Saturday, November 9, 2013

Kuliah Sheikh Zainul Asri Bah 1

http://www.youtube.com/v/x5-ln_0Xawk?version=3&autohide=1&showinfo=1&autohide=1&autoplay=1&feature=share&attribution_tag=ovpupTqF3VAeVAH81QISig

Wednesday, November 6, 2013

Kuliah Tauhid Sheikh Mohamad Zainol Asri Hj Romli

http://www.youtube.com/v/KqT96BZQOwI?autohide=1&version=3&feature=share&showinfo=1&autohide=1&attribution_tag=5JxRyzn8iLv1pagf3Tm1ng&autoplay=1

ayatul mahabbah


Do you know that, there are 6 Sunnah to drink a glass of Water ??

Do you know that, there are 6 Sunnah to drink a glass of Water ??

1) Drink water with Right Hand.
2) Drink water by sitting.
3) Start Drinking water with Saying “Bismillah”.
4) See the water before Drinking.
5) Drinking water in 3 steps.
6) After finishing saying “Alhamdullilah

Doa elak sifat Pemalas


Petua Memasak Sup Ketam Untuk Merawat Demam Denggi



Petua Memasak Sup Ketam Untuk Merawat Demam Denggi

Bahan:

a. Ketam 2 ekor
b. 2 biji buah pelaga
c. Kayu manis sepanjang jari kelingking
d. Sekuntum bunga lawang
e. Bawang putih 5 biji ditumbuk
f. Halia sebesar ibu jari diketuk
g. Serbuk lada hitam/lada putih
h. 3 cawan air
i. Garam secukup rasa
j. Minyak untuk menumis
k. Bawang goreng, daun sup dan daun bawang

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga sampai naik bau.

2. Masukkan bawang putih, halia, dan biarkan seketika.

3. Kemudian, masukkan air, serbok lada dan garam. Biar mendidih, kemudian masukkan ketam.Biarkan selama 5-10 minit bagi air ketam itu sebati dengan kuah.

4. Matikan api dan masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang yang telah diricih.


kisah benar

Kisah Benar – Awak Hanya Ada 1 Hari Sahaja Untuk Hidup | Apa yang ditulis ini diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu. Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi. Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya. Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi. Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya. Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang. Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebingungan ketika itu. Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad. Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka. Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang akan terjadi padanya kini? Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang. Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan? Jawab Malaikat “Ya:. Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya…. Kemudian….secara tiba2 apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, malaikat makin menghampirinya dan berkata, “Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian“ Sahabat saya bertanya, “siapakah orang-orang itu?” Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan. Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya. Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua. Apa yang disesalkan: 1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas. 2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya walau pun dia akan mati 3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa2 mereka tidak ikhlas. 4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan 5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau. 6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan. 7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka. 8. Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu. 9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar 10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian. Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah iktibar dari kisah benar ini. Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya. Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga. Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka. Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

RESEPI PERIA GORENG TELUR:

RESEPI PERIA GORENG TELUR:

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

2-3 biji Peria "Cina". Dibasuh potong buang kedua hujungnya. Memotong lintang kalau panjang potong 3 atau 4 bhg. Dengan menggunakan belakang sudu keluarkan semua isi bijinya. Hiriskan peria melintang tegak setebal 5mm. Peria yang telah hiris perlu direndam sekurang-kurang 5 minit dengan air garam untuk menghindarkan rasa pahit yang terlampau. Toskan dan sedia untuk digoreng.
2 biji telur di pukul.
2 sudu besar (tbsp) minyak masak.
1-2 sudu besar (tbsp) gula.
2 ulas bawang putih dikupas kulit, diketuk dan dihiris (cincang).
1/2 biji bawang labu dihiris halus.
1/4 sudu kecil biji lada hitam ditumbuk kasar.
CARA MENGORENG:

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak, bila minyak mulai panas, masukkan bawang putih di ikuti dengan hirisan bawang. Tak perlu garingkan, cuma layukan sudah memadai (kerana kita perlu layukan ula peria bersama bawang putih dengan bawang hirisan tadi akan garing bersama dengan hirisan peria).

2. Masukkan hirisan peria (tentukan air telah ditoskan dan berada dalam keadaan kering) dalam kuuali dan layukan selama 1-2 minit. Renjiskan kicap cair atau kicap sos ikan untuk memasinkan sedikit (anda perlu tahu kita telah pun rendamkan peria dalam air garam). Teruskan goreng selama 1-2 minit lagi. Peria yang telah masak boleh ditentukan dengan tekan sudip pada hirisan peria ia akan putus dua dgn dengan mudah. Jika anda tidak mahir lagi menggunakan api dapur, goreng dengan api sederhana dan tentukan hirisan peria nada masak. Masa diberikan biasanya untukyang sudah pro dalam mengendalikan api dapur. Tak perlulah anda ikut sangat masa itu. Janji yang masak itu perlu masaka dan bila masak sayur perlu faham, haba yang terdapat dalam masakn itu akan masak 1/4 lagi bahan masakan itu. Dengan sayur yang masak di atas kuali dengan api dapur perlu dikelurkan 3/4 masak. 14 lagi ia masak dengan haba yang masih terdapat dalam masakan.

