Saturday, May 17, 2014

Udang Goreng Asam Jawa

Sajian kali ini menampilkan udang sebagai lauk pauk. Udang Goreng Asam Jawa memberikan keunikan rasa kepada sesiapa yang mencubanya. Sangat sesuai untuk hidangan pada waktu tengah hari mahupun malam. Gembirakan seisi keluarga dengan mencuba resepi baru dan ternyata membuka selera. Selamat Mencuba!

Bahan-bahannya:

200 gram udang - saiz sederhana
3 ulas bawang putih               }
6 ulas bawang merah            }    dipotong dadu kecil
5 tangkai cili merah                }
3 tangkai cili hijau                   }
40 gram daun ketumbar - dihiris halus
50 ml minyak sayuran
100 ml air asam jawa
10 gram garam
15 gram gula


Cara membuatnya:

  • Bersihkan udang dan goreng di dalam minyak yang banyak sehingga kekuningkuningan. Ketepikan.
  • Tumis bahan-bahan yang dipotong dadu sehingga naik bau.
  • Kemudian, masukkan air asam jawa dan biarkan seketika.
  • Masukkan garam dan gula serta daun ketumbar.
  • Akhir sekali, masukkan udang kacau sebati.
  • Sedia dihidangkan.

Udang Goreng Asam Jawa
Sumber: Mingguan wanita

Peringatan buat diri yang alpa

23 HEALTH SECRETS OF BITTER GOURD:

23 HEALTH SECRETS OF BITTER GOURD:
1. Heart Care: Reduces bad cholesterol levels, by burning unnecessary fats which clog the arterial walls and thereby reduce the chances of heart attacks.
2. Weight Loss: Rich in iron, beta-carotene, and potassium. It can relieve constipation and improve circulation, thereby producing slimming effects on the body.
3. Type II Diabetes Cure: Reverses insulin resistance and activates the protein kinase, activating the absorption of sugar in body cells. Significantly improves glucose tolerance without increasing blood insulin levels.
4. Lowers blood glucose levels: Contains phyto-nutrient, polypeptide-P, a plant insulin, known to lower blood sugar levels. The hypoglycemic agent, Charantin, increases glucose uptake and glycogen synthesis in the cells of liver, muscle and adipose tissue.
5. Hypertension Reliever: Actively inhibits hypertension, high plasma cholesterol, or high plasma lipids, which affect patients with Type II diabetes, decreasing the risk of stroke or heart attack.
6. Anti-parasitic: Antihelminthic or anthelmintic compounds are used in the treatment of gastrointestinal diseases and can kill parasitic intestinal worms. It also stimulates peristalsis of food, relieving indigestion and constipation problems.
7. Liver tonic: Helps to maintain healthy liver and bladder. It is also useful in removing kidney stones and relieving gout pain.
8. Blood Cell Booster: The compounds a-eleostearic acid and the 15, 16-dihydroxy-a-eleostearic acid, are a good remedy for leukemia and blood irregularities such as anemia. It helps in producing healthy red blood cells and balances the amount of white blood cells in your body.
9. Blood Cleanser: Its juice cleanses the liver and blood off toxins and is highly beneficial for treating blood disorders like blood boils and itching due to toxemia.
10. Folates Source: Has high amount of Folates that helps in treating defective neural tubes which usually occurs during early pregnancy.
11. Anti Ageing: Vitamin C, a powerful antioxidant, fights and eliminates free radicals, reducing wrinkles and slowing down the ageing process. It also protects the skin from damage by sun’s UV rays.
12. For Respiratory disorders: Fresh pods are an excellent remedy for curing respiratory problems like asthma, cold, cough, bronchitis and pharyngitis.
13. Nutrients/Vitamin SuperStore: Contains flavonoids such as ß-carotene, α-carotene, lutein, and zea-xanthin. Low in calories, rich in phytonutrients like dietary fiber, minerals, vitamins and anti-oxidants and a good source of niacin (vitamin B-3), pantothenic acid (vitamin B-5), pyridoxine (vitamin B-6) and minerals such as iron, zinc, potassium, manganese and magnesium.
14. Disease Buster: Not only effective in killing malaria bacteria, but it can also weaken some viruses such as Cholera, Chickenpox, Measles, Herpes and Jaundice.
15. Immunity Booster: This bitter juice can also help to strengthen your immune system and increase your body’s resistance against a variety of infections.
16. Psoriasis Cure: Regular consumption of this bitter juice has curative benefits in treatment of psoriasis, fungal infections like ring-worm and athletes feet, and skin infections like eczema.
17. Acne Cure: Helps prevent acne, thanks to its blood purifying properties. Keeps your skin glowing and free from blemishes and infections.
18. Eye Care: High beta-carotene and other properties, help alleviate eye problems and in improving eyesight.
19. For Hangover: Its anti-intoxication properties are beneficial in the treatment of hangover and eliminating liver problems, due to alcohol consumption.
20. Piles Cure: Three teaspoons of the juice, extracted from its leaves, added to a glassful of buttermilk and consumed on an empty stomach every morning, has shown promising curative results in the treatment of piles.
21. Hair Care: Super hair tonic which imparts shine, wards off dandruff, treats split ends, combats dryness and itchiness of scalp, reduces hair loss, treats rough and tangled hair, prevents premature graying and removes excess oiliness in hair.
22. Regulates blood flow and clotting: Aids in the healing process preventing further infections.
23. Energy Source: Regular consumption of this bitter juice has been proven to improve energy and stamina levels. Even sleeping patterns have been shown to be improved/stabilized.

BEBERAPA PEDOMAN BUAT ISTERI SOLEHAH

BEBERAPA PEDOMAN BUAT ISTERI SOLEHAH
Perkahwinan itu adalah satu perkongsian, segala yang haram antara lelaki dan wanita menjadi halal dengannya. Antaranya adalah persetubuhan yang menjadi salah satu penzahiran kemuncak rasa kasih sayang dan rindu suami terhadap isteri dan begitu juga sebaliknya.
Suami yang beriman sentiasa memikirkan beban tanggungjawab dalam memikul amanah kepimpinan hidup keluarganya. 9 bahagian waktu digembeling dengan akal buat menyediakan ilmu, mencari nafkah, keselamatan, perlindungan dan pelbagai tanggungjawab terhadap keluarga. Hanya 1 bahagian sahaja berbaki untuk melayani nafsunya, terutama apabila sudah lanjut usianya.
Kemuncak rasa kasih dan rindu seorang suami yang menyebabkan ia ingin bersama dengan isteri tercinta itu boleh datang 'tidak semena-mena'. Suami beriman tidak akan melampias nafsunya kepada wanita lain atau secara mungkar. Sesungguhnya keinginan itu adalah satu bentuk penghargaan dan merupakan 'hadiah besar' yang didambakan oleh para isteri juga. Oleh itu, amatlah tidak wajar ia dibiarkan membazir begitu sahaja.. Isteri yang menolak ajakan suami adalah munafik, menipu diri sendiri sebenarnya. Munafik itu adalah bahan bakar, atau kerak api neraka.
Kerana itu, isteri harus sensitif dengan keinginan suami itu dan sentiasa mempersiapkan diri untuk ‘memikat’ selera sang suami biar apapun rupa dan usianya. Gunakanlah anugerah 1 akal pada wanita untuk mengatur 9 nafsu yang ada padanya bagi memikat dan sentiasa menyediakan diri untuk suaminya.
Usaha itu akan menampakkan keredhaan isteri terhadap suami dan tanda keinginannya untuk bersama suaminya. Senyuman redha dari wajah isteri adalah keindahan yang sebenarnya. Keredhaan itu juga yang akan membuatkan wajah isteri jadi indah berseri dan ceria menawan, biarpun usia sudah tua, biarpun tubuh sudah kerepot dan banyak spare tyre. Itulah sebahagian dari rahsia ciri isteri solehah, perhiasan terindah bagi seorang suami dari awal perkahwinan membawa ke jannah.
Ramai artis dan ratu cantik yang ayu jelita bercerai tidak berapa ketika selepas bernikah. Padahal umur masih muda dan wajah masih bergetah. Buruknya wajah mereka ialah kerana tidak mendapat redha suami, apabila sentiasa dalam keadaan marah berkerut dan memberontak. Ini kerana tiada manusia yang kelihatan cantik dan indah ketika 'marah'.
***
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).
“Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Hadis Riwayat Ahmad).
"Wanita itu dinikahi karena empat perkara yaitu karena hartanya, karena keturunannya, karena kecantikannya, dan karena agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung." (HR. Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1466)
"Janganlah kalian menikahi wanita karena kecantikannya, boleh jadi kecantikannya itu merusak mereka. Janganlah menikahi mereka karena harta-harta mereka, boleh jadi harta-harta mereka itu membuat mereka sesat. Akan tetapi nikahilah mereka berdasarkan agamanya. Seorang budak wanita berkulit hitam yang telinganya sobek tetapi memiliki agama adalah lebih utama." (HR. Muslim)
“Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin selepas bertaqwa kepada Allah SWT selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah (berazam), ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” ( Hadis riwayat Maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)
”Hak suami terhadap isterinya adalah isteri tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun semasa berada di atas punggung unta, tidak berpuasa walaupun sehari kecuali dengan izinnya, kecuali puasa wajib. Jika dia tetap berbuat demikian, dia berdosa dan tidak diterima puasanya. Dia tidak boleh memberi, maka pahalanya terhadap suaminya dan dosanya untuk dirinya sendiri. Dia tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya. Jika dia berbuat demikian, maka Allah akan melaknatnya dan para malaikat memarahinya sehingga ia kembali dan bertaubat, sekalipun suaminya itu adalah orang yang alim.” - (Hadis riwayat Abu Daud Ath-Thayalisi daripada Abdullah Umar)
Sabda baginda lagi, "seseorang perempuan tidak menunaikan hak Allah SWT sehingga ia telah menunaikan semua hak suaminya. Jikalau dikehendaki oleh suaminya sekalipun di atas timbunan duri tidak mencegahkan dirinya.”
"Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kalian yang menjadi penghuni surga iaitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau redha." - (HR. An-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257. Silsilah Al-Ahadits Ash Shahihah, Asy-Syaikh Al Albani rahimahullah, no. 287)
"Lihatlah di mana keberadaanmu dalam pergaulanmu dengan suamimu, karena SUAMIMU ADALAH SURGA DAN NERAKAMU." - (HR. Ahmad 4/341 dan selainnya, lihat Ash-Shahihah no. 2612)
"… Dan aku melihat NERAKA maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum WANITA. Mereka kufur (durhaka) terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikan suaminya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada mereka selama waktu yang panjang, kemudian dia melihat sesuatu kekurangan pada dirimu, niscaya dia akan berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu." - (HR. Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.)
>>> SODAQO RASULULLAH S.A.W.<<<
***
Syurga isteri adalah di bawah tapak kaki suami, syurga anak pula di bawah tapak kaki ibunya. Tapak kaki itu merujuk kepada 'langkah' suami dan ibu yang beriman. Langkah itu yang perlu diikuti untuk menggiring isteri dan anak ke syurga. Biar apapun alasannya HARAM seorang isteri berkata 'AH' dan bermasam muka dengan suaminya. Demikian juga seorang anak terhadap ibubapanya.
Soalan cerpu emas... bagaimana pula jika suami tidak beriman seperti FIRAUN dan tidak menggunakan 9 akal untuk memenuhi tanggungjawab terhadap isteri dan keluarga? Bagaimana langkah ibu seperti isteri Nabi Nuh a.s. yang ingkar kepada suami yang beriman? Mari sama-sama cari penyelesaiannya. Insyaallah akan kita kongsikan di lain nukilan. sementara itu boleh lah belek semula artikel sebelum ini.
Tips munakahat
WARGA PRIHATIN

Friday, May 16, 2014

Siri Taman Syurga(41):Ustaz Muhammad Tarmizi ( Penyakit Akhir Zaman ) (+playlist)

Petua Untuk Kek span kukus Dan Kek Ubi Merah

Untuk memastikan Kek Span Kukus dan Kek Ubi Merah akan menjadi mekar dan lembut, anda harus mengukus dengan api yang besar supaya wap yang keluar serata di seluruh kek.

Pastikan tiada air wap yang jatuh ke dalam kek. Balutkan alat penutup pengukus dengan kain dan pastikan juga air di dalam kukusan tidak kehabisan dan kering.

Adunan yang diisi ke dalam acuan mestilah ¾ penuh supaya apabila masak kek tersebut akan mengembang dan merekah dengan lebih cantik. Selamat Mencuba!

 Petua membuat kek span kukus dan kek ubi merah

Sumber:Majalah Mingguan Wanita

Kidney stone Juice




Kidney stone removing juice 

one in ten people will have a kidney stone at some time in their lives”.
To avoid kidney stones from forming, drinking a lot of fluids such as filtered water is highly recommended.

1. Avoid foods high in oxalate: Peanuts, almonds, cashews, hazelnuts, soybeans, soy milk, wheat germ and wheat bran, spinach, black tea, instant tea, rhubarb, beets, most dried beans, sweet potatoes and chocolate.
2. Reduce animal protein foods.
3. If you have kidney stones your doctor will recommend for you to cut down on salt and sodium you take. Limit the amount of salt (sodium), calcium, oxalate, protein, potassium and fluid in your diet. Your health practitioner will probably advise you to limit sodium to 2,000 milligrams each day.
4. You also need to learn how to read the labels and avoid foods high in calcium. It is important that you learn from your health practitioner the right balance of calcium to eat.
Tip: Drink a glass of water before bed and if you wake during the night, drink another glass before going back to bed.

Try this juice to help you with kidney stones:
Lemon is high in citric acid, which is believed to help break-up calcium-based kidney stones.
Watermelon is one of the best fruit for kidney stones. It has the highest level of water among all types of fruits. Water is crucial when it comes to passing kidney stones. It is also high in potassium, which is a form of salt that helps dissolve the kidney stones. Watermelon is a diuretic and increases urine formation.
In addition to drinking as many glasses of water as you possibly can, drink 1 or 2 juices each day.
Juices contain citrates which will aid in the breakup of the stones.
Juice:
1 orange, peeled
1 apple
1 lemon
4 slices of watermelon
4 ice cubes
All ingredients must be organic...

Petua Kari Kepala Ikan Sedap dan Menarik

Untuk memastikan Gulai Kari Kepala Ikan lebih sedap dan warnanya juga menarik, ikuti panduan berikut.

Hiris bawang merah, halia dan bawang putih dan tumis hingga garing dan wangi.

Masukkan rempah kari ikan yang dibeli atau dibuat sendiri biar sehingga berminyak dan rempah garing.

Masukkan terung yang dipotong kuib kecil dan kacau rata. Masukkan sedikit air dan kepala ikan dan biarkan seketika dan barulah dimasukkan santan dan hirisan terung.

Jika suka boleh ditambah dengan buah tomato dipotong ‘wedges’, daun kari dan cili hijau potong. Selamat Mencuba!
Petua Kari Kepala Ikan Sedap dan Menari

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

How stress affects the body

Tazkirah hari ini (28):[KTT]Hebatnya Seorang Guru - Ustaz Abdullah Khairi

Siri Halwa Telinga(10):Anasheed - La Ilaha Ila Lah - Il N'Y A De Dieu Que Dieu par Talib Al Habib

Siri halwa telinga(9):Mishary Rashid Alafasy - Allah Allah ★New Nasheed ★

Tinggal 12 perkara dapat 12 perkara

Thursday, May 15, 2014

Siput Sedut Paya Bakau

Siput Sedut Paya Bakau, resepi istimewa yang menampilkan rasa pedas dan berlemak. Masakan yang sesuai dihidangkan pada waktu tengah hari ataupun malam . Sudah pasti suami mahupun anak-anak sudah tidak sabar untuk menjamah sajian ini nanti. Sebagai maklumat tambahan, penambahan daun kesum menambahkan rasa enak dan harum kuahnya. Selamat Mencuba!

Bahan-bahannya:

700gm siput sedut
1 biji kelapa  } diambil santannya
1 tangkai daun kesum
2sm kunyit hidup
10 biji cili padi
150gm keladi
3 keping asam keping
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

  • Campurkan daun kesum bersama bahan kisar di dalam periuk dan biarkan masak seketika.
  • Kemudian masukkan santan dan juga keladi. Biarkan hingga lembut.
  • Masukkan siput sedut dan juga asam keping.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
  •  Angkat dan hidangkan.
  • Siput Sedut Paya Bakau
  • Sumber:majalah Mingguan Wanita

Petua Mencantikkan Kek Buah Kukus

Ada yang amat sukakan untuk membuat Kek Buah Kukus. Tetapi setiapkali ramai yang cuba membuatnya, buah-buahan tenggelam dan kadangkala kek juga jadi melengkung dibahagian tengah. Mengapa dan apakah cara untuk mengatasinya? Berikut adalah panduan untuk anda ketahui:

Kek buah kukus menggunakan kukusan dan air yang mendidih dengan suhu tinggi dan pastikan air tidak kurang di dalam kukusan sehingga kek masak sepenuhnya. Buah-buahan kering mestilah dicampurkan dengan sedikit tepung dan pastikan kek tidak dibuka pengukusnya sehingga selepas dua hingga tiga jam. Selamat Mencuba!

Sumber:majalah mingguan wanita

Kuih koci

Istimewanya kuih koci ini kerana intinya menggunakan kelapa muda yang diparut secara tradisional. Ini kerana rasa inti kelapanya lebih rangup ketika dikunyah. Kuih ini amat popular di majlis kenduri di Negeri Sembilan. Pasti manisan ini memberikan rasa yang begitu menyelerakan buat anda dan seisi keluarga.

