Himpunan artikel bermanfaat untuk dijadikan panduan dan tatapan semua.Artikel dari pelbagai sumber seperti FB dan lain2.Kepada sesiapa yang berminat untuk kongsi silakan.Sebenarnya untuk rujukan sendiri.Manusia itu mudah lupa.Yang baik untuk diamalkan yang buruk untuk dielakkan.Sesungguhnya hanya ALLAH maha mengetahui diatas segala sesuatu. If there is any comment feel free to email me at azyaz@yahoo.com Thank You.
Saturday, December 7, 2013
cancer prevention veggies
cancer prevention veggies ~
Cruciferous vegetables such as broccoli, cauliflower, cabbage, Brussels sprouts and radishes benefit health in more ways than one. Research shows these veggies, which also include leafy greens such as kale, arugula, watercress, bok choy, and turnip and collard greens, are packed with cancer prevention benefits.

Friday, December 6, 2013
Petua Untuk Mengatasi Sedu
Petua Untuk Mengatasi Sedu
Pilihan 1: Cincang buah betik yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli. Makan sedikit demi sedikit. Lakukan 2 kali sehari.
Pilihan 2: Asapkan 8 lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari.

Petua Untuk Menghalau Nyamuk
Petua Untuk Menghalau Nyamuk
Tumbuk beberapa helai daun limau, kemudian letakkan dalam piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap.

Petua Untuk Jimatkan Elektrik Bagi Tahun 2014

A. PETI SEJUK
1. Simpan stok barang dalam peti sejuk sehingga 2/3 penuh. Jangan melebihi had muatan yang dibenarkan.
2. Tutup bekas bahan bercecair dan bungkus makanan yang disimpan dalam peti sejuk.
3. Jangan selalu membuka pintu peti sejuk kerana 30 peratus udara sejuk akan keluar setiap kali pintu dibuka.
4. Jika perlu, elok anda menukarkan peti sejuk jenis model lama atau sudah menjangkau usia lebih daripada 10 tahun.
5. Periksa jalur magnet pada pintu peti sejuk. Letakkan duit kertas RM1 dan tutup pintu sejuk. Jika duit kertas tersebut boleh ditarik keluar, maka jalur magnet tersebut perlu ditukar.
6. Jika ketebalan fros dalam peti sejuk sebanyak 6mm, eloklah anda lakukan penyahbekuan.
7. Elakkan daripada menyimpan makanan yang panas atau suam.
8. Letakkan peti sejuk jauh daripada bahan atau tempat yang panas. Letakkan pada jarak 15cm daripada dinding untuk mewujudkan aliran pengudaraan yang baik.
9. Jika anda akan bercuti panjang di tempat lain, kosongkan peti sejuk, tutup suis dan biarkan pintu peti sejuk terbuka.
B. PENDINGIN HAWA
1. Kurangkan bil elektrik pendingin hawa yang tinggi dengan menggunakan kipas.
2. Tetapkan suhu pendingin hawa kepada 23-26ÂșC.
3. Letakkan pelindung pada pendingin hawa kerana ia akan menjimatkan 10 peratus bekalan elektrik berbanding dengan pendingin hawa yang terdedah kepada cahaya matahari.
4. Tetapkan kipas pada pendingin udara anda kepada “ON” daripada menggunakan “AUTO” kerana aliran pengudaraan yang stabil akan membantu menstabilkan suhu bilik dan menjimatkan tenaga.
5. Beli pendingin hawa yang sesuai saiznya kerana ia akan membantu mengelakkan pembaziran tenaga.
C. MESIN BASUH
1. Jika anda kerap menggunakan mesin basuh, dicadangkan supaya anda membeli mesin basuh jenis muatan hadapan.
2. Isi penuh mesin basuh dengan pakaian bagi setiap cucian.
D. KOMPUTER
1. Gunakan komputer riba atau komputer yang mempunyai skrin leper.
2. Elakkan penggunaan ‘screen saver’ dan matikan suis monitor jika tidak digunakan.
E. SETERIKA
1. Setiap kali menggosok pakaian, hendaklah dalam jumlah yang banyak.
2. Tinggalkan pakaian yang mudah untuk digosok akhir sekali kerana pakaian ini boleh
digosok dengan menggunakan haba yang sedia ada apabila suis seterika telah dimatikan.
F. PENCAHAYAAN
1. Matikan suis lampu dan kipas jika tiada sesiapa di dalam bilik.
2. Bertukar kepada lampu jenis fluorosen untuk pencahayaan dalaman.
3. Gunakan tenaga matahari untuk pencahayaan pada waktu siang.
4. Gunakan cat warna cerah untuk bilik kerana ia membalikkan cahaya dengan baik.

Thursday, December 5, 2013
Kari ketam
Bahan-bahan:
2 ekor ketam
2 biji telur
1 biji bawang - dipotong membulat
1 sudu pes tomyam
3 sudu susu cair
1 sudu serbuk kari
1 sudu teh gula
1 sudu teh kicap sotong
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh sos soya
Cara membuat:
- Satukan pes tomyam, susu cair dan serbuk kari. Kacau sebati.
- Panaskan minyak dan goreng ketam hingga garing. Keluarkan sedikit minyak.
- Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah disatukan. Dengan api perlahan, biarkan hingga masak.
- Pecahkan telur, masukkan bahan perasa dan gaul sebati.
- Matikan api dan masukkan bawang.
Petua Untuk Menurunkan Panas Badan
Petua Untuk Menurunkan Panas Badan
Dalam perubatan tradisional Melayu, kembang semangkuk digunakan untuk menurunkan panas badan, terutamanya ketika demam panas. Buah kembang semangkuk direndam dalam air hingga pecah dan menghasilkan air berwarna coklat jernih. Air ini diminum dan buahnya boleh dimakan untuk menyejukkan badan. Ia boleh digunakan bersama biji selasih dan getah anggur yang mempunyai kesan yang sama. Untuk lebih berkesan, selalunya air rendaman kembang semangkuk diembunkan semalaman sebelum diberi minum kepada pesakit.

Petua Untuk Merawat Gastrik
Petua Untuk Merawat Gastrik
Dapatkan seketul kunyit hidup. Bersihkan kunyit dan parut atau kisar. Campurkan dengan sedikit air masak, tapis dan ambil airnya. Masukkan sedikit madu lebah dan sebiji kuning telur. Minum campuran ini apabila terasa sakit.

Petua Untuk Mencuci Usus atau Perut
Petua Untuk Mencuci Usus atau Perut
Air rebusan buah labu kayu baik untuk mencuci usus atau perut. Caranya ialah merebus buah tersebut termasuk kulit dan isinya sekali selama 1 hingga 2 jam. Kulitnya perlu diketuk bagi memudahkan proses rebusan. Ia boleh diminum untuk kesihatan seisi keluarga. Biasanya, setelah air rebusan diminum, anda akan kerap ke tandas. Ia tandanya ramuan ini berkesan untuk mencuci usus atau perut anda.

Petua Untuk Pesakit Darah Rendah
Petua Untuk Pesakit Darah Rendah
1. Perbaikkan nilai makanan anda dengan banyak vitamin.
2. Jangan mengutamakan kurus badan sedangkan badan tidak sihat.
3. Tambahkan darah dalam badan anda dengan bahan-bahan berikut:
a. Makan kerang selalu.
b. Amalkan memakan telur penyu. Makan 1 biji sekali makan, 2 kali makan sehari untuk selama 3 hari.
c. Makan bayam banyak-banyak.

'PUT THE GLASS DOWN TODAY!
Put the Glass Down
When you leave office today.
... Study this small story.Hope that makes a BIG change in YOU.
A Professor began his class by holding up
a glass with some water in it.
He held it up for all to see & asked the students
“How much do you think this glass weighs?”
'50g!' ....
'100g!' ..... '125g'
..the students answered.
“I really don't know unless I weigh it,”
said the professor,
“but, my question is:
What would happen if I held it up like this
for a few minutes?”
'Nothing' …..the students said.
'Ok what would happen if I held it up like this for an hour?' the professor asked.
'Your arm would begin to ache' said one of the student.
“You're right, now what would happen
if I held it for a day?”
“Your arm could go numb, you might have severe muscle stress & paralysis &
have to go to hospital for sure!”
… ventured another student
& all the students laughed …
“Very good, But during all this,
did the weight of the glass change?”
asked the professor.
‘No’…. Was the answer.
“Then what caused the arm ache &
the muscle stress?”
The students were puzzled.
“What should I do now to come out of pain?”
asked professor again.
‘Put the glass down!’ said one of the students.
“Exactly!” said the professor.
Life's problems are something like this.
Hold it for a few minutes in your head &
they seem OK.
Think of them for a long time &
they begin to ache.
Hold it even longer &
they begin to paralyze you.
You will not be able to do anything.
It's important to think of the challenges or problems in your life,
but EVEN MORE IMPORTANT is to
‘PUT THEM DOWN’
at the end of every day before
You go to sleep.
That way, you are not stressed,
you wake up every day fresh &
strong & can handle any issue,
any challenge that comes your way!
So, When you leave office today,
Remember my friend to …

Wednesday, December 4, 2013
khasiat nenas
Khasiat Nanas
a. Nanas adalah penawar penyakit batu karang. Nanas mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan di bahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional Melayu.
b. Nanas melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang.
c. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi. Selain enak dimakan mentah, buah ini juga boleh dijadikan jus minuman, Jem, masak kari, sambal, gulai ikan dan masak lemak ikan masin bersama nanas. Sebenarnya, nanas tidak hanya berfungsi sebagai bahan makanan tetapi turut bermanfaat sebagai penawar untuk mengubati penyakit tertentu.
d. Sakit Perut Akibat Keracunan Makanan - Ambil nanas yang telah masak, kupas kulitnya dan kisar sehingga halus. Setelah siap, minum airnya sebanyak setengah gelas setiap kali selepas makan.
e. Masalah Kecacingan - Sebip nanas muda diparut halus dan diperah airnya serta dicampur dua senduk madu atau sirap gula batu. Kacau seketika dan diberi kepada anak yang menderita masalah kecacingan.
f. Demam - Air rebusan nanas diminum dua kali sehari sebanyak setengah gelas. Kaedah ini dikata-kan dapat menurunkan suhu badan akibat demam.
g. Melancarkan dan melawaskan pembuangan air kecil - Buah yang teah masak boleh dimakan atau dibuat jus. Kaedah ini dipercayai dapat melancarkan pembuangan air kecil.
h. 5. Terseliuh - Buah nanas muda atau daun pokok nanas dihancurkan sehingga lumat. Setelah itu, bungkus dengan kain dan ikat pada bahagian yang terseliuh.

kari ikan bawal mamak haji
IKAN KARI BAWAL (UNTUK HIDANGAN 8 ORANG).
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
- 1 kg. Ikan Bawal Hitam. (kalau beli di pasar itu siap potong saja kerana nanti kecai pulak isi ikan itu).
- 125 gm. Rempah Ikan siap (Mamak suka pakai rempah kari ikan baba's 250gm dengan memakai 1/2 pkt saja).
- 1 sudu kecil rempah tumis/ halba campur (mengandungi halba+biji sawi+jintan putih + dll)
- 2 biji Tomato (dipotong empat)
- 6 biji Bendi (basuh dulu kemudian potong tangkainya)
- 2 biji bawang besar dipotong hiris halus memanjang.
- 4 biji bawang putih di ketuk saja.
- 1 sudu kecil jintan putih.
- 1 sudu besar serbuk cili. (Ikut kepedasan yang anda kehendaki)
- 1 sudu kecil serbuk kas-kas (sekiranya diperlukan).
- 3 ranting daun kari.
- 1/2 cawan air asam jawa.
- 1 senduk besar minyak masak.
- *4 - 5 cawan air gunakan untuk mengisar bersama 1 inci halia, 3 ulas bawang putih dan 1 biji bawang labu merah besar dikisar halus.
- air kisaran digunakan sebagai kuahnya.
- Garam secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN.
1. Basuh ketulan ikan bawal terutamanya ambil kira basuh bekas darah ikan yang terdapat ditulang tengah. Kepala ikan bawal perlu dibasuh dengan membuang segala sisa-sisa darah dan insang. Sisa-sisa darah ikan ini menyebabkan kehanyiran dan juga memberi kesan kepada warna kari ikan menjadi kehitaman. Ketulan ikan yang telah dibersihkan perlu diperamkan dengan sedikit garam dan air limau untuk menghilangkan bahan kimia atau pun lendir ikan yang akan menghanyirkan ikan tersebut selama 15-30 minit. Basuh kembali ketulan tersebut dengan air bersih. Ketulan ikan ini sedia untuk masak.
2. Sediakan periok atau kuali dan panaskan. Masukkan minyak masak untuk menumis. masukkan halba campur. Awas! jangan sampai halba campur ini hangit akan menyebabkan bau hangit dan ia akan timbul di atas kuah kari nanti. Apabila saja bau harum dikeluarkan dengan cepat masukan bawang yang dihiris untuk menumis. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum dan bertukar warna keemasan masukkan kisaran bawang puti+ halia. Tumis hingga keluarkan bau yang harum. Kecilkan api dapur.
3. Jadikan pes pekat rempah kari ikan, jintan putih, serbuk cili dan serbuk kas-kas dgn sedikit air. Masukan dalam minyak tumis 1 minit dan segera masukkan kisaran bawang besar. Jangan biarkan pes rempah ini terlalu lama di minyak ia akan menyebabkan kari anda berminyak berlebihan dipermukaan kelak. Kita tumis cuma matikan rasa rempah yg mentah. Biarkan sebatian ini mendidih.
4. Apabila sebatian kari ini telah mendidih, perlahankan api dapur dan masukan ketulan ikan. Biarkan ikan ini masak selama 15-20 minit dlm keadaan 75 peratus masak. Jangan membiarkan kari ikan mendidih terlalu kuat (ketulan isi ikan akan pecah). keluarkan ikan yang masak dari kuahnya. Letak tepi. Merenehkan kari semula selama 30 - 45 minit lagi.
5. Masukkan tomato, kacang bendi dan daun kari. Masukan dengan perlahan masukkan kembali ikan yang diketepikan tadi. Masukan air asam jawa dan Kacau sama rata dengan perlahan dan berhati-hati supaya ketulan isi ikan tak pecah/ hancur. Masak dalam keadaan renehan bukan mendidih.
6. Apabila ikan telah masak 100 peratus (jangan terlalu kerap kacau masakan ini supaya isinya tak pecah). kari ikan bawal anda sedia untuk hidang. Sebenarnya kari ikan ini paling sedap bila di simpan keesokan hari. Kalau pekena dengan roti canai ..peh!. Tutup bekas hidangan dengan penutup supaya bau haruman rempah kari tidak terbebas. Buka saja tudung saja...bau wangi rempah kari pasti akan buka selera anda. Hidang kari ini hanya semasa makan. kari yang sedap boleh ditentukan dengan bau harum kari akan menusuk hidung kita apabila dibuka tudung penutup bekas kari ikan itu.Selamat mencuba

Subscribe to:
Posts (Atom)