3. Ratakan semua hirisan peria dipermukaan kuali supaya telur yang akan dimasukkan ke atasnya akan diselaputi keseluruhan hirisan peria tadi. Masukkan telur yang dipukul ke atas hirisan peria yang sedang digoreng. Biarkan selama 1/2 minit. Selepas itu terbalikan keseluruhan peria supaya telur masak sama-rata.

4. Disini anda boleh hidangkan peria ini seperti cara telur bawang atau kacau kembali telur bersama hirisan peria. Tutup api dapur dankeluarkan dari kuali.

Resipi cucur udang untuk passembur atau rojak mamak

RESEPI CUCUR UDANG UNTUK PASSEMBUR ATAU ROJAK MAMAK:

BAHAN-BAHAN:

- 1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100
-1 cawan tepung beras.
- 3 sudu besar (tbsp) tepung jagung.
- 3 sudu besar (tbsp) kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak payah bubuh pun.
- 1 sudu kecil (tsp) Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket.
- 1/2 sudu kecil baking powder.
- 1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan panas!). Larutkan yis. Biarkan 10 minit sebelum dicurahkan kedalam tepung.
- 3/4 sudu kecil (tsp) garam.
- sedikit pewarna kuning/ serbuk kunyit.
- Boleh tambah kucai, taugeh dan juga udang basah.
Nota: Mamak haji tak tambah kisaran udang, taugeh, kucai, bawang atau cili hijau. kita cuba tepungnya dulu sebelum kita jadikan ia digunakan untuk "resepi passembur". Anda boleh ikut resepi cucur udang mamak penang dalam posting lama. Caranya sama untuk cucur ini kita tambah tepung beras untuk mengeraskan dan tepung jagung untuk tidak menjadikan hasil gorengan yang terlalu keras tetapi jadikan ranggup. kalau tidak masukkan tepung jagung ia akan jadi seperti kueh tempeyek.

CARA MEMBUATNYA:

1. Adunkan tepung beras, gandum, jagung, baking powder dan garam. Masukkan larutan gula bersama yis dalam adunan tepung. Bancuh tepung serata. Kalau nak berbentuk bulat cucur, cairkan sedikit tapi kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang) pekatkan sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.

2. Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama sekurang-kurangnya satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.

3. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali. Masukan nyioq parut (susah nya nak sebut kelapa). Gaulkan kembali adunan. Sambil itu boleh panaskan kuali dengan minyak masak "CAP FELDA FVGH" sebelum naik harga minyak masak.

4. Ini nak goreng ini, uji dan pastikan minyak betul-betul panas dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak untuk menetukan kepanasan. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap ke dalam cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur minyak. Terlalu panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu panas. kalau nak sejukan minyak panas sgt masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali. Kepanasan Minyak gorengn jangan sampai ia berasap (terbakar), ia buruk untuk kesihatan yang membentuk asid. Inilah sebab kadang-kala bila makan gorengan tekak kita gatal dan batuk-batuk. Minyak yang telah berasap tidak boleh digunakan. Mana nak buang?. Kenapa majlis tak mahu sediakan tempat kumpul minyak?. Kononnya dasar "hijau".
Panaskan sudip ke dalam minyak panas selama 1-2 minit. Ambil adunan tepung dengan sudu (2 sudu) dan tolak dengan sudu yang lain, masukkan dalam minyak panas. Tepung kadang-kala melekat di sudip, untuk elakan biarkan dia masak sedikit kemudian baru tolak masuk. Kalau punyai sudip yang tak melekat (non-stick ceramic) amat sesuai. Buat perlahan-lahan untuk memahirkan.

6. Cara tuang tepung di tepi kuali menggunakan senduk dan tuang ditepi kuali. Yang melekat itu boleh ditolak dengan sudip. Untuk ini tepung perlu cair sedikit kerana ia akan meleleh perlahan masuk ke dalam kuali. Tepung yang masih terlekat atas paras minyak di kuali boleh ditolak masuk dengan sudip bila tepung mulai masak.

7. Meletakan udang di atas cucur memang masalah pada yang mula buat. Nanti udang ke mana cucur ke mana. Untuk memudahkan udang melekat di atas cucur, bersihkan udang dan masukan sedikit tepung gandum supaya udang diselaputi dengan tepung. Tepung ini perlu cair. Ia seperti kita buat "gam" untuk roti sardin atau popia. Letakan udang disalut tepung ini pada peringkat cucur mula masak dan kita tolak masuk kedalam minyak. Pasti udang tak berenang dalam minyak.

8. Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna kekuningan. kalau anda nak warna seperti cucur udang mamak, tambahkan sedikit pewarna" Red Orange" atau "oren merah" bukan kuning telor. Cucur yang masak kita boleh tentukan dengan tidak ada gelembong udara dikeluarkan dari cucur yang tengah masak. Ini bermakna kandungan air dalam cucur telah sejat. haba mainkan peranan utama dalam setiap gorengan. Garing bermakna mengeluarkan kandungan air dalam setiap gorengan.

Nota: Kekerasan cucur udang ini terletak pada tepung beras. Kalau ia lembut dan kita nak keras, tambahkan tepung beras. Kekerasan juga kadang-kala terletak cara kita goreng atau kandungan air yang terdapat dalam gorengan itu. Ini termasukan kepekatan tepung gorengan. Maka terus mencuba untuk mendapatkan gorengan terbaik dengan melatih. Kena melatih sendiri untuk memahirkan diri. Masak ini memerlukan kesabaran, ketabahan, tidak mengaku kalah atau kecewa. Kena lakukan sendiri dengan minat mendalam. Takat salin resepi dan buat berniaga ia tak menjadi. Cucur udang passembur kita perlu berlainan dari orang lain.

RESEPI KUAH PASSEMBUR- mamak haji

RESEPI KUAH PASSEMBUR:
Salam, harap maaf kerana resepi char kuoy teow kena tunggu dulu, resepi passembur belum lagi beres. Tentang resepi kuah passembur ini Mamak Haji keberatan sedikit untuk memberi resepi ini yang sudah ada beratus-ratus versi kerana ia adalah resepi keluarga masing-masing. Di Pulau Pinang cara membuat kuahnya juga berubah apabila generasi orang muda mengambil-alih dari generasi tua. Dalam misi ingin tahu apa yang berlaku pada resepi passembur ini, mamak haji google banyak sekali blog-blog masakan. Kebanyakan resepi cucur udang dan juga kuahnya itu bukan resepi passembur yang asli. Sebenarnya Mamak-Mamak golongan peniaga ini sukar untuk dedahkan resepi yang mereka buat untuk cari makan, ada saja bahan masakan penting yang akan disembunyikannya.
Jom kita tinjau resepi kuah passembur ini:

- 1/2 kg. ubi keledek berwarna oren, dibuang kulit dan rebus (kalau ubi putih gunakan pewarna oren merah, pewarna oren merah serbuk ini satu kemestian yang perlu ada kalau ingin masak lauk-pauk mamak . Ubi masih dalam panas-panas lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).
- 125gm udang kering kepal/gerago yg halus direndam, ditapis pasir, ditoskan dan digoreng kkering sehingga bau udangnya naik atau pun guna sotong kering, direndam dan dikisar halus. Di Pulau Pinang kini banyak guna sotong kering untuk buat kuah. Sotong kering agak-agak segumpal tangan sudah memadai. Sotong ini tujuan untuk safe kos kerana sedikit saja sudah kuat baunya. Tapi mamak haji syorkan agar guna udang kepal ini murah dar udang kering yg tebal sinya. Sekiranya Kalau guna sotong kering kuah nanti jadi kehitaman sedikit. Tapi tak apakan hitam itu menawan. Rendam sotong kering semalaman dan buang air rendaman, awas pasir dibawahnya dan basuh sekali lagi. lepas itu boleh kisar.
- 125gm. kacang tanah. Kacang tanah digoreng. jangan sampai hitam. Kalau tak pandai goreng kering, goreng gunakan sedikit minyak memudahkan gorengan, lagi pun anda perlu juga goreng cili kering. Gunakan minyak sama. Anda boleh buang kulitnya atau pun biarkan saja. kalau 125gm oklah kalau 5 kg nak buang kulit?. Ada yang nak cepat, beli kacang sedia digoreng tapi kacang seperti ini bukan saja tak ada kualiti kerana dibantai masuk kulit sekali tapi ia berbau hapak kerana entah bila bila tarikh dibungkus. Tujuan kita masukan kacang untuk dapat bau haruman dan lemak kuah. Kacang ini kalau ingin berbiji seperti peanut butter, asingkan sedikit kacang dan tak perlu kita kisar. Yang selebihnya kita kisar halus, yang sedikit itu kita cuma masukkan masa terakhir kisaran dan kita kisar sekali saja.
- 15 - 20 tangkai cili kering. Untuk kepedasan biasanya kita gunakan cili kering. Cili kering perlu goreng dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup. Jangan jadikan terlalu hitam. Kepedasan cili kering biasa tertakluk pada jenis cili kering. Pilih yang kerinting yang licin kilat itu amat pedas dan tidak sesuai untuk sambal tumis atau pun masakan mamak. Ia sesuai dibuat cili flake. kisar sekali dengan kacang tanah tadi.
- 3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama cili kering tadi.
- 2 bawang besar. Sebenarnya masakan ini kalau guna bawang merah (15-20 biji) memang wangi dan sedap. Tapi untuk berniaga kita tak mampu membelinya kerana mahal sangat. Goreng bawang dan bawang putih hingga layu. Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan cili kering tadi.
- Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak.
- Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar (peh!.). Tujuan kita masukakn gula untuk sebatikan struktur bahan-bahan tersebut. Kuah passembur memang manis sedikit dari kuah yang lain.
- Masukkan garam secukup rasa.
Anda mesti rasa pelik kenapa mamak haji goreng bawang, kacang, bawang putih, cili kering, kita tidak akan tumis kuah ini. Kita nak "oil free" ..hahaha, bila masa mamak ini jaga minyak dalam masakan?. sebenarnya kuah ini kalau berminyak anda rasa bosan. Mee Kuah Pulau Pinang pun kita tak tumis.
- Katakanlah anda inginkan kuah yang lebih dan pekat likat seperti mamak buat kuah, rendamkan 5-8 kping biskut merry, lenyekan dan masukkan dalam kuah yang reneh. caranya pekaktkan sama seperti "chicken krim sup" yang mana kita hanguskan tepung gandum dengan butter. Kuah cukup masak bila kacang anda rasa lembut. Biasanya kuah sedia dalam masa 35-45 minit. Jangan lupa sentiasa kacau kuah supaya tak hangus dibawah. Ingat gula boleh terkumpul dibawah periok hanguskan masakan bila dipanaskan. Sekiranya nak kuah berwarna oren mengancam, gunakan pewarna magic mamak.
Akhir sekali, cucur dah ada, tauhu gorengkan dan di potong dadu, jangan lupa kentang rebus yang telah goreng disalut tepung beras didadukan, boleh taburkan serbuk kacang goreng di atas untuk lepas makan passembuq, jangan lupa sembuq. Sebenarnya passembur ini masakan "salad" mamak, maka jangan lupa taugeh rebusan, hirisan sengkuang, timun dan juga hirisan daun salad, hirisan cili hijau, dan telur rebus untuk hiasan.

RESEPI: AYAM MASAK HALIA BERSOS KICAP- mamak haji

RESEPI: AYAM MASAK HALIA BERSOS KICAP.
Resepi ini sudah pasti anak-anak anda amat gemarkan kerana rasa kicap yg berlemak dengan haruman halia yang sangat menyelerakan sekiranya dimakan dengan nasi panas. Seperti kita ketahui halia adalah herba semulajadi yang terbaik untuk tubuh badan manusia. Resepi ini amat mudah dan gunakan bahan yang paling minima. Jangan lupa mencubanya..terutamanya untuk ibu-ibu yang dalam pantang lagi, kepada sahbat-sahabat fb tambahkan resepi koleksi ini dalam senarai resepi pantang jumpa!.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Seekor ayam yang telah bersihkan beratnya 1.5kg - 1.8kg. Potong 1o bahgian dan tentukan dadah ayam itu dikelar dibhg tebal untuk masak sekata dengan bahagian-bahagian lain ayam semasa membakar. Dada kalau tebal memerlukan masa yang lama dari bahagian lain untuk masak.

- 1/2 cawan atau lebih kurang 25 ml kicap pekat.
- 1/4 cawan gula merah(gula merah atau gula hitam burma yang kehitaman), Cairkan dan tapis gula merah ini kerana kebanyakan bungkusan gula ini sengaja dibasahkan dan diadun dengan kandungan pasir oleh pembungkus yang tidak bertanggung jawab yang cuma mencari keuntungan.
- 5 sudu makan halia yang dihiris halus memanjang seperti size batang mancis ( Ini ada yang tak pernah jumpa batang mancis?).
- 5 ulas bawang putih dicincang halus, ingat dalam masakan cina bawang putih perlu dicincang halus. Biasanya ketuk bawang putih ini sampai leper dan cincang lebih mudah.
- 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar. Beli biji lada hitam dari kedai mamak dlm RM2.00 kisar kasar dan simpan. Banyak tu..
- 1 tbsp kicap sos ikan (untuk tambah kemasinan kalau kurang kemasinan sos).
- 2-4 sudu teh minyak bijan (seasame oil).

CARA-CARA MASAK:
1. Bersihkan ketulan ayam dan susun permukaan kulit ke atas dalam sebuah bekas pembakar yang muat dalam ketuhar anda. Jangan tindihkan ketulan ayam di antara satu sama lain. Bancuh bahan-bahan yang telah disebuttkan dan tuang ke atas ketulan ayam. Balut bekas itu dan membiarkan semalaman atau sekurang-kurangnya 12 jam didalam peti sejuk anda.Keluarkan perapan ketulan ayam.
2. Tentukan ketuhar/ oven telah dihidupkan dan laraskan suhu oven anda pada 220 C. Bila suhu oven telah tercapai pada 220C , masukan bekas pembakar ke dalam oven anda. Laraskan masa kepada 40 minit. Tentukan bekas pembakar bearada di tengah ruang ketuhar.
3. Dalam masa 40 minit tempoh bakar itu, pada 20 minit kedua terbalikan ketulan ayam dalam bekas. Dan teruskan pembakaran (grill). Pada akhir masa pembakaran 40 minit dengan suhu 220C tamat. Terbalikan semula ketulan ayam berkulit ke atas. Hidupkan kembali oven anda, laraskan semula masa kepada 10 minit dengan melaraskan tambahan suhu pada 250C untuk mendapatkan pembakaran sedikit hangus pada permukaan kulit atas ketulan ayam. Ia cuma mencantikan produk kita.
Anda boleh hidangkan dipingan hidangan anda dengan daun bawang yang dipotong dua inci panjang sebagai hiasan dan bawang goreng

RESEPI : AYAM MASAK MASAM MANIS/CHICKEN SWEET SOUR

RESEPI : AYAM MASAK MASAM MANIS/CHICKEN SWEET SOUR:

BAHAN-BAHAN:
- 300gm isi ayam(seloknya bhg dada) dipotong size dadu yg anda suka.
- 1 biji lada bengala hijau ( green bell pepper).
- 1 batang daun bawang dipotong 2 inci.
- 3 ulas bawang putih dicincang halus.
- 1/2 cawan minyak untuk goreng ayam.

ADUNAN TEPUNG UNTUK GORENG KETULAN AYAM:
Bahan-bahan:
- 4 sudu besar (tbsp) tepung gandum.
- 4 sudu besar (tbsp) tepung jagung.
- 1 sudu kecil (tsp) baking powder.
- sedikit garam dan secubit serbuk lada putih.
adunkan semua semua, dan masukan 2 sudu besar air dan jadikan adunan goreng ayam..batter. Ketepikan. Bila ketulan ayam telah peram, masukan ketulan ayam dlm adunan ini untuk digoreng.

SOS MASAM MANIS:
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar sos tomato.
- 4 sudu besar sos cili hak pedas..kalau sos cili thai lagi best.
- 1 sudu kecil plum sos.
- 1/2 sudu kecil jus limau nipis.
- 1 sudu kecil sos tiram.
- 3 sudu besar air.
- 1/2 sudu kecil tepung jagung dicairkan dengan 1 sudu besar air.
- 3 cubit lada putih.
- 3 sudu besar minyak.

CARA MEMASAKANYA:
1. Bersihkan dan buang kulit dada ayam. Potong daging ayam bentuk dadu ikut size yg anda kehendaki. Peramkan dengan 1 sudu kecil air limau, sedkit garam dan secubit serbuk lada putih. Gaulkan semua peramkan dlm 10-15 minit. Adunkan dlm adunan dan goreng ketulan ayam ini dan ditepikan.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak. Bila minyak panas masukkan bawang putih..bila bawang putih mula bertukar warna sedikit masukkan hirisan bawang (bulat) layukan bawang jgn garingkan yea..masukkan lada benggala yg telah potong dadu..dan goreng dlm 2-3 minit.
3. masukkan sos dan bila sos mula didih masukan ayam yg telah goreng dikuti dgn daun bawang.

Tips dari mamak haji untuk peniaga katerer

Bagi peniaga katerer yg ingin berjaya mamak haji beri 10 tips: 1. Masak makanan yg paling sedap 2. Sentiasa utamakan perkhidmatan pelangan yg terbaik 3. Perlu mengasah bakat utk sediakan diri utk beri perkhidmatan utk semua jenis majlis 4. Rupa diri dan pakaian pekerja anda perlu kemas dan bersih 5. mengamalkan keadaan kebersihan makanan yg paling terbaik 6. Harga yg munasabah dan berpatutan 7. Jadikan keuntungan tinggi dgn tidak korbankan kualiti bahan masakan dan perkhidmatan. 8. Mencipta kaedah pengurusan cekap dan terbaik 9. Sentiasa berfikir utk kurangkan perbelanjaan perniagaan 10. Mempelajari skill komunikasi yg terbaik. Nota: Kepada para pelangan sahabat mamak haji, kalau pernah dikeciwakan oleh katerer tolong luahkan perasaan anda..kita sebagai katerer boleh pelajari dari keluhan anda..wassalam.