Bahan-bahannya:
350gm tepung pulut
250ml santan segar
250ml santan pekat  } dimasak sehingga pecah minyak
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya } dilayur

Bahan inti:

1 biji kelapa muda } diparut
240gm gula pasir
120gm gula anau / gula kabung
2 helai daun pandan } disimpul

Cara membuatnya:

  • Untuk membuat inti, satukan kelapa muda parut, gula pasir, gula anau dan daun pandan di dalam periuk atau kuali.
  • Kemudian masukkan air secukupnya dan didihkan di atas api yang sederhana. Gaulkan inti sehingga hampir kering. Angkat dan ketepikan.
  • Seterusnya untuk membuat kuih koci pula, satukan tepung pulut dengan santan yang dicampurkan dengan garam secukup rasa.
  • Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk. Bulat-bulatkan doh dan letakkan inti di tengahnya lalu ditutup semula. Lakukan sehingga habis.
  • Setelah itu, celupkan ke dalam adunan santan pekat yang dididihkan sehingga pecah minyak tadi.
  • Selepas itu, letakkan adunan tadi di atas daun pisang yang telah dilayurkan. Bungkus dengan kemas seperti bentuk bantal atau segi tiga mengikut cita rasa anda. Lakukan sehingga selesai.
  • Akhir sekali, masukkan pisang nangka masak dan biarkan sehingga menjadi lembut sedikit. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
  • Akhir sekali, kukus adunan sehingga masak. Sedia untuk dimakan.
  • Kuih Koci
  • sumber: Majalah Mingguan Wanita

Siri halwa telinga(8):رحمن رحمن - مشاري راشد العفاسي Mishari Rashid Al Afasy - Rahman

Siri halwa telinga (7):(#مشاري_راشد_العفاسي - ربي سبحانك ( خيم الليل ) - Mishari Alafasy Rabi S...

Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk


Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk 

Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk. 

Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet. Orang yang memakannya mungkin mengidap kanser.

Kanser sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula merebak secara senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka, ia hanya disedari setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan perubahan pada dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang selera makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima rawatan.

Yang ada hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan sehingga rambut pesakit habis gugur. Kadang-kadang rawatan kemoterapi ini pun belum tentu dapat menyembuhkan. Yang paling menyakitkan ialah apabila air tulang sumsum diambil. Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemoterapi akan sampai ke satu tahap bila dia berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi.

Kita harus sering membuat pemeriksaan awal bagi mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel kanser yang baru mula aktif, insyaAllah dapat dikesan. Pada peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan sel yang aktif ini.

Jangan fikir penyakit ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah. Jika umat Islam sihat, agama Islam turut kuat. Jika umat Islam lemah, musuh Islam akan menang.

Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton

Selama beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tanpa magnet. Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet yang keluar dari magnet hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan.

Hasil kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus yang makan makanan dicemari sinaran electromagnet mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% mengidap kanser berbanding kumpulan tikus yang lain.

Kerajaan, persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih berada dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya ditanggalkan magnet hiasan itu dari peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh dari makanan. Mencegah lebih baik dari merawat.
Aqidah tentang kuasa magnet.

Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah. Kuasa pancaran bersifat ma'niyah. Bukan kuasa magnet yang boleh menyebabkan kanser. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT jua.

The way of Eating fruits

The way of Eating fruits - this opened my eyes
It's long but very informative

We all think eating fruits means just buying fruits, cutting it and just popping it into our mouths. It's not as easy as you think. It's important to know how and when to eat.

What is the correct way of eating fruits?

IT MEANS NOT EATING FRUITS AFTER YOUR MEALS! * FRUITS SHOULD BE EATEN ON AN EMPTY STOMACH.

If you eat fruit like that, it will play a major role to detoxify your system, supplying you with a great deal of energy for weight loss and other life activities.

FRUIT IS THE MOST IMPORTANT FOOD.Let's say you eat two slices of bread and then a slice of fruit. The slice of fruit is ready to go straight through the stomach into the intestines, but it is prevented from doing so.

In the meantime the whole meal rots and ferments and turns to acid. The minute the fruit comes into contact with the food in the stomach and digestive juices, the entire mass of food begins to spoil....

So please eat your fruits on an empty stomach or before your meals! You have heard people complaining — every time I eat watermelon I burp, when I eat durian my stomach bloats up, when I eat a banana I feel like running to the toilet, etc — actually all this will not arise if you eat the fruit on an empty stomach. The fruit mixes with the putrefying other food and produces gas and hence you will bloat!

Graying hair, balding, nervous outburst, and dark circles under the eyes all these will NOT happen if you take fruits on an empty stomach.

There is no such thing as some fruits, like orange and lemon are acidic, because all fruits become alkaline in our body, according to Dr. Herbert Shelton who did research on this matter. If you have mastered the correct way of eating fruits, you have the Secret of beauty, longevity, health, energy, happiness and normal weight.

When you need to drink fruit juice - drink only fresh fruit juice, NOT from the cans. Don't even drink juice that has been heated up. Don't eat cooked fruits because you don't get the nutrients at all. You only get to taste. Cooking destroys all the vitamins.

But eating a whole fruit is better than drinking the juice. If you should drink the juice, drink it mouthful by mouthful slowly, because you must let it mix with your saliva before swallowing it. You can go on a 3-day fruit fast to cleanse your body. Just eat fruits and drink fruit juice throughout the 3 days and you will be surprised when your friends tell you how radiant you look!

KIWI: Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, vitamin E & fiber. Its vitamin C content is twice that of an orange.

APPLE: An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low vitamin C content, it has antioxidants & flavonoids which enhances the activity of vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack & stroke.

STRAWBERRY: Protective Fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits & protect the body from cancer-causing, blood vessel-clogging free radicals.

ORANGE : Sweetest medicine. Taking 2-4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as well as lessens the risk of colon cancer.

WATERMELON: Coolest thirst quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione, which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene — the cancer fighting oxidant. Other nutrients found in watermelon are vitamin C & Potassium.

GUAVA & PAPAYA:Top awards for vitamin C. They are the clear winners for their high vitamin C content.. Guava is also rich in fiber, which helps prevent constipation.. Papaya is rich in carotene; this is good for your eyes.

Drinking Cold water after a meal = Cancer! Can u believe this?? For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine.. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

A serious note about heart attacks HEART ATTACK PROCEDURE': (THIS IS NOT A JOKE!) Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line. You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. Sixty percent of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know the better chance we could survive.

A cardiologist says if everyone who gets this mail sends it to 10 people, you can be sure that we'll save at least one life.
Read this....It could save your life!!

Tazkirah Hari ini(27):AAM; Kuliah Subuh; Musibah Yang Menimpa, Ujian Atau Rahmat

Wednesday, May 14, 2014

Kebaikan asam gelugur

Asam gelugur tergolong dalam pokok hutan tanah pamah  berdaun malar hijau dengan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 20 meter. Pucuk yang muda berwarna kemerahan dan boleh dijadikan sayur atau ulam bagi yangmenggemarinya. Kegunaaan utamanya ialah sebagai pelengkap dalam resipi masakan tertenu. Namun di sebalik rasanya yang masam, isi buahnya juga mempunyai khasiat dalam perubatan.

Antara rawatan yang boleh digunakan untuk merawat masalah manusia ini adalah merawat tumit pecah. Cara untuk menggunakannya adalah dengan merebus buah asam gelugur kering sehingga mendidih. Apabila suam, rendamkan kaki yang bermasalah di dalam air rebusan itu selama beberapa minit. Lakukan beberapa kali sehingga nampak kesannya.

Selain dari itu, pokok ini juga boleh merawat sakit kepala. Caranya adalah dengan menghiris buah asam gelugur yang masak nipis-nipis dan tampalkan pada dahi. 

sumber dari: majalah mingguan wanita Kebaikkan Asam gelugur

Resipi Opor oleh mamak haji

RESEPI OPOR:
Resepi "OPOR AYAM" yang begitu popular di Indonesia ini sebenarnya masakan 'ala kurmak , walau pun opor bererti "kari" . Resepi ini begitu unik kerana penggunaan rempah "ketumbar" atau biji rempah dalam masakan ini. Rasa masakan kurmak mamak biasanya bergantung kepada kuantiti dan kualiti penggunaan rempah ketumbar atau mamak haji selalu gelarkan "Biji Rempah".

Uniknya masakan opor ayam ini ialah cara masakan tempatan digabungkan dengan masakan dari benua kecil India. Ia bukan mudah dilakukan tetapi hidangan opor ayam ini membuktikan resepi ini adalah gabungan di antara Nusantara Melayu dan pengaruh kebudayaan benua kecil India. Tetapi jangan salah tafsir dengan erti "Indo" itu. Indo tidak kena mengena denga dengan India atau agama Hindu..hehehe. Sebutan "Indo" itu bukan bermakna "India", jangan salah anggap pulak!. Sebutan, "Indo" berasal dari perkataan Latin dan Greek yang bermaksud "Kepulauan" yea!.

Bagaimana pun Mamak haji amat tertarik dengan resepi 'ala kurmak Indonesia ini walau pun nama, "OPOR AYAM" itu bermaksud, "Kari Ayam" tetapi Mamak haji secara peribadi tak setuju ia kari tetapi adalah hidangan 'ala kurmak yang berasal dari kerajaan Islam "moghul" India telah diubah-suaikan sentuhan tempatan. Jangan lupa mencuba kerana opor ayam ini punyai rasa yang amat unik, nak kata resepi India ia bukan. Nak kata Resepi Melayu tetapi ia bukan keMelayuan?. Jadi ia adalah resepi asli dari Indonesia. Tidak boleh pertikaikan lagi.
RESPI OPOR AYAM:
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (1.5 - 1.8kg) dipotong 12.
3 cawan (cup) santan / 1 biji kelapa.
2 sudu besar gula merah/ gula Melaka.
1 batang serai diketuk diperdu.
3 helai daun limau purut.
2-3 helai daun salam Indonesia.
4 sudu besar (tbsp) minyak masak.

PERENCAH UNTUK MENUMIS:
7 biji bawang merah India (kecil). ditumbuk lumat.
2 inci lengkuas ditumbuk lumat..
5 ulas bawang putih ditumbuk lumat..
5 biji buah keras ditumbuk lumat..
1 sudu kecil serbuk lada putih .
1 sudu besar serbuk ketumbar.
1 sudu kecil serbuk Jintan Putih.
2 sudu kecil garam/ mengikut rasa.
Minyak untuk menumis.

CARA-CARA:
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Pastikan ayam perlu digoreng separuh masak dengan minyak. Seperti mamak haji katakan seluruh teknik masak ayam ini sama seperti "ayam masak kurmak" - simmering process. tip: sekiranya anda takut isi ayam atau kulit ayam akan melekat pada permukaan kuali panas semasa goreng dengan sedikit minya, lumurkan sedikit minyak masak pada potong ayam itu, sebelum dimasukkan dalam kuali. Keluarkan ketulan ayam telah masak separuh itu dan asingkan.

2. Panaskan kuali kembali, masukkan minyak untuk menumis perencah yang telah sediakan sampai wangian harum dikeluarkan dan minyak mula timbul dipermukaan bahan tumisan menandakan semua air telah dikeluarkan.

3. Masukkan santan yang cair dua cawan (tip: biasa santan yang dimasukan untuk masakan dibahagi kepada dua bahagian satu bahagian santan pekat ia itu awal perahan kelapa yang telah parut dan santan cair pulak selepas kelapa parut itu dimasukkan air dan diperah kali kedua atau kali ketiga. Santan pekat tidak boleh di didihkan kerana ia akan pecah minyak dan sekaligus kemanisan asli, rasa dan haruman segar yang terdapat dalam santan segar itu akan hilang apabila didihkan dalam jangka masa yang panjang. Santan pekat (1 cawan) cuma dimasukkan di peringkat akhir masakan).

4. Masukan gula merah, serai, daun limau purut dan daun salam Indonesia. Panaskan sebatian dengan ketulan ayam yang telah sediakan.

5. Tentukan ketulan ayam ditenggelami 3/4 bahagian dengan santan cair. Tutup pemukaan kuali dan rebus dengan api dapur yang sederhana dengan teknik rebusan(braising) dengan cara "mereneh" (simmer) sehingga semua ketulan ayam masak sempurna.

5. Masukkan 1 cawan santan pekat yang ditinggalkan. Apabila kuahnya mula mendidih kembali, Tutup api dapur dan hidangan opor ayam anda telah pun siap.

Tuesday, May 13, 2014

Siri taman syurga(40):[LIVE] 120514 NE4 - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

MUST LISTEN (Mishary-Surah Najm) One of the best I've heard

8P TIP KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA



8P TIP KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA
1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan
2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang
3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang
4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan
5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing
6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga
7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain
8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia

7 mata yang dicintai oleh ALLAH

Jom hapuskan dosa

Cara memaniskan pucuk ubi

Suka makan rebusan pucuk ubi dicicah dengan sambal kegemaran? Memang mengeliurkan!

Tahukah anda rebusan pucuk ubi lebih sedap kalau ditambah dengan sedikit kemanisan semulajadi. Bagaimana mahu membuatnya? 

Berikut adalah petua untuk membuatkan rebusan pucuk ubi anda lebih bertambah lazat!

Masukkan sedikit minyak kelapa sewaktu merebus pucuk ubi. Hasilnya bukan sahaja bertambah enak, tetapi warnanya juga segar dan kelihatan begitu menyelerakan.

Kaedah yg kedua, rebus pucuk ubi dengan air kelapa secukupnya sehingga mendidih. Selamat Mencuba! 

health tips

HEALTH TIPS :-
* Do not have huge meals after 5 pm.
* Reduce the amount of oily food you consume.
* Do not drink the coffee twice a day.
* Do not take pills with cool water.
* Best Sleeping time is 10pm to 6am.

RESEPI: ASAS DOH PAI oleh mamak haji

RESEPI: ASAS DOH PAI.
Bahan-Bahan Diperlukan:
- 2 cawan tepung.
- 1/2 cawan minyak jagung.
- 1/4 cawan susu segar sejuk.
- 1/2 kecil garam.
- kertas surih.
Cara menyediakan:
1. Satukan minyak dengan susu, jangan kacau. Masukkan tepung. Kacau dengan garpu.
2. Uli sehingga jadi doh. Bahagikan dua bahagian satu untuk penutup pai.
3. Yang lain ikut apa yang mamak haji telah sebutkan.
Cara Menyediakan isian apel pai:
1. Satukan 1/2 cawan gula dan 1 sudu besar serbuk buah pala, 1 sudu kecil serbuk kayu manis dan 1 cawan tepung ubi. Gaulkan semua.
2. Cairkan 1 cawan mentega dan masukkan dalam campuran di atas.
3. Kupas apel dan potong kecil.
4. Rebus semuanya dengan 1 cawan air sehingga separuh masak.
5. Biarkan sejuk dan tuangkan ke dalam mangkuk pai.
6. Tutup bahagian atas pai. Kelarkan bahagian tengah pai dan klimkan kemas tepi pai yang mamak haji telah terangkan.
7. Panasakan oven kepada 200C masukkan pai anda untuk dibakar.
8. Dalam suhu 200C bakar pai selama 50 minit.
9. Keluarkan pai selepas 50 minit. Bancuh telur dan air, sapukan dipermukaan pai.
10. Masukkan pai semula dalam oven dan bakar selama 15 menit lagi. Pai anda telah sedia. Selamat mencuba.



Tips dari mamak haji: Pai Crust yang sempurna

Pai Crust yang sempurna:
Mamak Haji akui membuat pai bukan mudah, masalah utama adalah bahagian dohnya. Hari ini mamak haji gagal lagi mendapatkan doh yang sempurna. Untuk mendapatkan pai yang sempurna masa menyediakan atau persekitaran suhu dan iklim dapur juga memainkan peranan. Seeloknya tempat menyediakan perlu sejuk, bahan dan peralatan yang digunakan perlu lah sesuai. Mamak haji berikan sedikit tip dan teknik untuk mendapatkan doh pai dan tat yang sedap untuk yang minat buat pai ini.
 Pai Crust yang sempurna:2
1. Dapatkan doh pai dan tart yang sedap ramai cef pastri kita cadangkan menggunakan campuran mentega dan lemak sayuran/ crisco. Jangan gunakan mentega atau majerin saja..
2. Kedua-dua bahan ini ketika gunakan tentukan sejuk termasuk bekas adunan mangkok atau bekas pai mesti disejukkan dulu.
3. Untuk uli gunakan air sejuk atau ais.
4. Proses ulian perlu cepat.
5. Semasa ulian tepung dengan lemak sayuran gunakan pemotong doh dan di uli semula
6. Setelah diuli doh mesti dimasukkan dalam bag plastik dan disimpan dalam peti sejuk sekurang-kurang satu jam.
7. Sebelum canai bahagikan dulu doh. Cara canai harus betul, dari tengah ke tepi. lebih 1/2 inci dari saiz ukur keliling pai untuk klim yg cantik.
8. Basahkan tepi pai dengan air sejuk. Isikan isian pai.Tutup dengan sekeping lagi doh pai. Jari hendaklah dilulur dengan tepung dan klimkan tepi pai.
9. Air sejuk yang membasahi tepi pai menyenangkan proses mengelim pai agar tidak membuka semada pai dibakar

Pai Crust Yang Sempurna - BhgTerakhir:
Tepung pastri memang ada jual tetapi harganya boleh tahan dan sukar dicari. Kita boleh gunakan tepung serba-guna (all purpose) ia kurang kandungan protein. Tetapi jangan guna tepung berprotien tinggi keran ia cuma sesuai untuk buat roti. Ia keras. Protein tinggi membuatkan doh menjadi kenyal.

Gunakan 1 bahagian tepung kek dan satu bahgian lagi tepung serba-guna. dengan nisbah 1:1. Untuk mendapatkan doh yang baik simpan tepung dalam peti sejuk sebelum gunakan.
Pai Crust sebenarnya menggunakan lemak sayuran seperti crisco ( HALAL) tetapi boleh juga campurkan dengan mentega. Ada juga menggunakan minyak jagung..ia seperti membuat kulit karipap mcm cara melembutkan karpap..jadi jangan pening..mamak haji beri dua resepi untuk membuat Pai Crust ini nanti...tapi cuba fahamkan dengan betul apa yang mamak haji berikan tip dan teknik buat pai ini dulu..