Saturday, September 14, 2013

PERIA GORENG RANGUP MAMAK PENANG

RESEPI: PERIA GORENG RANGUP MAMAK PENANG.
BAHAN-BAHAN:
1 atau 2 biji peria “cina” atau peria katak (5-6 biji).
1 sudu besar serbuk cili.
1/4 sudu kecil garam atau secukup rasa.
1 sudu besar (tbsp) santan pekat ( tidak mestikan).
50 gm tepung gandum.
1 sudu besar (tbsp) tepung ubi kayu.
1 sudu besar (tbsp) tepung beras.
1 biji telur dipukul.
1/2 kiub ayam (knorr atau maggi) tidak kemestian.
100 liter air ais atau sejuk atau kelikatan yang diperlukan untuk adunan tepung goreng yang sempurna.
Cara-Cara Penyediaan:
1. Basuh buah Peria. Potong dan buang kedua hujung peria. Kerat melintang dua (berbentuk selinder). Bersihkan biji dan isinya supaya peria berongga, jangan cacatkan betuk bulatnya. Hiriskan peria. Jangan terlalu nipis akan hangus dan rupa bulat akan terjejas. jangan tebal, sukar untuk masak, habis hangus tepung tapi peria tak masak. Dirnedam dlm air garam dan ditoskan. Air garam utk kurangkan pahit.
2. Dlm bekas masukkan serbuk cili, tepung beras dan garam dan adunkan. Ambil hirisan peria satu persatu tekapkan (tekan) pada pada adunan tepung disediakan pada kedua-dua belah permukaan. Asingkan semua hirisan yang selesai tekap. Cara ini untuk mengeringkan hirisan peria supaya bila goreng ia akan ranggup dan garam untuk mengurangkan pahit.
3. Dalam sebuah bekas lain masukan tepung gandum, tepung ubi dan tepung yang baki adunan tekapan. Masukan santan, lada hitam, telur telah dipukul, air dan garam secukup rasa. Adunkan supaya anda dapat adunan tepung goreng kelikatan yang tepat. Terlalu pekat adunan tepung akan menhilangkan fizikal peria. maka adunan tepung gorengan kelikatanya perlu seperti gorengan pisang. Dalam adunan tepung untuk goreng tak semestinya anda ikut cara mamak haji anda boleh sediakan berbagai adunan tepung goreng ini. kalau ada tepung gorengan ayam yang berlebihan boleh juga gunakan untuk gorengan ini. Biasa untuk berniaga mamak haji cuma gunakan tepung berlebihan ayam goreng ia lagi lazat. yang penting dalam gorengan ini tekapan kepada tepung untuk mengeringkan air yg terdapat dalam hirisan peria tersebut. Kalau tidak tepung tidak akan melekat pada hirisan peria. nanti tepung kemana, peria kemana….
4. Panaskan minyak, bila minyak panas secukup, masukkan sekeping demi sekeping hirisan peria yang dicelup tepung. Masa goreng cuma 5-6 minit saja. Bila garing toskan minyak berlebihan. Sudah siap peria goreng ranggup. Mudah bukan?.
Nota: Tentang tepung goreng anda perhatikan mamak haji gunakan tepung beras dan tepung ubi kerana, masalah besar orang berniaga ialah bila gorengan ini panas, memanglah ranggup bila sejuk?. Akan lemau. Maka dengan sebab inilah mamak haji sengaja keraskan adunan tepung ini. Untuk suri rumah yang ingin makan panas-panas cuma gunakan tepung jagung dan gandum dalam nisbah 1:2 sudah memadai. kalau nak ranggup gunakan setiap cawan tepung 1/2 sudu kecil baking powder. Lebih mudah. dalam sertiap resepi yang penting bagaimana nak buat, selepas itu olah saja resepi ikut selera anda. Biasanya resepi yang olah itu lebih sedap dari resepi asli. Dalam resepi ini mamak haji suka masukkan perwarna “merah oren”, sedikit supaya warnanya meanrik mata pelangan. tetapi untuk goreng di rumah warna serbuk cili yang merah sudah memadai. Masak seperti ini perlu sabar. kalu nak cepat memang tak jadi

Tips Menghafal AlQuran Bagi Orang yang sibuk

Tips untuk mudah bangun beribadah di tengah malam

Shaykh Muhammad al-Yaqoubi - How to Get Closer to Allah

Resipi rahsia kulit putih gebu..

Resipi sup betik dan fungus putih.
OLEH:Koh Siok Mei

Kali ini saya nak berkongsi rahsia wanita Cina berkulit gebu dan awet muda. Caranya ialah mengamalkan sup manis setiap minggu. Sup manis amat sinonim bagi masyarakat Cantonese dan cara penyediaannya tidaklah sukar. Kali ini saya akan berkongsi resipi sup betik dan fungus putih.

Satu biji kecil betik separa masak
Buang kulit, biji dan potong kiub
Satu genggam fungus putih. Direndam sampai kembang. Agak agak tiga puluh minit. Gunakan air sejuk. Lepas itu, bilas dengan air bersih.
6 biji hingga 10 biji kurma cina merah
Masukkan ke dalam slow cooker.
Masukkan air sehingga semua bahan ditutupi dengan air. Tambah dua mangkuk air lagi.
Masukkan gula batu ikut cita rasa.
Masak selama empat jam dengan fungsi tinggi.
Nikmati panas atau sejuk.

Fungus putih kaya dengan kolagen manakala betik muda kaya dengan peptin yang baik untuk kulit.

THE KEY TO JANNAH(PARADISE)

Questions to ALL?

Non-Muslims 
Here's questions for you 
What's the real purpose of your life? 
Why you came to this world?
Who create you? 
When you die where you will go?


Source: FB islam means peace

5 advantages of drinking water in the morning-must read


Home Remedies for Kidney Problems~

Home Remedies for Kidney Problems~

1. With a kidney infection, germs and bacteria take up house within your kidney and multiple.
2. Drinking extra water helps your kidneys be able to flush those germs and bacteria out of your body, taking the bug along with it.
3. In case of burning urination, lemon juice assorted with sugar and water should be given 2 to 3 times a day.
4. Asparagus, cucumber, celery, garlic, parsley are favorable vegetables for the treatment of kidney disease. Papaya fruit has healing effect on kidneys.
5. A patient agony from kidney problem should eat potatoes. It contain lots of sodium and very little of potassium.
6. Too much of potassium causes excessive secretion of salt from the kidneys.
7. Intake of protein should be abridged to forty grams per day. Breakdown of protein in food produces more waste crop that are to be eliminate by the kidneys.
8. This puts extreme strain on the already weakened kidneys. So moderate intake of protein protects kidneys

miracle drink

MIRACLE DRINK ... KILLS CANCER CELLS TOO.....MUST READ :

This MIRACLE DRINK has been circulating for a long time long
ago.It is worth your while to take note. There is a celebrity Mr. Seto who swears by it. He wants to make it public to draw the
attention of people who have cancers. This is a drink that can protect bad cells forming in your body or it will restrain its growth! Mr. Seto had lung cancer.

He was recommended to take this drink by a famous Herbalist from China. He has taken this drink diligently for 3 months and now his health is restored,and he is ready to take a pleasure trip. Thanks to this drink! It does not hurt for you to try.

It is like a Miracle Drink! It is simple.

You need one beet root, one carrot and one apple that
combine together to make the JUICE! Wash the above, cut with the skin on into pieces and put them into the juicer and
immediately you drink the juice.

You can add some lime or lemon for more refreshing taste.
This Miracle Drink will be effective for the following ailments:

1. Prevent cancer cells to develop.It will restrain cancer cells to grow.
2. Prevent liver, kidney,pancreas disease and it can cure ulcer
as well.
3. Strengthen the lung, prevent heart attack and high blood
pressure.
4. Strengthen the immune system
5. Good for the eyesight, eliminate red and tired eyes or dry eyes
6. Help to eliminate pain from physical training, muscle ache
7. Detoxify, assist bowel movement, eliminate constipation.Therefore it will make skin healthy & LOOK more radiant.It is God sent for acne problem.
8. Improve bad breath due to indigestion, throat infection,
9.pain
10. Assist Hay Fever Sufferer from Hay Fever attack.

There is absolutely no side effect. Highly nutritious and easily
absorbed.Very effective if you need to loose weight.You will notice your immune system will be improved after 2 week routine.

Please make sure to drink immediately from the juicer for
best effect.

PLEASE SHARE TO YOUR FAMILY AND FRIENDS.

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

(Tolong sebarkan untuk pengetahuan orang lain)

Tanda-Tanda Sakit Buah Pinggang

Tanda-Tanda Sakit Buah Pinggang

1. Sakit Pinggang - Terasa mencucuk-cucuk. Bergerak sedikit sakit.

2. Bengkak Badan - Bengkak air yang teruk akan menyebabkan bengkak dan sakit pada tumit kaki dalaman, kaki dan pinggang. 

3.Tiada Selera Makan - Hilang selera makan tiba-tiba. Bila makan muntah. Biasanya akan hilang berat badan.

4.Kerap Kencing - Bila kencing hanya sedikit sahaja yang keluar. Tetapi boleh mencecah 20 kali bila waktu malam.

5. Cepat Letih – Misalnya, baharu sedikit menyapu sampah di rumah, anda akan berasa letih.

6. Sakit Kepala - Kerap sakit kepala.Tekanan darah tinggi sampai boleh mencecah 190/120.

7. Kerap Demam – Kerap demam selalunya sampai 2 atau 3 kali.

9. Badan Gatal-Gatal - Seluruh badan gatal-gatal, menandakan badan sudah terlalu kotor dengan toksin.

The Secret to Islamic Success - Night Prayers (Tahajud) - Shiekh Ahmad M...

Friday, September 13, 2013

| Know Allah | Fear Allah | Love Allah | (playlist)

25 STEPS To Become Closer To Allah (SWT)

Penawar kencing manis menurut perubatan islam

Penawar Kencing Manis Menurut Kaedah Perubatan Islam
Oleh: Muhd Rizal

Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya. Tetapi manusia mestilah berusaha untuk mencarinya. Ingatlah sabda Nabi SAW: "Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." (Riwayat Muslim).

Kencing manis dikhabarkan ibu kepada segala penyakit. Kalau dah terkena, siaplah bermacam-macam penyakit lain yang akan datang. Sangat merbahaya dan sungguh menakutkan.

Jika sesiapa pernah membaca artikel kesihatan yang berkaitan penyakit ini, biasanya pesakit akan menjadi kurus, kulit jadi hitam, sel-sel mati dan akhirnya mungkin ada anggota yang terpaksa dibuang.

Di sini saya ingin berkongsi salah satu penawar yang dikatakan amat berkesan untuk melawan dan boleh sembuh dari penyakit ini dengan izinNYA.

Bahan:
1 biji kelapa muda (isinya sedang berhingus)
3 batang serai makan
7 biji halba

Caranya:
Ketuk 3 batang serai makan dan masuk ke dalam kelapa muda. Masukkan 7 biji halba juga ke dalam kelapa muda. Kacau rata air kelapa dengan menggunakan serai tadi hingga sebati semuanya dengan isi kelapa. Letakkan kelapa di atas dapur/api. Minumlah airnya dalam keadaan suam. 1 biji kelapa untuk 2 hari minum. Buat sehingga cukup 7 biji kelapa iaitu untuk 14 hari.

Saya sangat kasihan dan sedih melihat pesakit-pesakit ini. Inilah saja cara yang dapat saya membantu. Harapannya agar dapat anda menyebarkanya untuk membantu orang-orang yang amat memerlukannya. Bagi pesakit darah tinggi dan sakit berkaitan jantung boleh gunakan kaedah sama.

Terima kasih kepada Ustaz Sharhan Shafie kerana sudi berkongsi amalan perubatan ini. Saya hanya bantu untuk menyebarkannya sahaja. Anda juga boleh sama-sama SHARE ya...

Zikir Munajat - Ustaz Dzulkarnain Hamzah

Petua melembutkan daging



Gula Batu Boleh Melembutkan Daging

Masukkan sedikit gula batu semasa merebus daging. Ia dapat men jimatkan masa untuk melembutkan daging.Jangan masukkan garam terlalu awal.Pastikan daging sudah empuk,baharulah masukkan garam.

Purpose Of Creation - Mufti Ismail Menk

Best way to memorize the Quran you never gonna forget it.

salawat nabi


wakaf Quran UniKL

Bagi sesiapa yang ingin membuat sumbangan terus boleh lah salurkan ke akaun bank syarikat SS Global Saga (14070000360104) - Cimb Bank. 

**Kutipan berlangsung sehingga Hari Raya Qurban 2013. Program ini akan dijalankan pada 18-22 Oktober 2013. InsyaAllah.**

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian berikut :

Megat Firdaus : 012-651 2262
Shameer : 017-211 9969
Badrul Hisham : 017-447 3009
Syafiq Fikri : 017-209 5059 / 03-2175 4000 ext 5406
Fairul Iskandar : 012-210 0805 / 03-2175 4000 ext 4419

ATAU Berkunjung ke Pejabat Kami beralamat di :

Hal Ehwal Mahasiswa
Tingkat 1,
Universiti Kuala Lumpur, 
1016, Jalan Sultan Ismail, 
50250 Kuala Lumpur.

7 Tips for Memorising the Qur'an

How to Erase our Sins? (20 tips from Prophet SAWS)

Very emotional. The mercy of Allah

Tuesday, September 10, 2013

Sel kanser

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Penyubur Iman

10 AMAL HARIAN PENYUBUR IMAN

1. DZIKIR PAGI SORE

"Dan sebutlah (nama) Rabb -mu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara diwaktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."(Q.S. Al-A'raf : 205)

2. RUTIN SHALAT DHUHA

"Pada pagi hari setiap persendian kalian diwajibkan sedekah, setiap ucapan tasbih itu bernilai satu sedekah, setiap kalimat tahmid itu bernilai satu sedekah, satu ucapan tahlil bernilai satu sedekah, satu ucapan takbir bernilai satu sedekah. memerintah yang ma'ruf satu sedekah, mencegah yang mungkar satu sedekah. Dan semua itu bisa diganti dengan dua raka'at shalat dhuha."(HR. Muslim)

3. SHALAT JAMA'AH TEPAT WAKTU

"Kalau saja manusia tahu pahala panggilan shalat dan shaf awal, kemudian mereka tidak bisa mendapatkannya selain harus dengan mengundi, pasti mereka akan mengundi,"(H.R Muslim)

4. MENJAGA SHALAT RAWATIB

"Tidaklah seorang hamba melakukan shalat sunnah dengan ikhlas lillahi ta'ala setiap hari sebanyak 12 rakaat, melainkan pasti Allah akan membangunkan rumah di jannah."(H.R.Muslim)

5. Qira'ah Al-Qur'an 1 juz

"Bacalah al Qur'an karena sesungguhnya al qur'an akan datang sebagai pemberi syafaat bagi sahabatnya (orang yang rajin qira'ah qur'an)." (
H.R. Muslim)

6. BERUSAHA DALAM KONDISI SUCI

"Sesiapa yang berwudhu' dan membaguskan wudhu'nya, kesalahan-kesalahannya akan keluar dari jasadnya, bahkan sampai keluar dari ujung-ujung kukunya." (H.R. Muslim)

7. SEDEKAH HARIAN

"Seorang lelaki datang menemui rasulullah shalallahu alaihi wasallam dan bertanya,"Wahairasulullah, sedekah apa yang paling utama?" Rasulullah shalallahu alaihi wasallam menjawab,"Bersedekahlah saat kau dalam kondisi sehat,kikir, takut miskin, dan sedang berharap menjadi kaya, tidak menunda sampai nyawa sampai di tenggorokan baru kau berkata,"Aku sedekahkan ini untuk si fulan segini," padahal itu sudah menjadi bagian si fulan(ahli warisnya) (H.R. Bukhari)

8. MEMBACA BUKU

"Katakanlah(wahai Muhammad) adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"(Q.S. Az-Zummar)

9. ISTIGHFAR MINIMAL 100X

"Demi Allah, aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada-Nya lebih dari tujuh puluh kali dalam sehari."(H.R.Muslim)

10. WITIR SEBELUM TIDUR.

"Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata,"Kekasihku (rasulullah shalallahu alaihi wasalla) mewasiatkan padaku agar melaksanakan shaum tiga hari setiap bulan, dua rakaat dhuha dan shalat witir sebelum tidur."(muttafaq alaih)

(KUTIPAN DARI BONUS MAJALAH Ar risalah edisi 138)

Fastabiqul khairat... dan untuk (balasan surga) itu...maka berlomba-lombalah...

Klik 'Share/bagikan'

Allah Is Close To You ᴴᴰ | Mufti Menk

Allah - The Most Merciful - Powerful Speech [HD]




ALLAH is Great..
ALLAH is Most Merciful,Most Forgiving...


Come back to your Creator..ALLAH..He always there for you.

Sheikh Saleh Al-Maghamsi | Honour Allah in Your Hearts! | Emotional

IKAN PARI MASAK ASAM PEDAS JOHOR:

Salam, Resepi dari buku catatan ialah resepi-resepi yang mamak haji dapatkan dari kawan-kawan yang mahir masak yang pernah berkerja di tempat yang sama atau pun resepi yang mamak haji sendiri yang sering masak dan diuji terima baik oleh pelangan semasa menjalankan perniagaan di kantin-kantin perusahaan/kilang. Seperti mamak haji terangkan dalam posting-posting yang lepas bagi menjalankan perniagaan di kantin perusahaan bukan mudah seperti restoren atau warung. Restoren punyai menu masakan yang tetap telah dikira dan tidak mengalami kerugian dan jarang menu ini berubah kecuali kita bosan dengan tukang masak yang masak bertahun bekerja dengan kita. Menu tidak akan tukar kecuali kita tukar tukang masak yang baru maka ubahlah menu masakan di restoren kita. Dalam perniagaan restoren nak mengawal fil tukang masak yang dah lama kerja dengan kita ini, tersiksa jiwa kita dibuatnya. Masalah kebanyakan tukang masak ini, “ego” dan kadang-kala sukar untuk berunding atau mengawal disiplin mereka ini. Kalau anda ingin tegur tukang masak anda, lebih baik anda pergi kursus, “anger management” atau pun pengurusan marah dulu sebelum berdepan dengan tukang masak jenis ini.  Kalau kita ada, “killer menu” atau iistimewa di restoren yang disediakan tukang masak orang lama ini, maka tanyalah diri anda siapa yang taukeh kedai. Pastinya bukan anda tuan punya kedai. Mungkin sebab ini kebanyakan restoren makanan segera ‘ala barat tidak ada tukang masak khusus untuk menyediakan resepi. Resepi mereka standard  dan boleh dimasak oleh siapa saja. Restoren Nasi kandar pulak mengambil tukang masak impot maka masalahnya kurang sedikit, kalau tukang masak ini berlagak dan sombong, cuma perlu di hantar balik dengan segala kehormatan. Kalau tukang masak restoren Nasi Campor Melayu…hahahaha. Anda fikirlah sendiri, mamak haji tak ada formula dan komen untuk perkara ini. Menu kantin perusahan ini perlu diubah setiap hari bagi pekerja  tak bosan dengan menu yang sama. Lagi pun selera pekerja yang kepenatan seharian bekerja ini lain dari yang kita menjamu selera di luar. Setiap hari sekurang-kurangnya 15 menu perlukan untuk kantin yang bersaiz kecil, kalau saiz sederhana pekerjanya 500-1000 sekurang-kurangnya perlukan  25-30 menu. Menu pulak perlu ditukar setiap bulan. Maka seminggu anda perlu adakan 30 X 5 = 150 jenis menu masakan. Menu ini pula perlu diadakan mengikut selera pekerja yang berbagai-bagai bangsa seperti Bangla, Nepal, Burma, Indonesia, Vietnam, dan juga pekerja tempatan pula Melayu, Cina dan India. Kalau ada mat salleh pulak kena buat menu barat. Maka di sinilah mamak haji belajar berbagai-bagai jenis resepi. Resepi asam pedas ini mamak haji dapat dari seorang tukang masak dari Johor Bahru. Resepi asam pedas yang mamak haji ini sangat digemari dan mendapat sambutan luar biasa dari orang-orang Tionghua. Mamak haji tak tahu pulak kenapa?. Mungkin ia seperti masakan nyonya Melaka. Versi ikan masak asam utara tidak dapat sambutan. Maka mamak haji kekalkan resepi Asam Pedas ikan pari dari Johor ini dikebanyakan kantin yang pernah menjadi katerer. Kari mamak Ikan Pari dan juga Ikan Keli juga mendapat sambutan hebat di Utara dari pelangan orang Melayu. Sepatutnya asam pedas Johor ini biasa gunakan ikan sembilang atau duri. Ikan sembilang dan duri tidak ada sambutan di utara maka mamak haji lebih suka gunakan ikan pari kerana isinya kental dan tiada tulang keras.
Ikan pari adalah spesis yang sama jenis dengan jerung atau ikan yu. Ikan yu juga mempunyai keunikan rasa yang hebat kalau pandai masak. Harga ikan pari sekarang telah melonjak sama harga dengan bawal atau pun Ikan merah. Sebelum menyediakan ikan pari untuk masakan anda perlu tahu bau hancing yang dikeluarkan oleh isi ikan pari sangat meloyakan. Bau hancing ini adalah hasil dari bahan amonia yang beralkali. Sekiranya ikan pari itu masih lagi segar maka kuranglah bau amonia ini. Bau amonia lebih kuat pada ikan pari yang lama. Maka kalau nak beli ikan pari cium baunya dulu. Amonia yang dikeluarkan oleh ikan pari kerana seperti spesis jerung yang lain, fungsi buah pinggang untuk membersihkan urea dalam badan ikan pari tidak berfungsi baik, ini normal bagi semua jenis spesis jerung. Menghilangkan bau amonia yang alkali ini boleh dinuetralkan dengan bahan asid seperti air perahan limau, lemon, cuka atau  pun asam jawa. Inilah sebab kita perlu gunakan asam jawa dan sedikit garam untuk peramkan ketulan ikan pari selama 20 minit sebelum masak dan bersihkan dengan membilas air bersih. Ikan air tawar juga perlu dinuetralkan dengan cara ini untuk menghindarkan bau hancing amonia.
RESEPI: IKAN PARI MASAK ASAM PEDAS JOHOR:
BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg ketulan ikan pari. Kalau bahagian isi tebalnya dipotong dadu 30-40 cm. Kalau bahagian sayap potong memanjang dlm lebar 30-40 cm.
  • 3 batang serai di belah dua memanjang.
  • 2 kuntum bunga kantan dibelah dua memanjang.
  • 3 helai daun limau purut dibuang tulang tengah.
  • 1 cawan air asam jawa pekat.
  • 1 gengam daun kesum diurut daun dari batangnya.
  • 5 kacang bendi, 2 biji tomato dibelah emapat dan hirisan tebal nenas (1 bhg. dari 4 bhg nenas).
  • 2 keping asam keping/gelugor.
  • 1 sudu besar (tbsp) gula pasir.
  • garam dan minyak masak secukup.
BAHAN-BAHAN UNTUK KISARAN/TUMIS.
  • 10-15 cili dipotong serong, direbus dan dibuang bijinya.
  • 5 biji bawang merah atau 2 biji bawang labu.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 50 cm lengkuas dihiris.
  • 50 cm halia.
  • 3cm atau sekeping belacan bakar.
CARA-CARA MEMASAK:
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Minyak masak biar lebih sedikit dari kebiasaan, ia untuk dapatkan minyak pedas terapung dilauk anda. Masukkan semua bahan-bahan yang telah kisar. Tumis dengan kacau serata. Tumis sehinngga tumisan anda pecah minyak. Pecah minyak bermakna minyak akan timbul disekeliling bahan tumisan. Masukkan gula dan serai kacau sebati.
  2. Masukan air dan air asam, dikuti asam keping, daun kesum, daun limau purut dan bunga kantan. kacau dan sebatikan bahan-bahan ini.
  3. Biarkan kuah anda mendidih, kecilkan api dapur dan masukan ketulan pari yang telah dibersihkan. Masak ikan pari dengan cara mereneh (simmering)  dan jangan mendidihkan (boiling), ini akan hancurkan isi ikan anda.
  4. Bila ikan dah masak 3/4 masukkan kacang bendi, nenas dan tomato. Masukan garam yang secukup rasa.
  5. Bila ikan pari anda masak boleh matikan api dapur dan hidangkan dengan panas-panas. Kepekatan kuah anda terpulang pada kepekatan asam jawa anda cara renehan anda.
  6. Selamat mencuba. Resepi ini khas mamak haji tujukan untuk anak-anak yang berada di jauh yang amat meminati asam pedas ikan pari Johor ini.

Kari ikan bawal mamak

Kali ini Mamak ingin majukan resepi Kari Ikan Bawal yang begitu popular di Pulau Pinang. Ikan bawal yang dimaksudkan adalah Ikan Bawal Hitam yang saiznya lebih kurang 1 kg seekor. Ada juga ikan bawal jenis kecil ia itu boleh didapati 3 ekor dalam satu kilo. Ikan bawal kecil ini lebih sesuai untuk goreng buat sweet sour atau pun di Penang ini popular dengan Ikan Bawal Goreng Panas-Panas dengan dicicahnya kicap berlada…disediakan nasi panas, sambal belacan dengan ulam timun dan daun salom dan gulai ikan.Sepinggan cuma RM5.00 boleh di cuba di gerai makan MPSP , ASTAKA Bandar Perda, Bulit Mertajam, Pulau Pinang….memang sedap. Cara garingkan gorengan ikan ialah…ikan yang digoring perlu ditos dan kering dipermukaan ikan…gunakan kertas tisu dapur untuk mengeringkan permukaan ikan…2 . Minyak perlu panas(api yang kuat sedikit) ia itu pada permulaan goreng supaya kulitnya garing tetapi perlu sederhanakan api goringan untuk ikan itu masak secukup…3. tanda-tanda ikan telah masak ialah ikan mula terapung dalam minyak…selamat mencuba.
IKAN KARI BAWAL (UNTUK HIDANGAN 8 ORANG).
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
1 kg. Ikan Bawal Hitam (kalau beli dipasar itu siap potong saja kerana nanti kecai pulak isi ikan itu).
150 gm. Santan pekat atau 1/2 tin susu cair.
125 gm. Rempah Ikan (Mamak suka pakai rempah kari ikan baba’s 250gm dengan memakai 1/2 pkt saja).
1 sudu kecil rempah tumis/ halba campur (mengandungi halba+biji sawi+jintan putih + dll)
2 biji Tomato (dipotong empat)
6 biji Bendi (basuh dulu kemudian potong tangkainya)
2 biji bawang besar dipotong hiris memanjang.
4 biji bawang putih di titek.
1 sudu kecil serbuk jintan putih.
1 sudu kecil jintan manis.
1 sudu kecil serbuk cili.
1 sudu kecil serbuk kas-kas (sekiranya diperlukan).
3 ranting daun kari.
2 ranting daun pudina.
1 senduk besar minyak masak.
Garam secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN.
1. Basuh ketulan ikan bawal terutamanya ambil kira basuh bekas darah ikan yang terdapat ditulang tengah. Kepada ikan bawal perlu dibasuh dengan memebuang sega sisa-sisa darah dan insang. Sisa-sisa darah ikan ini menyebabkan kehanyiran dan juga memberi kesan kepada warna kari ikan menjadi kehitaman. Ketulan ikan yang telah dibersihkan perlu diperamkan dengan dua sudu garam dan 1 sudu besar asam jawa untuk menghilangkan bahan kimia atau pun lendih ikan yang akan menghanyirkan ikan tersebut selama 30-45 minit. Basuh kembali ketulan tersebut dengan air bersih. Ketulan ikan ini sedia untuk masak.
2. Sediakan periok atau kuali dan panaskan. Masukkan minyak masak untuk menumis (penggunaan minyak untuk menumis perlu tidak lebih dan kurang) 1 senduk besar minyak masak memadai.
3. masukkan halba campur. Awas! jangan sampai halba campur ini hangit akan menyebabkan bau hangit dan ia akan timbul dalam kuah kari nanti. Apabila saja bau harum dikeluarkan dengan cepat masukan bawang yang dihiris untuk menumis dan daun kari. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum dan bertukar warna keemasan masukkan kisaran bawang puti+ halia. Tumis hingga keluarkan bau yang harum. Masukkan kisaran bawang besar. Apabila tumisam mula mendidih dan keluarkan bau yang harum masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis + jintan putih + serbuk cili +serbuk kas-kas. Tumisan ini akan mula mengeluarkan bau yang harum. Masukkan air 1 liter dan biarkan sebatian ini mendidih. Api yang kuat diperlukan untuuk mendidihkan sebatian kari ini.
4. Apabila sebatian kari ini telah mendidih selama 5 -10minit, perlahankan api dapur dan masukan ketulan ikan. Biarkan ikan ini masak selama 15-20 minit. Jangan membiarkan kari ikan mendidih terlalu kuat (ketulan isi ikan akan pecah). Masukkan tomato. Biarkan kari itu mengelegak selama selama 3-5 minit lagi.
5. Masukkan santan / susu cair dan garam secukup rasa. Kacau sama rata dengan perlahan dan berhati-hati supaya ketulan isi ikan tak pecah/ hancur.
5. Apabila ikan telah masak (jangan terlalu kerap kacau masakan ini supaya isinya tak pecah). Masukan bendi dan tutup api dapur. kari ikan bawal anda sedia untuk hidang. Tutup bekas hidangan dengan penutup supaya bau haruman rempah kari tidak terbebas. Buka Tuadang bekas hidang kari ini hanya semasa makan. kari yang sedap boleh ditentukan dengan bau harum kari akan menusuk hidung kita apabila dibuka tudung penutup bekas kari ikan itu.Selamat mencuba!.

Beautiful Duas--With Translation

Bagaimana Teknik Istighfar Yang Diterima Allah

Bagaimana Teknik Istighfar Yang Diterima Allah
Posted on Tuesday, September 10 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: behcokmo

"Izinkan sy berkongsi pandangan utk soalan 'teknik istighfar terbaik'.

Dlm hal ini, pesan guru sy: Asraff, enta perlu fahami beza minta maaf

ikhlas & tak ikhlas. 'Ada beza ke syeikh?'

Ya ada. Cthnya anak sy minta maaf 'Abi, maafkan sy kerana terkasar bahasa tadi'. Maafnya diucapkan tetapi caranya acuh-tak-acuh sahaja. Air mukanya penuh dingin. Bahasanya mendatar, tiada roh alam ucapannya.

Adakah saya terima 'istighfar'nya dgn sikap sebegitu? Sukar sekali.

Bagaimana pula dgn ucapan maaf begini : Abi, maafkan sy kerana terkasar bahasa tadi. Sy memang teruk, terlalu ikutkan perasaan. Tak sepatutnya sy buat begitu. Sy

janji Abi sy takkan buat perkara itu lagi ya. Maafkan sy Abi.

Ucapannya penuh kelembutan & ikhlas. Kata2nya luhur & air mukanya penuh dgn tanda penyesalan. Yang paling utama, dia telah mengakui kesilapannya.

MENGAKU SALAH & MENYESAL. Itu 'key' untuk pastikan istighfar kita diterima Tuhan.

Nabiyyuna Adam dulu begitu. Mulanya, baginda minta ampun beribu kali namun tak dilayan Tuhan. Tetapi setelah mengaku salah 'zolamna anfusana' - sy ni zalim terhadap diri sendiri. Baru Allah ampunkan.

Begitu juga kes Nabiyyuna Yunus : Inni kuntu minaz zolimin, katanya. Mohon maaf Ya Allah, sy ni zalim, lari dari tugas. - Baru Allah ampunkan. Klu tidak, baginda akan 'stay' dlm perut ikan selamanya.

PENGAJARAN : Istighfarlah dgn penuh perasaan mengaku salah. Admit yg kita ni lupa, lengah, lalai, zalimi diri sendiri & tak perihatin amaran Tuhan.

Bila kita beristighfar begitu, Allah Al-Ghafur Ar-Rahim

lebih mudah 'lembut hati' menerima taubat kita.

Oleh Us Asraff Ayob

Memo Editor: Harap dapat menulis dengan mengguna ejaan yang sempurna bukan ejaan sms."
 




Sumber: Tranungkite

Mestika J1 Siri 18 Panduan Bagi Orang Yang Ditimpa Musibah




Penceramah: Abdul Basit bin Abdul Rahman
 Abu Anas

1 malaysia book expo 2013

1 Malaysia Book Expo 2013

Dijemput kepada semua penerbit, pengedar dan pengusaha buku untuk turut sama menyertai "1Malaysia Book Expo 2013" . Maklumat acara adalah seperti berikut:

Tarikh : 11-15 Disember 2013 (Rabu - Ahad)
Tempat : Putra World Trade Centre, PWTC
Masa : 10 pagi - 10 malam
Anjuran : Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN)

Kepada mereka yang berminat untuk turut serta, sila SMS buku/nama syarikat/alamat/produk dan pebgurus ke 017-2040 626


http://addearning.tk/

earn money online

Resipi Dalam Pantang

Ruangan hak bersama isteri & suami mithali 

RESIPI SEMASA PANTANG – IKAN

Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah:

1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan bilis
14.Ikan siakap
15.Ikan salmon

SUP IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


STEAM IKAN

Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.


SINGGANG IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.


IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak

Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.


IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahannya:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.


IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.


SUP IKAN TENGGIRI

Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.


IKAN HARUAN GORENG REMPAH

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak

Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.


IKAN HARUAN KUKUS

Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris

Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.


SUP IKAN HARUAN

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.


IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.


IKAN GELAMA MASAK ASAM

Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


IKAN BAWAL KUKUS HALIA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.


IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)

Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit

garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.


IKAN PANGGANG HALIA MUDA

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.


IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)

Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.


IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM

Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.


IKAN BILIS BERKUNYIT

Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.

Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.


IKAN BILIS DAUN KARI

Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.

Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.

Monday, September 9, 2013

Di Sebalik Bicara Fatihah Di Dalam Solat - Ustaz Dzulkarnain Hamzah



Selami Bicara Keagungan Pujian Dan Pintamu Dalam Surah Al-Fatihah,
Dan Jawapan Allah Untuk Setiap Kalimah Dan Permohohanmu yang diucapkan didalamnya.

Semoga dapat menambah baik penghayatan dalam munajat solat kita didepan-NYA, bukan sekadar melepas batuk di tangga dengan menghabiskan sembahyang express 4 rakaat untuk 5 minit..


Dari Abu Hurairah ra, katanya Nabi saw bersabda:

"Sesiapa yang tidak membaca Ummul Qur'an (Fatihah) dalam solat, maka solatnya tidak sempurna (Nabi mengulangnya sampai tiga kali).

Lalu ditanyakan orang kepada Abu Hurairah, "Bagaimana kalau kami solat mengikut Imam?"

Jawabnya, "Bacalah perlahan-perlahan! kerana aku mendengar Rasulullah saw bersabda, bahawa Allah SWT berfirman:

'Solat itu Kubagi dua antara-Ku dan hamba-Ku. Untuk hamba-Ku ialah apa yang dimintanya. Apabila dia mengucapkan..

'الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ', (Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam)

Allah menjawab, 'حَمِدَنِى عَبْدِى - Hamidani 'abdi' (Hamba-Ku memuji-Ku)


'الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ' (yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Allah menjawab, ' اَثْنَى عَلَىَّ عَبْدِى - Atsna 'alayya 'abdi' (Hamba-Ku menyanjung-Ku)



'مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ' (Yang menguasai Hari Pembalasan)

Allah menjawab, 'مَجَّدَنِى عَبْدِى - Majjadani 'abdi' (Hambu-Ku mengagungkan-Ku) atau 'فَوَّضَ اِلَيَّ عَبْدِى - Fawwadha ilayya 'abdi (Hambu-Ku berserah diri kepada-Ku)



'إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِي' (kepada Engkau saja kami menyembah dan kepada Engkau saja kami meminta tolong)

Allah menjawab, 'هَذَا بَيْنِى وَبَينِى عَبْدِىْ,وَلِعَبْدِى مَا سَاَلَ - Hadza bayni wa bayna 'abdi, wa li 'abdi ma saala' (inilah bahagian-Ku dan bahagian Hamba-Ku, untuk hamba-Ku apa yang dimintanya)


'اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ,صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ,' (Pimpinlah kami ke jalan yang lurus, yakni jalan orang yang tidak Engkau murkai dan tidak pula jalan orang yang sesat)

Allah menjawab, 'هَذَا لِعَبْدِىْ,وَلِعَبْدِى مَا سَاَلَ - Hadza li 'abdi, wa li 'abdi ma saala' (inilah bahagian hamba-Ku, untuknya apa yang dimintanya).

- Petikan Shahih Muslim, Jilid 1, Hadith # 349.

How Your Dua Will Be Accepted -Short Message From Sh Yasir Qadhi

Advice to those who want to soften their Hearts - Sheikh Saleh Al Maghamsi





This is segment from a lecture by shaykh Salih Al Maghamsi, who is the imam of Masjid al Quba in Medina, Saudi Arabia. He is one of the most well known scholars of tafseer around.

Amalan-amalan Khurafat di Kalangan Jemaah Haji

Amalan-amalan Khurafat dan Sifat-sifat Tercela di Kalangan Jemaah Haji Asia Tenggara dan Panduan Menghindarinya
Mengunjungi Baitullah untuk menyempurnakan pekerjaan haji menjadi suatu cita-cita murni yang sepatutnya wujud pada tiap-tiap diri umat Islam. Pada kelazimannya orang yang belum lagi hendak melaksanakan kewajipan tersebut, mereka tidak sangat bersedia dengan ilmu pengetahuan sebagai bekalan untuk ibadat tersebut. Apabila hampir dengan waktunya barulah secara bergopoh-gapah mempelajarinya mengikut kemampuan yang ada padanya.
Banyak umat Islam yang kurang bersedia dari segi ilmu pengetahuan untuk mengerjakan haji, malah ada yang tidak memahami walaupun perkara-perkara yang asas, akibatnya apabila mereka mengerjakan ibadat tersebut, terjadilah perlanggaran hukum yang boleh mencacatkan kesempurnaan ibadat tersebut. Hal ini berlaku kerana mereka terikut-ikut dengan perbuatan jemaah yang kurang arif tentang ibadat itu dan malu hendak bertanya kepada orang lain.
Di samping tidak mendalami hukum hakam mengenai haji, ditambah pula dengan kejahilan hukum-hukum mengenai akidah, maka berlakulah campur aduk di dalam ibadat haji di antara yang hak dengan yang batil. Kadang-kadang yang hak ditinggalkan dan yang batil dikerjakan. Yang batil seperti amalan-amalan khurafat dikerjakan sebaik-baiknya, atas kefahaman bahawa amalan-amalan itu dituntut oleh syarak, sedangkan yang sebenarnya sebaliknya.
Sering berlaku dari semasa ke semasa perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan hukum syarak yang dicampurkan di dalam ibadat haji, terutama khurafat-khurafat yang diada-adakan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Mereka memberi fatwa secara berbisik-bisik tanpa menggunakan sebarang kitab atau kenyataan-kenyataan dari nas-nas yang muktabar tentang perkara yang dibisik-bisikkan itu. Akhirnya amalan-amalan khurafat itu menjadi ikutan turun temurun dari dahulu hinggalah sekarang. Oleh yang demikian, maka diajarlah kita membicarakan perihal khurafat tersebut.
PENGERTIAN KHURAFAT
Khurafat adalah perkataan Arab yang di asaskan dari akar kata:
خرف خرافة خرافات
Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu diberi makna cerita karut atau karut marut.
Di dalam al-Munjid disebut:
خرف قسد اخرفة افسده
الخر افة حديث الخرف المضحك
Al-khurafat juga disebut sebagai الحديث الباطل مطلقا percakapan yang tidak betul sama sekali.
Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat Melayu dan pada umumnya diketahui maksudnya kerana ianya semacam menjadi bahasa Melayu. Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.
Di dalam kitab Addarul Nadid, halaman 179 ada disebut:
Yang bermaksud:
“Adapun apa yang diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu hingga sekarang tentang adanya bagi seekor burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan yang boleh memberi kesan pada kebahagiaan atau kecelakaan manusia. Semuanya itu adalah khurafat. Islam membatalkannya kerana jelas bertentanagn dengan tauhid”.
KHURAFAT SEBAGAI BUDAYA JAHILIAH
Masyarakat jahiliah adalah sebuah masyarakat yang banyak menghayati budaya khurafat. Di antara khurafat mereka, mereka mempercayai kepada arah burung yang berterbangan memberi kesan kepada nasib mereka. Orang-orang Arab jahiliah apabila hendak mengerjakan sesuatu kerja atau sedang di perjalanan menuju sesuatu maksud tiba-tiba kedapatan burung yang melintasi mereka, maka dikaitkan dengan suatu kepercayaan-kepercayaan tertentu. Malah mereka meletak nama khusus pada keadaan burung yang melintasi mereka.
Yang melintasi dari arah kanan ke kiri dinamakan : As Sawaeh
Yang melintasi dari arah kiri ke kanan dinamakan : Al Bawareh
Yang datang kepada mereka dari arah hadapan dinamakan : An Nateh
Yang datang dari arah belakang ke hadapan dinamakan : Al Qaid
Dari nama-nama tersebut lahirlah tafsiran-tafsiran yang khusus, ada bala bencana akan menimpa, ada tuah, ada keberuntungan yang akan berlaku dan sebagainya yang mereka menggantungkan hal-hal tersebut sepenuhnya kepada keadaan burung tersebut.
Masyarakat jahiliah juga percaya jika burung hantu (al-Bumah) menghinggapi dan berbunyi di atas sesuatu rumah maka ertinya salah seorang dari penghuni rumah itu akan meninggal dunia. Kepercayaan sebegini mengakibatkan penghuni rumah akan bermurung durja, dukacita yang tidak terkira kerana kematian yang akan menimpa.
Kepercayaan sedemikian terdapat juga di dalam masyarakat melayu di Tenggara Asia yang terbawa-bawa dengan budaya jahiliah hingga sekarang ini. Padahal semua itu adalah khurafat belaka.
KHURAFAT MENODAI IBADAT HAJI
Ibadat haji adalah suatu ibadat yang semestinya dilakukan dengan sempurna, tidak dicampur dengan batil. Apatah lagi khurafat hendaklah dijauhi sama sekali. Khurafat boleh mencemar ibadat haji dan menjadikannya ibadat yang sia-sia kerana perbuatan khurafat menjejaskan akidah dan kadang-kadang merosakkannya. Perlu diingat bahawa khurafat boleh membawa kepada syirik kerana ianya menyentuh persoalan iktikad. Jikalau sudah iktikad rosak kerana khurafat, maka orang yang rosak akidahnya tidak akan mendapat apa-apa kebaikan dari ibadatnya.
Namun demikian, masih terdapat bakal-bakal haji yang seolah-olahnya tidak menyedari bahawa mereka melakukan perkara-perkara khurafat ketika hendak menunai haji dan ada pula yang melakukannya ketika mereka di dalam ihram dan sedang bertungkus lumus mengerjakan haji itu sendiri. Kepada golongan ini seboleh-bolehnya apa yang diajarkan kepada mereka oleh Tok-tok Guru yang mentadbir atau oleh pengkursus-pengkursus haji adalah tidak lengkap dan tidak sempurna. Mereka masih hendak menambah-nambah dan mengada-adakan berbagai-bagai perbuatan yang tidak diajar oleh orang-orang tadi lalu mereka menerima pakai fatwa-fatwa dari orang yang tidak bertanggungjawab.
Khurafat bukan perkara kecil yang boleh dipermudah-mudahkan. Khurafat adalah perkara besar yang mesti difahami dan diberi perhatian untuk menjauhinya. Umat Islam jangan mudah menerima pakai sesuatu perbuatan yang disebutkan kepadanya bagi menambah-nambah amalan di dalam haji yang dipelajarinya secara terbuka dan ada sandarannya, itulah yang patut diamalkan. Adapun yang diajar secara sembunyi-sembunyi dan dilakukan secara sembunyi-sembunyi patutlah diambil perhatian dan dipastikan dahulu boleh tidak mengamalkannya barulah diamalkan yang boleh dan menjauhi yang khurafat.
PANDANGAN ISLAM TERHADAP KHURAFAT
Di dalam al-Quran al-Karim terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan dengan Alllah sepenuhnya dan menolak kepercayaan terhadap yang selain-lainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan kebaikan hanya Allah. Yang menolak segala kejahatan hanya Allah. Kepadanya seluruh makhluk bergantung. Firman Allah, surah al-Zumar, ayat 38: Yang bermaksud:
“Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain dari Allah bahawa jika sekiranya Allah menghendaki ke atasku sesuatu kemudaratan, adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu atau jika Allah menghendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepadaku, apakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala-galanya. Kepadanya bertawakal semua orang yang bertawakal”.
Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah dari Allah. Dia yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu, bukannya lintasan burung atau sebagainya yang terdapat dalam amalan-amalan khurafat.
Yang bermaksud:
“Dari Abu Hurairah R.H. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai)”.
Yang bermaksud:
“Dari Ibnu Mas’ud R.H. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Buruk sangka (dalam amalan khurafat) adalah syirik (dua kali) akan tetapi Allah menghapuskannya dengan bertawakkal kepada Allah”.
Yang bermaksud:
“Dari Anas R.H. bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda: “Jangan ada buruk sangka (kerana khurafat) dan alfa’lu adalah jauh lebih baik. Ditanya Rasulullah, apakah dia alfa’lu itu: sebut-sebutan yang baik (baik sangka) yang boleh didengari oleh seseorang”.
Yang bermaksud:
“Dari Ibnu Umar R.H. katanya: Nabi SAW pernah bersabda: “sesiapa yang kerana buruk sangkanya terhadap sesuatu (khurafatnya) sehingga boleh memesongkan diri menerusi hajatnya, maka sesungguhnya ia telah syirik (kepada Allah). Mereka bertanya apakah kifarat bagi yang demikian itu? Sabdanya: hendaklah ia berkata: Ya Allah, tidak ada kebaikan melainkan kebaikanmu. Tidak ada yang buruk (jahat) melainkan kejahatan yang datang darimu dan tiada tuhan yang berhak disembah melainkan engkau”.
Dari semua urutan ayat al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah SAW yang tersebut, jelas memperlihatkan konsep baik buruk hanya dari Allah S.W.T. Allah yang mengatur segala-galanya, bukannya ada kaitan dengan kejadian-kejadian yang berlaku di dalam hidup ini yang boleh memberi kesan kepada kebahagiaan dan kecelakaan manusia.
Khurafat adalah karut marut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan-kepercayaan sedemikian menghantui umat Islam sehingga menghindarkan perjalanan hidup mereka kerana kongkongan khurafat itu. Umat Islam perlu bersih niat dan pergantungan mereka hanya kepada Allah SWT sahaja. Apabila kamu cekal bercita-cita, maka teruskan dan bertawakkal kepada Allah.
KHURAFAT DI KALANGAN JEMAAH HAJI ASIA TENGGARA
Pengaruh khurafat ternyata masih kuat. Di dalam masyarakat Islam Asia Tenggara masih kehadapan amalan-amalan khurafat di dalam berbagai-bagai lapangan kehidupan. Di dalam perniagaan masih percaya kepada FONG SUAI. Dalam pertanian masih percaya kepada semangat padi. Dalam mencari rezeki di lautan masih ada yang percaya kepada gamala ikan dan berbagai-bagai lagi. Bukan sahaja di dalam mencari rezeki ada berbagai-bagai khurafat, ketika hendak melakukan ibadat kepada Allah pun masih diresapi berbagai-bagai khurafat. Antara yang ketara ialah khurafat-khurafat di dalam ibadat haji.
KHURAFAT DI TANAH AIR SENDIRI SEBELUM TIBA DI TANAH SUCI
  1. Tidak boleh memijak bendul rumah. Kalau dipijak alamat tidak akan balik semula.
  2. Sesudah bertolak dari rumah, tidak boleh memandang ke belakang melihat rumah. Kalau dipandang, pekerjaan hajinya tidak sempurna kerana hatinya teringat-ingat ke rumah
  3. Membawa uri, rambut dan kuku bayi untuk ditanam di Tanah Haram supaya anak tersebut menjadi orang ternama dan disukai ramai.
  4. Setelah balik nanti mesri berkurung diri di rumah selama 40 hari yang disebut idah haji. Barulah haji itu berkat dan melekat di hati, kalau melanggar, sia-sialah haji.
KHURAFAT DI TANAH SUCI
  1. Mesti mencari tiang Jin di dalam Masjidil Haram. Peluk kuat-kuat boleh memanjangkan umur.
  2. Boleh mendapat toyol dengan bersembahyang sunat sebanyak-banyaknya secara mengadap tiang tersebut untuk dibawa balik toyol itu sebagai khadam.
  3. Jin yang dibawa balik dari Mekah adalah Jin yang baik kerana mereka adalah Islam.
  4. Menampal duit syiling yang siap bergam di bawah pintu Baitullah dan dibawa balik untuk dibuat ibu duit bagi tujuan melariskan perniagaan, mendapat jodoh dan memurahkan rezeki.
  5. Memungut anak-anak batu di Arafah untuk dibawa balik bagi tujuan, jika dicampak di dalam perigi ikan, maka ikan akan menjadi banyak. Jika ditabur di kebun tanaman, maka buah-buahan akan menjadi. Jika diletak di dalam kedai, maka akan laris.
  6. Mencuri tali-tali khemah di Padang Arafah dan Mina untuk dijadikan tangkal bagi tujuan pelarisan untuk jualan dan memperbanyakkan tangkapan ikan.
  7. Membawa balik Tanah Arafah untuk upacara “Memijak Tanah” buat pertama kali bayi untuk menghindarkannya dari sebarang penyakit dan gagah berani.
  8. Tidak boleh melihat cermin semasa di dalam Ihram. Jika dilihat muka akan menjadi hodoh dan orang tidak suka melihatnya.
  9. Menyapu-nyapu tiang masjid dan diusap ke muka untuk menambah seri wajah.
  10. Mengetuk-ngetuk pintu dan gelang kuncinya di kawasan Saei sebagai simbolik kepada mengetuk pintu rezeki. Jika tidak membuatnya, rezeki akan tertutup selama-lamanya.
  11. Bersetubuh dengan isteri di dalam Masjid al-Haram boleh mendapat anak yang mudah masuk syurga.
  12. Orang yang mandul boleh segera mendapat anak jika bersetubuh dengan suaminya di dalam Masjid dua kali dari arah pancur emas sekali kerana kepercayaan pancur emas itu melambangkan kemaluan Nabi Adam dan sekali lagi dari arah yang menghala ke Hajar Aswad kerana Hajar al-Aswad melambangkan kemaluan Siti Hawa.
  13. Kain ihram perlu dibawa balik dan diwasiatkan bila mati nanti hendaklah dikafan dengan kain itu bagi menghindar diri dari siksa kubur.
  14. Beli khusus kain putih yang hendak dijadikan kafan dan basuh dahulu dengan air zam-zam di Mekah, disimpan dan diwasiatkan untuk dijadikan kain kafan. Dengannya Munkar dan Nakir tidak berani memukul badan yang dibalut dengan kain tersebut.
  15. Kalau berlaku hujan, maka mandilah di bawah curahan air dari pancur emas agar sembuh segala penyakit dan tidak akan terkena penyakit hawar.
  16. Tiang-tiang masjid boleh dibeli untuk diwakafkan. Sekiranya ada orang yang menawarkannya, maka jangan disoal banyak, beli sahaja akan menjaminkan masuk syurga.
  17. Mandi bertelanjang di telaga Ja’aranah boleh memikat suami dan cepat mendapat jodoh bagi yang belum bersuami.
Dan berbagai-bagai khurafat lagi yang masih diamalkan oleh masyarakat Islam Asia Tenggara.
AMALAN KHURAFAT DAN KAITANNYA DENGAN HUKUM SYARAK
Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah ditegah oleh syarak kerana di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bid’ah yang buruk sepertimana tersebut dalam hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“…………Setiap yang bid’ah itu sesat dan setiap yang sesat akan ditempatkan di dalam neraka”.
Mengamalkan amalan khurafat dengan tidak disedari boleh menjauhkan diri daripada Allah SWT, walhal kedatangan jemaah haji ke Tanah Suci ialah untuk menghampirkan diri kepada Allah serta menyuci diri dari segala dosa dengan tujuan mandapat haji mabrur.
PUNCA AMALAN-AMALAN TERCELA DAN TERPAUTNYA SESEORANG KEPADA AMALAN KHURAFAT
Di antara punca-puncanya adalah seperti berikut:
  • Tidak mempunyai asas yang kukuh di dalam pengetahuan agama di mana mudah menerima perkara-perkara yang dianggap menarik baginya.
  • Mempelajari dari guru-guru atau ketua-ketua yang tidak bertanggungjawab.
  • Terikut-ikut dengan amalan jemaah haji lain kerana menyangka amalan itu adalah amalan yang betul.
  • Sudah terbiasa melayani nafsu ammarah.
CARA-CARA MENGHINDARINYA
Bakal-bakal haji hendaklah mengikuti dan mempelajari hukum-hukum agama sebelum menunaikan haji. Penceramah-penceramah hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang benar-benar berkelayakan. Tajuk siri khurafat perlu dimasukkan ke dalam kurikulum ibadat haji dengan ditekankan keburukannya.
Jangan mudah terikut-ikut dengan amalan jemaah haji lain yang tidak diketahui puncanya.
Dalam kursus haji ditekankan bahawa Tanah Suci Mekah bukanlah tempat berehat atau tempat melepaskan kemarahan atau komplen sewenang-wenangnya. Perlu ditekankan bahawa di dalam pekerjaan haji mesti akan ditemui berbagai-bagai dugaan Allah yang perlu diterima dengan sabar.
Sebarang amalan yang dipetuakan kepadanya oleh orang yang diragui keilmuannya hendaklah dipastikan terlebih dahulu dari orang lain yang lebih berwibawa. Bertawakalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Tunaikanlah haji semata-mata kerana Allah.
TINGKAH LAKU BURUK SEBAHAGIAN JEMAAH HAJI
Selain dari khurafat yang tersebut di atas, ditambah pula dengan adanya tingkah laku buruk yang sering kedapatan di kalangan jemaah haji umumnya termasuk jemaah haji Asia Tenggara, menjadikan ibadat haji ibadat yang seolah-olahnya tanpa roh dan tanpa hikmah.
Sebagai contoh yang ketara, berlakunya peristiwa terowong al-Muassim pada tahun 1990 dan peristiwa pijak memijak di atas Jambatan Mina pada tahun 1994 yang semuanya memakan korban nyawa yang begitu banyak, mencerminkan masalah utamanya tingkah laku buruk jemaah haji.
Tingkah laku dan tuturkata manusia itu adalah sebagai cermin peribadinya. Jika elok tingkah laku, berbudi bahasa dan manis kata-kata, maka tinggilah nilai dirinya, mulialah pekertinya. Kalaulah itu benar-benar menjadi cermin diri, maka alangkah buruknya keadaan umat Islam ini kerana apa yang berlaku di musim haji menjadi ukuran yang utama pada nilai diri kita.
Di Mekah umat Islam kelihatan seperti seolah-olah tidak tahu disiplin diri dan disiplin kehidupan. Ada yang tidak bertolak ansur, bertengkar, bergaduh, tengking menengking, herdik mengherdik, menolak, melanggar, memukul, memijak, menghimpit, mengambil hak orang lain, menyusahkan kawan, memijak kepala, menyepak muka orang yang beribadah, mengganggu yang bersembahyang, menyepak al-Quran, meletak al-Quran di atas lantai, mengubah (mengalih) al-Quran dengan kaki, berebut-rebut dengan segala kekuatan untuk mencium batu hitam (al-Hajarul Aswad). Memegang tangan berangkai kuat untuk merempuh orang yang sedang solat dan tawaf. Perbuatan yang sama berlaku dengan dasyatnya ketika di Mina untuk melontar. Segala selipar dan kasut serta pakaian tertanggal dari badan. Yang sakit tidak diberi simpati. Yang tua uzur tidak dihirau dan pelbagai perangai lagi yang boleh dilihat.
Mengenai tutur kata, umat Islam tidak hendak menjaga tutur katanya. Walaupun ketika sedang tawaf dan saei, masih bercakap-cakap dengan hal-hal yang terkeluar dari erti ibadah yang sebenar, bergelak ketawa berdekah-dekah kerana kelucuan yang sengaja diada-adakan dalam perbualan-perbualan, seolah-olah mereka bukan di hadapan Allah di dalam ibadat yang shahdu.
Kata mengata, caci mencaci sering kedengaran di sepanjang masa berada di Mekah dan Madinah seolah-olah tidak berbeza dari tempat-tempat lain. Mengumpat, mencerca terus berlaku tanpa sebarang takut kepada dosa yang perbuatan di Tanah Haram.
Semua tingkah laku buruk itu adalah sebahagian dari masalah yang sebenar yang berlaku di kalangan jemaah haji kita yang sudah sewajibnya kita menyedari perihal tersebut dan cuba menghindarnya.
BAGAIMANA MENGATASI PERMASALAHAN TERSEBUT
Masalah akhlak adalah masalah pokok untuk membina masyarakat yang mulia. Akhlak yang terpuji menjadi tunjang kekuatan umat. Rasulullah SAW diutuskan Allah adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Baginda menjadi teladan untuk kemuliaan akhlak, mengasuh umatnya agar berakhlak mulia.
Bagi mengatasi masalah yang disebutkan tadi, pendidikan kerohanian yang menekankan kepada kemuliaan akhlak perlu dititik beratkan dalam latihan dan syarahan-syarahan. Bakal-bakal haji hendaklah dipupuk dengan budi pekerti yang mulia untuk dihayati sepanjang masa hidupnya, lebih-lebih lagi ketika menunaikan haji.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
Yang bermaksud:
“Barang siapa yang ingin sangat hendak menjadi manusia yang terkuat, maka bertawakkallah kepada Allah. Barang siapa yang ingin sangat hendak menjadi manusia yang terkaya, maka hendaklah meyakini bahawa apa yang ada di sisi Allah Azawajallla lebih baik dari apa yang ada di dalam tangannya. Dan siapa yang ingin sangat menjadi manusia yang termulia, maka hendaklah takut kepada Allah Azawajallla”.
Hadith ini mengingatkan kita tentang berakhlak dengan Allah. Bertawakkal kepada Allah, takut kepada Allah. Apabila manusia sudah mentaati perintah Allah dan amat mengharapkan keredaan, maka akan lahirlah budi pekerti yang mulia untuk mereka di alam manusia.
Mengunjungi Baitullah untuk menunaikan ibadat haji adalah suatu tuntutan syarak. Dari ibadat itu akan lahirlah pengajaran-pengajaran yang amat berguna untuk manusia. Fadhilat haji amatlah banyak. Salah satunya untuk mengingati Allah. Oleh itu, perbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah, berzikir kepada Allah di dalam masa kerja haji dan sesudahnya khususnya di Arafah dan Mina.
Salah satu rahisa Allah mewajibkan haji ialah untuk membersihkan diri mereka dari segala dosa, dari segala perangai keji dan perbuatan-perbuatan munkar. Kalaulah umat Islam memahami dan menghayati tujuan tersebut dengan sebaik-baiknya, maka tentulah tidak akan berlaku pekara-perkara munkar di tanah suci.
Semua orang yang menunaikan haji akan menjadi orang yang amat baik pekertinya. Tidak ada khurafat berlaku dan tidak ada perkara-perkara negetif berlaku kerana semuanya itu akan menyebabkan haji seseorang itu sia-sia.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
Yang bermaksud:
“sesiapa yang mengerjakan haji dan tidak melakukan perkara-perkara jahat dan fasik, maka kembalinya ke tanah airnya nanti ia menjadi seperti anak yang baru lahir”.
PENUTUP
Usaha untuk mempertingkatkan kualiti ilmu ke dalam masyarakat Islam perlu diteruskan dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi perisai umat Islam dari diresapi gejala-gejala tidak sihat seperti khurafat dan sebagainya.
Pengetahuan tentang ibadat haji adalah pengetahuan fardu ain yang sepatutnya diketahui oleh masyarakat umum. Perlu diajar dengan cara yang berkesan di dalam kurikulum-kurikulum sekolah menengah dan di peringkat universiti agar dengan ilmu yang manfaat itu setiap yang pergi menunai haji benar-benar mengetahui mengapa ibadat itu diwajibkan.
Ibadat-ibadat dalam Islam adalah alat untuk mendidik manusia. Jika dipergunakan ibadat itu sebagai alat mengajar, maka yang mempelajari bersungguh-sungguh daripadanya akan mendapat pengajaran yang amat berkesan. Rasulullah SAW telahpun mempergunakan untuk mendidik umat Islam di zamannya. Dengannya mereka menjadi sebaik-baik umat yang Allah ciptakan untuk menjadi contoh kepada manusia. Akhlak yang terpuji akan lahir dari keikhlasan beribadat kepada Allah, apabila difahami maksud dan tujuannya. Dari akhlak yang terpuji lahirlah peribadi unggul untuk memimpin manusia ke jalan yang diredhai Allah.
Semoga Allah memelihara kita dari terjatuh ke dalam khurafat dan semoga Allah memberi hidayah kepada kita untuk mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW.
Wallahu ‘Alam.