Tidak perlu ke negeri-negeri seluruh negara, hidangan tempatan boleh diperoleh dari dapur rumah anda. Dengan resipi istimewa kali ini, Asam Pedas Muar, anda mampu merasai masakan asam pedas johor dengan menggunakan air tangan anda sendiri! Selamat mencuba!

Bahan-bahan:
10 ketul ikan pari
Satu mangkuk cili kering (direbus dan dikisar)
10 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
3 cawan perahan asam jawa
2 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
5 batang serai (dititik)
Sedikit belacan


Cara-cara Membuatnya:
  • Panaskan minyak, tumis belacan, cili kisar bersama kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah.
  • Selepas naik bau wangi, masukkan perahan asam jawa, bunga kantan dan daun kesum.
  • Tambahkan tomato dan bendi.
  • Biarkan dengan api perlahan sehingga mendidih, siap untuk dihidangkan.


Sumber:Mingguan Wanita