Saturday, November 22, 2014

Francais/Agent/Stokis

  1. Biar saya cuba jawab. To business experts here, please correct any parts that i was wrong below:-

    1. Franchise
    - under a special act called Franchise Act 1998
    - involves franchisor-franchisee
    - must register with ROF (Registrar of Franchise)
    - business/services must at least 3 years old.

    2. Business Licence (yg ni u tak mention)
    - involves 2 parties... product/service owner (licensor) and license holder (licensee)
    - tiada akta khas tertentu di malaysia - just ordinary company (sole prop/sdn bhd/bhd) & related acts - refer to SSM.
    - Agreement between licensor & licensee is just between them with or without lawyers.
    - Di Singapore, Franchise & Licencing digabungkan dalam satu association
    http://www.flasingapore.org/
    - Di Malaysia, bab licensing ni tiada pemantauan khusus dari govt (as far as i know). Only Franchise Association yg deal with franchise.
    http://www.mfa.org.my/

    3. Agent
    - applicable to all businesses - conventional or MLM. Tapi franchise biasanya tidak menggunakan perkataan agent.
    - Usually tak ada gaji tetap (kalau ada pun sedikit shj). Income from commision.
    - Online agent that use website referral links to make money online dipanggil Affiliate marketeer.
    - Hence Affiliate Marketeer is actualy an (online only) agent.

    4. Stokis
    - applicable to all business. MLM or conventional
    - Tapi lebih kepada MLM business esp produk kecantikan & produk kesihatan
    - kalau produk conventional, mereka biasa dipanggil Wholesaler, Distributor, Supplier (Pemborong, Pengedar, Pembekal)
    - Dalam forum ni 'stokis' digunakan dgn meluas for ecosway MLM stokist.

    Pasal pembahagian keuntungan tu u yg tentukan sendiri. Bagi produk MLM, markup selalunya mencapai hingga 300-400% sebab nak bayar upliner & the system.

    Dalam food/restoren, markup biasanya 100%.. so nasi sepinggan berharga RM5 kos dia dlm RM2.50

    Dalam Franchise agak komplex sikit. Percentage pembahagian kos/untung dia amat komplex. Ada part advertisement, part licence, part signage, part itu part ini

    Just my thought based on experience. To business expert. please correct me..  
  2. Nurkasih 3 - Tue 20/Jul/2010 7:34am
    rahman:thanx on ur information. sangat2 berguna. sy akan gunakan ilmu ni utk pergi lg jauh dlm bidang bsns. at least sy nampak perbezaan kesemua diatas.. thanx a lot!  
  3. Mexbaby - Tue 20/Jul/2010 1:05pm
    Salam Nurkasih..

    For me the best is franchais business..
    Exp: KFC/mcD/ Smart Reader/ Otai Burger/ Old Town dll

    Kenapa i ckp franchais bagus.
    1. kita just duplicate wat they already done!
    2. Promosi & Bahan mentah sume Franchaisor yg Uruskan
    3. Kita juz run our biz je..
    4. Kt x perlu tgu banyak taun utk test market

    More details u can refer PNS -
    PNS ada tawarkan skim siswazah & skin usahawan wanita tuk franchais business ni. Senarai2 franchaisor u leh dapat di website PNS.  
  4. Nurkasih 3 - Thu 22/Jul/2010 1:09am
    mexbaby:tq mex on ur information..nnti sy refer kat link awak bg tuh..  

Friday, November 21, 2014

RESEPI: KUAH PASSEMBUR / ROJAK MAMAK oleh mamak haji

RESEPI: KUAH PASSEMBUR / ROJAK MAMAK:
Bahan-Bahan Diperlukan:
- 1 kg. ubi keledek berwarna oren,
- 125gm udang kertas/ putih halus.
- 50gm udang kering.
- 125gm. kacang tanah.
- 10 - 15 biji tangkai cili kering.
- 3 ulas bawang putih.
- 2-3 bawang besar.
- 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air.
- 5 - 6 sudu besar gula hitam atau gula pasir.
- 5 8 kpg biskut Merrie.
- Garam secukup rasa
- Serbuk pewarna merah oren - jika perlukan.
Cara-Cara Menyediakan:
1. Ubi keledek dibuang kulit dan rebus empuk (kalau ubi putih gunakan pewarna oren merah), Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).
2. Kebanyakan kuah rojak di Pulau Pinang kini banyak guna sotong kering untuk buat kuah. Sotong kering agak-agak secekak tangan sudah memadai. Sotong ini tujuan untuk safe kos kerana sedikit saja sudah kuat baunya. Tapi mamak haji syorkan agar guna udang. Udang terutamanya perasa udang terletak dikepala udang atau otaknya yang berwarma kuning, kalau cabut kepala tentukan jangan buang yang berwarna kuning dikepala udang itu. Cara ini anda gunakan dalam semua masakan. Kalau ingin warna udang merah dan kepala udang sukar nak tanggal semasa masak, goreng dulu udang itu 1/4 masak. Bila buat udang masala atau kari udang atau sambal udang ia lebih menarik. Mamak haji syorkan udang kertas kerana kulit dan kepalanya lembut, mudah untuk kisar. Kalau guna sotong kering kuah nanti jadi kehitaman sedikit. Tapi tak apakan hitam itu menawan. Rendam sotong kering semalaman dan buang air rendaman, awas pasir dibawahnya dan basuh sekali lagi. lepas itu boleh kisar.
3. Udang kering direndam dan dikisar bersama dengan udang basah tadi.
4. Kacang tanah digoreng. jangan sampai hitam. Kalau tak pandai goreng kering, goreng gunakan sedikit minyak memudahkan, lagi pun anda perlu goreng cili kering. Gunakan minyak sama. Anda boleh buang kulitnya atau pun biarkan saja. kalau 125gm oklah kalau 5 kg nak buang kulit?. Ada yang nak cepat, beli kacang sedia digoreng tapi kacang seperti ini bukan saja tak ada kualiti kerana dibantai masuk kulit sekali tapi ia berbau hapak kerana entah bila tarikh dibungkus. Tujuan kita masukan kacang untuk dapat bau haruman dan lemak kuah. Kacang ini kalau ingin berbiji seperti peanut butter, asingkan sedikit kacang dan tak perlu kita kisar, tumbuk pecah dua saja. Yang selebihnya kita kisar halus.
5.Untuk kepedasan biasanya kita gunakan cili kering. Cili kering perlu goreng dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup. Jangan jadikan terlalu hitam. Kepedasan cili kering biasa tertakluk pada jenis cili kering. Pilih yang kerinting yang licin kilat itu amat pedas dan tidak sesuai untuk sambal tumis atau pun masakan mamak. Ia sesuai dibuat cili flake. kisar sekali dengan kacang tanah tadi.Kita goreng cili kering kerana kita tak tumis kuah ini.
6. Goreng bawang dan bawang putih hingga layu. Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan kacang. Sebenarnya masakan ini kalau guna bawang merah (15-20 biji) memang wangi dan sedap. Tapi untuk berniaga kita tak mampu membelinya kerana mahal sangat.
7. Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, dan bawa kepda renehan. Kuah semakin menjadi pekat sesuaikan dengan tambahan air. Masak kuah 2 jam atau lebih untuk kacang jadi empuk. Lagi lama masak lagi sedap.
8. Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar (peh!.). Tujuan kita masukakn gula untuk sebatikan struktur bahan-bahan tersebut. Kuah passembur memang manis sedikit dari kuah yang lain.
9. Masukkan jus asam jawa dan akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Kuah passembur yg secukup rasa, cukup kepedasan, berlemak, cukup manisnya dan asinnya.
10. Katakanlah anda inginkan kuah yang lebih dan pekat likat seperti mamak buat kuah, rendamkan 5-8 kping biskut merry, lenyekan dan masukkan dalam kuah yang reneh. Ingat gula boleh terkumpul dibawah periok hanguskan masakan bila dipanaskan. Sekiranya nak kuah berwarna oren mengancam, gunakan pewarna magic mamak.
Akhir sekali, cucur dah ada, tauhu gorengkan dan di potong dadu, jangan lupa kentang rebus yang telah goreng disalut tepung beras, boleh taburkan serbuk kacang goreng di atas untuk lepas makan passembuq, jangan lupa sembuq. Sebenarnya passembur ini "salad" mamak, maka jangan lupa taugeh rebusan, hirisan sengkuang, timun dan juga hirisan daun salad untuk hiasan. Wassalam.

Thursday, November 20, 2014

RESEPI CUCUR UDANG UNTUK PASSEMBUR ATAU ROJAK MAMAK:oleh mamak haji

RESEPI CUCUR UDANG UNTUK PASSEMBUR ATAU ROJAK MAMAK:
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100gm).
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
- 1/2 taugeh yg telah bersihkan dan basuh.
- 2 sudu besar daun kucai yg dipotong 1 inci panjang.
- 1 biji bawang merah sederhana besar dihiris.
- 1 tangkai cili merah dihiris halus.
- 2 sudu besar (tbsp) kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak payah bubuh pun.
- 1/2 sudu kecil Yis segera dibancuh dgn 1/4 gula dan 2 sudu besar air suam. Biarkan selama 10 minit.
- *1/4 sudu kecil garam Amonia / Garam busuq. Dibancuh dgn 1 sudu besar air.
- 3/4 sudu kecil garam.
- 1 cawan air untuk bancuhan.
- 1 sudu besar udang kering ditumbuk halus atau pun isi udang basah.
CARA MENYEDIAKAN:
1.Ambil sebuah bekas yang boleh muat X2 untuk menampung adunan tepung bangkit. Masukkan serbuk kunyit, garam dan larutan garam amonia yang telah bancuh dgn air. kristal garam amonia yang tak larut hindarkan. Kacau sebati. Bila larutan gula dan yis telah kembang (10 minit) masukkan dalam adunan tepung dan kacau rata. Masukkan udang, kucai, taugeh, bawang dan cili.
2. Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama sekurang-kurangnya 45 minit -1 jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.
3. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali. Masukan nyioq parut (susah nya nak sebut kelapa). Gaulkan kembali adunan. Sambil itu boleh panaskan kuali dengan minyak masak di kuali bersama acuan bulat kueh rempeyek. Acuan ini murah (RM2.00 je) dan tidak melekat tepung. Kita perlukan cucur ini nipis. acuan kalau baru perlu dipanaskan dlm api dapur sehingga merah menyala dan celupkan dgn minyak masak. Kena ulang dua atau tiga kali untuk kita buat "casting" logam ini. Bila habis gunakan tidak boleh basuh dgn sabun dan bersihkan dan masukkan dlm beg plastik dan ikat.
4. Ini nak goreng ini, uji dan pastikan minyak betul-betul panas dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi ke dalam minyak untuk menentukan kepanasan minyak utk goreng. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap ke dalam cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur minyak. Perlu ingat yea..setiap bahan yg goreng dlm minyak bahan gorengan itu perlu "crust" (kerak) dulu sebagai dinding diantara minyak dan bahan gorengan. Bila crust dibentuk boleh lah perlahan apai dapur untuk goreng sampai masak.Terlalu panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu panas. kalau nak sejukan minyak panas masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali. Kepanasan Minyak gorengn jangan sampai ia berasap (terbakar), ia buruk untuk kesihatan yang membentuk asid. Inilah sebab kadang-kala bila makan gorengan tekak kita gatal dan batuk-batuk. Minyak yang telah berasap tidak boleh digunakan.
5. Cara goreng gunakan kali gunakan acuan tempeyek paling mudah, panaskan acuan tempeyek kedalam minyak panas (sentiasa dlm keadaan panas). Ambil adunan tepung 1 sudu dan ratakan di atas acuan, masukkan acuan dalam minyak panas. cucur anda sendirinya akan tanggal sendiri dan naik atas. Goreng sehingga masak dengan gelnumbung udara dari cucur semakin kurang maknanya semua air dlm bahan gorengan itu telah dikeluarkan.
6. Meletakan udang di atas cucur memang masalah pada yang mula buat. Nanti udang ke mana cucur ke mana. Untuk memudahkan udang melekat di atas cucur, bersihkan udang dan masukan sedikit tepung gandum supaya udang diselaputi dengan tepung. Tepung ini perlu cair. Ia seperti kita buat "gam" untuk roti sardin atau popia. Letakan udang disalut tepung ini pada peringkat cucur mula masak dan kita tolak masuk kedalam minyak. Pasti udang tak berenang lagi dalam minyak.
7. Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna kekuningan. kalau anda nak warna seperti cucur udang mamak, tambahkan sedikit pewarna" Red Orange" atau "oren merah" bukan kuning telor. Garing bermakna mengeluarkan kandungan air dalam setiap gorengan kepada paling minima.
Nota: Rangupan atau Kekerasan cucur kadang-kala terletak cara kita goreng atau kandungan air yang terdapat dalam gorengan itu. Ini termasukan kepekatan tepung gorengan. Maka terus mencuba untuk mendapatkan gorengan terbaik dengan melatih. Kena melatih sendiri untuk memahirkan diri. Masak ini memerlukan kesabaran, ketabahan, tidak mengaku kalah atau kecewa. Kena lakukan sendiri dengan minat mendalam.
8. Garam amonia mamak haji dah panjang lebar telah terangkan dlm respi "CAKOI" yea..boleh packet kecil di kedai bakery..biasa nya digunakan dlm respi biscut utk kerangupan.

Tips:

--Rahsia keranggupan..garam amonia..sama seperti keranggupan luar "cakoi"..Ini digelar "Baker's Amonia"..di Sweden dan German roti tradisional gunakan garam amonia ini..biskut "cream cracker" guna garam ini...kalau biskut anda nak garing..guna garam ini.

--
syarat guna garam ini..bahan masakan perlu leper dan nipis..sekarang anada tahu kenapa cucur ranggup mamak nipis...bukan cucur udang..cucur udang cuma guna yis saja..tebal dan lembut. ada jenis yea cucur mamak ini

-Kalau gorengan tebal..gas amonia terperangkap didalm kueh dan berikan bau tidak menyenangkan..masa goreng perlu gas amonia dibebaskan keseluruhanya..garam ini selalu digunakan utk org yg pengsan.



RESIPI; ROJAK MAMAK / PASSEMBUR. - Kegunaan Yis.
Dalam respi pasembur/rojak ini yang paling penting menyediakan kuah dan cucur udang, cucur keras garing (dulu ada juga cucur lembut yg bentuk selinder..tapi kini ia jarang digunakan kerana menjadi lembik bila kena kuah). Tentang kegunaan yis dan fungsi yis mamak haji banyak dah terangkan. Kali ini cuma nak beritahu bagaimana Uji Yis ini masih boleh guna atau tidak. Yis adalah jenis kulat maka setiap yg hidup tetap mati..sekiranya kita hgunakan yis mati..baik baking atau buat cucur ini tak menjadi. Yis perlu disimpan tempat sejuk (bukan dingin yea) dan kering (rujuk label belakang paket). Tempat terbaik ialah dipeti sejuk bahagian dingin. Dengan sebab ini jangan beli yis yg digantung pintu masuk kedai runcit terdedah pada kepanasan matahari. Yis yang kita guna perlu segar dan boleh bebaskan gas maksima. Maka hasilnya sangat memuaskan.
UJIAN KESEGARAN YIS:
1. Gunakan cawan sukatan bersekil 1 cawan. Masukkan 1 sudu kecil gula pasir dan isikan air suam (suhunya diantara 43C - 46C). Kalau ada jangka suhu terbaik kalau tak ada agak-agak boleh masukkan jari). Suhu air penting utk yis aktif.
2. Masukkan 7gm atau 2-1/4 sudu kecil yis kering yang akan kita gunakan. Biasanya separuh paket yg berat yisnya 11gm. Kacau sebati yis ini dengan air campuran gula dalam cawan tadi. Jangan ada yis yang terapung dipermukaan air.
3. Dlm masa 3 minit yis mula bertindak balas dengan mula menyerapkan airnya. Selepas 10 minit bueh mula terbentuk. 1/2 air cawan tadi perlu menjadi 1 cawan dipenuhi dangan bueh yis. Ini menunjukkan yis anda dalam keadaan baik dan terus gunakan dalam adunan tepung anda. Jika adunan perlukan yis tambahan lebih atau kurang dari sukatan ujian buat kerja matematik sikit..dgn kiraan 16 sdb - 1 cawan. 3 sudu kecil 1 sudu besar.



Info:
No E 491 dlm label bahan-bahan paket yis - Sorbitan monostearate yakni asid lemak sayur-sayuran. Tak perlu risau dgn sebab itu JAKIM mengesahkan ia HALAL..yg tak ada label halal itu jaga kerana lelemak kdg gunakan lemak babi yg kos murah.



Wednesday, November 19, 2014

Petua halau/bunuh/perangkap lipas dalam kereta

Petua halau/bunuh/perangkap lipas dalam kereta

Antara cara-caranya...
1. Gunakan Kapur Semut/Lipas 
Beli kapur halau semut dan lipas, tabur sedikit dalam kereta . Semut atau lipas yang menyentuh serbuk kapur akan kehilangan fungsi saraf dalam 4 jam, tubuh serangga tidak akan dapat digerakkan dan akan mati setelah 10 jam.
2. Gunakan Spray, macam2 jenis adakat pasaran.
Sebaiknya carilah yg jenis mersa alam dan tak berbau busuk.
4. Gunakan perangkap samada buat sendiri atau beli yg sedia ada dipasaran.
3. Gunakan Daun Pandan (paling baik dan mesra alam)
Letak daun pandan yang dicincang tak berapa halus atau daun pandan (ikat lebih kurang je). Cara ni lipas tak mati cuma lari keluar dari kereta. Daun pandan juga boleh bagi hilang bau durian, air ikan dari pasar atau bau pelik2 dalam kereta.
Pilihlah mana2 tips di atas mengikut kesesuaian anda.
Selamat mencuba.

Mengelak Santau

Mengelak Santau
 Petua Nenek 
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Tuesday, November 18, 2014

tazkirah hari ini 128:[LIVE][181114][BM14] - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Doa mudah bersalin

Peringatan untuk diri sendiri yang selalu melewatkan solat....

Copy paste from another group. Peringatan untuk diri sendiri yang selalu melewatkan solat....
Nak share cerita menyentuh hati ex school mate saya di MRSM Balik Pulau dulu... Nor Sahidah Hamid yang baru menunaikan haji baru2 ini... Solatlah awal waktu. Baca sampai habis, semoga beroleh manfaat dan jadi inspirasi untuk istiqomah solat awal waktu. """"""""""""""""""""""""""""""""""""""""Sedikit pengalaman saya ingin kongsikan bersama rakan. Cerita saya semasa menunaikan haji 2014. Lagi empat hari menantikan hari wukuf. Mekah sudah sesak kerana jemaah dari semua penerbangan sudah tiba.
Pada hari itu saya berjanji untuk menelefon anak anak di Malaysia. Kami aturkan temujanji pada pukul 3.00 petang kerana ia bersamaan pukul 8 malam di Malaysia. Waktu yang paling sesuai dan anak anak saya pun belum tidur.
Oleh kerana leka berbual, kami agak lewat memulakan perjalanan ke masjid untuk solat asar hari itu. (Masuknya waktu Asar ialah pada 3.30 petang. Kami memerlukan 20 minit untuk berjalan kaki dari hotel ke masjid). Sampai di masjid, keadaan sudah sesak. Laluan ke tempat kegemaran kami yang berhadapan Multazam di tingkat 1 telah pun ditutup. Lalu saya dan suami memutuskan untuk berpisah di situ dan bertemu semula ditempat yang dijanjikan sesudah solat. Kami pun
mencari saf masing masing.
Ruang sudah dipenuhi oleh jemaah. Saya ke kelompok jemaah wanita yang telah penuh dengan jemaah pelbagai bangsa dan warna kulit. Saya meninjau dengan 'muka kesian' memohon simpati agar dapat sedikit ruang untuk solat. Akhirnya saya terpandang seorang wanita Arab yang cantik. Dia seakan faham hasrat saya untuk menumpang saf disebelahnya, tetapi awal awal lagi dia menggeleng kepala mengisyaratkan tiada ruang boleh dikongsikan. Saya faham, walaupun sejadahnya lebar tetapi badannya agak gempal. Dia mungkin khuatir nanti dia tidak selesa.
Seketika kemudian azan asar pun berkumandang. Hati saya semakin cemas kerana saya belum dapat ruang solat sedangkan ketika itu saya sudah terperangkap di tengah tengah kelompok jemaah yang ramai. Semua jemaah duduk di sejadah masing masing menunggu azan tamat. Saya sukar untuk keluar dan tidak juga dapat duduk.
Akhirnya ada sedikit ruangan kosong dibahagian hadapan. Betul betul berdepan dengan saf wanita Arab yang cantik tadi. Namun agak mengecewakan kerana disitulah jemaah melonggokkan selipar mereka. Ada antara selipar itu yang berdebu dan tidak berbungkus. Ia bersebelahan dengan tiang.
Saya tiada pilihan. Sambil azan masih bergema, saya kais selipar selipar itu untuk ruang saya solat. Ia bukanlah lantai yang rata, malahan ia merupakan dua anak tangga untuk ke ruang hadapan yang lebih tinggi paras lantainya. Kesimpulannya, saya akan solat di anak tangga yang penuh dengan selipar, ditepi sebuah tiang. Lebih malang lagi, kerana hendak cepat tadi, saya pula lupa membawa sejadah.
Azan selesai. Saya berdiri sambil meninjau lagi kalau ada ruang yang lebih baik. Seorang lagi jemaah lalu berhampiran dengan saya. Saya lihat wajahnya memohon saf daripada wanita arab cantik itu. Saya menunggu reaksi wanita arab itu. Dalam hati berbisik, aku tadi minta saf dia tidak beri.. Bagaimana pula wanita ini?
Wanita arab itu menggeleng sambil matanya memandang saya. Saya tahu dia menyedari apa yang ada dalam hati saya. Saya kasihan melihat jemaah yang senasib dengan saya itu. Dalam kesuntukan masa saya lihat wanita itu melangkah langkah dicelah celah jemaah dengan susah payah untuk mencuba nasib diruang lain. Saya amat faham perasaan yang dia lalui.
Saya tiba tiba merasa sebak. Terutama bila terpandang kembali ruang di celahan selipar yang bakal saya sujud kelak. Ia hanya memuatkan muka dan tangan saya sahaja. Kaki dan lutut saya nanti pula akan berada di anak tangga.
Sambil memandang wanita arab itu, Dalam keadaan senyum yang tawar, terkeluar kata kata dari mulut saya.
"here in masjidilharam sometimes we have to beg for a space. Just to see God." saya menyambung lagi dalam bahasa inggeris, (translated): " Saya pun tadi jadi pengemis juga. Syukurlah saya dapat juga tempat. Tapi.. " airmata saya mula bergenang. "Lihatlah tempat saya.." saya tak mampu lagi terus berkata kata.
Tiba tiba seorang jemaah yang berhampiran menyampuk. "itulah.. awak sebenarnya cuma lewat sikit saja. Sebelum tadi masih banyak tempat".
Mendengar saja ucapannya saya terus menangis kuat. Tiada lagi rasa malu ketika itu. Saya sebenarnya terusik dengan perkataan 'Lewat'. Dalam fikiran saya penuh penyesalan. Ada banyak lintasan datang dalam hati saya.
Oleh kerana saya dalam keadaan berdiri di anak tangga dan sebahagian besar jemaah lain duduk (kebanyakannya baru selesai solat sunat qabliyah), maka saya kelihatan jadi tumpuan. Seperti di atas pentas dengan jemaah itu selaku penontonnya.
Wanita Arab tadi datang dengan rasa bersalah lalu memeluk saya yang sedang menangis.
"I am sorry.. bukan saya taknak beri ruang, tapi saya pun tak cukup." perbualan kami didengari oleh semua orang kerana jemaah hanya beberapa ketika saja lagi akan memulakan solat.
Sambil mengesat air mata saya mengeluarkan apa yang terbuku di dada tanpa segan silu. "Saya bukan marahkan kamu. I just missed my hometown. In my country, I got a lot of space, I can pray wherever I want, we have a lot of mosques."
Tapi di sana saya tidak hargai ruang yang Allah beri. Saya selalu lewatkan solat dengan sengaja. Tapi Allah tidak pernah menghina saya atau membalasnya serta merta. Di sini, disebabkan lewat sedikit saya terpaksa terima hukuman, lihat sajalah ruang solat saya. Saya rasa terhina di hadapan Tuhan".
Kami kelihatan seperti pelakon drama. Semua jemaah lain yang faham bahasa Inggeris menunjukkan muka yang sayu. Jemaah yang tidak faham kelihatan bertanya tanya rakan di sebelah.
Salah seorang menyampuk "where is your hometown?".
" I am from Malaysia. Its a beautiful muslim country".
"When I got back to Malaysia, I dont want to pray late anymore. I dont want Allah to embarrase me in Mahsyar"
Wanita arab tadi memegang tangan saya sambil berkata "terima kasih, hari ini saya belajar sesuatu dari kamu. Allah menegur hambanya dengan pelbagai cara. Saya pun akan hargai ruang dan masa yang saya ada bila saya balik nanti. Semoga kamu mendapat haji yang mabrur".
Bilal pun qamat, imam pun memberi isyarat memulakan solat. Saya kembali ke ruang saya tadi dan berusaha menyesuaikan diri. Tiba tiba dari barisan belakang, kedengaran suara jemaah lain memanggil. "Hajjah, here is space for you". Rupa rupanya mereka tadi memahami dan berganjak ganjak sehingga terhasil ruang yang cukup cukup untuk saiz badan saya. I feel blessed.
Seusai solat fardhu dan solat jenazah, jemaah pun mula bersurai. Tanpa disangka beberapa jemaah lain yang tidak dikenali datang memeluk saya dan berkata, "Thank you Hajjah, haji mabrur inshaallah".

info mengenai pressure cooker oleh mamak haji,,TQ

Sedikit Penerangan Tentang Fungsi "Pressure Cooker" dan Tindak Balas Maillard:
Ada sahabat bertanya, "boleh tak kita gunakan, "pressure cooker" untuk membuat stok sup?".
Jawapan: Kita menggunakan pressure cooker kerana ia cepat masak, jimat masa dan gas. Mengunakan pressure cooker ini mempercepatkan 2/3 dari masa yg diambil oleh masak secara biasa. Sebenarnya didalam pressure cooker ini bila wap bertambah tekanan juga ikut naik. Kalau anda masih ingat dlm hukum Boyle's bila tekanan bertambah, suhu akan naik. Jadi bila tekanan wap air dlm pressure cooker yg ditutup rapat akan bertambah, tekanan naik bersama suhu dlm pressure cooker melebihi takat didih air 100 darjah C. Suhu air walau pun didihkan dgn masa yg panjang tanpa guna pressure cooker, suhu akan sentiasa berada dlm keadaan takat didih 100 darjah C. Tetapi dlm pressure cooker yg sederhana tekanan 15 psi, suhu akan bertambah pada 125 darjah C. Dengan sebab ini masakan melalui pressure cooker cepat masak,boleh kekalkan kualiti nutrient bahan makanan dan juga memberikan kelembabpan pada hasilnya masakan.
Ok setakat ini faham fungsi masakan melalui pressure cooker bukan?. Ada satu perkara penting lagi anda perlu tahu ialah kesan suhu ke atas bahan makanan yang semasa masak. Tindakan suhu ini ke atas bahan masak ini digelar sebagai, "Tindakan Maillard" dlm lisan di sebut "My -Yard". Ahli Kimia yg mula-mula temukan tindakan ini bernama Louis Camille Maillard pada tahun 1910. Tindakan Maillard bermaksud, tindak balas kimia yang berlaku bila "suhu tinggi" dikenakan pada bahan makanan. Tindakan yang berlaku di antara asid amino dan gula jenis "reducing sugar" (reducing sugar bermakna semua bahan kabohiderat mengandungi gula) yg terdapat dalam bahan makanan itu. Tindak bals ini akan menghasilkan aroma dan rasa yang sedap dalam bahan makanan bila dipanaskan pada suhu tinggi biasanya 140 darjah C - 165 darjah C. contoh perubahan bahan makanan ialah seperti "steak", gorengan tepung, roti, biji kopi dan dll. Ia bukan kramel yea..jangan salah faham.
Kita patah balik pada soalan oleh kerana dalam pressure cooker masih boleh berlaku Tindakan Maillard maka anda boleh gunakan "pressure cooker" untuk menyediakan stock.Asas sup ada dua stok dan broth. Apa beza di antara ini ialah stok tidak punyai perasa tambahan tetapi broth mengandungi perasa tambahan seperti garam, lada hitam dan herba. mamak haji boleh berikan jawapan Yea tetapi perlu beritahu kenapa yea dan bukan tidak.Maka terpaksa mamak haji berikan penerangan paling ringkas fungsi pressure cooker dan juga tindakan Maillard yg sgt penting utk memahami dlm masakan.

Monday, November 17, 2014

RESIPI: SUP MIEHUN (BIHOON / MEE HOON) UTARA oleh Mamak haji



RESIPI LENGKAP UNTUK PENGEMAR BIHUN SUP UTARA!



RESIPI: SUP MIEHUN (BIHOON / MEE HOON) UTARA:
Penyediaan: Bihoon.
Bahan-Bahan Di Perlukan:
- 1 paket mee hoon (400gm).
- 1 sudu kecil Serbuk kunyit atau Pewarna Kuning Telur.
Cara Menyediakan:
1. Rendam mee hoon dalam sebuah bekas selama 15-20 minit dengan sedikit serbuk kunyit. Serbuk kunyit kita beli sekarang banyak masalah dengan bau yg tidak menyenangkan dan warnanya bukan-bukan. Maka lebih baik gunakan pewarna kuning telur, Biar warna kuningnya lembut sedikit dari warna garang. Sebenarnya warna kuning digunakan utk menutup kelemahan buatan mee hoon yang warnanya malap birat dari putih melepak. Kebanyakan pembuatan Mee hoon ini diperbuat dari beras yang kualiti yang paling rendah sekarang.
2. Masak air panas dalam periok, bila air mendidih masukkan mee hoon yang rendam tadi di toskan dan masukkan ke dalam air mendidih selama 10 minit. Bila agak bee hoon masak 3/4 bahagian, keluarkan dan masukkan dlm sebuah bekas yang mengandungi air sejuk (paip) utk matikan haba mee hoon, Bila mee hoon agak sejuk toskan dan letak dlm penapis.
3. Mee hoon telah toskan dari air, titiskan sedikit minyak masak (kalau minyak olive lagi terbaik) dan gemburkan mee hoon supaya tak melekat atau pun berserabut. Ini memudahkan utk menyediakan hidangan di mangkok satu persatu dan juga lapisan minyak itu untuk mengelak dari Mee hoon telah masak itu cepat kering. Mee hoon yg telah masak bila biarkan lama dlm cuaca panas sekeliling akan cepat kering dan menjadi keras kembali kerana sifat semula jadi tepung beras (khas utk peniaga).
4. Bab mee hoon sudah siap..kita ke bab penyediaan sup pulak. Sebenarnya sup yang perlu masak dulu..masa masak sup ini kita boleh sediakan yang lain semua. 
PENYEDIAAN SUP 
Resipi: Sup Miehoon Utara (Mee Sup) Bhg 2 : Penyediaan Sup.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Untuk buat stok Daging:
- 1kg Tulang Lembu bhg. lutut dan tulang (Gear Box).
- 1/2 kg is daging lembu seketul.
- 1 biji bawang merah labu sederhana besar dibuang kulit dan ptg pangkah diatas.
- 1 btg celery dihiris serong, 1 btg karot dihiris tebal sikit, 1 inci halia diketuk.
Untuk Tumis Sup:
- 1 sudu besar pes halia bawang putih/3 biji bawang putih dan 1" halia ditumbuk lumat.
- 1 biji bawang besar dikisar halus.
- 2 sudu besar minyak masak.
- 1 kpg kayu manis 2 inci panjang.
- 5 biji buah pelaga.
- 5 kuntum bunga cengkih.
- 3 kuntum bunga lawang.
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam kasar.
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
- 1 sudu besar serbuk ketumbar. (sagai 2 sdb biji ketumbar dan kisar halus).
Nota: Kalau anda pening sgt dgn rempah-rempah di atas beli "serbuk rempah Sup Adabi" guna 2 sudu besar bersama dgn rempah korma Adabi 1 sudu besar..settle masalah)..untuk rempah kayu manis dan lain-lain, guna satu bungkusan "sup bunjut Adabi" lagi. Bagi yang berniaga jangan ambil short-cut ini..sediakan sup rempah anda sendiri dengan adunan rempah yg mamak haji sebutkan. Nak kurang atau nak lebih terpulang pada anda. Kalau takat niaga nak guna rempah ready made jangan yea.
Cara Penyediaan Sup:
Pengenalan:
Kesedapan apa saja sup tergantung pada cara penyediaan asas sup atau digelar "broth" atau "stok". Ramai yg malas ambil jln pintas tetapi ia bukan cara masak sup yang betul. Sup yg terbaik terpulang pada teknik memasak bukan bahan-bahan yg anda adunkan. Sup perlu sediakan dgn bahan-bahan perasa yang minima. Ada juga tambah lengkuas, serai dan juga daun limau. Itu nak buat tom yam. Tujuan guna tulang dalam sup ini ialah kita nak tukarkan collagen yang terdapat dlm tulang menjadi lecithin. Lecithin ialah pemekat kuah sup. Bukan saja-saja nak guna tulang dlm respi ini. Teknik masak masak utk sup ini ialah cara renehan (simmering) dan masa renehan penting.
1. Basuh tulang-tulang ini bersihkan dari darah atau kotoran. Daging lembu seketul itu kalau bekas kecil boleh potong ketulan besar. Masukkan dalam sebuah bekas kalau dapat "stok pot" lagi baik. Masak sup ini perlu dalam sikit periok dan tebal. Masukkan air 3/4 tinggi dari paras tulang dan daging.
2. Bawang, karot dan celery dan bawang labu masukkan sekali. Bahan-bahan ini untuk menyedapkan lagi stok anda. Jangan masukkan garam kerana ia keraskan lagi daging anda dan tindak balas kimia garam ke atas collagen akan membantutkan penghasilan lecithin.
3. Bila air mula didih, permukaan di atas air akan timbul bueh dan darah dari daging. Ceduk dgn senduk dan hindarkan ini. Benda yg timbul ini akan menyebabkan sup anda kurang jernih dan berkeladak. Kecilkan api dapur mulakan renehan. Renehan bermaksud gelumbung air kecil dan wujud dari permukaan bawah air. Renehan perlu bertutup supaya keharuman asli daging tidak hilang. Renehan perlu minima 2 jam hingga maksima 4 jam.
4. Selepas renehan asingkan ketulan daging, tulang dan bahan pewangi seperti karot dan celery. Kita cuma perlukan air, tulang dan daging. Tapis air hasil renehan. Daging yg telah rebus kita perlu dihiriskan taburkan sedikit garam dan serbuk lada putih simpan asing utk dibubuh atas hidangan nanti.
5. Bersihkan bekas sup tadi, panaskan dan masukkan 2 sudu besar minyak masak. Masukan rempah, kayu manis, buah pelaga, cengkis, b,lawang, bila haruman rempah mula keluar masukan pes halia bawang putih, biarkan untuk bawang putih keluarkan harum, masukkan air kisar bawang, biarkan air bawang ini sejat dan bertukar warna kuning keemasan.
6. Kecilkan api dapur dan masukan serbuk rempah-rempah jitan putih, serbuk ketumbar dan lada hitam (kalau guna rempah adabi masa inilah masukkan). Bila rempah mula keluarkan haruma, masukan air stok daging dan bersama tulang masukkan. tinggikan api dapur.
7. Masukkan garam, dan serbuk perasa kalau sukar nak tinggalkan Pak Aji ini kalau tak nak masukkan sedikit gula. Bila sup mula mendidih kecil api dapur dan letakan kembali keadaan reneh. Sup yang sedap sentiasa kena panas. 

PENYEDIAAN SAMBAL:

 Penyediaan sambal kicap Pedas.
Bahan-Bahan yang diperlukan:
-10 -15 biji cili padi. Ikut kepedasan yang anda suka.
- 2 ulas bawang putih.
- Kicap pekat manis cap kipas udang (kicap kesukaan mamak haji).
- 2-3 sudu besar perahan air limau kasturi.
- Garam dan Gula suka anda..nak matikan pedas sambal tu..terpulang pada anda.

Cara menyediakan:
1. Buang tangkai cili itu (kebanyakan semburan racun serangga perosak ada kat tangkai cili yea). kalau nak simpan lama cili, buang tangkai cili dan bungkus dengan kertas surat khabar utusan dan simpan di petisejuk.
2. Tumbuk lumat cili dan bawang putih itu dengan batu lesung.kalau takut percik bubuh garam sikit semasa tumbuk tu..
3. Adunkan cili yg telah tumbuk itu dengan kicap dan gula. Tentukan gula itu cair dalam kicap. Gula untuk matikan kepedasan..jadi terpulang pada anda.
4. Masukkan jus limau kasturi dan gaul rata..dah siap pun.
5. Ada juga orang tak suka bau maung cili mentah dan bawang putih..anda boleh rebus atau rendam dlm air didih atau ada yg suka layukan dlm minyak panas atau bakar sedikit bawang putih..terpulang pada anda.

 Penyediaan Sambal Pedas Merah.

Bahan-Bahan Diperlukan:
- 1/2 cawan serbuk cili / Cili Kering Kisar.
- 3 ulas bawang putih - ditumbuk lumat..
- 1 biji bawang merah labu sederhana besar - dikisar.
- 2 sudu besar gula - mamak haji guna gula pasir je.
- 1 sudu kecil jus asam jawa pekat.
- Minyak masak untuk tumis.
Cara Menyediakan:
1. Kalau guna serbuk cili, jadikan pes dulu dengan adun air supaya tidak terbakar dlm minyak jadi hitam. Kalau guna cili kering kisar ia seperti sambal tumis je.
2. Panasakan kuali, masukkan minyak masak, bila minyak panas masukkan bawang putih, bila mula keluarkan aroma wangi, masukkan pes serbuk cili, bila agak telah garing sedikit (jgn terbakar pulak nanti pahit).
3. Masukkan air kisaran bawang dan biarkan cili masak. kalu mengegak sgt kecilkan api dapur. Masukkan jus asam jawa. kacau sebati.
4. Bila sambal mula pecah minyak masukkan gula dan garam. Kacau sebati lagi. Kalau pekat sangat boleh tambah air asam jawa sedikit. Masak sampai pecah minyak atau minyak mula timbul sekeliling sambal. Rasa garam, manis dan masam secukup. Tmabah lah patut kalau rasanya tak cukup.
5. Sambal ini untuk tambah rasa pedas, manis dan masam itu saja tujuannya. Selamat mencuba yea..hidangan mee hoon sup ini ..dgn daun sup+daun bawang, bawang goreng dan juga kalau rajin goreng takua / tauhu potong dadu kecil.


RESIPI: IKAN KETUL GORENG MASAK MASALA oleh mamak haji

Bila dengar perkataan masala saja jangan pulak terfikir "bermasalah" masakan ini. "Masala" bermakna "campuran rempah"..ia bukan "garam masala" - "garam" bermakna pedas. Maka makna, "garam masala" ialah "Rempah campuran pedas". Yang kita gunakan rempah ikan atau daging jenama Adabi, Allagappa atau pun Baba's ialah "masala" juga. Masala ikan atau daging ini telah ditentukan kuantiti campurannya mengikut kesukaan umum dan nilai komersial. Kalau anda peniaga makanan sekiranya gunakan rempah-rempah yg telah diadunkan (ready made) ini, anda akan gagal dlm mencipta "brand" kari anda. Kalau anda ikut apa saja caranya dan teknik masakan respi nasi kandar Pulau Pinang masih tak sama bukan disebabkan anda tak tahu masak tetapi rempah masala yg anda guna tak sama. Tanpa anda mencipta masala sendiri atau secret recipe..anda akan kurang berjaya dalam perniagaan masakan jenis nasi kandar ini. Respi-respi mamak haji perturunkan cuma asas yg perlu anda tahu..kemahiran anda tersendiri akan tercipta bila berulang kali cuba teknik campuran rempah-rempah ini...



RESIPI: IKAN KETUL GORENG MASAK MASALA:
Bahan-Bahan yang diPerlukan:
- 4 atau 5 ketulan ikan dihiris ketebalan 1/2 inchi. Jenis ikan ketul seperti merah, jenahak atau tenggiri.Dibersihkan dan dikeringkan dgn tisu tuala dapur/kitchen towel.
- 2 sudu besar rempah(masala) ikan + 2 sudu besar utk goreng ikan. Rempah apa jenama pun tak apa.
- 3 biji bawang merah labu sederhana besar dihiris.
- 1 sudu besar pes ahlia bawang putih..atau tumbuk halus 2 biji bawang putih dan 1/2 inci halia.
- 2 tangkai daun kari.
- 2 sudu besar tomato puri atau pun guna cili sos pun boleh.
- Garam dan Gula secukup rasa.
- Masak masak untuk goreng ikan dan tumis gunakan minyak hasil gorengan ikan.
CARA MENYEDIAKAN:
1. ambil 2 sudu besar rempah ikan dan jadikan pes bercampur dgn sedikit air. Lumurkan ikan tadi dengan pes rempah ikan dgn sedikit garam. Perap selama 15-20 minit.
2. Selepas pemerapan goreng ketulan ikan garing..tapi jgn terlalu garing yea. Hindarkan minyak gorengan dan asingkan.
3. Keluarkan minyak dalam kuali gorengan ikan tadi cuma tinggalkan dlm 2 sudu minyak untuk menumis.
3. Dengan api dapur sederhana, masukkan pes halia bawang putih, bila naik harum masukkan kesmua bawang hirisan dan goreng sehingga warna bawang bertukar menjadi kuning keemasan.
4.Kecilkan api dapur dan masukkan daun kari untuk tumis. Bila daun kari agak layu dan keluarkan haruman , masukkan 2 sudu besar lagi rempah kari kari ikan, tumis dgn api kecil dapur, bila rempah kari keluarkan haruman, masukkan tomato puri dan sedikit air.. Kepekatan kuah anda ditentukan oleh air yg anda masukkan..kuah sepatutnya pekat yea. Bawa api dapur kepada medium/sedang.
5. Bila kuah anda mula mendidih, kecilkan kembali api dapur dan masukkan ketulan ikan dengan masukkan garam dan gula secukup rasa. Adun sebati ikan dan kuahnya supaya melekat dengan berhat-hati isi ikan tidak pecah.
6. Angkat dan hidangkan dengan jus air limau nipis dan hirisan bulat bawang. Selamat mencuba.

Sunday, November 16, 2014

Kisah SS Mufti Baru Pulau Pinang

[Kisah SS Mufti Baru Pulau Pinang]
Rumah SS Dato' Dr Wan Salim dimasuki pencuri malam tadi (16/11/2014) menerusi tingkap yg diumpil.
Alhamdulillah Ustaz terjaga dari tidur pukul 2.30 pagi dan turun ke tingkat bawah. Pencuri tu nampaknya baru masuk ke dalm rumah dan terus lari tanpa sempat mengambil apa2 barang.Ustaz dah buat laporan polis dan depa dah mai tengok subuh tadi.
Ustaz pesan kita semua kena sering baca doa dan wirid ini lepas solat. Antara yg Ustaz selalu baca ialah:
اللهم يا حفيظ، يا حفيظ، يا حفيظ، احفظنا من
كل شیء.
Ustaz ucapkan Alhamdulillah kerana berkat doa kawan2 juga,
Semoga Allah pelihara kita, keluarga kita dan harta benda kita. Dan Tawakkal kpd-Nya.
Semoga dapat ilmu dari kisah ini..
Moga ada manfaat bersama