Saturday, August 23, 2014

Petua Untuk Kecutkan Peranakan



Petua Untuk Kecutkan Peranakan
Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau selepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau gulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

10 health benefits of broccoli

Lala Tumis Serai

Bagi penggemar masakan laut, anda boleh cuba resepi Lala Tumis Serai dengan cara yang sangat mudah dan paling istimewa sebab rasa dan bau sajian ini saja, mampu memukau selera anda. 

Bahan-bahan:
5 batang serai                }
1 labu bawang besar      }
3 ulas bawang putih      } dihiris
100 gm halia                  }
5 tangkai cili api            }
1 helai daun kunyit       }
1 biji tomato – dipotong 6
100 gm taucu
30 gm serbuk kunyit
200 gm sos tiram 
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara Membuat:
  • Lala yang telah dibersihkan direbus untuk seketika
  • Tumis bahan-bahan yang telah dihiris sehingga berbau wangi.
  • Masukkan sedikit air, taucu, sos tiram, serbuk kunyit, tomato, garam dan gula. Kacau seketika dan masukkan lala.
  • Lala tumis serai

Siri Taman Syurga 67:LIVE | 21.8.2014 | Ustaz Muhammad Fawwaz

Detox Water

Petua Suami Isteri Agar Setiap Malam Adalah Malam Pertama (utk 18XX)

Petua Suami Isteri Agar Setiap Malam Adalah Malam Pertama
Ambil beberapa biji manjakani ni dan bersihkannya. Kemudian, rebuskan ia hingga mendidih. Seterusnya, biarkan air rebusan tersebut menjadi suam dan minum perlahan-lahan.

Petua Untuk Melegakan Sakit Kepala

Petua Untuk Melegakan Sakit Kepala
Ambil 3 atau 4 keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Sakit kepala anda akan hilang serta merta.

Coretan Ustaz Ebit Lew (14)



Tiba-tiba nak menangis dengar kisah benar hari ini yang diceritakan oleh seorang alim di barat...
Seorang suami ni ajak isterinya makan seperti biasa. Jom sayang kita pergi cuba makan sekian tempat sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa.
Isterinya diam dan tiba-tiba cakap. Saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain untuk makan istimewa dengan abang..
Suaminya terkejut dan tanya siapa pula sayang. Isterinya jawab, ajaklah mak abang. Abang dah terlalu lama tak meluangkan masa berbual dan makan dengannya. Saya sudah selalu. Pergilah..
Suaminya terkejut bercampur sedih dan terharu. Dia telefon ibunya dan ajak ibunya. Ibunya terkejut. Hanya berdua nak..yer kita berdua mak..
Dia pun bawa ibunya. Makan bersama-sama di tempat romantik dan istimewa itu.
Berbual panjang dan setelah itu. Ibunya senyum dan dia sangat gembira dapat makan dan bercakap-cakap panjang dengan anaknya..
Tanya dia pada ibunya. Ok ke ibu. Ibu seronok ker?
Jawabnya ibunya, yer anak. Susah-susah bawa mak ke sini. Seronok dapat bercakap-cakap dengan kamu.
Nanti saya bawa ibu lagi yer.
Jawab ibunya, nanti ibu pula belanja dan ajak kamu ke sini..
Setelah itu dia pulang. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Sibuk dengan isteri dan anak-anak setiap hari..tidak sempat beri masa buat ibunya yang keseorangan. Jumpa sekejap-sekejap sahaja..
Satu hari dalam kesibukan dia terkejut dengar ibunya sakit. Dia kelam kabut tinggalkan kerja kerana dia sayang ibunya. Bila sampai ke hospital ibunya telah meninggal dunia. Dia sangat sedih dan menyesal.
Tidak berapa lama dia dapat kad dari tempat makan istimewa itu. Tempat makan untuk dia dan isterinya sudah dibayar...
Dia pun makan. Masa makan dia dapat sikit nota dari siapa yang tempahkan tempat itu buatnya. Rupa-rupanya arwah ibunya.
Kata ibunya, terima kasih gembirakan ibu. Ibu nak balas dan tunaikan janji ibu. Ibu tempah khas buat kamu dan isteri kamu. Selamat bergembira..
Lelaki tadi dan isterinya menangis teresak-esak.
Itulah mak.....ya Allah tidak terbayar korban mereka. Tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu dan gembirakan mereka. Malam hari doa menangis pada Allah buat mereka...
Kadang-kadang ada orang rasa hebat baru khidmat sikit pada mak. Sebenarnya kita belum buat baik. Kita cuma balas jasa mereka. Itu pun tak terbalas. Mereka mandikan kita dari kecil sehingga 0-6 tahun. Tukarkan pampers atau lampin 3 tahun. Siapkan makan minum paling kurang 17 tahun. Dukung 3 tahun. Cuci najis 5 tahun. Doa buat kita selagi mereka bernyawa.
Jadilah anak soleh. Ini bukan pilihan. Tapi perintah Allah yang wajib dan teramat besar.
Hargailah ibubapa dan ibubapa mertua kita. Sayangilah mereka. Minta maaf. Buat baik. Jauhi yang haram-ebit lew www.keluargasunnah.com 14 september upm/ profesional sunnah 6 september usim

Friday, August 22, 2014

Deep Fried Mushrooms

Deep Fried Mushrooms
1 cup flour
1 tsp salt and pepper
1 egg
1 cup water or milk
1 pound button mushrooms
2 cups oil for frying, or as needed
In a medium bowl, stir together the flour, salt and pepper; mix in egg and water until smooth.
Heat the oil in a large deep skillet over medium-high heat. Test to see if oil is hot by frying a drop of batter. If it sizzles and floats to the top, the oil is ready.
Wash and Pat try mushrooms, the batter will stick better if dry; cut into halves or quarters, depending on how big the mushrooms are. Dip mushrooms into the batter and then place in the hot oil. Fry a few at a time so they are not crowded, until golden brown, about 3 to 5 minutes. Remove from oil with a slotted spoon and drain on paper towels.
Variations:
Add other spices to your batter, garlic powder, minced dried onion, red pepper flakes
Or
1 1/2 lbs button mushroom (cleaned with ends cut)
2 eggs
2 Tbsps milk
1/4 tsp black pepper
1 cup dry Italian Seasoned breadcrumbs
1/2 cup butter
Beat eggs and milk together until light and fluffy; mix in pepper. Dip mushrooms into egg mixture. Dredge in season breadcrumbs.
Over medium heat melt butter in large skillet. Fry mushrooms stirring ever now and again until they are tender and batter is brown.

resipi fishcake oleh Tahrunisah Jali..terimakasih..

Assalamualaikum..sebelum ni saya ada berkongsi resepi fishball ..sekarang saya kongsikan resepi fishcake pula..mmg ia sangat kenyal dan seperti dijual dikedai2yang diusahakan oleh bukan bangsa melayu...insyaallah semua yang saya kongsikan bersih, suci halal dan sangat menjimatkan kita..
Resepinya
500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecik (menggunung) tpg jagung
1 sudu kecil garam (nanti masa dah siap blend nanti ce rasa jgn masin sangat ye sbb nanti time sejuk lagi masin)
sedikit ajinomoto (terpulang nak isi atau tidak)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cup air sejuk (dr air batu)
** anda boleh menggantikan dgn fish fillet tapi abaikan/jgn taruk air ye sbb dlm fillet tu dah ada kandungan air dah... so abaikan sukatan air tu
caranya
isi ikan tenggiri diambil ..kulit takmau ye dan diblend halus saya guna food prosessor
kemudian masukkan sedikit air ais ..kisar lagi masukkan garam serta serbuk lada putih (siapa yang nak taruk ajinomoto taruk sikit)
kisar lagi dan masukkan 3 sudu tpg jagung dan kisar lagi..
sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi ..loyang tu biarla boleh masuk dlm periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware tahan panas..
masukkan adunan ikan tadi dlm bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak kluarkannya..(mcm buat serimuka)ratakan ia serta padatkannya.. menggunakan minyak yang disapu dijari anda utk licinkan permukaan ikan tadi dan kukus hingga masak..dlm 15 minit atau sehingga masak
terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi potong sepertimana bentuk fishcake..
panaskan minyak terendam.. dan goreng sekejap hingga ia kekuningan.. angkat dan toskan minyak siap..alhamdulillah..

Keburukan Makan Hati Ayam atau Organ Dalaman

Keburukan Makan Hati Ayam atau Organ Dalaman
Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan orang bukan Islam ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.
Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut orang bukan Islam ke nak ikut Nabi Muhammad ?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.
Kandungan racun dalam hati:
* Antibiotik tylosin
* Penisilin
* Oxytetracycline
* Kanamycin.
Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik
Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.
Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.
Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.
Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati .
Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.

PETUA PENAWAR PENYAKIT LELAH DAN SEMPUT

PETUA PENAWAR PENYAKIT LELAH DAN SEMPUT
Assalamualaikum ... Petua hari ini penawar penyakit lelah dan semput. Agak keliru sedikit dengan nama penyakit2 ini. Sesak nafas + semput + lelah. Ada sedikit perbezaan sebutan namun penyakitnya lebih kurang sama. Tetapi semput + lelah dikatakan lebih bahaya dari sesak nafas.
Tanda2 diserang penyakit lelah dan semput
Gangguan pada saluran pernafasan yang amat ketara
Pernafasan menjadi sesak berulang kali
Diikuti pula oleh batuk dan bernafas termengah2
Dada pesakit akan merasa sebak atau sempit
Serangan yang lebih teruk membuatkan pesakit batuk2 hingga membawa kepada muntah2
Tanda2 awalnya
Selepas beberapa hari ditimpa penyakit ini, pesakit mula mengalami sesak nafas yang berulang2
Pernafasan mengeluarkan suara bunyi yang halus
Keadaan sedemikian boleh berlaku selama beberapa hari dan mungkin berbulan2
Kemungkinan mendapat penyakit ini tidak dapat dielakkan
Sebab2 utama penyakit lelah + semput
Alergi seperti keadaan seseorang itu yang sensitif kepada sesuatu bahan tertentu seperti habuk + bahan2 pencemaran didalam udara yang disedutkan. Sensitif kepada kekabu + bulu ayam + habuk + bulu kucing + air batu + udara sejuk dan lain2. Ada yang sensitif atau alah kepada air krim + beberapa jenis ikan + udang dan ubat.
Ubat2 seperti Aspirin boleh menyebabkan penyakit ini
Senaman yang berat boleh memburukkan keadaan penyakit
Penawar untuk penyakit ini
Petua pertama - Perah susu kambing asli atau dalam botol juga pun boleh dan minumlah secara mentah2 setiap pagi selepas makan atau belum pun boleh. InsyaAllah.. penyakit lelah akan beransur hilang.
Petua kedua - Ambil beberapa helai daun atau tangkai bunga kecubung dan lembutkan dengan menggosok2 daun dengan tapak tangan dengan perlahan hingga betul2 lembut. Jemur daun tersebut hingga kering dan dibuat sebagai rokok. Amalkan 2 kali seminggu dengan perlahan2. InsyaAllah.. khasiat bunga kecubung dapat memulihkan penyakit ini
Petua ketiga - Ambil daun pokok ekor kucing + sedikit kapur sirih = digumpal atau di gosok2 hingga keluar buih. Ambil buihnya dan dilumurkan atau ditampal di bahagian bawah tekak (dekat halkum). Biarkan kering untuk beberapa jam. Amalkan 3 kali seminggu atau ikut kesenangan diri.
Nota
Sebenarnya ada banyak petua yang boleh memulihkan penyakit lelah + semput namun petua ini sahaja yang benar2 sesuai digunakan dalam Islam. Mudah2an dengan cara ini dapat membantu. Setiap amalan dan perbuatan haruslah dimulakan dengan Bismillah + selawat shifa + Surah Al Fatihah. Niatkan dan yakin agar herba2 ini dapat memulihkan penyakit dgn izin-Nya...
P.S/: Tidak disangkakan daun ekor kucing yang selalu aku buat main masak2 dulu (bunganya) boleh mengubati penyakit LELAH + SEMPUT. SubhanAllah

Fikir2 kan lah..dimanakah kita!

Manusia dan sebiji botol...
1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1
2. Kalau diisi jus, harganya RM 8
3. Kalau diisi Madu Yaman akan berharga RM200
4. Kalau diisi minyak wangi odd, akan berharga RM1000
5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yg suka.
Botol yg sama tetapi harganya berbeza sebab isi dalamnya berharga.. manusia semua sama, yang membezakannya adalah IMAN & AMAL dalam dirinya yg akan myebabkan dia berharga di sisi ALLAH atau dia di pandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka.
Fikir-fikirkanlah sebelum kita dipanggil dan disoal apa tujuan kita di hidupkan di dunia ini.

Thursday, August 21, 2014

High Blood Pressure

Pains you should never ignore!

Papaya For Uric Acid/Gout Problem


Papaya For Uric Acid/Gout Problem

***To SAVE this, be sure to click SHARE so it will store on your personal page***

First boil at least 3 liters of water, wash properly a green papaya of medium size, slice and remove the seeds, then cut into small cubes then place into the water and bring to boil, then add tea leaves (oolong) or green tea at least 5 bags similar to the tea making process. This is very effective for treatment of GOUT/URIC ACID. Frequently drinking this formula will heal the pain you've been suffering. Important point, skin of the papaya should be included !

Dosage: Drink frequently. About 3-4 glasses a day. After symptoms are cured, drink once every week to maintain alkaline state of the body.

Siri Taman Syurga 66:Dimanakah Nilai Diri Kita? - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Petua Untuk Mencegah Kembung Perut

Petua Untuk Mencegah Kembung Perut
Jangan makan makanan yang boleh menyebabkan angin (atau mengambilnya sedikit sahaja). Makanan yang boleh menyumbang kepada kembung perut adalah seperti berikut:
a. Epal Aprikot
b. Kekacang
c. Bran peach
d. Brokoli pear
e. Brussel sprout bertih jagung
f. Bunga kobis prun
g. Lobak merah raisin
h. Kobis sorbitol
i. Kacang (kering, dimasak) bawang
j. Hasil tenusu (mereka yang alah terhadap laktosa) kacang soya
1. Jauhi atau makan sedikit sahaja makanan yang boleh memberi kesan kepada anda. Kecuali sorbitol, kesemua makanan ini membekalkan zat makanan, oleh itu anda dinasihatkan supaya tidak meninggalkan langsung makanan ini.
2. Sediakan senarai semua makanan yang anda makan selama beberapa hari. Catatkan bila dan berapa kali anda terkentut atau sedawa. Jika anda mengeluarkan gas berlebihan selepas minum susu, cuba kurangkan atau jauhi dari mengambilnya.
3. Sekiranya masalah ini berlarutan, jauhi semua makanan yang mungkin menyebabkan kembung.
4. Sekiranya anda mendapat alahan terhadap laktosa, gunakan hasil tenusu yang rendah laktosa. Anda juga boleh menggantikan Lactaid iaitu sejenis enzim laktosa yang dapat dibeli di kedai. Ia perlu diambil bersama hasil tenusu untuk menghadamkan laktosa di dalamnya.
5. Elakkan kemasukan angin semasa makan.
6. Makan perlahan dan kunyah makanan tersebut keseluruhannya. Minum dengan menghirup beransur-ansur dan jangan meneguk sekaligus. Kurangkan meminum minuman bergas. Jangan mengambil gula-gula getah dan elak dari memakan makanan tanpa gula yang mengandungi sorbitol atau xylitol di mana kedua-duanya sukar dihadamkan dan boleh meransang pembiakan bakteria yang membantu pengeluaran angin.
PENCEGAHAN: Di samping mengubah diet, anda boleh memperkuatkan otot dubur (anal sphincter) untuk menolong mengurangkan kembung. Untuk ini anda boleh melakukan senaman Kegel. “Baring melentang, bengkokkan lutut dan jarakkan kaki 12 inci antara satu sama lain. Kemut otot-otot di sekeliling dubur (sama seperti ketika anda menahan kentut) dan biarkan seberapa lama yang boleh – sehingga 20 saat. Rehatkan otot tersebut perlahan-lahan, tarik nafas dalam-dalam dan ulangi proses ini. Senaman ini boleh dilakukan ketika anda berdiri dalam bilik mandi, atau duduk (semasa memandu) atau semasa buang air kecil.

coretan ustaz ebit lew(13)

Seorang wanita jumpa saya bersama anak kecilnya dalam perjalanan ke Jasin. Dia menangis dan menangis...dia kata ustaz, saya sedih dan selalu bertanya kenapa Allah buat begini pada saya.suami saya meninggal baru ni sakit tiba-tiba dan meninggal .hidup saya diuji dengan kesusahan tidak berhenti.
Saya tiada siapa lagi dalam dunia ini. Hari raya baru ni saya duduk rumah berdua dengan anak saya..
Sebab dosa saya ke ustaz? Saya memang jahil dan berdosa. Banyak dosa bersama suami dulu.
Tapi anak ini tidak berdosa..
Saya tanya anak puan ni umur berapa? MasyaAllah bakal daie dan alim besar..saya tengok anak yatim saya sentiasa ingat Nabi saw yatim piatu masa umur 6 tahun hilang ibunya setelah kehilangan ayahnya..
Allah sayang puan sangat. Allah buat kerana dia sayang. Pernah kita pergi jumpa doktor kerana sakit. Doktor buat sesuatu dan sangat sakit..ehhh kita jerit..tengok selepas itu alhamdulillah kita sihat. Dia buat demi kebaikan kita. Sebab kehidupan sebenar ialah kehidupan akhirat..
Pernah tak akak terbangkan anak ni. Atau lambung dia kemudian sambut semula?
Pernah ustaz....dia suka sangat..
Dia takut tak? Takut tapi nak..
Begitulah, masa anak dilambung dia rasa sangat takut. Dia menjerit. Tapi akhirnya dia senyum dan ketawa berdekah-dekah...dia berani cuba kerana dia ditangan ibunya yang sayang dia..
Begitulah kita takut dan sedih masa diuji...kita rasa seperti anak tadi di lambung tinggi-tinggi..tapi jangan risau kita sedang dilihat dan dijaga oleh Allah yang sangat baik..dia sedang lihat kita..
Saat kita rasa keseorangan, kita tak pernah seorang. Tuhan pemilik segalanya sedang lihat kita..
Dia sayang kita..tak cukup ke kak? Dia benar-benar sayang kita. Seorang anak tidak pernah faham nasihat seorang ibu melainkan setelah dia lalui semua itu dan dewasa...
Saya lihat ramai wanita yang sabar besarkan anak dengan Islam dan sabar. Hari ini anak mereka jauh lebih hebat dari anak yang ada keduanya..
Lihatlah Nabi saw.......akhlaknya, kebaikannya, dakwahnya.....selamanya tiada manusia boleh mengatasinya..
Dia bergenang air mata dan menangis..
Sebenarnya beginilah hidup ini. Tujuannya Redha Allah..sabar yer puan..Allah ingin beri sesuatu dan rahmat yang sangat besar...
Saya yakin satu masa puan akan tersenyum dan kuat untuk melalui semua ini...
Jika Allah ingin beri sesuatu rahmat dia mula musibah. Lagi besar musibah itu, insyaAllah lagi besar rahmat yang akan datang..
Dia sedang lihat puan ketika ini dengan kasih sayangnya..tadahlah tangan pada Allah. Menangislah dalam doa..doa senjata dan kuasa kita..selepas solat fardhu awal waktu tadahkanlah tangan...
Dia menangis dan ucap terima kasih..katanya lega dapat luahkan dan dapat menangis..benarlah ustaz, kita dalam jagaan Allah. Tak pernah seorang..

GULA MERAH LEMBUTKAN DAGING

Petua Dapur ‪#‎SDK‬: GULA MERAH LEMBUTKAN DAGING
Gula merah bukan sahaja digunakan dalam pembuatan bubur ataupun kuih. Tetapi ia juga boleh digunakan untuk melembutkan daging.
Caranya adalah dengan mengambil sedikit gula merah dan gaulkannya bersama daging.
Biarkan selama 10 minit dan masak seperti biasa selepas itu.
Oleh: Nadia Seri Dewi & Keluarga

Petua Untuk Merawat Sakit Mata

Petua Untuk Merawat Sakit Mata
Pilihan 1: Jika anda mengalami sakit mata, titiskan embun pagi ke mata setiap hari.
Pilihan 2: Tumbuk daun bunga melati hingga lumat, kemudian tampalkan di sekeliling mata. Sakit mata akan berkurangan.
Pilihan 3: Masukkan satu sudu besar garam ke dalam besen yang berisi air. Kacau garam hingga hancur. Kemudian pejam dan celikkan mata anda dalam air tersebut.
Pilihan 4: Rebus sedikit akar bunga raya putih, sejukkan dan titiskan ke mata.
Pilihan 5: Ambil sedikit susu ibu, kemudian titiskan ke mata setiap hari sehingga mata sembuh.

Wednesday, August 20, 2014

Nanas Atasi Kencing Tak Lawas

Buah nanas diketahui mampu mencegah kemerosoton maskular. Penyakit ini menyebabkan kehilangan penglihatan buat orang dewasa yang disebabkan oleh kerosakan retina.

Dengan memasukkan buah nanas dalam pemakanan, dapat merendahkan risiko penyakit lebih kurang 36 peratus. Ini adalah kerana buah nanas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan.

Apa yang lebih menarik, buah nanas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Oleh itu memakan buah nanas mampu mengurangkan sakit arthritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang.

Selain arthritis,memakan buah nanas dikatakan mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom terowong karpal dan gout.

Malah dengan mengamalkan jus nanas, anda dapat mengatasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan muka.

Amalan minum jus nanas ini juga dapat mengatasi masalah kencing tidak lawas. 

Petua Kecutkan Rahim

Sebaiknya wanita selepas bersalin, mengikuti petua yang disediakan ini kerana panduan ini dapat membantu anda mempercepatkan proses pengecutan dan merapatkan rahim atau sistem peranakan.

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menyediakan bahan-bahan seperti halia tua, kulit kayu manis, daun pandan, gula merah dan jintan manis.

Seterusnya, anda bolehlah merebus kesemua bahan-bahan tersebut di dalam periuk yang bersih. Setelah mendapati ramuan tersebut menjadi sebati, minumlah air rebusan ini sebanyak tiga kali sehari.

Petua ini juga amat berkesan untuk membuang angin dan melawaskan pembuangan air besar. Selamat Mencuba!

Info: pressing vs Ironing

Tuesday, August 19, 2014

LEMBUTKAN KACANG HIJAU

Petua ‪#‎SDK‬: LEMBUTKAN KACANG HIJAU
Selain pisang goreng, bubur kacang juga enak dinikmati untuk sajian minum petang. Namun ada kalanya kacang hijau yang digunakan lambat menjadi lembut dan menyukarkan untuk memasaknya.
Menjadikan kerja menyediakan bubur kacang menjadi cepat lembut adalah dengan menggunakan petua ini.
Caranya ialah, sebelum merebus, gorengkan kacang tanpa minyak terlebih dahulu sehingga sedikit garing dan berbau wangi.
Selepas itu rendam kacang dalam air lebih kurang dua jam supaya kacang cepat menjadi kembang dan lebih cepat dimasak.
Untuk memekatkan bubur kacang, masukkan sedikit biji sagu, pastikan bubur kacang akan menjadi lebih enak.
Oleh: Nadia Seri Dewi & Keluarga

Hilangkan Hanyir Ikan Pari

Ikan pari memang sedap dimasak terutama apabila dibuat asam pedas.

Namun lendir dan bau hanyir akan membuat selera terhenti. Walau bagaimanapun ada cara untuk menghilangkan bau dan lendir ini iaitu dengan meletakkan setengah cawan cuka dan gaulkan bersama ikan pari berkenaan.

Hasilnya bau dan lendir pada ikan pari akan hilang dan bolehlah dimasak seperti biasa. Cuka ini juga boleh menghilangkan ikan pari yang terlalu kuat bau hanyirnya.

Hilangkan hanyir ikan pari

Siri Taman Syurga 65:AAM; 17-8-14: "Bagaimana Mendapat Istiqamah Selepas Ramadhan?”

Monday, August 18, 2014

Coretan ustaz ebit lew(12)

Keluhan hati anak dara umur 12 tahun...
Anak ni jumpa saya selepas ceramah minta autograf buku. Comel adik tu. Dia baca doa permulaan yang saya selalu baca sebelum ceramah. Sedap betul suaranya..
Dia cakap, ustaz sayang anak ustaz tak? Comel anak ustaz. Sama nama dengan saya. Ustaz, mak ayah saya tak sayang saya. Diaorang cuma sayang adik saya jer..
Saya tanya macam mana tahu mak ayah tak sayang adik. Sebab diaorang tak pernah pandang saya masa saya bercakap. Saya cakap jer saya kena marah. Saya tolong jaga adik. Adik menangis, saya kena marah. Saya ambil botol susu adik. Saya lambat saya kena marah. Saya tengok tv saya kena marah. Lambat bangun tidur saya kena marah. Adik buat sepah saya kena marah. Adik menangis saya kena marah...
Semua yang mak ayah janji semua tak pernah beri. Saya nak cerita semua kat mak ayah. Tapi mak ayah tengok tv jer..saya buat semua salah dan asyik kena marah..
Ustaz, saya nak masuk asrama masa tingkatan 1. Ustaz doakan yer. Supaya saya tak kena marah dan biar mak ayah sayang adik jer.
Mak ayah saya garang sangat.
Saya sedih sangat. Teringat anak sendiri. Macam tulah anak-anak ingat semua janji kita pada mereka. Lihat apa yang kita buat pada mereka. Kita lebih sanggup mengadap hp dan gadget dari pandang muka anak..erm...aduhai...sedihnya...apalah nak jadi mak ayah macam nie...kenapalah jadi macam ni mak ayah orang Islam..
Kita sayang cium anak masa baby...semakin besar kerana perkara lain kita lupa nak benar-benar sayang mereka..
Bagi anak-anak cinta sayang ialah masa. Beri masa dan dengar anak-anak yang semakin membesar...
Rahmat Allah turun bila kita peluk, dukung, terbang, dengar cerita mereka. Cerita Nabi nabi pada mereka. Kenalkan Nabi dan sahabah.Cerita syurga dan neraka..banyakkan cerita rahmat dan kebaikan..
Berilah masa kerana ini semua amanah yang akan disoal nanti. Pelajaran paling besar ialah iman mengenal Allah dan Nabi saw. Pengajaran yang utama selepas itu ialah akhlak...kasih sayang..yang dia akan dapat lihat bagaimana kasih sayang yang kita praktikkan..
Ya Allah maafkan kami kerana tidak buat sebaiknya sebagai ayah dan ibu-ebit lew www.keluargasunnah.com 14 september upm...semua dijemput hadir

Sunday, August 17, 2014

Petua Untuk Melebatkan Rambut Lelaki

Petua Untuk Melebatkan Rambut Lelaki
Lumurkan 3 sudu minyak sapi ke seluruh kulit kepala anda. Bungkus kepala dengan menggunakan tuala yang kering. Biarkan ia semalaman. Keesokan harinya, bilas rambut anda sehingga bersih. Amalkan petua ini 2 minggu sekali.

Khasiat Asam Jawa

Khasiat Asam Jawa
1. Menghilangkan parut pada wajah
Campurkan asam jawa dengan sedikit air sebelum disapu pada wajah.
atau
Campurkan pes asam jawa bersama minyak zaitun. Sebatikan kemudian sapulah ke kulit wajah. Biarkan selama 15 minit barulah dibasuh
2. Menghilangkan jerawat
Campur bedak sejuk dengan asam jawa.Sapukan di muka dan di tempat jerawat.
3. Melembutkan kulit wajah yang kasar/Haluskan kulit wajah
Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam.
4. Untuk menurunkan berat badan
Air asam jawa elok diminum setiap hari untuk membuang lemak dalam badan dan memberi kesegaran tubuh . Amalkan selepas makan tengah hari dan makan malam.
5. Demam panas/demam
Ambil segenggam asam jawa kemudian diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi
6. Sakit perut
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
7. Batuk/Perit tekak
Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampurkan bersama gula dan air. Kemudian ditapis, minum seperti biasa.

DYING UPON THE SHAHADA | AMAZING TRUE STORY | SHAYKH AHMED JIBRIL

Tazkirah hari ini 61:[LIVE][170814] Forum Khas "MLM Akhirat: Mulia Di Dunia, Kaya Di Sana" - ...

Petua Untuk Mengatasi Sakit Pinggang

Petua Untuk Mengatasi Sakit Pinggang
Penyebab Sakit Pinggang
1. Adanya gangguan mekanikal pada struktur fungsi tulang belakang
2. Gerak atau sikap badan yang salah ketika membongkok dan mengangkat beban atau barang
3. Pemakaian sepatu dengan tumit tinggi, kerana dalam keadaan normal tulang belakang di bahagian pinggang mempunyai lengkungan ke depan. Apabila lengkungan ke depan tersebut berlebihan, akan menimbulkan gejala sakit pinggang
4. Tidur dengan alas/dasar yang terlalu lentur sehingga membuat tulang belakang mengikuti lenturan alas yang ditiduri
5. Kurang berolahraga sehingga menyebabkan kelenturan sendi-sendi dan jaringan ikut menurun, sehingga otot mudah cedera kerana gerakan yang saderhana, seperti: mengangkat, mendorong, atau membongkok.
Nota: Sakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan oleh pengaruh sesuatu penyakit, seperti gangguan ginjal, penyakit jantung, kanser, penyakit tulang, atau gangguan metabolik. Untuk mengurangi rasa nyeri dan untuk mencegah akibat yang lebih parah dari sakit pinggang, dianjurkan melakukan gerak tubuh. Perhatikan sikap tubuh agar terhindar dari keadaan tubuh yang bongkok atau lakukan aktiviti berbaring datar.
Pilihan 1:
a. Anda perlu meminum air halia bercampur sedikit gula yang telah direbus. Mula-mula, ambil sepotong halia sebesar ibu jari.
b. Tumbuk halus halia, campurkan dengan 2 gelas air dan sedikit gula. Kemudian, rebus campuran tersebut sampai mendidih.
c. Setelah mendidih, biarkan ia sejuk dahulu. Selepas itu, baharulah anda meminumnya 2 kali sehari. Amalkan selama 2 hari berturut-turut.
Pilihan 2:
Sediakan kuning telur. Telan mentah-mentah. Amalkan selama 3 hari berturut-turut. Sakit pinggang akan berkurangan dan sembuh.

Homemade Velveeta Cheese

Homemade Velveeta Cheese
1 Tbsp water
1 1/2 tsp powdered unflavored gelatin
1/2 cup colby jack cheese, grated
1/2 cup sharp cheddar cheese, grated
1/2 cup swiss cheese, grated
1 Tbsp non-fat or whole dry milk powder
1/2 tsp salt
1/8 tsp cream of tartar
1/2 cup plus 2 tablespoons whole milk
Line a loaf pan with plastic wrap hanging over the edges of the pan. This is to ensure easy removal from the pan when cheese ready to use.
In a small bowl put 1 Tablespoon of water, sprinkle gelatin on top, let sit 5 minutes.
In food processor place grated cheese, dried milk, salt and cream of tartar. Pulse to mix about 5 or 6 times.
Bring milk to a boil over medium heat, whisking to prevent scorching. Remove form heat; add gelatin stirring until it dissolves.
With your food processor running add hot milk into cheese mixture. Blend until the mixture is combine and velvety smooth.
Immediately pour the cheese mixture into your prepared pan. Chill in a fridge for at least 3 hours or overnight
Wrap in foil and store in fridge.
Find out more by clicking on the link below.
http://www.howtoinstructions.us/category/food

Petua Untuk Mengatasi Kencing Tidak Lawas

Petua Untuk Mengatasi Kencing Tidak Lawas
Pilihan 1: Ambil madu lebah, limau oren, madu dan air panas. Perah limau dan ambil airnya. Campurkan dengan madu dan air panas. Minum apabila menghadapi masalah tersebut. Bawang merah pula hendaklah dipanaskan di atas api dan gosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.
Pilihan 2: Ambil air basuhan beras yang ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari.