Saturday, November 23, 2013

Energy Booster Green Smoothie!

Energy Booster Green Smoothie!
1 cup pineapple
1 orange
1 handful cilantro
2 cups greens of choice
1 cup coconut or regular water

1. Cilantro has been used in ancient times as aphrodisiac - a substance that is know to help increase sexual energies.

2. Cilantro is high in vitamin A, which is important for healthy mucus membranes and healthy looking skin.

Amalan ibu imam shafie ketika menyusukan beliau


Khasiat Ubi Kentang

Khasiat Ubi Kentang

Ubi kentang berkesan untuk merawat penyakit batu karang dan juga mengatasi masalah jerawat dan bisul.Caranya ialah dengan mengadun ubi kentang dengan sedikit air. Kemudian, sapukan ke atas jerawat atau bisul yang sudah pecah. Seterusnya, tutup dan balut dengan kain bersih. Cara rawatan yang sama juga digunakan bagi merawat kudis atau luka.

Khasiat Kacang Buncis

Khasiat Kacang Buncis

a. Bagi anda yang mempunyai berat badan yang keterlaluan, kacang buncis dapat membantu mengatasi masalah berat badan. Ini kerana, kacang buncis mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.

b. Kacang buncis juga boleh membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi.

SENARAI PAUTAN YANG BERMANFAAT UNTUK BELAJAR BAHASA ARAB

تعليم اللغة العربية،

SENARAI PAUTAN YANG BERMANFAAT UNTUK BELAJAR BAHASA ARAB:

Learn Arabic Language (English):
http://www.madinaharabic.com/start_learning.html
http://www.learnarabic.info/

Muat Turun Buku-buku Untuk Belajar Bahasa Arab (Bahasa Arab):
http://www.fatwa-online.com/downloads/dow002/

Kajian Ilmu-ilmu Asas Bahasa Arab (Bahasa Melayu):
http://www.bahasasyurga.net/
http://nahwusharaf.wordpress.com/
http://layarislam-ilmulughah.blogspot.com/
http://arab09fushah.blogspot.com/

Belajar Peribahasa Arab (Bahasa Melayu):
http://www.wanrusli.net/amthal.php

Muat Turun Nota-nota Mudah Formula Bahasa Arab (Bahasa Arab):
http://wanrusli.net/nota/

Ta'lim Qawa'id Al-Lughah Al-'Arabiyyah (Bahasa Arab):
(khusus buat penuntut Bahasa Arab)
http://www.drmosad.com/
http://www.islamguiden.com/arabi/
http://www.schoolarabia.net/arabic/
http://www.schoolarabia.net/map_site/arabic1/arabic_1.htm

Dua Kitab Online Buat Penuntut Bahasa Arab (Bahasa Arab):
1. Al-Kafaf:
http://www.reefnet.gov.sy/education/kafaf/index.html
2. Itqanul Kitabah Billughatil ‘Arabiyyah:
http://www.reefnet.gov.sy/Arabic_Proficiency/Arabic_Proficiency_Index.htm

Slide Ringkasan Qawa'id Al-Lughah Al-'Arabiyyah (Bahasa Arab):
http://www.slideshare.net/A619/arabic-grammar-4356179

Senarai Pautan Bagi Cerita Kartun, Drama, dan TV Arab (Bahasa Arab):

1. YouTube Kartun Ahkam Al-Quran:
http://www.youtube.com/results?search_query=كرتون+أحكام+القرآن&oq=كرتون+أحكام+القرآن&gs_l=youtube.1.0.35i39j0.45.8863.0.12238.10.8.0.0.0.0.1046.3191.1j2j3j7-2.8.0...0.0...1ac.1.11.youtube.vcLocbnr220

2. Laman Web Koleksi Cerita Kartun Arab:
http://cartoonarabi.com/

3. Laman Web Koleksi Cerita Drama Arab (Musalsalat):
http://www.panet.co.il/Ext/series.php

4. Laman Web TV-TV Arab:
http://www.watchfomny.com/tv-arabic.php#.UnkxSnBkTAw

Arabic Keyboard:
http://www.arabic-keyboard.org/

# Tips: Pastikan anda memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 30 minit hingga 2 jam setiap hari untuk belajar Bahasa Arab jika anda benar-benar serius mahu belajar dan menguasai Bahasa Arab.

Disalin dari page Jom Berbahasa Arab Fushahwww.fb.me/jomberbahasaarabfushah

BENEFITS OF EATING EGGS

~~~~~~~BENEFITS OF EATING EGGS~~~~~~~~~~

1. Clean,healthy and convenient.
2. High in amino acids.
3. High in good fats.
4. Promote healthy hair and nails due to good fats and minerals.
5. Inexpensive.
6. Delicious.
7. Quick and easy to cook.

NASI BUKHARI AYAM MAMAK PENANG oleh mamak haji

RESEPI : NASI BUKHARI AYAM MAMAK PENANG.
BAHAN-BAHAN:
PENYEDIAAN AYAM:
- 1 ekor ayam yang berat 1.6 -1.8 kg potong 8 ketul. Sekiranya anda dapat beli cuma 8 peha ayam penuh ia lebih molek. Bersihkan ketulan ayam dan peramkan dengan 1/2 kecil sudu kecil (tsp) garam, 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit dan secubit lada hitam selama 30minit - 1jam.

Bahan-Bahan Rempah untuk Tumis Ketulan Ayam
1 sudu kecil (tsp) biji ketumbar.
1 sudu kecil (tsp) biji jintan putih.
1 kpg 2" kayu manis.
6 biji buah pelaga.
6 kuntum bunga cengkih.
1/4 sudu kecil lada hitam.
* 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
Sagai semua bahan-bahan tersebut kecuali serbuk kunyit dan kisar halus untuk dijadikan rempah
2 biji bawang labu sederhana besar di hiris halus.
1 sudu besar pes halia bawang putih.
2 helai daun shaiba.
2 btg karot dihiris.
2 btg karot disagat.
6 biji tomato cherry dibelah dua.
1/2 cawan pes tomato puri
2 helai daun beriani/salam.
1/2 sudu kecil teh (tsp) garam atau cukup rasa.
1/2 sudu kecil (tsp) garam masala.
1 sudu kecil (tsp) serbuk cili.
1 sudu besar stok ayam (maggi)
3 sudu besar minyak masak.

- Panaskan kuali leper (pan) dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan ketulan ayam telah diperam dan goreng dgn minyak sedikit dengan meletakan daun shaiba di atas daging ayam. Goreng dengan api perlahan sehingga ketulan ayam bertukar ke warna kuning keemasan (Ia sebenarnya "grill" ayam). Semasa gorengan anda mungkin rasa kesulitan pada permukaan ketulan ayam melekat pada permukaan kuali, untuk menghindarkan ini, guna kuali tidak melekat (Non-Stickable Pan). Jika anda tidak punyai kuali jenis ini dan untuk goreng dalam kuali biasa, lumurkan sedikit minyak pada ketulan ayam yang ingin digoreng sebelum lepaskan dalam kuali. Tujuan goreng ini cuma untuk menguatkan permukaan luar isi ayam supaya ia tidak mudah hancur bila masak dengan nasi. Jangan goreng sampai masak ketulan ayam ini, sekadar 1/4 masak sudah cukup. Sekiranya masak penuh jus ayam ini akan kering dan untuk rasa kesedapan nasi kelak. Angkat dan asingkan ketulan ayam yang telah digoreng.
CARA PENYEDIAAN:
1. Gunakan minyak yang telah goreng ayam tadi dan ditambah 1 sudu minyak sapi (itu pun kalau suka) dipanaskan kembali, masukkan hirisan bawang, goreng hingga layu (jangan sampai garing), masukan lobak hingga layu dan daun beriani.
2. Masukkan semua rempah di dan garam. Kemudian masukan pes halia bawang putih. Goreng sehingga bau haruman rempah dikeluarkan. Masukkan ketulan ayam tadi. Tutup periok anda dan perlahan api untuk ayam separuh masak.
3. Bila ketulan ayam masak 1/2 , masukkan puree tomato, dan susu cair. Tambahkan kiub ayam, perlahankan api dapur. Biarkan kuahnya menjadi pekat (pes). Keluarkan ketulan ayam saja. Biarkan kuahnya.
4. Masukan air (air untuk masak beras basmathi ialah nisbahnya 1:1 bermakna masukan beras dalam bekas dan ratakan paras dan tandakan paras beras. Sukatan air adalah sama dengan paras beras. Jangan lupa sukatan ini walau pun anda masak jumlah yang besar. Ini formulanya. Biarkan air mendidih dan masukkan beras yang ditapis kering. Untuk sedap lagi anda boleh masukkan 1-2 kiub ayam dan sedikit gula kedalam kuahnya. Rasa airnya untuk kemasinan yang sesuai biasanya 1/2 sudu kecil garam sudah memadai untuk resepi ini

RESEPI : NASI BUKHARI AYAM MAMAK PENANG 2 - PENYEDIAAN NASI:

1 kg basmathi di basuh dan direndam selama 1/2 jam ( mamak haji suka rendam dalam bekas di isi air panas selama 3-4 minit, kacau rata dan terus toskan air untuk mempercepatkan lagi proses rendaman ini, cara ini lebih baik dari rendam beras). Tentang basmathi ini ramai bertanyakan jenama terbaik. Kualiti beras basmathi terletak pada size panjang atau pendek. Kalau panjang harga pun lebih panjang dan tinggi. Maka terpulanglah pada anda untuk memilihnya. Masukan beras bila air mula mendidih. Bila nasi mula masak kacau perlahan-lahan (jangan sampai butir nasi pecah).
4. Bila nasi mula sejat kecilkan api dapur ke minima supaya nasi tidak hangus. Titiskan pewarna oren merah di tiga atau empat tempat dimana gelembung udara dibebaskan. Ini bertujuan warna ini masuk ke dasar nasi. Cara mewarna ini untuk jadikan butir-butir nasi berwarna oren dan mencantikan lagi hidangan. Ia juga mengelakan keseluruhan nasi bertukar warna dari warna asli masakan. Tempatkan semua gorengan ayam diatas nasi untuk masak secukupnya. Segera tutup tudung periok dan tentukan tiada wap terkeluar dengan menggunakan gam tepung gandum atau lilit kain di sekeliling periok (seperti menyediakan nasi beriani gam Johor). Setelah masak terbalikan nasi guna senduk supaya bahagian nasi yang belum masak yg berada di atas akan ke bawah dan bahagian bawah nasi naik ke atas. Ratakan kembali nasi dan taburkan buah kismis dan buah badam yang telah goreng tadi ke atas permukaan nasi.

5. Bila nasi telah siap anda boleh hidangkan dengan ayam telah siap masak dalam nasi tersebut. Selamat mencuba.

Nota: anda bolehlah ubah cara masak dengan terus gunakan rempah kurmak atau pun dengan rempah sup saja untuk permudahkan resepi ini. Kalau mengikut resepi asal tomato segar di kisar dan guna yogurt. Mamak haji tak mahu ia terlalu masamkan nasi ini.


Cara Membuat Pencicah Salata-Hara.

Boleh dikatakan semua resepi masakan ayam Arab tidak tertinggal dengan pencicah ini.
Bahan-Bahan:
- 1 biji tomato
- 1/2 cawan daun ketumbar
- 1/2 biji jus lemon.
- 1/2 sudu kecil garam.
- 2 cili merah.
- 2 sudu kecil campuran rempah Baharat.
Cara penyediaan:
Masukkan semua dalam blender..kisar cuma dua atau tiga kali tekan suis "pulse" blender anda.




* Rempah bharat
Cara Menyediakan Rempah campuran Baharat: 4 sudu besar serbuk lada hitam, 2 sudu besar serbuk ketumbar, 2 sudu besar serbuk kayu manis, 2 sudu besar serbuk cengkih, 3 sudu besar jintan manis, 1 sudu kecil buah pelaga, 4 sudu kecil biji buah pala dan 4 sudu besar serbuk cili. Adun semua. simpan dalam bekas kedap udara


Terimakasih mamak haji...

Friday, November 22, 2013

TAUHU GORENG SUMBAT.

RESEPI MEDAN INDONESIA: TAUHU GORENG SUMBAT.
Cuba buat resepi Tauhu Goreng Indonesia ini..cukup lazat..mamak haji bagi resepi dia..Tauhu org Pulau Pinang gelar "Takua"..cakap.. tauhu org Tanjung pii ingat air taufua pulak dah.

BAHAN-BAHAN:
-10 keping tauhu (putih) kalau di Pulau Pinang ini takua kena sebab tebal sampai 1 inci lebih. Belah dua bukan seperti tahu sumbat ptong silang tapi potong bahagi dua ketebalannya. Kalau tauhu nipis 1/2" tak perlu potong dua.Setiap tahu perlu dipotong "kocek" untuk mudah sumbat isinya sebelum digoreng. Di goreng dan diasingkan.

Bahan-bahan untuk inti tauhu:
- 1 batang saderi dipotong halus (kalau ada..kalau tidak btg daun sup je)
- 100 gm. taugeh.
- 3 ketul isi ayam (200 -250gm) di racik. Potong cincang.
- 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang.
- 1/2 sudu kecil tsp serbuk cili.
- secubit lada hitam.
- Garam dan sedikit gula pasir.
Cara-Cara masak inti:
1. Panaskan kuali dan masukan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga naik baunya dan masukkan isi ayam bersalut bersama serbuk cili dan serbuk lada dan sedikit garam. Biasanya kita dapati isi ayam akan melekat pada kuali semasa goreng. Untuk elakan isi ayam melekat pada kuali, salutkan isi ayam dengan sedikit minyak sebelum masukkan dalam kuali panas. Bila isi ayam mula masak, masukkan daun saderi dan diikuti taugeh. Inti anda telah siap.

2. Sejukkan inti. Masukkan inti ke dalam kocek tahu yang telah goreng secara menekan dengan ibu jari. Apabila tauhu telah diisi (kalau tahu itu pecah sedikit tak mengapa). Sedia untuk goreng dengan tepung.

PENYEDIAAN TEPUNG UNTUK GORENG:

100gm tepung beras.
50gm tepung ubi.
1/2 cawan santan.
1 butir telur.
1/4 sudu kecil serbuk kunyit.
garam secukup rasa.
Cara-cara menyediakan tepung goreng.

1. Adunkan semua bahan-bahan di atas dan gunakan sedikit air ais untuk mendapatkan hasil adunan tepung yang baik. Kelikatan tepung goreng itu sama seperti goreng pisang. jangan terlalu likat dan nipis. Celurkan tahu satu persatu dan goreng sehingga warna tahu anda kuning keemasan. ia sangat sedap makan panas-panas.

2. Kalau ada lauk ayam yang tidak habis jualan, basuh ketul ayam segera dan simpan dipeti sejuk (freezer) kalau di rumah di bahagian atas. Ketul ayam yang disimpan, kalau ingin gunakan perlu rebus sehingga mendidih dan gunakan sebagai inti tauhu goreng atau pun masakan "begedil" ayam. amat sedap dari daging ayam yang segar. Jangan bazirkan makanan.

3. Cara buat tahu goreng ini cepat, penerangan mamak haji nampak macam lama. sebenarnya Mamak Haji boleh siapkan 60 keping tauhu dalam masa kurang dari 30 minit. 

Kuliah Tauhid Sheikh Mohamad Zainol Asri Hj Romli

Food color & health benefits

Food color & health Benefits ~

* Red foods contain antioxidants that protect against cancer, heart and lung disease, and damage free radicals, which are waste products that can destroy cells. 

* Yellow foods protect the eyes also, but are rich in vitamin C for a protection boost.

* Blue foods are high in antioxidants and fiber, and therefore defend the body from colon cancer and help remove toxins from the body.

* Green foods which help prevent cancer, and folate, which prevents birth defects in children, ovarian cancer, and heart disease.

Kelemahan Dajjal - Sheikh Zainul Asri



hafaz sepuluh ayat pertama atau ayat terakhir dari surah alkahfi..ayat kekuatan..untuk memecah kekuatan dajjal.

10 'Amalan Ahli Syurga

10 'Amalan Ahli Syurga

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:
Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga:
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman.

Keenam:
Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang
berwudhuk.

Ketujuh:
'Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Kelapan :
Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT.

Kesembilan :
Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati.

Kesepuluh :
Memelihara diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT
kerana di situlah terletaknya nilai 'amalan di sisi Allah SWT.

PERHATIAN ! TANDA TERKENA SIHIR CINTA !

PERHATIAN ! TANDA TERKENA SIHIR CINTA !

- Tanda disihir : Orang yang dari dulu kita tak suka, tiba-tiba jadi suka sgt dan nak kahwin.. sebelum tidur selalu terbayang dan mimpi indah tentang orang sama berhari-hari..perkahwinan tiba-tiba dibatalkan, tiba-tiba malas melayan suami/isteri..

- Bagaimana disihir : Selalu orang guna minyak dagu..Korek kubur orang mati kemalangan/ mati beranak sulung (bomoh-bomoh selalu update dgn berita dlm newspaper untuk tahu kat mana mayat ditanam), gantung mayat kaki ke atas kepala bawah & nyalakan api di dagu.. keluarlah minyak jadi minyak dagu..

- Selalu minyak dagu dicalit pada mangsa/ baju mangsa/ even baju di jemuran. Juga boleh sihir guna rambut mangsa, baju (especially yg tak berbasuh lagi dan ada peluh), baju dalam, juga guna gambar dari FB (gambar full lagi cepat disihir berbanding gambar separuh)

- Kalau rasa terkena sihir, cuci tempat dicalit (buang physically). Baca ayat2 Quran kat perfume/ air (ia akan jadi syifa') dan gosok tempat tu. Selalu kalau tekan perlahan nadi org disihir, dia akan menjerit. Kalau mangsa x perasan dia disihir, selalu org sekeliling perasan perubahan tingkahlaku. Cepat2 dpt rawatan

- Rawatan:

--> Ayat kursi
--> 3 kul
--> Yunus: 81-82
--> Al-A'raf: 117 - 122
--> Taha: 69
Tiup ke tapak tangan, sapu seluruh badan hingga kaki

- Elak sihir: Jaga solat, jaga akidah, lepas solat jangan bangun dulu hingga habis baca ayat Kursi

- Jangan jumpa bomoh(jumpa pakar perubatan Islam yang sah takpe). Hadis sahih muslim kata siapa jumpa tukang tilik (bomoh) dan bertanyakan soalan, solat tak diterima 40 hari 40 malam

Tanda2 seseorang itu bukan pengamal perubatan Islam :

-Minta nama ibu
-Minta barang/pakaian pesakit
-Minta ayam/binatang nak sembelih
-Baca jampi yang kita tak faham
-Memberikan tangkal
-Dia memakai tangkal
-Suruh tanam 'barang' untuk pendinding rumah
-Dia boleh nampak hingga berapa ekor syaitan/jin pada diri kita

- Sihir pelalau (jadi benci semua lelaki sampai xnak kahwin), Penunduk (nasi kangkang), Sihir tafrik (pemisah suami isteri)

p/s : Semoga Allah sentiasa lindungi kita semua. Sebarkan!

10 surah mencegah perkara


Doa untuk mengatasi masalah cemburu dan irihati


Thursday, November 21, 2013

Roh solat


tips rangupkan cucur udang


Petua Penawar Kepenatan

Petua Penawar Kepenatan

a. Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

b. Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

c. Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

petua dari orang lama

Bersama dengan Nenek yang disayangi dan banyak membantu perkembangan diri saya.

Umurnya 96 tahun.

Tiada Diabetes atau Darah Tinggi.

Tiada penyakit kronik seperti jantung atau buah pinggang.

Masih boleh menjahit pada usia 90 tahun.


Antara 7 ciri-ciri 'longevity' yang saya perhatikan :

1) Makan hanya sedikit bila lapar - Saya tak pernah nenek makan sepinggan penuh seumur hidupnya.

2) Tiada menu makanan segera.

3) Banyak sayuran dan ikan berbanding ayam mahupun daging.

4) Kerap berpuasa.

5) Aktif bekerja ( ketika masih kuat berjalan).

6) Tidak pernah ada masalah Overweight atau Obesity.

7) Nenek saya adalah Qariah dan Guru mengaji Al-Quran.


Banyak yang boleh dipelajari dari orang-orang lama kaannn 

- Dr. Malinda

Bubur kacang enak

LOWERING BLOOD PRESSURE


LOWERING BLOOD PRESSURE

The organic minerals and phytonutrients from this juice combo help relax the muscles around arteries, dilating the vessels and allowing blood to flow normally.

Drink for one week to see some improvement. Continue as desired.

JUICE RECIPE:
- ½ kohlrabi
- 3 ribs of celery
- 2 green apples
- 1 carrot
- ¼ lemon

* kohlrabi-Kohlrabi, common name for a variety of cabbage, having a turniplike, green, or purple edible stem. The plant is harvested while the leaves are small and tender; if allowed to mature, the stems become woody and develop a strong flavor. Kohlrabi is grown from seed and is usually planted for early spring or fall harvesting.


Health Benefits Of Mint Leaves

Health Benefits Of Mint Leaves

Mint has a lot of health benefits. Mint leaves is a herb that is well known throughout the world, especially since is used for a variety of products such as breath fresheners, chewing gum, toothpaste, mouthwash. However, only a few people realize that mint also has many other health benefits.

Health Benefits Of Mint

1. Digestive System
Mint leaves are healthy entrees. Why? Because mint condition capable of calming the stomach. The aroma of mint activates the saliva glands and the glands that produce digestive enzymes. As a result, our digestion become fluent. To get the properties of mint, pour warm water into the glass along with a few leaves of fresh mint. Take a few moments and enjoy mint tea to cope with stomach pain and indigestion.

2. Nausea and headaches
A refreshing mint scent is a powerful medicine to treat nausea. Smell the aroma of mint oil or fresh mint leaves so nausea is reduced. When applied topically, headaches will also be reduced.

3. Respiratory disorders
The aroma of fresh mint is very effective relief of respiratory congestion by opening up the nose, throat, and lungs. Mint can also help to overcome cough.

4. Asthma
The use of mint on a regular basis can help people with asthma because it can provide relaxation and help relieve breathing.

5. Skin care
Mint juice is great when used as a face mask. In addition to the skin, infections, rashes, and acne can also be resolved. Mint can also cope with mosquito bites.

6. Oral health
This is of course widely known benefits of mint leaves. Because the ability to override the germs and inhibit the growth of harmful bacteria in the mouth, it's no wonder the mouth and breath we'll always fresh if routine use.

7. Cancer
According to recent research, some of the enzymes contained in the mint leaves can help fight cancer cells.

8. Relieves muscle pain
You can also take advantage of the warm mint to freshen up your leg muscles. The trick, mix 1 cup sea salt, 1/3 cup olive oil, and 6 drops of peppermint essential oil. Rub in the foot a few moments then rinse. Sea salt will remove dead skin cells while menthol flavors will relieve muscle pain.

Petua Untuk Mengatasi Tercekik/Terlekat Tulang Dalam Mulut

Petua Untuk Mengatasi Tercekik/Terlekat Tulang Dalam Mulut

Celupkan jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebanyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan. Tulang yang melekat akan keluar dengan mudah.

khasiat kucai



Khasiat Kucai

a. Khasiat boleh mengubati penyakitit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah.

b. Tumbuk daun kucai sehingga lumat dan kacau dengan air panas lalu minum. Ia lebih mujarab jika diminum setiap pagi sebelum sarapan.

kelebihan beristighfar

KELEBIHAN BERISTIGHAFAR

Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang senantiasa Beristighfar.....maka ALLAH akan memberikan Kegembiraan dari setiap Kesedihannya, dan Kelapangan bagi setiap Kesempitan nya dan memberinya Rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka" (Hadith Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

"Barangsiapa membiasakan diri untuk Beristighfar….ALLAH akan memberikan jalan keluar baginya dari setiap Kesulitan." (Hadith Riwayat Abu Daud)

Rasulullah S.A.W bersabda: "Sungguh nya ALLAH lebih gembira dengan TAUBAT hamba Nya daripada Kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan Unta nya yang hilang di padang pasir." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wednesday, November 20, 2013

10 tips untuk para isteri disayangi suami

Setiap isteri sudah pasti mendambakan kasih sayang dan perhatian daripada seorang suami. Namun tahukah anda wahai para isteri, untuk mendapat kasih sayang dan perhatian daraipada seorang suami bukanlah sesuatu yang automatik berlaku sebaik sahaja anda berkahwin dan berstatus suami isteri.
Malah usaha ke arah yang diinginkan itu perlu dilakukan oleh para isteri agar ianya mendapat perhatian sang suami yang mungkin sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Berikut adalah tip-tip yang sebaiknya diamalkan oleh si isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumahtangga:
  1. Berhias, namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar senang dan manis dipandang
  2. Menyenangkan, jangan tidak tahu bergurau. Kebanyakan suami suka mengusik isteri, jangan cepat merajuk, sambut jenakanya dengan tawa
  3. Pandai mendahulukan suami, menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumahtangga. Yakini suami sebagai pemimpin
  4. Bersikap sederhana dan jangan meminta suami di luar kemampuannya.
  5. memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badan jika ia kepenatan
  6. bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran dan komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumahtangga
  7. Hormati hak peribadinya, jangan terlalu ‘busybody’ seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dsb. Yakini kesetiaan suami
  8. Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan
  9. Pandai menjaga diri apabila ke luar rumah, menjaga maruah suami
  10. Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya sepenuh hati
Semoga tip-tip ini mampu membantu anda menyemai kasih sayang suami isteri. InsyaAllah.

6 Great Reasons to Eat Fruit

6 Great Reasons to Eat Fruit:
1. Fruit consists largely of water, just like the human body
2. Fruit is 100% bad-cholesterolfree
3. Fruit stimulates the memory
4. Fruit has lots of fiber
5. Fruit makes you feel better.
6. Fruits makes your skin glow!

Doa untuk menghilangkan rasa marah


Doa murah rezeki


petua mendapat anak soleh


Sumber pahala itu banyak

Sumber pahala itu banyak.
=================

Di antaranya ialah SEDEKAH. Termasuk dalam kategori memberi sedekah apabila;

- Anda berlaku adil antara 2 orang yang bertelingkah.

- Anda menolong orang menaiki kenderaan.

- Anda membantu mengangkat barang orang sampai ke dalam kenderaannya.

- Anda menuturkan kata-kata yang baik.

- Setiap langkahan anda ke masjid untuk solat berjemaah.

- Anda membuang apa-apa sahaja yang mengganggu laluan jalan.

# Petikan dari hadis riwayat Bukhari & Muslim رحمهما الله.

Tiada alasan lagi bagi anda beranggapan bahawa anda tidak mampu untuk menghulurkan sedekah.

Petua Pemakanan Untuk Meningkatkan Kesuburan

Petua Pemakanan Untuk Meningkatkan Kesuburan

1. Daging Merah - Kandungan zat besi dalam daging merah mampu menurunkan risiko kemandulan yang timbul dalam proses ovulasi. Zat besi membantu meningkatkan sel darah merah juga mengurangi ancaman anemia.

2. Kacang - Kacang almond mampu meningkatkan ghairah seks wanita serta boleh melindungi embrio dari keguguran.

3. Tiram - Tiram mengandungi zat besi yang amat penting bagi kesihatan ovulasi dan produksi sel telur yang stabil. Selain tiram, zat besi juga terkandung dalam telur, biji-bijian dan kacang.

4. Kentang Panggang. Ia mengandungi vitamin B yang sangat tinggi. Kandungan vitamin B dan E ditemukan dalam makanan ini dan boleh meningkatkan pembelahan sel serta meningkatkan peluang produksi ovum yang sehat.

5. Buah-buahan Segar - Ini merupakan pilihan terbaik bagi lelaki yang ingin meningkatkan kehebatan mereka. Kandungan vitamin C yang tinggi amat untuk meningkatkan kualiti sperma. Amalkan memakan buah kiwi, mangga, atau strawberi.

6. Kacang Brazil - Ia benar-benar baik untuk membantu meningkatkan jumlah sperma. Ia kaya dengan selenium dan mampu meningkatkan hormon testosterone.

7. Bawang Putih - Ramai akui bawang putih boleh meningkatkan kesuburan orang lelaki.

8. Air - Sangat penting bagi kesihatan badan dan kesuburan seseorang. Sebaiknya minum air mineral atau air yang ditapis. Anda disarankan untuk minum 8 liter air dalam sehari semalam.

9. Sayur-sayuran berwarna Kuning, Oren dan Merah - Ia mengandungi banyak vitamin dan antioxidant untuk mencegah penyakit di samping meningkatkan kesuburan. Sayur sawi pula mengandungi banyak vitamin, zat besi dan antioxidant yang penting bagi kesihatan dan kesuburan. Folik penting untuk penetasan telur yang baik kualiti, mencegah kecacatan bayi serta mengurangkan risiko keguguran.

10. Kobis, Karrot, Brokoli, Kacang Hijau, Keledek Merah – Semua ini mengandungi banyak zat dan khasiat yang boleh membetulkan kitaran haid, mengimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatan kesuburan. Ia benar-benar baik untuk membantu meningkatkan jumlah sperma. Ia kaya dengan selenium dan mampul meningkatkan hormon testosterone.

11. Papaya, Jambu Batu, Buah Naga, Semangka, Buah Limau Nipis - Kaya dengan kandungan vitamin khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan.

Asthma Juice


Petua Untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat

Petua Untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat

1. Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, roti, meehon, keow teow atau mee.

2. Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula/garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.

3. Jangan makan frozen food (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya.

4. Jangan atau kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh dan coklat kerana kafein melambatkan pembakaran lemak.

AMALAN:

1. Minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

2. Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang berasaskan soya.

3. Anda dibolehkan untuk makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tetapi ingat, jangan makan nasi atau roti.

4. Anda digalakkan bersenam setidak-tidaknya 30 minit sehari.

NOTA:

a. Masalah hormon merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan anda kekurangan berat badan. Sekiranya doktor mengesahkan anda tidak mengalami sebarang masalah, anda bolehlah mencuba cara-cara alternatif untuk menambahkan kalori di badan anda. Doktor juga boleh mengesahkan sama ada berat badan anda itu bersesuaian dengan ketinggian anda, dan sekiranya sedemikian anda tidak perlu untuk menambahnya lagi. Adalah mustahak untuk anda perhatikan keluarga anda terlebih dahulu sebelum mencuba cara-cara untuk menambahkan berat badan. Sekiranya anggota keluarga anda kurus-kurus belaka, besar kemungkinannya anda telah mewarisi ciri genetik tersebut.

b. Anda boleh mengubah susuk badan anda dengan pemakanan dan senaman tetapi jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang berlebihan daripada apa yang bersesuaian dengan keadaan sebenar badan anda. Apa yang anda mahukan di sini adalah penambahan berat melalui pertumbuhan otot-otot dan bukan hanya lemak semata-mata.

GOLONGAN YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT

GOLONGAN YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT

Ada beberapa golongan yang disebutkan secara nas. Antaranya ialah:

1 - Orang yang menanti waktu solat, yakni orang yang bersedia lebih awal dan siap berwudhuk ketika waktu masuk. Selama mana dia menunggu, selama itulah malaikat mendoakan - “Ya Allah ampunkan dia, Ya Allah kasihanilah (rahmatilah) dia”. Dalam hadis lain, baginda Nabi SAW menyebut yang ringkasnya bermaksud, “Sekiranya manusia mengetahui pahala azan dan saf terawal, maka manusia akan membuat undian untuk mendapatkannya. Sekiranya manusia tahu pahala solat di awal waktu, pasti manusia, pasti kamu semua akan berlumba-lumba menyegerakan solat. Dalam hadis lain, Nabi SAW menyebut “Jika manusia tahu pahala solat Isyak dan Subuh berjemaah, pasti manusia akan mendatanginya walaupun terpaksa merangkak.”

2 - Orang yang melawat orang sakit. Orang kita hari ini ada ‘penyakit’ malas menjenguk orang sakit sedangkan Nabi SAW bersabda, “Mana-mana orang yang pergi ziarah saudaranya yang sakit, maka Allah akan mengutuskan 70 ribu malaikat mendoakan kesejahteraan untuknya, rahmat untuknya, keampunan untuknya, jika dia pergi pagi – daripada pagi sampai petang, jika dia pergi petang – daripada petang sampai pagi. Mudah-mudahan selepas ini, kita segera melawat saudara/kenalan kita yang sakit untuk merebut kelebihan ini.

3 - Orang yang duduk ditikar solat selepas solat. Tidak dinafikan, ada orang terus bangkit dengan segera selepas solat kerana sibuk dengan kerja. Tetapi orang yang duduk akan didoakan malaikat selama mana tidak batal wudhuknya, dengan doa “Ya Allah ampunkan dia, Ya Allah kasihanilah (rahmatilah) dia.” Disamping itu, waktu selepas solat merupakan waktu mustajab doa seperti yang disebut dalam hadis Baginda SAW, riwayat Ahmad. Jadi, bila kita duduk sebelum dan selepas solat, kita bukanlah duduk seorang diri di situ, tetapi kita berada bersama lautan malaikat sebenarnya.

4 - Orang yang mendoakan saudaranya tanpa diketahui saudaranya itu. Doa itu adalah doa mustajab, bahkan dia didoakan pula oleh para malaikat. Sabda Nabi SAW, “Selama mana seorang mukmin mendoakan sahabatnya, maka malaikat akan datang dekat dengan ubun-ubunnya dan berkata, “Amin, amin, amin (Ya Allah, perkenanklah) dan untuk kamu juga sama seperti mana yang kamu minta untuk sahahat kamu.” Oleh itu, kita jangan kedekut doa – kita selalu doa, “Ya Allah, sembuhkan anakku, kayakan aku…”, dan seumpamanya, tetapi semuanya saya, saya, saya. Sekarang kita tukar kepada kami – biar ramai sedikit yang merasa doa kita.

5 - Orang yang berwudhuk sebelum tidur. Biasanya kita dah letih, terus tidur saja. Tetapi Allah telah berikan ‘tawaran’ kepada kita. Sabda Nabi SAW, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan berwudhuk, maka Allah utuskan malaikat tambahan pada ubun-ubunnya khusus untuk mendoakan dirinya dengan doa – Ya Allah, ampunkanlah dosa hamba-Mu kerana dia telah berwudhuk sebelum tidur.” Ada orang pandang remeh soal ini dan terus tidur tanpa wudhuk, tetapi bagi orang yang hatinya kuat dan mengharapkan keampunan Allah, maka dia akan mujahadah untuk berwudhuk sebelum tidur. Bila malaikat mendoakan, kita kan cenderung untuk mudah bangun qiyammullail.

6 - Orang yang berada dalam majlis ilmu. Oleh itu, orang yang berada dalam majlis ilmu biasanya tenang kerana ada banyak malaikat, tetapi janganlah sampai tenang sehingga tertidur pula...

Wallahualam..

~ Ustazah Norhafizah Musa ~

Petua Untuk Berhenti Merokok



Petua Untuk Berhenti Merokok

1. Melengah-lengahkan - Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga.

2. Tarik Nafas Panjang - Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya 3 kali dengan perlahan-lahan. 

3. Banyak Minum Air - Minum air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Buat Sesuatu - Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar atau makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Kunyah Sesuatu - Kunyah sesuatu seperti gula-gula getah, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan - Sekiranya anda berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan - Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa - Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

No need of angioplasty or bypass


Petua Menangani Demam Panas dan Sawan Tarik Anak

Petua Menangani Demam Panas 
dan Sawan Tarik Anak

A.

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tetapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tidak berpeluh, kaki dan tangan sejuk, badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki sudah biru cepat-cepat bawa klinik/hospital).

4. Kalau anak kecil, merengek, sebab badan tidak selesa.


B. Apa perlu buat kalau anak demam panas?

1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana di waktu malam lagi cepat suhu meningkat.) Suhu normal dalam 36°C. Tetapi kalau anda sukat suhu anak sudah sampai 37°C, cepat-cepat balut dia dengan kain basah.

2. Kalau anak sudah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dahulu, kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

3. Kalau suhu badan anak masih tidak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut, masukkanlah. Kalau tidak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan.

4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau perlu, simpan thermometer.


C. Apa Perlu Buat Kalau Anak Kena Sawan Tarik di Rumah?


a. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

b. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih. Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

c. Jangan biar anak ketap gigi, takut terketap lidahnya.

d. Jangan masukkan ubat bunt0t semasa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia sudah sedar/menangis. baharu masukkan ubat buntot (kalau ada simpan di rumah).

e. Kalau tidak ada ubat buntot di rumah, bila anak sudah sedar, cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.

f. Sewaktu anak kejang, seluruh badan dia kejang. Jangan goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab itu rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu bawa ke klinik/ hospital untuk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tidak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Bahaya sangat-sangat kalau anak kena kejang.

g. Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yang pernah kena masa demam panas. jadi, setiap kali anak demam, sentiasa pantau suhu badannya.

Tanda-Tanda Sakit Buah Pinggang

Tanda-Tanda Sakit Buah Pinggang

1. Sakit Pinggang - Terasa mencucuk-cucuk. Bergerak sedikit sakit.

2. Bengkak Badan - Bengkak air yang teruk akan menyebabkan bengkak dan sakit pada tumit kaki dalaman, kaki dan pinggang. 

3.Tiada Selera Makan - Hilang selera makan tiba-tiba. Bila makan muntah. Biasanya akan hilang berat badan.

4.Kerap Kencing - Bila kencing hanya sedikit sahaja yang keluar. Tetapi boleh mencecah 20 kali bila waktu malam.

5. Cepat Letih – Misalnya, baharu sedikit menyapu sampah di rumah, anda akan berasa letih.

6. Sakit Kepala - Kerap sakit kepala.Tekanan darah tinggi sampai boleh mencecah 190/120.

7. Kerap Demam – Kerap demam selalunya sampai 2 atau 3 kali.

9. Badan Gatal-Gatal - Seluruh badan gatal-gatal, menandakan badan sudah terlalu kotor dengan toksin.