Resipi Puri dan Alu Gobi:Pencicah Puri-mamak haji


RESEPI MASAKAN MAMAK: PURI Salam, jangan terkejut dengan resepi, "PURI" atau "POORI" ini. Puri adalah makanan ringan yang berasal dari benua kecil India yang mempunyai sejarah kewujudan yang beribu tahun. Perkataan, "PURI" adalah berasal dari Perkataan Bahasa sanskrit purba, "Purikka", yang bermaksud "mengisi". Maka resepi puri ini adalah resepi yang telah berusia beribu tahun lamanya. Apa yang mamak haji perhatikan puri di restoren-restoren India di negara ini berbeza dengan puri di India. Puri di sini semasa panas lembut, kembang dan gelembung tetapi bila sejuk ia keras, liat dan menjadi leper seperti roti canai, maka untuk menutup kelemahan dalam menyediakan masakan resepi ini, kebanyakan restoren India dinegara ini, melembabkan puri supaya lembut dengan melapik dua keping puri diantara dua keping puri diletakan masakan kentang kurang pedas. Maka bentuk puri asal tidak lagi kelihatan. Ramai dari kalangan masyarakat India di negara ini kenal puri yang yang telah di'sandwich'kan dengan sambal kentang. Bahan-Bahan yang diperlukan: 2 cawan (cup) tepung gandum. 2 sudu besar (tbsp) minyak masak. 1/4 sudu kecil (tsp) garam. 1 sudu kecil susu tepung (sekiranya anda ingin puri lembut dan berlemak). 1/2 sudu kecil (tsp) gula. Air suam Masukkan secukup untuk membuat doh. CARA-CARA MEMBUAT DOH: 1. Masukkan tepung gandum, tepung susu, garam dan gula dalam sebuah bekas. Adunkan semua bahan-bahan ini supaya rata. 2. Masukan sedikit demi sedikit air suam dan uli tepung. Uli tepung sehingga anda mendapat doh seperti doh capati. 3. Biarkan keseluruhan doh tersebut di selimuti kain yang lembab selama 20 minit. 4. Bahagi-bahagikan doh itu beberapa bentuk bebola sama saiz yang berukuran sebiji buah lemon. (saiznya separuh dari saiz bebola roti canai atau capati. Titiskan beberapa titis minyak masak atas papan peleper (supaya tidak melekat) dan leperkan bentuk bulat bulat yang tebalnya sama ketebalan roti capati. Sekiranya anda tidak mempunyai papan dan kayu peleper (roller), anda boleh uli di atas keratas plastik dengan menggunakan botol bulat yang berbalut dengan plastik. Kalau mampu, dapatkan sebuah set peleper doh tepung yang sangat berguna di dapur anda. 5. Panaskan minyak dalam kuali dan mula goreng puri.Untuk gorengan yang terbaik sila baca tip-tip yang mamak haji berikan. 


RESEPI ALU GOBI: PENCICAH PURI
Resepi puri tanpa "alu gobi" sebagai pencicah atau kentang sambal tak cukup syarat.

Bahan-Bahan:

Rebus 5-7 biji ubi kentang sederhana besar, rebus sehingga empuk. Buang air rebusan dan kopek kulit kentang. Potong dadu. Asingkan.
1 biji bawang besar dihiris halus.
2 biji cili hijau dihiris.
2 biji tomato dipotong dadu.
1 sudu kecil (tsp) biji jintan putih.
2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
1 sudu besar (tbsp) serbuk cili.
2 sudu kecil (tsp) serbuk garam masala.
1 sudu kecil (tsp) garam.
3 sudu besar minyak masak.
1 pokok ketumbar. Asingkan batang dan daun. Batang dan daun dihiris halus.
1 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
1 cawan kacang campur (frozen) sejuk-beku. Direndam dalam air dan ditoskan.
CARA MASAK:
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Bila minyak panas masukan biji jintan putih dan bawang hiris. Bila warna bawang mula bertukar warna keperangan, masukkan batang ketumbar. Sekiranya anda tidak menyukai bau ketumbar boleh gunakan batang dan daun pokok daun sup.
2. Masukkan segera serbuk kunyit, serbuk cili dan garam.
3. Masukkan pes halia bawang putih, dan sebatikan semua rempah menjadikan pes.
4. Masukkan kacang campur dan gaul rata. Bila bau harummula dikeluarkan masukkan ubi kentang rebus dan sebatikan dengan perencah. Masukkan cili hijau an garam masala. Masukkan tomato dan gaul rata. Masak dalam 2-3 minit saja. Aloo Gobi anda sudah siap.

5. Tutup api dapur dan hidangkan dengan taburkan daun ketumbar yang telah sediakan. Jamu lah dengan puri bersama dengan aloo gobi anda. Sekiranya anda tidak menyukai hidangan asli ini anda boleh juga jamu puri anda dengan sambal tumis ikan bilis atau pun daging cincang. Bagi mamak haji ia lebih lazat dari menu vegetarian. Selamat mencuba.

Tuesday, November 5, 2013

Relief From All hardships


Honey and Cinnamon to cure colds


Amazing benefit of cardamons

Cardamom is the king of spices. Also known as elaichi, it is the favorite of many people in India. This spice, just like a king, takes care of all the people who consume it. The healthy benefits offered by it are many.

- Regular use of paste made of cardamom powder and honey gives relief from asthma and whooping cough.
- Black cardamom can help against oral disorders such as dental infections, gum infections etc. It also cures bad breath, mouth and throat ulcers.
- Cardamom prevents dangerous blood clots by preventing platelet aggravation. It also detoxifies the body by removing toxins.
- It also acts as a powerful aphrodisiac and helps with erectile dysfunction and impotency.
- Cardamom has di-uretic properties and helps clean the kidneys, bladder and urinary tract.
- Consuming cardamom on a regular basis helps those suffering from hypertension by reducing blood pressure.
- Cardamom makes the hair roots stronger thereby providing beautiful and strong hair.

biskut batik berkacang***

Biskut Batik Berkacang (sgt mudah & sgt2 sdp)
Oleh:Are-yuslyn Yuslyn


bahan2..
200gm milo (saya guna 5 sudu mkn je)
250gm butter (saya guna 5 sudu mkn juga)
3 sudu mkm serbuk koko
1/2 tin susu pekat manis(bule kurangkn jika xsuka manis)
kacang tanah(dgoreng tnpa myk dan dbuang kulit dan dblender xhalus xkasar sgt)

cara2..
-cairkn butter guna api kecik je..
-dh cair masukkn susu,milo,serbuk koko..kacau selalu..
-gaul hingga dh xberketul lg..setelah pekat masukkn biskut marie yg dipatah2 kn..kacau lagi..
-masukkn kacang yg dh dblender td..gaul hingga smua sebati..tutup api..
-angkt dan masukkn dlm bekas..
-guna plastik utk tekan2 atas biskut hingga padat..biar kejap dn masukkn dlm petiais..
-biar selama 20minit dh keras bule la dpotong dan dhidangkn...

Petua Untuk Membersihkan Hati

Petua Untuk Membersihkan Hati

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya, Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3 kali.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

8 most nutrient dense foods on earth


Monday, November 4, 2013

Ayat Pengasih Nabi Yusuf

Ayat Pengasih Nabi Yusuf

Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapan kekasih atau pasangan anda.Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

1. Baca Surah Yusuf Ayat 4

Bermaksud:"Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

2. Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39

Bermaksud:"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."

Caranya: Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih, pasangan atau suami, bacalah kedua-dua ayat ini.

Apple


Homemade Sweetened Condensed Milk

Homemade Sweetened Condensed Milk 

1 cup sugar ½ cup water 1/3 cup butter 1/3 cup dry milk In saucepan combine, sugar, water and butter, bring to boil, stirring constantly. Cool slightly. Put in Blender and add dry milk. Blend until smooth. Makes 14 oz. equal to 1 can. 


Source:Granny's Favourite CookBook

[Live]Ceramah Sempena Maal Hijrah - Ustaz Abdullah Khairi

http://www.youtube.com/v/ZX9xK8ikmU4?autohide=1&version=3&attribution_tag=tDXq_X7YhTs0MllmYRvhXg&autoplay=1&autohide=1&showinfo=1&feature=share

9 Jenis wanita yang menjadi penghuni NERAKA

9 Jenis wanita yang menjadi penghuni NERAKA

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Doa supaya barang hilang dapat semula


Dari ustaz dr zaharuddin abd.rahman

Semasa baca doa, digalakkan sangat membaca nama Allah yang Agung ini, insha Allah dimaqbulkan..
أللهمّ إِنِّى اَسْأَلُكَ بِأنّكَ أَنْتَ الله، لا إله إلا أنت , الاَحَد الصَّمَد الَّذِى لمْ يَلِدْ وَلمْ يُولَد ولم يَكُنْ لَهُ كُفُواً أحَد، المنّان بَدِيْعُ السّموات والارض ذو الجلال والاكرام الحى القيوم، أنت الأولُ فَليْسَ قَبْلَكَ شَيىْءٌ وَأنْتَ الآخِرُ فليس بَعْدك شَيىْءٌ، وأنت الظاهر فليس فوقَكَ شيئ وأنتَ البَاطِنُ فليس دونَك شيئ
Selepas itu dikuti dengan hajat yang dikehendaki..

Do Not Re-Use Minerals Water Bottles...

Do Not Re-Use Minerals Water Bottles...

How to avoid:

Check on the bottom of the bottle there is a triangle sign and
there will be a number on it.

If the number is higher than or equal to 5; then this bottle is safe
to use. Whatever number under 5, will release the chemical.
For most bottle water, the number is 1. Did you know chemical released
by plastic water bottles can cause cancer

(It is not the water that affecting you but the chemical releasing from
the bottle)Pass this to all your friends and also make them aware of it

Petua Menghilangkan Kedut Muka

Petua Menghilangkan Kedut Muka

Ambil sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

Khasiat Kacang Botol atau kacang kelisa

Khasiat Kacang Botol

Kalau disebutkan pasal ulam atau sayur sudah pasti ramai yang mengelak. Apakah sebabnya? masyarakat sekarang terutamanya generasi muda kurang meminati makanan berasaskan ulam atau sayur-sayuran. Namun sedarkah kita bahawa tumbuhan-tumbuhan hijau ini banyak menyumbang kepada kesihatan kita. Kali ini saya ingin membawa anda merungkai khasiat disebalik kacang botol.

Kacang botol ini lazimnya dijadikan ulam dalam juadah masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat melayu. Psophocarpus tetragonolobus merupakan nama botani kepada pokok kacang botol ini. Pokok kacang botol ini tumbuh secara menjalar. Buahnya mempunyai empat cuping dan berwarna hijau muda (muda) dan hijau gelap(tua). Buah kacang botol ini sedap dimakan ketika muda kerana rasanya yang ranggup dan tidak keras.


