Saturday, August 16, 2014

Tazkirah hari ini 60:Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Coretan Ustaz Ebit lew (11)



Terkesan dengar kawan saya ceritakan pengalaman isterinya bersalin di hospital kerajaan baru-baru ini kepada saya dan seorang lagi yang akan menimang cahaya mata bagaimana berusaha dia dan isterinya berusaha menjaga auratnya.
Katanya dia dan isteri berdoa dan sentiasa bersama-sama tawajuh supaya dapat doktor wanita dan hanya wanita yang menguruskan. Baca yassin setiap pagi dan doa dalam tahajud.
Isterinya yang memakai purdah. Masuk selepas asar ke hospital kerana rasa sakit. Bila sampai doktor lelaki datang. Dia masih memakai purdah. Suaminya kata, maaf doktor isteri saya tidak boleh di lihat oleh lelaki. Saya benar-benar memerlukan doktor wanita.
Datang beberapa jururawat marah dan kata kami cubalah. Tapi payah memang doktor lelaki jer rasanya. Kalau tak saya tak uruskan pendaftaran awak ni katanya..
Suaminya jawab. Saya bukan nak, tapi mesti. Jika doktor lelaki juga beritahu saya kerana saya yang akan buat keputusan kerana ini soal hukum Allah yang besar.
Jawab seorang nurse, biarlah kita boikot jer isteri awak ni.
Sehingga malam masih tiada siapa yang cek. Sepanjang malam bertambah sakit tapi isteri tetap tidak mahu doktor lelaki periksa. Dia berdoa dan berdoa. Suaminya solat dan berdoa.
Akhirnya datang doktor praktikal wanita tolong cek isterinya. Itupun setelah nurse yang senior mengarahkannya.
Esoknya sebelum Subuh datang seorang doktor lelaki cina bukan Muslim dan bersama pembantu lelaki tolak ke bilik bersalin. Kata doktor lelaki cina itu, semua lelaki keluar dari bilik ini kerana tanggungjawab kita membantu menjaga auratnya.
Syukur Allah izinkan anaknya dapat bersalin dengan selamat dan Allah mudahkan doktor wanita buatnya dan dapat menjaga perintah Allah....
Ya Allah mudahkanlah semua aturan di Malaysia buat wanita Islam bersalin disambut oleh doktor wanita juga. Ya Allah berilah mereka yang bersalin dapat dilayan dengan baik oleh suami dan kakitangan hospital. Ya Allah berilah rahmat mencurah-curah kepada doktor dan nurse yang berkorban dalam memberi layanan yang baik dan mengikut syariat kepada orang bersalin. Ya Allah sedarkan mereka yang buat keputusan untuk mengaturkan doktor wanita buat wanita. Ya Allah terima dan redhalah atas kami semua-ebit lew www.keluargasunnah.com dijemput semua 14 september 2014 di upm

Status Dr Abu Anas Madani!

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Telah tersebar qasidah yang berbunyi:
Al-Madad, Al-Madad, Al-Madad Ya Rasulallah. Yang diterjemahkan: Pertolongan mu, pertolongan mu, pertolongan mu Ya Rasulullah.
Apa maksud Madad?
• مَدَد (ج. أَمْدَاد)[اسم] عون
[n] help, aid
• إِمْدَاد (ج. إِمْدَادَات)[اسم\مص.] معونة
[n/src] help, assistance
[اسم\مص.] تزويد
[n/src] equipping, providing
Sebahagian melaungkan qasidah ini tanpa ada niat memohon pertolongan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, dan kita berharap inilah yang diyakini kebanyakan mereka yang membaca Qasidah itu. Akan tetapi terdapat sebahagian mereka yang benar-benar meyakini bahawa boleh meminta tolong daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatan baginda kerana mereka berpegang bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup di alam kubur, dan mampu mendoakan umatnya sebagaimana ketika baginda sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup.
Di sini, Al-Kahfi membawakan kepada pembaca fatwa-fatwa para ilmuan Islam berkaitan hal ini:
Fatwa Islamweb.net
Fatwa no: 230005
Tajuk:
حكم قول: مدد يا رسول الله، دون قصد الاستغاثة
Hukum berkata: Madad Ya Rasulullah tanpa niat memohon pertolongan (kepada baginda sallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatannya)
Soalan:
ما حكم قول: مدد يا رسول الله، دون قصد الاستغاثة أو طلب العون؟ وما حكم من قالها جاهلا معناها؟
Apakah hukum berkata: Madad Ya Rasulullah tanpa niat memohon pertolongan? Apa pula hukumnya orang yang berkata demikian kerana tidak faham maksudnya.
Jawapan:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه، أما بعد: فإن طلب المدد من الأموات عموما، إنما هو دعاء لغير الله تعالى، وهو شرك. وانظر الفتوى رقم: 41011 وما أحيل عليها. وإن كان القائل لا يقصد الاستغاثة، ولا طلب العون، فماذا يقصد إذن؟!
Memohon pertolongan daripada si mati secara umumnya sesungguhnya ia adalah bentuk doa kepada selain Allah. Ia syirik. Seandainya yang berkata tidak bermaksud mahu memohon pertolongan, lalu apa tujuan sebenarnya?
وعموما فمن قال ذلك وهو يجهل معناه، أو يجهل حكمه، فإنه يعذر بجهله حتى تقام عليه الحجة؛ كما سبق في الفتوى رقم: 172957
Umumnya, sesiapa yang menyatakan perkataan itu dalam keadaan jahil kepada maksudnya atau jahil kepada hukumnya, sesungguhnya dia diberikan keuzuran atau kebodohannya sehingga ditegakkan hujah kepadanya.
Fatwa No: 41011
ما حكم من يقول: مدد يا رسول الله، أدركني يا رسول الله، يا رسول الله ادع لنا، ويعتقدون أن رسول الله حي يزورهم؟
Apakah hukumnya berkata: Tolonglah kami ya Rasulullah, tunaikan permintaan kami Ya Rasulullah, ya Rasulullah berdoalah untuk kami, dan beri’tiqad bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup dan menziarahi mereka?
Jawapan:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد:
فإن قول القائل “يا رسول الله، وأدركني يا رسول الله” هو من الدعاء الصريح لغير الله، وذلك كفر مخرج من الملة، فالله تعالى شرع لعباده أن يعبدوه ولا يشركوا به شيئا، فلا يدعى إلا الله، ولا ينذر إلا لله، ولا يستغاث بغير الله، ولا يركع ولا يسجد إلا له… والدعاء والاستغاثة من أشرف العبادات، لاشتمالها على الذل والخضوع.
Sesungguhnya perkataan: Tolonglah kami ya Rasulullah, tunaikan permintaan kami Ya Rasulullah, merupakan doa kepada selain Allah. Ia merupakan kekufuran yang mengeluarkan daripada agama Allah. Allah mensyariatkan kepada hamba-hambaNya untuk menyembahNya dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apa pun. Tidak dipohon doa kecuali kepada Allah, tidak dilakukan nazar kecuali kerana Allah, tidak memohon pertolongan selain daripada Allah, tidak rukuk dan sujud selain kepadanya. Doa dan istighasah (memohon pertolongan) merupakan semulia-mulia ibadat kerana ia merangkumi sifat merendah diri dan tunduk.
روى أحمد والترمذي وأبو داود وابن ماجه من حديث النعمان بن بشير أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الدعاء هو العبادة. وقرأ: وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ [غافر: 60].
وانظر المزيد في الفتوى رقم: 27752.
Imam Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah meriwayatkan hadis an-Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Doa itu ibadah, kemudian membaca: Tuhan kalian berkata: Mintalah kepada Ku, nescaya Aku perkenankan.
وأما عن حياة رسول الله صلى الله عليه وسلم فإنه حي عند الله حياة لا كالحياة الدنيوية، فالله تعالى إذ اصطفى طائفة من خلقه بأن صيرهم بعد الموت أحياء عنده، كما قال تعالى: وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ [آل عمران:169]. فرسول الله صلى الله عليه وسلم أولى بالاصطفاء، لأنه أفضل خلق الله،
Adapun kehidupan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, maka hidupnya di sisi Allah tidak seperti kehidupan di dunia. Sesungguhnya Allah apabila memilih sekelompok daripada makhluknya dengan membuatkan mereka hidup di sisiNya selepas kematian mereka. Sebagaimana firman Allah: Janganlah kalian menyangka mereka yang terbunuh di jalan Allah mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dan mereka diberika rezeki. [Ali 'Imran : 169]. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lebih utama untuk terpilih kerana baginda sallallahu ‘alaihi wasallam merupakan makhluk Allah yang paling afdhal.
ولكن حياته لا تعني أنه يزور الناس في أماكنهم أو يحضر جلساتهم وأذكارهم ويدعو لهم، إذ لو جاز أن يفعل شيئا من ذلك، لفعله مع صحابته وخلفائه وهم أفضل أمته وأعز الخلق عليه.
والله أعلم.
Tetapi hidupnya tidak bermaksud baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan menziarahi manusia di tempat mereka, atau menghadiri majlis-majlis mereka, lalu berdoa untuk mereka. Seandainya baginda sallallahu ‘alaihi wasallam boleh melakukan hal ini, nescaya baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan melakukannya bersama-sama sahabat-sahabatnya, khalifah-khalifahnya kerana mereka adalah umatnya yang paling utama dan paling dicintai olehnya.

Kelangsungan hidup selepas penceraian

SABAN hari saya masih lagi menerima banyak kes yang melibatkan perceraian. Ia sama ada melalui permohonan cerai di mahkamah syariah atau melalui lafaz cerai oleh pihak suami di luar mahkamah.
Kedua-dua bentuk perceraian tersebut mempunyai prosedur yang tersendiri dan pasangan yang hendak bercerai hendaklah mengambil tahu tentang prosedur yang telah ditetapkan undang-undang.
Peruntukan undang-undang dan prosedur ini bertujuan untuk mengawal berlakunya perceraian di luar mahkamah.
Ia juga berfungsi untuk menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat, terutamanya wanita, selepas berlaku perceraian.
Selain itu, ia berperanan dalam mengurangkan kadar perceraian dengan melaksanakan usaha perdamaian kedua-dua pasangan bertelagah melalui proses yang telah ditentukan oleh undang-undang.
Permohonan
Undang-undang Islam memperuntukkan bahawa jika suami atau isteri ingin bercerai, salah seorang daripada mereka boleh membuat permohonan di mahkamah syariah mengikut borang yang telah diperuntukkan.
Perceraian ini disebut sebagai perceraian melalui persetujuan bersama. Adalah diharapkan melalui kaedah ini, setiap pasangan boleh berbincang tentang proses perceraian tersebut secara baik.
Di samping itu, mereka juga boleh berbincang mengenai persetujuan yang boleh dicapai terutamanya yang berkaitan hak penjagaan dan nafkah anak, nafkah iddah, bayaran mut'ah dan juga pembahagian harta jika ada.
Persetujuan yang dicapai melalui kaedah ini mempunyai beberapa faedah. Antaranya, menjimatkan masa membuat tuntutan di mahkamah dan mengelakkan prosiding mahkamah yang panjang jika semua tuntutan itu hendak dibuat secara berasingan.
Kedua-dua pihak suami dan isteri juga tidak perlu untuk bercakap tentang keburukan dan keaiban pasangan masing-masing yang kebiasaannya menjadi punca kepada pertelingkahan yang berpanjangan.

