Saturday, November 2, 2013

Ramping dengan karbohidrat

10 FAKTA - RAMPING DENGAN KARBOHIDRAT ============================= 1- RAMAI yang sanggup tidak menjamah nasi bertahun-tahun lamanya semata-mata beranggapan makanan berkarbohidrat tidak elok untuk tubuh terutama di kalangan mereka yang mahu mengurangkan berat badan. RAMAI yang gemar menolak makanan berkarbohidrat apabila mahu melangsingkan badan terutamanya wanita., Betul tak? 2- Sebelum bertindak mengelak daripada menikmati makanan berkarbohidrat, kita perlu memahami kelas karbohidrat yang sepatutnya. Hakikatnya, menikmati makanan yang padat dengan jenis karbohidrat yang betul antara RAHSIA mendapatkan tubuh ramping dan kekal langsing. 3- Makanan berkarbohidrat adalah satu daripada sumber utama tenaga untuk tubuh. Makanan berkarbohidat terbahagi kepada karbohidrat ringkas dan kompleks. Kanji sedemikian membantu kita makan pada kadar yang kurang, membakar lebih kalori serta meningkatkan tenaga, mengurangkan tekanan dan mengurangkan kolesterol. 4- Berdasarkan pelbagai kajian di pusat penyelidikan terkemuka, karbohidrat terdiri daripada kanji yang mempunyai ketahanan seperti biji-bijian, kekacang dan legum. 5- Mereka yang berbadan ramping sekalipun mengambil karbohidrat setiap hari malah kajian mendapati, apabila karbohidrat merangkumi 64 peratus (361 gram) daripada jumlah pengambilan kalori setiap hari, membantu tubuh agar kekal langsing. 6- Kebanyakan diet rendah karbohidrat mengehadkan pengambilan karbohidrat kurang daripada 30 peratus jumlah kalori, ada kalanya hanya 30 gram karbohidrat setiap hari. 7- Karbohidrat berkenaan membuatkan tubuh rasa kenyang kerana ia dihadam secara perlahan berbanding jenis makanan lain, sekali gus mencetuskan rasa kenyang pada otak dan perut. 8- Kebanyakan makanan yang kaya karbohidrat bertindak dengan mengekang selera makan. Ia lebih mengenyangkan berbanding protein atau lemak. 9- Gabungan karbohidrat yang tepat juga merupakan suatu cara yang baik untuk mengawal gula dalam darah dan mengelakkan diabetis. Apapun, pengambilan karbohidrat perlu digabungkan untuk mengelakkan kenaikan gula yang mendadak dalam darah. Contohnya, pilihan beras perang lebih baik daripada beras putih dan pengambilan yang sebaik-baiknya digabungkan dengan makanan lain seperti kekacang bagi menyeimbangkan gula darah. 10- Karbohidrat dalam makanan berkanji tahan lama itu juga mempertingkatkan metabolisme dan pembakar lemak semula jadi tubuh yang lain. Ketika makanan tersebut bergerak ke arah sistem penghadaman, ia membebaskan asid lemak yang menggalakkan pembakaran lemak terutama di bahagian perut. Asid lemak ini membantu mengekalkan jisim otot dan turut meningkatkan metabolisme, yang membantu mempercepat proses pengurangan berat badan. 4 Tip Karbohidrat: ========== 1 - Tubuh yang langsung tidak mendapat karbohidrat sebagai sebahagian daripada pemakanan seharian boleh menyebabkan mereka mengalami KETOSIS. Ketosis - keadaan di mana tubuh berada dalam mod kelaparan dan mula menghadam tisu otot, bukannya lemak. Paling minimum, sebanyak 100 gram karbohidrat disarankan oleh pakar untuk menghalang daripada berlakunya ketosis. 2 - Bijian penuh yang juga karbohirat yang baik boleh didapati daripada makanan seperti oat, gandum penuh dan barli. Tambahkan bijian penuh dan kekacang dalam sajian seharian. 3 - Karbohidrat kompleks adalah sumber penting khasiat yang membekalkan tubuh dengan serat, potasium serta vitamin B, E dan C. Contoh makanan berkarbohidrat kompleks termasuk buah-buahan, sayuran dan bijian penuh. Karbohidrat kompleks ini lebih baik untuk tubuh kerana perlu dipecahkan terlebih dahulu sebelum ditukar kepada glukos. Ini membolehkan pembebasan glukos dan insulin secara stabil. 4 - Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah karbohidrat baik yang perlu diamalkan setiap hari. Sayuran tidak hanya menyihatkan malah kaya dengan antioksidan yang meningkatkan sistem ketahanan tubuh iaitu aspek penting untuk mengurangkan berat. Seeloknya, pelbagai warna sayuran dalam pemakanan seharian

No comments: