Saturday, September 20, 2014

Petua Menghilangkan Parut Jerawat

 Petua Menghilangkan Parut Jerawat 
• Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
• Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.
• Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
• Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
• Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
• Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Bagaimana dengan petua-petua tersebut? Diharapkan petua yang dikongsikan disini dapat membantu anda walaupun sedikit
Selamat Mencuba.. sila share 

Tazkirah Hari ini 96:"LIVE" 20Sept2014 | Dato' Ismail Kamus

Petua Untuk Simpan Santan

Petua Untuk Simpan Santan
Santan baik disimpan dalam bentuk cair, iaitu selepas diperah santannya. Jika kelapa parut disimpan dalam freezer, ia akan mudah basi dan hasil santan yang diperah setelah dimasukkan dalam freezer tidak lemak. Perah dahulu (atau guna blender untuk mendapatkan santan yang lebih lemak dan pekat) baharulah simpan dalam freezer.

Toksoplasmosis mudah berjangkit

KITA akan berasa gembira sekiranya kucing peliharaan kita berjaya menangkap tikus atau mana-mana serangga yang berkeliaran di dalam atau luar rumah.
Kita juga pasti teruja apabila melihat si comel bermain-main dengan tikus yang berjaya ditangkap itu. Tikus yang masih hidup itu akan dibuli, dilepas, dikejar, ditempeleng dan ditangkap semula sebelum dimakan.
Bagaimanapun, tanpa disedari kucing peliharaan kita terdedah kepada bahaya sekiranya memakan tikus atau haiwan perosak yang sudah dijangkiti sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai Toxoplasma Gondii yang membiak di dalam usus, najis dan tanah. Jangkitan yang diakibatkan oleh parasit ini dikenali sebagai Toxoplasmosis.
Toksoplasmosis merupakan sejenis penyakit yang bersifat zoonotik iaitu boleh berjangkit kepada benda-benda hidup termasuk manusia.
Selain berjangkit daripada haiwan perosak yang dimakan, parasit itu juga boleh didapati atau dijumpai dengan mudah di kawasan persekitaran yang kotor, kawasan bernajis, daging mentah atau masakan yang tidak dibersihkan dan dimasak dengan betul.
Kucing yang tidak dikurung, dilepas keluar dan berkongsi tempat najis yang sama dengan kucing lain turut terdedah kepada parasit berbahaya itu.
Apabila kucing tersebut dijangkiti, parasit itu akan membiak dalam usus dan telur yang dikenali sebagai oocyst akan dikeluarkan daripada badan melalui najis.
Parasit ini akan mengeluarkan oocyst selama dua minggu.
Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan si comel telah dijangkiti parasit itu iaitu cirit-birit, kekurangan selera makan, keguguran (pada kucing betina), penurunan berat badan dan kegagalan saraf berfungsi dengan baik.
Sekiranya si comel kesayangan anda mengalami simptom-simptom ini, veterinar mencadangkan supaya ia dibawa segera ke klinik untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Kucing yang disahkan dijangkiti parasit Toxoplasma Gondii itu perlu menjalani langkah-langkah keselamatan seperti diletakkan dalam satu kawasan kuarantin.

Imunisasi

Parasit ini mudah menjangkiti manusia yang mempunyai sistem imunisasi rendah seperti wanita mengandung, warga emas, kanak-kanak dan pesakit HIV. Golongan ini disarankan tidak bermain atau bersentuhan dengan kucing atau haiwan yang dijangkiti.
Anda juga perlu membersihkan kawasan kuarantin itu sebanyak dua atau tiga kali sehari dengan menggunakan sarung tangan pakai buang dan peralatan lain bagi mengelak bakteria itu berjangkit kepada kita.
Bagaimanapun, parasit Toxoplasma Gondii masih boleh kawal dengan menggunakan antibiotik spesifik yang mampu menghalang parasit tersebut daripada terus membiak.
Selain jangkitan kepada kucing peliharaan, parasit Toxoplasma Gondii juga boleh berjangkit kepada manusia menerusi proses pengurusan atau pembersihan daging, ayam, ikan yang tidak bersih atau sempurna.
Persekitaran yang kotor dan tercemar, air minuman yang tidak dimasak atau tercemar dan menerusi najis haiwan yang telah dijangkiti atau sentuhan terus dengan haiwan lain yang telah dijangkiti.
Bagi individu yang telah dijangkiti, mereka akan menghadapi simptom-simptom seperti demam, susah untuk bernafas, sistem saraf tidak berfungsi dengan betul seperti sawan atau kurang keseimbangan badan, selesema yang ringan tetapi kerap manakala bagi wanita yang mengandung, keguguran boleh berlaku.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz3Do64Esef 
Hakcipta terpelihara 

Friday, September 19, 2014

Daun Belimbing Atasi Panau

Panau adalah penyakit kulit yang akan menjejaskan penampilan terutama kalau terkena pada bahagian muka.  
 
 
Mungkin tidak ramai yang berdepan dengan masalah panau, tetapi masih ada segelintir yang cuba untuk menghilangkannya. 
 
 
Caranya sangat mudah dengan menumbuk beberapa helai daun belimbing sehingga lumat. Seterusnya campurkan pula sedikit asam jawa dan juga beras. 
 
 
Pastikan kesemua bahan ini digaul rapi dan kemudian tempekkan pada bahagian kulit yang berpanau. Bagi melihatkan kesan atau perubahan ketara, petua ini perlu diamalkan secara konsisten setiap hari. 
Daun Belimbing Atasi Panau

Tips singki tersumbat

Perkongsian sedikit tips membaiki singki yg tersumbat.. bahan2 nya senang n murah sahaja..sure semua mama n mami boleh buat..xperlu tgu tukang plumper..InshaAllah. .
1. Garam, kalau boleh garam kasar utk effect yg bagus..hihi
Harga nya - rm1.80 je sebungkus
2. Clorox/cuka.. Harganya - rm5.50 sebotol kecik.. klu ade clorox lg bagus..
3. Air panas..
Okey..cara-caranya..
1.Taburkan garam kt lubang singki tu
2. kemudian tuangkan clorox untuk mencairkn garam tadi..
3. Kemudian Tuangkan air panas satu jug dulu..
4. Biarkan bahan2 sebati dlm lubang singki dahulu sehingga 10 - 20minit lebih kurang..
5. Kemudian ulang balik semula dari step no 1 - 4..
Buat dlm 3 kali.. InsyaAllah menjadi..
Klu ade ibu2 yg dh cuba bolehla kongsi resultnya nanti macammana ya..
Alhamdulillah setakat ni saya buat menjadi.. bila buat kali ketiga, air mengalir macam singki baru lajunya..hoho selamat mencuba.. hope membantu..

Khasiat Daun Pandan fb bernama radio24

Khasiat Daun Pandan
1. Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas
sahaja. Minum airnya.
2. Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
3. Melembutkan Daging
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.
4. Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
5. Mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari
P/s : Selamat mencuba

Wednesday, September 17, 2014

Spring Cleaning Recipe

I have had MANY MANY of you ask me to post this. Please SHARE so it will be SAVED to your timeline!
Spring Cleaning Recipe for the Grout
7 cups water, 1/2 cup baking soda, 1/3 cup lemon juice and 1/4 cup vinegar - throw in a spray bottle and spray your floor, let it sit for a minute or two... then scrub.
Share to save to your timeline:)

Tazkirah Hari ini 95:AAM; Pengalaman Dr Al Jubair (12); Kehebatan Jampi Ruqyah Dari Nabi SAW ...

Tuesday, September 16, 2014

Tazkirah hari ini 94:AAM; Pengalaman Dr. Al-Jubair (13) Sebaik Ummah, Amar Makruf Nahi Munkar...

TIPS MEMBELI TAYAR KERETA

Kepada Para WANITA sekalian..Admin nak kongsi info skit..Sekadar pengetahuan anda semua..
TIPS MEMBELI TAYAR KERETA
Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita??
Kadang kala kita terleka dan tidak mengambil kira dalam membeli tayar kenderaan kita.
Ia boleh mengakibatkan kemalangan atau ketidaksuaian dengan kederaan kita
Cuba kita perhatikan dan renung sejenak mengenai kod atau simbol yang
terdapat di bahagian sisi tayar kenderaan kita....
Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar :
175/70R13/82H
- lebar permukaan bawah tayar : 175 mm
- lebar permukaan sisi tayar : 70 mm
- jejari : R
- diameter rim : 13 inci
- indeks muatan & symbol kelajuan : 82H
• indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
• indeks muatan 71 = 345 kg
• indeks muatan 125 = 1,677 kg
• simbol H = kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h
SENARAI KOD:
S - 180 km/j
T - 190 km/j
U - 200 km/j
H - 210 km/j
V - 240 km/j
Z - melebihi had laju 240 km/j
W - 270 km/j
Y - 300 km/j
ZR - untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas
TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A 1905
- kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus)
- kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C)
- ketahanan suhu : TEMPERATURE A
• A : kawasan panas
• B : kawasan bercuaca normal
• C : kawasan sejuk
- tarikh pembuatan : 1905
• dua no pertama = minggu keberapa dibuat (dari minggu 1 – 52) jika 19
maka tayar itu dibuat pada minggu ke-19 atau minggu ke-2 bulan mei.
• Dua no terakhir = tahun ia dibuat. Jika 05 maka dibuat pada 2005
Selepas ini, jika anda ingin membeli tayar baru lihat betul2 kod yang ada supaya anda tidak tertipu dengan pembelian anda di kedai tayar.

Coretan ustaz ebit liew 20



Seorang wanita semasa keluargasunnah menangis dan tanya ustaz kenapa hidup saya penuh masalah. Saya tidak ada anak. Suami saya pemalas dan tak kerja...tidak solat. Saya mula nampak dia sibuk dengan hiburan..duit rumah semua duit saya.
Dia ada di depan sana. Saya puas pujuk dia datang dengar ceramah hari ini. Ustaz doakan yer..kenapa hidup saya sempit dan begini ustaz. Perniagaan saya pula merosot..adakah sebab dosa saya sebelum ini..kesilapan lalu..ada juga orang kata saya kena buatan orang.
Saya tanya dia, puan benar-benar ingin mendengar jawapannya..saya tahu jawapannya..
Beritahulah ustaz....
Semua ini kerana Allah sayang puan..hanya kerana dia sayang..dia ingin puan kembali padanya..dia nak ampunkan puan dan masukkan puan dalam syurga...hanya kerana dia sayang. Saya boleh janji puan akan bahagia selepas ini..tapi puan kena buat sesuatu...
Bagaimana ustaz? Memang akan bahagia. Apa amalan tu ustaz..
Sebelum puan balik ke rumah lagi cari peluang untuk berdoa dan bertaubat. Dalam majlis ini nanti ada saat kita berdoa bersama-sama. Puan menangis bersungguh-sungguh dan bertaubat pada Allah. Allah akan buka jalan dan saat itu juga puan akan bahagia...saya berani janji kerana Allah janji..dia pemilik semuanya..bila dia nak bagi bahagia, dia yakni Allah boleh beri seorang bahagia tak perlu suami yang baik. Tanpa duit yang banyak..tanpa apa pun. Kerana dia pemilik semua..tak perlu apa pun..dia Allah pemilik segalanya
Allah sayang puan. Lebih dari apa yang puan boleh bayangkan..lebih dari apa yang puan tahu. Dia Allah sayang hambanya..
Dia menangis dan tanya lagi. Betul dia sayang saya. Yer betul dia sayang puan. Bukan sebab dosa..
Betul hanya kerana cinta tanpa syarat. Hanya ingin kebaikan buat kita. Tapi kita tak nak ingat tuhan kita.Masa solat pun ramai masih lalai dan lebih malang tinggalkan solat..
Dia menangis..dan kata terima kasih ustaz..
Tadi dia email saya dan kata suaminya dah 4 waktu solat di masjid. Suaminya mula cari kerja...suaminya minta maaf padanya. Suaminya solat tahajud dan menangis mendoakan semua ahli keluarganya...
Saya syukur pada Allah..kerana keikhlasan setengah dari peserta yang hadir mungkin, Allah suka dan sayang dan jadikan asbab hidayah. Mungkin ada orang nampak biasa dan dia sendiri rasanya dirinya benar-benar kerdil tapi kadang-kadang mereka makbul di sisi Allah..
Uwais Qarni lelaki yang tidak dikenali...walaupun dalam kaumnya sendiri. Tapi Nabi saw pernah menyebut namanya dan mengarah minta doanya..
Apakah pandangan Allah pada saya? Pada kita? Hanya keredhaan Allah yang kita impikan-ebit lew www.keluargasunnah.com 3hari 2mlm kembara Iman dan Sahsiah cuti sekolah Nov dan Dis www.transformjiwa.com

Tazkirah Hari ini 93:AAM; Pengalaman Dr Al Jubair (17) Beza Antara Hati Yang Baik, Mudah Dila...

Tazkirah hari ini 92:AAM; Pengalaman Dr Al Jubair (2) Isteri Solehah Yang Menjaga Qiyamullail...

Tazkirah hari ini 91:AAM; Pengalaman Dr Al Jubair (1) Pemuda Menjaga Solat & Akhlak.

Tazkirah Hari ini 90:AAM; Pengalaman Dr Al Jubair 3 Pemilik Hati Yg Sejahtera,Bebas Dari Has...

Tazkirah Hari ini 89:AAM; Pengalaman Dr Al Jubair (7) Ibu Mandul 15 Tahun Bersabar Anak Sakit...

Sunday, September 14, 2014

POWER BREAKFAST

POWER BREAKFAST 
Must Try it 
In your blender:
1 pc banana
1/2 cup cooked oatmeal
1/3 cup yoghurt
1/3 cup almonds
1 cup ice cubes
Yogurt's got power-boosting protein and bone-building calcium. It can also help you lose weight and fend off a cold.
Bananas are a good source of potassium and magnesium which aid in maintaining normal blood pressure and are heart protective.
Banana is a food most appropriate when small but nutrient dense food has to be given in situations of extreme weight loss or extreme fever where the body becomes weak and there is food aversion.
Bananas have an antacid effect and are said to protect against stomach ulcers.
Oatmeal is loaded with fibers...lowers cholesterol and helps lower weight.
Oatmeal reduces heart attack risk.
Oatmeal lowers ‘bad’ cholesterol.
Oatmeal protects artery walls from damage.
Almonds help build strong bones and teeth.
The phosphorus in almonds helps make this possible.
Almonds provide healthy fats and aid in weight loss:
Almonds lower the rise in blood sugar and insulin after meals.
Almonds help provide good brain function and may also reduce the risk of Alzheimer’s disease.
Almonds nourish the nervous system.
Almond alkalizes the body...good for hyper acidic people.
TO SAVE this recipe or share with family & friends, be sure to click this photo and SHARE so it will store on your personal page. —
Keep sharing 

Tazkirah hari ini 80:Ustaz Ismail Kamus "Tafsir Al-Fatihah"

Mari beramal....

Mari beramal....
1) Setiap malam baca surah al-Mulk untuk mengelak dari seksaan kubur.
2) Sebelum tidur baca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali agar selamat dari kebakaran, kecurian, dan musibah di waktu malam.
3) Pagi esoknya baca Qulhuallah sebanyak 11 kali untuk mengelak kita dari perbuatan dosa di waktu siang.
( Ustaz Ismail Kamus & Ustaz Azhar Idrus )

Khasiat Limau Purut

Khasiat Limau Purut
1.Menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.
2, Melancarkan sistem pernafasan
- Sapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.
3. Memutihkan gigi
- Tumbuk daun limau purut dengan sedikit garam dan sapukan pada gigi anda
4. Sebagai wangian dalam aromaterapi
5. Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan.
6. Limau Purut baik untuk rambut
Ambil jus limau purut kemudian sapukan di kepala.Rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur.

Siri Taman Syurga 89:Setengah Isi Setengah Kosong

RESIPI MASAK GREEN CURRY AYAM oleh mamak haji

RESIPI MASAK GREEN CURRY AYAM:
Ini penyediaan kari hijau ayam masakan Thai. Gunakan pes yang telah dibuat: Ia lebih kurang seperti masak lemak cili padi ayam.
Bahan-bahan perlukan:
1 ekor ayam potong 10 bahgian..atau cari isi ayam dalam 1kg.
150gm santan pekat atau dlm satu tin santan dalam tin pun boleh.
4 helai daun limau purut, carik tulang daunnya.
2 sudu besar jus limau purut.
1 sudu kecil gula atau serbuk perasa (aji).
2-3 sudu besar minyak masak.
1 biji lada benggala dipotong dadu.
sedikit daun selasih.
Cara Masak kari:
1. Panaskan periok masukkan minyak. Bila minyak pansa masukkan pes yang telah sediakan. Tumis (2 minit) atau aromanya naik.
2. Masukkan 3/4 dari santan, 1/4 bahagian simpan untuk ditambahkan semasa hidang.
3. masukkan ketulan ayam, bila mendidih kecilkan api dan bawa berkeadaan reneh (simmering). Tutup periok. Masak sehingga ayam masak sempurna. Kacau selalu untuk tidak pecah minyak.
4. Masukkan lada bengala dan daun limau purut. Masak dalam 2-3 minit. Jangan lebikkan sangat lada benggala.
5. Matikan api dapur dan masukkan sos ikan untk kemasinan. Masukan satu dua sudu dan rasa kemasinan.
6. Hidangkan dengan daun selasih dan tuang 1-2 sudu santan segar di atasnya. Selamat mencuba.


RESIPI: PES GREEN CURRY (THAI).
Bahan-bahan diperlukan:
1 sudu besar batang ketumbar dihiris.
1 sudu besar biji ketumbar.
2 sudu kecil biji jintan putih (cummin seed).
1/4 cawan atau empat sudu besar hirisan lengkuas.
1 biji limau purut (kaffir lime) ambil 2 sudu besar jus. Kulitnya parut 1 sudu kecil.
4 sudu besar hirisan serai.
1/2 sudu kecil biji lada hitam.
1 sudu kecil garam atau ikut rasa.
1/2 cawan hirisan bawang kecil siam / shalot.
1 sudu kecil belacan.
1 sudu kecil gula merah.
10 - 15 cili padi..kalau nak pedas tambah saja seperti masak lemak cili padi.
Cara-cara buat pes:
1. semua biji rempah digoreng kering dan tumbuk lumat.
2. masukkan semua bahan-bahan di atas dan tumbuk halus dengan batu lesung. Boleh juga blender tapi kurang umppph sikit. Masukkan 2 sudu besar santan dan kacau rata dan jadikan pes.

Belajar Mengenali Rempah ratus bersama Mamak haji

REMPAH BUAT SENDIRI:
Sebelum mamak haji mulakan siri buat rempah sendiri minggu ini..fahamkan sedikit istilah-istilah rempah ini. "Masala" bermakna adunan bahan-bahan rempah, seperti masalh kari ikan, garam masala, masala kurmak dan lain-lain. Bila mamak haji sebut "masala" bermakna campuran beberapa jenis rempah yea. Ada masala kering dan basah..tetapi kita belajar dulu masala kering.





CARA BETUL MENYIMPAN REMPAH-REMPAH:
1. Sekiranya rempah yang belum kisar atau "whole spice" di simpan betul boleh bertahan sehingga tiga tahun, rempah yang telah kisar boleh bertahan hingga 1-2 tahun, herba kering boleh tahan 1-3 tahun.
2. Kerosakan rempah boleh dikenal pasti dengan, menjadi pucat warna asal, tidak ada rasa dan kehilangan aroma rempah itu.
3. Musuh utama kerosakan aroma ialah cahaya, kepanasan dan kelembapan udara (humidity).
4. Jangan sekali gunakan sudu yang lembab atau tangan yang basah mengambil rempah dalam bekas. Kelembabpan ini akan jadikan serbuk rempah berkental dan berbeku. Rempah yang belum dikisar akan rosak.
5. Jangan masukkan sebarang rempah dalam peti sejuk atau suka simpan di rak atas dapur masak.
6. Simpan rempah dibilik dingin, tidak masuki sinar matahari, dan kering.
7. Gunakan bekas kedap udara untuk simpan sebarang rempah.
Like
Bila mamak haji tulis rempah saja..jangan fikirkan ia cuma kayu manis, buah pelaga, atau pun bunga lawang. Bidang rempah atau spice ini sangat luas untuk terokai. Selain dari rempah asal seperti kayu manis dan lain, terdapat juga rempah campuran yang di gelar "masala" dalam bentuk serbuk atau pun pes dalam bekas. Ia seperti rempah kari ikan dan daging, rempah kurmak, keema curry masala, Goda masala, kofta curry masala, Garam masala, Rempah Tandoori, Tikka masala, BBQ tikka, masala Dalca, masala masak merah..dan banyak lagi.
Kebanyakan respi mamak haji berpandukan, "masala" ini. Kalau anda ingin terokai dunia "masala" masakan India ini..memang masalah besar terutamanya mengenal masala-masala ini untuk dapatkan masakan dan cita rasa yang tepat. Inilah maksud mamak haji "kesempurnaan sesuatu masakan adalah setiap kali membaiki masakan kita dan gunakan rempah yang tepat dan campuran masala yang tepat. Kalau hanya mengenal dan gunakan "rempah masala kari ikan "baba's" atau "Alagappa" saja anda belum lagi menjadi terbaik dalam masakan India. Syarikat perniagaan masala tak mengajar kita cara buat masala tapi mengajar kita bagaimana gunakan rempah mereka untuk lariskan produk mereka Sama juga speghetti Bologneese..mereka minta anda gunakan produk tanpa fikir bagaimana buat pes bologneese itu..mereka kata, "jangan jadi rajin, jadi lah malas" untuk jadi malas beli produk kita. Kalau mamak haji pun tulis resepi tanpa memberitahu bagaimana buat rempah itu ..sama dengan syarikat pengeluar produk rempah itu..apa lah gunanya respi mamak haji, cuma jadi pengiklan untuk syarikat mereka..

homemade yogurt oleh mamak haji

RESIPI: PENYEDIAAN YOGURT
YOGURT:
Yogurt atau nama tempatan di panggil "tairu" dibuat sendiri adalah lebih segar, kurang masam dan tidak ada geletin yang perlu was-was dari terdapat di pasar raya-pasar raya. Yogurt yang dibuat sendiri amat tergantung kepada kandungan lelemak susu yang digunakan dan jenis pendahulu Yogurt (culture yogurt) yang digunakan. Kepejalan yogurt yang buat dirumah juga bergantung kepada kandungan air dalam susu. Untuk mengelakan susu dan kandungan air kita perlu mendidihkan susu.
Menyediakan 500ml yogurt kita perlukan susu 500ml dan dua sudu cultured yogurt sebagai pendahulu.
1. Didihkan susu dalam periok sehingga mendidih. Tentukan susu yang didih sentiasa dikacau untuk memecahkan lemak yang mula terbina dipermukaan. (10 - 12 minit).
2. Biarkan sejuk susu yang telah didih kepada 40 C - 48 C atau 100F - 115 F. Suhu didapur cuaca panas memadai.
3. Masukkan "culture yogurt" dua sudu besar. (culture yogurt perlu dihancurkan) . Tutup penutup bekas yogurt ini dengan tuala dapur dengan membungkus untuk menyerapkan wap air. Suhu 40C - 48 C sentiasa perlu dikekalkan sepanjang pemerosesan ini. Pembentukan yogurt amat berantung kepada keadaan suhu ini. Maka adalah dinasihatkan dengan ini yogurt perlu dibuat pada tengah hari dengan cuaca panas di negara kita.
4. selepas 8 jam yogurt akan beku. Selepas beku segera masukkan dalam peti sejuk untuk mengelakan tindak balas bakteria yang lampau yang mana boleh masamkan yogurt anda. Dinginkan sekurang-kurangnya 12 sebelum digunakan.

Solat sunat Fajar

Nota: Solat sunat Fajar
(Solat sunat qabliyah selepas azan sebelum solat Fardhu Subuh)
Lebih Baik dari Dunia.
Jika seseorang diberikan sebuah syarikat dengan sahamnya, ia ada suatu yang baik.
Jika seseorang dikurniakan sebuah negeri dengan hasilnya, ia adalah suatu yang sangat baik
Jika seseorang diserahkan sebuah negara dan perbendaharaannya, maka ia adalah yang lebih baik daripada sebelumnya.
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda;
ركعتا الفجرِ خيرٌ من الدنيا وما فيها
"DUA RAKAAT (sunat sebelum) SUBUH LEBIH BAIK daripada DUNIA dan SEGALA ISINYA" [Shahih Muslim (725)]
Marilah bersama-sama merebut kurniaan besar yang dijanjikan Allah ta'ala ini.
‪#‎arar‬, 13/9/2014.

RESIPI MASALA BUAT SENDIRI: GARAM MASALA - PENGENALAN oleh mamak haji

RESIPI MASALA BUAT SENDIRI: GARAM MASALA - PENGENALAN.
Ramai di antara tukang masak atau pun suri rumah salah tafsir makna garam masala ini dalam kegunaan masakan dari India atau Nasi kandar. Makna, "garam masala" bukan bererti garam yang biasa kita gunakan. "Garam" dalam bahasa Hindi bermakna "Pedas" dan "masala" bererti rempah ratus atau blended spices. Jangan salah faham.
Sekiranya anda pernah makan nasi kandar mamak yang asli, selepas anda basuh tangan, hidu tangan anda, masih berbau dengan bau rempah yang harum bererti ia adalah hasil rempah yang berkualiti tinggi. Seperti kita makan sambal belacan yang terbaik, walau pun selepas basuh tangan dengan sabun, tangan masih berbau sambal belacan sekiranya belacan yang digunakan itu asli dari udang gerago yang segar. Begitulah rahsia rempah ini. Ada masa kita rasa kari Mamak nasi kandar itu bila dituang saja dalam pinggan nasi, bau harum rempah akan bangkit semerbak. Bagaimana ia terjadi?. Ada banyak andaian kononya rahsia rempah yang diadun yang amat bermutu tinggi dan digiling cara tradisi. Berbagai-bagai cerita mengenainya.
Mamak Haji suka ingatkan, janganlah pii tanya taukeh nasi kandar itu apa rahsianya. Taukeh itu sendiri pasti tidak tahu tapi pakai rempah apa?. dia akan tembak je!. Tukang masak Mamak nasi kandar ini, paling sukar dikawal dalam restoren. Tukang masak ini tidak akan bocorkan segala rahsia masakan pada sesiapa terutama untuk orang tempatan walau pun kita seagama dengannya. Inilah sebab dalam perniagaan restoren nasi kandar paling sukar mendapatkan perkhidmatan tukang masak yang berkemahiran. Terpaksa kena impot dari India. Takat masak, semua boleh masak tetapi rahsia sebenar masakan adalah pengalaman.
Anda jangan salah faham resepi cef selibirati dengan tukang masak yang sebenar. Cef seliberati ulang-kali mencuba resipi yang ingin paparkan untuk penonton dan resipinya cuma untuk sehari bukan boleh digunakan selama-lama atau sebagai sebagai resepi warisan. Bagi pengusaha-pengusaha restoren atau katering Mamak haji perlu ingatkan, "rasa sedap" ialah sebutan pelangan dan bukanya dari orang yang memasak. Bagaimana masakan anda boleh diterima dan dikatakan sedap oleh majoriti pelangan?. Sehingga kini ramai pengusaha restoren-restoren tidak mendapat sebarang resolusi tentang kesedapan ini. Masakan orang barat selalu pentingkan selera mata dari selera rasa, maka dengan sebab inilah lauk-lauk mereka ini di hiasi seperti lukisan yang menawan. Maka wujudlah seni dinamakan "Seni Kulinari". Pernah anda lihat seni kulinari dalam hidangan nasi kandar?. Orang barat menggunakan pentingkan deria penglihatan dalam sesuatu masakan. Masakan Cina mengabungkan segala deria (panca indera) yang terdapat dalam lidah, semasa makanan itu berada dalam mulut. Segala deria rasa di lidah diberi rangsangan. Maka Masakan Cina digemari oleh berbagai bangsa. Tapi orang Cina lupa deria sentuhan juga penting dalam menetukan makanan yang sedap..dengan sebab itu makan dengan tiga jari itu sunnah.
Rahsia kesedapan masakan nasi kandar ialah deria hidu dari haruman yang dikeluarkan oleh rempah. Rempah bukan saja digunakan sebagai haruman tetapi mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Kesimpulannya anda perlu tahu bila masak lauk nasi kandar, perkara asas perlu diberi perhatian ialah deria bau atau deria pembauan yang berlaku dalam proses dalam sistem olfaktori. Tanpa terangsang deria baun ini masakan nasi kandar tidak bermakna. Kali ini Mamak Haji ingin bawa saudara-saudari yang pengemar kari atau masakan nasi kandar ketahap tinggi sedikit dengan mengenali "garam masala".
Rempah yang digunakan untuk cipta resepi garam masala berbeza-beza mengikut selera masing-masing. Jangan anggap resepi adalah statik. Apa saja Mamak Haji menulis mengenai resepi, ia cuma penerangan bukan resepi yang kekal atau tetap. Anda jadikan panduan ini untuk mencipta resepi anda sendiri dan jadikan ia sebagai hak anda. Ini dalam perniagaan di panggil "memBranding". Sudah pasti lauk pauk nasi kandar anda lain dari lain tetapi rasa ori tidak terjejas. Nak terlalu berlainan, jangan pulak nanti kunyit hidup diganti dengan serbuk kunyit..hahaha!. Itu bukan berlainan tapi "out" dari resepi nasi kandar. Garam masala yang telah siap ada dijual dikedai rempah mamak.
Tapi anda mungkin tak perasan, setiap yang dikomersialkan oleh pembuat diutamakan "keuntungan". Maka pembuat akan buat resepi dari bahan-bahan rempah murahan. Sebagi contoh rempah jintan putih lebih mahal dua kali ganda dari rempah jintan manis. Kandungan rempah yang jual itu banyak gunakan rempah yang murah seperti jintan manis, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk halia, bunga lawang, biji rempah dan ditambah pula dengan tepung beras untuk rempah diadunkan dengan senang. Rempah mahal seperti biji jintan hijau, jintan hitam, terlalu sedikit kandungannya. Inilah sebab bila mamak haji selalu menggalakan peniaga-peniaga atau suri rumah mencipta sendiri rempah-rempah yang digunakan dalam lauk-pauk nasi kandar. Maka kali Mamak haji ingin menulis resepi garam masala.

RESIPI MASALA BUAT SENDIRI: GARAM MASALA
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 cawan biji ketumbar /corriander seed.
- 1/4 cawan atau 4 sudu besar biji jintan putih / cummin seed.
- 1 sudu besar jintan manis.
- 1 sudu besar lada hitam.
- 25 - 30 biji buah pelaga hijau.
- 10 - 12 biji buah pelaga hitam.
- 10 - 12 kuntum bunga cengkih.
- 2 kuntum bunga lawang.
- 5 - 6 keping kulit kayu manis 2" panjang satu yg telah dihancurkan.
- 6 - 7 helai daun salam India/daun beriani yg telah dihancurkan (selalunya jenis - -kering rapuh dijual dikedai mamak rempah).
- 2 biji buah pala kering..ketuk dan ambil isi dan tumbuk halus. Jangan sagai cuma tambah saja dalam serbuk lain.
CARA-CARA:
1. Goreng kering / sagai semua rempah di atas kecuali buah pala dengan api dapur sederhana sehingga mula keluar asap. Jangan hanguskan.
2. Selepas garing, keluarkan dan sejukan. Bila sejuk keluarkan isi (biji) buah pelaga untuk elak pahit.
3. Kisar kesemua rempah di pengisar kering sehingga halus. Adunkan dengan serbuk buah pala. Simpan dibotol yang kedap udara. Tempoh penggunaan adalah sehingga 6-12 bulan. Selamat mencuba.


RESPI MASALA BUAT SENDIRI: GARAM MASALA 

BAHAN-BAHAN:

- 1/2 cawan biji ketumbar /corriander seed.
- 1/4 cawan atau 4 sudu besar biji jintan putih / cummin seed.
- 1 sudu besar jintan manis.
- 1 sudu besar lada hitam.
- 25 - 30 biji buah pelaga hijau.
- 10 - 12 biji buah pelaga hitam.
- 10 - 12 kuntum bunga cengkih.
- 2 kuntum bunga lawang.
- 5 - 6 keping kulit kayu manis 2" panjang satu yg telah dihancurkan.
- 6 - 7 helai daun salam India/daun beriani yg telah dihancurkan (selalunya jenis - -kering rapuh dijual dikedai mamak rempah).
- 2 biji buah pala kering..ketuk dan ambil isi dan tumbuk halus. Jangan sagai cuma tambah saja dalam serbuk lain.

CARA-CARA:

1. Goreng kering / sagai semua rempah di atas kecuali buah pala dengan api dapur sederhana sehingga mula keluar asap. Jangan hanguskan.

2. Selepas garing, keluarkan dan sejukan. Bila sejuk keluarkan isi (biji) buah pelaga untuk elak pahit.

3. Kisar kesemua rempah di pengisar kering sehingga halus. Adunkan dengan serbuk buah pala. Simpan dibotol yang kedap udara. Tempoh penggunaan adalah sehingga 6-12  bulan. Selamat mencuba.






tips masak kari ikan dari mamak haji..

RESIPI: MASALA (REMPAH) KARI IKAN: Pengenalan.
Kalau nak masak kari selalunya kita beli rempah yang telah sedia jual,seperti rempah masala ikan Adabi, Alagappa atau baba's untuk masak kari ikan di rumah. Sebenarnya semua Rempah Serbuk Kari yang terdapat dalam pasaran ada kelebihan masing-masing. Resepi rempah yang dicipta oleh pengilang rempah kari ini untuk kegunaan secara 'am bukan untuk cita-rasa perseorangan atau keluarga.
Asal usul Rempah Kari Serbuk ini sebenarnya di reka oleh Penjajah British di India untuk kegunaan komersial dan mudah untuk mereka mengekploitasi untuk perdagangan kapatalisma mereka. Mungkin juga ada agenda memalaskan rakyat India yang dibawah penjajahan mereka. Biasanya Rempah kari dalam dapur orang India satu masa dahulu, digiling segala rempah dengan mengikut resepi yang telah diperturunkan genarasi ke genarasi. Maka resepi kari ini tidak sama dengan satu keluarga dengan ke satu keluarga yang lain. Keluarga masing-masing punyai rahsia resepi rempah kari yang tertentu.
Harus juga anda memahami, Rempah Kari Serbuk ini yang dijual ini dengan berbagai jenama bukanlah hasil dari hanya satu jenis rempah saja. Serbuk Rempah kari ini adalah percampuran dengan berbagai jenis rempah yang diadunkan dengan dengan kuantiti tertentu untuk menjadikan satu resepi untuk masakan kari pilihan anda, ini yang di gelar "masala".
Sudah mestinya kita boleh cipta resepi ini khas untuk selera keluarga kita. Kita boleh adunkan rempah yang perlu dengan kuantiti tertentu mengikut cita rasa selera kita dan menghasilkan Rempah serbuk Kari. Dengan ini, resipi rempah kari yang anda cipta itu boleh menjadi hak milik anda dan keluarga anda selama-lamanya.
RESIPI: MASALA (REMPAH) KARI IKAN:
Bahan-Bahan Rempah yang digunakan:
- 1/2 cawan biji ketumbar.
- 2 sudu besar Jintan Putih.
- 3 sudu besar Jintan manis.
- 1 sudu kecil biji lada putih.
- 5-7 tangkai cili kering.
- 1/2 sudu kecil biji sawi.
- 1/4 sudu biji halba.
- 10 kuntum bunga cengkih.
- 2 keping kayu manis berukuran panjang satu - 2 inci.
- 15 - 20 helai daun kari.
- 1 sudu kecil halia kering/salai. - tak perlu sagai.
- 2 sudu kecil serbuk kunyit. - tak perlu sagai.
Cara- Cara:
1. Goreng kering / sagai biji ketumbar, jintan putih, jintan manis, lada putih, cili kering, biji sawi, biji halba, bunga cengkih, kayu manis dan daun kari. Goreng atau sagai asing-asing dengan selang-selang sehinnga aromanya boleh dihidu selama 3-4 minit dengan api dapur sederhana.
2. Biji ketumbar, biji halba dan biji sawi bila meletup tandanya dah siap goreng. Jangan goreng serbuk kunyit dan halia kering.
3. Biarkan rempah-rempah ini sejuk seketika dan blender semua sekali sehingga halus. Simpan dalam bekas yang kedap udara.
TIP-TIP MASAK KARI IKAN:
Masak kari ayam atau daging berbeza dengan Masak Kari Ikan. Kari ikan biasa rasa masam sedikit untuk menghilangkan bau hanyir ikan tersebut. Ikan yang guna perlulah isi yang keras sedikit kalau boleh yang ikan ketul besar sedikit). Semasa bersihkan perlu ambil perhatian mengenai darah ikan dan bahagian perut ikan. Darah ikan di tengah tulang ikan perlu di singkirkan dan dibersihkan. Darah ikan ini akan menyebabkan kari akan bertukar kehitaman. (darah Ikan ikut hukum sharie perlu dibersihkan dengan air dilalukan).
Biasanya mamak haji lebih suka, peramkan ketulan ikan dalam jus limau nipis/ asam jawa(acidic) dan garam sekurang-kurangnya 10 minit untuk menghilangkan alkoloid yang menyebabkan kehanyiran ikan. Ikan kalau diperam dengan jus limau nipis dan garam lebih segar isinya.
Bekas masak juga perlu diambil perhatian. Kuali yang hitam akan menyebabkan pertukaran warna kari. Gunakan periok keluli atau stainless steel. Kalau boleh hindarkan kegunaan periok masak diperbuat daripada aluminium, kerana Aluminium Oksid dikatakan penyebab penyakit kanser.
Gunakan tomato segar dan sayur kacang bendi dan terung dalam masakan kari akan berikan aroma dan rasa kari yang sedap. Menu kari ini cuma kita perlu ketahui asas buat kari itu dan tentang masala kari ikan. Kalau boleh kari ikan ini jangan tambah santan kerana rasa asli rempah akan kehilangan. Masakan kari yang sedap ialah bila buka tudung periok , kari anda wangi semerbak satu rumah...kalau gunakan rempah masala yang tersedia jual seperti alaggpa atau baba's dan adabi tambah sedikit serbuk rempah jintan putih dan ketumbar.