Tuesday, September 15, 2015

Jus jantung oleh mansurudin ibrahim

Bahan utk membuat jus utk jantung yg tersumbat :
1. 1kg lemon : ambil jus nya
2. 1kg halia : ambil jusnya
3. 1kg bawang putih : ambil jusnya
...
Masak dengan api perlahan selama 30minit. Sejukkan campurkan dgn cuka apple 1botol dan madu 2botol.
Minum pagi 2sudu dan malam 2 sudu.



Sunday, September 13, 2015

Sembang Niaga bersama coach baha(1)

Perkongsian ilmu bisnes KELAPA.
.
Salah seorang guru bisnes saya adalah seorang ustaz dari seberang. Dia sudah 30 tahun di Malaya , datang dari tanah besar indonesia.
.
Dia mengajar saya tentang bisnes. Katanya dalam bisnes perlu kuasai 3 ilmu...
1. Ilmu barang
2. Ilmu dagang
3 ilmu orang.
.
Saya selalunya perlukan masa untuk faham setiap formula yang dia kongsikan dengan saya.
.
Salah satu perkara yang dikongsikan pada saya adalah " jangan buat bisnes apa yang orang lain buat kerana disitu bisnes kita dikawal orang ".
.
Buat duit dari kelapa
=================
Ramai orang ada tanah dan mereka tanam sawit. Ramai yang tak tahu potensi menanam pokok kelapa. Kat kampung kelapa bersepah, sampai bertombong tak dikutip.
Begini ceritanya.
.
Sepohon kelapa mawar akan mengeluarkan lebih kurang 30 tandan kelapa setahun. Setandan ada 15 biji kelapa.
.
Berapa lama proses kelapa dari putik hingga boleh dikait. Kelapa perlukan setahun dari kecil hinggalah besar.
Formulanya macam ni..
.
15 biji ×30 tandan × sebatang pokok / setahun.

15 biji x 30 x 60 pokok se ekar
27,000 biji x 5 ekar
= 135,000 biji × RM1 ( jual terus )
=RM135,000.
Kalau jual kelapa muda sebiji RM2.50
135k × RM2.50 = RM335,500.00
Kenapa tak percaya itu pendapatan anda setahun?.
Bukan saya main-main
.
Kalau anda nak pencen 5 tahun lagi. Tanamlah kelapa. Sebatang benih baru RM40. Kurang penjagaan nya..kurang baja. Bila pencen esok ada aset.