Khasiat Kacang Botol

-kacang botol muda mempunyai banyak kalsium,besi dan vitamin A.
- mempunyai banyak protein.
-daunnya mempunyai 5-7% protein, vitamin A, vitamin C dan garam galian.
-kandungan asid amino kacang botol adalah sama dengan kacang soya.
-kacang botol dapat mengubati serangan demam campak.
- akar kacang botol dapat mengubati penyakit vertigo.
-air bancuhan daun kacang botol dapat digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah.
-daun kacang botol ini juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.
-mengandungi 30% kandungan karbohidrat.

Oleh itu,marilah kita mengamalkan pemakanan kacang botol ini . Amalkan hidup sihat;)
Like ·  · Share

Petua Untuk Menghafal Ayat-Ayat Al-Quran

Petua Untuk Menghafal Ayat-Ayat Al-Quran

a. Mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat bertapak di hati manusia. Imam Al-Shafie di dalam satu petikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untuk menghafal dengan baik.Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa- dosanya.

b. Mesti ada niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan diperoleh. Mohonlah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafal ayat-ayat suciNya.

c. Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayat al-Quran. Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain.

d. Gunakan naskah yang sama setiap kali kita menghafal. Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka surat yang kita ingin hafal.

e. Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita. Ramai yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir (bermula dengan juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya).

f. Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling anda gemari membacanya atau yang selalu anda dengar ataupun yang anda sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya.

g. Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akan lebih sibuk dengan pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, kita masih belum terlambat sebenarnya, Insya Allah. Walaupun kita tidak pernah menghafal ayat-ayat pada usia kecil atau pada masa usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita bersungguh-sungguh.

h. Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat-solat sunat yang biasa kita lakukan. Selain itu, mintalah bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu .

i. Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik, apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama lain.




Sumber:FB Petua melayu lama

Khasiat dan Manfaat Buah Manggis Untuk Kesihatan

10 Manfaat Buah Manggis Untuk Kesihatan

Manggis telah kita ketahui sejak dari dulu dan manfaat manggis bagi kesihatan telah terwujud dan digunakan baik itu secara tradisional ataupun secara modern di Asia Tenggara, Cina, Afrika untuk mengubati berbagai masalah kesihatan. 

Untuk saat ini banyak sekali kita temukan berbagai makanan dan olahan dari buah manggis dimana tidak mengurangi kandungan zat yang terdapat dalam buah manggis saat kita mengkonsumsinya. Buah Tropis yang memiliki banyak manfaat dan khasiat ini juga dikenal sebagai “Ratu Buah” dimana sebagian besar penghasil buah manggis yaitu, Indonesia salah satunya.

Manfaat Buah manggis tidak hanya terletak pada buahnya saja yang memiliki nilai gizi tinggi, tetapi Kulit Manggis ternyata juga memiliki khasiat dan manfaat yang cukup bagus untuk kesehatan. Kandungan buah manggis seperti vitamin C, Serat, Kalium dan bahkan beberapa senyawa biogis aktif seperti Katekin dan Proanthocyanidins membuat buah tropis ini banyak diuru oleh semua kalangan masyarakat. Pada bagian kulit manggis, terdapat kandungan antioksidan yang bernama Xanthones dan beberapa kandungan lainnya yang sangat berguna bagi tubuh manusia seperti: anti kanker, anti inflamasi, anti bakteri, anti jamur, antivirus dan juga antioksidan.

Khasiat dan Manfaat Buah Manggis Untuk Kesihatan:

Membantu untuk memerangi rasa sakit (properti anti-inflamasi yang dapat mengurangi peradangan, nyeri dan kerusakan sendi dihubungkan dengan arthritis, atau nyeri yang disebabkan oleh latihan olahraga dan luka ringan)

Mengurangi kerosakan radikal bebas dan inflamasi – membantu menjaga kesehatan pembuluh darah, kadar kolesterol, melindungi otot jantung, menurunkan tekanan darah tinggi

Meningkatkan energi tanpa stimulan

Menjaga kesihatan usus – meringankan diare, sembelit, menstimulasi kesehatan usus normal

Baik digunakan pada kulit dan wajah – dapat diterapkan pada kulit untuk eksim, melawan bakteria yang menyebabkan masalah remaja iaitu jerawat dan juga membantu mempercepat penyembuhan luka

Membantu memerangi infeksi – virus, bakteri, jamur, parasit, demam

Dapat mengurangi gula darah pada diabetes tipe II dengan membuat insulin lebih efektif

Membantu untuk memerangi kerosakan radikal bebas yang mengakibatkan mutasi sel (kanser dan pertumbuhan tumor)

Melindungi kesehatan otak dan saraf – membantu untuk memerangi Parkinson, penyakit Alzheimer

Membantu untuk memerangi alergi (anti histamin), mendukung sistem kekebalan tubuh

Membantu untuk mengelola berat badan – mengurangi lemak tubuh


Sumber:FB senang hamil