Saturday, November 1, 2014

RESIPI: KULIT AYAM GORENG RANGUP / CHICKA- GORE oleh Mamak haji

RESIPI: KULIT AYAM GORENG RANGUP / CHICKA- GORE:
Respi ini sangat mudah..panaskan air sehingga mendidih. masukkan dua tiga titis cuka..utk hilangkan hanyir ayam. Masukkan kulit ayam seberapa yg anda ada. Bila masukkan kecilkan api dapur..masak kulit ayam sehingga masak dlm keadaan reneh (15 minit).
2. Keluarkan kulit ayam yg telah rebus masak, toskan. bila sejuk kikis lemak-lemak yg masih ada pada kulit ayam. Kikis dgn cermat jgn sampai kulit pulak dikikis. Masukkan kulit rebus ini dlm sebuah bekas dan simpan dipeti sejuk semalam atau 2 jam. Bekas simpan itu jangan tutup untuk dehyderasi air didalam kulit ayam (nak keringkan).
3. Keluarkan kulit dan sediakan tepung kering untuk salut..kalau rajin buat sendiri tepung goreng, kalau tak rajin beli saja tepung rempah goreng ayam tersedia jual. Buat dua jenis tepung.. satu kering dan satu lagi basah. Salutkan setiap kulit ayam dgn tepung kering dan celup dlm tepung yang diadun dgn air...kelikatan sama mcm tepung goreng pisang.
4. Goreng dengan minyak yg panas biasa dlm paras minyak 1 1/2 inci dalam, selama 3-4 minit. Kalau tak cukup garing..bila goreng kulit sejuk sedikit goreng semula..double fry akan berikan XXXtra rangup.
5. Boleh makan begitu saja atau cicih dgn sos cili Thai..selamat kruk..kruk hehehe.
Jgn takut lemak kulit..bila rebus... 75 % lemak telah keluar..lepas keruk lemak 20 peratus lagi dah dikeluarkan..maka dgn 5% lemak tak apa..no harm.

RESIPI: CHAR KWAY TEOW (VERSI ORG TIONGHUA PULAU PINANG)



RESIPI: CHAR KWAY TEOW (VERSI ORG TIONGHUA PULAU PINANG):
Kedengaran ketukan kuali mee goreng mamak semakin berkurangan di Pulau Pinang dengan kehadiran resipi Char Kway Teow org Cina dan Char Kuoy Teow Basah orang melayu telah mengambil-alih "Mee Goreng Mamak Jalanan"..di Pulau Pinang ini ada dua jenis Char Kway Teow yang begitu popular..resipi char kway teow org Melayu yg mamak haji dah berikan..satu lagi respi char kway teow respi org Cina Pulau Pinang.. masakan ini lain sikit dari tempat lain..
1. Bahan-Bahan Diperlukan:
- 500gm kway Teow.
- 4 sudu besar minyak masak / kacang.
- 3 sudu besar bawang putih dicincang halus.
- 250 gm udang bersaiz sederhana, kopek udang dan tinggalkan isi atau ekornya.
- 250 gm sotong putih dihiris empat segi atau bulat tebal.Kulit sotong kalau merah..rendam dalam air cuka panas..kulit merah boleh tanggal jadi putih melepak.
- 1/2 cawan kerang direbus 3/4 masak dan dikopek isi dgn garpu.
- 3-4 biji telur.
- 3 - 4 cawan taugeh segar.
- 1/2 cawan daun kucai dibasuh dan dikerat 11/2 panjang.
2. Bahan-bahan untuk buat sos perasa untuk goreng:
- 2 sudu besar kicap pekat mee (kicap mee Tamim).
- 3 kicap cair.
- 2 sudu besar sos ikan.
- Garam dan serbuk lada putih.
- 2 sudu besar air.
Adunkan dalam sebuah bekas dan sedia untuk digunakan.
3. Bahan-Bahan untuk sos pedas untuk goreng:
- 4 sudu besar minyak masak.
- 2 sudu besar bawang putih dikupas dan dihiris halus.
- 1 sudu besar belacan.
- 2 cawan cili kisar.
- 3 sudu besar gula
- Serbuk perasa dan serbuk lada putih sedikit.
4. Cara-Cara menyediakan pes/sos pedas untuk gorengan:
a. Panaskan kuali, masukkan minyak, bila minyak panas, masukkan belacan dan goreng sehingga belacan keluarkan aromanya.
b. Tentukan api dapur diserhanakan dan masukkan bawang putih dan goreng hingga menjadi warna keemasan..jangan hangus yea.
c. Masukkan cili kisar dan biarkan ia goreng sampai pecah minyak )mcm goreng sambal tumis). masak hingga 25 minit tapi tentukan jgn hangus..rajin-rajin selalu kacau sambal ini. Dalam keadaan ini masukkan gula dan serbuk perasa/ lada putih.
d. Bila dah siap angkat dan ketepikan dlm bekas..kita nak guna utk goreng nanti.
5. CARA-CARA MENYEDIAKAN KWAY TEOW GORENG:
1. Panaskan kuali dengan api dapur yang keras. Dalam gorengan mee atau kway teow ini perlukan api keras kalau tidak ia akan lembik dan putus-putus. Sebab itu mamak haji syorkan jgn masak sekali gus di rumah..goreng ikut hidang satu persatu kerna kita tidak dapur dan kuali yg khusus untuk gorengan api tinggi yea.
2. Bila kuali panas masukkan minyak dan goreng bawang putih yg dihiris, tak guna bawang yea..org cina suka bawang yg telah tersedia goreng.
3. Bila bawang goreng mula tukar warna kuning keemasan, masukkan udang, goreng sekejap, selepas itu sotong dan kerang atau fish kek yg dihiris nipis. Semas gorengan ini pastikan air tidak dikeluarkan oleh sotong, udang atau pun keras..kena pandai api dapur yea..biar gorengan kita kering tapi jgn lama kalau tidak sotong jadi tayar.
4. Masukkan kway Teow sekarang..titiskan seikit demi sedikit sos kicap yg sediakan tadi. Kalu tak cukup garan atau bahan lain tambahkan. Sentiasa kaca gorengan ini. Goreng dlm 4-5 minit.
5. Ok kita nak masukkan telur..buat kolam ditengah kuali dengan naikan kway teow ke atas dinding kuali. Titiskan minyak ditengah kuali ini dan masukkan telur. Tambah garam dan serbuk lada putih sikit. Kacau telur ini. Kemudian tutup telur ini dengan Kway teow..timbus.
6. Kini masukkan 3-4 sudu besar pes cili yg kita sediakan. Kepedasan terpulang, kalau nak pedas tambah saja pes cili ini.
7. Goreng dalam masa 3-4 minit.
8. Akhir sekali masukkan taugeh dan kucai telah ditoskan air basuhannya. Kacau dalam 1-2 minit dan angkat dan hidangkan.

PENYEDIAAN PES ATAU KUAH untuk koay teow ala orang utara.

Ini cara penyediaan sos untuk kway teow 'ala masakan org utara ..sebenarnya ia senang disediakan:
PENYEDIAAN PES ATAU KUAH:
Bahan-Bahan:
1 Jug ( 2 liter) air panas (setelah mendidih) boleh juga guna air rebusan kulit dan kepala udang..kalau ada.
1 cawan (cup) gula pasir.
3 sudu besar perasa makanan (Aji No Moto).
250 ml (1 cup) Kicap cair (pilih yang berwarna cerah sedikit).
125 ml (1/2 cup) Kicap sos ikan cap Ikan.
250 ml (1 cup) Kicap sos ikan cap Sotong.
Gaulkan semua bahan-bahan tersebut dalam sebuah bekas sehingga gula larut. Pes anda telah sedia. Kemasinan pes anda bergantung kepada jenama kicap yang digunakan, maka anda perlu tentukan setiap kuantiti adunan dengan cita rasa anda sendiri. Anggaran kuantiti diberikan adalah sebagai panduan saja. Kicap cair yg digunakan mestilah jenis kicap org Cina yg disahkan halal oleh JAKIM yea..
nota: tidak perlu gunakan sos tiram kerana sos ikan dan Perasa makanan digunakan. Sekiranya anda ingin gunakan, tentukan pes anda jangan terlalu masin dan pekat.

Kisah dal bersama Mamak haji

Jom kita ambil tahu sedikit tentang Kuah Dal atau orang Utara gelar kuah paruppu ini. Kuah dal yang mamak haji ingin kongsi ialahyg paling diminati di India dan juga rakyat keturunan Tamil di negara ini. Dal atau Parpu atau namanya terkenal di India sebagai, 'Toor Dhal', atau dalam bahasa tamil digelar, "Thuavaram Paruppu", adalah sumber protein utama untuk orang-orang yang mengamalkan diet sayuran atau vegetarian diet. Penganut agama Hindu adalah golongan yang amalkan diet vegetarian. Maka Dal/Paruppu ini menjadi makanan utama bagi mereka ini untuk sumber Protein.
Di negara kita kari parpu ini di minati oleh segala golongan masyarakat kerana ia adalah kari pencicah yang menambahkan kelazatan bagi Roti Canai. Kesedapan Set Roti Canai yang sedap bukan saja bergantung kepada pembikinan rotinya tetapi kari parpu juga memainkan peranan utama untuk melazatkan hidangan roti canai ini.
Biasanya kari Dal ini digelar oleh orang Tamil di malaysia ialah "Parpu sambar" ia berlainanan sedikit kerana sering gunakan sejenis adunan rempah yang digelar, "parpu podi". Jadi ia tak sama dengan kuah roti canai yea. Seluruh keenakan masakan kari dal ini bergantung kepada cara masak kacang dal itu sendiri.
Kacang Dal/parupu yang terdapat dalam negara kita biasanya ada tiga jenis. Jenis pertama kacang parupu yang berwarna kuningan dan leper yang diimpot dari Negara India. Ia lebih leper sedikit dan nipis dan cepat masak.
Jenis kedua dari negara Australia atau pun orang India gelarkan 'Paruppu Australia". Dal/Parpu jenis ini bersaiz besar dan tebal sedikit dari paruppu dari India. Ia murah dari parupu dari India. Biasanya parupu ini lebih sesuai untuk perniagaan dan amat sesuai buat kueh "masala vadeh" sejenis makanan ringan yang amat diminati di negara kita. Maka parupu Australia ini menjadi pilihan utama di negara ini.
Kacang Dal / Parupu jenis ketiga ialah parupu jenis berwarna oren dan selalunya digelar "Parupu Mysore". Parupu ini mempunyai keistimewaan dengan memberi rasa, haruman dan warna yang sangat terbaik. Kacang parupu ini lebih mahal dari kedua jenis parupu tadi. Ia lebih bersaiz kecil dari kedua-dua jenis parupu yang mamak haji terangkan. Paruppu ini sering digunakan dalam resepi Benggali.
Satu lagi jenis seperti parupu yang mamak haji nak terangkan ialah, "Gram Dal" atau pun kita sering gelar,"kacang kuda." Gram dal ini adalah kacang kuda yang dibuang kulit dan terbelah dua. Warna dan saiznya seakan paruppu tetapi ia lebih mahal dari harga kacang parupu. Jangan salah pilih.
Sebutan DAL itu perlu difahami kalau tidak keliru. Maka inilah sebab mamak haji gunakan perkataan parupu ini lebih sesuai. Ramai juga di negara kita gelar DAL untuk parupu. Ia akan megelirukan anda dengan resepi DAL - CA disebut. DALCA sebenarnya gunakan kacang parupu bukan gunakan kacang DAL atau GRAM DAL.



Tips:
 Biasanya parupu yang sedang rebus akan membuak sama seperti masak nasi. Untuk elak membuak, tambahkan minyak masak sedikit masa masak kacang dal ini dan rebus sehingga kacang paruppu lembut (kalau dipicit diantara dua jari ia akan hancur) Cara masak parupu ini sama dengan masak resepi DALCA. Satu keistimewaan kari parupu ini ialah ia boleh disediakan dengan apa saja sayur-sayuran seperti labu air, kacang panjang, kentang, terung, labu ular, labu manis, carrot dan sebagainya untuk melazatkan lagi kari parupu ini. Tapi yang lazimnya ialah kentang, kacang panjang, terung, karot dan tomato..tambahkan keunikan rasa kari paruppu ini...

Kacang parupu yg belum masak jangan sekali-kali simpan dlm peti sejuk yea...jgn beli kacang paruppu dari supermarket atau hypermarket yang mendedahkan kacang parupu dibawah kesejukkan air cond yang terlalu bersuhu rendah atau dekat dgn bhg sayuran ataubahagian cold storage. Beli kacang paruppu telah dibungkuskan atau kedai runcit biasa..ambil masa yang lama untuk empuk.

Untuk masak 1/2 kilo parupu ia mengambil masa sekurang-kurangnya 45 minit ke 1 jam lebih dengan api dapur biasa. Dengan sebab ini, cara terbaik masak parupu perlu menggunakan "pressure cooker" atau pun kacang parupu terlebih dahulu direndam. Air yang digunakan untuk rebus kacang parupu perlu cukup setakat untuk masak kacangnya untuk menjaga keseluruhan kelikatan kuah kari parupu. Biasanya sukatan air untuk masak parupu ialah 2 kali ganda paras air dengan paras kacang parupu.

TIP - TIP MEMBELI DAN MENYIMPAN DAGING AYAM oleh mamak haji

TIP - TIP MEMBELI DAN MENYIMPAN DAGING AYAM.
Cerita supermarket kat negara kita..ayam sejuk bekuan dicairkan aisnya dilembutkan dipaparkan sebagai ayam segar...bila tak habis simpan balik dlm bilik sejuk beku..esok keluarkan rendam dlm air utk menyahkan ais..jual mcm ayam segar juga..sapa kita nak tegur depa?..pihak yg ada kuasa pun buat tak erti saja.
Suhu simpan ayam lain, suhu simpan daging lain dan ikan pun lain juga..tapi di negara ini suhu untuk kesegaran bahan makanan tak pernah dipraktikan..roti digigit tikus pun dijual.Bila tegur muka buat selmba..bahan makanan dlm tin kemek pun jual..tanda harga barangan lintang pukang, di sengajakan utk keliru pembeli atau pengurusan yg malas kita tak tahu..harga ditulis tangan mcm seni khat sehingga 99 itu seperti 00 dan 7 itu seperti 4...lantak pii lah. Di pasar basah tempatan bila pihak berkuasa memeriksa timbang..semua peniaga tukar penimbang baru yg masih dalam salut plastik...hahaha.
Sekiranya anda membeli ayam sejuk beku(frozen) untuk simpanan, tentukan ayam tersebut dibungkus rapi dan tiada bahagian ayam itu telah lembut dan cair dari pembekuan. Sekiranya terdapat ayam sejuk beku telah dilembutkan atau cairkan. JANGAN SEKALI-KALI SIMPAN KEMBALI DALAM PETI SEJUK UNTUK MEMBEKUKAN KEMBALI. Proses dari beku kepada cair dan bekukan kembali akan mengalakan pembiakan bakteria yang bahaya dalam daging ayam. Beli jumlah ayam yang hanya perlukan untuk masak. Jangan simpan ayam sejuk beku yang dibeli di pasar raya dalam keadaan lembut atau cair. Sekiranya ingin membeli untuk simpan, beli yang sedia telah dibekukan. Ayam yang segar perlu masak selepas 12 jam di sembelih dan dibersihkan. Air dan darah ayam tidak boleh kontiminasi pada bahan makanan yang berada dalam peti sejuk anda. Ayam segar sekiranya disimpan dalam peti sejuk perlu digunakan dalam tempoh dua hari saja. Ayam sejuk beku boleh digunakan dalam tempuh 8-12 bulan mengikut tempuh tertera dalam bungkusan. Semasa proses sejuk bekukan ayam, tentukan udara perlu dikeluarkan dari bungkusan plastik sebelum diikat kemas dan simpan dalam Freezer.

tazkirah hari ini 114:[LIVE 1.11.2014] CERAMAH PERDANA "TAK HIJRAH CEROIIIII" - Ustaz Nazri Ha...

Petua untuk menghilang penyakit migraine

Petua untuk menghilang penyakit migraine
1. Merendam Tangan dalam Air Dingin
Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.
2. Berada Di Dalam Bilik gelap
Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.
3. Mengambil Sedikit Kafein
migrain, sakit kepala, hilangkan migrain, hilangkan sakit kepala
Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.
4. Carikan bahan-bahan berikut ::
~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar
Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.
Selamat Mencuba ..

Friday, October 31, 2014

Berhutang dalam islam

DEWASA ini, manusia berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kesempurnaan hidup sehingga memerlukan mereka berhutang.
Golongan ini berpegang kepada prinsip gaya hidup mewah meskipun hutang keliling pinggang. Punca utama mereka berhutang adalah untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah kepada rakan-rakan serta memiliki harta yang lebih daripada orang lain.
Sikap pembaziran tanpa keperluan ini adalah dilarang sama sekali oleh Allah SWT sebagaimana disebut dalam surah Al-Isra’ ayat 27: Ertinya: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada Tuhan-Nya”.
Namun, pada zaman moden yang mencabar ini, kos hidup dan harga barang keperluan semakin mencanak naik. Rentetan itu, kita terpaksa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Ia secara tidak langsung menjadikan berhutang sebagai lumrah dalam kehidupan manusia. Kita terpaksa berhutang untuk membeli kenderaan, rumah, perabot dan untuk memulakan sesuatu perniagaan. Justeru, berhutang sebagai perkara yang tidak dapat dihindarkan pada hari ini.
Konsep berhutang
Jika dilihat dari perspektif syariah, secara umumnya tidak ada halangan untuk berhutang dalam memenuhi keperluan masing-masing.
Antaranya, firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah yang menyebut: Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar)”. (Al-Baqarah: 282)
Ayat di atas menunjukkan bahawa konsep berhutang adalah dibenarkan dalam kehidupan manusia. Ia juga menggariskan beberapa syarat dalam berhutang seperti mestilah direkodkan bagi mengelakkan pertelingkahan bagi pihak berkontrak pada masa depan.
Bagaimanapun, Allah telah menjelaskan bahawa berhutang mestilah bersandarkan kepada beberapa kontrak yang diiktiraf syariah dan bukannya dengan cara yang tidak diredai Allah seperti riba.
Ini dapat dilihat dalam firman Allah tentang pengharusan jual beli dan pengharaman riba dalam ayatnya: Ertinya: “Allah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba.Allah kurangkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan melalui) sedekah. Dan Allah tidak suka kepada orang-orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa.” (Al-Baqarah: 275 hingga 276).
Berdasarkan ayat-ayat yang dikemukakan di atas, meskipun Islam membenarkan konsep hutang tetapi Islam telah menggariskan beberapa penekanan utama perlu diperhalusi dalam hal ini.
Hutang itu dibolehkan tetapi mestilah melalui mekanisme yang dibenarkan oleh Islam iaitu melalui kontrak yang berlandaskan syarak dan menjauhi elemen riba.
Di samping itu, Islam juga menegaskan supaya kita bersegera dalam membayar hutang untuk mengelakkan hutang berpanjangan dalam kehidupan kita.


Perceraian yang dilaknat Allah

PERCERAIAN melalui li’an amatlah jarang direkodkan di Mahkamah Syariah. Bagaimanapun, terdapat kes individu yang cuba menafikan pertalian darah antara bapa dengan anak disebabkan keengganannya untuk membayar nafkah.
Namun, dalam realiti kehidupan berkeluarga, terdapat juga aduan suami menuduh isteri melakukan hubungan seksual bersama lelaki lain, berlaku curang atau bapa tidak mahu mengakui anak kandungnya.
Pembuktian tuduhan tersebut tidak dilakukan mengikut standard hukum syarak biasa iaitu empat orang saksi lelaki. Ini kerana, tuduhan melakukan penzinaan adalah tuduhan yang sangat berat dan jika tiada bukti, orang yang membuat tuduhan boleh dikenakan hukuman khadaf iaitu 80 sebatan sebagaimana yang disebutkan dalam surah al-Nur.
Bagaimanapun, tuduhan ini dikecualikan jika berlaku dalam kalangan pasangan suami isteri.
Li’an dari sudut bahasa bermaksud sumpah. Perceraian melalui li’an ini disyariatkan melalui firman Allah dalam surah al-Nur ayat 6 hingga 10 yang bermaksud:
Orang lelaki yang menuduh isterinya berzina, sedang tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan itu) hanya dirinya sendiri, maka hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, sebanyak empat kali, sesungguhnya dia orang-orang yang benar; dan yang kelima (hendaklah dia berkata): laknat Allah jika dia orang-orang yang dusta. Bagi menghindarkan hukuman seksa isteri (yang kena tuduh) itu, dia bersumpah dengan nama Allah, sebanyak empat kali, yang suaminya telah berdusta; yang kelima (hendaklah dia berkata); laknat Allah jika suaminya orang-orang yang benar.
Ayat di atas menerangkan tentang prosedur yang perlu diambil oleh pasangan suami isteri jika benar-benar bermaksud untuk menamatkan perkahwinan melalui cara tersebut.
Ini merupakan satu lagi bentuk perceraian. Hakim Mahkamah Syariah boleh menamatkan perkahwinan itu setelah suami dan isteri mengangkat sumpah li’an mengikut prosedur seperti yang ditunjukkan dalam al-Quran.
Kesan sumpah

PASANGAN yang bercerai secara li’an

Kesan daripada perbuatan tersebut, kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri rela dilaknat oleh Allah sekiranya tuduhan yang dibuat adalah tidak benar. Hakim Mahkamah Syariah akan memberi amaran kepada kedua-dua pihak tentang kesan sumpahan mereka sekiranya suami ingin meneruskan upacara tersebut.
Setelah upacara tamat, mereka tidak boleh berkahwin semula atau rujuk kembali. Peruntukan mengenai perceraian melalui li’an ini telah muatkan dalam Undang-undang Keluarga Islam. Berdasarkan peruntukan itu, pasangan suami isteri yang telah mengangkat sumpah dengan cara li'an, Hakim Syarie hendaklah memerintahkan mereka difarakkan dan dipisahkan serta hidup berasingan selama-lamanya.
Dalam kes menafikan nasab pula, upacara li’an akan berlangsung sejurus selepas kelahiran bayi tersebut. Jika sebaliknya berlaku, mahkamah tidak akan melayan sebarang tuntutan.
Pernah direkodkan dalam kes tuntutan menafikan nasab anak dibuat di Mahkamah Syariah selepas bapa kepada bayi tersebut meragui sah taraf anak yang dilahirkan kurang sembilan bulan.
Bagaimanapun, mahkamah menolak penafian tersebut kerana ianya dibuat setelah sekian lama anak itu dilahirkan dan tidak ada keraguan yang munasabah untuk mengatakan bahawa anak tersebut boleh dikategorikan sebagai anak tidak sah taraf.
Peruntukan di atas bertujuan memberi pengajaran kepada manusia supaya mengamalkan hidup berakhlak dan saling menjaga kehormatan diri dan rumah tangga. Ini kerana, jenayah seksual di luar perkahwinan adalah jenayah yang amat berat dan boleh merosakkan keturunan manusia serta menjejaskan kebajikan anak tersebut.

Thursday, October 30, 2014

tazkirah hari ini 113:[LIVE301014][SIAPAKAH MUSUH YANG SEBENAR-USTAZ AUNI MOHAMED]

Tazkirah hari ini 112:[LIVE][301014] - Ustaz Ahmadi Hj Ahmad

For weight loss

Petua Untuk Melembabkan Kulit Badan

Petua Untuk Melembabkan Kulit Badan
1. Ambil sebiji mentimun dan buang kulitnya.
2. Potong halus-halus dan ramas hingga berair.
3. Sapukan air mentimun tersebut pada muka anda. Biarkan selama 25 minit.
4. Selepas 25 minit, cuci muka anda dengan air bersih.
5. Keringkan muka dengan tuala lembut.
6. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.

Koleksi Petua Wanita Untuk Penjagaan Perut

Koleksi Petua Wanita Untuk Penjagaan Perut
a. Mengempiskan Perut
Pilihan 1: Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.
Pilihan 2: Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
Pilihan 3: Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
Pilihan 4: Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
b. Mengempiskan Perut Selepas Bersalin
Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Kemudian, sapukan ramuan ini pada perut dan diikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.

Petua Suri Rumah Untuk Elak Perut Buncit

Petua Suri Rumah Untuk Elak Perut Buncit
1. Makan buah-buahan setiap hari. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan sahaja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.
2. Minum banyak air, kerana air tidak mengandungi kalori tetapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.
3. Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.
4. Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas bilik tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan sahaja dapat membakar 350 kalori sejam tetapi juga turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.
5. Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.

Tuesday, October 28, 2014

Tazkirah hari ini 111:[LIVE][211014][BM14]Geng Selfie Dengan Anjing - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

health benefits of guava

Tazkirah hari ini 110: [LIVE][281014][BM2] - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

RESIPI AYAM MASAK KORMA VERSI MAMAK HAJI



RESPI AYAM MASAK KORMA VERSI MAMAK HAJI:
Mamak haji bubuh tajuk ini bukan apa..masak korma ini ada berbagai versi..jadi jgn terkeliru dgn respi mamak haji yea.."lain padang lain belalang"..lain tukang masak lain caranya...
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam dibuang kulit.
1 cawan yogurt Nestle Natural.
3 bawang merah dihiris (bersaiz sederhana besar).
1 inci halia tua dicincang halus.
5 ulas bawang putih dicincang halus.
8 biji buah badam direndam dlm air panas,buang kulit diblender halus.
10 biji gajus (janggui) telah digoreng dan dicincang.
1 sudu besar Jus limau nipis (ikut selera anda kemasaman).
3 sudu besar (tbsp) minyak sapi / minyak masak.
Garam / gula secukup rasa.
Adunan Rempah Kurmak:
1 sudu kecil serbuk kunyit.
1 sudu besar serbuk ketumbar (corriander).
1 sudu kecil jintan putih.
1 sudu kecil serbuk cili.
1/4 sudu kecil serbuk lada putih.
1 sudu kecil "garam masala".
CARA-CARA MASAK:
1. Buang kulit ayam dan potong sepuluh bahagian. Bersihkan. Blender yogurt dan sebatikan bersama serbuk kunyit dalam garam. Adunkan dengan ketulan ayam rata. Peramkan sekurang-kurang dua jam atau semalaman dipeti sejuk anda.
2. Panaskan minyak/minyak sapi didalam kuali dan tumis bawang putih dan halia (kalau ada pes halia bawang putih gunakan 2 sudu besar). Selepas baunya naik masukkan bawang dan goreng hingga warna kuning keemasan.
3. Kecilkan api dapur. Jadikan pes rempah dengan adunkan sedikit air pada campuran rempah serbuk cili, serbuk ketumbar, jintan putih. Masukkan dalam kuali goreng sekejap sehingga haruman rempah naik. Bila aroma rempah naik masukkan ketulan ayam dan adunkan sebati. sederhanakan kembali api dapur dan biarkan ketulan ayam tergoreng sedikit beberapa minit 5-8 minit, supaya permukaan luar ayam keras dan tidak udah hancur dalam masakan.
4. Masukkan 2 cawan air panas ( kalau anda suka boleh masukan santan pekat 50gm) dan juga kisaran badam ke dalam kuali dan adunkan sebati. Tutup kuali dengan tudung dan biarkan ia masak dalam keadaan renehan. Anda boleh tentukan ayam itu masak melalui urat peha ayam sebelah lutut kaki mula berlubang, tandanya sudah masak (biasanya peha ayam bahagian yang terakhir masak). Tentukan kepakatan yang diperlukan. Biasanya jus dari daging ayam menambah kecairan kuah, maka air 2 cawan itu anda boleh masukkan 1 cawan dulu dan bila perlukan boleh tambah secawan lagi..
5. Masukkan "Garam Masala" dan garam, gula dan jus limau nipis secukup rasa.
6. Masukkan buah janggus telah goreng. Boleh lah kelaurkan dan hidangkan dengan taburkan daun ketumbar di atas hidangan..
Nota: Rasa rempah kurma ialah berasaskan campuran ketumbar dan jintan putih. Mamak tak letakan kayu manis, cengkih, buah pelaga kerana garam masala telah mengambil peranan. Kurma perlu pekat dan kuahnya adalah jus ayam yang dihasilkan melalui proses masakan cara reneh. Kadang-kala sukar menentukan jus ayam atau Stok ayam yang dihasikan semasa perenehan daging ayam, sekiranya pekat sangat tambah air panas sedikit.
Ada juga buat kari korma dengan masukkan santan dan segala rempah seperti kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan juga bunga cengkih dan tidak tinggal tomato atau kentang utk pekatkan kuah dan daun kari.ini adalah versi korma Selatan India atau Tamil..selalunya mereka gunakan kelapa parut digiling untuk memekatkan kuah korma ini juga.
Kalau pening sgt nak buat rempah kurma..mamak haji sarankan anda membeli rempah kurma siap ADABI dan masak dengan teknik mamak haji syorkan..korma adabi juga boleh gunakan sebagai masakan sup rempah mamak yg lazat.

RESIPI: KERABU BETIK MUDA / SOM TAM / GREEN PAPAYA SALAD oleh mamak haji

RESIPI: KERABU BETIK MUDA / SOM TAM / GREEN PAPAYA SALAD.
Bahan-Bahan yang diperlukan:
- 1 biji betik muda disagat 2 cawan penuh.
- 2 ulas bawang putih.
- 3- 4 cili padi merah - terpulang kepedasan yang anda kehendaki.
- 5 biji tomato cherry - kecil.
- 1 sudu besar udang kering.
- 1 dan 1/2 sudu besar sos ikan.
- 4-5 utas kacang panjang muda yang rangup.
- 1 biji limau nipis diambil jusnya.
- 2 sudu besar gula kabung/gula melaka atau gula pasir.
- 2 sudu besar kacang tanah goreng.
CARA PENYEDIAAN:
1. Kupas kulit betik, buang semua bijinya. Sagat betik dengan penyagat. Tentukan betik muda ini betul-betul muda..jangan ada kemerahan isinya.
2. Patah-patahkan kacang panjang dalam 2 inchi panjang (kacang panjang bila dipatahkan perlu ada bunyi kruuk menunjukkan kacang panjang ranggup sesuai utk ulam. Masukkan dalam bekas betik telah sagat.
3. Masukkan udang kering yang telah basuh, cili padi dan bawang putih kedalam lesung marmar Thai..batu lesung boleh juga tapi jangan tumbuk kuat..kita nak hasil yang kasar saja. Batu lesung Thai ini sesuai kerana kita boleh masukkan semua bahan ini kedalam dan boleh adunkan sebati.
4. Selepas lenyek ketiga-tiga bahan di atas..sekarang masukkan kedalam lesung thai ini gula kabung atau gula merah,adunkan serata...masukkan sos ikan dan jus limau nipis..adunkan serata.
5. Dalam lesung Thai ini juga masukkan tomato cherry dan lenyek. bila lenyek masukkan pula betik yg telah sagat dan juga kacang panjang. Rasa garam dan gula kalau tak cukup garam tambah sikit sos ikan..dan gula.
6. Hidangkan di kelopak kobis dipingan anda dengan taburkan kacang tanah goreng di atas hidangan. Selamat mencuba.

Petua Untuk Kuruskan Badan

Petua Untuk Kuruskan Badan
Pilihan 1: Ambil 2 biji buah delima putih, bersihkan dan tumbuk sehingga halus. Masukkan 3 sudu air masak dan sedikit garam. Tapis ramuan ini dan minum 3 kali sehari.
Pilihan 2: Buat minuman teh seperti biasa tetapi jangan masukkan gula. Bubuh air lima nipis dan minum setiap hari.
Pilihan 3: Hiris buah pinang sehingga nipis dan halus. Jemur sehingga kering dan tumbuk hingga menjadi serbuk. Setiap malam, anda ambil ½ sudu teh serbuk buah piang tersebut dan masukkan ke dalam secawan air panas. Minum berserta hampasnya, setiap pagi dan petang. Amalkannya 12 hari berturut-turut.

AAM; Bacaan & Zikir Sebelum Tidur Amalan Nabi Sollallahu 'alaihi wasallam.

Sunday, October 26, 2014

RESIPI ALU TAMA /KARI AYAM REBUNG BERSAMA KENTANG:

RESIPI ALU TAMA /KARI AYAM REBUNG BERSAMA KENTANG:
Resipi ini sangat terkenal di Negara Nepal. Masakan ini bagi pengemar kari yang lembut dan tidak pedas. "Alu" /aloo bermakna kentang dan "Tama" bererti Rebung. Yang istimewa resipi ini ialah tambah dengan "kacang pool"..dlm istilah bahasa english digelar "black eye pea". Boleh cuba untuk sedikit perbezaan resipi..dan katerer kilang yg ada pelangan pekerja Nepal..boleh mencuba.
Bahan-Bahan Perlukan:
- 1 kg daging ayam di potong sederhana kecil.
- 1 cawan rebung dihiris.
- 2 cawan ubi kentang dikopek kulit, dipotong dadu 1/2 inchi.
- 1 cawan kacang pool. Direndam semalaman.
- 1/2 cawang bawang labu dihiris.
- 3 tangkai cili kering.
- 1 sudu besar pes halia bawang putih. (3 ulas bawang putih + 1 inchi halia dihiris).
Bahan Rempah Kari:
- 1 sudu kecil jintan putih.
- 1 sudu kecil serbuk cili.
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam.
- 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar.
Bahan Tambahan:
- 1 cawan stok ayam atau 1 kiub stok segera dengan air suam.
- 1/2 cawan yogurt atau susu cair tin.
- 1 cawan tomato di hiris kiub.
- 2 besar minyak.
- Garam dan gula secukup rasa.
- Hiasan diatas daun ketumbar.
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan cili kering, biarkan sehingga menjadi kehitaman.
2. Masukkan pes halia bawang putih goreng sekejap. Masukkan pula bawang hirisan dan goreng sehingga layu dengan api dapur sederhana.
3. Masukkan semua rempah-rempah dan goreng dalam 30 saat atau sehingga naik bau dengan api dapur keadaan kecil.
4. Masukkan daging ayam, rebung, kentang dan kacang pool. Kacau sebati seketika. Biarkan daging ayam tergoreng sedikit dengan rempah.
5. Masukkan stok/air secawan dan kembali api dapur keaddan sederhana. Masak beberapa menit sehingga mendidih.Bila mendidih kecilkan api dapur dan bawa kepada keadaan mereneh/simmering dan tutup kuali dengan penutup selama 15-20 minit atau kentang, kacang dan ayam masak secukup. Tentukan kelikatan kuah yang diperlukan dengan tambah air sedikit. Masukkan tomato.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Hidang dengan daun ketumbar dihiris.Selamat mencuba.

KAS-KAS VS MSG oleh Mamak Haji

KAS-KAS VS MSG:
Deria asas kita dalam lidah adalah lima (4+1) yang utama. Masakan yang dimasak tanpa lima deria asas ini tidak akan sedap. Seorang tukang masak yang bagus perlu pandai mengimbagi kelima-lima asas rasa, ia itu manis, masam, pahit, masin dan jangan lupa MSG?. Mamak tak mahu cerita pasal MSG ini bahaya atau tak bahaya dan cuma tiori-tiori yang mengatakan MSG ini membawa masalah kesihatan. Tak tahulah nilai kadar sebenar yang selamat dan perlu digunakan untuk tubuh badan manusia. Mee segera lama bertahan di negara kita penuh dengan MSG. Kalaulah apa yang gembar-gemburkan itu betul tentang keburukan pengambilan MSG ini, kenapa FDA di Amerika tidak haramkan kegunaan bahan ini?. Apakah deria lidah kita sudah dilatih dengan rasa perasa MSG ini pada setiap makanan?.
Kadang-kala Mamak fikirkan serbuk kas-kas yang digunakan untuk pekatkan lauk nasi kandar itu lebih bahaya dari MSG ini. Kerana kas-kas adalah biji dari pokok candu yang dihasilkan dadah Morphine. Dadah Morphine dihasilkan dari kelaran pada buah pokok candu yang hasilkan getah. Buah candu pula mengandungi biji kas-kas. Sekiranya ambil lauk nasi kandar berlebihan yang menggunakan serbuk kas-kas, kemungkinan ujian air kencing akan menunjukkan positif dadah. Awas. Di Dubai kalau dalam kocek anda ada kas-kas, anda boleh dipenjara. Arab saudi, Emirate Arab, Australia dan Singapura telah haramkan impot biji kas-kas ini. Apakah tidak haram minum "teh kas-Kas"...untuk kecergasan?.
Bahan-bahan yg mengandungi walau pun sedikit ketamin tetapi masih punyai kekuatan untuk ketagihan. Rokok juga boleh ketagihkan perokok kerana sistem badan telah dikuasai oleh Nikotina...Sekirannya nikotina tidak ada dlm tubuh..serba tak kena jadinya nanti..Daun ketum juga punyai ketamin berjumlah kecil..tetapi yg jual itu ditambah ubat batok yg mengandungi cordine sejenis dadah dari candu juga..Maka kawan-kawan mamak haji yg masih ketegaq mengatakan daun ketum bagus itu..fikir-fikirlah yea...

Status:
***MSG ialah bahan perasa makanan...kalau rasa dah cukup buat apa nak tambah rasa..tukang masak yg pandai..pandai mengimbangi rasa...
***tapi bila MSG dah dijadikan sebagai satu lagi tambahan rasa...makan kalau tak bubuh MSG org kata masakan Tawar
***Rasa MSG dikenali sebagai rasa umami, the fifth taste. Rasa umami juga ada secara asli dalam cendawan dan rumpai laut.
***Tak perlu msg cuma kena pandai pilih bahan untuk ganti. Boleh guna garam kasar, gunakan gula kabung , serbuk ikan bilis, stok rebusan air daging, bahan segar diantara benda yg boleh memberikan variasi yg berbeza pada deria rasa tanpa perlu letak msg...nenek moyang kita dulu sy rasa hidup tanpa msg..

Aplikasi terkini untuk pengurusan inventori dan aliran wang

SEPANJANG lima tahun berkecimpung dengan perniagaan secara dalam talian, Emerilda Sani, 36, sentiasa mencatatkan aliran wang dan stok barangan yang dijual.
Baginya, catatan itu merupakan kaedah penting yang perlu dilakukan saban hari dan waktu terutama apabila mendapat tempahan daripada pelanggan.
Ia juga merupakan satu kaedah penyimpanan data inventori atau senarai terperinci barangan serta produk yang dijual.
Sebagai seorang usahawan dalam talian sepenuh masa, catatan di atas kertas itu akan sentiasa dibawa ke mana-mana untuk merekod jualan dan inventori. Walaupun ia direkodkan menerusi cara manual iaitu dengan tulisan tangan pada kertas, Emerilda sentiasa menyimpannya dengan rapi.
“Rekod jualan dan aliran wang perniagaan merupakan perkara penting yang perlu direkodkan. Sebagai seorang usahawan dalam talian, pelanggan akan menempah produk yang dijual tanpa mengira masa. Setiap kali mendapat tempahan, saya pasti akan merekodkan jualan dan aliran wang masuk ke akaun bank,” ujar ibu kepada tiga cahaya mata itu.
Sejak dua bulan lalu, kerja merekod jualan dan aliran wang perniagaan produk melangsingkan badan, minuman penyahtoksikan dan kolagen yang dijual oleh Emerilda semakin lancar.
Bagaimanapun, kunjungan ke sebuah ekspo usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur baru-baru ini memberikan idea mengenai kaedah baharu kepadanya untuk merekod jualan dan inventori perniagaannya menerusi aplikasi pada peranti mudah alih Android iaitu Puff Inventory.
Aplikasi yang dibangunkan oleh sebuah syarikat bumiputera, Atas Awan Sdn. Bhd. itu ternyata memudahkan Emerilda untuk menguruskan perniagaannya. Baginya, aplikasi Puff Inventory memudahkannya untuk membuat semakan stok produk yang masih ada dalam simpanannya untuk dijual kepada pelanggan.



Apabila mendapat panggilan daripada pelanggan, Emerilda akan terus merekodkan permintaan produk itu menerusi telefon pintarnya.
“Puff Inventory merupakan satu langkah untuk merekod jualan dan inventori produk dengan mudah. Menerusi aplikasi itu, saya boleh merekodkan kesemua produk yang dijual dengan kod nama yang telah ditetapkan berserta harga. Ia memudahkan proses untuk merekod aliran penjualan setiap produk.
“Bagi saya, tetapan yang paling membantu menerusi aplikasi ini ialah kalkulator yang dihubungkan terus dengan rekod jualan. Apabila pelanggan meminta diskaun, saya boleh mengira amaun tepat dengan catatan pengurangan harga yang turut direkod,” ujar Emerilda yang juga Ketua Biro Wanita Persatuan Usahawan Internet Malaysia.
Pautan
Aplikasi Puff Inventory tidak berhubung atau mempunyai pautan dengan akaun bank. Pengguna aplikasi akan memasukkan data mengenai senarai produk dan harga dalam tetapan kategori yang telah disediakan. Ia membantu memudahkan usahawan untuk merekod jualan dan inventori perniagaan mereka.
Menerusi aplikasi yang mula berada di pasaran Google Play sejak Ogos lalu, usahawan tidak perlu lagi menulis data inventori, rekod dan resit jualan. Tugas itu kini diganti dengan menggunakan telefon pintar atau gajet Android yang menjadi keperluan seharian.
Aplikasi yang merekodkan jualan dan inventori pertama dibangunkan oleh anak tempatan itu merupakan kaedah terbaik untuk membantu usahawan PKS di negara ini.
Dua anak muda, Razman Yusof Mohd Sarit, 32, dan Aridzan Idzwan Alias, 34, yang berpengalaman luas dalam bidang perisian komputer membuat penyelidikan khusus mengenai sistem rekod jualan dan inventori di Malaysia. Ternyata terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh usahawan PKS di negara ini.
Masalah utama yang dihadapi oleh usahawan PKS di Malaysia ialah tiada penyelarasan rekod jualan dengan laporan inventori. Rekod jualan perlu diselaraskan dengan inventori untuk mendapatkan laporan penjualan serta kemasukan stok produk yang tepat.




Razman yang juga merupakan Pengarah Urusan Atas Awan Sdn. Bhd. memberitahu, berdasarkan kajiannya mengenai rekod jualan dan inventori itu, terdapat beberapa faktor PKS tidak mengamalkan kaedah sistematik.
Antaranya ialah mesin rekod jualan seperti mesin juruwang automatik di kios kecil terlalu mahal yang dianggarkan berharga RM2,500 hingga RM6,000. Sudahlah harga mesin yang mahal, ia juga tiada integrasi terkini, tidak stabil, rekaan lama, tidak boleh diakses dengan segera dan tiada sistem sandar internet.
Jelasnya, harga yang tinggi merupakan faktor utama kebanyakan usahawan PKS tidak akan melaburkan wang mereka untuk membeli mesin juruwang.
“Aplikasi ini dibangunkan bertujuan untuk membantu usahawan PKS merekodkan jualan dan inventori produk mereka. Usahawan juga dapat melihat graf jualan produk mereka di laman web. Ia membantu usaha untuk memantau jualan produk mereka dengan segera.
“Puff Inventory menggunakan kaedah perkomputeran awan (cloud computing) menerusi sistem Amazon Web Service. Pengguna aplikasi boleh mengakses akaun mereka pada setiap masa di semua lokasi untuk merekodkan jualan dan inventori perniagaan mereka menerusi sistem keselamatan unique user identification data (UUID).
“Sistem ini juga tidak boleh di godam dan kesemua data disimpan dengan selamat,” ujarnya ketika ditemui Kosmo! di pejabat Atas Awan Sdn. Bhd. di Bangsar South, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selain usahawan dalam talian, aplikasi Puff Inventory juga boleh digunakan oleh peniaga di kios kecil di pasar raya. Pemilik kios dapat memantau rekod jualan produk dan aliran wang masuk menerusi aplikasi tersebut dengan jaringan internet.
Bagi peniaga dalam talian, mereka boleh menghantar resit jualan kepada pelanggan menerusi sistem pesanan ringkas, aplikasi WhatsApp dan e-mel sebagai bukti pembelian. Menerusi teknologi Bluetooth, usahawan PKS boleh mencetak resit secara terus menerusi mesin pencetak untuk diberi kepada pelanggan.


Teknologi terkini
Razman Yusof yang pernah bekerja dalam bidang teknologi maklumat di United Kingdom berkata, Puff Inventory merupakan ideanya bersama empat orang ahli pembangun Atas Awan Sdn. Bhd. untuk memberi galakan kepada usahawan PKS menyimpan rekod jualan dan inventori secara lebih sistematik dengan menggunakan teknologi terkini.
“Berdasarkan kajian kami, telefon pintar Android menjadi pilihan pengguna gajet di Malaysia. Gajet Android juga terdapat dalam pelbagai saiz dan disebabkan itu kami memilih untuk membangunkan aplikasi Puff Inventory menerusi platform itu. Jika di kios kecil, tablet Android boleh dijadikan sebagai mesin juruwang untuk merekod jualan.
“Setiap maklumat yang dimasukkan menerusi aplikasi itu akan diselaraskan dengan data dalam akaun pengguna di laman web. Ia memudahkan usahawan untuk melihat pergerakan kategori produk jualan mereka menerusi catatan graf,” ujar graduan Ijazah Sarjanna Muda Kejuruteraan Komputer, Universiti Birmingham dan graduan Ijazah Sarjana Pengurusan, Universiti Wolverhampton, United Kingdom itu.
Puff Inventory boleh dimuat turun secara percuma di Google Play manakala untuk nama pengguna dan kata laluan bagi mengakses aplikasi itu terbahagi kepada tiga kategori bayaran bulanan iaitu Standard, Perak dan Emas.

Bermula dengan bayaran serendah RM49.90 sebulan bagi kategori Standard, dua nama pengguna dibenarkan untuk mengakses akaun aplikasi itu. Meskipun hanya dua nama pengguna, usahawan boleh memasukkan pelbagai perniagaan yang dijalankan mereka tanpa batasan dalam akaun itu.