HAK penjagaan anak-anak sering menjadi isu utama jika berlaku perceraian. - Gambar hiasan


Situasi tersebut sekali gus boleh menjejaskan kualiti dan kelangsungan kehidupan berkeluarga selepas bercerai kelak.
Justeru, adalah penting bagi pasangan yang bercerai mencapai tahap rasional yang tinggi supaya tindakan yang dilakukan bukan berdasarkan emosi semata-mata.
Mengikut kajian yang telah dilakukan, perceraian secara baik dapat mengurangkan risiko negatif dalam kalangan kanak-kanak terutamanya dari aspek perkembangan emosi mereka.
Ini boleh diperbaiki lagi jika ibu bapa yang telah bercerai meneruskan hubungan yang baik dengan anak-anak.
Salah faham
Kegiatan kekeluargaan yang kebiasaan dilakukan sebelum bercerai seperti membeli-belah bersama atau bersiar-siar adalah sangat digalakkan dan diteruskan dengan adab-adab yang sesuai.
Malangnya budaya ini tidak difahami oleh kebanyakan pasangan yang bercerai kerana merasakan bahawa mereka sudah tidak mempunyai sebarang hubungan.
Kesannya, ibu atau bapa yang tidak mendapat hak jagaan anak akan terpisah secara fizikal dan terputus hubungan kasih sayang dengan anak-anak.
Daripada kajian yang telah dilakukan di Barat, bapa yang tidak mendapat jagaan dan gagal melawat anak mereka besar kemungkinan akan diabaikan oleh anak mereka.
Oleh itu, salah faham tentang perceraian ini perlu diperbetulkan supaya masyarakat boleh menerima hakikat perceraian dengan lebih positif dan turut memainkan peranan keibubapaan walaupun telah bercerai.
Sokongan keluarga melalui kaunseling dapat membantu pasangan yang telah berpisah menguruskan hubungan secara baik sebagaimana yang telah diamalkan di negara-negara maju.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz3AVRJ3GBi 
Hakcipta terpelihara 

Friday, August 15, 2014

Hilangkan Bau Dan Lendir Ayam

Tidak ramai yang tahu cara yang betul untuk membersihkan ayam, tambah pula jika ibu muda. Kena ayam yang jenis berlendiri, lagi pening kepala ibu-ibu.

Namun ada cara mudah yang anda boleh cuba apabila berdepan dengan masalah lendir.

Bagi menghilangkan bau dan lendir ayam, ayam hendaklah dipotong terlebih dahulu dan rendamkan dengan sedikit cuka buat seketika.

Kemudian basuh ayam seperti biasa dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan. Anda bolehlah menyediakan masakan ayam seperti biasa.

tazkirah hari ini 59:USTAZ FAWWAZ MD JAN 17/7/2014

takzirah hari ini 58:12-07-2014 Ustaz Azam Abdullah: Tanda Allah membenci hambanya

tazkirah hari ini 57:09-07-2014 Dr.Asri Zainul Abidin: Faktor Kemustajaban Doa

coretan ustaz ebit lew (10)



Seorang lelaki telefon saya tengah malam. Ajak saya jumpa di kedai makan dekat dengan sebuah hospital. Saya kenal beliau. Dia menangis dan susah nak bercakap kerana sedih.
Saya tanya kenapa? Jawabnya saya berdosa pada isteri saya ustaz. Saya kasihan tengok dia bersalin tadi. Dia menjerit sakit. Agaknya sebab dosa saya. Itu jer yang saya bayangkan. Anak pertama saya. Ada amalan apa-apa supaya saya dapat ringankan beban isteri saya..
Ustaz kenal saya. Saya orang jahat. Ustaz tahu saya macam mana. Allah maafkan saya tak ustaz..ustaz ajar saya amalan..
Allah sayang saudara ni. Betul lah, saya pun rasa sama macam macam tu . Allah sendiri yang cerita pengorbanan wanita. Kerana tu kita kena ingat ibu yang terlalu banyak korban buat kita. 3 kali utamanya ibu dari ayah..sayang wanita dalam hidup kita dan isteri kita. Ibu, ibu mertua, dan isteri kita.
Saya sendiri akan menangis dan benar-benar jatuh cinta masa melihat isteri bersalin. Saya pernah lihat bersalin normal dan czer. Allah jer yang tahu penderitaan kedua-duanya. Normal kita dengar jeritan dan suasana panik dan wajah isteri yang begitu sakit. Czer kita tak tahan tengok entah berapa lapisan . Ya Allah memang tak sanggup tengok perut orang kita sayang dibelah, dijahit...dibuka dan ditutup..
Berilah khidmat terbaik buat isteri. Itulah amalan yang sangat mulia. Abang bayangkan seorang bekas wanita pelacur yang beri makan anjing dari kasutnya menjadi sebab Allah ampunkan masukkannya dalam syurga..inikan pula kita beri khidmat pada ahli keluarga kita.
Isteri kita yang melahirkan anak buat kita. Teman hidup kita. Berilah khidmat dengan terbaik.
Layan dia seperti permaisuri...dukung, papah dia jika perlu.
Buat air dan sediakan makanan buatnya. Sekali sekala suapkan makanan padanya..bantu dia di bilik air.
Belajar mandikan anak.
Tolong tukar pampers baby Uruskan isteri dan baby.
Pegang tangan isteri ucap terima kasih kerana berkorban..
Jaga solat berjemaah di masjid sebab kita akan bawa rahmat Allah. Rahmat Allah mencurah-curah dari masjid ke rumah kita.
Baca Al-Quran dan hadis bersama isteri dan anak-anak. Dengarkan pada mereka..
Banyak bertaubat pada Allah. Allah sayang kita. Bila benar-benar kita sedar dan insaf dan tidak mahu ulang kejahatan kita, Allah ampunkan semua dosa kita.
Lihatlah kasih sayang Allah. Hargailah ini semua semasa ianya bernilai. Hidup ini sangat singkat tapi sangat bermakna .. www.keluargasunnah.comebit lew dijemput keluargasunnah 14 september di upm

PEREMPUAN JADI PEMIMPIN oleh prof.dr maza

PEREMPUAN JADI PEMIMPIN
Saya tidak pernah kata setuju YB Wan Azizah jadi MB Selangor. Ada BEBERAPA sebab lain untuk beliau TIDAK menjadi pilihan.
Namun saya tidak setuju tafsiran sesetengah ustaz bahawa wanita tidak boleh jadi MB menurut Islam.Bahkan mereka kata dalam semua urusan.
Walaupun lelaki lebih afdal atas beberapa keadaan, namun mengharamkan wanita memegang jawatan menteri perlu dinilai semua.
Alasan mereka yang melarang ialah hadis Abu Bakrah:
لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمُ امْرَأَةً
"Tidak akan berjaya satu kaum yang melantik wanita mengurus urusan mereka" (Riwayat al-Bukhari dll)
Pertama: Hadis ini mempunyai sabab wurud (text and context) yang tersendiri seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari iaitu isu anak perempuan Kisra Parsi yang menjadi maharani. Maka hadis berkaitan dengannya.
Kedua: Rawi sahabi iaitu Abu Bakrah menggunakan hadis ini untuk menolak kepimpanan Aishah dalam isu membantah pembunuh Uthman di zaman pemerintahan 'Ali sedangkan sahabat yang lain yang lebih besar seperti Talhah bin Ubaidillah, al-Zubair Ibn al-'Awwam (keduanya antara sepuluh yang dijamin syurga) dan lain-lain tetap bersama 'Aishah dan tidak menjadikan hadis ini alasan. 'Ali juga tidak menggunakan hadis ini sebagai hujah beliau.
Ketiga: Jika hadis ini dianggap terpakai secara umumnya, wanita bukan sahaja tidak boleh jadi MB, bahkan pengetua, ketua pejabat, pengarah, exco, senator, menteri dan seumpamanya juga tidak boleh.
Keempat: Al-Quran dalam Surah al-Naml dalam penceritaannya memuji Ratu Saba yang disebut dalam riwayat yahudi ataupun israiliyyat dengan nama Balqis. Kebijaksaannya mengatasi menteri-menteri lelaki kabinet kerajaannya. Hasil kebijaksanaan itu membawanya beriman bersama Nabi Sulaiman a.s. Ia bukti kejayaan wanita.
Kelima: Walaupun ada perbincangan sanad (yang ada), namun para ulama besar dan banyak kitab-kitab tarajum sepanjang sejarah meriwayat athar bahawa 'Umar bin al-Khattab telah melantik Syifa binti 'Abdillah sebagai menteri yang mengurus pasar di zamannya.
Keenam: Banyak juga wanita dalam dunia ini menjadi pemimpin lebih baik dari sebahagian lelaki.

Kepimpinan oleh farhan syah

Bismillah.

Kali ini saya ingin menulis berkenaan kepimpinan. Sekali lagi - KEPIMPINAN (Bukan politik). Ada banyak sebab saya lebih gemar gunakan perkataan kepimpinan dari perkataan politik.

Apakah yang menyebabkan berjayanya pembukaan Kota Mekah? Apakah yang berjaya menyelesaikan kemelut 'Aus dan Khazraj? Apakah yang berjaya menyatukan bangsa Arab? Benar, bantuan dari Allah, tetapi antara elemen yang penting lain adalah kepimpinan Rasulullah s.a.w sendiri.

Kepimpinan (bukan politik) adalah satu yang indah dalam islam. Ia merupakan sebahagian besar dari islam. Menolak adanya kepimpinan bererti menolak Islam dan Allah sepenuhnya.


Kepimpinan vs Politik

Melihat kemelut yang berlaku sekarang, saya cuba untuk melihatnya dari sudut kepimpinan, dan bukan politik? Mengapa?

Definisi politik itu sendiri berbelah bahagi, dan masih lagi diperdebatkan. Sumber rujukan untuk politik pula biasanya dari barat atau dari tamadun-tamadun yang tidak berkaitan dengan Islam.

Berbeza dengan kepimpinan, kita ada sumber rujukan kita sendiri, iaitu Al-Quran, Sunnah, dan sejarah-sejarah umat Islam dahulu. Apabila kita berjaya melihat isu ini sebagai isu kepimpinan, barulah kita mampu mengambil manfaat dari sumber ilmu yang betul.

Sebab yang lain, saya mungkin mempunyai sedikit ilmu dalam kepimpinan dalam Islam (bukan bermakna saya layak atau mampu memimpin), tetapi mungkin hampir kepada tidak tahu apa-apa berkenaan politik.

Juga perlu saya maklumkan, saya tidak suka politik bukan bermakna saya tidak suka kepimpinan, dan saya tidak suka politik bukan bermakna saya tidak suka kepada orang yang terlibat dalam politik. Saya mempunyai rakan-rakan yang terlibat dalam politik, dan saya hormati dan kagum dengan mereka semua :)

*

Sekarang, saya cuma ingin mengajak kita semua kembali kepada Al-Quran dan sunnah untuk membantu kita semua memahami apa yang sedang berlaku sekarang.

Kalau politik, mungkin susah untuk kembalikan kepada al-Quran dan sunnah, tetapi kepimpinan, ia memang berasal dari al-Quran dan sunnah. Jadi kembalilah kepada sumber ilmu.

*

Kita boleh lihat isu kepimpinan di Malaysia sekarang. Kita boleh lihat, banyak pihak cuba untuk naik ke atas, untuk menjadi pemimpin yang cuba membawa ideologi-ideologi yang berbeza.

Saya hormati mereka semua, dan masing-masing mempunyai idea, visi dan misi yang boleh difahami, walaupun bukan semua dari idea-idea tersebut boleh diikuti.

Saya sebagai orang awam dan rakyat biasa cuba untuk mencari jalan tengah, berkenaan bagaimana kita boleh melihat semua ini, dan sebagai cadangan kepada semua yang terlibat untuk memperbaiki diri demi kesejahteraan semua.

PKR

Objektif, visi dan misinya memang agak menarik, terutama bagi kita sebagai rakyat. Kita sebagai orang Islam juga merasa bahawa ia akan bawa kebaikan kepada Islam sedikit sebanyak.

PKR mempunyai ramai ahli dari golongan intelektual dan pakar. Ia merupakan kelebihan mereka, dan juga merupakan kelemahan mereka.

Semakin hari, kita boleh rasa kita semakin dipandang sebagai bukan dari mereka, dan kita hanya objek untuk mencapai matlamat mereka sahaja. Mereka mungkin ada ilmu, tetapi mereka ada beberapa bahagian yang mereka lupa untuk perbaiki.

1. Istiqamah - Mereka perlu firm dalam apa yang mereka inginkan. Meskipun para musyrikin Mekah menentang Rasulullah, mereka tidak dapat melawan apa-apa hujah Rasulullah s.a.w, dan mereka sangat kagum dengan apa yang Rasulullah dan Al-Quran sampaikan. Tidak pernah melencong dan berubah walau sedikit pun. Itu merupakan bukti kebenaran.

Tetapi apabila seseorang bertindak seperti dedaun yang kerap beralun ke sana ke mari, ia hanya akan menunjukkan kelemahan diri sendiri sahaja. Bahkan, para pengikut yang sedia ada juga akan semakin ragu-ragu dengan kepimpinan yang ditunjukkan.

2. Kebenaran yang jelas (Bayyinah)  & Ketelusan

Tidak boleh menganggap orang awam atau rakyat lain ini semua cerdik pandai yang tidak perlukan apa-apa penjelasan, atau orang bodoh yang tidak akan faham apa-apa walaupun dijelaskan. Sekiranya mahu lakukan sesuatu, jelaskanlah dahulu kepada rakyat yang melantik diri anda, dan ambil pendapat mereka. Kita dipilih untuk memimpin, bukan untuk menjadi diktator.

Setiap mesej Rasulullah s.a.w adalah jelas kepada orang muslim dan kafir. Dalam hal-hal tertentu sahaja, Rasulullah diarahkan oleh Allah s.w.t untuk tidak bercakap apa-apa terutama mengenai perkara ghaib. Itu rasulullah, dia menerima wahyu dari Allah s.w.t. Kita tidak boleh menganggap kita ini seperti para nabi.

Kalau dahulu kamu boleh bersikap jelas saat memancing undi kami, mengapa sekarang kamu bersikap sebaliknya pula?

Benar, dalam sesetengah hal, kita perlu pendam terutama hal-hal yang privasi, tetapi lakukannya setelah melakukan pertimbangan yang betul. Berdasarkan apa? Berdasarkan apa yang Allah suka. Adakah Allah suka aku buat begini? Adakah ia akan mendekatkan aku kepada Allah, atau menjauhkan aku dari-Nya?

Pemimpin jenis ini kena sentiasa sujud kepada Allah, rendahkan diri di hadapan Allah, dan sentiasa rujuk ilmu dari Allah s.w.t. Lantang berbicara dengan manusia jangan sampai lantang berbicara dengan Allah s.w.t. Ketahui tempat kita, bahawa hanya Allah s.w.t yang menentukan segalanya.

Bagaimana kami mahu menyokong kamu sekiranya kami tidak tahu pun apa yang kamu mahu?

PAS

Kumpulan kepimpinan yang menarik. Matlamat utamanya jelas, iaitu untuk mendapat redha Allah.


Saya suka PAS kerana istiqamah mereka. Ini merupakan suatu yang cukup susah didapati dalam kumpulan-kumpulan kepimpinan lain. Apabila ia hilang, maka hilanglah apa yang menjadikan PAS satu parti yang berkaliber.

Melihat sahabat yang berkecimpung dalam PAS, alhamdulillah, nampak perkembangan yang baik. Mereka mula merancang untuk masa hadapan, dengan melatih generasi-generasi baru yang akan bakal menggantikan pimpinan-pimpinan lama. Ia juga suatu yang baik, sebagaimana Rasulullah s.a.w melatih para sahabat.

Sekiranya PAS istiqamah dalam apa yang mereka lakukan, dan perbaiki kekurangan mereka, insya-Allah satu masa nanti mereka akan lihat kejayaan.

Tetapi, isu dalam PAS adalah jemaah. Kekuatannya adalah jemaahnya, dan kelemahannya juga adalah jemaahnya. Apabila mereka mula berpuak-puak, itulah tanda mereka akan berpecah. Apabila mereka sukar menerima pandangan pihak lain, itulah tanda takabbur sudah mula meresap dalam diri mereka, dan benih-benih 'asabiyyah sudah ditanam.

PAS akan menjadi lebih kuat apabila isu-isu remeh diketepikan dan semua disatukan oleh seorang pemimpin yang berwibawa. Kalau dahulunya kunci kepada mengekalkan jemaah ini adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz - seorang ulama' dan juga seorang pemimpin, PAS juga memerlukan sesuatu yang sama atau lebih baik.

ISMA

Pemain baru. Matlamat dan perjuangan mereka jelas. Saya mempunyai sahabat-sahabat dari kalangan mereka, dan saya kagum dengan perjuangan dan cara mereka, dan bagaimana mereka cuba ingin membangkitkan Islam. Cara tarbiah, silibus, rangkaian dan sistem usrah mereka merupakan sesuatu yang boleh dipuji.

Mungkin ramai yang belum faham, atau ramai silap faham, dan saya tidak salahkan mereka yang salah faham tersebut. Kesilapan ini adalah kerana ISMA sendiri.

Isu di dalam ISMA adalah HIKMAH. Tiadanya hikmah dalam apa yang kita lakukan akan menjadikan sesuatu yang kita sasarkan, walaupun ia baik, akan dipandang buruk oleh orang ramai. Sebahagian besar dari Al-Quran dan sunnah bercerita mengenai hikmah.

Dakwah dan kepimpinan Rasulullah s.a.w sendiri berhikmah. Apabila kita terlalu mempertahankan ideologi, dan berkeras untuk mengekalkan pendapat kita, tanpa memikirkan akibat dan cara-cara untuk berhikmah dalam bertindak, secara tidak langsung kita bukan mengajak orang kepada apa yang kita perjuangkan, tetapi kita memberikan lesen kepada mereka untuk memusuhi kita.

Isu lain adalah RAHMAH. Bila kita selalu melakukan sesuatu hanya mengikut buku panduan, itu lah masalahnya. Fahami hati budi, perangai, jiwa, dan emosi sesiapa yang kita ingin kita sampaikan mesej kepadanya. Lain pihak, maka lainlah caranya. Dan ia tidak boleh dipelajari hanya dengan mengikut manual atau undang-undang. Belajar untuk mengasihi, sekiranya kita mahu dikasihi Allah s.w.t. Dan seseorang yang dikasihi Allah s.w.t, insya-Allah akan dikasihi umat Islam yang lain.

*

Ingatlah, kepimpinan adalah bukan siapa yang paling lantang berbicara, tetapi yang tindakannya membuat orang lain terdiam dan akur. Bukan yang membuatkan umat Islam berpecah, bahkan menyatukannya. Bukan yang akan wewujudkan prasangka dan kekeliruan.

Rakyat mahukan situasi yang aman. Kami mahukan hak kami disampaikan, dan kami akan bantu sesiapa yang ikhlas kerana Allah membantu kami. Sekiranya kamu baik, maka kami akan baik kepada kamu, namun sekiranya kamu jahat, maka hanya kepada Allah kami mengadu.

Petua Untuk Melegakan Batuk Berkahak



Petua Untuk Melegakan Batuk Berkahak
Pilihan 1: Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila nasi menjadi kembang, minum airnya setiap pagi.
Pilihan 2: Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
Pilihan 3: Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama 1 malam. Air itu hendaklah diminum 2 kali seminggu.
Pilihan 4: Campurkan 2 sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut 3 kali sehari.
Pilihan 5: Ambil 2 sudu nasi panas yang baharu masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
Pilihan 6: Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau itu dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh.
Pilihan 7: Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk dan kahak hilang.
Pilihan 8: Basuh beberapa helai daun lemuju. Letakkan di atas kuali yang panas. Tuapkan dengan senduk atau garfu. Gumpalkan dan perah hingga keluar airnya. Minum pagi dan malam.

Thursday, August 14, 2014

coretan ustaz Dr zaharuddin Abd.rahman

Ilmu bukan terletak kepada jumlah guru, tersohornya guru, kitab yang dihabiskan, matan yang dihafaz, riwayat yang diungkap, sijil yang dimiliki, SEMUA itu hanya PINTU sahaja, namun ILMU SEBENAR adalah berapa banyak:- 
a. Yang DIAMALKAN sendiri, 
b. Yang DIGUNAKAN bagi memandu ummah kepada kasih sayang & redha Allah, 
c. Yang digunakan bagi memandu kelaurga, rakan, saudara mara dan rakyat kepada cintakan kebaikan & hindari permusuhan, 
d. Yang mampu mengurangkan prasangka buruk & tohmahan kepada sesama yang lain.
e. Yang mana ilmunya dapat digunakan bukan hanya dalam bab ibadah khusus tetapi hal kenegaraan, politik, kehidupan seharian & kerjaya harian.
f. Yang meninggikan akhlaknya dan bukan menyombongkan

Petua Menyembuhkan Jahitan Bersalin

Kepada ibu-ibu yang baru lepas bersalin, elok untuk anda mengamalkan petua tradisional ini yang begitu berkesan dan selamat untuk anda.

Bagi menyembuhkan luka jahitan bersalin dengan cepat, sediakan asam jawa dan air panas.

Kemudian, ambil seketul dari asam jawa tersebut dengan sedikit air. Campurkan ketulan asam jawa dengan air panas. 

Gaul rata dan dibiarkan suam-suam sebelum membasuh tempat luka jahitan. Amalkan setiap kali selepas mandi. Insya-Allah jahitan akan cepat kering.

Panduan untuk yang ada anak kecil

Panduan
"Jika anak kecil menangis pd waktu malam, hendaklah diAZANkan sebanyak 7 kali..tp tak payah la pakai mikrofon masjid pulak"..
- Al Fadhil Dato' Ustaz Ismail Kamus-

Mereka orang yang terpilih oleh farhan syah

Mereka orang yang terpilih.
Sesiapa yang diberikan kelebihan menghafal al-Quran, memahami al-Quran adalah yang terpilih.
Jadi sekiranya anda ingin jadi orang yang dipilih Allah s.w.t, maka berusahalah ke arah itu. Cuba jadi among the chosen ones.
Allah dan Rasululullah sendiri memuji golongan ini. Banyak sebab. Dan untuk menjadi mereka yang diberkati dengan Al-Quran memerlukan pengorbanan yang besar.
Melihat kesungguhan sesetengah orang menghafal al-Quran menjadikan diri terasa sangat kerdil. Ada yang buta, ada yang terpaksa travel berbatu2 setiap hari untuk berjumpa guru, ada yang kurang kemampuan akal, bahkan ada yang tidak boleh bersuara atau membaca dengan betul pun.
Mendengar seorang bersungguh2 membaca al-Quran walaupun tidak berbutir amat memberi kesan kepada hati yang lalai ini. Bukan setakat baca, bahkan 30 juzu' al-Quran dihafal dengan baik. Teringatkan hadis berkenaan sesiapa yang berusaha membaca walaupun tersangkut2 akan mendapat dua kali ganjaran. Saya rasa ni dah lebih dari dua.
Mereka terus berusaha, walaupun kehidupan mereka serba kekurangan, berbanding kehidupan kita yang cukup lengkap.
Tetapi kualiti hafalan mereka jauh lebih kuat. Bukan sahaja ingat hafalan, tapi nombor ayat, muka surat, mutasyabihat semua kuat2. Yang menebuk juga terkesima. Siapa lagi yang memberikan kekuatan kepada mereka selain Allah.
Mereka bangga dengan Al-Quran yang mereka hafal. Mereka rasa itulah kebahagiaan paling utama mereka. Mereka tidak akan menukarnya dengan nikmat2 dunia yang lain.
Semuanya dengan harapan agar dapat menjadi orang yang istimewa di sisi Allah. Supaya Allah akan lebih beri perhatian kelak. Supaya dapat menjadi bukti di akhirat nanti.
Masya-Allah. Semoga Allah berkati mereka semua. Dan ampunkan diri ini.

Panduan Atasi Kulit Berminyak

Kulit yang berminyak bukan sahaja menghadapi masalah ancaman jerawat malah, apabila mengenakan wajah dengan secalit solekan pastinya tidak dapat bertahan lama. Lebih teruk, kulit nampak seakan-akan berkilat.  Kilatan ini pastinya bukan sesuatu yang cantik atau menyenangkan sebaliknya itu petanda kulit nampak tidak sihat. Oleh itu, di bawah berikut terdapat beberapa petua atau panduan yang boleh dicuba oleh anda yang memiliki kulit berminyak

Jangan cuci muka terlalu kerap

  • Cukup sekadar mencuci muka dua kali sehari, pagi dan malam. Jika terlalu kerap mencuci muka, kulit akan menjadi kering kerana pencuci atau sabun yang berlebihan akan menangkis kelembapan kulit. Tabiat ini juga akan menyebabkan kalenjar sebaceous (yang mengeluarkan sebum) bekerja keras untuk melembapkan kulit. Akibatnya, kulit akan menjadi lebih berminyak.

Kertas minyak jadi penyelamat

  • Jangan lupa gunakan penyegar diikuti dengan pelembap selepas mencuci muka. Untuk aktiviti siang hari, anda digalakkan mengelap wajah yangberpeluh dengan kertas minyak wajah. Ini akan membuatkan kulit wajah tampak segar dan solekan tidak comot.

Gunakan pelembap sebelum bersolek

  • Bagi anda yang mempunyai kulit berminyak, adalah lebih baik menyapu pelembap pada seluruh wajah dan leher sebelum pemakaian bedak asas. Pilih pelembap yang bebas minyak agar kulit lebih lembut dan sekata.

Masker tanah liat

  • Amalkan memakai masker yang berasas tanah liat seminggu sekali. Masker jenis ini dapat menyingkirkan lebihan minyak pada wajah dan membuatkan pH  kulit kembali seimbang. Selepas masker kering pada wajah, bilas dengan air suam. Hasilnya wajah akan lebih ‘ringan’ dan bersih.

Faktor pemakanan

  • Makanan memang mempengaruhi keadaan kulit kita. Elakkan makanan pedas dan berlemak kerana ini menjadi elemen utama menyumbang kepada kulit yang berminyak. Lebihkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar.

Petua tradisional

  • Bagi yang gemarkan cara semulajadi , sapukan timun yang dikisar pada wajah. Biarkan kering 15 hingga ke 20 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih. Anda juga boleh sapukan campuran sengkuang dan kentang yang dikisar pada wajah sebelum tidur. Sebaik sahaja bangun pagi, cuci wajah dengan air suam.

Tips Penjagaan Kaki

Bagi memastikan anda mempunyai kaki yang sihat dan cantik, beberapa amalan seperti di bawah harus diikuti sebagai langkah penjagaan kaki yang betul dan baik.

  • Memastikan kaki sentiasa dibasuh menggunakan sabun terutamanya di celah-celah jari.

  • Keringkan kaki serta di celah-celah jari menggunakan tuala bersih selepas dibasuh.

  • Sapu losen bagi mengelakkan kulit menjadi kering.

  • Urut kaki perlahan-lahan.

  • Sekiranya berstoking, pastikan material yang digunakan adalah kain kapas yang menyerap peluh.

  • Tukar stoking setiap hari dan pastikan saiznya tidak terlalu ketat.

  • Jangan sesekali keluar dari rumah dengan tidak memakai kasut atau selipar. Dibimbangi keadaan ini membuatkan kaki mudah terpijak benda-benda tajam atau panas.

  • Pilih dan guna kasut yang bersesuaian.

  • Pilih kasut yang lembut buatannya bagi mengelakkan luka.

  • Sentiasa periksa kasut yang digunakan agar tiada benda tajam yang boleh mencederakan.

  • Kuku kaki perlu dipotong secara terus (tidak terlalu pendek). Jangan sesekali bulatkan di bahagian tepinya bagi mengelakkan kulit terluka.

  • Jangan rendam kaki lebih dari lima minit di dalam air panas.

  • Elakkan duduk dalam keadaan kaki yang bersilang dalam tempoh waktu yang lama.

  • Periksa kaki,tapak kaki dan di celah-celah jari setiap hari bagi mengesan rekahan kulit, kudis, bisul, perubahan warna kulit dan sebagainya.

  • Peruntukkan sedikit masa dengan meletakkan kaki lebih tinggi daripada badan dalam keadaan berbaring.

4 Aset ke Syurga

coretan ustaz ebit lew(9)

Duduk tengok anak muda ramai-ramai-ramai main motor depan sebuah kedai 24 jam. Dah pukul 12 malam. Juga beberapa anak dara sexy duduk di keliling.
Terus kami parking kereta beli barang kat situ. Keluar jer terus duduk sebelah beberapa remaja lelaki tu..
Beri salam dan berbual. Sebab masa pun singkat. Berbual-bual dan terus minta masa mereka. Beberapa orang terus mendengar.
Kecuali yang atas motor terus pergi. Adik semua ni sangat dikasihi dan disayangi oleh Allah. Disebabkan ada adik-adik ini, Allah masih kekalkan dunia ini. Dunia tidak akan kiamat selagi ada orang ucap Allah. Iman yang paling kecil Allah beri syurga saiznya 10 kali dunia. Adik semua ahli syurga. Semua doa makbul. Apa nak semua boleh dapat. Bila susah terus Allah bantu. Sentiasa dalam jagaan Allah. Itulah nilainya iman. Harga iman. Selagi kita jaga hak kalimah iman ini.
Apa haknya abang? Hak kalimah ini kita kena sampaikan dan dakwahkan orang lain macam Nabi saw buat...
Mereka sangat suka dengar dan saya jemput mereka dalam kuliah subuh esok.
Balik jer malam tu..kawan saya seorang ustaz dah tak boleh tidur. Dia kali pertama bersama dakwah begitu..
Esoknya dia kata. Ya Allah sepanjang hidup dia tak pernah dakwah anak-anak muda di tepi jalan. Tapi dahsyatnya dakwah ni kan.Menguji perasaan kita tapi menguatkan kaki untuk qiam dan menguatkan tangisan di waktu malam.
Ini semua hidayat dari Allah. Kasih sayang Allah. Bukan usia, umur, tapi kasih sayang Allah. Dia terima dan ambil kita. Beruntunglah sangat..sebab tu kita kena cari jemaah atau kawan-kawan yang menguatkan kita untuk suka nak bawa kebaikan.
Dulu saya tak pernah tinggalkan mana-mana tembok atau orang yang duduk sebelah saya tanpa saya cerita tentang keagungan Allah pada mereka.
Tapi hari ini saya pun dah hilang kekuatan itu melainkan saya kena pujuk diri saya..dan kena banyak doa menangis pada Allah..
Keesokannya saya jumpa seorang budak muda tadi. Saya terus minta dia bersama kami di masjid. Dari masjid kami untuk bersama amalan dakwah 3 hari. Kami gunakan dia tunjukkan anak muda lelaki lain yang duduk atas motor tadi..
Dalam ramai-ramai dapat 5 orang bersama di Masjid 3 hari. Rokok macam sembur nyamuk. Salam kiri dah hilang pergi hisap rokok. Pakcik di masjid dah marah budak muda hisap rokok ketawa kuat-kuat. Haram katanya. Apa lah hisap rokok tapi berdakwah..
Tapi tulah, untuk sebut haram 1 minit boleh cakap haram. Halal jelas dan haram jelas. Cuma apa usaha kita?
Bila diaorang kena marah. Katanya ustaz kami dah tak nak buat dakwah. Malu jer, kami hisap rokok. Akhlak tak baik. Takperlah..
Jawab saya pada mereka. Cian Nabi saw. Dia menangis untuk kita. Kita tinggalkan dakwah sunnah paling besar ini hanya kerana orang kata kita. Kita buat dakwah kerana Allah. Ish korang ni bidadari dah standby tunggu korang yang macho dengan rokok..relax ler..
Diaorang masih kuat merokok tapi dah mula solat. Dah mula buat baik. Seorang yang paling semangat telah berhenti merokok..
Jumpa saya dan kata, ish abang ebit yer..Allah....rindunya nak jumpa. Saya pun peluk dia. Kisah hanya 2 tahun yang lalu. Rupanya yang berjanggut dan bawa ramai kawan-kawan dari kolej tempat beliau belajar untuk dengar bayan.
Ya Allah terima kasih beri peluang kepada kami. Teruskanlah gunakanlah dan terima kami semua-ebit lew www.keluargasunnah.com dijemput semua 14 september 2014.