Tuesday, October 28, 2014

RESIPI AYAM MASAK KORMA VERSI MAMAK HAJI



RESPI AYAM MASAK KORMA VERSI MAMAK HAJI:
Mamak haji bubuh tajuk ini bukan apa..masak korma ini ada berbagai versi..jadi jgn terkeliru dgn respi mamak haji yea.."lain padang lain belalang"..lain tukang masak lain caranya...
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam dibuang kulit.
1 cawan yogurt Nestle Natural.
3 bawang merah dihiris (bersaiz sederhana besar).
1 inci halia tua dicincang halus.
5 ulas bawang putih dicincang halus.
8 biji buah badam direndam dlm air panas,buang kulit diblender halus.
10 biji gajus (janggui) telah digoreng dan dicincang.
1 sudu besar Jus limau nipis (ikut selera anda kemasaman).
3 sudu besar (tbsp) minyak sapi / minyak masak.
Garam / gula secukup rasa.
Adunan Rempah Kurmak:
1 sudu kecil serbuk kunyit.
1 sudu besar serbuk ketumbar (corriander).
1 sudu kecil jintan putih.
1 sudu kecil serbuk cili.
1/4 sudu kecil serbuk lada putih.
1 sudu kecil "garam masala".
CARA-CARA MASAK:
1. Buang kulit ayam dan potong sepuluh bahagian. Bersihkan. Blender yogurt dan sebatikan bersama serbuk kunyit dalam garam. Adunkan dengan ketulan ayam rata. Peramkan sekurang-kurang dua jam atau semalaman dipeti sejuk anda.
2. Panaskan minyak/minyak sapi didalam kuali dan tumis bawang putih dan halia (kalau ada pes halia bawang putih gunakan 2 sudu besar). Selepas baunya naik masukkan bawang dan goreng hingga warna kuning keemasan.
3. Kecilkan api dapur. Jadikan pes rempah dengan adunkan sedikit air pada campuran rempah serbuk cili, serbuk ketumbar, jintan putih. Masukkan dalam kuali goreng sekejap sehingga haruman rempah naik. Bila aroma rempah naik masukkan ketulan ayam dan adunkan sebati. sederhanakan kembali api dapur dan biarkan ketulan ayam tergoreng sedikit beberapa minit 5-8 minit, supaya permukaan luar ayam keras dan tidak udah hancur dalam masakan.
4. Masukkan 2 cawan air panas ( kalau anda suka boleh masukan santan pekat 50gm) dan juga kisaran badam ke dalam kuali dan adunkan sebati. Tutup kuali dengan tudung dan biarkan ia masak dalam keadaan renehan. Anda boleh tentukan ayam itu masak melalui urat peha ayam sebelah lutut kaki mula berlubang, tandanya sudah masak (biasanya peha ayam bahagian yang terakhir masak). Tentukan kepakatan yang diperlukan. Biasanya jus dari daging ayam menambah kecairan kuah, maka air 2 cawan itu anda boleh masukkan 1 cawan dulu dan bila perlukan boleh tambah secawan lagi..
5. Masukkan "Garam Masala" dan garam, gula dan jus limau nipis secukup rasa.
6. Masukkan buah janggus telah goreng. Boleh lah kelaurkan dan hidangkan dengan taburkan daun ketumbar di atas hidangan..
Nota: Rasa rempah kurma ialah berasaskan campuran ketumbar dan jintan putih. Mamak tak letakan kayu manis, cengkih, buah pelaga kerana garam masala telah mengambil peranan. Kurma perlu pekat dan kuahnya adalah jus ayam yang dihasilkan melalui proses masakan cara reneh. Kadang-kala sukar menentukan jus ayam atau Stok ayam yang dihasikan semasa perenehan daging ayam, sekiranya pekat sangat tambah air panas sedikit.
Ada juga buat kari korma dengan masukkan santan dan segala rempah seperti kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan juga bunga cengkih dan tidak tinggal tomato atau kentang utk pekatkan kuah dan daun kari.ini adalah versi korma Selatan India atau Tamil..selalunya mereka gunakan kelapa parut digiling untuk memekatkan kuah korma ini juga.
Kalau pening sgt nak buat rempah kurma..mamak haji sarankan anda membeli rempah kurma siap ADABI dan masak dengan teknik mamak haji syorkan..korma adabi juga boleh gunakan sebagai masakan sup rempah mamak yg lazat.

No comments: