Memang sakit hati betul kalau mendapati almari pakaian ada lipas! Pelbagai cara digunakan untuk memastikan lipas takkan bersarang di dalam almari, namun sukar juga. Apa cara terbaik agak-agaknya? Berikut adalah petua lama yang dapat membantu anda menjauhkan lipas dari almari.

Carikkan beberapa helai daun pandan dan masukkan ke dalam almari. Bukan sahaja lipas akan hilang, bahkan almari juga berbau wangi.

Cara yang kedua adalah anda boleh mengelakkan lipas masuk ke dalam almari baju cuba buatkan bunga rampai dan letakkan dalam almari tersebut.