Saturday, November 29, 2014

Petua Untuk Melegakan Senggugut

Petua Untuk Melegakan Senggugut
Pilihan 1 : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Pilihan 2 : Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.
Pilihan 3: Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap baharulah diminum air, didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
Pilihan 4: Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Pilihan 5: Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .
Pilihan 6: Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.
Pilihan 7: Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku. Rasanya memang kurang enak tetapi pasti akan berhasil.

Petua Untuk Menghilangkan Kutu Rambut



Petua Untuk Menghilangkan Kutu Rambut
Pilihan 1: Ambil beberapa biji bawang putih dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut kepala dengan kain selama 1 jam sebelum dicuci.
Pilihan 2: Gosok buah belimbing ke seluruh rambut dan kulit kepala. Biarkan kira-kira 5-10 minit dan bilas dengan air bersih. Rambut akan kembali sihat dan bebas kutu.
Pilihan 3: Ambil beberapa biji ubat gegat dan tumbuk hingga halus. Campurkan ubat gegat itu dengan setengah cawan minyak kelapa/minyak masak. Sapu seluruh kepala dan balut kepala dengan kain. Selepas 15 minit, bilas rambut.
Pilihan 4: Sapukan cuka putih pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat rambut anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda. Amalkannya setiap 3 hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.
Pilihan 5: Sapukan mayonis pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat rambut anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda. Amalkannya setiap 3 hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.
Pilihan 6: Sapukan minyak zaitun pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat rambut anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda. Amalkannya setiap 3 hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.
Pilihan 7: Sapukan sedikit minyak tanah pada rambut dan bungkus kira-kira 15 minit. Selepas itu syampu rambut anda.

merawat buasir

Petua kali ini petua merawat buasir dan dubur terkeluar. Petua ini bukan hanya cakap-cakap orang tua.Tetapi ada kebenaran disebalik khasiat majakani yang digunakan untuk merawat penyakit seperti buasir dan dubur terkeluar.
Dubur terkeluar biasanya berlaku apabila seseorang itu mengalami penyakit buasir tahap hampir kronik , dan pernah juga dialami oleh wanita yang melahirkan anak.Kisah bernar ini pernah berlaku pada seorang anak jiran aku namanya bedah (bukan nama sebenar) yang baru-baru ini telah melahirkan anak keduanya.Tak pasti dimana silapnya dia meneran sehingga dubur terkeluar (terasa seperti buang air besar). Doktor pulak pesan "takpe nanti datang kehospital balik selepas jahitan kering" nak buat ape pun tak boleh sebab dia baru melahirkan anak , luka pun tak kering lagi. Bayangkan bedah terpaksa menanggung kesakitan dan rasa kurang selesa beberapa hari atau mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan.
Ibu aku dengan segeranya mngarahkan seorang dari ahli keluarganya membeli majakani , lebih kurang macamni ayat beliau..
"suruh sape-sape beli majakani sekarang jugak , beli sekilo..(mood memaksa) basuh , keringkan . Dah kering blend (kisar kering) buat macam bedak sejuk dan tepek kat dubur.. "
"Ade lagi..!!..sebahagian lagi (majakani yang tak di blend) masukkan majakani kedalam nasi yg hampir tanak (kira macam kukus majakani) dan makan , sehari satu biji..!!"
Memangla pahit mak tuan, tak taula nak cakap macammana pahitnya sebab aku sendiri pun tak berani nak makan. Tapi yang pahit itu kan ubat.Sebab nak sembuh bedah melalui jua cabaran memakan majakani.
Akhirnya setelah beberapa hari menepek dan memakan majakani Alhamdulillah bedah semakin sihat , dubur yang terkeluar mengecut tak perlu dah buat rawatan kehospital.
Kalau ada sesiapa dikalangan anda mengalami musibah seperti diatas bolehla cuba jangan berlengah lagi. Lagipun bahan semula jadi lebih selamat dari ubat - ubatan yang mengandungi bahan kimia. Cara merawat buasir juga sama seperti merawat dubur terkeluar.Apepun kita hanya berikhtiar dan hanya Allah yang mampu menyembuhkan,untuk itu selingilah dengan doa agar usaha dan ikhtiar kita mendapat keberkatannya.

Friday, November 28, 2014

Koleksi Petua Untuk Wanita



Koleksi Petua Untuk Wanita
A. Melicin dan Memerahkan Kulit Muka - Ambil 1 biji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan ia kering selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 4 kali.
B. Menegangkan Kulit Muka - Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat atau dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Seterusnya, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka.
C. Menyerikan Wajah - Jika anda inginkan wajah anda sentiasa berseri apabila dipandang orang, amalkan selawat sebanyak 3 kali setiap pagi, sebelum mencuci muka. Seterusnya sapukan air itu ke muka anda.
D. Menghaluskan Kulit - Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.
E. Menghilangkan Bau Badan - Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makan kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.
F. Badan Ringan Dan Bertenaga - Minum air rebusan serai dan halia (yang dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika anda meminum air rebusan ini pagi dan malam, badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu untuk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

tazkirah hari ini 130:Ustaz Shaffi Yusof Gani - siapa pun tak tau bila kiamat terjadi

Khasiat Betik

Khasiat Betik
1. Mengubati sakit-sakit otot
Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.
2. Merawat masalah kulit seperti jerawat dan kekedutan
Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
3. Mengubati tumit pecah-pecah
Buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
4. Penawar Sembelit
Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
5. Kaya dengan vitamin c
Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.
6. Kaya dengan vitamin A
Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.
Selamat Mencuba 

Sunday, November 23, 2014

Petua Untuk Hilangkan Kurap Di Celah Kelengkang



Petua Untuk Hilangkan Kurap Di Celah Kelengkang
Garu celah kelengkang anda dengan sabut kelapa dan sapukan dengan minyak “Cap Kaki Tiga”. Hadapkan ke arah kipas angin. Amalkan selama 3 hari berturut-turut.

tazkirah hari ini 129:[LIVE][221114]Fasa Sebelum Malapetaka Akhir Zaman