Sunday, October 27, 2013

Petua Untuk Mengelakkan Kanser

Petua Untuk Mengelakkan Kanser

1. Minum air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.

2. Makan tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.

3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.

4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.

5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.

6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain buah sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.

7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.

8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

9. Dapatkan Omega – 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.

10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boleh mengurangkan risiko kanser payudara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.

No comments: