Tuesday, June 23, 2015

Homemade cendol oleh mamak haji






RESIPI CENDOL BUATAN SENDIRI:
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
- 125gm tepung beras (1 cawan).
- 20gm tepung Hoen Kwe.
- 50gm tepung ubi kayu /kanji.
- 2 cawan air pandan.
- 3/4 sudu besar Air Kapur.
- 1 sudu kecil garam.
- secubit pewarna hijau.
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Untuk mendapatkan Air Pandan, potong 4-5 daun pandan kira 2 inci. dan masukkan 2 dan 1/2 cawan air dalam mesin pengisar(Blender). Masukkan juga pewarna. Kisar sehingga halus. Tapis airnya dan sediakan dua cawan untuk adunan.
2. Ambil sebuah bekas masukkan tepung beras, tepung Hoen Kwe, tepung ubi, garam dan air pandan, adun rata dan masukkan air kapur dan kacau rata.
3. Masukkan dalam periok dan panaskan dengan api yang kecil untuk masak tepung ini..semasa sedang masak, sentiasa kacau adunan. Bila adunan mula pekat kecilkan api dapur. Kacau sehingga adunan menjadi kilat dan mula mendidih berlopak. Matikan api dapur. Walau api dapur dimatikan kita perlukan adunan itu sentiasa panas untuk tidak menjadi keras sebelum cendol dibentuk melalui acuan muruku. Dengan sebab ini kita perlu sediakan sebuah bekas yang menampung sekurang-kurangnya 500ml air panas dan bekas adunan yang digunakan masak. Bila adunan telah dikeluarkan dari dapur letak bekas itu di atas bekas yang mengandungi air panas..sebenarnya kita sentiasa panasakan adunan itu.
4. Dalam pada itu siapkan sebuah bekas air yang mengandungi air ais.
5. Ambil bekas buat muruku (atau alat pelenyek ubi kentang), masukkan adunan dan mula kenakan tekanan adunan itu jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air ais. Panjang cendol yang baik ada 1 inci lebih. Jangan pendek sangat. Bekas muruku yang terbaik buatan dari kayu atau plastik. Jenis yang diperbuat dari logam ..akan panas dan sukar untuk anda putarkan.
6. Buat sampai adunan habis. Air yang cendol berada itu jangan buang kerana ia mengandungi air kapur boleh melambatkan cendol basi dan juga santan semasa bancuh cendol. 7. Simpan di peti sejuk sehingga anda ingin gunakan buat air cendol, cendol ABC atau pun agar-agar cendol yang lazat. selamat mencuba.

*Kepada penggemar cendol bolehlah cuba buat sendiri..tambah2 bulan ramadan buat sikit mesti tak cukup.Boleh simpan dalam peti sejuk..Ada lebih boleh buat agar2 cendol..dah jadi 2 juadah untuk berbuka..