hijau. Tentukan lada benggala ini diinginkan di peti sejuk selama 4 jam. Ulang sampai ke hujung lidi..Di penghujung lidi masukkan hirisan karot untuk penghadang.
2. Ada juga digoreng dulu dgn minyak sedikit baru masukkan dalam oven supaya hasilnya elok..tapi mamak haji terus masukan dlm grill mesh oven dan terus bakar je..sebelum bakar tuangkan 1/2 lagi pes tikkan yang disimpan..supaya ia bersalut baik.
3. Panaskan oven sebelum masukkan dalam suhu 200 C dan bakar selama 40 min. Selpas 40 minit terbalikan tikka telah bakar dan bakar kembali dalam suhu 230C selama 25-30 minit lagi. Tika anda telah siap. Makan bersama sambal pudina.



Resepi Dalca nasi kandar oleh mamak haji

Resepi Dalca:

Bahan-Bahan:

- 1/2 kg Tulang kambing bhg. rusuk atau tulang Ayam (rangka). di potong ikut selera.

- 300 gm Kacang Paruppu/ Dal biasa (Australia). Direbus bersama tulang kambing. Sehingga empuk (45minit). *Jangan sekali simpan kacang paruppu yang belum masak ke dalam peti sejuk...sampai esok pagi anda tidak dapat kacang parupu itu empuk atau masak. Kalau ingin masak cepat gunakan pressure cooker yang tak ada "pressure cooker" masukan satu sudu (petua) ke dalam kacang parupu yang sedang rebus untuk cepat masak.
- 2 btg karot sederhana. di kupas kulit dan dipotong 45 darjah. tebal 5-8 mm jangan terlalu nipis.

- 2 biji terung bulat dipotong empat dan dipotong sekali lagi setiap 4 x 2 bahagian. selepas potong tentukan potongan terung ini direndam dalam besin atau mangkuk yg berisi air untuk mengelakan terung menjadi lebam dan kehitaman setelah masak.

- 1/2 Kg ubi kentang sederhana besar. Kupas kulit dan potong 4 X2 (cara potongan 45 darjah). Rendam ubi dalam mangkok berisi air supaya tidak lebam.

*Pisang Muda kari atau Mangga Muda boleh juga masukkan. Tentukan ia tidak lebam..rahsianya rendam dalam air sehingga digunakan.

- Garam dan gula secukup rasa.

Rempah Untuk tumis:

- 2 btg kayu manis, cengkih 5, bunga lawang 3, buah pelaga 3.

- 2 biji bawang labu besar dihiris .

- 2 sudu besar pes halia bawang putih.

- 2-3 ranting daun kari.

- 1 sudu kecil Jintan Putih.

- 1/2 sudu kecil Jintan Manis.

- 1 sudu kecil Kas-Kas ( dikecualikan hehehe).

- 1 sudu kecil serbuk kunyit.

- 3 sudu besar rempah daging .

- 1/2 sudu kecil garam masala.

- 2 - 3 ranting daun pudina / ranting daun ketumbar untuk hiasan.

- Minyak untuk menumis.

Cara-cara penyediaan:

1. Selepas parrupu telah rebus dan masak secukup (kacang paruppu perlu hancur) masukan Karot, Terung dan Kentang ke dalam rebusan tadi. Kepekatan Dalca ada lah keadaan air yang anda rebus parupu. Kacang parrupu perlu hancur dan akan memberi kepekatan kuah. Rahsia kepekatan Dalca ialah kacang parrupu masak dan hingga hancur berbentuk pes. Semasa memasak kacang paruppu mestilah pentingkan keadaan air rebusan yang cukup...jangan terlalu banyak air digunakan untuk memasak. Dan jangan pulak biarkan kacang parrupu hangus...kalau hangus...Dalca anda juga Hangus dan tidak boleh digunakkan.

2. Rebusan paruppu yang telah siap itu kalau perlu tambahkan air. Apabila ubi kentang mulai masak menunjukkan kuah dalca anda sudah telah sedia. Anda boleh masukkan sedikit santan atau susu cair kalau ingin perlemakan kuah anda. Kecilkan api dapur.

3. Tumis semua bahan -bahan seperti di atas dengan api sederhana..masukan rempah 4 sekawan, bila keluarkan aroma harum masukkan bawang hirisan, goreng sehingga warnanya bertukar kuning keemasan, masukan bahan kisaran halia dan dan bawang putih diikuti dengan daun kari. Sebelum masuk rempah tentukan serbuk rempah jintan putih, jintan manis, kunyit, kas-kas dan rempah daging dijadikan pes dulu dengan adun sedikit air sebelum masuk ke dalam minyak panas. Bila bau harum rempah bangkit, masukkan dalam rebusan kuah parrupu yang telah masak bersama dengan tulang, ubi , karot dan Terung dan rempah. (Tumis darat yea). Tumis perlu lakukan jangan sampai hangit. Masukan garam secukup rasa.

4. Taburkan daun pudina diatas dalca anda dan tutup tudung periok anda. Dalca anda sedia dihidangkan. Kalau anda buka tudung pasti wangian masakan Dalca anda boleh menusuk hidung untuk bangkitkan selera. Selamat cuba. Jangan putus asa setiap kali mencuba masakan nasiq kandaq Pulau Pinang. 

RESEPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH. oleh mamak haji

RESEPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH.

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam berat dalam 1.6 - 1.8kg, potong 12 ketul dibasuh dan bersihkan.
3 biji Bawang Merah labu dihiris halus
1 -2 sudu besar Serbuk Cili ikut kepedasan yang suka.
1/2 sudu kecil Serbuk Jintan Manis.
1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih.
2-3 sudu besar Rempah Kari (daging).
1 sudu besar Sos Tiram.
1 sudu besar Sos Cili.
1 sudu besar Sos Tomato.
2 biji bawang merah labu dikisar halus dan jadikan airnya 1/2 balang pengisar. Boleh tambah sekiranya anda inginkan kuah yang lebih sedikit.
1 sudu besar pes bawang putih-halia.
1/2 sudu kecil serbuk garam masala,
2 kpg kayu manis, 5 buah pelaga, 7 cengkih dan 3 bunga lawang.
1 helai daun pandan dipotong 2 inci.
2 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
Cili merah dipotong memanjang (hiasan).
Daun Kari (hiasan).

CARA-CARA:

1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan di simpan untuk menumis rempah kelak. Nota: Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng.

2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng, asingkan.

3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empat serangkai. Masukkan daun pandan, daun kari dan masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas dengan buat pes dulu (masukkan sedikit air pada serbuk rempah). Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomoto.

3. Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.

4. Taburkan cili merah yang dihiris dan juga daun kari yg telah goreng di atas hidangan anda.


RESEPI: AYAM MASAK LEMON BERMADU:oleh mamak haji

RESEPI: AYAM MASAK LEMON BERMADU:

BAHAN-BAHAN:

- 8-10 ketul ayam. (kalau nasi kandar jangan lupa saiz ketul ayam. Berat ayam perlu 1.6-1.8kg dan dipotong 10 bahagian. Ini bermakna, 2 peha, 2 atas peha, 2 dada, 2 dari belakang dan 2 kepak. Kalau saiz ketul ayam kecil, ia bukan masakan nasi kandar tapi masakan tom yam. Bila anda membeli ayam di pasar beritahu peniaga ayam, potong sepuluh nasi kandar sekiranya di Pulau Pinang. Di negeri lain beritahu potong sepuluh peniaga akan faham. Masa dulu potong 12 boleh tapi sekarang ini berat ayam dikira kepala, kaki dan isi perut, maka tak jadi kalau potong 12. Bersihkan. Peramkan dengan serbuk kunyit dan garam untuk digoreng.

- 2 sudu besar (tbsp) serbuk cili.
- 1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan putih.
- 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis.
- 1/4 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
- 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk lada hitam.
- 2 biji bawang sederhana besar (dikisar dengan satu cawan air).

- 2 biji bawang sederhana besar dihiris halus memanjang. (hiris bawang ada 3 jenis: 1. Melintang 2. Memanjang 3. potong dadu. Masakan nasi kandar biasanya dihiris memanjang dari atas kebawah supaya bila digoreng ia tidak berpisah dari kelopak).

- 2 sudu besar pes halia bawang putih.
- 3 kuntum bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 5 biji cengkih dan 2 keping kayu manis 1 inci.
- 1/2 sudu kecil garam masala ( tak dimestikan, sekiranya ada).
- 3 sudu besar pati oren atau sunkist.
- 1 biji lemon. (1/2 buat air perahan dan 1/2 lagi untuk hiasan).
daun pandan (dipotong panjang 3 inci - 2 helai).
- 1/4 sudu kecil pewarna "merah oren".
- 6 sudu besar gula pasir.
- Garam secukup rasa.
- Madu untuk glazing (mengilatkan).

CARA MEMASAK:

1. Daging Ayam yang telah peram (selama 15 minit) digoreng dengan minyak masak dengan 3/4 masak. Jangan garingkan sangat, nanti isi ayam terlalu liat. Di tepikan.

2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak 3 sudu besar, bila minyak panas, masukan rempah 4 serangkai (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih), masukkan daun pandan, masukkan bawang dihiris sehingga bawang bertukar warna kepada kuning keemasan.

3. Sederhanakan api dapur, masukan pes halia bawang putih, diikuti serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. Bila haruman menusuk hidung, masukkan air kisaran bawang. Sekiranya ingin berkuah tambahkan air. Besrakan api dapur. Biar bawang kisaran masak bersama dengan rempah-rempah. Sekiranya air bawang ini tidak masak secukup, bila hidangan yang siap masak dihidangkan kuah anda akan berbuih seperti basi. Ia sama seperti anda masak lain-lain hidangan nasi kandar menggunakan air bawang sebagai kuah, air bawang perlu masak secukup. Inilah rahsia masakan nasi kandar yang menggunakan air bawang sebagai kuah. Masakan Cina gunakan tepung jagung sebagai pemekat kuah tetapi nasi kandar gunakan air bawang sebagai pemekat kuah pekat dan masakan Indonesia pula menggunakan buah keras sebagai pemekat kuah. Masakan Melayu pula gunakan kerisik sebagai pemekat kuah. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam..hahaha!.

4. Bila kuah sedang mendidih masukkan ketulan ayam yang telah goreng masak 3/4. Masukkan gula. Kecilkan api bila kuah mula pekat.

5. Masukan pewarna merah oren (Orange Red) bukan pewarna kuning telur. Masakan Nasi kandar gunakan pewarna ini. Ia berbentuk serbuk dan sebotol cuma harganya RM2.00. Goreng ayam berempah mamak atau nasi tomato, atau kuah rojak, kuah passembur, inilah pewarnanya. Masak ayam sehingga masak keseluruhannya. Bagaimana anda tentukan ayam anda telah masak sempurna. Bahagian ayam yang lamabat masak ialah peha ayam. Bila peha ayam masak, setkin kakinya nak atas atau berlubang pada urat bahagian bawah menunjukan ayam anda telah masak sempurna. Matikan api dapur. Masukan perahan air lemon dan air pati oren atau sunkist untuk mendapatkan wangian semula jadi.

6. Keluarkan ayam dan hidangkan di atas pingan hidangan. Tuangkan madu dengan mengggunakan sudu atau brus ke atas permukaan ketulan ayam (glazing). Selamat mencuba.



Siri taman Syurga (56):[LIVE]Kuliah Khas Sebelum Ramadhan - Ustaz Jafri Abu Bakar

Petua Untuk Sakit Tekak

Petua Untuk Sakit Tekak
Jika anda menghidapi sakit tekak apabila diserang batuk, ambil sedikit biji timun dan campurkan dengan sedikit garam dan kumur beberapa kali sehari. Ia boleh mengembalikan suara yang hilang.

Inti Biskut Makmur Rangup

Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, tentu ramai yang teringin hendak membuat kuih raya sendiri bukan? Dan salah satu kuih raya yang paling popular adalah Biskut Makmur.

Namun, kepada sesiapa yang baru cuba-cuba untuk membuat biskut ini, pasti anda akan menghadapi masalah untuk membuat intinya benar-benar rangup.

Bagi membantu anda dalam menangani masalah tersebut, berikut adalah petua atau panduan yang boleh anda ikuti.

Pastikan kacang tanah yang digoreng betul-betul masak. Jika suka, campurkan dengan gajus bakar. Gunakan kacang tanah yang segar dan jangan biarkan bahan ini dimasuki angin selepas digoreng dan dikisar.

Simpan di dalam bekas kedap udara tetapi pastikan kacang benar-benar sejuk sebelum ditutup rapat. 

Juice to ease arthritis pain

Monday, June 30, 2014

Tazkirah hari ini (38):Ustaz Muhammad Fawwaz ( Fenomena Alam Update )

satu perkongsian dari ustaz ebit--sila share dan amalkan sekiranya mengalami kesulitan



Segala puji bagi Allah. Saja nak kongsi petang Ramadhan ni. Beberapa kali kawan-kawan saya diuji dengan kesusahan dalam hidup.

Ada sekali seorang kawan tidak dapat balik kerana tidak cukup duit tiket kapal terbang. Dia sedekah sikit kemudian solat. Duduk berdoa dan baca ayat ini. Allah mudahkan segala masalah..

Pernah masa peperiksaan antara usaha diamalkan ialah membaca ayat ini. Dengan kehendak Allah, Allah mudahkan baginya...

Ketika tiada jalan keluar bacalah ayat Al-Quran ini dan datangkan rasa yakin dalam hati bahawa tiada yang boleh menyelamatkan melainkan Allah..

Pernah di baca oleh sahabah dan tabiin. Saya sendiri selalu amalkan ketika dalam kesulitan. Allah pemilik segalanya..Dia mudahkan semuanya-ebit lew

Petua Untuk Mengelak Kanser



Petua Untuk Mengelak Kanser
1. Minum air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
2. Makan tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain buah sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
9. Dapatkan Omega – 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payudara, prostat dan pankreas.
10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boleh mengurangkan risiko kanser payudara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.

Tazkirah Hari ini (37):Hidup 60Tahun Lawan Al-Quran | Ustaz Fawwaz Mat Jan

Petua Untuk Menghilangkan Kedut Di Wajah

Petua Untuk Menghilangkan Kedut Di Wajah
Ambil sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan kesemua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut. Biarkan selama 20 minit, baharulah dibasuh dengan air bersih. Amalkankan selalu dan wajah anda akan kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak di wajah hilang.

Dr oz's swimsuit slimdown Drink

Petua Untuk Menghilangkan Batuk

Petua Untuk Menghilangkan Batuk
a. 6 helai daun peria
b. Sedikit kapur sirih
1. Tumbuk daun peria sehingga lumat.
2. Kemudian, campurkan bahan tumbuk dengan sedikit kapur sirih.
3. Sapukan bahan tersebut di bahagian dada.
4. Sebaiknya lakukan sebelum masuk tidur dan anda dapat rasai kesannya pada keesokan hari.

How to determine if an egg is Fresh

Tazkirah Hari ini (36):AAM: "Mukjizat al-Quran; al-Quran di Turunkan Untuk Orang Yg Hidup Bukan...

Sunday, June 29, 2014

10 best natural moisturizers

Natural hair growth remedy

The difference between these two people is what they eat

hi ===>> Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Smoothie Tricks

Petua Elak Rambut Kusut

Mengalami masalah rambut kusut memang menyakitkan hati! Mana tidaknya kadang-kala hendak menguruskan rambut semata-mata boleh terlambat bersiap. Bagi membantu anda yang mengalami masalah rambut kusut dan susah diurus, di sini ada petua yang boleh anda cuba.

Petua yang petama mengsyorkan anda supaya taburkan bedak talkum sedikit demi sedikit pada rambut. Kemudian, barulah sisir rambut dengan perlahan-lahan.

Petua yang kedua, bersihkan sehelai daun lidah buaya dan potong kecil-kecil. Kemudian campurkan bersama air bilasan beras yang kedua. Ramas-ramaskan daun lidah buaya sehingga mengeluarkan lendir. Sapukan campuran tadi ke kulit kepala dan seluruh rambut. Lakukan sehari dua kali dan lihat hasilnya.

Zikir ramadhan

Ubati Bengkak Terkehel

Sakit sungguh kalau ada anggota badan yang terkehel. Silap-silap boleh merah dan membengkak! Untuk mengatasi atau mengubati bengkak terkehel ini, berikut ada petua yang boleh membantu anda.

Ambil satu sudu beras merah, satu ruas besar cekur, satu batang sireh dan satu sudu kecil air limau nipis.

Ramuan ini ditumbuk halus lalu dicampur dengan air limau nipis.

Tampalkan ramuan itu pada bahagian yang bengkak secara berulang-ulang. Inshaallah bengkak beransur hilang. 

Madu Atasi Keletihan Mata

Campurkan satu sudu teh madu dengan dua atau tiga titis perahan lemon.

Campurkan sampai air perahan lemon larut bersamanya. Kemudian sapukan pada bahagian bawah mata yang hitam.

Biarkan selama 15-20 minit sampai betul-betul kering. Kemudian bersihkan dengan tuala kecil yang telah dibasahkan dengan air suam.